Popular Posts

Saturday, November 10, 2012

PILIHANRAYA 2 : KEPIMPINAN ADALAH AMANAH TUHAN.

LANGKAN MUBALIGHIN.
 MUQADDIMAH  : SEBUAH RENUNGAN 

 Sebelum anda membuat pemilihan, sangat wajar bagi semua muslim memahami dengan penuh yaqin bahawa Nabi Muhammad  SAW adalah utusan Allah, sebagai pembawa petunjuk dan cara hidup yang 100% berpandukan wahyu Allah swt.
 Allah swt berfirman :

“  dan ia  SAW tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam)  menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.  Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadaNya.”        ( Surah An-Najm 3-4 )

Jikalau lah sekadar  ‘lafaz’  pun tidak dibenarkan untuk keluar  dari mulut baginda SAW yang mulia,yang bukan wahyu,  adakah boleh baginda S AW  melakukan apa apa uslub untuk membina ugama dengan perbuatan nya sendiri seperti tiru sedikit cara orang sebelum dia ? Jawabnya, tidak di benarkan.  Jangankan nak ikut dan tiru,  membaca dan meneliti kitab taurat yang asli pun,  beliau  tidak  suka atau meredhai perkara tersebut berlaku keatas sahabat sahabatnya, seperti yang berlaku kepada Saidina Omar  r.a. yang pada suatu ketika pernah meneliti  kitab Taurat yang  didalam bahasa arab. Apabila Rasullullah  SAW terpandang pada perbuatan Saidina Omar ra itu, merah padam wajah yang mulia  itu.  Beliau   menegur sahabatnya , Omar ra dengan berabda : “ Seandainya Nabi Musa AS ada pada waktu aku ini,sudah pasti beliau akan mengikuti syariat yang aku bawa ( AlQuran ) .( Mafhum Hadis ). Setiap urusan baginda SAW  adalah wahyu dari Allah swt.   Allah swt adalah pentadbir alam semesta. DIA lah perancang.dan kita sebagai hamba, mestilah menurut acuan yang telah dilakar oleh  Nabi dan Rasulnya. SAW.

Apa pun ikhtiar  yang kita, sebagai orang islam hendak lakukan, pastikan  tiga perkara ada di dalam nya. Pertama , niat dan matlamatnya semesti ini berlandaskan untuk mengtauhidkan Allah swt dan hanya untuknya. Kedua , cara perlaksanaannya semestilah diutamakan cara yang telah di tunjuki oleh Rasulullah SAW dan ketiganya, mesti lah untuk membena kehidupan di hari Akhirat jua. Kalau kita asaskan perbuatan kita pada landas ini, baru lah amal itu menjelma menjadi amalan sholih yang mendapat keredhaan Allah swt.

Adalah suatu yang tabi’I bahawa masyarakat ramai akan menerima,menyokong dan membantu perlaksanan syariah Islam keatas  diri mereka setelah mereka memahami, mengimani dan merasai kewajibannya.  Sebaliknya, masyarakat yang jahil mengenai Islam dan Tauhid, serta tidak mencintainya  akan  terwujud pelbagai salahfaham terhadap Islam , lantas  mereka tidak akan menyokong perlaksanaan syariat Islam. 

BEGINI LAH POHON IMAN YG TIDAK DIJAGA DANDIPERDULIKAN
Maka amalan dan sifat Dakwah dan Tabligh wajib ada didalam diri setiap individu yang mengakui dirinya  muslim. Persedian dan persiapan diri peribadi  muslim yang memiliki siasah  diri seorang  Dai dan  khalifah,  perlu di pupuk oleh semua badan halaqah Islamiah secara global. Perselisihan pendapat antara pejuang Islam dalam isu pembinaan organisasi, pendekatan dan keutamaan, semestilah  di selesai dengan kembali pada AlQuran dan Sunnah  Nabi SAW  serta panduan perilaku kehidupan para sahabat Nabi SAW..

PERINGATAN KEPADA  SESIAPA YANG INGINKAN JAWATAN WAKIL RAKYAT.

Sebelum kita buat pemilihan, di wajarkan pada semua calon calon yang berkempen sakan untuk menjual diri  untuk dipilih jadi calon wakil rakyat, berhenti sejenak dan renungkan diri sendiri dan perdengarkankan lah suara hati pada sabdaan Nabi SAW mengenai tanggungjawab ‘ Amir “.

Dikeluarkan oleh At Thabrani dari  Abu Wail shaqiq bin Salamah bahawa Saidina Umar r.a. telah melantik  Bashar bin Asim ra untuk memungut zakat penduduk Hawazin. Bashar menunda nunda kepergiannya lalu dia di temui oleh Umar rad an Umar ra bertanya kepadanya, “ Apa yang menyebabkan kamu terlambat ? Apakah kamu tidak mendengar dan taat kepada arahan kami? Bashar berkata : “ Tidak melainkan aku telah mendengar Rasulullah  SAW bersabda :
“ Barangsiapa  yang menjadi ketua bagi suatu urusan kaum muslimin, maka ia akan datang pada hari Qiamat, ,dia akan  berdiri diatas sebuah  jambatan Neraka.  Jika  ia telah melakukan  kebaikan, ia akan selamat.. Jika telah melakukan kejahatan, jambatan itu akan runtuh lalu dia akan terjatuh ke dalam api neraka selama 70 tahun.

 Abu Dzar berkata  kepada Saidina Omar bin Al khaththab ra : Apakah engkau telah mendengar sesuatu dari Rasulullah SAW ?  Umar ra pun menjawab : ‘ Tidak ‘. Abu dzar berkata : Sesungguhnya aku telah mendengar  Rasulullah SAW bersabda : “ Barangsiapa  yang  bertanggung jawab keatas  urusan kaum muslimin, dia akan datang pada hari qiamat sehingga dia akan berdiri di atas jambatan neraka. .  Jika  ia telah melakukan  kebaikan didalam pelayanannya,  dia akan selamat.. Jika sebaliknya,dia telah melakukan kejahatan, jambatan itu akan runtuh lalu dia akan terjatuh ke dalam api neraka selama 70 tahun dan neraka itu sangat gelap dan hitam. Maka  hadis yang manakah lebih mengetarkan hatimu ? “

Saidina Umar ra menjawab : “ Kedua duanya .Kerana itu adakah sesiapa yang mahu mengambil alih jabatan khalifah in dari aku ?

Abu Dzar ra berkata : Hanya orang yang hidungnya telah terpotong dan pipinya telah dilekatkan diatas tanah yang akan mengambil alih jabatan ini.Aku tidak mengetahui melainkan jabatan khalifah tu baik untuk engkau. Kerana jika engkau memberikan jabatan itu kepada  sesaorang yang tidak akan berlaku adil, engkau juga akan menanggung dosa bersama dengan nya.”
Ath Thabrani meriwayatkan dari  seorang lelaki katanya : “ Rasulullah  saw  melantik seorang lelaki menjadi ketua dalam satu sariyyah. Ketika dia kembali, Rasulullah saw .   Bertanya : ” Bagaimana dengan tugas kamu sebagai ketua ?Dia menjawab : “ seakan akan aku seperti orang lain dalam Jemaah itu. Kearah mana saja aku pergi, mereka akan mengikutiku dan dimana saja aku singgah mereka akan ikut serta.”
Kerana itu Nabi saw  besabda : “ Seorang penguasa itu berada di ambang pintu kemarahan Rabbnya, kecuali yang dipelihara leh Allah swt.” Lelaki itu pun berkata “ Aku tidak akan menjadi amir lagi untukmu dan tidak juga untuk orang lain .” Lalu Rasulullah saw  tersenyum sehingga jelas kelihatan gigi gerahamnya.
Sabda Nabi : Sesungguhnya Allah swt akan menanyakan kepada setiap penggembala tentang apa yang telah di gembalakannya, apakah dia memeliharanya atau kah menyia nyiakannya, hingga seorang lelaki ditanyakan tentang keluarganya. ( Ibnu Hibban )

KEUTAMAAN DALAM MEMILIH KETUA.

Ada dua  nizam yang berlaku diantara rakyat dan pemimpin. Pertama, dari pemimpin kesan turun ke rakyat. Kedua kesan dari amalan orang ramai naik keputusan terhadap pemimpin. Amalan pemimpin dan keputusan nya akan mengesan nizam duniawiah rakyat.

Sabda Nabi : “ Apabila Allah swt menghendaki keburukan atas suatu kaum, maka Dia menjadikan utusan mereka berada ditangan orang orang yang hidup mewah “

Ada sebuah cerita yang di tulis dalam kitab , pada satu zaman, ada seorang solih yang berkerja di sebuah kebun pokok limau , milik  seorang yang kaya.Pada sautu hari, kebun  itu di kunjungi oleh penguasa negeri bersama pemilik kebun. Pemilik  kebun pun menyuruh si solih itu untuk memilih beberapa buah yang sudah masak, untuk diperas menjadi jus. Maka di petik beberapa biji lalu di perah sebiji limau dan cukup sebiji itu memenuhi segelas jus limau. Maka  jus tersebut diminum dan dirasai oleh penguasa , didapati rasa jus tersebut tersangat lazat dan manis.Tidak berhenti henti penguasa itu memuji muji kebagusan kebun tersebut.   Pada waktu yang lain pula, pemilik itu sendiri datang ke kebunnya, lalu di minta didatangkan beberapa biji limau untuk diperah  menjadi jus. Apabila diperah, maka di minum oleh pemilik tersebut. Alangkah terkejut apabila didapati rasa jus tersebut rasa masam dan tak sedap lansung. Pemilik itu bertanya si soleh itu kenapa rasa buah itu masam ?. Dijawab oleh si soleh itu : “ Tuan, buah yang saya pilih adalah sama dari pokok yang di minum oleh Si Penguasa hari itu,” Pemilik itu bertanya ;” Kenapa hari ini rasanya masam?” SiSoleh menjawab : “ Rasa  buah ini bertukar masam kerana  kesan dari  niat dan azam penguasa untuk merampas kebun ini secara zholim .”

Waktu masa Nabi , Orang yang dipilih oleh Nabi adalah orang yang beriman dan memiliki kelebehan Agama.

Di keluarkan oleh At Tirmidzi dan dihasankannya, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan lafaznya oleh AlBukhari dari Abu Hurairah ra katanya. Raulullah telah mengutus satu Jemaah yang terdiri dari beberapa orang. Sebelum mengutus mereka keluar,Raulullah mendengarkan bacaan Al-Quran dari setiap orang itu. Baginda  mendekati seoranglelaki yang paling muda diantara mereka lalu bertanya, “ Apakah kamu menghafal al-Quran? Lelaki itu menjawab, “ Ya aku hafal beberapa surah dan surah al-Baqarah .”Rasulullah bertanya lagi, “ Apakah kamu hafal surah al-Baqarah.” Pemuda itu menjawab. “ Ya “.Rasulullah pun bersabda, “ Pergilah, kamu  adalah ketua mereka.” Seorang  lelaki diantara mereka berkata : “ Demi Allah ! Kami takut untuk menghafalnya sekiranya kami terpaksa mengamalkannya.” Rasulullah bersabda : “Belajarlah al-Quran dan bacalah ia, kerana sesungguhnya perumpamaa al-Quranitu bagi sipa yang mempelajarinya dan membacanya adalah seperti kasturi yang tersebar baunya disetiap tempat.Barangsiapa yang mempelajarinya dan menyimpannya adalahseumpama wadah tertutup yang berisi kasturi “ ( targhib ) 

Jangan memilih orang yang jelas GILA hendak jadi calon wakil.
Abu Dzar berkata kepada Raulullah : ‘ Wahai Rasulullah, tidakkan boleh Rasulullah melantikku ke suatu jawatan.? “ Lalu Rasulullah menepuk bahu  Abu Dzar dan bersabda : “ Wahai Abu Dzar, kamu lemah.  Jawatan itu adalah suatu amanah, ia dihari qiamat adalah suatu kehinaan dan penyesalan kecuali  orang  menerimanya  kerana  berhak dan menunaikan tugasnya  dengan betul “.    

 ORANG YANG HARAM DI PILIH DAN DI UNDI .

Orang Islam wajib berhati hati dalam  soal memilih pemimpin. Kesilapan memilih  kepimpinan  boleh mendatangkan malapetaka sepanjang masa.Jika kita ambil mudah saja tentang peribadi orang yang di lantik , walaupun kita sedar dan tahu , bahawa dia adalah seorang yang ingkar  hukum Allah dan ingkar sunnah, maka kita adalah seorang yang zholim. Kita di larang mengangkat mana individu yang jelas :

1. keMUNAFIQkan .

 Allah berfirman : 

“. Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. dan Engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka. “ – AnNia’145 .
KELUARGA YANG BANYAK MEMUSNAHKAN SISTEM ISLAM

2  .ke YAHUDI an dan  ke NASRANI an

Allah Berfirman :
“  Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, keray menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. “– Al maidah 51

3. Orang yang melebihi atau utamakan kekafiran daripada keimanan.

Firman Allah :

“  Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim.” At Taubah 23

4. Orang yang diluar Jemaah kaum  muslimin  dan banyak zahir sifat kemunafiqkan.

Firman Allah :

“  Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai).  mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.118

 Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.- 119 -(“  Ali Imran 118 -119)



PEJUANG ISLAM DIKATAKAN 'PENGANAS'?
5. Orang yang jelas mengingkari Al-Quran dan hukumnya.

Firman Allah :

“  Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu? – Nisa’ 144 

Demikianlah secebis pandangan kita kongsi bersama. Entri ini, jangan lah pula di kaitkan dengan mana mana parti politik yang rancang bertanding. Sekadar renungan. Anda buat keputusan yang seimbang dengan IMAN dan ILmu anda.  Akuilah , kita sama sama hidup di era kekafiran menguasai dunia islam. Jadi pandai pandailah bawa diri.






[