Popular Posts

Sunday, March 27, 2011

UCAPAN SALAM , BERJABAT TANGAN DAN ADAT MELAYU

HULURKAN LAH TANGANMU SAHABAT
 UCAPKAN LAH SALAM :


                                  



 
      اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُم
  HULURKAN TANGANMU......  
             
  AKU seperti biasa akan berulang alik ke masjid lima kali dalam satu hari
 Di masjid  kerap kali saya bertemu dengan muka muka  baru. Maklumlah masjid ini berdekatan dengan pasar malam.Perkara yang ingin saya timbulkan disini adalah sikap sesetengah ahli jemaah yang sangat  'kelat' untuk melemparkan senyuman dan salam. Sering kali saya ketemu orang orang tua yang telah pencen. Mereka ini sangat payah nak menegur orang dahulu.Lebih lebih lagi jikalau mereka adalah bekas pegawai kerajaan atau pegawai di swasta.Sering kali bila saya cuba  menegur dengan memberi salam kemudian menghulur tangan pada mereka, mereka akan menyambutnya dengan ' longgar ' dan dingin. serta  menoleh dengan raup wajah yang pelik ke arah muka saya, seolah olah nya beliau  ingin mengetahui dulu sama ada dia kenal kita atau tidak.Beginilah sikap orang kita sebangsa dan agama.Semakin menjarak. Ikatan ukhwah islam seolah olah telah terlerai.Maka terlintas di benak fikiran akan sebuah Hadith Nabi saw berkaitan dengan fenomena ini
           Ibnu Mas'ud ra meriwayatkan, Nabi saw bersabda : " Salah satu tanda dari tanda tanda hari qiamat ialah orang yang memberi salam kepada orang  dengan dasar kenalan saja.(bukan atas dasar persaudaraan islam. ) "
Maka ingin saya mencoret dan menyentuh serba sedikit  akan amalan budaya kita ini : iaitu  amalan : Memberi salam. berjabat tangan dan budaya salam di Malaysia.
                                                                                                                         
   Allah swt telah  memerintah kita dengan  berfirman :                                                           
وَلا تُصَعّرِْ خَدّّكَ لِلنّّاسِ وَ لاَ نَمْشِ فِى الارْضِ مَرَحًا.....هيغك اخير اية سورة لقمان 18-19
18. "Dan janganlah kamu memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah kamu berjalan di bumi dengan berlagak sombong; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
19. "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".
Di dalam firmannya yang lain , Allah berfirman :
                                                                                                                                                
وَ إِذَا حُيِّيْتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّواْ بِأَحْسَنَ مِنْهَآ اَوْ رُدُّهَا * إِنَّ الله كَانَ عَلَىّ كُلِّ شَىْءٍ حَسِيْبًا *
86. Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.  
                                                                                                                                An-nisa' 86         

Kedua-dua firman tuhan ini menganjurkan kita supaya bersosial dengan penuh kasih sayang diantara satu sama lain, sesama orang muslim. Nabi Muhammad saw ada berpesan  supaya beriman dan berkasih sayang jika kita benar benar ada keinginan untuk memasuki syurga kerana syurga itu tidak dapat diraih hanya dengan beribadah khusus saja bahkan telah menjadi tilikan Allah swt pada  amalan batin dan hati yang salim.  
Nabi bersabda : " Sesungguhnya orang orang yang terutama [ abdaala ummati] dari umatku tidak akan masuk syurga kerana banyak sembahyang,atau banyak puasa. Akan tetapi ( mereka masuk syurga ) kerana bersih hati, murahhati dan berbelas kasihan terhadap setiap muslim. " 
Ini amalan asas.Perlu hari ini kita buang sikap 'individualistik " keakuan dari hati takbur kita.Perkara ini perlu ditilik pada diri kita masing masing.Jangan asyik selongkar hati budi orang lain saja.Tenguk dan tilik juga kedalam diri empuanya diri.
 Nabi saw bersabda :' Demi nyawaku dalam tangannya, kamu tidak akan masuk syurga hingga kamu beriman dan kamu tidak akan beriman hingga kamu ada sifat kasih sayang, Sungguh ingatlah, Aku tunjukkan kepada kamu satu perkara jika kamu lakukannya nescaya kamu akan ada sifat kasih sayang, yaitu hendaklah kamu sebarkan salam diantara sesama kamu."  { Riwayat Musli, Abu Daud dan Termizi }
Abu Darda' ra meriwayatkan Nabi bersabda : "  Sebarkan lah salam sebanyak banyaknya, kerana kamu akan ditinggikan,{ Hr. Tabrani dan Majma' uz Zawaid }
Abu Umamah ra meriwayatkan, Nabi saw bersabda ":Orang yang mendahului yang lain dalam memberi salam adalah yang lebih layak untuk menjadi lebih dekat kepada Allah swt. "  { Hr.Abu Daud }
Abdullah ra meriwayatkan, Nabi saw bersabda : " Orang yang mengucapkan salam lebih dahulu terlepas dari sifat Kibr ( sombong )  { Hr. Baihaqi }
*Qotadah ra meriwayatkan, Nabi saw bersabda : " Apabila kamu memasuki suatu rumah, maka ucapkanlah salam kepada penghuninya dan apabila kamu keluar lambailah dengan ucapan salam kepada mereka " { Hr. Musannaf Abd. Razzaq }
*Abu Hurairah ra meriwayatkan, Nabi bersabda : "  Seorang yang lebih muda  hendaklah mengucapkan salam kepada yang lebih         tua,         orang yang berlalu hendaklah mengucapkan salam kepada yang duduk dan orang yang sedikit, hendaklah mengucapkan salam kepada mereka yang dalam jumlah yang besar . { Hr. Bukhari }
*Ibnu Mas'ud ra meriwayatkan Nabi saw bersabda : Sempurna  salam adalah  dengan melakukan  Musafaha.( jabat tangan ) { Hr. Termizi }
* Bara' ra meriwayatkan Nabi saw bersabda :"Tidaklah kedua orang muslim bertemu dan ber-musafaha kecuali dosa dosa kedua belah diampuni sebelum mereka berpisah . { Abu Daud }
         Orang dahulu dikalangan sahabat Nabi saw.,mereka benar benar cintakan Allah dan Rasulnya. Apabila di perintah untuk mencintai saudara islam, mereka terus membuang pra sangka jahat terhadap saudara islam dan sentiasa memberi alasan yang baik pada perkara perkara yang mereka tidak rasa senang yang terbit daripada tingkah laku orang lain. Lihat dan renungilah pada amalan para sahabat Nabi saw, semuga kita perolehi manafaat.

 Amalan Para sahabat sahabat Nabi saw dalam memberi salam :

1.MEMBERI UCAPAN SALAM DARI JAUH.
 Kisah1 : Dari  Aghar Muzainah.katanya “ Rasulullah saw memerintah aku untuk mengambil buah kurma satu jarib ( sejenis takaran ).dari seorang lelaki ansar.{ Ini adalah kutipan zakat }Tapi lelaki itu menundakan pemberian tersebut.Aku mengadu pada Nabi saw. Nabi saw kemudian menyuruh Abu Bakar ra membantu aku. Keesokan  subuh hari nya, aku menemui Abu Bakar di masjid seperti yang kami telah janjikan.Kami pun pergi menemui lelaki tersebut. Apabila Abu Bakar melihat lelaki itu dari jauh, Abu Bakar memberi salam.Kemudian Abu Bakar berkata pada nya “ Apakah engkau tidak nampak bahawa orang orang menghormati mu ? Aku mendahulukan engkau dari orang lain dlm memberi salam.

Kisah 2 : Ibnu Syaibah dari Zahrah bin Hamisah ,katanya “ Aku dibonceng oleh Abu Bakar
dlm tunggangan nya Apabila kami lewati sesatu kaum , kami memberi salam kepada mereka. Dan mereka membalas salam. dengan lebih baik dari kami.  Abu Bakar berkata : “ orang orang telah melebihi kita dengan kebaikan yg banyak sekali pada hari ini.”

2.Member salam berpisah dan berjumpa.
 Dari Anas bin Malik : “ Kami hidup bersama Nabi saw. Apabila kami berpisah dan di pisahkan oleh sebatang pokok maka kami akan memberi salam apabila kami saling bertemu kembali.
.
3 Memberi salam di pasar pada siapa saja.
Kisah 3 :Tufail bin Ubai bin Kaab katanya : Suatu hari aku bertemu Abdullah bin Umar ra dan pergi bersama2nya  ke pasar Ketika di pasar,Ibnu Umar memberi salam pada semua orang  tanpa memandang apakah mereka itu orang2 yg sedang berjual atau pembeli,miskin atau kaya..
Di ketika yg lain, Ibnu Umar mengajak aku ke pasar.Maka aku bertanya apa yg kamu nak lakukan di sana walhal kamu tidak ada apa nak beli. Ibnu Umar menjawab “ Wahai si perut besar,: Kita ke pasar semata mata untuk beri salam.

4. Mendahului salam .
Dalamm kitab Imam Bukhari  dlm bab Adab. Dari Basyir bin Yasar katanya : “ tidak seorang pun mendahului salam atau bersegera dalam memberi salam selain dari Ibnu Umar.
ADAT ORANG MELAYU DALAM MEMBERI SALAM 

BERSALAM difahami oleh orang melayu ialah berjabat tangan..Disini perlu diperjelaskan bahawa dalam memberi salam, ada dua perkara : Pertama ucapan salam dan kedua ialah berjabat tangan. Apa yang tidak begitu kena dalam amalan seharian orang melayu, kita sering melakukan sesuatu amalan tanpa mempelajarinya secara mendalam.Kita lebih senang mengikut saja. 
Batas batas berjabat tangan *1. .Adalah elok berjabat tangan dengan memandang wajah orang yang disalami serta lontarkan lah sebuah senyuman.Ini akan menyerikan hati orang yang bersalaman.
*2 Jangan menundukkan kepala apabila bersalaman. Nabi saw melarang.kita dari menunduk sembah kepada selain ALLAH SWT Maka bagaimana bersalaman kepada Raja seperti Pertuan Agong Malaysia.?  Saya bukan nak mendehaka tapi cuma nak memberi fakta yang betul. 'Sembah Ampun Tuanku 'dengan membongkok dan mengangkat tangan diatas kepala adalah dilarang. Ini amalan fuedal yang berusurkan adat Hindu kunu. Hukumnya  syirik. Adalah wajar, amalan ini di tinggalkan.Ini tidak pula bermakna kita tidak menghurmati raja raja kita. Adalah pelik, kita marah atas cadangan ini walhal pada waktu yang lain kita redhai dan tidak terasa marah kepada orang negara lain atau bangsa asing  yang hanya berjabat tangan  saja dengan raja raja kita. Saya fikir raja raja pun dah bosan dengan upacara dalam istana yang banyak unsur unsur syirik.Kalau lah tidak didesak oleh adat dan nasihat puak puak menteri, pasti mereka akan setuju buat perubahan.
HARAM BERJABAT TANGAN LELAKI-PEREMPUAN
*3. Dan  yang ini seluruh rakyat tak rasa nak berubah :Bersalaman dengan perempuan atau lelaki yang bukan  mahram.  Daripada  Yang Di Pertuan Agong,  PM, Bapabapa menteri, Datuk dan Datin, cikgu  dan cikgi, ibu bapa, tok wan dan tok nek, semua terlibat.Seolah olah lidah Tok Mufti semua kelu untuk berfatwa, termasuk  Mufti Perlis ke, bekas mufti ke, mufti Perak ke, dan ustazah ustaz, semua membisu. Hukumnya terang terang haram.  Kenapa membisu.?   Mungkin kerana mereka belum layak diiktiraf sebagai ulama' yang sebenarnya. DENGAN APA SAYA BERDALIL ? Saya berdalilkan sebuah firman Allah swt :"INNAMA YAKH SYA ALLAH MIN IBAADIHI ILU'LAMAA U AU "  
DARI NEGARA MEREKA INILAH TOK MUFTI DAPAT ' PHD'
Bermaksud : " Sesungguhnya yang takut kepada Allah SWT dari hamba hamba nya adalah hanya U'lama' "Ulama' adalah bentuk jamak daripada ' alim ' yang bermakna ' orang yang berilmu '.Berdasarkan pada ayat ini ,orang yang berilmu mesti lah takut hanya pada Allah. Dan sesaorang yang bijak atas kapisiti kuat menghafaz dan milik pengatahuan ugama tetapi tidak takut ( takwa) pada Allah swt,, maka orang tersebut tidak diiktiraf sebagai orang yang berilmu.Ini lah pokok perbezaan tarif dari Al-Quran dan dari apa yang dikemukaankan oleh manusia , lebih lebih dari kaca mata Barat.Kalau dirujuk pada ta'rif yang diutarakan oleh Dr. Mahathir pada satu ketika dulu,  maka kita telah menyimpang begitu jauh.
*4  Amalan ini pun menjadi khilaf   didalam masyarakat melayu . yaitu ' CIUM TANGAN ".Tangan di cium sebagai tanda hurmat dan kasih.Kalau inilah maksudnya,maka adalah wajar di benarkan pada ibubapa,suami isteri,tokwan tok nek dan tangan orang yang sholeh.Adalah makruh jika mencium tangan orang yang disanjung semata mata kerana pangkat dan harta dunianya saja.Rujuk disini :
Dia ni takpa lah,pasal dia jenis  leher terikat...
Hukum mencium tangan
Imam Al-Nawawi mengatakan bahawa dianjurkan agar mencium tangan orang yang kemuliaannya disebabkan oleh perkara yang bersangkut paut dengan agama. Seperti seorang yang zuhud, alim/ulamak, soleh, warak dan sebagainya. Ini termasuklah kedua ibubapa kita yang muslim.
Dimakruhkah mencium tangan seseorang yang dipandang mulia dengan sebab-sebab keduniaan, seperti orang kaya, orang yang berpangkat, berkedudukan tinggi dan sebagainya. Perbuatan ini amat tidak disukai.
Syaikh al-Albani berpendapat dalam mencium tangan orang alim itu perlu mematuhi beberapa adab:
a. tidak boleh mencium tangan orang alim jika dia menghulurkan dengan sombong
b. tidak berniat untuk mendapat tabarruk (berkah)
c. tidak menjadikan sebagai adat kebiasaan (sering dilakukan)
d. dia tidak mengingkari lebih utama berjabat salam
e. tidak boleh meletakkan tangan ke dahi

SALAM  KELILING
*Ini satu lagi amalan yang tidak pratikal bagi sebahagian orang, iaitu 'Salam Keliling.' Amalan ini dilakukan selepas selesai doa dalam solat berjemaah.Mereka  akan berasalaman berbaris dari hujung  saf hingga penghabis saf. Dan ada yang menyerikan lagi dengan selawat atas Nabi saw. Pada hemat saya tak perlu buat.lah .Ini kerana, mungkin menggangu orang lain yang ingin  bertafakur serta berzikir dengan zikir zikir tertentu.Lagipun tidak ada anjuran 'sunnah' dalam amalan ini.



*6 Akhir sekali diharap,Jangan pula kerana ghairah hendak beri salam, anda memberi atau jawab salam dari dalam tandas.Jika ada orang medatangi ke rumah anda dan kebetulannya anda berada dalam tandas, maka tak perlu jawab salam. Cukup sekadar ber"dehem" tiga kali saja.
SELAMAT beramal dan senyum senyum selalu.Semuga kita bahagia. Assalamulaikum.
                                                                  

                                                 




 
            
      
                                                                                                                                    


 







         

No comments:

Post a Comment

SAY WHAT YOU THINK OF THIS ARTICLE.