Popular Posts

Friday, August 26, 2011

MARKAZ TABLIGH :MASJID BANGLA WALI, BASTI NIZAMUDDIN. - SUMBER HIDAYAT UMAT

             BANGLAWALI MASJID , BASTI NIZAMUDDIN YANG BERADA DI DALAM LINGKUNGAN KOTA NEW DELHI ADALAH MASJID YANG BERFUNGSI SEBAGAI PENJANA SUMBER  HIDAYAT SELURUH ALAM. USAHA DAKWAH DAN TABLIGH YANG BERGERAK DARI SITU TELAH MERENTASI SEMPADAN  KENEGARAAN, FAHAMAN POLITIK KEPARTIAN, RAS PERKAUMAN DAN PERBEZAAN MAZHAB MAZHAB.
INI ADALAH ANUGERAH TUHAN YANG BERSIFAT PENYAYANG DAN PEMURAH TERHADAP  UMAT ISLAM MASA KINI..
 y
MASJID BANGLAWALI,  BASTI NIZAMUDDIN

 Tersembunyi dalam rupabentuk kesederhanaan serta di selaputi oleh kemunduran bumi  India,justeru telah menimbulkan  perasaan prajudis dan rasa hina pada pandangan setengah kaum muslim yang egoistik terhadap panggilan dakwah ini,manakala  Allah swt yang maha berkuasa pula dalam rencananya, memelihara usaha agama yang menjadi sumber hidayat seluruh umat di sini. 
Jika anda ke sini, anda akan dapati hampir kesemua orang islam dari seluruh perusuk dunia sedang  bangkit dan menyumbang tenaga untuk  usaha dakwah ini.Dari negara negara Arab, Turki, negara Balkan, China , Mongolia,kepulauan Indies, America, seluruh Eropah dan seluruh kepulauan nusantara, semuanya  bergelut, berlumba memberi masa yang panjang untuk kerja dakwah ini.. Hidayat Allah sudah mula bercucuran.Alangkah malang bagi setengah manusia yang masih lena di ulit mimpi  kepalsuan barat, semata mata diatas nama kemodenan..Ayoh, jangan dibiarkan  diri dalam kerugian lalu  dimamah oleh  beraneka ragam kepalsuan gaya hidup sekular yang dihasilkan oleh  penjajahan Amerika dan sekutunya  Sila berkunjung ke basti Nizamuddin,, anda akan mengenali apa itu 'sunnah ' dan ' dakwah '
BAZZAR DIHADAPAN MARKAZ.




Diceritakan melalui lisan yang aku pernah dengar, bahawa ,tapak banglawali masjid ini, asalnya hutan kecil di pinggir kota new Delhi pada tahun awal penjajahan British di India.Ia dimiliki oleh seorang kerabat raja moghul yang dikenali dengan panggilan ' Nawab' [ Nawab adalah raja untuk raja islam. Di zaman itu, ' raja' adalah panggilan bagi kerabat raja raja hindu ]  Nawab ini ketika itu sedang didakwa oleh mahkamah British dengan taruhan nyawa dan hartanya.Waktu itu adalah waktu susah bagi bekas bekas  pembesar Islam.Orang Hindu menggunakan fitnah dan hasutan pada kerajaan British terhadap orang Islam. Allah gerakkan rencananya dengan penuh kebijaksanaan..Pada waktu yang sama, terdapat seorang alim sufi yang warak,dari keturunan Syaidina Abu Bakar bernama  Mualana Ismail, di Saharanpur.Nama beliau sedang masyhur  sebagai alim dan wali yang menyebabkan, orang mula meminta hajat yang berbagai bagai kepadanya.Keadaan ini telah menganggui jiwa dan hati beliau.Maka beliau pun  menyembunyikan  diri di sebuah hutan di New Delhi.
     Pada suatu hari,Nawab pergi memburu di sekitar hutan miliknya.Dalam pemburuan beliau itu, beliau terkejut apabila menjumpai sebuah bangsal buruk dan seorang berjanggut dalam hutannya.Dengan sikap besar diri sebagai pemilik tanah, si Nawab  telah memanggil si janggut itu padanya.Dengan sikap merendah diri, sijanggut meminta maaf kerana mendiami tanah si Nawab dan lantas meminta izin untuk tinggal di situ.Akhirnya si janggut itu pun di benarkan mendiami tempat tersebut dengan syarat si janggut itu bersedia menjadi ' gulam ' atau budak suruhan menjaga hutan itu. Syarat ini di terima.Tanpa disedari oleh Si Nawab bahawa Si janggut itu adalah si alim Maulana Ismail.
     Diwaktu yang tidak lama kemudian, SiNawab di kehendaki naiki mahkamah untuk di dakwa di atas tuduhan berkomplot untuk mengulingkan kerajaan British.Jika sabit kesalahan ini,beliau akan di hukum mati dan hartanya dirampas.SiNawab berada dalam kerisauan dan kegelisaan.
TEMPAT TEKSI,TOOTUT DAN RICKSHAW: SIAP UNTUK KEMANA SAJA.
 Beliau dinasihati oleh rakan dan sanak saudara agar mencari seseorang yang mana mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah dan doa yang makbul.Itu saja jalan yang bolih selamatkan. Hanya Allah swt saja tempat berpaut.Maka beliau pun bertanya orang di serata tempat akan orang yang mempunyai kebolehan sedemikian.Kebanyakkan orang menyebut nama ' Mualana Ismail, Saharanpur.SiNawab pun mencari di Saharanpur tapi malangnya orang yang dicari telah lama menghilangkan diri.Tanpa berputus asa, SiNawab berusaha keras untuk mencari Maulana Ismail.Alangkah terperanjatnya apabila diberitahu bahawa orang yang dicari cari ,rupanya adalah si 'gulam' di hutan nya.Dengan tergesa gesa dia menuju kehutannya, lalu mencampak dirinya di bawah kaki Mualana Ismail, si gulam itu.
PANDANGAN KEDAI KEDAI DI TEPI MASJID
      " Sekarang ini, saya adalah 'gulam' dan anda adalah 'tuan' saya." begitulah kata kata yang tersembul keluar dari mulut SiNawab itu. Lantas dibangkitkan diri Nawab itu oleh  Maulana Ismail dan dengan penuh simpati mendengar rayu siNawab itu. Maulana usulkan cara bagaimana untuk selesaikan masaalah itu. Diminta siNawab untuk berwudhuk lantas di ajaknya Nawab untuk bersolat hajat bersama samanya.kemudian di pinta si Nawab mengaminkan doa  dan Mualana Ismail sendiri  berdoa.Beginilah cara seorang dae dan wali mendidik umat supaya berupaya menggunakan sendiri kekuatan solat dan doa.Mengharap dan meminta hanya pada Allah swt.
       SiNawab pun pada tarikh yang ditetapkan, naiklah ke  mahkamah untuk di bicarakan.Setelah pembicaraan selesai, siNawab bergesa mencari Maulana Ismail lalu memberi khabar gembira,
       " Maulana, Allah telah kabulkan pemintaan kita. Sekarang nyawa saya telah selamat.tapi harta saya dirampas." Maulana Ismail kemudiannya mencadangkan  supaya membuat rayuan lagi,dan si Nawab melakukan seperti diusulkan..Seperti sebelumnya,si Nawab bersolat bersama Maulana Ismail tetapi kali ini siNawab sendiri berdoa dan maulana  mengaminkan.Akhirnya keputusan mahkamah berpihak kepada si Nawab.Nyawa dan harta di kembalikan pada nya dan kerajaan British sendiri memberi jaminan pelindungan pada si Nawab dan keluarganya,malah memberi amaran keras terhadap sesiapa yang berani buat fitnah akan di hukum.
          SiNawab berkata " Maulana sab, dulu nyawa dan harta saya telah hampir hilang, kini semuanya telah saya miliki kembali.Maka saya dah buat keputusan untuk mewakafkan nyawa dan harta saya untuk Maulana." Maka dari sejak hari itu siNawab berkhimat dan berguru dengan Maulana Ismail hingga akhir hayatnya. Aku berpeluang menziarahi kedua dua kubur mereka  serta  berdoa untuk kebahagia mereka  disana. Al _Fatihah.
        Ringkasnya, dari anak Maulana Ismail ini lah lahirnya Maulana Elyas rah, ishan yang di pilih oleh Allah swt untuk hidupkan kembali kerja kerja dakwah illa Allah.

1 comment:

  1. "As-Salaam-Alaikum o rahamatullah"

    ummid karta hu aap kharyat se honge baat jaruri ye hai mai ek patrika likhna chahata hu jis mai 32 page hoga wo patrika mahine ke atbar se nikila jayega
    us mai 1 page Allah ki hamd hoga 1page naat-e-pak hoaga 1page bayanul quran hoga 1 page Hajrat moulana ilyash sab ki bate hogi 1 pgae Hajrat moulana Yousuf sab ki bate hogi 1 page Hajrat moulana Zakarya sab 1 page moulana inamul hasan sab ki bate 1 page Hajrat moulana saad sab ki bate ishi tarah Delhi Markaz Team ke akabreen ki bate hogi ye patrika Mashik patrika hoga Ramzan mai Ramzan ki fajilat Kurbani mai Kurbani ki fazilat e.t.c eishi tarah sabhi collage ke ladko ko ye ek hadya ke rup mia diya jayega ga ye hadya wo hadya hoga jo dunya akharat ki bhalaye ke bare mai use bataye ga
    is ke bare mai aap se ijajat chahata hu aap ki kiya ray hai hajrat hame aap jawab jarur de

    ReplyDelete

SAY WHAT YOU THINK OF THIS ARTICLE.