Popular Posts

Sunday, June 10, 2012

DOA MASNUN : MUKH TA SHAR HIZBUL A'ZHAM [ ONE }

                                                                               
                                                                      PART ONE
مختصر حزب الأعظم

                    MUKH TA SHAR   AL-HIZBUL  A'ZAM
ISLAM BERTAPAK DISINI MELALUI KEKUATAN IMAN DAN DAKWAH
                                                               مختصر حزب الأعظم
                                                                   MUKH TA SHAR
AL- HIZBUL "AZAM
………………………………….*******^^^^^*******....................................

Ini risalah mengandungi doa masnun yang di ambil dari pada buku :  ‘ Mukhtashar Al Hizbul A’zham. Doa doa yang terpilih dari doa  doa yang banyak dari buku Al Hizbul A’zham. Doa doa ini tersangat baik untuk meningkatkan kerohanian sesaorang.

Cara beramal  ialah  hendak lah beristiqamah setiap hari. Waktu yang baik sebelum subuh. Semua amalan wirid  dan tilawah Al –Quran ,di habiskan sebelum tiba waktu subuh. Lepas subuh hanya amalan yang khusus dalam waktu subuh diamalkan seperti zikir 300 pagi dan petang.

وَ ِانَّ اَحَبَّ الاَعْماَلِ اِلَى الله مَادَامَ وَ اِنْ قَلَّ .
‘Amalan yang paling disukai oleh Allah Taala ialah yang istiqamah walaupun sedikit

Amalan doa ini di baca  dengan   hati yang‘ tawwajuh serta benar benar mengharap seperti seorang fakir dihadapan Allah swt. Dan doa doa ini dibaca mengikut hari hari nya masing..


  • Peringatan : Jika anda ‘ copy’ , pastikan anda mengambil berat tentang kesucian ayat ayat nya, Jangan buang merata rata seolah olah ianya seperti sampah.


Ini doanya:
بسم الله الرّحمَن الرّحيم
الحزب الأول – يوم الجمعة

BAHAGIAN PERTAMA – HARI JUMAAT

( 1 )
Di mulaikan dengan baca surah Al-Fatihah.
باخ : الفاتحه....
FAEDAH:
Disini surah Al_Hamad hendaklah dibaca dengan niat DOA dan kepada wanita wanita yang didalam haid atau orang yang berjunud – wajib membacanya dengan niat DOA.

FADHILAT
Hadis memberitahu : Fatihah adalah penyembuh kepada setiap penyakit .
Ganjaran surah ini adalah sama dengan ganjaran 2/3 daripada Al-Quran..
Masyaikh telah menulis bahawa jikalau sesaorang itu membaca surah Fatihah dengan penuh keimanan dan keyakinan,ia dapat menyembuhkan segala penyakit sama ada rohani atau jasmani.

( 2 )

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ
وَعَلَى الِ إِبْرَاهِيْمَ . اِِنَّكَ حَمِيْدٌ مَّجِيْدٌ .
اَللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَّعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ
وَعَلَى الِ إِبْرَاهِيْمَ,  اِنَّكَ حَمِيْدٌ مَّجِيْدٌ .

Ya Allah limpahilah rahmat yang khas keatas Nabi Muhammad saw dan keatas keluarga Muhammad saw sebagaimana Dikau telah kurniakan rahmat keatas  Ibrahin as dan keluarganya,
Ya Allah limpahilah berkat  yang khas keatas Nabi Muhammad saw dan keatas keluarga Muhammad saw sebagaimana Dikau telah kurniakan berkat keatas  Ibrahin as dan keluarganya

FAEDAH :
Selawat ini  adalah selawat yang paling sahih dan paling tinggi fadhilatnya daripada segala selawat.( Bukhari ).Selawat ini hendaklah dibaca selalu didalam salat dan diluar sholatRsalullah saw sendiri yang mengajar selawat ini dan Jibrail alaihi wa salam sendiri menyampaikannya dari Allah Taala  kepada Rasulullah saw..Diriwayatkan bahawa  اَللَّهُمَّ  mewakili semua nama nama  Allah yang indah dan  حَمِيْدٌ مَّجِيْدٌ  adalah dua nama Allah ( Asmaul Husna ) yang mencerminkan semua sifat sifat Allah yang Maha Agung dan Lemah lembut.

( 3 )

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِىِّ الأُمِّىِّ وَأََزْوَاجِهِ أُمَّهَاتِ المُؤْمِنِيْنَ وَذُرِّيَّتِهِ
وَأَهْلِ بَيْتِهِ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إبْرَاهِيْمَ .
وَ بارَكْ عَلَى مُحَمَّدِ نِِ النَّبِىِّ الأُمِّىِّ وَ عَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ وَأََزْوَاجِهِ وَأَهْلِ بَيْتِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا بَارِكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إبْرَاهِيْمَ
 فِيْ  العَالَمِيْنَ  إِنَّّكَ حَمِيْدٌ مَّجِيْدٌ .
 “ Ya Allah Limpahilah RahmatMu yang khas kepada Muhammad, Nabi yang ummi,( isteri isteri) Ibu bagi orang orang beriman, zuriatnya, ahli keluarganya sebagaimana Engkau telah limbahkan kurnia Mu keatas Ibrahim alaihis salam dan keturunannya.
Dan  berkatilah Muhammad, Nabi yang ummi, isteri isteri, ahli keluarganya dan zuriatnya sebagaimana Engkau telah berkati keatas Ibrahim dan keturunannya diseluruh alam. Sesungguhnya Engkaulah Maha Terpuji lagi Maha Mulia. “

Faedah :
Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wa salam bersabda : “ Barangsiapa berkehendakkan ganjaran yang banyak dengan mensalawati ke atas ahli keluargaku maka berselawatlah dengan kalimat selawat ini “

(4 )

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَنْزِلْهُ الْمَقْعَدَ الْمُقَرَّبَ عِنْدَكَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

“ Ya Allah Limpahilah Rahmat Mu keatas Muhammad saw dan kurniakanlah ke atasnya tempat yang paling hampIr dengan Mu di hari Qiamat.”
FAEDAH :
Ruwaifah RA. Meriwayatkan bahawa  Rasulullah sallallahu alaihi wa salam  bersabda : “ Barangsiapa bersalawat secara ini,maka pastilah syafaatku diberkan kepadanya.” –               [Fadhilat Salawat ].

(5)


اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى ( سَيِِّدِنَا ) مُحَمَّدٍ وَّعَلَى اَلِ ( سَيِِّدِنَا ) مُحَمَّدٍ كَمَا
تُحِبُّ وَتَرْضَى لَهُ.

“ Ya Allah Limpahilah Rahmat Mu yang khas yang Dikau pilih dan disukai keatas Muhammad sallallahu alaihi wasalam.”

FAEDAH :
Rasulullah sallallahu alaihi wa salam memberikan penghormatan yang istimewa kepada pembaca selawat ini. Baginda mendudukkan sipembaca salawat itu hamper kepadanya. Apabila sahabat sahabat hairan dengan perkara tersebut, Babinda pun bersabda :                                                                “ Orang ini membaca selawat ini (  selawat diatas )


(6)

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى ( سَيِِّدِنَا ) مُحَمَّدٍ وَاَبْلِغْهُ الْوَسِيْلَةَ  وَالدَّرَجَةَ الرَّفِيْعَةَ
مِنَ الْجَنَّةِ . اَللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي الْمُصْطَفَيْنَ مَحَبَّتَهُ وَفِيْ الْمُقَرَّبِيْنَ مَوَدَّتَهُ وَفِي
الأَعْلَيْنَ ذِكْرَهُ وَالسَّلاَمُ عَلَيْهِ  وَرََحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.

Ya Allah, Rahmatilah  Muhammad sallallahu alaihi wasalam dan kurniakanlah Baginda dengan           ( taraf) perantaraan ( terhadapMU) dan syurga yang tertinggi
“ Ya Allah berikanlah kurniaan Mu yang terpilih akan cinta dan persahabatannya dan jadikanlah nama baginda sebagai sebutan dibibir oranag orang yang berpeningkatan tinggi ( Muqarrabin ). Salam sejahtera dan rahmat Allah serta berkatnya ke atasnya.”

Faedah :
Selawat ini diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud Ra dengan jalan Marfu”.
“ Sesiapa berdoa wasilah untuk ku, maka syafaatku akan diturunkan keatasnya.                                              Yakni dia akan dijamin. 



(7)

اَللَّهُمَّ صَلِِّّ عَلَى  رُوْحِ  سَيِِّدِنَا  مُحَمَّدٍ فِي الأَرْوَاحِ وَصَلِّ عَلَى جَسَدِ ّ
 سَيِِّدِنَا  مُحَمَّدٍ فِي الأَجْسَادِ وَصَلِّ عَلَى قَبْرِ  سَيِِّدِنَا  مُحَمَّدٍ فِي الْقُبُوْرِ .  

" Ya Allah Limpahilah Rahmat Mu yang khas keatas roh Muhammad sallahu alaihi wasalam 
dikalangan roh roh, keatas jasad Muhammad sallahu alaihi wasalam dikalangan jasad jasad
 dan keatas kubur Muhammad sallahu alaihi wasalam dikalangan kubur kubur.

FAEDAH :
Didalam kitab Al- Qaulul Badi’  Rasulullah  sallallahu alaihi wasalam telah bersabda : “ Barangsiapa membaca selawat ini akan dapat melihatku didalam mimpinya dan barangsiapa melihatku didalam mimpinya  akan dapat melihatku di Hari Qiamat dan barangsiapa dapat melihatku di Hari Qiamat, daku akan mensyafaatinya dan barangsiapa disyafaati olehku akan dapat minum di telagaku ( Haud ) dan Allah Taala akan mengharamkan jasadnya terhadap Api Jahanam .”

Kaifiat : Apabila dibaca sebanyak 70 kali dengan berwuduk dan terus pergi tidur,  sangatlah berkesan untuk bertemu dengan Rasulullah  sallallahu alaihi wasalam didalam mimpi. Bersama sama  dengan selawat ini, selawat berikut # (8), hendaklah juga dibaca .
  
  
( 8 )

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِِّدِنَا  مُحَمَّدٍ كُلَّمَا ذَكَرَهُ الذَاكِرُوْنَ وَصَلِّ عَلَى
سَيِِّدِنَا  مُحَمَّد كُلَّمَا غَفَلَ عَنْ ذِكْرِهِ الْغَافِلُوْنِ .


“ Ya Allah, Limpahilah RahmatMu yang khas keatas  Muhammad  sallallahu  alaihi wasalam , bila bila sahaja orang orang mengingati dan menyebutnya dan
“ Ya Allah, Limpahilah RahmatMu yang khas keatas  Muhammad  sallallahu  alaihi wasalam , bila bila sahaja orang orang  yang alpa gagal mengingati dan menyebut namanya.”


FAEDAH :
Imam Syafie rahmatullah alaihi pernah mengamalkan selawat ini. Seorang melihat beliau didalam mimpi. Beliau berkata : “ Syafaat untukku telah diterima sebab daripada kelebihan selawat ini.”

( 9)

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى  سَيِِّدِنَا  مُحَمَّدٍ وَّعَلَى اَلِ  سَيِِّدِنَا  مُحَمَّدٍ صَلاَةً تَكُوْنُ لَكَ
رِضًا وَّلِحَقِّهِ أَدَاءً وَّاَعْطِهِ الْوَسِيْلَةَ وَالْمَقَامَ الْمَحْمُوْدَ الَّذِىْ وَعَدْتَّهُ وَاجْزِهِ عَنَّا أَفْضَلَ مَا جَزَيْتَ نَبِيًّا عَنْ أُمَّتِهِ وَصَلِّ عَلَى جَمِيْعِ مِنَ النَّبِيّيْنَ وَ الصَّالِحِيْنَ
يَا أَرْحَمَ الؤَّاحِمِيْنَ .


 “ Ya Allah, Limpahilah RahmatMu yang khas keatas  Muhammad  sallallahu  alaihi wasalam  dan keturunannya. Rahmat yang akan membawanya kepada keredhaanMu dan melaksanakan kewajibannya keatas Mud an kurnialah keatasnya sebagai wasilah untukkami dan maqam Terpuji yang telah Engkau janjikan. Dan anugerahilah Baginda dengan balasan ganjaran yang terbaik kepada Nabi bagi pihak umatnya. Dan kurniakanlah RahmatMu yang khas keatas semua saudara saudaranya yakni Nabi nabi dan orang orang yang soleh, wahai Yang Maha Rahim lagi Maha Pengasih. “

FAEDAH:
Rasulullah  sallallahu alaihi wasalam telah bersabda : “ Barangsiapa yang membaca salawat ini selama tujuh ( 7 )   Jumaat, syafaatku diwajibkan keatasnya.
( Al-Qaulul Badi” )



( 10 )

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى  سَيِِّدِنَا  مُحَمَّدٍ  عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ وَصَلِّ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ
 وَالْمُؤْمِنَاتِ  وَالْمُسْلِمِيْنَ وَ الْمُسْلِمَاتِ.

‘ Ya Allah  , Limpahilah RahmatMu yang khas keatas  Muhammad  sallallahu  alaihi wasalam, HambaMu dan RasulMu dan juga keatas orang orang beriman daripada lelaki dan perempuan dan orang orang Islam lelaki dan perempuan .”

FAEDAH :

Rasulullah  sallallahu alaihi wasalam telah bersabda : “Seseorang  yang  tidak ada sesuatu untuk disedeqahkan, hendaklah membaca selawat ini di dalan doanya. Selawat ini akan menjadi sebab penyucian terhadap dirinya.

Perhatian : Doa selawat ini mengandungi sebanyak 17 selawat. Sila himpunkan hingga cukup.
Entri akan bersambung. 
PART TWO

No comments:

Post a Comment

SAY WHAT YOU THINK OF THIS ARTICLE.