TANGGISAN ANAK BANGSA DEK AKIBAT
TINDAKKAN CELARU AHLI POLITIK MELAYU
Tetapi apa yang
berlaku sekarang ialah umat Islam dihina dan ditindas, ( dibakar
hidup hidup seperti di Burma ) oleh orang bukan Islam di banyak tempat di
dunia ini. Ditanah Melayu, melayu jadi pecacai dan hamba pada kaum Cina yang
kaya raya. Melayu tidak benci kaum Cina, hanya berbeza dari segi aqidah.Kaum Cina tidak jahat tapi gerakan anti-melayu seperti DAp itu adalah masaalahnya. Tidak semua yahudi itu jahat, tapi zionis itu yg anti-islam itu ada niat jahat. Kenapa semua usaha jadi gagal?. Ini kerana orang melayu dari akar umbi, naik kepada orang Jabatan kerajaan,
naik kepada ahli politik, semua satu hati TOLAK dan HINA kerja kerja DAKWAH illa Allah swt.bb. Bila DAKWAH ditolak , maka TIADA nusrah pertolongan dari Kuasa ghaiibah Allah
swt.
TINDAKKAN CELARU AHLI POLITIK MELAYU
HASRAT KAUM PENJAJAH BARU |
Bangsa ini
sekali lagi ditewaskan oleh pendatang asing. Kalau dulu tahun1500 oleh Portugis,
kini oleh bangsa Cina dan India dari dua benua yang sememangnya padat penduduk.
Bangsa ini yang pada masa dulu datang
dibawa oleh Penjajah Inggeris, kini mempunyai kuasa memilih dan memerintah di
bumi hak orang melayu SECARA RAKUS DAN PENTING DIRI.. Melayu terus layu dan di MAMAH DAN DIRATAH .
Kenapa jadi begini ?
Jawapnya : Pemimpin melayu kini buta mata hati dan tersalah bimbing umat melayu kepada jalan kejayaan dan
kecemerlangan. Akibatnya Melayu berjuang dengan tanpa pertolongan Allah swt.
KENAPA UMAT MELAYU ISLAM TIDAK DITOLONG? INI DIKERANA AMALAN MEREKA TIDAK MEMENUHI PIAWAI JANJI KEJAYAAN YANG DI TAWAR OLEH ALLAH SWT.
DAN APA YG DI JANJI
OLEH ALLAH SWT?
Janji Allah swt
terhadap orang islam.:
Allah telah berjanji untuk menjadikan umat Islam lebih tinggi daripada
orang bukan Islam. Ini telah tertera di dalam firman-Nya, ertinya:
“ Dan Allah tidak akan menjadikan orang-orang
kafir berkuasa ke atas orang Islam” (an
Nisa, 141)
Dan dalam surah Ali Imran :
“Janganlah kamu
menjadi lemah dan bersedih, sedangkan kamulah yang paling tinggi jika kamu
beriman” (ayat 139)
Dan dalam surah
Taubah, ayat 36, ertinya:
“sesungguhnya Allah
bersama orang-orang yang bertaqwa.”
Di dalam tafsir
Syaukani: maksudnya dengan membantu mereka dan menetapkan mereka. Dan sesiapa
yang Allah bersamanya adalah orang yang menang.
ms (571)
KONDISI SEBENAR UMAT
MELAYU ISLAM SEKARANG.
Soalnya sekarang di
manakah bantuan Allah untuk umat Islam di seluruh dunia? Di
dalam surah Muhammad ayat 7, Allah berfirman, ertinya:
“Wahai orang-orang
beriman, jika kamu bantu Allah nescaya Ia akan bantu kamu.”
Di dalam ayat di
atas kita lihat syarat asas untuk umat
Islam mendapat nusrah (bantuan) Allah ialah beriman, bertaqwa dan membantu
agama Allah.
IMAN yang
dimaksudkan di dalam ayat ialah iman yang sebenarnya, ertinya umat Islam akan
ditolong jika iman mereka telah mencapai tahap yang tinggi yang menjadikan
mereka layak mencapai nusrah.
KATA KATA MUNAFIK DARI MULUT ORANG ISLAM |
MEMBANTU AGAMA ALLAH Membantu agama Allah adalah syarat untuk
mencapai nusrah daripada Allah, tapi apakah cara membantu agama Allah yang
melayakkan umat Islam menerima nusrah dan bantuan Allah?
AYAT-AYAT AL QURAN
MENGENAI MEMBANTU AGAMA ALLAH
Firman Allah,
ertinya: “Wahai orang-orang beriman jadilah kamu pembantu-pembantu Allah,
seperti mana berkata Isa ibnu Maryam kepada Hawariyyun: siapakah yang akan
menolongku bersama Allah? Berkata Hawariyyun: kamilah penolong-penolong Allah;
maka telah beriman sekumpulan daripada Bani Israil dan telah kufur satu
kumpulan; maka Kami telah menguatkan orang-orang yang telah beriman ke atas
musuh mereka, maka mereka telah menang.” (Saff, 14)
Firman-Nya lagi,
ertinya:
“Wahai orang-orang
beriman jika kamu tolong Allah nescaya Allah akan bantu kamu dan menetapkan
tapak kami kamu.” (Muhammad, 7)
Firman-Nya, dalam
ayat 40 surah Hajj, ertinya:
“Dan sesungguhnya
Allah akan membantu orang yang membantu-Nya.”
APAKAH ERTI MEMBANTU
AGAMA ALLAH?
Di dalam surah Saff ayat 14 yang dinyatakan di
atas Allah telah memerintahkan umat Islam membantu agama Allah seperti yang
telah dilakukan oleh Hawariyyun kepada Nabi Isa (alaihis salam). Ertinya Allah memerintahkan kita mengambil
contoh daripada mereka dalam membantu agama Allah.
Allah swt memberitahu bagaimana nak bantu allah swt.Adakah hanya berpolitik kepartian dan menjatuhkan kerajaan yang memerintah, agar boleh kita jadi tuan dan kemudian rebut peluang untuk kumpul harta dan kuasa?
Allah swt berfirman :
"
“Maka ketika Nabi
Isa (alahissalam) merasakan bahawa mereka (Kuffar Bani Israil) akan kekal dalam
kekafiran, maka ia berkata siapakah yang akan menolongku kepada Allah? Berkata Hawariyyun: ” kamilah
pembantu-pembantu agama Allah, kami beriman kepada Allah, maka bersaksilah bahawa kami adalah muslim. Wahai tuhan kami, kami telah beriman dengan apa yang Kau
turunkan (Injil), dan kami telah ikuti Rasul ini (Isa), dan tuliskanlah kami
bersama orang-orang yang menyaksikan.
Firman
Allah, ertinya:
“Wahai
orang-orang beriman jadilah kamu pembantu-pembantu Allah, seperti mana berkata
Isa ibnu Maryam kepada Hawariyyun:
siapakah yang akan menolongku bersama Allah?
Berkata Hawariyyun: kamilah
penolong-penolong Allah; maka telah beriman sekumpulan daripada Bani
Israil dan telah kufur satu kumpulan; maka Kami telah menguatkan orang-orang
yang telah beriman ke atas musuh mereka, maka mereka telah menang.” - (Saff, 14)
Firman Allah dalam
surah al Maidah, ayat 112, ertinya:
“(ingatlah
wahai Muhammad) ketika Hawariyun berkata: wahai Isa bin Maryam, adakah mampu
tuhan kita menurunkan kepada kita hidangan dari langit?
Berkata Nabi Isa As : bertaqwalah kepada Allah
jika kamu beriman.”
SIAPAKAH HAWARIYYUN?
Disebut di dalam
kitab-kitab tafsir bahawa Kaum Hawariyun adalah 12 orang lelaki pertama yang
beriman dengan Nabi Isa (alaihis salam). Baginda telah mengutuskan mereka ke
beberapa tempat antaranya ia ke Babil, Afrika, ke kampung Ashabul Kahfi, Baitul Maqdis, Hijaz dan Barbar.
Kisah Hawariyun dalam surah Yaasin.
Dinyatakan kisah Hawariyyun bersama Habib an Najjar, ertinya:
“dan wahai Muhammad buatkanlah perumpamaan kepada mereka mengenai
penduduk kampung itu (Antokiah), ketika
datang kepada mereka para utusan; (13) ketika Kami utuskan kepada mereka dua
orang, lalu mereka mendustai, kemudian kami perkuatkan dengan yang ketiga, maka
mereka berkata sesungguhnya kami diutuskan kepada kamu; (14) mereka berkata
tidaklah kamu melainkan seperti kami,
dan tuhan yang rahman tidak menurunkan sesuatu pun, tidaklah kamu melainkan
berdusta sahaja; (15) (para utusan menjawab) tuhan
kami mengetahui bahwa kami adalah utusan kepada kamu; (16) tidak wajib kepada
kami selain menyampaikan dengan jelas; (17) (penduduk Antokiah) berkata: kami
mendapat malang kerana kamu; sekiranya kami tidak berhenti daripada dakwah ini
kami akan rejam kamu dengan batu dan akan mengenai kamu azab yang pedih dari
kami; (18) (Utusan) menjawab: nasib malang kamu adalah bersama kamu (sebab
kekafiran kamu), adakah selepas kamu
didakwah dan diberi peringatan kamu masih bernasib malang? Bahkan
kamu kaum yang melampaui batas. (19) Dan datanglah dari hujung kampung seorang
lalaki ( Habibul Najah ) dengan
tergesa-gesa, ia berkata: wahai kaumku
ikutilah para utusan ini. (20) Ikutilah orang yang tidak meminta upah daripada
kamu, sedangkan mereka mendapat hidayat. (21) Tidak ada yang menghalang
daripada aku menyembah tuhan yang telah menciptaku, dan kepada-Nya kamu akan
dikembalikan. (21) Ayat 26-27, surah Yasin dinyatakan (ertinya):
“dikatakan kepada
Habib (ketika matinya) masuklah ke dalam syurga; berkata (Habib): wahai,
kalaulah kaumku mengetahui pengampunan tuhanku untukku, dan bahawa Ia
menjadikanku dalam golongan orang yang dimuliakan.”
MEMBANTU ALLAH SEPERTI YANG DILAKUKAN OLEH HAWARIYUN tafsir Ibnu Katheer : Allah Taala berfirman memerintahkan
hamba-hamba-Nya menjadi penolong-penolong-Nya pada semua keadaan; dengan
kata-kata, perbuatan, diri dan harta mereka. dan Ia memerintahkan mereka supaya
menerima perintah Allah dan Rasul-Nya, sebagaimana Hawariyun telah menerima
kata-kata Nabi Isa ketika ia berkata kepada mereka “siapakah pembantu-pembantu-Ku kepada Allah?”
ertinya: ialah siapakah yang akan menolongku untuk BERDAKWAH manusia kepada ALLAH?.
Dan kerana itulah
Isa (alaihis salam) telah mengutuskan mereka sebagai pendakwah ke negeri Syam
kepada bangsa Israil dan Yunanis
Seperti inilah juga bersabda Nabi Muhammad
(selawat dan salam ke atas baginda selama-lamanya) pada
musim-musim haji jahiliyah di Mina , sebelum hijrah ke Madinah, Nabi SAW menyeru rombongan haji agar : “siapakah yang akan membantuku supaya aku dapat menyampaikan
risalah tuhanku, kerana Qurasy telah menahanku daripada menyampaikan risalah: ” Sehinga Allah menguatkan baginda dengan Aus
dan Khazraj daripada Madinah, lalu mereka berbaiat dengan baginda dan berjanji
akan mempertahankan baginda sekiranya berhijrah ke tempat mereka. Dan ketika baginda berhijrah bersama
sahabat-sahabatnya mereka telah menunaikan janji mereka tersebut, dan sebab
itulah Allah telah menamakan mereka dengan nama
ANSAR.( PARA PEMBANTU). Dan ia
telah menjadi nama khas mereka.
Jadi kesimpulannya
maksud membantu agama Allah yang diperintahkan di dalam surah Saff ayat 14
ialah ‘DAKWAH ILALLAH.’ Daripada ayat-ayat di atas disimpulkan bahawa
dengan membantu agama Allah umat Islam akan mendapat:
Bantuan
dari Allah . Keampunan dan
masuk syurga
SIAPA YANG MASA KINI YANG MEMBUAT KERJA DAKWAH SEBAGAI PENOLONG NABI SAW ?
DAKWAH TABLIGH PIMPINAN MAULANA ELYIAS RAH.
Dakwah yang sempurna dan menyeluruh sekarang ini
hanya ada pada Jamaah Tabligh. Dinilaikan sebagai “ lengkap dan menyeluruh “ kerana mereka
melakukan dakwah setiap hari (minimum : 2
½ jam), dua kali setiap minggu jaulah (gasyt) pertama dan jaulah kedua di kampong sendiri dan sekali di kampong
jiranan ; 3 hari setiap bulan dikampong yang agak jauh sedikit, 40 hari setiap tahun ke negeri negeri jiranan.dan lain-lain. Mereka juga sering mengadakan ijtima’ pada
tiap-tiap tahun. Contohnya Ijtima Sedunia di Tongi, Bangladesh. Dan juga kerana
mereka melakukan dakwah tanpa sempadan, iaitu kepada seluruh umat Islam di mana
sahaja mereka berada, hatta kepada Orang
Asli di hutan pun mereka akan pergi berdakwah. Maksud mereka ialah untuk
mengembalikan umat islam kepada amalan Islam yang lengkap. Supaya umat Islam
kembali melakukan semua perintah Allah, dan meninggal-kan segala larangan Allah SWT.
Dalam trend orang melayu meninggalkan solat berjemaah, ahli jemaah Tabligh lah yg sanggup tebalkan muka mengajak ke masjid. Orang PAS dan Tarikat merasa " tak suci" pergi berjemaah bersama orang ramai yang tidak saaliran dengan fikrah mereka.
Kini ahli solat berjemaah diseluruh dunia telah meningkat dan kerja kerja dakwah telah hidup di seluruh ceruk dunia. Ikat ukhwah Islamiah pun telah terbina.
No comments:
Post a Comment
SAY WHAT YOU THINK OF THIS ARTICLE.