Popular Posts

Sunday, September 4, 2011

MERDEKA DAN LAHIRNYA ANAK ANAK McDONALD dan KFC.

           SELAMAT AIDIL FITRI DAN HARI MERDEKA.
        Aku seperti orang lain di musim raya, sibuk membawa anak anak berkunjung sanak saudara beraya. Kereta Proton lama aku masih gagah untuk meneruskan khidmatnya.Anda bayangkanlah, kereta proton aku boleh memuatkan seramai  lima orang dewasa dan enam orang kanak kanak.Di susun dengan sistematik dan bersendat macam sardin, akhirnya muat juga..
ANAK ADALAH HARTA. SEPERTI TANAH
            Aku ada banyak anak dan tidak semua ' orang muda dari  generasi moden mu'takhir ini senang dengan angka yang aku miliki. Malah ada yang tidak dapat menerima keadaan aku begitu. Mereka menyangah aku dengan kata kata  yang dengan penuh keyakinan  bahawa banyak anak ini kolot dan menyusahkan. Low class.. Ada yang menegur aku dengan berkata .. "  biar sedikit anak  tapi boleh beri 'quality in life' . Slash. sebiji kena muka aku. Dan di lokasi yang lain, dalam suasana raya ini juga  aku diterjah dengan sindir penuh sinis katanya  " Hai, dukung anak nampak macam tok Wan dukung cucu je."  Berdebuk..sekali lagi . aku di letakkan dalam keadaan 'bodoh' dan 'bersalah'. Diam diam aku merenung wajah wajah mereka dan terfikir " apakah nilai seorang wanita berminhaj moden disisi Allah swt?  Bersalahkah aku bila mempunyai ramai anak hanya kerana aku menolak kaedah 'perancang keluarga' ? Adakah benar pegangan moden tentang kelahiran ini ?  Semua ini berbentuk subjektif. Banyak pendapat dan panjang hujah masing masing Aku bersyukur ada banyak anak dan ini adalah  aset umat islam masa depan. Hanya tanggungjawab aku ialah memastikan, mereka menjadi pewaris kitabul Al-Quran dan Assunnah.
 Kenapa orang agama ada banyak anak? Tak tahukah mereka faedah ' merancang?.Kan susah membela dan kemudian mendidik dan memberi peluang yang terbaik untuk mereka? Ini semua jika kita andaikan ,mereka berpendapatan rendah, tapi bagaimana pula pendirian mereka yang berpendapatan yang duit simpanan nya saja, mati dan hidup kembali, tak habis makan tapi  masih mempunyai  dua atau tiga orang saja tanpa sebarang alasan.?
            Aku dipanggil oleh puan doktor ketika isteri ku akan dibedah untuk kelahiranbaru baru ini. Puan doktor nya ,orang melayu dan bertudung. Di malaysia, bertudung  di kaitkan dengan kuat lah sikit pegangan agamanya manakala yang  menzahirkan rambut dan kepala di pandang sebagai seorang wanita yang sama ada jahil dalam mendapat asuhan  agama oleh emak bapa atau telah ter'bius' oleh falasafah barat.Pertemuan yang  diluar jangkaan aku itu  sungguh mengeciwakan aku. Puan doktor itu  bukan memanggil aku untuk mendapat keizinan pembedahan  tetapi sebaliknya mendesak akusupaya  memberi mereka keizinan untuk melakukan ' ikat' peranakan. Aku memberi jawapan dengan tegas. " TIDAK ".Jawapan ini telah memberangkan hatinya. Dengan nada marah serta mendesak  dia  berkata, " Jadi kamu hendak anak lagi ke?".  Darah aku melambung kepuncaknya tapi tidak terzahir diwajahku. Aku menjawab " Puan tanya saya tentang kerja Allah, saya tak tahu." Allah lah yang memberi zuriat, saya hanya menerima." Dia bertambah berang lalu berkata,  ' terserah lah pada encik.' , lalu mehempas fail di atas meja lalu berlalu. Saya diam, tak kuasa nak melayan.Aku bertawakkal pada Allah saja.Seorang doktor muda, aku kira doktor pelatih, datang memujuk aku.Dia berkata," Sabar,Encik. encik ada hak dalam perkara ini. Tadi, kesemua doktor yang merawat isteri encik bercadang agar isteri encik di beri 30 minit lagi untuk ' labour',tapi doktor itu suruh di lakukan pembedahan segera."  Sekarang baru aku tahu jawapan bagi persoalan  tentang kenapa dalam masa 7 hari saja ,lebih 30 orang  ibu ibu terbaring bersusun dalam wad  akibat bersalin secara 'pembedahan'.Ini gara gara,puan doktor yang ' kemaruk' 'operation'.
            Apa hukum asal 'perancang keluarga' ?. Di maksudkan ' perancang keluarga' ialah  mempergunakan obat untuk mencegah kehamilan'. Disini hukum bolih di bahagikan pada dua sudut. Pertama : Dibatalkan  kemungkinan untuk kebolehan  berhamil sama sekali yakni tidak akan boleh hamil sampai bila bila atau dalam perkataan lain, memandulkan. 
Kedua: Perbuatan menghalang kelahiran anak daripada berlaku atau  menghadkan bilangan anak secara mutlak.
Hukumnya kedua duanya adalah   HARAM dalam keadaan ikhtiari. bukan dalam keadaan dlarurat.
Qaidah dlarurat ialah " Dlarurat dlarurat itu membolehkan segala yang dilarangkan.
 Hukum MAKRUH   pergunakan obat,hanya sekadar mencegah jangan terlalu produktif atau agak melambatkan terjadi kehamilan. . 
Dan  hukum HARUS  merancang dan menyusun keluarga dari segi kesihatan, pelajaran dan kebahagian dengan cara selain dari yang tersebut diatas.
{ Sila rujuk pada keputusan Muzakarah Jawatan Fatwa Kebangsaan pada tahun 1991.Dan  rujuk Kitab I'anatutthalibin,juz II.halaman 256 dan juz IV,halaman 130,bab Jinayat.Dan pada kiatb  Nihayatul Muhtaj,juz VIII,halaman 418 pada kitabul Ummahatil Aulad. }
     Aku berhentikan kereta, lalu memuatkannya  di ruang parkir sebelah restoran Mc Donald. dan KFC. Aku duduk sejenak didalam kereta lalu melontar pandangan aku kearah talian arus ibubapa berserta anak anak mereka,berpusu pusu masuk ke ruang dalam restoran.Semua bergembira ria maklumlah masih dalam suasana raya.Setengah ibu ibu keluar berpakaian fesyen yang tidak menepati syara'.Bertudung tapi berseluar jean ketat. Bertudung tapi berbaju T berlengan pendek.Muka tebal bermake up.Ada ibu dan anak gadis berkilaf. Ibu penuh sopan berpakaian manakala anak gadis mendedah sededahnya aurat. Sang ibu dan bapa boleh redha dan bersahaja.Sang bapa muda membuntut seperti amah Indon, dibelakang sang isteri yang nampak ' dominan'.Anak anak berimej moden.Anak anak  moden. Anak anak yang berselera KFC dan Mc Donald. Anak anak yang sudah lama meninggalkan sambal belacan. Pedah dan busuk, kata mereka. Minah minah kilang dari  kampong pun, tidak ketinggalan.Berseluar dan berfesyen dengan blue berry tidak renggang dari telinga  lagak  seorang  artis.
Mereka semua rasa begitu teruja.           
Rasa  moden.
Rasa begitu terbijak dan terkini
.Rasa hebat.
Rasa berjaya. 
Rasa amerikan.
Rasa serba tahu.
Kami lah anak alaf baru.
Kamilah anak KFC dan Mc Donald.
Kami bukan anak anak nasi lemak.........
Pakcik, ini zaman IT. zaman tanpa sempadan....
Begitu lah dulu aku pernah berbangga pada generasi tua ...
Pakcik , ini zaman Apollo.Zaman orang naik ke bulan lah....
Mungkin masa bapa aku dulu, mereka berkata..
Pakcik, ini zaman merdekalah...zaman baru...
Memang tidak salah.......
Melayu telah merdeka....merdeka ! merdeka !....
Ya ini zaman merdeka...zaman masuk kezaman kejahilan total.
Zaman yang meninggalkan zaman keunggulan.
Meninggalkan zaman kehebatan sunnah dan islam.
Zaman jahiliah moden.
MERDEKA! MERDEKA! 
Lahirlah anak anak Mc Donald dan KFC.
Anak anak berjiwa seperti ayam suntik.
Anak anak yang menanti untuk di sembelih.










No comments:

Post a Comment

SAY WHAT YOU THINK OF THIS ARTICLE.