Popular Posts

Sunday, May 15, 2011

OSAMA BEN LADEN - HIDUP DAN MATI NYA MENAKUTKAN AMERIKA

" OSAMA BEN LADEN SUDAH MATI KE? ' Sering di tanyai " YA " Jawab ku.
         " SYAHID KE DIA ? ' orang bertanya lagi.I . " INSYAALLAH, YA. " Jawabku.
" Orang orang " _yang menakutkan Amerika "
Osama bin Laden, hidupnya dan matinya menakutkan Amerika . Masa hidupnya tidak di senangi  dan matinya sangat di bimbangi. Tuduhan keatasnya terus menjadi misteri.Begitu takutnya  pada Osama lantas menjadi lucu apabila, Amerika berfatwa bagi pihak seluruh umat islam,bahawa  "sah " mencampakkan jenazah 'Osama' ke laut kerana demi menghindari khurafat. Jika dikebumikan di darat, nanti kuburnya akan menjadi tempat pemujaan orang islam.Sungguh lucu dan menghinakan.

Semua pemimpin Islam senyap membisu. -Ketakutan bagat -.Bila mereka bersuara, mereka menjadi seperti burung tiong kembala kerbau. atau burung belatok. Angguk angguk  dan angguk saja.


Osama , dia adalah mujahidin memerangi Amerika dan sekutu sekutunya.Namanya mengerunkan dan amat dibencikan oleh kebanyakkan rakyat Amerika.Imej nya telah diolah dan di acukan sehitam hitamnya.Dan malangnya kehitaman dan kekejian yang di calitkan keatasnya telah tempias kena  kepada kesucian ISLAM.  Maka ramai orang mula membenci islam. Islam di labelkan penganas.
Pemimpin pemimpin Islam yang bersikap pak turut pun sehati sejiwa dengan kaum barat dalam melabelkan mujahidin Islam sebagai pengganas. Maka bermula lah era yang sangat malang bagi kaum muslimin serata dunia Nyawa mereka di buru dan darah mereka telah di istiharkan  " HALAL ". Osama bin Laden dituduh melakukan angkara terhadap Amerika seperti berikut :
* Ketua kumpulan militan Al-Qaeda ( The Base )
* Feb.1993 - Serangan bom keatas  World Trade Centre di New york
*. Ogos 7,1998 - Serangan bom  rumah kedutaan  USA di Tanziana.
* Serangan keatas kapal Perang The destroyer ASS COLE dan tengelamkannya, di Yeman.
*  Sept 11. - Serangan World Trade Centre di New York dan ranapkan ke bumi.
* Mac 11,2004 - Serangan bom dalam  Keretapi Commuter di Madrid.
* Julai, 2005 - Bom berani mati di London.
* Jun 2, 2009 - Serangan bom di kedutaan Denmark.
* Semua serangan berani mati di kaitkan pada Al- Qaeda.


 Di Amerika, seorang suri rumah, didakwa di makamah kerana terlanggar seekor anjing jirannya ketika melalui kawasannya.Dia tidak sengaja.Dan  Amerika jugalah yang mehalalkan nyawa ribuan orang Islam dibunuh di Iraq demi membebaskan Iraq dari diktator Saddam dan ribuaan orang awam islam di Afghan demi untuk kembalikan ' demokrasi ' dari Taliban.kononnya. Harga dan nilai seekor anjing lebih bernilai daripada nilai seorang manusia yang mempunyai kepercayaan pada Islam. 

Syahid ke dia?  Ketika berita di umumkan bahawaOsama  di bunuh, aku tidak terkejut.tapi ingin mengetahui bagaimana dia di bunuh.Ramai orang islam  tidak percaya terhadap berita tersebut. Aku mengeyakan ( ya kan ) berita tersebut.Alasan aku mudah. Hidup Osama dan label yang dia bawa, sangat sangat merugikan orang Islam.Ketakutan Amerika sangat menebal.Jadi jika kita terima berita kematiannya, maka Amerika tidak akan ada alasan untuk membunuh orang islam. Lagi pun  'berita' kematian Osama, menguntungi USA, khas nya Obama dan Democratic. Semua 'wayang' ini semata mata  untuk pemilihanraya. Jadi , kematian ini meletakkan kita dan Amerika dalam ' win - win situation '.


Dikira syahid ke dia.? Aku kata ' ya'. sebagai tindakkan melawan terhadap propaganda barat . Amerika istiharkan  ' menang' maka aku  pun istiharkan ' menang'  Aku  panggil dia syahid.
Orang yang berjuang di jalan Allah, mereka dalam kemenangan  total. Hidup  berjaya, mati pun  berjaya. Osama bin Laden tidak menjalani kehidupan macam kita. Kehidupan yang bacul, merugi dan penakut. Dia wakafkan nyawa untuk Allah, di jalan Allah. Jihad telah menjadi wajib di bumi dimana tanahnya di jajah oleh kafirin yang jelas berniat untuk padamkan cahaya keislaman. Afganistan, iraq, checnya dan khasmir  adalah bumi dimana jihad telah menjadi wajib pada setiap warga islam. Mereka dinafikan haq untuk mengamalkan agama Allah, nyawa mereka di halalkan, wanita mereka di rogol, maruah mereka di sundali,pemimpin mereka di bonekakan, maka arah mana mereka harus berpaling ?.
Osama adalah anak Islam yang patut di banggakan, bukan di hina. Pada waktu umurya tengah kemuncak dewasa, dia memiliki ruang amat luas untuk memilih kehidupan ' normal' abad ini. Kehidupan yang diliputi kemewahan, keindahan dan kemanisan dunia.Lahir dari jutawan Arab yang sangat sangat kaya, dia boleh melakukan apa saja di barat atau di timur. Pada awal tahun 80an, sudah menjadi trend pemuda kaya Arab, berpoya poya dengan arak,judi dan zina dinegara negara barat.Hati pemuda mereka sangat angkuh dan bangga. Terhadap saudara saudara seislam dari negara selain arab, mereka pandang dengan rendah.Osama memilih jalan yang lain. Dia berkerja untuk Islam.Dia rasa terhina dan di hina apabila menyaksikan pemimpin Islam di tanah kelahiran  Nabi yang Mulia , menjadi seperti lembu dicucuk hidung.Tunduk menyembah ' tuhan bermata satu.Semangat perjuangan nya semakin berkobar kobar apabila menerima wasiat dan amanah dari ayahnya agar mengunakan wang kekayaan mereka untuk membantu " Imam mahdi" dalam jihad..Osama Laden bergabung dengan sekumpulan pejuang pejuang Islam yang menentang pencerobohan Amerila di mana mana bumi Islam.Dari saat itu dia tidak berundur kebelakang lagi.


Bagaimana nama nya begitu dikenali ? Dia adalah kambing hitam Amerika. Amerika memperalatan Osama diwaktu perang Afghanistan dan selepas " 11 september ".  Amerika melalui gerakan CIA telah menemui Osama ketika "Perang Afghanistan menentang Russia."
Amerika dalam agenda ' perang dingin terhadap Russia" telah mengambil peluang keemasan terhadap pencerobohan tersebut.Amerika mengaut untung dengan menjual senjata perang pada mujahidin mujahidin Afghan.Wang datang dari poket seluar Osama bin Laden.Amerika tahu Osama boleh biayai perang mujahidin.Apabila perang tamat,Taliban ambil alih pemerintahan. Taliban tidak mahu ikut telunjuk Amerika malah menentangnya. Sekali lagi wang dari poket Osama menghidupkan nadi kerajaan yang baru bernafas sehari itu.Manakala seluruh dunia memulau Taliban dan Afghan dari segala bentuk bantuan..Taliban terpinggir dan akhirnya di tumbangkan. Osama menjadi buruan senjata musuh dan dijadikan kambing hitam di atas peristiwa " 11 September ".

Pada anda orang Islam seluruh dunia, aku ingin bertanya anda,  APA YANG TELAH ANDA LAKUKAN SEPANJANG MASA SEJARAH INI  MENGAMBIL EPISODNYA ?.Dimanakah anda ?

Adakah anda menyumbang barang serupiah atau sesen malaysia atau sedollar US ? Semasa pejuang pejuang Islam bertungkus lumus dalam perang, ada anda menghantar sebilah pisau untuk bantu ,mereka ? Kalau jawapan anda " TIDAK" maka anda masih boleh menyumbang sedikit bantuan pada mereka, iaitu " Tolong Jangan kutuk mereka dan nilai lah mereka dengan nilaian yang wajar."

ADAKAH ' BOM BERANI MATI'  termasuk cara yang dihalalkan dalam jihad? Aku tak setuju dan aku fikir dalam islam ' matlamat tidak mehalalkan cara'. Walaupun Islam tertekan, kita pejuang Islam tidak boleh bertindak sebagai " desperado ". Cara ini telah mehitamkan kesucian jihad. Lebih lebih lagi jika sasaran kita adalah darah seagama.Semoga Allah mengampuni mereka.INGAT, Membunuh dan menumpahkan darah orang islam, walau apa pun tafsiran dan takwilan, tidakkan dihalalkan oleh Allah. Balasan Allah adalah  bakaran   api nerakanya. WaAllahu a'lam.



No comments:

Post a Comment

SAY WHAT YOU THINK OF THIS ARTICLE.