Popular Posts

Tuesday, June 2, 2015

NASI ARAB RAMADHAN UNTUK GENG BUJANG

                                        BALIGHNAA RAMADHAN

                                             AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

       Akhirnya bertemu kembali kita ke bulan Ramadhan. Ya lah ramadhan belum sampai lagi, ada berbaki beberapa hari lagi, tapi apa salahnya kita 'warm up ' dulu dengan semangat ramadhan.

Kali ini aku nak kongsi resepi Nasi Arab Simple ( tak lah simple bagi orang bujang yang tak pernah pegang periuk ).

Resepi ini aku kutip dari halaman FB Hawa Resepi.
Jadi aku try dan hasilnya agak sedap. Nasi jadi sedap banyak bergantung pada kualiti beras. Mahallah sikit tapi berbaloi.

                NASI ARAB   SIMPELATE AL-YAMANI 

NASI ARAB BESTOO




Resepi Nasi Arab    SIMPELATE AL- YAMANI
Bahan-Bahan untuk Ayam dan Nasi
1 kg beras basmati (, kalau nak best lagi beras Mungol ) dan toskan
1.5 liter air (untuk air rebusan ayam)
2 ekor ayam (potong kepada 2 atau 4 sahaja)
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
3 sudu besar minyak
5 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih ( bancuh dengan sedikit air )
Pewarna merah  ( yang aslinya Pati bunga Ros Asli )
Bawang goreng
Garam dan gula secukup rasa
2 biji labu bawang besar saiz kecil (potong bulat)                                                2 biji tomato saiz kecil yang masak ( potong dadu )
1 biji lada hijau (potong besar, tambahkan lagi kalau nak pedas)
Bahan-Bahan Tumis
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih (dimayang)
3 cm halia
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 pokok daun sadri (daun sup) hiris
1 pokok daun ketumbar
Bahan-Bahan untuk Sos Salatoh
Buah tomato masak
Cili hijau (ikut kepedasan masing-masing)
Bawah putih
Bahan-Bahan untuk Sos Zabadi
Yogurt
Timun
Lobak merah
Timun
Bawang besar
Tomato
Limau nipis
Cara-Cara untuk Menyediakan Air Rebusan Ayam
1) Air disukat dalam periuk dan direbus terlebih dahulu. Sukatan air bergantung kepada jenis beras yang digunakan.
2) Masukkan ayam dengan segera sementara mendidih. Ayam yang banyak direbus boleh dijadikan air rebusan yang lain.
3) Masukkan labu bawang besar dan buah tomato ke dalam periuk ayam.
4) Masukkan bahan-bahan tumisan ke dalam periuk ayam juga.
5) Kacau sedikit rempah yang telah dicampurkan dalam air rebusan. Tutup periuk dengan tudung. Rebuskan ayam tersebut dalam ½ jam dengan api yg sederhana kuat.
6) Selepas ½ jam, keluarkan ayam tesebut dari periuk dan susun ayam dalam bekas.   Ketepikan dahulu.
Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi
1) Masukkan bahan-bahan yang ditumis ke dalam kuali atau periuk yang lain.
2) Kemudian barulah diisikan minyak masak dalam kuali dan goreng bahan-bahan tumis sehingga naik bau dan garing.
3) Masukkan bahan-bahan yang ditumis dalam periuk air rebusan ayam yang disediakan terlebih dahulu dan masukkan garam secukupnya.
4) Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sedikit air.                Kacau dengan rata.
5) Masukkan cili merah, cili hijau, air, gula dan garam.                                Biarkan mendidih.
6) Cucikan beras sampai bersih (beras ini adalah warna kekuningan).
7) Masukkan beras dalam periuk air rebusan ayam tersebut dan masak seperti nasi biasa.
8) Taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis semasa nasi telah masak.
9) Masukkan sedikit pewarna merah dan kacau dengan rata sekejap. Biarkan mendidih.
10) Tutupkan periuk dengan tudung dan perlahankan api. Nasi dimasak dengan api yang sederhana sahaja sampai hampir masak.
11) Kacau sekali lagi nasi semasa nasi hampir kering.
12) Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh dihidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori.
Cara-Cara untuk Memasak Ayam
1) Ayam disusun dalam dulang untuk dibakar. Percikkan atas ayam dengan sedikit air sejuk, panaskan oven/ grill kepada suhu 200°C.
2) Lumurkan ayam dengan sedikit garam yang telah bercampur dengan perwarna merah. Lumurkan keseluruhanya dan juga bahagian bawah ayam.
3) Ayam yang sudah siap diletakkan dengan garam secukup rasa.
4) Masukkan ayam ke dalam oven/ grill dengan sekejap lagi kerana hendak membalikkan ayam tersebut supaya bahagian bawah juga dapat dipanaskan.
Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Salatoh
1) Campurkan semua bahan untuk salatoh.
2) Tambahkan air dan garam secukupnya.
3) Semua bahan dikisar sekali dan akhirnya disediakan untuk campurkan dalam nasi dan ayam.
Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Zabadi
1) Campurkan yogurt dengan timun yang dicincang halus.
2) Campurkan dengan potongan lobak merah.
3) Akhirnya, sos ini dihidangkan bersama dengan potongan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis. 

Cara masak bagi Nasi Arab adalah lebih kurang sama dengan nasi ayam, tetapi ayam akan direbus dengan bahan-bahan rempah, air rebusan dan kemudian digunakan untuk memasak nasi. Ayam tersebut pula akan dibakar
Keistimewaan Resepi Nasi Arab telah menarik perhatian pelbagai bangsa untuk mengisi perut di restoran-restoran atau cafe yang terkenal dengan makanan tersebut, samada Orang Melayu, Orang Cina dan Orang India, kadangkala termasuk juga Orang-orang Arab.

                                         * SELAMAT MENCUBA *

No comments:

Post a Comment

SAY WHAT YOU THINK OF THIS ARTICLE.