Popular Posts

Thursday, January 13, 2011

Part 1:Tom Yam~Pathoni~Siam - semangkuk kehidupan


 SEJARAH JIKA BERPANDU PADA " MATAN " PENJAJAH, MAKA AKAN BUTA  DAN PUTUSLAH  AKAR  UMBI  BANGSA  INI..........
                                                       .
  TOM YAM - a BOWL of LIFE.......
Keretapi tanah melayu bergoncang menuju ke sempadan Malaysia.Dalam kesejukan embun subuh, keretapi melintas bandar Sungai Petani lalu berhenti sebentar. Aku mulai takbir solat subuh kerana goncangan gerabak terlalu berkocak  ketika bergerak.Seorang saudara seislam yang baru selesai solat, mempelawa tempat solat yang beralaskan plastik sebagai sajadah.Kami gunakan ruang pintu tangga untuk solat.
Dua gerabak penuh di isi  dengan pekerja-pekerja restaurant Tom Yam..Semuanya lepak lena berbantaikan kursen hadapan sebagai sandaran.Aku dapati  kebanyakan mereka mengenakan fesyen tudung  lilitan kepala ala  Yuna.Sungguh lena mereka di ulit mimpi tanpa terasa perit payah datuk nenek mereka berkorban untuk  kekal merdeka dari cengkaman Siam.Ustaz Firdaus melaksanakan solat nya di ruang tempat duduk.Terdapat sedikit ruang muat untuk seorang.Dah hampir 54 tahun  Malaysia menjerit merdeka , tapi masih payah bagi anak bangsa hendak solat.

          
Dalam Hikayat Merong Mahawangsa ada menceritakan bahawa Puteri Raja Merong Mahawangsa Maha Pudiati telah memberi nama 'Patani' ini  sempena nama sebilah keris ' Lela Misani "Manakala dalam Kitab Tarikh Patani ,mendakwa salah seorang anak raja Langkasuka yang telah membuka ' Petani'. Manakala seorang ulama Patani yang bernama Asy-syaikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa al- Fatani telah mengubah nama Fa taa ni kepada Fa tho ni mengikut umbi kata bahasa arab.Fa tho ni  bererti  pandai dan bijaksana.Manakala ' fataani' membawa erti fitnah ,huru hara dan kacau bilau.Mengikut cakap mulut pula, aku diberitahu asal ' petani ' ialah ' pantai ini '.Walau apapun ,sejarah 'survival' bangsa melayu ini sungguh hebat dan kini menyedihkan.Banyak pahit maung mereka lalui yang mereka simpan dalam lipatan sejarah yang tak bertulis.Nasib  mereka bela bersendirian.Dulu Pattani adalah kerajaan separuh daulat.Kerajaan kesultanan Pattani Darul Ma'arif./ Darus Salam .Mereka bayar ufti pada Kerajaan Sukhothai dan Ayutthya.Setelah jatuhnya kerajaan Ayutthaya pada Burma dalam tahun 1767,Kesultanan Pattani mula bebas penuh.Tapi takdir tidak tersurat lama, mereka tumbang pada Raja Rama ,lalu di jajah oleh Siam.Bak di tuang air garam pada luka yang masih berdarah, pada 1909   nasib mereka telah
dijajah secara rasmi oleh  satu Pakatan perjanjian antara pihak British dan Siam dibawah tandatangan-  'Anglo - Siamese Treaty ". Wilayah Yala dan Narathiwat di 'siam'kan sepenuh nya.Kini mereka pasrah dan menelan pahit penjajahan.Kedaulatan mereka berkubur.Bahasa Siam  disuburkan  di lidah-lidah anak-anak zuriat muda mereka.Marah dan dendam dah tak terpendam lagi, akhirnya  terpercik keluar   jua.Timbul semangat pembebasan  dan pemberontakan dan terjadilah  korban berdarah.

TAK BAI : Peristiwa pembunuhan kejam terhadap penduduk melayu Pattani. Kejadian ini adalah hasil propaganda Anti-Pengganas yang dijalankan oleh Bush dan sekutu-sekutu nya.Dan Taksin adalah seorang dalangnya.
Peristiwa berlaku pada bulan ramadhan tahun 2004.Seratus lebih  korban.Kematian yang menyayat hati.Sebelum peristiwa Tak Bai terjadi,beberapa penduduk telah di tahan di balai polis atas tuduhan memiliki senjata berat.Bagi penduduk setempat,mereka-mereka yang di tahan adalah penduduk biasa yang tidak terlibat dalam gerakan pemisahan.Tetapi tak dinafi keesokan hari ada individu yang membuat rancangan sulit untuk mengumpul orang ramai agar membuat protesdi balai polis tersebut.Orang ramai di kumpul pada keesokan hari secara helah tanpa mereka sedari apa-apa motif.Mereka di hebah bahawa ada prmberi zakat di sesuatu tempat.Ramai yang hadir.Setiba ditempat yang di janjikan, mereka di khabarkan bahawa tempat agihan zakat telah di pindah di lokasi yang berhampiran dengan balai polis.Sesampai di sana,mereka terperangkap.Barang zakat entah kemana dan yang menanti mereka adalah pasukan tentera yang bengis.Maka terjadilah sejarah Hitam.
Mereka di sirami air pemedih mata dan tembakan.Tujuh rebah di tempat himpunan.Ratusan pemuda dan wanita di paksa meniarap dan di tanggalkan baju, lalu tangan di ikat kebelakang.Mereka di humban dalan trak yang kecil bertindih beberapa lapisan.Ada yang memberitahu setinggi lapan lapis.Dalam keadaan begitu mereka di bawa ke pusat tahanan tentera Ingkayutthboriharn.Masa perjalanan selama 6 jam.Akibatnya 80 orang mati kerana panas dan sesak nafas Mati kelemasan...Si Jahanam,Taksin kemudian berkata " mereka mati kerana  lemah akibat berpuasa.".Tentera yang melakukan kekejaman dilepaskan tanpa apa-apa hukuman.Begitu lah sejarah nya.Mungkin di lupai oleh negara dunia tapi tidak di hati penduduk pattani yang di jajah itu.
                  Bendera Harapan Melayu Patthoni
   Keretapi Tanah Melayu sampai di Padang Besar pada pukul 8:00 pagi.Penumpang  penumpangnya yang kebanyakkan penduduk Pattani bergesa-gesa menuju ke pondok kastam dan immigresen. Aku bersama ustaz Firdaus terus ke pondok " money changer" Duit RM.100 dapat Bath 95+saja...Ekononi dah pulih kata Utusan(?) Atau indah khabar dari rupa.Pada datuk-datuk Menteri teruskan songlap duit rakyak biarkan perut kamu borui dan muka kamu lebam, tak bercahaya hidayat.Adakah harapan untuk bangsa yang menyuburkan serta membesarkan perut dengan minum darah,peluh dan air mata orang lain ? Ayuh! Sedarlah...
            mengapa kau tak bercerita lagi?

                  maafkan aku,
                              pendengar,
                              kerana yang bercerita
                              itu suara bebas
                              berkata dengan layang peristiwa.
          
                  derita tidak memiliki bahasa,
                  yang dirasakannya hanyalah
                  seksa.

                               tukang sihir sudah meninggal,
                               mangkuk manteranya
                               gugur dari meja tulis, 
                               suaranya ditelan lumpur bisu.
                               aku tak mungkin bercerita lagi.
                                 muhammad Haji Salleh.
         
       
                                                        

1 comment:

  1. ustaz jom kit tengok blog: empayar islam benua siam kedah

    ReplyDelete

SAY WHAT YOU THINK OF THIS ARTICLE.