Popular Posts

Monday, June 4, 2012

ISTIGFAR REJAB - BACAAN DOA TAUBAT.

استغفر

 ISTIGHFAR REJAB

Diam dok leka, sudah masuk kita ke bulan Rejab. Dan bila masuk dalam bulan rejab, kalau di kampong, makcik makcik akan sibuk berpuasa sebulan penuh. Ada orang kata bidaah.  Ada kata boleh. Biarkanlah perkara ‘khilaf’ disitu.  Apa yang aku nak kongsi ada lah sebuah bacaan doa istighfar yang isi bahasanya sangat menarik. Istigfar itu di panggil : Istighfar Rejab.  Amalkanlah  sebagai doa memohon ampun kepada Allah ta'ala terhadap segala dosa dan durjana yang telah kita lakukan sepanjang hidup ini.

Kenapa nak khususkan Taubat pada bulan Rejab sahaja?
Bukan begitu maksudnya. Malah taubat sememangnya kena di lakukan setiap malam sebelum tidor. Setiap hari kena bertaubat.
Hanya bila masuk bulan Rejab, kita nak buat persediaan diri  untuk ‘ pulun’  beribadah pada kemuncak bulan ibadah, iaitu bulan Ramadhan Al- Mubarak. Kemuncak beribadah di malam Lailatul Qadar.

Bersabda Junjungan Besar Utusan Allah, Nabi Yang Mulia, Muhammad sallahu alaihi wa salam :

       “ Rejab adalah bulan Allah SWT, sya’aban adalah bulanku ( Rasulullah ) dan Ramadhan adalah bulan umatku.”

Para ulama’ menafsirkan hadis Rasulullah saw itu sebagai berikut :
“ Dalam bulan Rejab, umat Islam seharusnya berusaha bercucuk tanam. Bersihkan dan lembutkan tanah qalbu dengan taubat dan puasa. 
 Bulan sya;aban pula hendaklah berkerja memberikan baja, dan siraman  air.  
 Dan bulan Ramadhan, adalah bulan menuai hasil sehingga ke detik akhir malam Ramadhan, iaitu malam hari raya yang di panggil ‘ Malam Jaizah’-  malam pengurniaan.

Maka aku harap bacaan doa ini akan ada manafaatnya nanti.Inilah doanya :


ISTIGHFAR REJAB

اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْم -   3 كالي 
Aku memohon keampunan dari Allah yang Maha Agung ( 3 x )





اَلَّذِى لاَ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ الْحَىُّ الْقَيُّوْمُ وَ اَتُوْبُ اِلَيْهِ مِنْ جَمِيْعِ الْمَعَاصِىْ وَ الذُّنُوْبِ .
وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ مِنْ جَمِيْعِ مَاكَرِهَ اللهُ قَوْلاً وَفِعْلاً وَسَمْعًا وَبَصَراً وَخَاطِرًا ( وَ حَاصِرًا ).

Yang tiada Tuhan yang disembah  kecuali Dia, Yang maha Hudup dan Berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada Nya dari segala maksiat dan dosa.
Dan aku bertaubat kepada Nya dari segala yang dibenci oleh Allah semaada pertuturan, perilaku, pendengaran, penglihatan  dan apa yang terlintas dalam hati yang Engkau benci..




اَلَّهُمَّ اِنِّى أَسْتَغْْفِرُكَ لِمَا قَدَّمْتُ وَمَا اَخَّرْتُ وَ مَا اَسْرَفْتُ وَمَا اَسْرَرْتُ وَ مَا اَعْلَنْتُ, وَمَا اَنْتَ اَعْلَمَ بِهِ مِنِّى, اَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَ اَنْتَ الْمُئَخِّرُ, وَ اَنْتَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ  


Ya Allah, sesungguhnya aku mohon ampun kepada Mu dari segala dosa yang telah lalu dan yang kemudian, yang melampaui batas, yang aku sembunyikan dan yang terang terangan serta dosa yang Engkau lebih mengetahuinya daripada  ku. Engkau yang Qadim dan yang Akhir  dan Engkau atas segala sesuatu sangat berkuasa.




اَلَّهُمَّ إِنِّى أَسْتَغْْفِرُكَ مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ تُبْتُ إِلَيْكَ مِنْهُ ثُمَّ عُدْتُ فِيْهِ .
وَاَسْتَغْفِرُكَ بِمَا اَرَدْتُ بِهِ وَجْهَكَ الْكَرِيْم , فَخَالَطْتُهُ بِمَا لَيْسَ لَكَ بِهِ رِضً.
وَاَسْتَغْفِرُكَ بِمَا وَعَدْتُكَ بِهِ نَفْسِىْ ثُمَّ اَخْلَفْتُكَ.

Ya Allah, sesungguhnya aku mohon ampun kepada Mu dari setiap dosa,aku bertaubat kepada Mu dari dosa yang kemudian aku ulanginya.
Aku mohon ampun kepada Mu atas amalan yang tujuan untuk Mu tetapi aku campurinya hal hal yang tidak Engkau redhai.
Aku pohon ampun kepada Mu atas khianatku terhadap apa jua janjiku pada mu.

وَ اَسْتَغْفِرُكَ بِمَا دَعَالِىْ اِلَيْهِ الْهَوَى مِنْ قَبْلِ الْرُّخَصِ مِمّاََ اشْتَبَهَ عَلَىَّ وَهُوَ عِنْدَكَ مَحْظُوْرٌ .
وَ اَسْتَغْفِرُكَ مِنْ النِّعَمِ الَّتِى اَنْعَمْتَ بِمَا عَلّىَّ فَصَرَفْتُهَا وَتَقَوَّيْتُ بِهَا عَلَى
الْمَعَاصِى.
وَ اَسْتَغْفِرُكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِىْ لاَ يَغْفِرُهَا غَيْرُكَ وَلاَ يَطَّلِعُ عَلَيْهَا اَحَدٌ سِوَاكَ,
وَلاَ يَسَعُهَا إِلاَّ رَحْمَتُكَ وَحِلْمُكَ , وَلاَ يُنْجِىْ مِنْهَا إِلاَّ عَفْوُكَ .
Dan aku mohon ampun kepada Mu bagi apa jua hawa nafsu mengajakku untuk melakukannya dari kelonggaran yang mana aku keliru mengenainya sedangkan ianya adalah dari larangan Mu,
Dan aku mohon ampun kepada mu dari segala nikmat pemberian Mu padaku yang aku menyalah gunakannya pada perbuatan durhaka.
Dan aku mohon ampun dari dosa dosa yang tidak diampun oleh sesaorang melainkan Engkau dan tidak seorang pun tahu melainkan Engkau dan tidak  melapangkannya kecuali rahmat dan santunan kelembutan Mu, dan tidak dapat selamat darinya kecuali  atas keampunan Mu.


وَ اَسْتَغْفِرُكَ مِنَ كُلِّ يَمِيْنٍ حَلَفْتُ بِهَا فَحَنَثْتُ فِيْهَا وَاَنَا عِنْدَكَ  مَأْخُوْذٌ بِهَا .
وَ اَسْتَغْفِرُكَ يَا لاَ إِلَهَ إِلاَّ اَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ.
وَ اَسْتَغْفِرُكَ يَا لاَ إِلَهَ إِلاَّ اَنْتَ عَالِمُ الْفَيْبِ وَالشَّهَادَةِ مِنْ كُلِّ سَيِّئَةٍ عَمِلْتُهَا فِيْ بَيَاضِ النَّهَارِ وَسَوَادِ الَّيْلِ ,  فِيْ مَلاَءٍ وَخَلاَءٍ وَ سِرٍّ وَ عَلاَنِيَةٍ وَاَنْتَ اِلَىَّ نَاظِرٌ اِذَا ارْتَكَبْتُهَا
تَرَى مَا اَتَيْتُهُ مِنَ الْعِصْيَانِ بِهِ , عَمْدًا اَوْ خَطَاءً اَوْ نِسْيَانَاً, يَا حَلِيْمُو يَا كَرِيْمٌ !

Dan aku mohon ampun kepada Mu dari sumpah yang aku mungkiri dan aku bertanggungjawab keatasnya.
Dan aku mohon ampun kepada Mu wahai  yang tiada Tuhan kecuali Engkau,
Maha  suci Engkau sesungguhnya aku dari kalangan mereka yang zalim
Dan aku mohon ampun kepada Mu,wahai yang tiada Tuhan kecuali Engkau, yang mengetahui apa yang ghaib dan nyata, dari setiap  kejahatan yang telah aku lakukan didalam cahaya siang dan kegelapan malam, tersembunyi atau terang terangan, Engkau sentiasa melihat aku, setiap aku melakukan maksiat pasti Engkau  melihatnya, baik perilaku yang aku sengaja, salah ataupun lupa,
Wahai  Dzat yang Penyantun lagi  Maha Mulia..


وَ اَسْتَغْفِرُكَ يَا لاَ إِلَهَ إِلاَّ اَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ.
رَبِّ اغْفِرْلِيْ وَارْحَمْنِىْ وَتُبْ عَلَىَّ وَ اَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِيْنَ .
وَ اَسْتَغْفِرُكَ مِنْ كُلِّ فَرِيْضَةٍ وَجَبَتْ عَلَىَّ فِيْ اَنَاءِ اللَّيْلِ وَ اَطْرَافِ النَّهَارِ ,
فَتَرَكْتُهَا عَمْدًا اَوْ خَطَاءً اَوْ نِسْيَانَا اَوْتَهَاوُنًا وَاَنَا مَسْئُوْلٌ بِها ,ََ
وَ مِنْ كُلِّ سُنَّة ٍ مِنْ سُنَنِ سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ وَ خَاتَمِ النَّبِيِّيْنَ مُحَمَّدٍ صَلّى الله
عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ  فَتَرَكْتُهَا غَفْلَةً اَوْ سَهْوًا اَوْ جَهْلاً اَوْ تَهَاوُنًا قَلَّتْ اَوْ كَثُرَتْ وَ اَنَا عَائِدٌ بِهاَ ,

Dan aku mohon ampun kepada Mu wahai  yang tiada Tuhan kecuali Engkau,
Maha  suci Engkau sesungguhnya aku dari kalangan mereka yang zalim

Tuhanku, ampunilah aku dan rahmatilah aku dan terimalah taubatku dan Engkaulah sebaik baik Pengasih dari kalangan mereka yang mengasihi

Dan aku memohon keampunan Mu dari setiap amalan fardhu yang diwajibkan atas aku, yang aku telah tinggalkan dengan sengaja atau tidak sengaja , yang lupa atau yang aku abaikannya dan aku dituntut kerananya

Dan dari setiap perjalanan ( sunnah ) Nabi Muhammad saw yang aku tinggalkan kerana lupa atau khilaf, dungu atau meringan ringankannya, sedikit atau banyak dan aku mengulanginya.



 وَاَسْتَغْفِرُكَ ياَ لاَ اِلَهَ  اِلاَّ اَنْتَ وَحْدَكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ , سُبْحاَنَكَ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ                لَكَ الْمُلْكُ وَلَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُكْرُ  وَ اَنْتَ حَسْبُناَ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمُوْلَى
 وَ نِعْمَ النَّصِيْرُ وَلاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ العَلِيِّ الْعَظِيْمِ.
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَاَلِهِ وَصَحْبِهِ وَ سَلَّمَ تَسْلِيْمًا كَثِيْرًا وَ الحَمْدُللهِ رَبِّ العاَلَمِيْنَ .

Aku memohon keampunan kepada Mu, wahai Dzat yang tiada Tuhan kecuali Engkau, Yang Esa, tiada sekutu bagiMu, Maha Suci Engkau Penguasa Alam Semesta, kepunyaan Mu lah kerajaan dan bagiMu lah segala puji dan syukur. Engkau yang mencukupi aku, Engkau adalah sebaik baik Pelindung dan penolong, tiada kekuatan dan kemampuan melakukan ibadah kepada Mu, serta menjauhi larangan Mu kecuali dengan pertolongan dari mu yang Luhur dan Agong.
Semoga Allah memberi shalawat dan salam sebanyak banyaknya kepada Nabi
Muhammad saw . keluarganya dan sahabat sahabat beliau.
Segala puji bagi Allah ,tuhan semesta alam

Dikatakan oleh sebahagian ulama" dalam Kitab mereka : Barangsiapa yang membacanya sebanyak empat kali atau dua kali sepanjang hidupnya ( dengan benar hatinya ), maka diampuni dosanya oleh Allah swt ,sekali pun ia di tentukan bakal masuk neraka .

Selamat  Menyambut Bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan al Mubarak.









SEDEQAH MENUTUP KEMURKAAN ALLAH SWT
                                           






















1 comment:

SAY WHAT YOU THINK OF THIS ARTICLE.