Popular Posts

Tuesday, February 28, 2012

DIMANA HILANGNYA KEKUATAN SOLAT KITA ?

               KONDISI ORANG YANG MENGAKU DIRI NYA SEBAGAI ' MUSLIM'.
TENTERA AMERIKA BAKAR AL-QURQN : MARAH
       
               Anak murid ku bertanya , kenapa barisan pejuangan Islam seolah olahnya tidak mencapai kemenangan. Orang Islam nampak semakin lemah.Aku diam tidak melayan persoalan itu. Memang orang islam sedang dalam kemelut yang rumit. Saban hari dipaparkan keberanian  puak yang bencikan Islam  melacur kehormatan dan maruah Islam. Di bumi Afghanistan, Al-Quran di bakar. Di Pakistan, rumah Osama bin Ladeen  ( yang dijadikan wayang Amerika ) diruntuhkan.  Di Iraq, wanita dirogol dan ditayangkan dalam media massa.  Palitan serta contengan arang tidak berhenti henti ke muka orang islam. Saban hari terjadi, sehinggakan orang islam sudah mangli, sudah kebas dan sudah tidak sensitif lagi.

                  DI MANA SALAHNYA  DAN APA  UBATNYA ?

                Allah swt tidak  menyalahi janjinya apabila dia berfirman :
" Allah menjanjikan orang orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu [ Wahai  umat Muhammad ], bahawa Allah akan menjadikan mereka sebagai khalifah khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang orang sebelum mereka : khalifah khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan ugama islam yang telah diredhainya untuk mereka : dan dia  juga akan mengantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan [ dari ancaman musuh ]: mereka terus beribadah kepada ku dengan tidak  mempersekutukan sesuatu yang lain denganku dan ( ingat )sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang orang yang derhaka."  " Dan dirikanlah kamu akan solat serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul Allah: supaya kamu beroleh rahmat."
 Nah !, Renungkan lah janji dan tawaran ini. Ini adalah janji pasti. Janji  Allah swt pada kita  tapi 
 janji bersyarat. Mari kita teliti janjinya.
        1.  BERIMAN. - Sudah benarkah IMAN kita ? Atau   keimanan kita setaraf  penyataan orang badwi dizaman Nabi Sallahu alaihi wa salam seperti dalam firman Nya dalam  al-hujarat 14  yang berbunyi :
 " Orang orang Arab Badwi itu berkata " Kami telah beriman " .Katakan lah  " kamu  belum beriman, tetapi katakanlah sekian kamu " Kami telah tunduk " kerana iman belum masuk  kedalam hati kamu ".
Keimanan ada tandanya. Nabi ada memberi isyarat tanda iman dengan sabda : 
"  Apabila amal baik kamu menyukakan kamu dan amal buruk kamu menyedihkan kamu: maka kamu adalah seorang mukmin. ( Hr: Mustadrak Hakim )
 Lagi tanda orang mempunyai iman, dia tidak meminta dan mengadu pada selain Allah. Walaupun waktu susah atau senang. Dalam hati dia hanya ada Allah swt.  Dia berkeyakinan penuh bahawa Allah swt adalah ' rab' nya yang mutlak. Semua makhluk yang ada di atas langit atau dibawah  langit, semua berada dalam genggaman Allah swt sahaja.Allah swt Maha pentadbir alam ini. Hati orang beriman sakit melihat para pemimpin yang berkuasa, mengemis
dan merayu rayu kepada ketua ketua kafir di jajahan tanah Europah dan Amerika dan dalam waktu yang sama tidak peduli untuk langgut ke langit untuk menyebut " Ya Allah, Ya Rabku"
 
    2. BERA'MAL SOLEH.
Amalan soleh yang banyak berisi janji Allah adalah solat.Dalam solat ada janji kemenangan, pelindungan, ketenangan dan penyelesai masaalah.Ada hajat, solat boleh menjadi pengantarannya. Dalam solat ada zikir dan doa.Dalam zikir ada ketenangan dan dalam doa ada kabuliat ( penerimaan ) Dalam solat ada kudratullah. Tetapi kenapa solat yang kita lakukan kosong daripada  sifat dan kebolehan yang di sebut itu ?

Mari kita' post mortem ' solat kita. 
Solat dikira gagal jika
 1. Jumlah solat fardhu kita kurang daripada bilangan lima..
Ada  sebahagian orang yang merasa puas hati dan rasa lega dengan bilangan dua kali solat, tiga kali solat dan empat kali solat tapi tidak genap lima.Sangat menyedihkan, ada seumur hidup tidak pernah bersujud kehadrat tuhan yang maha penyayang.

 2. Jumlah solat cukup lima waktu fardhu, tapi solat dilakukan  tidak tepat waktunya. Solat ini juga di kira ' gagal '. Dia bersolat ikut waktu  sendiri,  bukan waktu tuhan  yang empunya solat.
Nabi menasihatkan umat agar solat di utamakan dan solatlah pada waktunya yang awal. Sabdanya : " Amal yang paling dicintai Allah Taala adalah solat ( tepat ) waktunya.

3. Solat cukup waktu fardhunya , tepat dalam waktunya, awal waktu, tapi didirikan solat bersendirian, tidak berjemaah. Solat ini pun dikira ' gagal '. 


4. Solat cukup waktu fardhunya, awal dan tepat waktunya  dan didirikan secara berjemaah, tapi dilakukan berjemaah di rumah. Solat ini pun ' gagal '. Dia berhujah bahawa dia perlu mendidik anak isteri di rumah. Alasan ini adalah alasan orang malas dan berpenyakit jiwa.Pertama sekali adalah kurang bijak untuk mengajar solat dengan mengorban solat fardhu yang sangat bernilai.Orang yang bijak tidak akan mengajar anaknya belajar memandu dengan mengunakan kereta mahal serta baru  dibeli. Hendak belajar dan mendidik diluar waktu solat. Waktu solat fardhu, kena laksana dengan betul. Kedua ada sebuah hadis yang berbunyi 
" Berikan khabar gembira kepada orang orang yang banyak berjalan dalam kegelapan menuju ke masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat " [ Hr: Abu Daud, At- Termidzi dan Ibnu Majah ].
' Orang yang banyak berjalan ' bermaksud adalah mereka yang membiasakan diri ke masjid.
Dan dua ungkapan ini  ' menuju ke masjid' dan ' banyak berjalan' merupakan bantahan bagi setengah orang yang memandai solat berjemaah di rumah sendiri dan bukan di rumah Allah.
        
        SOLAT   SUBUH  ADALAH PEMISAH DIANTARA  MUSLIM  TULIN DAN MUSLIM OLOK OLOK  ( MUNAFIQ ) .
        Solat subuh adalah solat yang paling berat kepada hati muslim palsu.Allah menjadikan amalan pergi ke masjid sebagai penyaksian keimanan.Allah berfirman " Sesungguhnya hanya senya, orang orang yang memakmurkan masjid masjid Allah, beriman kepada Allah dan Hari akhirat."


 3. MENEGAK AMALAN MENGESAKAN ALLAH SWT  DENGAN MENGHIDUPKAN AKTIVITI DAKWAH KALIMAH LAA ILAHA ILLA ALLAH.

 Perhatikan betul betul janji Allah diatas. Umat Islam tidak boleh bercita cita untuk memiliki kekalifahan dengan lari terpesong  daripada tujuan diberi amanah kalifah itu.Tujuan nya hanya satu:  Pasti manusia selamat daripada api neraka yang di ancam oleh Allah swt terhadap manusia.Jalan selamat hanya  lari jauh dari syirik, dan murnikan jiwa dengan tauhid.  Bagi maksud ini dakwah perlu di jalankan. Kekuatan orang islam adalah dalam amalan dakwah. Adakah keyakinan anda masih pada kekuatan material?. Adakah anda rasa berjaya dengan urusan masyarakat yang mempunyai pejabat, kemenangan partai politik, harta saham dan kekuatan ekonomi.? Adakah anda bangga dan rasa hebat dengan barisan artis yang berjaya mencipta lagu  lagu  yang diiktiraf oleh puak barat dan diberi penghargaan  antarabangsa? .         Tidak begitu. Kejayaan orang islam bergantung pada keyakinan yang jitu dan amalan solat yang tepat pada waktunya. Perkara ini semua dibena dengan semangat dakwah sebagai teras wasilahnya.
RENUNG renungkan lah....
 

.

              


No comments:

Post a Comment

SAY WHAT YOU THINK OF THIS ARTICLE.