ALLAH swt menghantar manusia ke dunia ini untuk di uji . Ujian mereka adalah ujian mengesakan Allah dalam hal ' rabbubiah dan illahiyah "Nya. Allah swt telah jadikan BUMI sebagai medan ujianNYA dan Allah swt telah menetapkan ketaatan kepada perintah perintahnya sebagai keperluan yang paling asas untuk kehidupan manusia di bumi ini. Manusia terdiri daripada roh dan jasad. Keperluan badan adalah dari sumber air,tanah, angin dan api, manakala keperluan roh adalah dari perintah perintah Allah swt. Justeru itu, Allah swt membantu manusia dengan menghantar rasul rasul dengan berbekalkan kitabullah sebagai wadah penyelamatNya.
Allah swt berfirman :
rumah Nya. Malah Allah swt telah menjadikan tanah bumi yang mula mula sekali, sebelum tanah itu mengembang menjadi bumi, adalah tanah kaabah. Kemudian , kaabah dibina dan dijadikan rumah ibadah yang pertama sekali di bumi ini.Disini semua keperluan manusia akan terpenuhi.
Allah swt berfirman :
Di antaranya seperti sabdaan Baginda saw :
Anas ra. meriwayatkan bahawa ada seorang wanita yang mengumpulkan sampah dari masjid-masjid. Ketika dia meninggal , Nabi tidak diberitahu tentang penguburannya .Rasullullah saw. bersabda : Jikalau seorang diantara kamu mati, hendaklah dengan suka hati memberitahukan kepada ku. Baginda kemudian mengerjakan sholat jenazah keatasnya dan bersabda : Sesungguhnya aku melihatnya diganjari dengan syurga kerana menyingkirkan sampah sampah di masjid .{ Hr.Tabrani }.
Dari Abu Hurairah ra , Nabi S.a.w bersabda : Orang orang yang sering berulang alik ke masjid adalah ibaratkan tiang pasak masjid, Malaikat menjadi sahabat mereka, jikalau mereka tidak hadir, maka malaikat akan mencari cari mereka dan jikalau mereka sakit, malaikat akan mengunjungi mereka, jikalau mereka berada dalam kesulitan, para malaikat akan membantu mereka. Baginda Nabi yang mulia bersabda : Barang siapa duduk dalam masjid, memperolehi paling kurang satu manfaat dari tiga perkara berikut : Bertemu dengan saudara saudara ( dalam islam ) yang daripadanya dia mendapat manfaat ( dalam agamanya), atau dia mendengar perkataan hikmah, atau dia memperolehi rahmat daripada Allah, yang mana setiap orang islam menginginkannya. { Hr.Musnad Ahmad }
Persoalannya sekarang, kenapa masjid masjid di Malaysia kini kosong ?. Tidak ramai daripada kita untuk memakmurkan masjid tapi sebalik ramai anak anak melayu, melepak di pasar pasar.Tidak kira peringkat umur . Orang desa gemar ke pasar pasar malamnya, orang bandar melepak di Mega dan super markets nya. Tidak ketinggalan,Pak pak Haji dan Lebai, bertandang di kedai kedai kopi lebih lama daripada di masjid.
Allah swt berfirman :
" Kami berfirman lagi : " Turunlah kamu semuanya dari syurga itu. Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk daripada Ku ( melalui rasul rasul dan kitab kitab yang di turunkan kepada mereka ), maka sesiapa yang mengikuti petunjuk Ku itu, pasti tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. { surah Al-Baqarah 38 }ALLAH yang maha suci dan maha tinggi, telah menjadikan masjid di bumi ini pula sebagai
rumah Nya. Malah Allah swt telah menjadikan tanah bumi yang mula mula sekali, sebelum tanah itu mengembang menjadi bumi, adalah tanah kaabah. Kemudian , kaabah dibina dan dijadikan rumah ibadah yang pertama sekali di bumi ini.Disini semua keperluan manusia akan terpenuhi.
RUMAH IBADAH YANG PERTAMA DI BUMI. |
Dalam ayat ini, Allah swt memberitahu kita bahawa rumah NYA ada lah sumber HIDAYAH dan BERKAT, untuk semua manusia. Masjid masjid yang bertaburan di muka bumi ini pula, telah di jadikan rumah rumah Nya. .Begitulah yang telah dikhabarkan oleh Rasullullah saw dalam sabdanya :" Sesungguhnya rumah ibadat yang mula mula dibina untuk manusia [ beribadah kepada Allah swt ] ialah Baitullah, di Makkah, yang berkat dan [ dijadikan] hidayah bagi umat manusia. " Ali IMran ayat 96.
" Masjid adalah rumah Allah swt diatas dunia ini. Ianya bercahaya kepada penduduk langit, seperti bintang bintang bercahaya kepada penghuni bumi ini." [ Ibnu Abbas-Hr.Tabrani ]Allah swt menawarkan berbagai bagai habuan yang tersangat lumayan, untuk kita umat Islam
Di antaranya seperti sabdaan Baginda saw :
" Masjid adalah rumah setiap orang orang sholeh yang takut kepada Allah swt. Bagi sesiapa yang menjadikan masjid rumahnya, Allah swt menjamin kesenangan baginya, dikurniakan baginya rahmat, dimudahkan baginya melewati shirot kepada tujuan keridhoan Nya ke syurganya." {Hr.Tabrani, Bazzar dan Majma uz Zawaid }
dan lagi, " Tempat yang paling disukai oleh Allah swt adalah masjid masjid dan tempat yang paling di benci adalah pasar pasar."
Banyakkan masa di masjid. |
Dari Abu Hurairah ra , Nabi S.a.w bersabda : Orang orang yang sering berulang alik ke masjid adalah ibaratkan tiang pasak masjid, Malaikat menjadi sahabat mereka, jikalau mereka tidak hadir, maka malaikat akan mencari cari mereka dan jikalau mereka sakit, malaikat akan mengunjungi mereka, jikalau mereka berada dalam kesulitan, para malaikat akan membantu mereka. Baginda Nabi yang mulia bersabda : Barang siapa duduk dalam masjid, memperolehi paling kurang satu manfaat dari tiga perkara berikut : Bertemu dengan saudara saudara ( dalam islam ) yang daripadanya dia mendapat manfaat ( dalam agamanya), atau dia mendengar perkataan hikmah, atau dia memperolehi rahmat daripada Allah, yang mana setiap orang islam menginginkannya. { Hr.Musnad Ahmad }
MASJID NABI SWT DI MADINAH PADA TAHUN AWAL 1800 |
Pihak JAKIM pernah membuat kajian, berkenaan dengan bilang orang orang Islam yang bersolat berjemaah di masjid masjid di seluruh negara. Keputusannya, tersangat aib sekali kerana peratus yang di miliki ialah sekitar 05% sahaja yang memakmurkan masjid dengan sholat fardhu berjemaah. Kenapa jadi begini ? Di mana salahnya.
Masjid, sebenarnya memiliki kekuatan untuk menarik hati hati manusia kepadanya. Hati
dan jiwa orang beriman tertakluk kepada masjid. Mereka rindu dan ghairah untuk ke masjid. Telinga mereka sentiasa awas kepada bunyi suara muazin. Apabila mereka mendengar seruan azan, jiwa mereka gementar. Wajah mereka menjadi pucat. Mereka bersegera menuju ke masjid. Perkara seperti ini telah berlaku kepada Salim Haddad seorang pedagang yang soleh, Hasan r.a., Abdullah bin Abbas r. a huma. dan banyak lagi.Hati dan jiwa mereka telah tertanam kebesaran Allah swt. serta menyakini segala firman nya dan berkah mahu pun pahala yang di janjikan. Masjid memiliki kuasa seperti besi berani [ magnet ] dan hati hati orang islam seperti besi.Ia saling tarik menarik.Kini. kedua dua perkara tersebut telah hilang sifat masing masing, masjid hilang kuasanya dan manusia sudah hilang sifat imannya.Kedua duanya telah hilang rohnya.
Sebenarnya apa yang dikatakan ' dirikan' masjid, adalah bukan dirikan bangunan dan perhiasannya, tetapi dirikan masjid adalah ' dirikan ' AMAL-AMALAN 'dalam masjid masjid.
Asas pembinaannya ialah TAQWA. Dalam masjid mesti diadakan majlis yang mendatangkan taqwa. Natijah dari sifat taqwa ialah hadirin akan timbul perasaan yang mendalam takut serta taat kepada Allah swt. Cinta Allah swt akan datang kedalam hati sanubari mereka.
Apakah amalan yang hidup didalam masjid Nabi saw di zaman nya ?
Nabi saw bina empat amalan asas masjid. Pertama diadakan halaqah Dakwah. Nabi saw sibukkan para sahabat sahabatnya dalam usaha usaha dakwah. Jemaah jemaah telah dibentuk lalu diberi ransangan lalu ditaskil untuk keluar buat kerja kerja dakwah.Dalam masa 10 tahun tinggal di kota madinah, sebanyak 150 jemaah yang bilangannya ramai, telah di keluarkan untuk maksud dakwah yang mana daripada jumlah tersebut, sebanyak 25 kali, Nabi Muhammad sendiri menyertainya. Dan dalam masa tersebut, puluhan jemaah yang kecil kecil bilangan, telah dihantar keseluruh ceruk pelusuk tanah Arab.
Amalan kedua, amalan taalim wal ta'alum.Halaqah belajar dan mengajar.Mereka habiskan masa berjam jam belajar depan Nabi dan kemudian mengajarkan kepada orang lain yang tidak berkesempatan untuk berada bersama Nabi saw. Semasa di Mekah, taalim di adakan di rumah Arqam ibni Arqam, di sebelah malam. Di waktu siang, mereka sibuk dengan dakwah taskili.
Amalan ketiga, amalan ibadah serta zikir. Di dalam halaqah ini, para sahabat sibukkan diri diri mereka dalam beribadah kepada Allah swt.Para sahabat di ibaratkan seperti singa diwaktu pagi dan seperti tikus di waktu malam. Siang hari mereka berani dan garang seperti singa di atas kuda kuda perang mereka, manakala di waktu hening malam, mereka menikus di hadapan penciptanya iaitu Allah swt.Waktu pagi sebelum dhuha, mereka ibarat seperti pohon kayu yang bergoyang dalam asyik berzikir.
Amalan keempat ialah amalan khidmat serta amalan akhalaq baginda saw.Para sahabat memberi masa untuk berkhidmat di masjid. Banyak rombongan dari luar madinah, datang berkunjung dan berjumpa Nabi saw untuk perkara agama.Semua keperluan makan dan tempat rehat, diuruskan oleh para sahabat sahabat Nabi saw.
Hari ini jika kita berusaha untuk menghidupkan kembalikan amalan ini,iaitu amalan DAKWAH, tAKLIM, iBADAH ZIKIR DAN KHIDMAT SERTA ZAHIRKAN AKHALAQ RASULULLAH, insyallah, kita akan dapat lihat, suasana iman dan masjid akan penuh serta hidayah akan turun. Apabila perkara ini berlaku, kita akan menyaksikan, berbondong bondong manusia kafir akan mula memasuki ke pintu gerbang tauhid dan Islam.
Masjid, sebenarnya memiliki kekuatan untuk menarik hati hati manusia kepadanya. Hati
BAN HOE MASJID THAILAND |

No comments:
Post a Comment
SAY WHAT YOU THINK OF THIS ARTICLE.