Popular Posts

Tuesday, May 1, 2012

MELAYU DAN PEMIKIRAN FEUDALISME.

  IDENTITI   MELAYU   BERKUBUR
    " AKU TINGGALKAN PADA KAMU SEKALIAN  AS SAQALAIN  (ath-Thaqalain - Dua perkara yang berat ) : 
KITABULLAH dan  'ITRAH - KU ( kerabat ku), KEDUANYA TIDAK AKAN BERPISAH  HINGGA  MENDATANGKU DI TELAGA.  MAKA LIHATLAH BAGAIMANA KAMU KALIAN TINGGALKAN AKU MENGENAI KEDUANYA. " - Hadith.  
             
                     " Sekali bah, sekali pantai berubah". 
Begitulah  berlakunya  perubahan  dalam landskap mukabentuk geografi  dan roh semangat   di  Alam Melayu  ketika  dihentak oleh  kuasa penjajahan berlaku. .Berdekad dekad lamanya, hingga membentuk menjadi abad berabad,  asakkan pengaruh dan campur tangan kuasa asing terhadap warcana Alam Melayu, tidak ada titik noktahnya..Dan setiap kali ianya berlaku, setiap kali juga  Melayu berubah wajahnya, hingga sekarang . Adakalanya perubahan itu baik lalu mendatangkan untung dan ada kalanya menyakitkan mata dan hati. 


ISTANA SULTAN NEGORI   MINANGKABAU
Begitulah yang berlaku kepada Raja raja Melayu. Tiada tahu hikmah disebalik takdir Illahi. Raja raja berhenti melawan .Malah musuh dijadikan  kawan, dari  menerima sembah  bertaulat,  terpaksa tanda tangani  perjanjian keparat. Raja raja Melayu menyerah kuasa, bersetuju bertuankan  Ratu Penjajah. Kini, berdiri lah,  anak bangsanya terpingga pingga dalam mengenal diri sendiri dan tuhannya..telah hilang semangat juang. Keliru  dalam mengatur langkah . Lalu berdirilah anak anak bangsa Melayu ibarat  batu batu nisan yang tegak bercondong.


         Feudalism adalah  sebuah  bentuk sistem  pengamalannya,  paut berpaut dalam rangkai berangkai dari Raja  membawa kepada pembesar besar istana dan ketua ketua daerah, melurut turun ke bawah sehingga ke orang ' kebanyakkan'. .Dimana sang raja  memberi kurniaan berupa tanah, pangkat dan kuasa,  kepada para para pembesar dan seterusnya sang pembesar memberi 'ikhsan' kepada  orang kebanyakkan dan sebagai imbalan penghargaan itu, si rakyak mesti lah sentiasa memberi ' khidmat' yang tidak berbelah bagi kepada orang atasan nya dan  mesti sedia berkorban untuk mereka. Ini lah amalan turun temurun, dari dulu hingga kini dan selama lamanya. Takrifan ini berpandu kepada istilah  orang di Eropah. 


           Alam Melayu  ialah  sebagai kawasan geografi yang meliputi seluruh   wilayah kependudukan manusia  berbahasa rumpun Melayu di seluruh Asia  Tenggara terutama di kawasan kepulauan yang kini menjadi unit-unit geopolitik  iaitu seluruh kepulauan  negara Indonesia, Malaysia, Filipina, selatan Thailand, kelompok-kelompok  di Kampuchea dan Vietnam serta Taiwan. Alam Melayu mempunyai kebudayaan dan bahasa induk yang di amali secara bersama. Faktor bahasa  ini adalah satu-satunya  tinggalan sejarah kuno  yang masih kekal menjadi petanda sahih dan benar akan kewujudan kawasan  petempatan pelbagai kelompok rumpun Melayu. Assimilasi budaya dari Hindu buddha  serta islam berlaku secara mesra , menerima dan hidup berkembang secara natural.Tiada pertembungan yang mewujudkan  kekerasan dan peperangan, kecuali  apabila Barat menjajah dan memaksa agama dan budaya mereka kedalam kehidupan Melaya Islam. Sebenarnya  manusia di Alam Melayu adalah manusia yang mempunyai sifat 'mesra dan terbuka', sifat yang mana senang serta sanggup menerima apa jua pengaruh yang datang daripada luar tanpa mengambil kira falsafah dan bentuknya. 

            Perkataan ' sembah patik, sembah dijunjung', ' hamba' dan ' tuan hamba' adalah kod istilah yang diguna pakai dalam sistem feudal ini. Menyalahi etika ini, di anggap derhaka dan boleh dihukum mati. Ironiknya, 'junjung ' dan ' sembah' ini telah beralih 'tuan' apabila  raja raja  Melayu terpaksa tunduk kepada ' tuan baru ' dari England. Maka '' orang  Melayu kebanyakan ''  mulailah mempunyai tuan yang bermata biru yang dipanggil ' Sir ' dan sedihnya mereka bangga hinggalah sekarang.  


            Di Alam Melayu, takrif  Feudalisme ,  dipandang dari sudut yang lain. Feudalisme  termasuk didalamnya,  prinsip yang mengakurkan kuasa pemimpin begitu menebal sekali dalam ethos bangsa  Melayu. Secara mitosnya,antara Raja raja Melayu dengan rakyat berbangsa Melayu , sudah ada perjanjian taat setia dan sumpah binasa. Perjanjian dan sumpah  ini telah di lakukan oleh  Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat jelata dengan  Sri Tri Buana  (sang Sapurba ) yang mewakili Raja raja Melayu.  Oleh kerana itu, maka tertanam sifat taat kepada Sultan sultan walaupun terpaksa korban nyawa dan rakan saudara .
         Tidak sedikit korban telah terjadi angkara taat setia perjuang pejuang  Melayu kepada  Sultan sultan yang mementingkan hawa nafsu sendiri.. Contoh yang jelas ialah ketaatan Hang Tuah yang pernah di fitnah  dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh  Sultan, tapi tampil sembah dan  relakan diri  pula bertaruh nyawa terhadap  sahabat karib, yang memperjuangkan dirinya demi keadilan. Hang Jebat  menjadi korban. Hang  Tuah terpaksa akur dengan sumpah setia. Sultan tak ambil ikhibar. 
Pandak Lam -Dato' Maharaja Lela al- Syahid
         Dato' Majalela pun terkorban atas nama taat setia. Beliau adalah seorang Mufti yang mempunyai kuasa untuk  menjatuhkan hukum pancung  tanpa bertanya. Beliau di anugerahi pangkat “ Dato’ Maharaja Lela Tan Lela. Berketurunan  Daeng Selili, anak Raja Bugis, merupakan penentang  kuasa British dan Malayan Union. Dalam pakatan sulit bersama Sultan Abdullah dan orang orang kaya Perak seperti Dato Sagor dan Ngah Kadin, di Durian Sebatang,  sepakat mefatwakan  jihad terhadap British kerana  menentang 'sistem Residen' ( 1870) dan akhirnya berjaya membunuh silaknat  James Wheller  Woodfird  Birch,
Resident Inggeris pertama di Perak. Pihak British mendapati sukar untuk menangkapnya dan  akhirnya mengunakan sultan agar memujuk beliau  menyerah diri dan diadili oleh musuh.  Atas nama taat setia, akhirnya beliau, gugur syahid  ditali gantung di penjara Taiping, pada 20hb Jan, 1877.{ Ada cerita dikatakan, beliau  di gantung di Matang bersama Dato Sagor, Si Putum. ) . Manakala JWW Birch dijulang dan dikenang.
DATO' BAHAMAN,PEJUANG PAHANG.
        Begitu juga nasib pahlawan pahlawan  Pahang,  Dato' Bahaman, Tok Gajah, Panglima Mat Salleh dan Mat Kilau  yang menentang kekuasaan Resident Pahang, J.P.Rodger,,  dianggap oleh  pemerintah penjajah  bersama sama  talibarut  talibarut  Inggeris sebagai pendehaka. Mereka terpaksa hidup sebagai ' the Most Wanted ' dalam negara sendiri. Sultan diugut agar menangkap Dato Bahaman ketka di Lubuk Terua. Orang orang Sultan, melakukan  khianat dengan mungkir perjanjian sulit agar tidak menembak sesama sendiri. Akibatnya anak Dato' Bahaman Ahmad,Panglima Perang Weh  danTuk Muda Bidin terbunuh .  Penjajah Inggeris meluputkan kuasa Dato' Bahaman lalu  dijadikan beliau pendehaka pada Sultan.  Inggeris  mengangkat diri sendiri sebagai Pemungut  hasil negeri. [ Pahlawan Pulau Tawar ]
        Kuasa Eropah mula menganas ke daerah Timur, selepas tumpangnya kota  Contantinople pada tahun 1453 kepada Tentera Islam. Semangat Perang Salib ditiup kembali oleh Raja  Henry dari Portugis.  Beliau membangunkan kemahiran perkapalan dan mula mengelilingi dunia untuk bersatu dengan puak puak yang telah berjaya menakluki benua Amerika dari tangan tangan orang Moor. Pada tahun 1492 Kristian dapat tewaskan Iberia, Sepanyol ( Andalusia).  Kuasa Islam di India terdiri dari kerajaan  Kesultanan Gujerat  dan Bijapur di Utara manakala di persisiran Barat India hingga ke  Kerala, di tadbir oleh  Chola atau Zamorin. Sekitar laut hingga ke China, tidak pernah berlaku pertempuran bersenjata atau peperangan di antara kapal kapal dagangan.. Jadi kemunculan kapal kapal Portugis bersama senjata adalah benar benar perkara baru di Alam Melayu. Pelayar  pelayar  dari China hampir hilang setelah kematian laksamana Cheng Ho.  Serangan dan campur tangan pihak  Portugis yang menjadi 'LANUN" sebenar pada abad itu,  telah berjaya menumbangkan kerajaan  Islam, satu persatu bermula dari  Sepanyol  menurun ke hujung benua Afrika, membelah laut menuju  ke benua India, lintas ke Aceh dan akhirnya  tumbang kerajaan Melayu melaka pada 1511.[Daulah Uthmaniyah dan Alam Melayu ]


KUBUR RAJA HAJI DI RIAU-dah jadi tempat kurafat.
        Sebenarnya, penentangan terhadap penjajah Barat, beransur ansur mengendor dan ' melembut' setelah beberapa penentangan yang dilancarkan dapat di tumpaskan oleh pihak penjajah. Penentang terakhir secara hebat telah dilancarkan terhadap penjajah Belanda tapi dapat di patahkan, adalah dari seorang anak raja Bugis  ( 1784 ) yang wara' ia itu Raja  Haji. Beliau tumbang sebagai syuhada Islam di Teluk Ketapang [ Tanjung Palas ], Melaka apabila cuba untuk menawan kota  Melaka. Mayatnya telah dibawa kedalam kota A Famosa  dan di kuburkan di tempat kandang babi. Setelah Inggeris mengambil alih kerajaan Melaka dari Portugis,  jenazah Raja  Haji di pindahkan ke  Riau , setelah sekian lama bersemandi disitu.[ Hikayat Abdullah Munsyi ] [ Tuhfah an Nafis ]
HSIAN TUNG-RAJA TERAKHIR CHINA
        Sememangnya, Belanda, Portugis  atau  British, adalah bangsa yang sangat menebal perasaan prejudis dan dendam kesumat terhadap ugama Islam, tidak pernah merasa simpati dan kasih terhadap anak bangsa pribumi yang dijajah.Sama saja di jajahan Belanda di Indonesia atau  Inggeris di Tanah Melayu. Percaturan politik yang di jayakan semata mata untuk kepentingan  kekayaan mereka dan penghapusan  pengaruh Islam.  Semasa menakluk Melaka,( 1511)  Albuqueque , silaknat  Portugis,   tergamak merobohkan Masjid Di Raja, lalu digunakan batu bata masjid untuk membena Kota Besar A-Famosa. 
[ Munshi Abdullah ]Dan sekarang dibanggakan oleh anak bangsa Melayu Melaka. 
       Penjajah begitu sedar dan arif bahawa penghalang terbesar dalam menakluki Alam Melayu secara total adalah Ugama Islam dan kuasa Raja raja. Melalui islam akan muncul Jihad,  manakala sultan pula adalah lambang setia dan kuasa politik. Penghapusan dua sumber ini akan meranapkan seluruh Alam Melayu. DImulai dengan ' Serang dan takluk', diikuti dengan 
 ' Pisah' dan ' Perintah' dan terakhir hingga kini ialah ' didik' dan ' perubahan '. Selepas Perang Dunia Kedua, setelah  Daulah Islam tumbang, Penjajah mula menyusun 'orde' baru , dengan menjadikan kuasa Eropah dan Amerika sebagai POLIS DUNIA  , bagi mengisi ruang yang dikosongkan oleh daulah Islam. Dan nasib semua raja raja  dan sultan  di seluruh  negara negara  timur hingga ke tanah besar China, ditentukan sama ada di lupuskan atau di bonekakan


 Bersambung pada Entri : Bila sultan Melayu bercandar di London..........




            



Thursday, April 26, 2012

ALLAH PEMILIK DAN PEMBERI REZEKI - BHG - 1

ALLAH ADALAH PEMBERI REZEKI
PERMASAALAHAN REZEKI.


"  Saya bukan jual diri “   Begitulah reaksi Liena Hangat, seorang penyanyi  Dangdut yang beraksi seksi . Liena menjelaskan bahawa dia hanya berlaku profesional sebagai penghibur dan memohon agar tidak dihentam dirinya yang mencari rezeki sebegitu.


“Kenapa hanya lihat keburukan saya, sedangkan itu tanggungjawab saya sebagai penghibur? Kenapa perlu menjatuhkan saya sedangkan itu sumber pencarian saya? Saya hanya mahu jadi penghibur profesional,” katanya yang dipetik dari portal hiburan popular.
[  Murai.com.my.]

PERTANDA QIAMAT

" Apabila akhir zaman telah tiba, ukuran agama dan dunia manusia adalah Dirham dan Dinar." [ At - Thabrani ]

  Mereka  merompak kerana  duit . Mereka berkeyakinan bahawa duit dapat  memenuhi segala hajat keperluaan. . Duit di 'sinonim 'kan  dengan   " rezeki ".   Didalam tujuan mencari     ' rezeki' ini lah, manusia terhambat ke hulu dan ke hilir, sehingga ada setengah manusia  sanggup melakukan apa sahaja, asalkan dapat duit. Demi duit,  ' halal'   perzinaan,  rasuah. penipuan, ragut, perjudian dan segala bentuk mungkar yang anda sendiri lebih arif hal keadaannya.    Apa itu rezeki ?",  Adakah  semua bentuk duit itu rezeki ?  


Nikmat makanan dan minuman akan di hisab oleh Allah.
APA   ITU ' REZEKI '  ?.


REZEKI  mengikut  erti bahasa ialah ' pemberian '.  Manakala dari  segi istilah   adalah 
' pemberian dari Allah swt. '.  Sumber rezeki  hanya satu, iaitu daripada Allah swt.   Apa apa yang kita perolehi, bukan  semuanya akan menjadi  rezeki untuk diri  sendiri, tetapi rezeki ialah apa-apa saja yang dapat kita manfaatkan, apakah halal atau haram, baik dan buruk, manakala  semua perkara perkara yang tidak  boleh  kita manfaatkan,  berarti bukan rezeki kita melainkan rezeki orang lain. Makan, minum, pakai, kenderaan, rumah untuk berteduh, kesihatan, kegembiraan, kelapangan, kemudaan,  ilmu,  wawasan, keterampilan, kecerdasan berfikir , kefasihan bicara, dan habuan untuk menyebut kalimah ' subhanallah '  pun, merupakan rezeki dari Allah swt.


' REZEKI  '  ADALAH  ' NIKMAT  ALLAH SWT. '
 DAN AKAN DI TANYA DAN DI TUNTUT TANGGUNG JAWAB  KELAK .

Dalam surah 102 –At-Takathur, ada sepotong ayat yang berbunyi :                                                                                          
   ثُمَّ لَتُسْئَلُنَّ  يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيْم .
.[ Selain dari itu, Sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang  segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)- ayat 8 ]

Ibnu Abbas [ Redha  Allah keatas  dirinya ] berkata :
 “ Tentang kesihatan tubuh dan anggota –anggota nya seperti pendengaran dan penglihatan serta lain lainnya akan disoal. Yakni nikmat – nikmat ini yang dianugerahkan kepada kamu, maka dimanakah kamu mempergunakannya?.

Manakala dalam surah  Bani Israel [ Al- Isra’ – 36 ]. Allah swt berfirman :
    
[ Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.- ayat 36 ]

Rasulullah -( selawat dan salam keatasnya ) bersabda : " Tentang nikmat nikmat Allah swt yang akan ditanya pada hari Qiamat termasuk ketenteraman hati dan kesihatan tubuh.

Mujahid rah. berkata : " Tiap kenikmatan dunia dan kemewahan hidup adalah termasuk nilmat dan semua akan di soal."

BOLEH BUANG AIR ADALAH REZEKI.
Suatu ketika Khalifah Umar ra. berlalu dihadapan seorang yang buta, bisu, tuli, dan sopak. Beliau bertanya kepada sahabat sahabat yang bersama dengan beliau, " Adakah kamu semua  melihat  kenikmatan kenikmatan apa pun pada orang ini ?. Mereka menjawab : " Kami  tidak nampak apa apa  pun  pada orang ini. Beliau berkata " Apakah  dia tidak buang air kecil dengan nyaman ?.

Di suatu ketika yang lain.[  Di waktu kesukaran makanan ] Rasullullah  ( selawat dan salam keatasnya ) bersama  Abu Bakar ra. dan Saidina Umar ra  telah keluar dari rumah masing lalu  berkunjung ke rumah Abu Ayyub al- Anshari ra. { Ringkas cerita ], Mereka telah di jamu oleh Abu Ayub dengan tiga jenis buah kurma, segugus buah kurma yang kering, yang sudah masak dan yang masih muda, serta dihidangkan  dengan masakan  anak kambing   yang di gulai dan sebahagian  lagi  dipanggang.
Setelah masakan siap dan di letakkan dihadapan Rasullullah ( selawat dan salam keatasnya )
Baginda  saw mengambil daging kambing  itu  dan diletakkan di atas roti lalu berkata " wahai Abu Ayyub, hantarkan makanan ini kepada Fatimah r.h.a, kerana ia tidak makan yang seperti ini sejak beberapa hari "


Setelah selesai makan dan telah terasa kenyang, Rasullullah ( selawat dan salam keatasnya ) bersabda : " Roti, daging, kurma kering, kurma basah dan kurma muda," sambil bersabda demikian, berlenang  air mata baginda, lalu bersabda " Demi  Dia  yang memegang nyawaku, sesungguhnya  ini adalah nikmat yang kamu semua akan di soal pada hari Qiamat nanti."
Kemudian Baginda bertakbir kepada para sahabatnya, Beginda bersabda :" Jika kamu sekalian mendapat makanan seperti ini, hendak lah membaca  :
                               " Bismillah - Dengan nama Allah swt ." di permulaan dan apabila  kamu  telah kenyang ucapkan lah :  
                                                                                                                                                  
              اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْذِيْ هُوَ اَشْبَعَنَا وَ اَنْعَمَ عَلَيْتَا فَاَ فْضَلَ.
                                          
  { " Segala puji bagi Allah, yang telah mengenyangkan kami, mengurniakan nikmat Nya kepada kami dan memuliakan kami " }
Sesungguhnya kalimat itu sebanding dengan ini semua.  " [ Diriwayatkan oleh At -Thabrani dan Ibnu Hibban dalam kitab Shahihnya.]


JAUHILAH REZEKI HARAM

Perintah agar menjauhi yang haram, ada tercatit dalam 
surah Al- Mukmunun : 51.
  
" Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda Yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; Sesungguhnya Aku Maha mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan.[ al- mukminun : 51 ] "

dan dalam surah al- Baqarah : 172.

 " Wahai orang-orang yang beriman!  makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya. "

BOLEHKAH  MENCARI  UANG / DUIT  MELALUI CARA  YANG HARAM ?

Melancur sebagai perkerjaan, diperbolehkan ke?
Melancurkan diri atau berzina, atau memberikan kesempatan orang lain berzina, atau membiarkan perzinaan adalah termasuk salah satu dosa dosa besar.


Allah berfirman : " Dan jangan kamu menghampiri zina, kerana sesungguhnya itu adalah perbuatan yang keji dan seburuk buruk perjalanan."


Hadith diriwayatkan dari Alhaitsan bin Malik, Nabi saw. bersabda :
"Tidak ada suatu dosa sesudah SYIRIK ( menyekutuhi Tuhan ), yang lebih besar disisi Allah daripada  air mani yang dihantarkan oleh seorang lelaki pada rahim yang tidak halal baginya, [ Hr. Ibnu Abiddunya ]
Lelaki  [ suami ] yang memperkenankan isterinya berzina atau isteri yang berzina untuk keperluan suami dan anak anaknya, tidak dapat menghalalkan zina, bahkan berlipat ganda dosa kerananya.
Terdapat didalam kitab ' Irsyadul Ibad Ila Sabililrosyad, halaman 105 sebagai berikut:
" Dan diriwayatkan pula bahawa orang yang berzina dengan seorang perempuan yang sudah bersuami adalah menimpa dia dan menimpa perempuan itu,separuh dari azabnya ummat ini didalam kubur. Maka apabila tiba hari Qiamat, Allah swt akan menghukumi  suaminya mendapat segala kebaikan lelaki itu yang berzina dengan isterinya . HAL ini apabila perzinaan itu berlaku tanpa pengetahuan suaminya. Tetapi jika perzinaan itu berlaku dalam pengetahuan suaminya dan berdiamkan diri sahaja, nescaya Allah swt haramkan atasnya ( suami ) akan syurga, kerana bahawasanya Allah sudah tuliskan di pintu syurga "  Sesungguhnya engkau ( Jannah ) itu haram keatas orang Dayyuts "-  yakitu orang yang tahu penyelewengan pada ahlinya, sedang dia diam saja dan tidak cemburu ". 
 Begitu lah dengan cara perolehi uang/duit secara haram yang lain, seperti mencuri, pinjam dengan niat menipu, rasuah, menjual arak di pub pub hiburan, jadi penari dangdut, penari tiang secara bogel atau separuh bogel, menjadi pelayan lelaki ( GRO) dan seumpamanya. 
Hanya yang menjadi persoalan yang tinggal, perkerjaan Umum yang samar samar hukumnya, seperti wanita yang berkerja dikantor kantor dengan pergaulan lelaki yang bukan mahram atau wanita berpergian ke tempat kerja dengan memgenakan pakaian yang tidak menutupi aurat.
BERNIAGA DI BUKIT TINGGI.
Bagaimana persoalannya?


 MASAALAH AURAT BAGI WANITA YANG BERKERJA?


Hukum wanita membuka auratnya dimuka lelaki ajnabi atau dihadapan orang yang haram melihatnya, sudah maklum adalah haram.


bersambung di entri part 2,  insyallah.



Friday, April 6, 2012

DETIK DETIK KHILAFAH ISLAMIYAH TERSEMBAM KEBUMI....

                   
MASJID AL FATIH -. JATUH KONSTANTINOPLE SEPERTI DIJANJIKAN.
 
ALLAH SWT TELAH BERFIRMAN :

 Setelah datang ahli-ahli sihir itu, Nabi Musa berkata kepada mereka:
 " Campakkanlah kamu dahulu apa yang kamu hendak campakkan (diri benda-benda yang kamu jadikan sihir itu)!"
. Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:
 " Apa yang kamu datangkan itu, itulah SIHIR;  Sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); Sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.
 "Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, Walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa".        { Yunus : 80-82 }
  Abdullah bin Umar ra mengkhabarkan :
                  Nabi Muhammad ( Semoga rahmat dan salam Allahswt dicurahi keatasnya ) berdiri
dan bersabda kepada umatnya, setelah memuji Allah yang Maha Agung dan Maha Terpuji, beliau bersabda mengenai Dajjal :
" Aku memperingatkan kamu sekalian dari dia, tak seorang Nabi pun yang tidak memperingatkan umatnya dari dia. Bahkan Nabi Nuh as telah  memperingatkan 
umatnya dari dia. Tapi aku akan khabarkan sesuatu yang belum pernah disampaikan  oleh Nabi mana pun sebelum aku. Hendaklah kamu sekalian mengenal bahawa Dajjal itu bermata satu manakala Allah swt tidak bermata satu " 
         ( Diriwayatkan oleh Muslim )


ANNUIT COEPTIS
                                                                               
                         "RAMAI ORANG SEDANG MENANTI KEDATANGAN IMAM MAHDI 
                         DAN NABI  ISA  ALAIHISALAM.  KEDATANGAN  MEREKA ADALAH
                         PASTI.  HANYA  WAKTU MUNCULNYA ADALAH RAHSIA. 
                         KITA UMAT JANGAN LAH BERPELUK TUBUH DAN MENANTI SAHAJA.
                         KERANA BILA MASA KEDATANGAN  NYA, IA  MENUNTUT DARI 
                         KITA  KESEMPURNAAN  DAN  KEMURNIAN  IMAM. HANYA MEREKA 
                         YANG SHOLEH SAJA  AKAN  SETIA  BERTAHAN  KE SAAT  TERAKHIR.
                         ASAKAN TENTERA DAJJAL AKAN MEMGONCANGKAN MINDA
                         DAN KALBU., JIWA MENJADI  BERKECAMUK. BUMI AKAN TERASA
                         SEMPIT.
                         JADI, JANGAN DUDUK BERANGAN DAN BERMIMPI  DI SIANG HARI.
                         KEDATANGAN TIDAK DITUNTUT PERMAIDANI MERAH,
                         TAPI IA MENAGIH DARAH MERAH..........
                         USAHALAH UNTUK MENDAPAT KEKUATAN IMAN MELALUI USAHA
                         DAKWAH ILLA HAQ. " 
SULTAM ABDUL HAMED MOSQUE
                         
 Allah swt adalah perancang yang mutlak. Orang  soleh dari umat ini sedang berusaha dengan segenap tenaga. Tiada waktu suka dan rehat. Mereka berkerja keras, siang dan malam.Waktu rehat mereka telah lama  terpadam dalam  catitan diari mereka.  Hati mereka remuk melihat keadaan umat islam, semakin hari semakin parah.KEIMAMAN Umat dalam  nazak , tapi umat tidak sedar akan bahaya penyakit yang di hidapi. Ribuaan tangisan dari aimata para sholehin telah tercurah untuk mereka, tapi umat masih lena dibuai keseronakan dunia palsu ini.
Umat menjadi manusia jahil dan degil.


                                                           اللَّهَُمَّ ارْحَمْ أُمَّةَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
                                اللّهُمَّ انْصُرَْ  أُمَّةَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
                              اللّهُمَّ  اصْلِحْ  أُمَّةَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
                      اللّهُمَّ  اَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِ أُمَّةَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
                              اللّهُمَّ  ابْعَثْ فِيْهِمْ سُلْطَانًا نَصِيْرًا.  
                       يَا قَوِىُّ , يَا مَتِيْنُ , اَكْفِنَا شَرَّ الظَّالِمِيْنَ

AHLI FREEMASONARY YANG  MENGHERIT  DAULAH KEDALAM PERANG DUNIA PERTAMA.

ENVER PASHA.
                 

  Nasib malang  yang menimpa umat Islam seluruh dunia, bermula apabila  
  pandangan terhadap  dunia  Islam  telah  berjaya diputarbelitkan oleh kuasa
  penjajahan kristian Eropah.Pelbagai  cara telah diusahakan. Fitnah media, 
  ideologi baru terhadap pelajar pelajar muda  muslim  serta menanam  bibit bibit perpecahan 
  dilaksanakan untuk ' pecah' dan ' takluk'. Akhirnya tumbanglah Daulah Islamiah 
  Uthmaniyah. Setelah tumbangnya kekhalifahan Islam, maka berebut rebut lah 
  puak puak penjajah  Eropah yang rakus,   meratah tanah peninggalan daulah Islamiyah,
   sehingga ke hari ini.

  KHALIFAH TERAKHIR

  Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamid ii dan daulahnya telah di fitnah oleh koncu- koncu
  Dajjal - ( Eropah dan Arab yang bersekongkol ) Sultan Abdul Hamid II adalah seorang
  yang wara'. 
  Berguru dibawah bimbingan Mursid  Al- Sheikh Mahmud Afandi Abu Syaamaat Ulama' 
SULTAN ABDUL HAMID II.
 dari Tariqat   Aliyyah Syadzulliyyah. Pada masa daulahnya, Umat berpegang kepada  mazhab. Tidak hairanlah jika  waktu itu, khalifah menghadapi  tentangan dari puak kaum
Sheikh Abdul Wahab dari Najd.  Manakala tentangan dalaman  adalah  dari Persatuan Rahsia Yahudi 
 yang dinamainya " Young Turk ".

Khalifah Islamiyah Uthmaniyah terbentuk selepas tamatnya Daulah Abbasiyah di Baghdad.
Serangan bangsa Tartar dan Mongol telah meranapkan daulah islamiyah, Musuh musuh Islam menanti saat  yang sesuai untuk melakukan serangan dan menjajah negara umat islam. Rahmat Allah swt datang menyelamatkan umat Islam.   Allah swt bangkitkan  kerajaan Turki Uthmaniyah.
Bersama dengan kekuatan Sultan  Kerajaan Saljuk Rumi,
 Datuk nenek nya dari Qabilah Turki, berjaya mengusir kaum Tartar dan Mongol. 


Asal usul ' Turki
  
Nama 'Turki' berasal daripada nama satu qabilah dalam Negara Turki yang dikenali sebagai 'Qabilah Turki "  Pada zaman itu, Turkistan lebih dikenali sebagai  Mahan.
Mulai naiki tahta selepas kemangkatan Sultan Alaudin Kaiqubas, sultan terakhir kerajaan Saljuk Rumi. Sultan Uthman I  menduduki tahta pada tahun 687 H / 1288 Masehi.Nama ' Uthmaniayyah diambil sempena nama  Sultan Othman bin Sauji bin Artughul bin Sulaiman Syah bin Kia Alp. Dari keturanan ini lah lahir nya Sultan Muhammad Al- Fatih, Penakluk 
Kota Constantinople pada tahun 1453. Daulah Uthmaniyyah telah melirik sejarah  atas jasanya mempertahankan Islam dan menyekat kemaraan tentera Salib selama 600 tahun [  7M - 15 M ]


DETIK DETIK TERSUNGKURNYA KHALIFAH ISLAMIYYAH

            Kata kata Lord Qiruzon ketika memberi kemerdekaan pada Turki.pada tahun 12
            oktober 1923.:
" Misi kita telah berjaya di Turki, Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah pergi dan tidak mungkin datang kembali, kerana punca kekuatan sebenar sudah kita hapuskan iaitu  khalifah Islamiyyah. "


* Tahun 1853 - 1856 : Peperangan Crimea. Wakil kerajaan Rusia, Putera Mechnikov 
mengugut khalifah Islam supaya  Rusia diberi hak untuk mengurus Kristian ortodok yang berjumlah 12 juta.yang menaung dalam daulah islamiah. Khalifah diatas  permintaan  kaum kristian yang tidak mahu Rusia memerintah mereka,engkar ugutan itu.  Perang berlaku dan berakhir   dengan perjanjian Paris
PENJUMPAAN PERTAMA ' YUOUN TURK.
.
**  Tahun 1860. Yahudi Freemasonry telah menubuh " Pemuda Turki "


**  Tahun 1876- Sultan Abdul hamid II dilantik Khalifah Uthmaniyyah yang ke 34.


**  Tahun  1898 - Melalui kerajaan  Inggeris, yahudi berjaya melahirkan satu lagi Nabi Palsu, Si Mirza Ghulam Ahmad. SiGulam ini lahir di pekan miskin di Qadian, Punjab, India. Beliau mengumumkan bahawa menerima wahyu dari Allah swt.. Diantara ajarannya  adalah melarang Jihad.


***  Tahun 1898 - Yahudi Zionis mengadakan Kongres Zionis ke -2 di Basel. Diantara perkara yang dibincang adalah bagaimana hendak hancurkan Khilafah dan tubuhkan daulah Yahudi yang bertapak di bumi Pelastin.


MUHAMMAD ABDUH-REFORMIS
***  Tahun  1899 -  Muhammad Abduh dilantik sebagai Mufti Mesir melalui pengaruh Lord Cromer, Konsul General British di Mesir. Muhammad Abduh menggunakan jawatannya untuk memperkenalkan reformasi liberal dalam undang undang, pentadbiran dan pendidikan Islam.


***  Tahun 1899 - Kongres Zionis ketiga di Basel. Mendesak kuat diwujudkan negara israel di Pelastin.


**   Tahun 1900 - Qasim Amin,penulis Mesir yang terpesona dengan pemikiran barat, telah menulis sebuah buku bertajuk " Al- Mar'ah al- Jadidah " ( Wanita Moden )  dan sebuah lagi buku " Tahrir al- Mar'ah " ( Pembebasan Wanita ) : Dua buku ini menyeru agar wanita Islam menukar cara hidup kepada cara hidup barat.


***   Tahun 1901 - Pemilik Bank Yahudi, Mizray Qrasow dan Tiodore Hertzel ( ketua Pertubuhan Zionis Antarabangsa ) membuat tawaran sebagai ganti membenarkan penubuhan sebuah syarikat Yahudi di Pelastin yang bertanggungjawab membeli tanah tanah terbiar di sekitar Palestin. Tawarannya ialah : 
                1. Melunaskan hutang piutang kerajaan Turki Uthmaniyah.
                2. Membangunkan kerajaan Turki Uthmaniyyah dengan aktiviti perdagangan 
                    dan perindustrian. Sumber kewangan dari Bank bank Yahudi.
                3. Mengekploitasikan 100% akhbar untuk pertahankan sultan
                4. Hadiah wang bernilai 100 juta nilai emas pada sultan.
Sultan Abdul Hamid II dengan tegas menjawab :
" Pelastin bukan milikku, bukan bangsa Turki tetapi milik bangsa Arab. Baitul Maqdis pula bukan milik bangsa Arab tetapi milik umat Islam seluruhnya. Aku tidak akan sesekali menyerah bumi Pelastin walaupun sejengkal setelah bangsaku berjihad bermatian mempertahankan dan menyuburkan tanahnya dengan darah darah mereka. Simpanlah wang kamu yang berjuta ringgit itu kerana sekiranya suatu hari nanti Khilafah Islamiyyah ini tumbang, kamu boleh mengambilnya tanpa sebarang wang tukaran. Adapun , sekiranya aku masih hidup, aku lebih rela diriku dicincang daripada melihat bumi Pelastin dikeluarkan dari Daulah Islamiyyah dan perkara ini selama lamanya tidak akan berlaku. Adakah kami akan membenarkan diri kami ini semua dipisah pisahkan sedangkan kami masih hidup? "
***  Tahun 1902  : Yahudi mengadakan Pakatan sulit untuk menguling khalifah. Mereka yang terlibat ialah Madhat Basya," Bapa kebebasan Turki "
        Angkatan Turki Muda mengadakan kongres Turki muda di Paris.  Mereka adalah kumpulan yang pro -barat dan menuntut  agar diamalkan  Liberalism dan Demokrasi berpalimen.

***  Tahun 1908 - Pertubuhan Ittihad wat Taraqqi yang ketuai oleh Tol'at Basya, mencetuskan pemberontakkan tentera pada  bulan Julai. Gerakkan ini berniat untuk membunuh Syamsi Basya, Ketua Tentera kerajaan Turki uthmaniyyah.   Mereka menuntut perundangan Islam ditukar dan diberi kebebasan kepada rakyat.

*** Tentera dari Salunik menawan Istanbul setelah membunuh Marir dan mengulingkan Sultan Abdul Hamid II.
       Persatuan Ittihad wat Taraqqi menghantar  4 orang wakil iaitu  Imanuel Qarh Sou, Aram, 
As'ad Tubtoni dan 'Arif Nikmat untuk mengguling khalifah dan membuangnya ke Salunik. Pemberontak menukarkan pertubuhan mereka yang bersifat rahsia kepada Parti Politik pada bulan April 1909.

USAHA TERAKHIR AGAR DAULAH ISLAMIYYAH BENAR BENAR TERKUBUR.

MUSTAFA KAMAL.
+ Musuh tersangat sedar bahawa Daulah Islamiyyah adalah kekuatan Islam. Untuk menumbangkan nya ada lah payah jika dilakukan dari luar. Daulah boleh timbang dari tangan tangan rakyat mereka sendiri.Perkara ini telah di putuskan di Persidangan di Paris, yang dihadiri oleh President America : Wilson Pendana Menteri British : Louid Goerge dan Perdana Menteri Perancis : Clement Sou. Setelah persidangan ini, Agen Yahudi telah pergi ke kedutaan Britain unuk mencari calon yang layak untuk menjalankan tugasan itu. Akhirnya mereka telah memilih  Mustafa Kamal ' untuk melunaskan kesumat busuk mereka.

**  Tahun  1910 : Istana Ciragan terbakar/ dibakar.
**   Tahun  1910 -  Itali menyerang   Tripoli, Libya. Khalifah kalah. Mustafa Kamal berpangkat Kepten Staf.
BALKAN WAR- BOSNIAN MUSLIM AT HILLSIDE


**  Tahun 1912 : Peperangan Balkan. Ribuan orang  Islam berlindung di Istanbul dan Anatolia.
**   Tahun 1913 - Ketua Syarikat Minyak Britain - Iran ( Apoc ) menawarkan kepada Sir Frederick Black  jualan  minyak Khilafah  sebanyak 6 juta tan minyak dari kawasan Iran dan Mesopotamia ( Iraq ) Matlamat untuk menguasai minyak telah tercapai.

Perang Dunia Pertama :.
**  Tahun 1914 [ November 2 ]- Rusia mengistiharkan perang ke atas khilafah Islamiyyah Turki. 
**  Tahun  1914 [ November 5 ] - Perancis dan British  mengistiharkan perang keatas khilafah.
**  Tahun 1915 Gabungan Tentera Salib [ Britain, Perancis, Australia  dan New Zealand ] menyerang Daulah Islamiyyah Turki. 
SYKES - PICOT . BEREBUT REBUT SIPELAHAP

**  Tahun 1916 - Perjanjian SYKES - PICOT- Pakatan Rahsia  antara Britain, Perancis dan Rusia untuk memecahbelahkan wilayah Khilafah Islamiyyah. Termasuk pengkhianat yang menjadi tali barut iaitu Husain Ibn Ali, Syarif Mekkah.
LORD ALLENBY TAKLUK BANDAR AL- QUD, PELASTINE

** Tahun 1917-  Allenby memasuki Al- Qud. setelah askar Britain mengalahkan tentera Islam. Askar Yahudi membantu Britain menakluk Al-Qud. Ketika Lord Allenby memasuki al-Qud dia berkata " Hari ini Perang Salib telah selesai. General Perancis yang bernama Goro, telah pergi ke makam Solehuddin al- Ayubi yang berada di Damascus dan berkata sambil memijak mijak makam tersebut : " Bangun wahai Solehuddin ! Sekarang kami telah datang ."
MEJA KERAMAT- MEJA  BALFOUR DECLARATION

**  Tahun 1917. Detik Hitam dalam sejarah  Islam :  The Balfour Declaration :  Keizinan Yahudi menegakkan negara di Pelastin.


**   Tahun 3hb Mac 1924.  Mustafa Kamal Attatuk secara rasminya menghapuskan Khilafah Islamiyyah dan mewartakan pengasingan agama daripada pemerintahan negara.
BOSPHORUS BRIDGE CONNECTING ISTANBUL WITH EUROPE AND ASIA.


+*+ Bahan Rujukan :


       1. GERAKAN  FREEMASONRY -Musuh dalam menghancurkan Islam : 
           Oleh : Hj.Nik Azran Muhamed dan Hj. Mohd Mahadi Hj. Isa.


       2. DAULAH UTHMANIYYAH DAN ALAM MELAYU.
            Di sunting oleh : Farid Mat zain


       3.  ALBUM KHILAFAH -2
            Oleh : Dr. MMuhammad Sulaiman ' Abdullah. (  Tidak dibukukan )
  
       4.  History of the Ottaman Empire and modern Turkey Vol 1.


       5.  Encyclopeadia Britannica on-line

Thursday, March 29, 2012

' IMAN DAN DAKWAH " - SALING BERTAUT ERAT

      IMAN UMPAMA DENYUTAN NADI  YANG MENGALIRKAN DARAH DAN  MENYEGARKAN  ROH  KEHIDUPAN DAN KEBAHAGIAN SELURUH JIWARAGA INSAN.                                    
GOD CREATION
Dalam ajaran yang dibawa oleh para para  rasul  Allah ( utusan Tuhan ), terkandung didalamnya  dua perkara utama yang merupakan intipati ugama.  Pertama akidah [ pegangan hati ] dan kedua Amal [ perbuatan anggota badan ].  Akidah umpamakan  biji benih dan amal adalah buahnya.Tanpa keimanan, amal tidak akan diterima oleh Tuhan. Ini syarat yang paling utama.  Allah - tuhan yang Esa, Pencipta alam semesta ini berfirman :
" Dan orang orang kafir, amal- amalan mereka seperti fatamorgana ( mirage in the desert ) di tanah yang datar, ia disangka air oleh orang orang yang dahaga, tetapi bila mendatangi air itu dia tidak mendapatkan apa pun. " [ An-Nur : 39 ].
  Lagi firman tuhan :
" Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang; mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun dari apa yang mereka telah usahakan itu ( di dunia ). Sia-sianya amalan itu adalah kesan kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran. [ Ibrahim :18 ]
Maknanya, manusia tiada pilihan jika ingin kembali kepada tuhan dalam keadaan selamat dan berbahagia.  Mesti beriman.  Terima kalimat Iman : laa ilaha illa allah. { Tiada yang berhak untuk di sembah dan sujud melain hanya Allah swt. }
         IMAN bererti  apabila hati membenarkan Nabi Muhammad s.a.w pada apa jua yang didatangkannya mengenai apa yang di ketahuinya tentang agama secara dharurah .Dalam tauhid ' tasdiq- membenarkan ' itu ialah  hati hendaklah ' mengikut dan menerima'  apa yang dibawa oleh Nabi shallahu alai wasalam.
          Al-Imam  Syafi'i mengatakan bahawa  imam adalah perkataan dan perbuatan, boleh bertambah dan berkurang.  Abu Nua'im menambahkan bahawa iman akan bertambah dengan ketaatan dan berkurangan dengan kemaksiatan. Kemudian beliau membaca ayat AlQuran :
IBADAH  adalah zahir iman.
 " Dan supaya orang yang beriman bertambah imannya."   Dimaksud dengan ' perkataan' adalah dua kalimah syahadah dan maksud 'perbuatan' adalah  mencakup perbuatan hati ( keyakinan)  dan perbuatan anggota badan ( ibadah ) 
IMAN terhasil melalui percakapan dan perbuatan dakwah.  Apabila kita banyak beri masa untuk dakwah  Iman,  maka peluang terbesar terbuka  untuk meraih keyakinan. Yakin dan taqwa akan pasti terhasil.  Kenyataan ini bolih kita perhatikan tentang kisah  pemuda al ashabul kahfi dalam surah al-kahfi . Allah swt berfirman : 
" 13. Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.14. dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan Kami ialah Tuhan Yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; Kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan Yang lain dari padanya; jika Kami menyembah Yang lainnya bermakna Kami memperkatakan dan mengakui sesuatu Yang jauh dari kebenaran "  surah al-kahfi 13-14.
RAUDAH  NABAWI.
Sahabat sangat mengambil berat diatas amalan dakwah iman ini. Sahabat Muadz berkata :
 " Duduklah bersama kami, mari kita memperbaharui iman kita dengan berzikir sejenak. "
   Firman Allah swt : " Kerana itu takutlah kepada mereka, maka perkataan itu menambahkan keimanan mereka ."
Di zaman Nabi Muhammad saw, masjid Nabawi penuh di isi dengan majlis IMAN.
  
      Apakah perkara yang dituntut dalam permasaalahan IMAN ?  
Pertama : Mengetahui dengan sepenuh kesedaran bahawa Allah adalah sang Pencipta, Pemberi nikmat, Pengurus segala urusan tadbir alam semesta ini. Tuhan yang bersifat kesempurnaan, maka wajid  disembah dengan sebenarnya  tanpa ada sebarang bentuk syirik..
Allah berfirman :     " Apakah ada keraguan terhadap Allah, Pencipta langit dan bumi."       
                                  [ Ibrahim :10 ]


Allah ,tuhan pemilik ilmu, hikmah, kemampuan dan kehendak yang sepenuhnya.


 Kedua :    Tauhid kepada Allah swt. { mengesakan Allah swt. } Menauhidkan Allah dalam penyembahan dan dalam harapan dan permintaan. Tiada berserta dan pengongsian. Hanya Allah sahaja. Tiada menduakan , tidak berserta roh  Wali wali di kuburannya dan tiada siapa pun.            Allah berfirman : 
 " Hanya dikau kami menyembah dan hanya dikau kami memohon pertolongan. "   [ Al- Fatihah :5 ]
Ketiga :  Menyucikan Allah swt dari segala sifat kekurangan kerana Allah lah Pemilik kesempurnaan yang Maha tinggi.Allah berfirman :
" Dialah Allah, tiada ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. [ Toha : 8 ]
                     SIAPA DIA -  ALLAH 
    ALLAH adalah salah satu nama  tuhan yang Esa. Tuhan sendiri memberitahu dirinya siapa . Tuhan berfirman :
   "Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, 
     Sembahlah akan daku,    dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.
     { surah Thoha-14 }

     .” Allah Yang menciptakan tujuh petala langit dan (ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (berlakunya Yang demikian) supaya kamu mengetahui Bahawa Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan Bahawa Sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmunya akan tiap-tiap sesuatu. [ altalaq -12 ] “

“  Allah mengetahui apa Yang di hadapan mereka (dari hal-hal dunia), dan apa Yang di belakang mereka (dari perkara akhirat); sedang mereka tidak mengetahuiNya secara meliputi. [ toha -110 ]

“ Tuhanmu tidak akan lupa “ [ maryam-64]

“ Tuhan kami tidak akan salah dan lupa “ [ toha – 52 ]

“ Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadanya sesuatu pun Yang ada di bumi dan juga Yang ada di langit.[ Ali Imran – 5 ]

“Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar. [ An-nisa’-40 ]

“(Dia lah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah ia mempunyai anak sedang ia tidak mempunyai isteri? Dia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah yang Maha mengetahui akan segala-galanya. [ an-an’am-101 ]

“Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang Tuhan bersamaNya; (Kalaulah ada banyak Tuhan) tentulah tiap-tiap Tuhan itu akan Menguasai dan menguruskan Segala Yang diciptakannya Dengan bersendirian, dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya Yang lain. Maha suci Allah dari apa Yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu.[ al-Mukminum ]

TASIK MELINJA

         Bila berlakunya kecemaran terhadap tauhid ini ?
  MULA  terjadi dalam zaman Nabi Nuh a.s.  Selepas kewafatan Nabi Nuh a.s. generasi
penerus iaitu anak cucu pengikut Nabi Nuh, mulai lalai dalam beribadah.Lama kelamaan, kejahilan dalam akidah mulai berputik dan akhirnya, hati mereka telah timbul benih kekufuran.
Zeus
Mereka mulai mengagongkan roh roh orang sholih diantara datuk nenek mereka. Mereka telah menyandar harapan dan keinginan mereka kepada roh roh suci ini.  Akhir sekali mereka  mengukir dan memahat batu batu  untuk dijadikan patung patung pada roh roh suci tersebut  dan dijadikan  kiblat sesembahan.

Dalam zaman Nabi Musa a.s. pula, si  samiri,  yang menjadi pengikut Nabi Musa, telah membuat patung anak lembu sebagai kiblat sesembahan mereka.. Ini terjadi semasa Nabi Musa a.s bermunajat  dan bertapa di Gunung Thursina.

Dalam zaman Nabi Isa a.s,  kaum kafir  telah   mencuba untuk membunuh Nabi Isa a.s., tetapi Allah selamatkan  dengan dibawanya  naik ke langit kedua. Kaumnya kemudian membunuh orang mereka sendiri  yang Allah swt dengan kudratnya, menampakkan wajah orang tersebut serupa wajah Nabi Isa as, lalu dibunuh dan disalib.  Kemudiannya orang telah menyembah kayu salib. dan menyekutukan Allah swt.


Akhirnya datanglah utusan terakhir, Muhammad shallahu alaihi wa salam  lalu di turunkan  wahyu untuk memurnikan kembali kesucian asma' Allah swt. 
 Allah swt wahyukan kepada Nabi mulia Muhammad shalallahi alaihi wa salam dengan firmannya :

1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa;
 2. "Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat
;3. "Dia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan
; 4. "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya". [ surah Al Ikhlas.]

Kesimpulannya, SYIRIK adalah virus yang sangat bahaya. Setiap orang beriman wajid berusaha untuk membasmikan kewujudan nya, demi cintakan manusia.  Setiap individu muslim mesti belajar uslub dakwah dan sibukkan memperbaiki diri dari cengkaman hawa nafsu dan kemabukkan cinta dunia. Konsep untuk bersenang lenang didunia bukan asuhan Nabi Muhammad saw. Perasaan selesa dan cukup dengan kemegahan dunia bukan gaya hidup dan matlamat muslim sejati.Orang kafir bukan untuk dibenci dan dijadikan sasaran kekecewaan serta kemarahan kita.Mereka perlu dibawa keluar dari sesawang tipu daya perancangan Al-Dajjal dan sekutunya. Manusia mesti dimerdekakan dan dilepas dari belenggu kehambaan sesama manusia, lantas dibawa  kepada penghambaan kepada Allah.  Hanya  kepada zat ALLAH jua lah selayaknya manusia menghambakan diri.