DOA SELAMAT DARI MALAPETAKA ALAM
Doa boleh hindar petaka |
PRAYER FOR SAFETY FROM CALAMITIES.
DOA ABU DARDA’ Radhiallahu an’hu
Hadrat Abu Darda’ ra adalah
seorang sahabat yang sangat dalam ilmu dan Alim.
[ Doa untuk menyelamatkan diri dan harta dari
malapetala.]
Dibaca setiap selepas subuh dan maghrib :
اللّهُمَّ أَنْتَ رَبِّ لاَإِلَهَ إِلاَّ اَنْتَ عَلَيْكَ
تَوَكَّلْتُ وَ اَنْتَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيْمِ ,
مَا شَآءَ اللهُ كَانَ وَ مَالَمْ يَشَاْ لَمْ يَكُنْ ,
وَ لاَحَوْلَ وَ لاَ قُوَّةَ
إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ ,
اَعْلَمُ أَنَّ اللهَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ .
وَ اَنَّ اللهَ قَدْ اَحَاطَ بِكُلِّ شَىْءٍ عِلْمًا .
اللّهُمَّ إِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِىْ
وَ مِنْ شَرِّ كُلِّ دَآبَّةٍ اَنْتَ اَخِذُ
بِنَاصِيَتِهَا ,
إِنَّ رَبِّىْ عَلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيْمٍ .
“ Ya Allah, Engkau lah Rab kami,Tidak
ada tuhan yang disembah dengan sebenar benarnya melainkan Engkau, Kepada Engkau saja,
kami berserah diri dan Engkau adalah pemilik, penjaga dan pengurus yang
memiliki Arash yang Maha Agong.”
“
Barang apa saja yang Engkau kehendak pasti terjadi dan barang apa yang Engkau
tidak berkehendak pasti tidak akan berlaku sama sekali.”
“
Dan tiada daya dan upaya pada diri aku kecuali dengan kekuasaan MU yang Maha
Tinggi dan Maha Agong.”
“ Aku sedar dengan pasti, bahawa Engkau,Ya Allah
sangat berkuasa diatas setiap sesuatu.”
“
Dan sesungguhnya Pengetahuan Allah swt
Maha meliputi setiap sesuatu dengan sebenar benar tahu.”
“
YaAllah , Sesungguhnya aku berlindung
kepada Mu daripada segala kejahatan diri ku sendiri dan segala kejahatan
dari setiap yang hidup melata dibumi yang mana Engkau mengemggam ubun ubunnya.(
dalam kuasa Allah )”.
“
Benarlah, sesumgguhnya Allah, Tuhan Ku sememangnya sentiasa berada diJalan yang
Lurus,”.
Doa dan amalan sesuci bayi : jamin qalbul doa. |
Riwayat didalam Ibnus Sunni, daripada Talq Ibn Habib ra dari (Hadrat Talha (Radhiallahu an’hu ) : “ Seorang telah datang
kepada Abu Darda’ ra dan memberitahu
bahawa rumah beliau terbakar. Abu Darda’ menjawab : “ Tidak, rumah saya tidak
terbakar “. Kemudian datang seorang yang lain lagi dan memberitahu bahawa
rumahnya terbakar, manakala Abu Darda’ ra memberi jawapan yang sama .
Pada kali yang keempat, seorang lagi datang dan memberitahu Abu Darda’ : “Tuan, Api telah naik tinggi tetapi apabila sampai hampir ke rumah tuan, api tersebut telah
terpadam.”
Abu Darda’ menjawab : “ Saya YAKIN bahawa Allah swt tidak akan membakar
rumah saya. Ini kerana Rasulluh saw telah mengajar saya suatu doa yang mana
jika dibaca selepas subuh sipembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah
hingga petang . ( saya telah membaca selepas subuh tadi ).Oleh itu saya yakin bahawa rumah saya tidak akan terbakar.
Hari ini yakinkah tidak, kita kepada Allah swt sebagai RAB kita ? Terangsang kah kita dengan janji Rasullullah saw dan amalan sahabat ra yang terbukti berkesan. Atau hidup kita bergantung selesa dengan jaminan dari " Insurence Policies" yang kita miliki ?
Beliau kemudian bersama orang ramai pergi untuk melihat rumahnya. Nyata
terlihat, rumah Abu Darda’ masih tegak terselamat, manakala rumah di sekelilingnya
habis hangus terbakar. ( Al-Azkar ).
Orang Arif billah berpendapat : " Nilai harga 'ganti tukar'sesuatu "Polisi Insuran " adalah sifat Tawakkal;diri kita. REnung renung lah......
No comments:
Post a Comment
SAY WHAT YOU THINK OF THIS ARTICLE.