Popular Posts

Tuesday, July 26, 2011

BACAAN AL-QURAN UNTUK ARWAH DI BULAN RAMADHAN ?

                                                                                
                       
KERTAS INI SEBAGAI HADIAH TAHLIL ARWAH.
       BULAN RAMADHAN sudah hampir tiba. Sekarang ini aku tengah  tawajuh kepada Allah swt  untuk  visa ke India,  di luluskan. 
Aku ke India untuk menziarahi ulama ulama di Basti Nizamudin, New Dehli.Sudah hampir 11 tahun tidak ada kesempatan untuk kesana. India High Com.kuala Lumpur  mengamalkan diskriminasi  terhadap orang islam Ketara sangat.Asal berjanggut dan hendak tinggal lama saja, pasti kena" reject "Malas nak cakap pasal ini,nanti di cap sebagai ' racist " pula.
 Sudah menjadi amalan aku,  membaca surah Yasin setiap  hari,  selepas wirid solat subuh. Aku  kemudian akan  sedeqahkan pahala bacaan kepada ibu dan bapa aku.
      Semalam aku seperti biasa membaca surah Yasin dan kemudian berdoa.Tiba tiba aku di datangi oleh seorang pemuda yang misai masih halus tumbuh di bibirnya. Dia setelah  minta maaf terlebih dulu, terus menegur dan  bersyarah kepada aku, bahawa amalan yang aku buat ini adalah bidaah.Amalan membaca surah Yasin dan kemudian bersedeqah pahala amalan pada arwah adalah BIDAAH. .Aku diam sahaja.Dah biasa dengan puak puak wahabi dan anak didik ustaz Asri ini.
Kemudian aku balik kerumah. Pada waktu petang, aku di datangi oleh beberapa pak lebai. Aku mengelar  pelajar pelajar pondok Agama sebagai pak lebai..Di hulurnya kertas " Bacaan Al- Quran untuk arwah di bulan Ramadhan. Harga Rm 5.00. Aku ambil satu  untuk sedeqah bagi arwah ibu dan bapa.Setelah membelek belek kertas tahlil itu, terlintas dalam fikiran aku tentang hujah hujah pemuda wahabiah pagi tadi.Lama aku merenung masaalah ini.Apakah faedah puak puak wahabi ini buat? Bidaah ke amalan datuk nenek kita ? Aku tak suka nak berbalah atas perkara ini tapi oleh kerana ,perkara ini boleh mengelirukan orang awam maka aku ingin kongsi rencana  sahabat aku untuk dikongsi  bersama agar tidak mudah keliru dan  terpedaya.:

 SILA BACA HUJJAH INI ; DARI SEORANG ALIM DAN SAHABAT KU.
 USTAZ  KAMAL  PENOLONG MUDIR MADRASAH AL TAHFIZ AL-QURAN.
 MENGKUANG TITI, B.M.

TENTANG  PAHALA BACAAN AL QURAN

Saya pernah melihat satu CD kuliah agama yang di adakah di surau Taman Semilang Seberang Perai. Penyampainya bertegas mendakwa bahawa  pendapat di dalam mazhab Imam Syafie adalah bahawa " tidak sampai pahala bacaan Al Quran kepada orang yang telah meninggal dunia" . Ustaz yang menggelarkan dirinya sebagai ‘mamak kelam kabut’ itu telah memetik daripada beberapa kitab yang dianggap hebat dalam dunia Islam. Antaranya ialah Tafsir Ibnu Kathir, Al Majmu’ syarah Al Muhazzab karya Imam Nawawi, Bahrul Mazi karya Syaikh Idris Al Marbawi (Lubuk Merbau, Perak).

Menurut ustaz itu, di dalam kitab tersebut dinyatakan bahawa pendapat yang masyhur di dalam mazhab Imam Syafie ialah " tidak sampai pahala Al Quran kepada si mati " Dia selanjutnya mendakwa  bahawa ini adalah pendapat yang  " mutlak "  BENARKAH ?.



Saya kurang faham  maksud sebenar " mutlak"  dalam katanya itu. Tetapi berdasarkan kesungguhannya mempertahankan pendapat tersebut, saya dapati maksudnya ialah" pendapat muktamad " .

Ustaz berkenan sama dengan bekas mufti Perlis Asri Zainul Abidin yang berfatwa begitu. Mereka menggunakan qaul Imam Syafie sendiri untuk menolak amalan yang telah dibuat oleh umat Islam Malaysia yang bermazhab Syafie. 


TUDUHAN AHLI  WAHAABIl  / SALAFIAH YANG LICIK  SERTA KELIRU


Dalil yang dikemukakan oleh mereka untuk mengatakan bahawa tahlil dan bacaan Al Quran tidak sampai kepada si mati ialah ayat Al quran surah An Najm.  Ertinya

: “apakah dia tidak diberitahu dengan apa yang ada di dalam suhuf Musa, dan Ibrahim yang menyempurnakan (tugas kenabian), (iaitu) bahawa satu orang yang berdosa tidak berdosa dengan dosa orang lain (tidak menanggung dosa orang lain), dan tidak adalah (pahala) untuk manusia selain apa yang ia amalkan.

Dari sinilah mereka mempertahankan pendapat tersebut dan bersungguh-sungguh nampaknya.

Para pembaca boleh lihat sendiri di dalam kitab Mukhtasar (ringkasan) Tafsir Ibni Kathir ditulis selepas mentafsirkan ayat ini: dari ayat yang mulia ini  As Syafie telah istinbat ( mengeluarkan hukum darinya ) bahawa bacaan al Quran tidak sampai pahalanya kepada orang yang telah mati kerana ia (bacaan) itu bukan amalannya. Kerana Nabi (sallahu alaihi wa sallam) tidak menggalakkan umatnya melakukannya, dan tidak pernah dinukil (amalan ini) dari seorang sahabat Nabi pun. Jika perbuatan ini baik tentulah mereka akan mendahului kita melakukannya…Adapun doa dan sedekah maka ijmak berlaku pada sampai pahala kedua-dua dan ada nas mengenainya. (jld 3, ms 404)

Terjemahan isi kitab ini pernah saya lihat ditampal di masjid Sungai Karangan, Kedah atas maksud untuk menghentikan perbuatan ‘bidaah’ yang telah berpuluh tahun dilakukan oleh pengikut Imam Syafie yang telah berfatwa bahwa tidak sampai bacaan yang dihadiahkan kepada mayat.

Di alam kitab Majmu’ tertulis: “dan para ulama telah berbeza pendapat pada sampainya pahala bacaan Al Quran kepada orang yang telah mati. Maka pendapat yang masyhur dalam mazhab Imam Syafie ialah tidak sampai pahala. Ahmad bin Hanbal dan sekumpulan ulama, dan sekumpulan sahabat-sahabat Imam Syafie berkata sampai pahala Al Quran. Dan pendapat yang dipilih daripada Ashab ialah pembaca hendaklah berdoa selepas membacanya: ya Allah sampaikan pahala bacaanku” (Al Majmu’, jld 16, ms 509)

Di dalam kitab Tuhfatul Muhtaj tulisan Syaikh Ibnu Hajar juga menyebutkan perkara yang sama, bahawa pendapat yang masyhur dalam Mazhab Syafie ialah tidak sampai pahala bacaan Al Quran.

Berdasarkan perkara tersebut maka ertinya kita para pengikut Imam Syafie telah membuat perkara yang sia-sia dengan mengahadiahkan bacaan tahlil dan bacaan al Quran kepada si mayat. Inilah tuduhan Puak Wahhabi kepada kita.( wahabi ini macam sumpah sumpah, dia suka bertukar warna . Takut orang kata dia  wahaabi, dia  gelar diri ' salafi' .)

KEDUDUKAN SEBENAR AMALAN BACAAN TAHLIL.


TAPI  sebenarnya puak Wahhabi itu telah melakukan PEMBOHONGAN kepada orang-orang awam yang hanya tahu angguk sahaja dan terbukti mereka sebenarnya tidak faham fiqah mazhab Imam Syafie tapi berlagak pandai.( Taksub nak salahkan orang lain )

Sebenarnya bila disebut qaul masyhur dalam syafie, itu bermaksud Imam Syafie mempunyai banyak pendapat dalam hukum bacaan Al Quran ini. Hanya pendapat yang masyhur ialah pendapat yang lebih kuat hujahnya daripada pendapat yang tidak masyhur. Pendapat yang berlawanan dengan qaul masyhur itu pula daif. Ini ialah istilah yang digunakan oleh Imam An Nawawi.

Mereka menjaja ke sana sini qaul masyhur Imam Syafie itu supaya orang-orang jahil terpedaya dan mengikut kata-kata mereka yang sebenarnya mengandungi kepalsuan dan niat jahat.

Bukti kepalsuan ialah kerana qaul/pendapat yang muktamad dalam ulama mazhab Syafie ialah  " sampai pahala bacaan Al Quran " dan  Qaul  Masyhur Imam Syafie yang mereka heboh-hebohkan itu adalah pendapat yang lemah.  Perkara ini dinyatakan oleh Syaikh Al Bujairimi dalam hasyiah Fathul Wahhab. (Hasyiah Bujairimi Ala Syarhi Manhajit Tullab, jld 3, ms 287). Tetapi perkara ini tidak disentuh sedikit pun oleh ustaz-ustaz Wahhabi.  Inilah bukti kepalsuan kata-kata mereka: menyembunyikan kebenaran. Kalau betul nak mengajar aqwal aimmah dalam mazahib sila baca semua.

Perkara ini juga menunjukkan bahawa mereka tidak mengerti susur galur perjalanan mazhab Imam Syafie, hanya pandai buka kitab tebuk sana dan sini kemudia baca depan orang-orang awam, dan mendakwa itulah mazhab Imam Syafie. Barangkali ustaz-ustaz yang lagak lebih daripada ilmu ini tidak pernah dengar nama Al Bujairimi .

Mengenai ayat 39, surah An Najm pula, maka ayat itu ialah ialah syariat Nabi Ibrahim dan Nabi Musa, bukannnya syariat umat Nabi Muhammad. Kerana sebelum itu dinyatakan: “ apakah kamu tidak lihat orang yang berpaling (dari iman)(33) yakni murtad. dia memberi sedikit dan menahan (yang baki)(34) ; apakah ia mempunyai ilmu ghaib maka ia melihat (mengetahui)(35) apakah dia tidak diberitahu dengan apa yang ada di dalam suhuf Musa, dan Ibrahim yang menyempurnakan”

Di dalam syariat Muhammadiyyah, pahala boleh didapati dari orang lain, seperti hadis: orang yang menunjukkan kebaikan (mendapat pahala) seperti pembuatnya.

Ibnu Taimiyyah- Ulama yang dipuja oleh puak Wahhabi sendiri,  telah berkata: "  sesiapa yang mengatakan bahawa manusia hanya dapat manfaat daripada amalan sendiri sahaja maka ia telah menentang Ijmak ". (sila rujuk kitab As Sowi, 4, 183 untuk keterangan lebih lanjut, juga kitab Hasyia Jamal Jalalain, jld 7, 342))

Ditulis di dalam kitab Nahjut Taisir, karangan As Sayyid Muhsin, halaman174: Faedah yang kelapan mengenai sampainya pahala bacaan Al Quran kepada si mati:

Dalam Mazhab Malikiyyah: (ulama pengikut mazhab Malik bin Anas)

Telah berkata Al Qadhi Iyad dalam kitab Syarah Muslim, pada menghuraikan hadis pelepah tamar yang diletakka oleh nabi di atas dua kubur yang penghuninya diazab. Para ulama telah mengambil dari hadis ini hukum sunat dibacakan al Quran ke atas mayat, kerana apabila tasbih pelepah tamar yang merupakan benda mati boleh menyebabkan diringankan azab kepada ahli kubur, maka membaca al Quran lebih aula (utama). Dalam kitab  Mi’yar, disebutkan bahawa mazhab Ahmad bin Hanbal dan Abu Hanifah bahawa pahala bacaan al Quran sampai kepada si mati, apabila dibaca dikuburnya, akan berhasil pahala mendengar al Quran kepada si mayat… begitu juga tahlil yang biasa diadakan oleh orang ramai sepatutnya diamalkan dan berharap kepada limpah kurnia Allah…Berkata Ibnu Al Hajj dalam kitab Al Madkhal: sesiapa yang ingin menyampaikan pahala bacaan al Quraannya hendaklah ia berdoa seperti ini : " Ya Allah sampaikanlah pahala bacaanku kepada si fulan".  Seperti berkata Imam Nawawi dalam kitab Azkar.

Al Hafiz As Suyuti mengisbahkan hukum sampai pahala bacaan Al Quran kepada mazahib tiga: Malik, Abu Hanifah, dan Ahmad bin Hanbal.

Ibnu Rusyd ditanya mengenai ayat al Quran bahawa tidaklah mendapat manusia selain pahala apa yang ia lakukan. Ia berkata: jika seorang lelaki membaca dan menghadiahkan pahala bacaan Al Qurannya kepada mayat, itu adalah harus dan sampai pahalanya.

Mazhab Hanabilah (ulama pengikut mazhab Imam Ahmad ibn Hanbal)

Berkata Imam Ibnu Qudamah dalam kitab Mughni: dan tidak mengapa membaca al Quran di kubur, kerana diriwayatkan daripada Ahmad ibnu Hanbal, dia berkata: apabila kamu masuk ke dalam kubur, bacalah Ayat Kursi, dan tiga kali Qul huwallahu ahad, kemudian berkatalah wahai Allah kelebihannya adalah (dihadiahkan) untuk ahli kubur.

Berkata Al Bazzar: aku telah melihat Ahmad ibnu Hanbal solat di belakang dharir dan membaca Al Quran di atas kubur.

Dan apa saja amalan baik yang seseorang lakukan dan ia jadikan (hadiahkan) pahalanya untuk si mati, nescaya memberi manfaat kepadanya. In sya Allahu taala. Adapun doa, istighfar, dan sedekah dan menunaikan kewajipan maka aku (Ibnu Qudamah) tidak mengetahui adanya perbezaan pendapat, sekiranya kewajipan tersebut adalah yang boleh digantikan….

Itu adalah ijmak Muslimin, kerana mereka pada setiap waktu dan tempat berkumpul membaca Al Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada orang-orang yang telah mati dari kalangan mereka tanpa ada bantahan.

Mazhab Syafi’iyyah

Berkata Syaikh Zakariyya Al Ansori dalam kitab syarah Raudh: Upah membaca Al Quran untuk orang lain pada suatu tempoh yang ditetapkan atau kadar ayat tertentu adalah harus, kerana manfaat yang hasil daripada turun rahmat ketika dibacakan Al Quran, hukumnya seperti mengupah orang melakukan azan dan mengajar Al Quran, dan adalah mayat sama seperti orang yang hidup yang hadhiri majlis bacaan Al Quran itu. (mendapat manfaat). Samada pembaca berdoa selepasnya atau mengahadiahkan pahala bacaan kepada mayat ataupun tidak. Maka manfaat bacaan sampai kepada mayat. Kerana doa dari orang lain adalah bermanfaat untuk mayat, dan doa selepas bacaan Quran adalah lebih diterima dan lebih banyak keberkatan. Dan kerana bahawa pembaca apabila ia menghadiahkan pahala bacaan Al Quran kepada si mati maka itu adalah doa dengan berhasil pahala , maka sebab itu si mati mendapat manfaat daripadanya.

Maka pendapat Imam Syafie bahawa pahala bacaan Quran tidak sampai kepada mayat (seperti yang disebutkan dalam Tafsir Ibni Kathir) adalah dianggap bila tidak dilakukan seperti ini (contohnya tidak didoakan sebagai hadiah kepada mayat, bukannya tidak sampai secara mutlak) (ms 177)

Dari sini ada dua kemungkinan:

Pertama  Para ustaz-ustaz Wahhabi sengaja berbohong dengan menyembunyikan qaul/pendapat muktamad dalam Mazhab Syafie dan pendapat-pendapat ulama mazhab lain.
Kedua, ilmu mereka amat cetek. Kedua-dua orang yang bersifat begini memang wajib dijauhi.

Niat jahat puak Wahabi boleh dilihat juga pada bantahan mereka terhadap amalan orang Malaysia membaca doa qunut dalam solat subuh. Mereka mengatakan itu bidaah. Tetapi di Pakistan mereka baca doa qunut pula. Ramai kawan-kawan saya yang belajar di sana berkata begitu. Mereka sentiasa mencari khilaf dengan mazhab di mana mereka tinggal. Kalau di Malaysia, Imam Syafie manakala di Pakistan dengan Imam Hanafi.

Kesimpulannya pendapat yang muktamad dalam mazhab Imam Syafie ialah sampai pahala bacaan Al Quran kepada orang yang telah mati. Pendapat masyhur Imam Syafie yang mengatakan tidak sampai pahala dianggap jika si pembaca tidak berdoa supaya pahala dihadiahkan kepada si mati.

 ( Petikan dari : http://anakgeriksoleh.blogspot.com/  Sila layari web tersebut )
     
            

No comments:

Post a Comment

SAY WHAT YOU THINK OF THIS ARTICLE.