Popular Posts

Thursday, March 29, 2012

' IMAN DAN DAKWAH " - SALING BERTAUT ERAT

      IMAN UMPAMA DENYUTAN NADI  YANG MENGALIRKAN DARAH DAN  MENYEGARKAN  ROH  KEHIDUPAN DAN KEBAHAGIAN SELURUH JIWARAGA INSAN.                                    
GOD CREATION
Dalam ajaran yang dibawa oleh para para  rasul  Allah ( utusan Tuhan ), terkandung didalamnya  dua perkara utama yang merupakan intipati ugama.  Pertama akidah [ pegangan hati ] dan kedua Amal [ perbuatan anggota badan ].  Akidah umpamakan  biji benih dan amal adalah buahnya.Tanpa keimanan, amal tidak akan diterima oleh Tuhan. Ini syarat yang paling utama.  Allah - tuhan yang Esa, Pencipta alam semesta ini berfirman :
" Dan orang orang kafir, amal- amalan mereka seperti fatamorgana ( mirage in the desert ) di tanah yang datar, ia disangka air oleh orang orang yang dahaga, tetapi bila mendatangi air itu dia tidak mendapatkan apa pun. " [ An-Nur : 39 ].
  Lagi firman tuhan :
" Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang; mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun dari apa yang mereka telah usahakan itu ( di dunia ). Sia-sianya amalan itu adalah kesan kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran. [ Ibrahim :18 ]
Maknanya, manusia tiada pilihan jika ingin kembali kepada tuhan dalam keadaan selamat dan berbahagia.  Mesti beriman.  Terima kalimat Iman : laa ilaha illa allah. { Tiada yang berhak untuk di sembah dan sujud melain hanya Allah swt. }
         IMAN bererti  apabila hati membenarkan Nabi Muhammad s.a.w pada apa jua yang didatangkannya mengenai apa yang di ketahuinya tentang agama secara dharurah .Dalam tauhid ' tasdiq- membenarkan ' itu ialah  hati hendaklah ' mengikut dan menerima'  apa yang dibawa oleh Nabi shallahu alai wasalam.
          Al-Imam  Syafi'i mengatakan bahawa  imam adalah perkataan dan perbuatan, boleh bertambah dan berkurang.  Abu Nua'im menambahkan bahawa iman akan bertambah dengan ketaatan dan berkurangan dengan kemaksiatan. Kemudian beliau membaca ayat AlQuran :
IBADAH  adalah zahir iman.
 " Dan supaya orang yang beriman bertambah imannya."   Dimaksud dengan ' perkataan' adalah dua kalimah syahadah dan maksud 'perbuatan' adalah  mencakup perbuatan hati ( keyakinan)  dan perbuatan anggota badan ( ibadah ) 
IMAN terhasil melalui percakapan dan perbuatan dakwah.  Apabila kita banyak beri masa untuk dakwah  Iman,  maka peluang terbesar terbuka  untuk meraih keyakinan. Yakin dan taqwa akan pasti terhasil.  Kenyataan ini bolih kita perhatikan tentang kisah  pemuda al ashabul kahfi dalam surah al-kahfi . Allah swt berfirman : 
" 13. Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.14. dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan Kami ialah Tuhan Yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; Kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan Yang lain dari padanya; jika Kami menyembah Yang lainnya bermakna Kami memperkatakan dan mengakui sesuatu Yang jauh dari kebenaran "  surah al-kahfi 13-14.
RAUDAH  NABAWI.
Sahabat sangat mengambil berat diatas amalan dakwah iman ini. Sahabat Muadz berkata :
 " Duduklah bersama kami, mari kita memperbaharui iman kita dengan berzikir sejenak. "
   Firman Allah swt : " Kerana itu takutlah kepada mereka, maka perkataan itu menambahkan keimanan mereka ."
Di zaman Nabi Muhammad saw, masjid Nabawi penuh di isi dengan majlis IMAN.
  
      Apakah perkara yang dituntut dalam permasaalahan IMAN ?  
Pertama : Mengetahui dengan sepenuh kesedaran bahawa Allah adalah sang Pencipta, Pemberi nikmat, Pengurus segala urusan tadbir alam semesta ini. Tuhan yang bersifat kesempurnaan, maka wajid  disembah dengan sebenarnya  tanpa ada sebarang bentuk syirik..
Allah berfirman :     " Apakah ada keraguan terhadap Allah, Pencipta langit dan bumi."       
                                  [ Ibrahim :10 ]


Allah ,tuhan pemilik ilmu, hikmah, kemampuan dan kehendak yang sepenuhnya.


 Kedua :    Tauhid kepada Allah swt. { mengesakan Allah swt. } Menauhidkan Allah dalam penyembahan dan dalam harapan dan permintaan. Tiada berserta dan pengongsian. Hanya Allah sahaja. Tiada menduakan , tidak berserta roh  Wali wali di kuburannya dan tiada siapa pun.            Allah berfirman : 
 " Hanya dikau kami menyembah dan hanya dikau kami memohon pertolongan. "   [ Al- Fatihah :5 ]
Ketiga :  Menyucikan Allah swt dari segala sifat kekurangan kerana Allah lah Pemilik kesempurnaan yang Maha tinggi.Allah berfirman :
" Dialah Allah, tiada ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. [ Toha : 8 ]
                     SIAPA DIA -  ALLAH 
    ALLAH adalah salah satu nama  tuhan yang Esa. Tuhan sendiri memberitahu dirinya siapa . Tuhan berfirman :
   "Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, 
     Sembahlah akan daku,    dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.
     { surah Thoha-14 }

     .” Allah Yang menciptakan tujuh petala langit dan (ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (berlakunya Yang demikian) supaya kamu mengetahui Bahawa Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan Bahawa Sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmunya akan tiap-tiap sesuatu. [ altalaq -12 ] “

 Allah mengetahui apa Yang di hadapan mereka (dari hal-hal dunia), dan apa Yang di belakang mereka (dari perkara akhirat); sedang mereka tidak mengetahuiNya secara meliputi. [ toha -110 ]

“ Tuhanmu tidak akan lupa “ [ maryam-64]

“ Tuhan kami tidak akan salah dan lupa “ [ toha – 52 ]

“ Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadanya sesuatu pun Yang ada di bumi dan juga Yang ada di langit.[ Ali Imran – 5 ]

“Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar. [ An-nisa’-40 ]

“(Dia lah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah ia mempunyai anak sedang ia tidak mempunyai isteri? Dia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah yang Maha mengetahui akan segala-galanya. [ an-an’am-101 ]

“Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang Tuhan bersamaNya; (Kalaulah ada banyak Tuhan) tentulah tiap-tiap Tuhan itu akan Menguasai dan menguruskan Segala Yang diciptakannya Dengan bersendirian, dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya Yang lain. Maha suci Allah dari apa Yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu.[ al-Mukminum ]

TASIK MELINJA

         Bila berlakunya kecemaran terhadap tauhid ini ?
  MULA  terjadi dalam zaman Nabi Nuh a.s.  Selepas kewafatan Nabi Nuh a.s. generasi
penerus iaitu anak cucu pengikut Nabi Nuh, mulai lalai dalam beribadah.Lama kelamaan, kejahilan dalam akidah mulai berputik dan akhirnya, hati mereka telah timbul benih kekufuran.
Zeus
Mereka mulai mengagongkan roh roh orang sholih diantara datuk nenek mereka. Mereka telah menyandar harapan dan keinginan mereka kepada roh roh suci ini.  Akhir sekali mereka  mengukir dan memahat batu batu  untuk dijadikan patung patung pada roh roh suci tersebut  dan dijadikan  kiblat sesembahan.

Dalam zaman Nabi Musa a.s. pula, si  samiri,  yang menjadi pengikut Nabi Musa, telah membuat patung anak lembu sebagai kiblat sesembahan mereka.. Ini terjadi semasa Nabi Musa a.s bermunajat  dan bertapa di Gunung Thursina.

Dalam zaman Nabi Isa a.s,  kaum kafir  telah   mencuba untuk membunuh Nabi Isa a.s., tetapi Allah selamatkan  dengan dibawanya  naik ke langit kedua. Kaumnya kemudian membunuh orang mereka sendiri  yang Allah swt dengan kudratnya, menampakkan wajah orang tersebut serupa wajah Nabi Isa as, lalu dibunuh dan disalib.  Kemudiannya orang telah menyembah kayu salib. dan menyekutukan Allah swt.


Akhirnya datanglah utusan terakhir, Muhammad shallahu alaihi wa salam  lalu di turunkan  wahyu untuk memurnikan kembali kesucian asma' Allah swt. 
 Allah swt wahyukan kepada Nabi mulia Muhammad shalallahi alaihi wa salam dengan firmannya :

1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa;
 2. "Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat
;3. "Dia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan
; 4. "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya". [ surah Al Ikhlas.]

Kesimpulannya, SYIRIK adalah virus yang sangat bahaya. Setiap orang beriman wajid berusaha untuk membasmikan kewujudan nya, demi cintakan manusia.  Setiap individu muslim mesti belajar uslub dakwah dan sibukkan memperbaiki diri dari cengkaman hawa nafsu dan kemabukkan cinta dunia. Konsep untuk bersenang lenang didunia bukan asuhan Nabi Muhammad saw. Perasaan selesa dan cukup dengan kemegahan dunia bukan gaya hidup dan matlamat muslim sejati.Orang kafir bukan untuk dibenci dan dijadikan sasaran kekecewaan serta kemarahan kita.Mereka perlu dibawa keluar dari sesawang tipu daya perancangan Al-Dajjal dan sekutunya. Manusia mesti dimerdekakan dan dilepas dari belenggu kehambaan sesama manusia, lantas dibawa  kepada penghambaan kepada Allah.  Hanya  kepada zat ALLAH jua lah selayaknya manusia menghambakan diri.