Popular Posts

Monday, January 2, 2012

HALAQAH IMAN. DIANTARA A'MAL YANG TELAH PUPUS DI MASJID MASJID.

MASJID ADALAH TEMPAT HALAQAH IMAN
     
     HALAQAH IMAN. 
 Pada zaman Nabi saw, masjid telah dijadikan keperluan yang paling utama sekali dalam kehidupan masyarakat umum.Semua para sahabat memberi masa untuk memakmurkan masjid sehingga masjid hidup 24jam.Halaqah iman hidup 24jam.
            Apa dia halaqah iman.?
           Halaqah Iman adalah salah satu halaqah atau majlis yang wujud dalam masjid Nabi shalallahu alaihi wasalam. Dalam halaqah Iman, para sahabat akan menghabiskan berjam jam mendengar, melihat, bercakap dan berfikir tentang kehebatan dan keagongan Allah.Dalam halaqah iman juga , para sahabat menyakini 100%, tanpa syak kebenaran sabdaan Nabi yang mulia, Muhammad ( salam dan selawat Allah dilimpahi kepada nya.)  Disamping itu, mereka mendengar sabdaan Nabi Muhammad, tentang keadaan kehidupan Akhirat. Hasilnya Iman mereka meningkat hari demi hari.
masjid keperluan asas.
           Perkataan Allah dan Rasullullah tersangat mengesan hati sanubari mereka.Air mata mereka berlinangi di pipi mereka ketika mereka mendengar sesuatu berita dari tuhan mereka.Ada sebuah kisah yang sudah masyhur tentang seorang sahabat bernama Hanzalah ra.
Di satu ketika, dia telah berada dalam majlis Nabi di masjid. Khutbah Nabi saw begitu mengesankan hatinya hingga dia merasai bahawa syurga dan neraka berada dihadapan mata. Keyakinan ini begitu terasa dalam jiwanya. Walaubagaimana pun kesan ini semakin berkurangan apabila dia  berada disamping keluarga dan  anak cucunya.Kesan berita akhirat  telah mulai berkurangan sedikit.Keadaan ini sungguh menakutkan dirinya, lantas dia berlari keluar dari rumah, sambil melaung perkataan ini. " Hanzalah sudah menjadi munafiq...hanzalah telah menjadi munafiq..!"
  Dia telah ditahan oleh Abu Bakar ra lalu ditanya sebab perkataannya itu. Dia memberitahu keadaan dirinya semasa berada bersama keluarganya.Abu Bakar pun merasai begitu, lantas kedua duanya telah pergi berjumpa dengan Nabi SAW. Setelah mendengar kekuatiran kedua sahabat tersebut, Nabi bersabda 
" Jika kamu dapat mengekalkan perasaan keimanan kamu seperti mana kamu berada bersama ku, maka para malaikat akan datang berjabat tangan dengan mu, tapi keadaan itu sangat jarang berlaku."
wudhu' a'malan  bersuci.
 Halaqah iman begitu berkesan sehingga kanak kanak dewasa itu pun timbul fikir akhirat. Pada zaman saidina Umar ra,pada  satu ketika sedang dia berjalan di sebuah padang tempat kanak kanak bermain, terlihat oleh nya seorang kanak kanak duduk ditepi padang dan tidak ikut serta bersama rakan rakannya bermain.Saidina Umar menghampiri kanak kanak tersebut,lalu bertanya. :
S.UMAR : " kenapa kamu bersendirian, wahai anak? Adakah kamu sakit ?"                                            KANAK2 : ' Tidak,pakcik.                                                      S.UMAR :     " Kenapa kamu muram dan tidak ikut bermain .?"                                      KANAK2 :  " Pakcik khabarkan pada saya, apakah bahan untuk menyalakan api neraka? 
S.UMAR :  " Allah berfirman , bahawa bahan bakar api neraka adalah dari manusia dan batu                                                                                                                KANAK2:   " Aduh!..binasalah saya ,pakcik..semasa saya di rumah tadi, saya melihat ibu saya menyalakan api didapur dengan meletakkan kayu yang kecil kecil dulu sebelum memasukkan kayu yang besar. Saya khuatir, Allah akan mencampakkan kanak kanak dulu untuk menyemarakkan api neraka "

Begitulah kesannya suasana keimanan yang ada di sekitar madinah. Nilai Iman dibicarakan dengan banyak sekali dalam zaman itu sehingga terwujud percakapan iman dimana mana, tanpa merasai satu keganjilan. Percakapan Iman telah menjadi satu keperluaan bagi orang islam waktu itu. Mereka tersangat takut pada sifat kemunafiqan akan wujud dalam diri mereka.

Kembali pada masa kita sekarang ini, masjid kita telah kosong daripada halaqah iman. Kuliah kuliah yang ada kebanyakkan majlis taalim wal ta'alum berkaitan dengan masaalah feqah.Walaupun ini adalah satu keperluan, tapi hendaknya pada waktu yang sama halaqah iman mesti diadakan juga. Disamping itu, majlis taalim fadhail a'mal hendaklah diadakan dan didengari oleh setiap ahli qariah kita hari hari.Dalam taalim fadhilat a'mal, hadith hadith kelebihan a'mal akan dibaca. Kesan daripada taalim ini ialah akan timbul " keinginan' dalam hati kita untuk beramal. Akan terwujud ' sense of value' atau perasaan menghargai nilai'  dalam diri. Dari keinginan ini akan timbul tindakkan kearah amal. Ini sebagai motivasi diri.

Pada masa kini, rata rata masyarakat kita tersalah faham dengan anggapan,  bahawa mereka telah islam dan beriman, kenapa perlu usaha pada iman lagi.  Dakwah pada iman ini hanya dijalankan pada orang kafir saja, bukan pada kami orang yang sudah islam.
Cuba renungkan ayat ini.
  "   Wahai orang orang yang telah beriman, beriman lah ( tetapkan iman kamu)  kepada Allah dan Rasul " Surah annisa 136.
 Orang dah beriman , disuruh beriman lagi..ini dalil bahawa dakwah iman mesti diteruskan dikalangan orang islam. Dan dalil dari sabdaan nabi Muhammad saw :
         " Perbaharui lah iman kamu!. "  Sahabat bertanya " Wahai Rasulullah, bagaimana kami memperbaharui iman kami ? Baginda bersabda " Perbanyakkan lah mengucapkan kalimah La illaha ilallah ".
HALAQAH DAKWAH ADALAH HALAQAH IMAN.
 Iman kena diusahakan dan di perbaharui. Masaalah iman bukan perkara yang kecil. Akibatnya sangat dashyat dan merugikan.
Nilai keimanan adalah sebuah            syurga.Seorang yang sedang lakukan zina, iman dia  dicabut keluar dan dia tidak beriman ketika berzina. Begitulah semasa sesaorang minum arak, membunuh , buka aurat dan sebagainya.Sikap acuh tak acuh  terhadap nilai Iman adalah disebabkan kerana sudah tidak ada lagi keghairahan pada amal. Punca fenomena ini kerana dalam masjid dan tempat tempat kuliah di Malaysia tidak ada halaqah Iman. Tidak hairanlah jika fail tuntutan murtad bertambah hari demi hari. Para sahabat Nabi Muhammad sangat ambil berat terhadat sikap tidak peduli keatas perkataan Nabi. Mereka memandang satu keingkaran yang nyata kepada sesiapa yang perkecilkan perkataan Nabi saw.
          Amatilah peristiwa yang pernah terjadi pada anak saudara Abdullah bin Mughafal.  Anak saudara Ibnu Mughafal adalah seorang kanak kanak yang sangat suka bermain dengan ' lastik'. Pada satu hari anak saudaranya ini di tegur oleh Ibnu Mughafal. Katanya : " Wahai anak saudara ku, Rasulullah saw  bersabda bahawa bermain ' lastik' tidak bermanafaat sedikit pun, tidak dapat memburu, tidak dapat mengalahkan musuh, bahkan boleh membutakan mata atau gigi.  Maka tinggalkanlah perbuatan itu."
Anak saudaranya itu berhenti buat sementara waktu tetapi mulai bermain lagi setelah disangkanya Ibnu Mughafal tidak ketahui. Dengan perasaan marah Ibnu Mughafal ra berkata 
 " Mengapa engkau berani melakukan suatu perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah saw ? Demi Allah, mulai sekarang saya tidak ingin lagi berbicara denganmu dan tidak akan menyertai jenazahmu seandainya engkau meninggal lebih dulu "
 Begitulah semangat dan perasaan para sahabat Nabi saw terhadat perkataan baginda.
 Mereka dapat hasilkan ini dengan menghabiskan masa berjam jam lamanya mendengar sabdaan Nabi yang mereka cintai dan yakini.Para sahabat belajar untuk datangkan YAKIN pada perkataan Nabi saw.
 Semoga kita dapat mengikut jejak mereka barang sedikit pun. AMIN. 


                                                                                                       

          
                          




No comments:

Post a Comment

SAY WHAT YOU THINK OF THIS ARTICLE.