Popular Posts

Thursday, March 29, 2012

' IMAN DAN DAKWAH " - SALING BERTAUT ERAT

      IMAN UMPAMA DENYUTAN NADI  YANG MENGALIRKAN DARAH DAN  MENYEGARKAN  ROH  KEHIDUPAN DAN KEBAHAGIAN SELURUH JIWARAGA INSAN.                                    
GOD CREATION
Dalam ajaran yang dibawa oleh para para  rasul  Allah ( utusan Tuhan ), terkandung didalamnya  dua perkara utama yang merupakan intipati ugama.  Pertama akidah [ pegangan hati ] dan kedua Amal [ perbuatan anggota badan ].  Akidah umpamakan  biji benih dan amal adalah buahnya.Tanpa keimanan, amal tidak akan diterima oleh Tuhan. Ini syarat yang paling utama.  Allah - tuhan yang Esa, Pencipta alam semesta ini berfirman :
" Dan orang orang kafir, amal- amalan mereka seperti fatamorgana ( mirage in the desert ) di tanah yang datar, ia disangka air oleh orang orang yang dahaga, tetapi bila mendatangi air itu dia tidak mendapatkan apa pun. " [ An-Nur : 39 ].
  Lagi firman tuhan :
" Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang; mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun dari apa yang mereka telah usahakan itu ( di dunia ). Sia-sianya amalan itu adalah kesan kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran. [ Ibrahim :18 ]
Maknanya, manusia tiada pilihan jika ingin kembali kepada tuhan dalam keadaan selamat dan berbahagia.  Mesti beriman.  Terima kalimat Iman : laa ilaha illa allah. { Tiada yang berhak untuk di sembah dan sujud melain hanya Allah swt. }
         IMAN bererti  apabila hati membenarkan Nabi Muhammad s.a.w pada apa jua yang didatangkannya mengenai apa yang di ketahuinya tentang agama secara dharurah .Dalam tauhid ' tasdiq- membenarkan ' itu ialah  hati hendaklah ' mengikut dan menerima'  apa yang dibawa oleh Nabi shallahu alai wasalam.
          Al-Imam  Syafi'i mengatakan bahawa  imam adalah perkataan dan perbuatan, boleh bertambah dan berkurang.  Abu Nua'im menambahkan bahawa iman akan bertambah dengan ketaatan dan berkurangan dengan kemaksiatan. Kemudian beliau membaca ayat AlQuran :
IBADAH  adalah zahir iman.
 " Dan supaya orang yang beriman bertambah imannya."   Dimaksud dengan ' perkataan' adalah dua kalimah syahadah dan maksud 'perbuatan' adalah  mencakup perbuatan hati ( keyakinan)  dan perbuatan anggota badan ( ibadah ) 
IMAN terhasil melalui percakapan dan perbuatan dakwah.  Apabila kita banyak beri masa untuk dakwah  Iman,  maka peluang terbesar terbuka  untuk meraih keyakinan. Yakin dan taqwa akan pasti terhasil.  Kenyataan ini bolih kita perhatikan tentang kisah  pemuda al ashabul kahfi dalam surah al-kahfi . Allah swt berfirman : 
" 13. Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.14. dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan Kami ialah Tuhan Yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; Kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan Yang lain dari padanya; jika Kami menyembah Yang lainnya bermakna Kami memperkatakan dan mengakui sesuatu Yang jauh dari kebenaran "  surah al-kahfi 13-14.
RAUDAH  NABAWI.
Sahabat sangat mengambil berat diatas amalan dakwah iman ini. Sahabat Muadz berkata :
 " Duduklah bersama kami, mari kita memperbaharui iman kita dengan berzikir sejenak. "
   Firman Allah swt : " Kerana itu takutlah kepada mereka, maka perkataan itu menambahkan keimanan mereka ."
Di zaman Nabi Muhammad saw, masjid Nabawi penuh di isi dengan majlis IMAN.
  
      Apakah perkara yang dituntut dalam permasaalahan IMAN ?  
Pertama : Mengetahui dengan sepenuh kesedaran bahawa Allah adalah sang Pencipta, Pemberi nikmat, Pengurus segala urusan tadbir alam semesta ini. Tuhan yang bersifat kesempurnaan, maka wajid  disembah dengan sebenarnya  tanpa ada sebarang bentuk syirik..
Allah berfirman :     " Apakah ada keraguan terhadap Allah, Pencipta langit dan bumi."       
                                  [ Ibrahim :10 ]


Allah ,tuhan pemilik ilmu, hikmah, kemampuan dan kehendak yang sepenuhnya.


 Kedua :    Tauhid kepada Allah swt. { mengesakan Allah swt. } Menauhidkan Allah dalam penyembahan dan dalam harapan dan permintaan. Tiada berserta dan pengongsian. Hanya Allah sahaja. Tiada menduakan , tidak berserta roh  Wali wali di kuburannya dan tiada siapa pun.            Allah berfirman : 
 " Hanya dikau kami menyembah dan hanya dikau kami memohon pertolongan. "   [ Al- Fatihah :5 ]
Ketiga :  Menyucikan Allah swt dari segala sifat kekurangan kerana Allah lah Pemilik kesempurnaan yang Maha tinggi.Allah berfirman :
" Dialah Allah, tiada ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. [ Toha : 8 ]
                     SIAPA DIA -  ALLAH 
    ALLAH adalah salah satu nama  tuhan yang Esa. Tuhan sendiri memberitahu dirinya siapa . Tuhan berfirman :
   "Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, 
     Sembahlah akan daku,    dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.
     { surah Thoha-14 }

     .” Allah Yang menciptakan tujuh petala langit dan (ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (berlakunya Yang demikian) supaya kamu mengetahui Bahawa Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan Bahawa Sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmunya akan tiap-tiap sesuatu. [ altalaq -12 ] “

“  Allah mengetahui apa Yang di hadapan mereka (dari hal-hal dunia), dan apa Yang di belakang mereka (dari perkara akhirat); sedang mereka tidak mengetahuiNya secara meliputi. [ toha -110 ]

“ Tuhanmu tidak akan lupa “ [ maryam-64]

“ Tuhan kami tidak akan salah dan lupa “ [ toha – 52 ]

“ Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadanya sesuatu pun Yang ada di bumi dan juga Yang ada di langit.[ Ali Imran – 5 ]

“Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar. [ An-nisa’-40 ]

“(Dia lah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah ia mempunyai anak sedang ia tidak mempunyai isteri? Dia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah yang Maha mengetahui akan segala-galanya. [ an-an’am-101 ]

“Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang Tuhan bersamaNya; (Kalaulah ada banyak Tuhan) tentulah tiap-tiap Tuhan itu akan Menguasai dan menguruskan Segala Yang diciptakannya Dengan bersendirian, dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya Yang lain. Maha suci Allah dari apa Yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu.[ al-Mukminum ]

TASIK MELINJA

         Bila berlakunya kecemaran terhadap tauhid ini ?
  MULA  terjadi dalam zaman Nabi Nuh a.s.  Selepas kewafatan Nabi Nuh a.s. generasi
penerus iaitu anak cucu pengikut Nabi Nuh, mulai lalai dalam beribadah.Lama kelamaan, kejahilan dalam akidah mulai berputik dan akhirnya, hati mereka telah timbul benih kekufuran.
Zeus
Mereka mulai mengagongkan roh roh orang sholih diantara datuk nenek mereka. Mereka telah menyandar harapan dan keinginan mereka kepada roh roh suci ini.  Akhir sekali mereka  mengukir dan memahat batu batu  untuk dijadikan patung patung pada roh roh suci tersebut  dan dijadikan  kiblat sesembahan.

Dalam zaman Nabi Musa a.s. pula, si  samiri,  yang menjadi pengikut Nabi Musa, telah membuat patung anak lembu sebagai kiblat sesembahan mereka.. Ini terjadi semasa Nabi Musa a.s bermunajat  dan bertapa di Gunung Thursina.

Dalam zaman Nabi Isa a.s,  kaum kafir  telah   mencuba untuk membunuh Nabi Isa a.s., tetapi Allah selamatkan  dengan dibawanya  naik ke langit kedua. Kaumnya kemudian membunuh orang mereka sendiri  yang Allah swt dengan kudratnya, menampakkan wajah orang tersebut serupa wajah Nabi Isa as, lalu dibunuh dan disalib.  Kemudiannya orang telah menyembah kayu salib. dan menyekutukan Allah swt.


Akhirnya datanglah utusan terakhir, Muhammad shallahu alaihi wa salam  lalu di turunkan  wahyu untuk memurnikan kembali kesucian asma' Allah swt. 
 Allah swt wahyukan kepada Nabi mulia Muhammad shalallahi alaihi wa salam dengan firmannya :

1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa;
 2. "Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat
;3. "Dia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan
; 4. "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya". [ surah Al Ikhlas.]

Kesimpulannya, SYIRIK adalah virus yang sangat bahaya. Setiap orang beriman wajid berusaha untuk membasmikan kewujudan nya, demi cintakan manusia.  Setiap individu muslim mesti belajar uslub dakwah dan sibukkan memperbaiki diri dari cengkaman hawa nafsu dan kemabukkan cinta dunia. Konsep untuk bersenang lenang didunia bukan asuhan Nabi Muhammad saw. Perasaan selesa dan cukup dengan kemegahan dunia bukan gaya hidup dan matlamat muslim sejati.Orang kafir bukan untuk dibenci dan dijadikan sasaran kekecewaan serta kemarahan kita.Mereka perlu dibawa keluar dari sesawang tipu daya perancangan Al-Dajjal dan sekutunya. Manusia mesti dimerdekakan dan dilepas dari belenggu kehambaan sesama manusia, lantas dibawa  kepada penghambaan kepada Allah.  Hanya  kepada zat ALLAH jua lah selayaknya manusia menghambakan diri.


     

Tuesday, February 28, 2012

DIMANA HILANGNYA KEKUATAN SOLAT KITA ?

               KONDISI ORANG YANG MENGAKU DIRI NYA SEBAGAI ' MUSLIM'.
TENTERA AMERIKA BAKAR AL-QURQN : MARAH
       
               Anak murid ku bertanya , kenapa barisan pejuangan Islam seolah olahnya tidak mencapai kemenangan. Orang Islam nampak semakin lemah.Aku diam tidak melayan persoalan itu. Memang orang islam sedang dalam kemelut yang rumit. Saban hari dipaparkan keberanian  puak yang bencikan Islam  melacur kehormatan dan maruah Islam. Di bumi Afghanistan, Al-Quran di bakar. Di Pakistan, rumah Osama bin Ladeen  ( yang dijadikan wayang Amerika ) diruntuhkan.  Di Iraq, wanita dirogol dan ditayangkan dalam media massa.  Palitan serta contengan arang tidak berhenti henti ke muka orang islam. Saban hari terjadi, sehinggakan orang islam sudah mangli, sudah kebas dan sudah tidak sensitif lagi.

                  DI MANA SALAHNYA  DAN APA  UBATNYA ?

                Allah swt tidak  menyalahi janjinya apabila dia berfirman :
" Allah menjanjikan orang orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu [ Wahai  umat Muhammad ], bahawa Allah akan menjadikan mereka sebagai khalifah khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang orang sebelum mereka : khalifah khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan ugama islam yang telah diredhainya untuk mereka : dan dia  juga akan mengantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan [ dari ancaman musuh ]: mereka terus beribadah kepada ku dengan tidak  mempersekutukan sesuatu yang lain denganku dan ( ingat )sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang orang yang derhaka."  " Dan dirikanlah kamu akan solat serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul Allah: supaya kamu beroleh rahmat."
 Nah !, Renungkan lah janji dan tawaran ini. Ini adalah janji pasti. Janji  Allah swt pada kita  tapi 
 janji bersyarat. Mari kita teliti janjinya.
        1.  BERIMAN. - Sudah benarkah IMAN kita ? Atau   keimanan kita setaraf  penyataan orang badwi dizaman Nabi Sallahu alaihi wa salam seperti dalam firman Nya dalam  al-hujarat 14  yang berbunyi :
 " Orang orang Arab Badwi itu berkata " Kami telah beriman " .Katakan lah  " kamu  belum beriman, tetapi katakanlah sekian kamu " Kami telah tunduk " kerana iman belum masuk  kedalam hati kamu ".
Keimanan ada tandanya. Nabi ada memberi isyarat tanda iman dengan sabda : 
"  Apabila amal baik kamu menyukakan kamu dan amal buruk kamu menyedihkan kamu: maka kamu adalah seorang mukmin. ( Hr: Mustadrak Hakim )
 Lagi tanda orang mempunyai iman, dia tidak meminta dan mengadu pada selain Allah. Walaupun waktu susah atau senang. Dalam hati dia hanya ada Allah swt.  Dia berkeyakinan penuh bahawa Allah swt adalah ' rab' nya yang mutlak. Semua makhluk yang ada di atas langit atau dibawah  langit, semua berada dalam genggaman Allah swt sahaja.Allah swt Maha pentadbir alam ini. Hati orang beriman sakit melihat para pemimpin yang berkuasa, mengemis
dan merayu rayu kepada ketua ketua kafir di jajahan tanah Europah dan Amerika dan dalam waktu yang sama tidak peduli untuk langgut ke langit untuk menyebut " Ya Allah, Ya Rabku"
 
    2. BERA'MAL SOLEH.
Amalan soleh yang banyak berisi janji Allah adalah solat.Dalam solat ada janji kemenangan, pelindungan, ketenangan dan penyelesai masaalah.Ada hajat, solat boleh menjadi pengantarannya. Dalam solat ada zikir dan doa.Dalam zikir ada ketenangan dan dalam doa ada kabuliat ( penerimaan ) Dalam solat ada kudratullah. Tetapi kenapa solat yang kita lakukan kosong daripada  sifat dan kebolehan yang di sebut itu ?

Mari kita' post mortem ' solat kita. 
Solat dikira gagal jika
 1. Jumlah solat fardhu kita kurang daripada bilangan lima..
Ada  sebahagian orang yang merasa puas hati dan rasa lega dengan bilangan dua kali solat, tiga kali solat dan empat kali solat tapi tidak genap lima.Sangat menyedihkan, ada seumur hidup tidak pernah bersujud kehadrat tuhan yang maha penyayang.

 2. Jumlah solat cukup lima waktu fardhu, tapi solat dilakukan  tidak tepat waktunya. Solat ini juga di kira ' gagal '. Dia bersolat ikut waktu  sendiri,  bukan waktu tuhan  yang empunya solat.
Nabi menasihatkan umat agar solat di utamakan dan solatlah pada waktunya yang awal. Sabdanya : " Amal yang paling dicintai Allah Taala adalah solat ( tepat ) waktunya.

3. Solat cukup waktu fardhunya , tepat dalam waktunya, awal waktu, tapi didirikan solat bersendirian, tidak berjemaah. Solat ini pun dikira ' gagal '. 


4. Solat cukup waktu fardhunya, awal dan tepat waktunya  dan didirikan secara berjemaah, tapi dilakukan berjemaah di rumah. Solat ini pun ' gagal '. Dia berhujah bahawa dia perlu mendidik anak isteri di rumah. Alasan ini adalah alasan orang malas dan berpenyakit jiwa.Pertama sekali adalah kurang bijak untuk mengajar solat dengan mengorban solat fardhu yang sangat bernilai.Orang yang bijak tidak akan mengajar anaknya belajar memandu dengan mengunakan kereta mahal serta baru  dibeli. Hendak belajar dan mendidik diluar waktu solat. Waktu solat fardhu, kena laksana dengan betul. Kedua ada sebuah hadis yang berbunyi 
" Berikan khabar gembira kepada orang orang yang banyak berjalan dalam kegelapan menuju ke masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat " [ Hr: Abu Daud, At- Termidzi dan Ibnu Majah ].
' Orang yang banyak berjalan ' bermaksud adalah mereka yang membiasakan diri ke masjid.
Dan dua ungkapan ini  ' menuju ke masjid' dan ' banyak berjalan' merupakan bantahan bagi setengah orang yang memandai solat berjemaah di rumah sendiri dan bukan di rumah Allah.
        
        SOLAT   SUBUH  ADALAH PEMISAH DIANTARA  MUSLIM  TULIN DAN MUSLIM OLOK OLOK  ( MUNAFIQ ) .
        Solat subuh adalah solat yang paling berat kepada hati muslim palsu.Allah menjadikan amalan pergi ke masjid sebagai penyaksian keimanan.Allah berfirman " Sesungguhnya hanya senya, orang orang yang memakmurkan masjid masjid Allah, beriman kepada Allah dan Hari akhirat."


 3. MENEGAK AMALAN MENGESAKAN ALLAH SWT  DENGAN MENGHIDUPKAN AKTIVITI DAKWAH KALIMAH LAA ILAHA ILLA ALLAH.

 Perhatikan betul betul janji Allah diatas. Umat Islam tidak boleh bercita cita untuk memiliki kekalifahan dengan lari terpesong  daripada tujuan diberi amanah kalifah itu.Tujuan nya hanya satu:  Pasti manusia selamat daripada api neraka yang di ancam oleh Allah swt terhadap manusia.Jalan selamat hanya  lari jauh dari syirik, dan murnikan jiwa dengan tauhid.  Bagi maksud ini dakwah perlu di jalankan. Kekuatan orang islam adalah dalam amalan dakwah. Adakah keyakinan anda masih pada kekuatan material?. Adakah anda rasa berjaya dengan urusan masyarakat yang mempunyai pejabat, kemenangan partai politik, harta saham dan kekuatan ekonomi.? Adakah anda bangga dan rasa hebat dengan barisan artis yang berjaya mencipta lagu  lagu  yang diiktiraf oleh puak barat dan diberi penghargaan  antarabangsa? .         Tidak begitu. Kejayaan orang islam bergantung pada keyakinan yang jitu dan amalan solat yang tepat pada waktunya. Perkara ini semua dibena dengan semangat dakwah sebagai teras wasilahnya.
RENUNG renungkan lah....
 

.

              


Wednesday, February 1, 2012

MARHABAN YA RASULULLAH SHALAALLAHU ALAIHI WA SALAM.

             MARHABAN YA RASULULLAH. MARHABAN.
               
                                                  
                          ياَ رَبِّ  صَلِّ وَ سَلِّم دَئِمًا أَبَدًا

                          عَلَى حَبِيبِكَ خَيْرِ الخَلْقِ كُلِّهِمْ .
                            
 GURUN PASIR INILAH HIDUP AGAMA.
SELAMAT DATANG YA RASULULLAH. Jasa mu sentiasa di hargai dan di syukuri . Keberkatan diri mu, kami umat mu di akhir zaman, memohon hidayah daripada Allah swt agar mampu menjejaki langkah perrjalanan mu.  Semoga sholawat dan salam tercurah diatasmu wahai Rasullullah.

Allah memerintah : " Sesungguhnya Allah dan malaikat malaikatnya berselawat keatas Nabi ; wahai orang orang yang beriman, berselawat lah kamu keatas Nabi dan ucapkanlah salam dengan penghurmatan kepadanya." [ surah Al-Ahzab 56 ]


SIAPA DIA MUHAMMAD ?
 

Siapa dia manusia yang  agong ini yang di gelar MUHAMMAD ?
Muhammad (s.a.w ) adalah  seorang Nabi dan Rasullullah.  Pangkat yang paling tinggi untuk manusia ialah mejadi Nabi. dan rasul.
ALLAH swt sendiri mengelar beliau sebagai  Nabi.
"' Wahai Nabi, Sesungguhnya kami mengutusmu  untuk jadi saksi, pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan." [ Al-Ahzab 45 ].
ALLAH swt  berfirman lagi :
"Muhammadur Rasulullah " iaitu  Muhammad itu utusan Tuhan.[ Al- Fath 29 )
Ada beberapa ulama' yang bijaksana dan berpandangan jauh menulis " Di dalam ayat ayat Al-Quran, Nabi yang mulia ( s.a.w ) telah di panggil dengan panggilan " Nabi" dan bukannya " Muhammad ", tidak seperti yang berlaku pada Nabi nabi yang lain yang kerap dipanggil dengan nama mereka . INI adalah kerana kebagusan, kemuliaan dan kehurmatan Allah swt,  yang paling tinggi terhadap baginda.
Di ayat yang lain Allah menyebut perihal Nabi Muhammad ( s.a.w ) bersama Nabi Ibrahim ( a.s.) dengan panggilan " Nabi " juga.
Allah berfirman :  " Sesungguhnya orang yang paling dekat dengan Ibrahim ialah orang orang yang mengikutinya dan Nabi ini."
Ini adalah sebagai kemuliaan.
Imam Bukhari rah meriwayatkan daripada Abu Aliah : maksud  " rahmat Allah swt keatas Nabi (s.a.w.) " ialah puji pujian  Allah dan syafaat Nya untuk Nabi (s.a.w ) dihadapan para malaikat dan " rahmat daripada malaikat " pula, bermakna :   doa dan permohonan  mereka untuk Nabi (s.a.w.)  Ibnu Abbas ( r.a ) berkata : " Yusholluna alan Nabi " bermakna " yubarrikuna " iaitu " malaikat malaikat berdoa untuk kemuliaan dan kesolihan yang berlimpahan ke atas Nabi ( s.a.w.). Manakala bagi pihak kita pula, ialah memuliakan disebabkan kebagusan sifat sifatnya dan mengikut caranya dengan penuh cinta dan ikhlas.

 Kemuliaan yang di kurniakan NYa  kepada Nabi Muhammad ( s.a.w ) melebihi Nabi Adam as. bilamana malaikat diperintahkan untuk sujud hurmat pada Nabi Adam ( a.s ) .sementara kepada Nabi ( s.a.w )  Allah sendiri memuliakan baginda ( s.a.w ).

Muhammad juga seorang Hamba Allah. Menjadi hamba Allah ada kesempurnaan diri seorang insan. Insan kamil terletak pada sifat ubudiyahnya.

Nabi (s.a.w ) bersabda :' INNI A'BDULLAH WA KHATAMUNNABIYIN " : Sesungguhnya aku adalah hamba Allah dan penutup para Nabi. 
Nabi s.a.w. bersabda lagi :  "INNI LA AKHWAFUKOM MINALLAH "   : " Sesungguhnya aku adalah yang paling takut diantara kamu kepada Allah ".  Maka lafaz ini adalah maqom ubudiyahnya ( kedudukannya sebagai hamba ) dalam hal pengagongannya kepada Allah swt.
Menjadi Nabi dan Rasul adalah kedudukan yang paling layak sekali , jika kita ingin mengagongkan dia Kedudukan yang tiada perbandingan.


Ada setengah orang yang buta mata hatinya, cuba mengagongkan beliau sebagai panglima perang yang terunggul sekali. Dia berhujjah dengan mencontohkan Nabi saw berperang di Badar. Memang pada hakikatnya Nabi saw sememangnya panglima yang terbaik, tapi ini tidak menjadi bukti terhadap orang kafir yang tidak menerima Nabi sebagai utusan tuhan.. Hujjah ini dengan mudah dipatahkan oleh orang barat. Barat akan berkata" Boleh kah  dibandingkan  perang badar dengan Napolean dalam peperangnya yang beribu ribu tentera dan takluknya yang meluas?

BUAH KURMA MAKANAN SAHABAT NABI saw.
Ada yang cuba menjadikan Nabi sebagai pedagang yang hebat. Sememangnya Nabi saw yang terbaik, tapi ini pun masih ada perbandingan. Orang kafir akan bertanya; " berapakah keuntungan yang di perolehinya? Boleh kah dibandingkan dengan keuntungan BillGate- (microsoft ) yang keuntungannya beribu ribu dollar US dalam masa sejam saja? 


 Ada pula sejak mutakhir ini, sekumpulan pergerakkan Islam, yang seolah olahnya terdesak, kononnya hendak melawan serang yahudi, tapi sebenarnya, " ada udang sebalik batu',
melabelkan Nabi Muhammad sebagai " contoh sex' yang terbaik.  Akibatnya Nabi saw dan amalan nya di jadikan  bahan cemuhan orang kafir. [ Rujuk kepada ' Persatuan Isteri Taat." - Semuga Allah mengampuni kesalahan kita dan memberi islah yang betul ].



SIAPA KITA?
SIAPA DIRI KITA ?            

Kita mesti sedar dan fahami diri kita sebenar.Kita adalah UMAT Nabi Muahammad. Umat ini telah di bentuk untuk menjadi Ummat Dakwah.  Nabi Muhammad telah membentuk satu kesatuan yang diberi gelaran ' umat '.  Nabi Muhammad tidak sesekali  mewujudkan ' kebangsaan' , ' kenegaraan ', ' kaum' dan ' suku suku ' Kita bukan orang islam Malaysia, islam singapura, islam Arab, islam Turki  atau islam India. Kita adalah semata mata UMAT ISLAM. Oleh itu, jangan kita sembelih 'umat ' dengan isme isme kita.


KENAPA KITA BERPECAH?

Kita sudah tidak mengenali diri kita. Kita sudah tidak mengikuti Nabi (saw.) Kita tidak mengikuti sunnah NYa. Kita sudah jadi buta mata dan hati.Larangannya dan suruhannya sudah tidak di ikuti. Malah kita membuangnya jauh jauh dari bidang kehidupan yang kita terlalu sayang.. Kita sebaliknya telah melangkah jauh dengan mengikuti  jejak langkah musuh musuh Allah dan Rasulnya.
Walhal, kita dilarang keras agar jangan sekali kali  mengikuti cara yahudi.dan kafir. 
Allah berfirman " Dan barang siapa mencari satu agama lain daripada Islam,maka tidak akan diterima daripadanya." ( Ali Imran )
Allah berfirman lagi : "Ikutilah apa yang telah diturunkan keatas kamu dari Tuhan kamu , tiada tuhan yang berhaq disembah melainkan Allah dan  berpalinglah dari orang orang musyrik. ( cara kehidupan mereka ) ."( An'am- 106)
Kita akan mendapat kekuatan,  jika kita memiliki  kekuatan Allah.  Untuk dapat kekuatan Allah, kita kenalah  mengamalkan perintah Allah. Dalam perintah Allah, ada janji Allah. Dalam janji Allah, ada kudratul Allah.  Orang Islam dari dulu,[ zaman Nabi (s.a.w) dan para sahabat.ra.], berjaya dengan pertolongan Allah. Pertolongan Allah tidak bersama dengan Agama yang tidak sempurna. Adalah  dikatakan tidak sempurna amalan ugama,  jika didalam amalan  itu tidak mengikuti contoh dari  sunnah Nabi s.a.w. Nusrah Allah atau pertolongan Allah , tidak sekali kali datang dalam amalan agama yang bercampur baur dengan amalan dari cara kafir dan jahiliah.

INGATlah : Umat Islam sangat berbeza dengan bangsa bangsa lain, jika di tinjau dari segi faktor penyebab  kenaikan dan kejatuhan dirinya. Pengabdian 100% kepada ' sunnsh sunnah' Rasulullah saw akan mendatangkan kejayaan dalam semua bidang kehidupan dan menyebabkan mereka dapat mengatasi bangsa bangsa lain.
 " Kamulah orang orang yang paling tinggi kedudukan, jika kamu benar benar beriman." (Ali Imran 139.)
INI adalah janji Allah swt.


 




                                                                                        




Wednesday, January 18, 2012

KEKUATAN MASJID DAN JANJI JANJI ALLAH KEPADA AHLI MASJID.

       ALLAH swt menghantar manusia ke dunia ini  untuk di uji . Ujian mereka adalah ujian    mengesakan  Allah  dalam hal  ' rabbubiah dan illahiyah "Nya.  Allah swt telah jadikan BUMI  sebagai medan ujianNYA  dan  Allah swt telah menetapkan  ketaatan  kepada perintah perintahnya sebagai keperluan yang paling asas untuk kehidupan manusia di bumi ini. Manusia terdiri daripada roh dan jasad. Keperluan badan  adalah dari sumber air,tanah, angin dan api, manakala keperluan roh adalah dari perintah perintah Allah swt.  Justeru itu,  Allah swt  membantu manusia dengan menghantar rasul rasul  dengan  berbekalkan kitabullah sebagai wadah penyelamatNya.
Allah swt berfirman :
                             " Kami berfirman lagi : " Turunlah kamu semuanya dari syurga itu. Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk daripada Ku ( melalui rasul rasul dan kitab kitab yang di turunkan kepada mereka ), maka sesiapa yang mengikuti petunjuk Ku itu, pasti tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. { surah Al-Baqarah 38 }
    ALLAH  yang maha suci dan maha tinggi, telah menjadikan masjid di bumi ini  pula sebagai  
rumah Nya. Malah Allah swt telah menjadikan tanah bumi yang mula mula sekali, sebelum  tanah itu mengembang   menjadi bumi, adalah tanah kaabah.  Kemudian , kaabah dibina  dan dijadikan  rumah ibadah yang pertama sekali di bumi ini.Disini semua keperluan manusia akan terpenuhi.

RUMAH IBADAH YANG PERTAMA DI BUMI.
             Allah swt berfirman :
 " Sesungguhnya rumah ibadat yang mula mula dibina untuk manusia [ beribadah kepada Allah swt ] ialah  Baitullah, di Makkah, yang berkat dan [ dijadikan]  hidayah bagi umat manusia. "   Ali IMran ayat 96.
             Dalam ayat ini,  Allah  swt  memberitahu kita bahawa rumah NYA ada lah sumber HIDAYAH dan BERKAT,   untuk semua manusia.  Masjid masjid yang bertaburan di muka bumi ini pula, telah di jadikan rumah rumah Nya. .Begitulah  yang telah dikhabarkan oleh Rasullullah saw dalam sabdanya :
" Masjid adalah rumah Allah swt diatas dunia ini. Ianya bercahaya kepada penduduk langit, seperti bintang bintang bercahaya kepada penghuni bumi ini." [ Ibnu Abbas-Hr.Tabrani ]
Allah swt menawarkan berbagai bagai habuan yang tersangat lumayan, untuk kita umat Islam 
Di antaranya seperti sabdaan Baginda saw :
" Masjid adalah rumah setiap orang orang sholeh yang takut kepada Allah swt. Bagi sesiapa yang menjadikan masjid rumahnya, Allah swt menjamin kesenangan baginya, dikurniakan baginya rahmat, dimudahkan baginya melewati shirot  kepada tujuan keridhoan Nya  ke syurganya." {Hr.Tabrani, Bazzar dan Majma uz Zawaid }
dan lagi,     " Tempat yang paling disukai oleh Allah swt adalah masjid masjid dan tempat yang paling di benci adalah pasar pasar."
Banyakkan masa di masjid.
Anas ra. meriwayatkan bahawa ada seorang wanita yang mengumpulkan sampah dari masjid-masjid. Ketika dia meninggal , Nabi tidak diberitahu tentang penguburannya .Rasullullah saw. bersabda : Jikalau seorang diantara kamu mati, hendaklah dengan suka hati memberitahukan kepada ku. Baginda kemudian mengerjakan sholat jenazah keatasnya dan bersabda : Sesungguhnya aku melihatnya diganjari dengan syurga kerana menyingkirkan sampah sampah di masjid .{ Hr.Tabrani }.

Dari Abu Hurairah ra , Nabi S.a.w bersabda : Orang orang yang sering berulang alik ke masjid adalah ibaratkan tiang pasak masjid, Malaikat menjadi sahabat mereka, jikalau mereka tidak hadir, maka malaikat akan mencari cari mereka dan jikalau mereka sakit, malaikat akan mengunjungi mereka, jikalau mereka berada dalam kesulitan, para malaikat akan membantu mereka. Baginda Nabi yang mulia bersabda : Barang siapa duduk dalam masjid, memperolehi paling kurang satu manfaat dari tiga perkara berikut : Bertemu dengan saudara saudara ( dalam islam ) yang daripadanya dia mendapat manfaat ( dalam agamanya), atau dia mendengar perkataan hikmah, atau dia memperolehi rahmat daripada Allah, yang mana setiap orang islam menginginkannya. { Hr.Musnad Ahmad }
 
MASJID NABI SWT DI MADINAH PADA TAHUN  AWAL 1800
Persoalannya  sekarang, kenapa masjid masjid di Malaysia kini kosong ?. Tidak ramai daripada kita untuk memakmurkan masjid tapi sebalik ramai anak anak melayu, melepak di pasar pasar.Tidak kira peringkat umur .  Orang desa gemar ke pasar pasar malamnya, orang bandar melepak di Mega dan super markets nya. Tidak ketinggalan,Pak pak Haji dan Lebai, bertandang di  kedai kedai kopi lebih lama daripada di masjid.
Pihak  JAKIM pernah membuat kajian, berkenaan dengan bilang  orang orang Islam yang bersolat berjemaah di masjid masjid di seluruh negara. Keputusannya, tersangat aib sekali kerana peratus yang di miliki ialah sekitar 05% sahaja yang memakmurkan masjid dengan sholat fardhu berjemaah. Kenapa jadi begini ? Di mana salahnya.
          Masjid, sebenarnya memiliki kekuatan untuk menarik hati hati manusia kepadanya. Hati
BAN HOE MASJID THAILAND
dan jiwa orang  beriman tertakluk kepada masjid. Mereka rindu dan ghairah untuk ke masjid. Telinga mereka sentiasa awas kepada bunyi suara muazin.  Apabila mereka mendengar seruan azan, jiwa mereka gementar. Wajah  mereka menjadi pucat. Mereka bersegera menuju ke masjid. Perkara seperti ini telah berlaku kepada Salim Haddad seorang pedagang yang soleh, Hasan r.a., Abdullah bin Abbas r. a huma. dan banyak lagi.Hati dan jiwa mereka telah tertanam kebesaran Allah swt. serta menyakini segala firman nya dan berkah mahu pun pahala yang di janjikan. Masjid memiliki kuasa seperti besi berani [ magnet ] dan hati hati orang islam seperti besi.Ia saling tarik menarik.Kini. kedua dua perkara tersebut telah hilang sifat masing masing, masjid hilang kuasanya dan manusia sudah hilang sifat imannya.Kedua duanya telah hilang rohnya.
         Sebenarnya  apa yang dikatakan ' dirikan' masjid, adalah bukan dirikan bangunan dan perhiasannya, tetapi dirikan masjid adalah ' dirikan ' AMAL-AMALAN 'dalam masjid masjid.
Asas pembinaannya ialah TAQWA. Dalam masjid mesti diadakan majlis yang mendatangkan taqwa. Natijah dari sifat taqwa ialah  hadirin akan timbul perasaan yang mendalam takut serta taat kepada Allah swt.   Cinta Allah swt akan datang kedalam hati sanubari mereka.
         Apakah  amalan yang hidup didalam  masjid Nabi saw di zaman nya ?
Nabi saw bina empat amalan asas masjid. Pertama diadakan halaqah Dakwah. Nabi saw sibukkan para sahabat sahabatnya dalam usaha usaha dakwah. Jemaah jemaah telah dibentuk lalu  diberi ransangan lalu ditaskil  untuk keluar buat kerja kerja dakwah.Dalam masa 10 tahun tinggal di kota madinah, sebanyak 150 jemaah yang bilangannya ramai, telah  di keluarkan untuk maksud dakwah yang mana daripada jumlah tersebut, sebanyak 25 kali, Nabi Muhammad sendiri menyertainya. Dan dalam masa tersebut, puluhan jemaah yang kecil kecil bilangan, telah dihantar keseluruh ceruk pelusuk tanah Arab.
       Amalan kedua, amalan taalim wal ta'alum.Halaqah belajar dan mengajar.Mereka habiskan masa berjam jam belajar depan Nabi dan kemudian mengajarkan kepada orang lain yang tidak berkesempatan untuk berada bersama Nabi saw. Semasa di Mekah, taalim di adakan di rumah Arqam ibni Arqam, di sebelah malam. Di waktu siang, mereka sibuk dengan dakwah taskili.
Amalan ketiga, amalan ibadah serta zikir. Di dalam halaqah ini, para sahabat sibukkan diri diri mereka dalam beribadah kepada Allah swt.Para sahabat di ibaratkan seperti singa diwaktu pagi dan seperti tikus di waktu malam. Siang hari mereka berani dan garang seperti singa di atas kuda kuda perang mereka, manakala di waktu hening malam, mereka menikus di hadapan  penciptanya iaitu Allah swt.Waktu pagi sebelum dhuha, mereka ibarat seperti pohon kayu yang bergoyang dalam asyik berzikir.
 Amalan keempat ialah amalan khidmat  serta  amalan akhalaq baginda saw.Para sahabat memberi masa untuk berkhidmat di masjid. Banyak rombongan dari luar madinah, datang berkunjung dan berjumpa Nabi saw untuk perkara agama.Semua keperluan makan dan tempat rehat, diuruskan oleh para sahabat sahabat Nabi saw.
 Hari ini jika kita berusaha untuk menghidupkan kembalikan amalan ini,iaitu amalan DAKWAH, tAKLIM, iBADAH ZIKIR DAN KHIDMAT SERTA ZAHIRKAN AKHALAQ RASULULLAH,  insyallah, kita akan dapat lihat, suasana iman dan masjid akan penuh serta  hidayah akan turun. Apabila perkara ini berlaku, kita akan menyaksikan, berbondong bondong manusia kafir akan mula memasuki  ke pintu gerbang tauhid dan Islam.



       

Monday, January 2, 2012

HALAQAH IMAN. DIANTARA A'MAL YANG TELAH PUPUS DI MASJID MASJID.

MASJID ADALAH TEMPAT HALAQAH IMAN
     
     HALAQAH IMAN. 
 Pada zaman Nabi saw, masjid telah dijadikan keperluan yang paling utama sekali dalam kehidupan masyarakat umum.Semua para sahabat memberi masa untuk memakmurkan masjid sehingga masjid hidup 24jam.Halaqah iman hidup 24jam.
            Apa dia halaqah iman.?
           Halaqah Iman adalah salah satu halaqah atau majlis yang wujud dalam masjid Nabi shalallahu alaihi wasalam. Dalam halaqah Iman, para sahabat akan menghabiskan berjam jam mendengar, melihat, bercakap dan berfikir tentang kehebatan dan keagongan Allah.Dalam halaqah iman juga , para sahabat menyakini 100%, tanpa syak kebenaran sabdaan Nabi yang mulia, Muhammad ( salam dan selawat Allah dilimpahi kepada nya.)  Disamping itu, mereka mendengar sabdaan Nabi Muhammad, tentang keadaan kehidupan Akhirat. Hasilnya Iman mereka meningkat hari demi hari.
masjid keperluan asas.
           Perkataan Allah dan Rasullullah tersangat mengesan hati sanubari mereka.Air mata mereka berlinangi di pipi mereka ketika mereka mendengar sesuatu berita dari tuhan mereka.Ada sebuah kisah yang sudah masyhur tentang seorang sahabat bernama Hanzalah ra.
Di satu ketika, dia telah berada dalam majlis Nabi di masjid. Khutbah Nabi saw begitu mengesankan hatinya hingga dia merasai bahawa syurga dan neraka berada dihadapan mata. Keyakinan ini begitu terasa dalam jiwanya. Walaubagaimana pun kesan ini semakin berkurangan apabila dia  berada disamping keluarga dan  anak cucunya.Kesan berita akhirat  telah mulai berkurangan sedikit.Keadaan ini sungguh menakutkan dirinya, lantas dia berlari keluar dari rumah, sambil melaung perkataan ini. " Hanzalah sudah menjadi munafiq...hanzalah telah menjadi munafiq..!"
  Dia telah ditahan oleh Abu Bakar ra lalu ditanya sebab perkataannya itu. Dia memberitahu keadaan dirinya semasa berada bersama keluarganya.Abu Bakar pun merasai begitu, lantas kedua duanya telah pergi berjumpa dengan Nabi SAW. Setelah mendengar kekuatiran kedua sahabat tersebut, Nabi bersabda 
" Jika kamu dapat mengekalkan perasaan keimanan kamu seperti mana kamu berada bersama ku, maka para malaikat akan datang berjabat tangan dengan mu, tapi keadaan itu sangat jarang berlaku."
wudhu' a'malan  bersuci.
 Halaqah iman begitu berkesan sehingga kanak kanak dewasa itu pun timbul fikir akhirat. Pada zaman saidina Umar ra,pada  satu ketika sedang dia berjalan di sebuah padang tempat kanak kanak bermain, terlihat oleh nya seorang kanak kanak duduk ditepi padang dan tidak ikut serta bersama rakan rakannya bermain.Saidina Umar menghampiri kanak kanak tersebut,lalu bertanya. :
S.UMAR : " kenapa kamu bersendirian, wahai anak? Adakah kamu sakit ?"                                            KANAK2 : ' Tidak,pakcik.                                                      S.UMAR :     " Kenapa kamu muram dan tidak ikut bermain .?"                                      KANAK2 :  " Pakcik khabarkan pada saya, apakah bahan untuk menyalakan api neraka? 
S.UMAR :  " Allah berfirman , bahawa bahan bakar api neraka adalah dari manusia dan batu                                                                                                                KANAK2:   " Aduh!..binasalah saya ,pakcik..semasa saya di rumah tadi, saya melihat ibu saya menyalakan api didapur dengan meletakkan kayu yang kecil kecil dulu sebelum memasukkan kayu yang besar. Saya khuatir, Allah akan mencampakkan kanak kanak dulu untuk menyemarakkan api neraka "

Begitulah kesannya suasana keimanan yang ada di sekitar madinah. Nilai Iman dibicarakan dengan banyak sekali dalam zaman itu sehingga terwujud percakapan iman dimana mana, tanpa merasai satu keganjilan. Percakapan Iman telah menjadi satu keperluaan bagi orang islam waktu itu. Mereka tersangat takut pada sifat kemunafiqan akan wujud dalam diri mereka.

Kembali pada masa kita sekarang ini, masjid kita telah kosong daripada halaqah iman. Kuliah kuliah yang ada kebanyakkan majlis taalim wal ta'alum berkaitan dengan masaalah feqah.Walaupun ini adalah satu keperluan, tapi hendaknya pada waktu yang sama halaqah iman mesti diadakan juga. Disamping itu, majlis taalim fadhail a'mal hendaklah diadakan dan didengari oleh setiap ahli qariah kita hari hari.Dalam taalim fadhilat a'mal, hadith hadith kelebihan a'mal akan dibaca. Kesan daripada taalim ini ialah akan timbul " keinginan' dalam hati kita untuk beramal. Akan terwujud ' sense of value' atau perasaan menghargai nilai'  dalam diri. Dari keinginan ini akan timbul tindakkan kearah amal. Ini sebagai motivasi diri.

Pada masa kini, rata rata masyarakat kita tersalah faham dengan anggapan,  bahawa mereka telah islam dan beriman, kenapa perlu usaha pada iman lagi.  Dakwah pada iman ini hanya dijalankan pada orang kafir saja, bukan pada kami orang yang sudah islam.
Cuba renungkan ayat ini.: 
  "   Wahai orang orang yang telah beriman, beriman lah ( tetapkan iman kamu)  kepada Allah dan Rasul " Surah annisa 136.
 Orang dah beriman , disuruh beriman lagi..ini dalil bahawa dakwah iman mesti diteruskan dikalangan orang islam. Dan dalil dari sabdaan nabi Muhammad saw :
         " Perbaharui lah iman kamu!. "  Sahabat bertanya " Wahai Rasulullah, bagaimana kami memperbaharui iman kami ? Baginda bersabda " Perbanyakkan lah mengucapkan kalimah La illaha ilallah ".
HALAQAH DAKWAH ADALAH HALAQAH IMAN.
 Iman kena diusahakan dan di perbaharui. Masaalah iman bukan perkara yang kecil. Akibatnya sangat dashyat dan merugikan.
Nilai keimanan adalah sebuah            syurga.Seorang yang sedang lakukan zina, iman dia  dicabut keluar dan dia tidak beriman ketika berzina. Begitulah semasa sesaorang minum arak, membunuh , buka aurat dan sebagainya.Sikap acuh tak acuh  terhadap nilai Iman adalah disebabkan kerana sudah tidak ada lagi keghairahan pada amal. Punca fenomena ini kerana dalam masjid dan tempat tempat kuliah di Malaysia tidak ada halaqah Iman. Tidak hairanlah jika fail tuntutan murtad bertambah hari demi hari. Para sahabat Nabi Muhammad sangat ambil berat terhadat sikap tidak peduli keatas perkataan Nabi. Mereka memandang satu keingkaran yang nyata kepada sesiapa yang perkecilkan perkataan Nabi saw.
          Amatilah peristiwa yang pernah terjadi pada anak saudara Abdullah bin Mughafal.  Anak saudara Ibnu Mughafal adalah seorang kanak kanak yang sangat suka bermain dengan ' lastik'. Pada satu hari anak saudaranya ini di tegur oleh Ibnu Mughafal. Katanya : " Wahai anak saudara ku, Rasulullah saw  bersabda bahawa bermain ' lastik' tidak bermanafaat sedikit pun, tidak dapat memburu, tidak dapat mengalahkan musuh, bahkan boleh membutakan mata atau gigi.  Maka tinggalkanlah perbuatan itu."
Anak saudaranya itu berhenti buat sementara waktu tetapi mulai bermain lagi setelah disangkanya Ibnu Mughafal tidak ketahui. Dengan perasaan marah Ibnu Mughafal ra berkata 
 " Mengapa engkau berani melakukan suatu perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah saw ? Demi Allah, mulai sekarang saya tidak ingin lagi berbicara denganmu dan tidak akan menyertai jenazahmu seandainya engkau meninggal lebih dulu "
 Begitulah semangat dan perasaan para sahabat Nabi saw terhadat perkataan baginda.
 Mereka dapat hasilkan ini dengan menghabiskan masa berjam jam lamanya mendengar sabdaan Nabi yang mereka cintai dan yakini.Para sahabat belajar untuk datangkan YAKIN pada perkataan Nabi saw.
 Semoga kita dapat mengikut jejak mereka barang sedikit pun. AMIN. 


                                                                                                       

          
                          




Friday, December 30, 2011

2012 - TERSINGKAP LAH LEMBARAN BARU - & BERLABUHLAH CATITAN - 2011.

BLESS TO ALL BELIEVERS  OF ' LAA ILAHA ILLALLAH' .
 2012 - Ini bermakna mukasurat  baru di lembaran  buku catitan 'amal telah tersingkap buka..  Lantas tercurahlah deritan  jutaan  harapan serta angan angan  yang tidak putus putus, menanti diambang 2012.
Manakala  entah berapa saat lagi masa yang masih  tersisa  untuk aku di bumi ini.......
BIAR lah aku akhiri tahun 2011 dengan sebuah sajak yang aku kutip entah di lembaran mana, aku tidak mengingatinya lagi. Hanya yang tinggal adalah catitan ini. Makna perkataan nya sungguh merangsang sekali.hayatilah............
 " NEVER ADMIT THE PAIN ,   BURY IT DEEP,                                                  ONLY THE WEAK COMPLAIN,  COMPLAIN IS CHEAP,  
  COVER YOUR WOUND,  IT'S CURTAINED PLACE                                     SILENCE IS STILL A CROWN,  COURAGE A GRACE. "

      " JANGAN SESEKALI MENGAKUI KEPERITAN,
        TANAMILAH SEDALAM DALAMNYA,
        HANYA SI LEMAH  MENGADU MENGELUH,
        KELUHAN HARGANYA  MURAH ,
        TUTUPILAH   LUKAMU,
        IANYA ADALAH LABUHAN TIRAI,     
        BERDIAM  MASIH SEBUAH MAHKOTA
        KEBERANIAN ADALAH RAHMAT ."

TAHUN 2011.....
       Sebulan penuh dalam bulan Disember ini, aku labuhkan tirai tahun 2011  dengan ber'uzlah selama 40hari diJalan Dakwah. Dalam masa sesingkat itu, banyaklah  imbasan gambaran waktu silam sepanjang setahun,  menerpa kedalam benak  ingatan aku. Aku terasa malu diatas tingkah laku buruk yang telah ' berlaku'.Lantas tersungkur aku  dalam keaiban dan kekesalan.Terlalu perit dan payah untuk bertarung dengan hawa nafsu serta tabiat yang telah sekian lama rosak.Tahun 2011. Kepada Allah swt jua aku pohon jutaan kemaafan serta taubat. Kehadrat Allah swt jua di pohon jutaan taufiq hidayatnya yang berterusan.

Tahun 2012....
Masa hadapan. Ini kalau salah faham, akan jadi masa sia sia dan angan angan semata mata.
Tahun baru, ramai akan tergila gila membuat azam  dan cita cita baru.DJ radio pun bersemangat menjadikan topik ini sebagai satu 'tema' slot hari itu.Begitu hangat di uar uarkan hingga menjadi satu kemabukkan.
PEJALANAN KU

Apakah yang mesti kita jadikan ' cita cita' ?

Cita cita yang sebenar adalah cita cita yang telah di khabarkan oleh Nabi Muhammad saw. Apa kah cita cita beliau ?. Baginda Muhammad saw bercita cita besar agar umat ini menerima kalimah yang dibawa. Umat ini memghayati agama yang telah di sempurnakan oleh Allah. 

Umat ini telah di hantar untuk persediaan kehidupan Akhirat.
Umat Islam adalah umat yang beruntung. Ditangannya telah ada  ANAK KUNCI yang sangat bernilai. . Anak kunci untuk membuka pintu kebahagian, kesejahteraan dan keselamatan kehidupan  Akhirat. Kehidupan yang sebenar benarnya.Kehidupan yang pasti. Untuk sampai bila ? Sampai bila bila bila bila bila ...........Tapi sayang sekali, kemabukan telah membuat segelintir umat terkeliru, mereka pilih untuk membuang anak kunci itu. Mereka  menjadi ' buta'. Buta mata hati.Mereka tidak lagi dapat menilai harga kalimat suci yang berpaut didalam qalbu mereka. Mereka telah mabuk, tidak dapat membeza antara halal dan haram. Mereka telah  di mabukkan dengan dua kemabukkan.
                  Pertama....Kemabukkan Dunia.  Hati di sibukkan melayan kehendak hawa nafsu..pakaian paling cantik, rumah paling besar, kenderaan yang paling gengsi, perabut rumah yang paling selesa dan ini semua milik saya..saya..saya..saya...
                  Kedua......Kemabukkan kejahilan. Kejahilan ini bukan kebodohan otak, tetapi terhijabnya ilmu nurullah dalam mata hati. Maka dia jadi
                    a. tidak tahu menahu tentang hakikat dan kepalsuan..
                    b. salah tahu, maka salah faham kerana salah berguru.
Mabuk jahil ini akan menyebabkan , sijahil itu bertindak salah dalam hidupnya.Dia salah tafsir. Dia penuh yakin, duit, tanah, isteri dan anak cucu, itu semua dia punya. Dia berkata " Allah beri sepenuh kepada dia ". Orang ini sedar dan tahu apa yang telah berlaku, yang sedang berlaku dan akan berlaku semua dalam qudrat Allah dan milik Allah. Dia tahu apa yang telah berlaku pasti tercatit dalam buku a'malan nya dan akhirnya semua yang di kumpulnya akan di tinggalkan serta akan di tanya, namum di sebabakan kemabukkan itu, dia terus yakin pada duit, bila ada duit semua akan terlaksana. Hati yakinnya tergantung pada duit.Mereka mula yakin benda benda yang dia kumpul boleh memberi dia manafaat serta boleh mendatangkan mudarat. Dia yakin apa yang berlaku  BUKAN diatas kuasa dan kehendak Allah. Ini dipanggil " Mabuk Jahil "
 Apa pula azam kita?
 Azam yang sebenar adalah azam para para sahabat Nabi Muhammad dan bagi sesiapa saja yang menjadi pengikut  mereka.
Azam mereka agar seluruh kehidupan manusia bercuaca dengan cuaca kalimah ' Laa ilaha illah.' Manusia hidup dalam pelukkan iman.Untuk ini mereka berkerja kuat untuk merealisasikan perkara ini.Kehidupan yang macam mana?. Kehidupan yang bercorak  dengan segala gerak geri sunnah Nabi yang mulia, Nabi Muhammad (.semoga rahmat Allah bercurah curah keatas baginda. )

BUTA MATA TAK SEMESTINYA BUTA HATI
Maka, buat lah azam dan cita cita kita untuk berkerja untuk Allah dan usaha ugama Allah. Hidupkan  amalan dakwah di seluruh tempat. Pergilah dengan harta sendiri berserta sikap pengorbanan ketempat tempat manusia gersang keimanan, berusaha untuk hidupkan amalan dakwah, solat, tilawah dan berkasih sayang antara saudara seislam dan hubungkan manusia sejagat kepada Allah yang maha berkuasa.

Nabi Muhammad saw berdoa " sangat beruntunglah, sangat beruntunglah hamba Allah swt yang menjadikan dirinya  ' kunci ' untuk membuka pintu kebaikkan dan menjadi kunci menutup pintu kejahatan" dan " celaka lah orang yang mana diri, harta dia menjadi kunci kejahatan dan kunci menutup pintu kebaikkan ".
Amin. Semoga Allah swt pilih anda dan saya untuk Agamanya.








     

Wednesday, December 28, 2011

PERKATAAN ALLAH ADALAH TERLALU HEBAT.

Diantara kehebatan Allah ada lah ciptaan nya.
         
  KALAM ALLAH SWT  adalah terlalu hebat. Para sahabat Nabi Muhammad dapat merasai kesan perkataan Allah. Mereka menyakini bahawa perkataan yang disampaikan  oleh utusan Allah yang  bernama Muhammad saw  adalah benar  benar daripada Allah. Ayat ayat wahyu yang dibaca oleh Muhammad benar benar mengesankan hati mereka.Lantas air mata bercucuran. Hati menjadi lembut dan sebak.
             Allah sendiri berfirman tentang kesan ayat ayat  Al-Quran terhadap para sahabat Rasullullah saw.Allah berfirman : ,,,,,,,,
                             " dan apabila mereka mendengar apa yang di turunkan kepada Rasul ( Muhammad ) kamu dapat melihat mata mereka berlinangan air mata di sebabkan kebenaran yang telah mereka ketahui . ( Al- Maidah 83. )
Manakala para malaikat pula bertindak berlainan tatakala mendengar firman Allah swt. Oleh kerana begitu hebat perkataan Allah swt, para malaikat saling memukul sayap sayap mereka.
Nabi bersabda : Apabila Allah menetapkan sesuatu di langit, para Malaikat akan memukulkan sayap sayap mereka kerana ketakutan dan kepatuhan kepada perkataan Allah Swt. Ketetapan Rabb ( tuhan) mereka mengeluarkan bunyi kepada mereka  seperti bunyi ( gemerincing ) rantai di atas batu yang licin.Apabila hati mereka agak berkurangan rasa takut, mereka bertanya  satu sama lain, apa yang di firmankan oleh Rabbmu.? Mereka menjawab bahawa  apa saja yang Dia perkatakan, adalah  kebenaran. dan Allah swt, Dia lah maha tinggi lagi maha Benar. ( Hr. Bukhari ) 

MASJID JAMEK DELHI SEKARANG 2011
             Dulu. dimasa zaman kerohanian, terdapat seorang sufi  di satu sudut pintu masuk  masjid delhi . Dia di anggap gila kerana setiap waktu kedengaran kalam merapu terpancut dari mulutnya.Perkataannya kedengaran dengan jelas begini : 
" Engkau bukan tuhan ku dan aku bukan hamba mu . Oleh itu kenapa aku harus patuh kepada mu ? "
Perkataan ini di wirid berulang ulang setiap hari.Tiada seorang  pun yang datang bersolat berhenti dan bertanya akan makna dan maksud perkataannya itu. Mereka sekali pandang dan dengar, terus menghukum, dia sebagai orang gila. Kalamnya di anggap kalam yang tidak masuk akal. Hingga lah pada suatu hari,datanglah seorang pemuda lalu bertanya apa erti perkataannya itu.
MUNGKIN DISINILAH SISUFI ITU BERMUJADAH
Terlihat wajah yang gembira, apabila sudah sekian lama, baru ada seorang pemuda yang peduli untuk bertanya.
" Aku beranggapan sudah tiada orang yang berakal di seluruh delhi lagi.Rupa rupa masih ada seorang pemuda cerdik di Delhi.Kebanyakkan yang lalu lalang disitu, adalah orang orang yang suka membuat keputusan sebelum bertanya dan mengerti keadaan yang sebenar.Mereka menghukum tanpa mengerti.Bertanya lah." kata ahli sufi itu. "  Maksud perkataan aku adalah kalam celaan kepada nafsu aku yang tidak henti henti menyerangi . Aku lawan setiap kali aku di serang. Aku katakan kepada nafsu bahawa dia bukan tuhanku yang selayaknya aku patuhi.Manakala diri aku bukan hamba nafsu.Justeru itu kenapa aku harus mentaati nya.?
 Kebodohan pertama manusia banyak ialah membuat keputusan sebelum bertanya.