Popular Posts

Monday, May 28, 2012

APABILA TUANKU- TUANKU BERCANDA DI LONDON.......


 SABDA NABI MUHAMMAD SALLAHU ALAIHI WASALAM :


      " BERTUAHLAH BAGI ORANG YANG AKALNYA BERFUNGSI SEBAGAI PEMIMPIN                           ( pemandu)  DAN NAFSUNYA PULA MENJADI TAWANAN.  DAN  BINASALAH BAGI ORANG YANG NAFSUNYA MENJADI PEMIMPIN   DAN  AKALNYA PULA SEBAGAI TAWANAN (  yang dikalahkan ).
        " Tidak akan datang hari kiamat kecuali setelah umatku ( kaum muslimin )                        mencontohi  perbuatan yang dilakukan oleh orang orang pada kurun waktu terdahulu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta dan sedepa demi sedepa.  Para sahabat bertanya : ' wahai Rasulullah, apakah seperti orang orang Parsi dan Rum ?         Rasullullah bersabda : " Siapa lagi kalau bukan mereka " . [ Hr. Muslim ].                                                            
MELAYU TERIKAT DENGAN LONDON { Gambar hiasan }
    
   Apabila J.W.W Birch dibunuh di Sungai Pasir Salak, mayatnya terapung  selama tiga hari.  Si Puntum telah berjaya merobek perut Resident  Inggeris dengan lembingnya. J.W.W.Birch sememangnya  patut di bunuh. Dia telah bersikap kurang ajar dan biadab apabila  menjadikan anak gadis melayu sebagai gundiknya, amalan yang dilanjutkan dari kelakuannya semasa berkuasa di Sri Langka ( Ceylon ). Menambah burukkan  lagi keadaan, kebanyakkan askarnya yang terdiri dari regimen" Indian Sepoy" sering menganggu  anak anak gadis kampong. Perjanjian Pangkor pula umpama mencampak garam ke mata Pembesar  Melayu, di susuli dengan peristiwa pembakaran rumah milik Sultan Ismail, yang dilakukan sebagai amaran supaya jangan kutip cukai lagi daripada  pelombong Cina. Saudagar Cina yang licik, seperti taukeh  Lee Cheng Tee, mengunakan kuasa baru British untuk  kepentingan mereka.  Di Pulau Pinang, ketua ketua kongsi gelap Cina, mengunakan pihak British untuk menekan kuasa Raja di lombong lombong timah di Larut, Perak.  Perkara ini  semakin  menjadi bara kemarahan dihati orang  istana. Akhirnya J.W.W. Birch di ' mayat 'kan didalam  sungai. Natijahnya, Si Puntum, Dato' Sagor dan Dato' Maharaja Lela ke tali gantung.
Berakhirlah fasa penentangan di Perak dan hampir di seluruh Tanah  Melayu. Kini tibalah masa sultan sultan dan anak cucunya berbaik baik dengan Inggeris dan bercanda manja  di kota London. Anak orang Melayu mula merasa sejuknya  salji.   Kalau dulu, berpagi dengan kesejukan air sumur di kali, kini  mulai berhangat badan di ketiak ' mem mem ' orang putih.  Perjuangan Dato' Sagor dan Dato' Maharaja lela berlalu seolah olahnya ia tidak pernah meninggalkan parut yang memedihkan kepada anak zamannya. Sebagai tanda berdamai, sebuah batu peringatan untuk J.W.W. Birch di dirikan. Batu ini dikenali sebagai " Jam Besar Ipoh ", manakala kubur Dato' Sagor hanya  bertanda ' Sagor ' saja.
BATU TANDA untk JWW BIRCH 
korban di tangan  DATO MAHARAJALELA.
                                                     
Sekali bah, sekali pantai berubah.


LAGAK Malay Officers. ( Apprentices, pegawai tentera dan bakal bakal pentadbir  )
Alpaca 's face
        (1870 - 1970)   APABILA pejuangan menentang penjajahan telah mulai kendur, hampir bolih dikata tidak ada lagi  semangat bencikan   ' orang putih' .  Malah mulalah  berputik perasaan  kasih, kagum dan bangga terhadap penjajah.  Mereka di anggap  sebagai  " Penyelamat' ,    'Tentera Tuhan ' dan ' Mat Salleh '.  Akibatnya,  perangai  pemuda melayu mula umpama " kaduk naik junjung ".  Anak anak muda Melayu yang menjalani pelbagai latihan ' apprentices ' yang diusahakan oleh british ini, ( Pegawai polis, tentera dan pegawai atasan dalam Government servants ) mula tunjuk belang. Ada yang berbangga berpakaian ala orang putih. Di hari hari minggu,  mereka bersadai di sekitar kuala Lumpur berlagak sebagai seorang 'gentleman'. Songkok diganti dengan topi ala helmet berjenama  ' Ellword ' atau topi polo berjenama " Prince of Wales.  Dia berbaju dan berseluar daripada kain  'English white drill'  atau  'English alpaca' dan memakai tali leher ' Made in England'.  Kasut daripada  'Abbots Barrats".  Selera makan makan pula, sudah bertukar dari kedai Mamak Maidin ke  John's hotel  atau  'cafe'.   Sudah  pandai panggil pelayan dengan panggilan 'boy'. Ramai sudah mula kenal  'Hennessey - half '  dan 'Ginger Ale' . makan pula   'Beef steak', 'cutlets',  'toast', tidak lagi nasi dan gulai ikan serta sepinggan rojak mamak.


MALAY COLLEGE
Ramai orang melayu menghadapi dilema. Nak hantar anak belajar agama di pondok ke atau ke sekolah Inggeris ? Kebanyakan guru ugama, merasa curiga terhadap situasi baru ini. Sekolah Inggeris  di samakan dengan sekolah  Kristian.  Sekolah Agama Pondok tiada dalam agenda British. British dari pengelaman di tanah jajahan di benua India, mengenal hakikat produk keluaran  pengajian Pondok ia itu penentang yang  berjiwa kental dalam menentang kehadiran mereka. Kepandaian dari Pondok tidak di ikhtiraf walaupun untuk berkerja sebagai 'pion'.( selepas merdeka, Sijil Pondok  setaraf kelulusan sijil darjah Enam, layak untuk jawatan askar prebet ).  Anak Melayu yang ingin memasuki  ke sekolah Inggeris terpaksa melalui ' Special Malay Class' yakni terpaksa belajar di sekolah melayu dulu. Anak bangsa lain, bolih terus ke darjah satu Inggeris. Ini menyebabkan anak melayu tertinggal kebelakang dari kaum lain. Di sekolah Inggeris, tiada  pelajaran bahasa Melayu. Dari sekolah Inggeris, anak melayu berpeluang ke sekolah yang istimewa dan ada '  masa hadapan',  iaitu ke ' Malay College : di Kuala kangsar dan beberapa lagi sekolah jenis serupa itu..


Sekolah berasrama penuh ini di dirikan oleh Pihak Inggeris  semata mata untuk  anak anak
Raja melayu, anak anak dato', kerabat diraja dan sedikit sekali untuk  anak orang kebanyakan di Negeri Sembilan dan Pahang. Bagi negeri Perak, calon hendaklah daripada keturunan anak Perak jati dan jangan berbau pulau Jawa atau pulau Sumatera. Malay college adalah sebuah sekolah untuk anak bangsawan ( aristocracy ) Melayu dan melalui merekalah penjajah British berharap memerintah Malaya buat selama lamanya.
Pemberian biasiswa :  mengikut kedudukan mereka dalam masyarakat.
Kelas 1:  $ 20.00 sebulan - untuk anak anak  Raja yang memerintah.
Kelas 2 : $12.00 sebulan  - untuk anak Raja yang tidak memerintah negeri, anak  datuk kecil. 
Kelas 2:    $ 7.00 sebulan   -  anak orang kebanyakan.( bilangan minoriti )
Ada pernah pihak Inggeris bercadang untuk disamaratakan pemberian biasiswa  sebanyak $25.00. sebulan, tapi malangnya cadangan ini dibantah oleh  Pembesar Melayu dengan berkata : "Buat apa diberi banyak sangat tuan, orang melayu makan sambal belacan, sikit pun cukuplah."


KELULUSAN DAN JAWATAN :
Junior Cambridge  : Jawatan kerajaan -  Inspektor Kesihatan, polis, inspektor sanitary settlement officer, kerani.
Senior Cambridge  sertai kelulusan yang lebih tinggi 
                           : Jawatan Kerajaan  yang dipanggil ' Malay Administrative Service ( M.A.S)
                             { majistret, Timbalan Penolong Pegawai daerah ( D.A.D.O.), ADO dan DO.1


SUASANA MELAYU DI  PEKAN KECIL
 DI SEKITAR LINKUNGAN KAMPUNG  : 

   Hobi orang melayu kampong ialah melepak di kedai kopi Cina. Bukan tak ada kopi dirumah, malah lebih sedap lagi.  Kopi di rumah dibuat sendiri. Menjadi rahsia kopi keluarga.  Resipi ini di warisi  ke anak cucu.  Bahan bahannya terdiri daripada kopi sekati, gula banyak itu, gambir banyak tu dan mentega banyak tu. Bagaimana sedap pun, tidak di 'komersilkan'. Simpan berkulat.  Kedai kopi yang sedap di  Pekan adalah kedai kopi Cina Hailam. Masuk saja dipintu luar, semerbak lubang  hidung disajikan dengan aroma harum kopi yang sedang di panggang ' live'. Minta pesanan  secangkir kopi disertakan dengan  dua keping roti bakar disapu roti sebelah dengan kaya tebal dan  roti yang satu lagi dengan mertega 'Planta'. Sungguh enak. 
Deretan kedai menghimpit kedua belah jalan raya. Semua dimiliki oleh orang Cina. Orang Cina makan beramai di meja bulat. Makan bubuh nasi, sayur sawi dan ikan tawchue .Setahun sekali buat opera yang kami panggil wayang 'pekji ",  untuk memuja dan sembahyang tokong. Orang  Cina kampong semacam ini lah yang memahami budaya Melayu. Bahasa pertuturan mereka pun manis dan pandai ambil hati, yang secara beransur kelak,  mereka miliki tanah tanah orang kampong.


EHWAL SULTAN DAN ANAK PINAKNYA.
      Sultan dan anak pinaknya pun mengalami perubahan. Mereka mulai ber'kerabat' dengan      kerabat Queen Elizabeth II di London. Sultan yang terawal berkampong ke London adalah Sultan Johor , Sultan Abu Bakar the Great. Kemudian diikut oleh anaknya, Sultan Ibrahim. Sultan Johor sekarang adalah berketurunan sebelah ibunya" orang putih ".
HMS MALAYA- Hadiah wang melayu.
     Perang Dunia Pertama adalah peperangan di antara kuasa baru dunia, iaitu British dan sekutunya dengan saki baki daulah Islamiah Turki. Dalam perangan ini, Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul A'zam Syah ( 1887 - 1916 ) iaitu  sepupu kepada Sultan Abdullah yang di buang negeri ke Pulau Seychelles, berserta sembilan rakan dari Negeri negeri Melayu bersekutu dan tidak bersekutu, telah berjaya mengutip  dan menyumbang wang sebanyak  22 juta pound British, untuk membantu dalam Peperangan menentang daulah Islamiah Turki.
Meriam dari HMS Malaya.
    Sumbangan tersebut telah di gunakan oleh  pihak Penjajah British untuk membeli sebuah kapal perang yang dinamakan " H.M.S. Malaya. Kapal HMS Malaya ini, telah berjasa besar dalam peperangan dunia pertama itu. Dalam tahun 1922, kapal HMS Malaya telah digunakan  sebagai kapal pengangkutan bagi membawa Sultan terakhir daulah Uthmaniah Turki, Sultan Muhammad vI  ke  sebagai orang buangan negeri. Begitu juga pada bulan ogos - September 1938, kapal ini digunakan untuk membawa tentera dan bekalan perang untuk mematikan pemberontakan Arab di Haifa.


JASA DI KENANG.


Queen dan kerajaan British termakan budi. Sebagai balasan budi baik ini, apabila Sultan Perak, berhasrat untuk membina sebuah masjid, pihak British  terus meluluskan budget yang besar  sebagai hadiah kepada  rakyak Perak.Masjid yang sekarang di panggil Masjid Ubudiah, di Bukit Chandan, Kuala kangsar.


MALAYA CUP 
PIALA MALAYA


HMS MALAYA  kembali berkunjung ke Tanah Melayu pada 11 Nov 1919, sebagai kunjungan hormat. Sebagai tanda ingatan dan membalas budi baik raja raja Melayu, anak anak kapal HMS MALAYA, telah menghadiahkan sebuah Piala Pusingan untuk pertandingan bola sepak yang dinamakan Piala HMS Malaya. Piala ini pada mulanya dalam tahun 1921, dikenali sebagai Malaya Cup. Diatas kunjungan kapal HMS MALAYA pada 1933, di ubah nama Piala HMS Malaya dan pada tahun 1967, ditukar dengan piala baru  serta dinamakan kini sebagai Piala Malaysia.




VICTORIA iNSTITUTION,KL 
Loceng kapal HMS MALAYA telah di hadiahkan kepada Sekolah Victoria Institution, Kuala Lumpur.Ucapan terima kasih telah diberikan kepada  Mr.Ivor Thomas dan Sir Geoffrey diatas jasa baik mereka berdua didalam menyerahkan loceng itu untuk dijaga oleh Victoria Institition.
Loceng itu kini telah di simpan didalam muzuim Tentera Laut Di Raja Malaysia pada tahun 2006


Ini lah satu dikotomi yang sangat menyayatkan hati dalam perjalanan sejarah orang Melayu di akhir abad ke-19.Para pembesar atau pemimpin tempatan tidak langsung peka terhadap nasib yang menimpa  anak bangsa mereka. Akhirnya perkara ini telah menjadi satu keresahan yang mendalam dalam jiwa pemuda pemuda yang berfikiran dan berpelajaran. Maka muncullah anak watan yang anti-pemerintah.








1. : Lagak ala orang Putih & kolej Melayu . { ms 94 & 109} MEMOIR MUSTAPHA HUSSAIN.





























































































































































































































































1 comment:

  1. Assalamualaikum moderator jomwalkabout.blogspot.com, Che Nettz.

    Saya begitu tertarik dengan artikel yang dipaparkan di atas. Setelah membaca yang merasakan ingin menyalinnya semula ke dalam blog saya, tabutjawi.blogspot.com.

    Semoga Allah SWT memberikan hidayah dan kelapangan supaya saudara dapat meneruskan penulisan di dalam dunia siber ini.

    Terima kasih dan wassalam.

    ReplyDelete

SAY WHAT YOU THINK OF THIS ARTICLE.