Popular Posts

Tuesday, May 1, 2012

MELAYU DAN PEMIKIRAN FEUDALISME.

  IDENTITI   MELAYU   BERKUBUR
    " AKU TINGGALKAN PADA KAMU SEKALIAN  AS SAQALAIN  (ath-Thaqalain - Dua perkara yang berat ) : 
KITABULLAH dan  'ITRAH - KU ( kerabat ku), KEDUANYA TIDAK AKAN BERPISAH  HINGGA  MENDATANGKU DI TELAGA.  MAKA LIHATLAH BAGAIMANA KAMU KALIAN TINGGALKAN AKU MENGENAI KEDUANYA. " - Hadith.  
             
                     " Sekali bah, sekali pantai berubah". 
Begitulah  berlakunya  perubahan  dalam landskap mukabentuk geografi  dan roh semangat   di  Alam Melayu  ketika  dihentak oleh  kuasa penjajahan berlaku. .Berdekad dekad lamanya, hingga membentuk menjadi abad berabad,  asakkan pengaruh dan campur tangan kuasa asing terhadap warcana Alam Melayu, tidak ada titik noktahnya..Dan setiap kali ianya berlaku, setiap kali juga  Melayu berubah wajahnya, hingga sekarang . Adakalanya perubahan itu baik lalu mendatangkan untung dan ada kalanya menyakitkan mata dan hati. 


ISTANA SULTAN NEGORI   MINANGKABAU
Begitulah yang berlaku kepada Raja raja Melayu. Tiada tahu hikmah disebalik takdir Illahi. Raja raja berhenti melawan .Malah musuh dijadikan  kawan, dari  menerima sembah  bertaulat,  terpaksa tanda tangani  perjanjian keparat. Raja raja Melayu menyerah kuasa, bersetuju bertuankan  Ratu Penjajah. Kini, berdiri lah,  anak bangsanya terpingga pingga dalam mengenal diri sendiri dan tuhannya..telah hilang semangat juang. Keliru  dalam mengatur langkah . Lalu berdirilah anak anak bangsa Melayu ibarat  batu batu nisan yang tegak bercondong.


         Feudalism adalah  sebuah  bentuk sistem  pengamalannya,  paut berpaut dalam rangkai berangkai dari Raja  membawa kepada pembesar besar istana dan ketua ketua daerah, melurut turun ke bawah sehingga ke orang ' kebanyakkan'. .Dimana sang raja  memberi kurniaan berupa tanah, pangkat dan kuasa,  kepada para para pembesar dan seterusnya sang pembesar memberi 'ikhsan' kepada  orang kebanyakkan dan sebagai imbalan penghargaan itu, si rakyak mesti lah sentiasa memberi ' khidmat' yang tidak berbelah bagi kepada orang atasan nya dan  mesti sedia berkorban untuk mereka. Ini lah amalan turun temurun, dari dulu hingga kini dan selama lamanya. Takrifan ini berpandu kepada istilah  orang di Eropah. 


           Alam Melayu  ialah  sebagai kawasan geografi yang meliputi seluruh   wilayah kependudukan manusia  berbahasa rumpun Melayu di seluruh Asia  Tenggara terutama di kawasan kepulauan yang kini menjadi unit-unit geopolitik  iaitu seluruh kepulauan  negara Indonesia, Malaysia, Filipina, selatan Thailand, kelompok-kelompok  di Kampuchea dan Vietnam serta Taiwan. Alam Melayu mempunyai kebudayaan dan bahasa induk yang di amali secara bersama. Faktor bahasa  ini adalah satu-satunya  tinggalan sejarah kuno  yang masih kekal menjadi petanda sahih dan benar akan kewujudan kawasan  petempatan pelbagai kelompok rumpun Melayu. Assimilasi budaya dari Hindu buddha  serta islam berlaku secara mesra , menerima dan hidup berkembang secara natural.Tiada pertembungan yang mewujudkan  kekerasan dan peperangan, kecuali  apabila Barat menjajah dan memaksa agama dan budaya mereka kedalam kehidupan Melaya Islam. Sebenarnya  manusia di Alam Melayu adalah manusia yang mempunyai sifat 'mesra dan terbuka', sifat yang mana senang serta sanggup menerima apa jua pengaruh yang datang daripada luar tanpa mengambil kira falsafah dan bentuknya. 

            Perkataan ' sembah patik, sembah dijunjung', ' hamba' dan ' tuan hamba' adalah kod istilah yang diguna pakai dalam sistem feudal ini. Menyalahi etika ini, di anggap derhaka dan boleh dihukum mati. Ironiknya, 'junjung ' dan ' sembah' ini telah beralih 'tuan' apabila  raja raja  Melayu terpaksa tunduk kepada ' tuan baru ' dari England. Maka '' orang  Melayu kebanyakan ''  mulailah mempunyai tuan yang bermata biru yang dipanggil ' Sir ' dan sedihnya mereka bangga hinggalah sekarang.  


            Di Alam Melayu, takrif  Feudalisme ,  dipandang dari sudut yang lain. Feudalisme  termasuk didalamnya,  prinsip yang mengakurkan kuasa pemimpin begitu menebal sekali dalam ethos bangsa  Melayu. Secara mitosnya,antara Raja raja Melayu dengan rakyat berbangsa Melayu , sudah ada perjanjian taat setia dan sumpah binasa. Perjanjian dan sumpah  ini telah di lakukan oleh  Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat jelata dengan  Sri Tri Buana  (sang Sapurba ) yang mewakili Raja raja Melayu.  Oleh kerana itu, maka tertanam sifat taat kepada Sultan sultan walaupun terpaksa korban nyawa dan rakan saudara .
         Tidak sedikit korban telah terjadi angkara taat setia perjuang pejuang  Melayu kepada  Sultan sultan yang mementingkan hawa nafsu sendiri.. Contoh yang jelas ialah ketaatan Hang Tuah yang pernah di fitnah  dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh  Sultan, tapi tampil sembah dan  relakan diri  pula bertaruh nyawa terhadap  sahabat karib, yang memperjuangkan dirinya demi keadilan. Hang Jebat  menjadi korban. Hang  Tuah terpaksa akur dengan sumpah setia. Sultan tak ambil ikhibar. 
Pandak Lam -Dato' Maharaja Lela al- Syahid
         Dato' Majalela pun terkorban atas nama taat setia. Beliau adalah seorang Mufti yang mempunyai kuasa untuk  menjatuhkan hukum pancung  tanpa bertanya. Beliau di anugerahi pangkat “ Dato’ Maharaja Lela Tan Lela. Berketurunan  Daeng Selili, anak Raja Bugis, merupakan penentang  kuasa British dan Malayan Union. Dalam pakatan sulit bersama Sultan Abdullah dan orang orang kaya Perak seperti Dato Sagor dan Ngah Kadin, di Durian Sebatang,  sepakat mefatwakan  jihad terhadap British kerana  menentang 'sistem Residen' ( 1870) dan akhirnya berjaya membunuh silaknat  James Wheller  Woodfird  Birch,
Resident Inggeris pertama di Perak. Pihak British mendapati sukar untuk menangkapnya dan  akhirnya mengunakan sultan agar memujuk beliau  menyerah diri dan diadili oleh musuh.  Atas nama taat setia, akhirnya beliau, gugur syahid  ditali gantung di penjara Taiping, pada 20hb Jan, 1877.{ Ada cerita dikatakan, beliau  di gantung di Matang bersama Dato Sagor, Si Putum. ) . Manakala JWW Birch dijulang dan dikenang.
DATO' BAHAMAN,PEJUANG PAHANG.
        Begitu juga nasib pahlawan pahlawan  Pahang,  Dato' Bahaman, Tok Gajah, Panglima Mat Salleh dan Mat Kilau  yang menentang kekuasaan Resident Pahang, J.P.Rodger,,  dianggap oleh  pemerintah penjajah  bersama sama  talibarut  talibarut  Inggeris sebagai pendehaka. Mereka terpaksa hidup sebagai ' the Most Wanted ' dalam negara sendiri. Sultan diugut agar menangkap Dato Bahaman ketka di Lubuk Terua. Orang orang Sultan, melakukan  khianat dengan mungkir perjanjian sulit agar tidak menembak sesama sendiri. Akibatnya anak Dato' Bahaman Ahmad,Panglima Perang Weh  danTuk Muda Bidin terbunuh .  Penjajah Inggeris meluputkan kuasa Dato' Bahaman lalu  dijadikan beliau pendehaka pada Sultan.  Inggeris  mengangkat diri sendiri sebagai Pemungut  hasil negeri. [ Pahlawan Pulau Tawar ]
        Kuasa Eropah mula menganas ke daerah Timur, selepas tumpangnya kota  Contantinople pada tahun 1453 kepada Tentera Islam. Semangat Perang Salib ditiup kembali oleh Raja  Henry dari Portugis.  Beliau membangunkan kemahiran perkapalan dan mula mengelilingi dunia untuk bersatu dengan puak puak yang telah berjaya menakluki benua Amerika dari tangan tangan orang Moor. Pada tahun 1492 Kristian dapat tewaskan Iberia, Sepanyol ( Andalusia).  Kuasa Islam di India terdiri dari kerajaan  Kesultanan Gujerat  dan Bijapur di Utara manakala di persisiran Barat India hingga ke  Kerala, di tadbir oleh  Chola atau Zamorin. Sekitar laut hingga ke China, tidak pernah berlaku pertempuran bersenjata atau peperangan di antara kapal kapal dagangan.. Jadi kemunculan kapal kapal Portugis bersama senjata adalah benar benar perkara baru di Alam Melayu. Pelayar  pelayar  dari China hampir hilang setelah kematian laksamana Cheng Ho.  Serangan dan campur tangan pihak  Portugis yang menjadi 'LANUN" sebenar pada abad itu,  telah berjaya menumbangkan kerajaan  Islam, satu persatu bermula dari  Sepanyol  menurun ke hujung benua Afrika, membelah laut menuju  ke benua India, lintas ke Aceh dan akhirnya  tumbang kerajaan Melayu melaka pada 1511.[Daulah Uthmaniyah dan Alam Melayu ]


KUBUR RAJA HAJI DI RIAU-dah jadi tempat kurafat.
        Sebenarnya, penentangan terhadap penjajah Barat, beransur ansur mengendor dan ' melembut' setelah beberapa penentangan yang dilancarkan dapat di tumpaskan oleh pihak penjajah. Penentang terakhir secara hebat telah dilancarkan terhadap penjajah Belanda tapi dapat di patahkan, adalah dari seorang anak raja Bugis  ( 1784 ) yang wara' ia itu Raja  Haji. Beliau tumbang sebagai syuhada Islam di Teluk Ketapang [ Tanjung Palas ], Melaka apabila cuba untuk menawan kota  Melaka. Mayatnya telah dibawa kedalam kota A Famosa  dan di kuburkan di tempat kandang babi. Setelah Inggeris mengambil alih kerajaan Melaka dari Portugis,  jenazah Raja  Haji di pindahkan ke  Riau , setelah sekian lama bersemandi disitu.[ Hikayat Abdullah Munsyi ] [ Tuhfah an Nafis ]
HSIAN TUNG-RAJA TERAKHIR CHINA
        Sememangnya, Belanda, Portugis  atau  British, adalah bangsa yang sangat menebal perasaan prejudis dan dendam kesumat terhadap ugama Islam, tidak pernah merasa simpati dan kasih terhadap anak bangsa pribumi yang dijajah.Sama saja di jajahan Belanda di Indonesia atau  Inggeris di Tanah Melayu. Percaturan politik yang di jayakan semata mata untuk kepentingan  kekayaan mereka dan penghapusan  pengaruh Islam.  Semasa menakluk Melaka,( 1511)  Albuqueque , silaknat  Portugis,   tergamak merobohkan Masjid Di Raja, lalu digunakan batu bata masjid untuk membena Kota Besar A-Famosa. 
[ Munshi Abdullah ]Dan sekarang dibanggakan oleh anak bangsa Melayu Melaka. 
       Penjajah begitu sedar dan arif bahawa penghalang terbesar dalam menakluki Alam Melayu secara total adalah Ugama Islam dan kuasa Raja raja. Melalui islam akan muncul Jihad,  manakala sultan pula adalah lambang setia dan kuasa politik. Penghapusan dua sumber ini akan meranapkan seluruh Alam Melayu. DImulai dengan ' Serang dan takluk', diikuti dengan 
 ' Pisah' dan ' Perintah' dan terakhir hingga kini ialah ' didik' dan ' perubahan '. Selepas Perang Dunia Kedua, setelah  Daulah Islam tumbang, Penjajah mula menyusun 'orde' baru , dengan menjadikan kuasa Eropah dan Amerika sebagai POLIS DUNIA  , bagi mengisi ruang yang dikosongkan oleh daulah Islam. Dan nasib semua raja raja  dan sultan  di seluruh  negara negara  timur hingga ke tanah besar China, ditentukan sama ada di lupuskan atau di bonekakan


 Bersambung pada Entri : Bila sultan Melayu bercandar di London..........




            



No comments:

Post a Comment

SAY WHAT YOU THINK OF THIS ARTICLE.