Popular Posts

Sunday, June 17, 2012

DOA : MUKHTASAR AL-HIZBUL A'ZAM ( PART TWO )

                                                             {  PART TWO }
                              مختصر حزب الأعظم 
                              MUKH TA SHAR   AL-HIZBUL  A'ZAM                                                                
                                                                     
KITAB KECIL HIZBUL A'ZHAM

SAMBUNGAN DARI ENTRI  10/6/2012
                                                                          
بسم الله الرّحمَن الرّحيم
الحزب الأول – يوم الجمعة
                                                          SELAWAT    HARI JUMAAT                                                         


                                                                           ( 11 )

إِنَّ اللهَ وَمَلآئِكتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِىِّ يَأَيَّهَا الَّذِيْنَ آمَتُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّموْا تَسْلِيْمًَا,  لَبَّيْكَ  اللَّهُمَّ رَبِّى وَ سَعْدَيْكَ صَلَوَاتُ اللهِ الْبَرِّ الرَّحِيْمِ وَالْمَلآئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ وَالنَّبِيِّيْنَ وَالصِّدِّيْقِيْنَ وَالشُّهَدآءِ وَالصَّلِحِيْنَ وَ مَا سَبَّحَ لَكَ مِنْ شَىْءٍ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ عَلَى سَيِِّدِنَا  مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِاللهِ خَاتَمِ النَّبِيِّيْنَ وَسَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ وَإِمَامِ الْمُتَّقِيْنَ وَرَسُوْلِ ؤَبِّ الْعَالَمِيْنَ الشَّاهِدِ الْبَشِيْرِ الدَّاعِى إِلَيْكَ بِإِذْنِكَ السِّرَاجِ الْمُنِيْرِ وَعَلَيْهِ السَّلاَمُ .

 “ Sesungguhnya Allah swt dan Para MalaikatNya bersalawat keatas Nabi. Wahai orang orang yang beriman hendaklah kamu bersalawat ( dalam bentuk doa ) ke atas nya. Wahai Allah, Rabb, disini daku bersedia mengkhidmati Mu, Semoga Rahmat Allah yang Maha Pengasih dilimpahkan ke  atas Nabi kami Muhammad  sallallahu  alaihi wasalam dan begitu jualah selawat selawat daripada kalangan Malaikat yang pilihan, Nabi nabi, Siddiqin, Syuhada dan orang orang Solihin dan daripada segala sesuatu yang tidak diketahui yang memuji Allah, dilimpakan keatas Nabi kami  Muhammad  sallallahu  alaihi wasalam, anak Abdullah, Nabi yang akhir danketua kepada Nabi nabi, Imam bagi orang orang taqwa, Rasul bagi Robb seluruh Alam,Penyaksi, Penyampai berita gembira, Penyeru ketaatan kepada Allah dengan izinnya, justeru itu menyinarkan cahaya , maka sejahtera ke atasnya


FAEDAH:
Diriwayat dari Ali Radhiallahu anhu bahawa beliau pernah membaca selawat sebegini dan membacanya ketika solatut Janazah Rasulullah sallallahu  alaihi wasalam dan bila orang ramai bertanya mengenainya, beliau pun mengajarkannya kepada mereka.  ( MA’ARIFUL HADIS )

( 12)

اَللَّهُمَّ تَقَبَّلْ شَفَاعَةَ سَيِِّدِنَا  مُحَمَّدٍ  الْكُبْرَى وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ الْعُلْيَا وَاَعْطِهِ سُؤْلَهُ فِي الآْخِرَةِ وَ الاُوْلَىَ كَمَا أَتَيْتَ إِبْرَاهِيْمَ وَ مُوْسَى.

‘ Ya Allah , terimalah syafaat  Nabi kami  Muhammad  sallallahu  alaihi wasalam
 yang terberat sekali. Kurniakan lah Baginda  dengan pangkat yang tertinggi dan apa sahaja yang pintanya di dunia ini dan di Akhirat sebagaimana yang telah Dikau kurniakan ke atas Ibrahim a’laihisalam dan Musa a’laihi salam.

FAEDAH :
Swlawat ini diriwayatkan daripada Abdullah bin Abas radhiallahu anhu. ( Al-Qaulul Badi’ ).


( 13 ) 
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى  سَيِِّدِنَا  مُحَمَّدٍ وَّعَلَى اَلِ  سَيِِّدِنَا  مُحَمَّدٍ وَأَصْحَابِهِ وَأَوْلاَدِهِ وَأَهْلِ بَيْتِهِ وَذُرِّيَّتِهِ وَمُحِبِّيْهِ وَأَتبَْاَعِهِ وَأَشْيَاعِهِ وَعَلَيْنَا مَعَهُمْ أَجْمَعِيْنَ يَا أَرْحَمَ الرَّّاحِمِيْنَ .


‘ Ya Allah  , Limpahilah RahmatMu yang khas keatas  Muhammad  sallallahu  alaihi wasalam , keluarganya, sahabat sahabatnya, anak anaknya, ahli ahli rumahnya, zuriatnya ( yang dekat mahu pun yang jauh ), rakan rakannya, pengikut pengikutnya, penganut penganutnya dan keatas kami berserta mereka. Wahai yang Maha Rahim lagi menyayangi.

FAEDAH:
Selawat ini daripada Hassan Basri radhiallahu anhu . Beliau pernah membaca doa yang demikian.

  
( 14)

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى  سَيِِّدِنَا  مُحَمَّدٍ وَّعَلَى اَلِ  سَيِِّدِنَا  مُحَمَّدٍ وَهَبْ لَنَا .
اَللَّهُمّ وَارْزُقْناَ مِنْ رِزْقِكَ الْلاَلِ الطَّيِّبِ الْمُباَرَكِ ماَ تَصُوْنُ بِهِ وُجُوْهَناَ
عَنِ التَّعَرُّضِ إِلَى أَحَدٍ مِنْ خَلْقِكَ .َ

“ Ya Allah, Limpahilah RahmatMu yang khas keatas  Muhammad  sallallahu  alaihi wasalam  dan keturunannya. Ya Allah berikanlah kami rezeki yang halal, baik dan berkat yang dapat menjauhkan diri kami mendekati makhluk makhlukMU dengan wajah yang kepinginan.( mengharap)

FAEDAH:
Abu Abdullah Qastalani rahmatullah a’laihi bermimpi bertemu dengan
Rasulullah  sallallahu alaihi wasalam . Beliau mengadu mengenai kemiskinannya. Maka Rasulullah  sallallahu alaihi wasalam mengajar akan bacaan selawat ini.
( Al-Qalulul Badi’)

( 15 )

اَللَّهُمَّ اغْفِْر لِىْ وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ والْمُسْلِمِيْنَ والْمُسْلِمَاتِ الْاَحْيَاءِ مِنْهُمْ والْأَمْوَاتِ وَلِإ ِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِنَا غِلاَّلِلِّذِيْنَ اَمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوْفٌ الرَّحِيْمُ . 
“ Ya Allah,ampunilah daku dan orang orang beriman lelaki dan perempuan, orang orang Islam lelaki dan perempuan termasuk yang hidup dan yang telah meninggal sebelum kami dan Ya Allah janganlah ada busuk hati kami terhadap orang orang beriman. Robbana Dikaulah Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.

FAEDAH:
Doa diatas ( selepas membaca selawat doa akan di makbulkan ). Ini adalah doa untuk keampunan diri sendiri dan seluruh ummat dan juga doa menghilangkan dendam kesumat didalam hati.


(16)

اَللَّهُمَّ احْشُرْنَا فِيْ زُمْرَتِهِ وَاسْتَعْمِلْنَا بِسُنَّتِهِ وَتَوَفَّنَا عَلَى مِلَّتِهِ وَاجْعَلْنَا مِنْ حِزْبِهِ

“ Ya Allah, bangkitkan kami ( hari Qiamat ) dikalangan rombongannya, kemampuan menuruti sunnatnya, mati ketika berpegang teguh kepada agamanya dan jadi kanlah kami salah seorang yang termasuk didalam kumpulannya.


( 17 )

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى  سَيِِّدِنَا  مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَنَبِيِّكَ وَرَسُوْلِكَ النَّبِىِّ الْاُمِّىِّ وَ عَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ .

‘ Ya Allah  , Limpahilah RahmatMu yang khas keatas Nabi kami, Muhammad  sallallahu  alaihi wasalam, hambaMu,Rasul lagi Nabi yang ummi dan keatas keluarganya serta sahabat sahabatnya dan sejahtera ke atas semua.

FAEDAH :
Rasulullah  sallallahu  alaihi wasalam telah menyatakan di dalam hadis  bahawa : “ Barangsiapa membaca sebanyak 80 kali selawat ini keatasku pada hari Jumaat, maka dosanya selama 80 tahun akan diampunkan. Seorang pun bertanya “ Ya Rasulullah  sallallahu  alaihi wasalam  bagaimana selawat itu perlu dibaca ?. Rasulullah  sallallahu  alaihi wasalam menjawab : Kata kan lah………….. “ sehingga akhir  (seperti diatas.)


( 18)

َللَّهُمَّ إِنِّىْ أَسْئَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَئَلَكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ  مُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَاَلِهِ وَسَلَّمَ, وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا اسْتَعَاذَ مِنْهُ نَبِيُّكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَاَلِهِ وَسَلَّمَ , اَنْتَ الْمُسْتَعَانُ وَعَلَيْكَ الْبَلاَغُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ. وَسَلاَمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
  
‘Ya Allah, Daku pinta pada Mu segala yang baik sebagaimana yang dipinta oleh NabiMU Muhammad  sallallahu  alaihi wasalam,  dan memohon perlindunganMu daripada segala yang jelik sebagaimana yang dipinta oleh Muhammad  sallallahu  alaihi wasalam,. Hanya Dikau sahaja Penawar dan tugasMu hanyalah menyampaikan kebenaranMu dan kami tidak mempunyai apa apa daya atau kekuatan untuk berbuat amalan baik atau menolak keburukan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Sejahtera keatas para Rasul dan segala puji bagi Robbul A’lamin.
FAEDAH:
Abu Umamah Radhiallahu anhu berkata kepada Rasulullah  sallallahu  alaihi wasalam, : “ Rasulullah  sallallahu  alaihi wasalam,. Tuan telah mengajar kami dengan begitu banyak doa tetapi kami tidak dapat menghafal kesemuanya.Tunjukkan lah kami dengan satu doa yang pendek tetapi mencukupi segala doa”.Sebagai jawapannya terhadap permintaan ini, Rasulullah  sallallahu  alaihi wasalam  mengajar doa ini.  
                            TAMAT BACAAN DOA SELAWAT UNTUK HARI JUMAAT.

BUAH ' KANA'
                                                                                                   
Sedikit Catitan :
                         Al- Hizbul A'zam  adalah himpunan doa yang di susun oleh ahli ahli Hadis dari buku buku Al-Hadis Rasullulah sallallahu  alaihi wasalam. Semuga Allah mengurniakan ganjaran yang terbaik kepada mereka. Mukhtasar Hizbul A'zam pula adalah ringkasan dari kitab yang tebal Al-Hizbul A'zam. Kitab Al - Mukhtasar ini telah di sunting oleh  Al Syeikh Sufi Muhammad Iqbal , Madinah Munawwarah. Beliau telah menyusunkan kitabnya dalam setiap bahagian ( mengikut  Hari hari bacaan ),beberapa  bentuk permohonan doa yang berasingan. Terdapat Al-Hamdu ( pujian kepada Allah ) dan selawat pada awal dan akhir doa, Di ikuti dengan 14 doa doa yang jami' dan lengkap, dua doa Isti'aaza ( doa perlindung ) dan dua doa taubat dan istighfar.. Mukhatasar ini adalah 1/4 dari kitab asal ia itu Al- Hizbul A'zam Asli.


Diharap dan didoakan semuga sesiapa yang terjumpa mukhatasar ini, hendaklah dibaca dan menghafal dan di amal  sebagai wirid harian. Terutama pada remaja remaja yang banyak menghadapi dugaan dan cabaran yang tersangat dahsyat pada zaman kini. Sekurang kurang doa ini dijadikan pendiding dari hembusan sihir Al- Dajjal.


 SELAMAT BERAMAL.
                                                                             

1 comment:

  1. ASSALAMULAIKUM....saya ada buku 1 ...seorang sahabat yang bagi buku tersebut...dan kini saya dapati ada sambungan dari buku yang pertama...boleh saya tau di mana kah saya nak dapatkan naskah pertama dan sambungan seterusnya.....

    ReplyDelete

SAY WHAT YOU THINK OF THIS ARTICLE.