Peringatan untuk penguasa :
اِتَّقِ اللهَ اَبَا الْوَليْدِ . لاَ تَأْتِىَ الْقِيَامَةِ بِبَعِيْرٍ "
تَحمِلُهُ لَهُ رُغَاءٌ اَوْ بَقَرَةٌ لَهَا خُوَارُ اَوْ شَاةٍ لَهَا ثُؤَاجٌ
Erti: "Takutlah kamu kepada Allah swt, Wahai Abu Walid, supaya kamu tidak datang pada hari Qiamat nanti dengan membawa unta yang merintih atau lembu betina yang melenguh dan kambing yang mengembik " Diriwayatkan oleh : At Thabrani dalam " Al_Kabiir" oleh Ibnu Asakir } dalam At-Tarikh . Kata Al_ Hatsami : " orang orang yang meriwayatkannya adalah 'shahih ". }PENGISYTIHARAN PERANG OLEH BRITISH,telah memaksa kerajaan daulah Islamiah Turki, mengistiharkan Jihad terhadap British pada 11 Nov.1914 dengan Jihad-i-Akbar Fard-i-Aynon,
HIASAN |
Perkembangan di Tanah Melayu di awasi dengan ketat oleh pihak Britain. Semua akhbar tempatan dilarang dan diharamkan dari menyiarkan berita perang di sana. Salah satu akhbar yang pro Turki ialah akhbar ' neraca' yang akhirnya di sitakan. Manakala raja raja Melayu dan pegawai pegawainya di paksa berikrar agar berpihak kepada british dan setia kepada mahkota British. Raja raja juga di paksa agar mengadakan doa selamat di masjid masjid untuk kejayaan pihak British. Pihak British mengeluarkan undang undang melarang orang Melayu menyokong Daulah Turki. Hukuman berat akan di jatuhkan kepada yang melanggar perintah.
USAHA JIHAD YANG DAPAT DIPATAHKAN OLEH PIHAK PENJAJAH.
Terjadi juga menentang awal seperti yang di lakukan oleh Al-Syahid Nur Alam Shah1 dalam pemberontakan tentera 5th Light Infantry atau dikenali juga sebagai " Pemberontakan Sepoy " yang terjadi di Singapura.(1915 Sepoy Mutiny / Mutiny 5th Native Light Infantry -850 soldiers )
Hukuman Tembak. Muslim India. |
Kemudian terjadi Jihad di Pasir Puteh, kelantan yang di lakukan oleh Al-Syahid Haji Mat Hassan bin Panglima Munas atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut. Beliau adalah anak murid kepada Tuan Guru Zainal Ahmad Fatani dan rakan seperjuangan dengan Mat Kilau dan Dato' Bahaman. Keadaan ini menakutkan Sultan dan pihak British. British menghatar kapal Perang H.M.S. Calmus (H.M.S. Cadmus ?) lalu mengepung Pasir puteh. Semua harta dan ahli keluarga Tok janggut di rampas. Tok Janggut akhirnya gugur syahid di Kampong Dalam Pupoh, jenazahnya dibawa usung seluruh bandar Kota Bahru dan di gantung kaki keatas dan kepala kebawah sebagai amaran terhadap " penderhaka ". [ Daulah Uthmaniyah dan Alam Melayu m.s. : 94-95
Ulama' ulama' Melayu yang berpendidikan di Mekah , melibatkan diri dalam bidang penulisan dan penerbitan pula seperti Muhammad Arshad al-Banjari, Sheikh Daud al-Fatani, Abdul Malik bin Abdullah dan Sheikh Nawawi al bantani. Bimbang dengan kebangkitan jihad, pihak British mengawasi kegiatan guru guru ugama. Kitab kitab yang berunsur jihad diharamkan. Madrasah madrasah ugama islam dicurigai.( Ini mudah untuk difahami. ketika berlaku kebangkitan rakyat menentang Dr.Mahathir mohammad . Langkah yang dilakukan oleh PM Malaysia itu ialah menarik balik bantuan 'perkapita' terhadap sekolah Agama.) Apabila guru guru agama di madrasah Maahad Assharif di Gunung Semanggol, Perak menubuh Hisbul Muslimin pada 1948 untuk menuntut kemerdekaan, pihak British mengharamkannya.
Setelah tumpasnya daulah Islam Turki dan hilang kekhalifahan, maka British segera berebut serta memiliki tanah tanah negara islam yang sudah lemah tak berdaya itu, lalu mengambil alih tugas dan peranan yang ditinggal kosong oleh pihak Turki . British mulai membentuk 'Empire' di luar Eropah dengan ' empire' yang dipanggil Negara negara komenwell..Sekarang, British menunjuk sifat ' gentleman', seolah olahnya konon, mereka bangsa yang benci 'kezaliman', lalu sering menuduh orang yang ingin bangkit untuk kebebasan sebagai' bangsa suka perang dan penganas'.
Penyair Dr. Muhammad Iqbal berkata : " Penjajah penjah baru ini,adalah perkumpulan penganas dan pencuri yang didirikan untuk membahagi bahagikan kain kafan ( harta islam yang di bunuhi) "
3 - TIGA SEBAB MELAYU LEMAH:
Ada tiga faktor yang menyebabakan kemunduran bangsa Melayu dari segi fikiran, semangat dan pembangunan.
PERTAMA : DI BULI DAN DI ABAI OLEH PENGUASA FEUDAL
Pertama telah tersedia wujud sikap jumud dan pasif, dalam minda orang Melayu . Ini adalah kesan daripada sikap layanan golongan elite feudal yang mengamalkan amalan buas, buli, kejam serta mendahulukan kepentingan hawa nafsu peribadi sendiri dan kroni kroni mereka. Golongan feudal ini tidak pernah mengambil tahu tentang apa erti politik, bagaimana keadaan bangsa dan sebab sebab kemunduran rakyat jelata. Rakyat di abaikan serta dibiar dalam arus perdana dan ditarafkan sekadar 'hamba' mereka. Sikap tradisi ini boleh dilihat secara ketara dalam kenyatan yang di buat oleh Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan. ( Elite Negori Sembilan , yang merupakan kuncu kuncu kolonial ) semasa membantah keras kemasukkan anak anak kampong ke dalam Malay College, Kuala kangsar.:
" I do not like the idea of the children of Rajas and Chiefs in school side by side with the children of people who were once our slave " { saya tidak suka dengan idea , bahawa anak anak raja raja dan anak anak pembesar raja, belajar sebelah menyebelahi dangan anak anak orang biasa yang dulunya pernah menjadi hamba hamba kita."} - ZA"BA -Patriot dan Pendeta Melayu m.s.:5
P.RAMLEE : 2 DARJAT. |
"Antara Dua Darjat ", ' Ibu Mertua ku " dan difilem filemnya , disentuh secara halus, disana sini. Begitu juga seperti diulas oleh Adnan Haji Nawang, Pengaji dan Penulis Sejarah, seperti berikut:
" Falsafah pendidikan kolonial British di sepanjang pemerintahannya di Tanah Melayu, anak anak Melayu hanya dibekalkan dengan pendidikan sekadar untuk " menjadi " nelaya dan petani , yang kepandaian mereka cuma lebih sedikit daripada ibubapa mereka yang sememangnya rendah pendidikan atau langsung tak pernah bersekolah.". Beliau mengulas lagi tentang sikap golongan bangsawan Melayu, : " Keganjilan ini menjadi lebih dahsyat lagi jika dilihat pula kepada lagak 'konco konco' kolonial,yang terdiri daripada manusia Melayu yang sememangnya sudah dipertuankan oleh bangsa Melayu, sejak berabad abad., bertindak bukan untuk membela maruah anak bangsa melalui pendidikan, tetapi menghalang bibit bibit kemajuan yang mungkin bercambah melaluinya.Ini lah nasib malang yang menimpa bangsa Melayu, selain didiskriminasikan oleh penjajah. mereka turut pula dinista oleh " penaung" mereka sendiri.") 1916 - 1926)
Ehwal yang mencengkam Orang Melayu, terjadi dalam jangka masa yang agak lama sebelum penjajahan Barat. Ini telah menjadikan 'jiwa' orang Melayu sangat lemah untuk bersaing cabaran hidup di dunia. Kesan psikologi ini memerlukan masa yang lama bagi mengikis kesan kesan negatif warisan tradisi ini.
KEDUA :
Faktor kedua : Kecuaian sebahagian daripada guru guru agama, yang lebih gemar memomokkan ' mitos mitos kesaktian. dalam pelajaran mereka. ' Cerita cerita kehebatan tokoh tokoh agama dan wira bangsa seperti Wali songo, di kaitkan secara berlebih lebih dalam kebolehan sakti dan perkara yang menyalahi adat. Maka ini telah mewujudkan jiwa ' takut' , 'patuh' dan mendewa dewakan orang besar besar mereka. Orang melayu berkhayal 'magic' setiap kali menghadapi cabaran dalam hidup. Mereka bersikap ' terbergantungan pada idividiu yang 'disaktikan' dalam menyelesaikan masaalah hidup mereka. Lantas mereka sering gunakan faktor " hantu', 'kena sampok'. 'kena sumpah' sebagai satu ' escapism'- ( jalan lari keluar ) . Makakala sebahagian pelajar pelajar lebih gemar mempelajari 'ilmu' sakti ' daripada lafaz lafaz mentera yang bersifat 'bidaah' dan ' khurafat', yang akhirnya jadikan mereka, pak ustaz bomoh di daerah masing masing.
ORIENTALIS
Pendidikan sasaran utama. |
Ini dilakukan dengan :
1.Memesongkan ajaran Islam yang sebenar secara sulit . Mereka menanamkan 'racun' kedalam jiwa pelajar pelajar muda Islam yang kemudian harinya, belajar di universiti mereka di barat, agar menolak fahaman dan metodologi yang muktabar. Metodologi ini telah di sepakati asas nya oleh ulama' salafus soleh serta diguna pakai oleh pengikuti Imam Imam Mujtahidin dari golongan ahli sunnah wal jamaah. Puak Orientalis sengaja memprogramkan bahawa Islam mempunyai banyak tafsiran, yang semua nya bersifat relatif. Natijahnya, apabila asas ajaran menjadi tafsiran tafsiran yang bersifat relatif dan tidak muktamad, ianya akan menyebabkan hukum hukumnya menjadi samar, mudah tercemar dan terpesong. Trend sebegini, membuka ruang kepada pendapat pendapat dari golongan yang bukan ahlinya. Secara tradisinya, segala permasaalah dalam perkara furu' atau dasar, hanya di tentu oleh ulama' yang muktabar sahaja. Memberi galakan yang bebas untuk membuat tafsiran kepada orang yang tidak sepatutnya, akan membinasakan struktur struktur Islam dari dalam. Malangnya, perkara ini telah berlaku.
2.Membentuk serta melakukan assimilasi dalam fahaman umat Islam bahawa Agama Islam adalah SAMA seperti agama agama yang lain. Langkah langkah yang dilakukan adalah seperti :
* menyamakan taraf dan matlamat sultan sultan Islam dengan raja raja kafir.
* masaalah dan jalan penyelesaian masaalah ummah islam, sama dengan masaalah orang Kristian di Eropah.
* alat bagi melakukan sukatan penilaian nilai, neraca, dan tafsiran terhadap Islam adalah sama dengan apa yang di tafsir, dinilai dan alat neraca orang Kristian.
Diantara cendiakawan orientalis yang banyak merosakkan umat islam ialah : Snouck Hurgronje. Beliau adalah seorang Profesor Christian yang sangat fasih berbahasa Arab. Berpura pura masuk Islam dengan mengunakan nama " Abdul Ghaffar." Beliau berotak licik dan menjadi dalang nomber satu dalam meruntuhkan kekuatan daulah islam di Indonesia. Semasa zaman Belanda, beliau telah dilantik menjadi pengajar di Bahagian pendidikan Khusus Calon Pegawai di Indonesia ( Indologie ) di Leiden. Faktor ini lah penyebabkan utama, pegawai pegawai Melayu tidak begitu " sayang' dengan orang awam yang sebangsa dan rela menjadi konco konco penjajah yang kejam.
Secara beransur ansur istilah istilah dan konsep konsep Islam disamakan dengan istilah dan konsep Barat. Konsep 'kejayaan', 'kemajuan', 'kebebasan', 'haq asasi', 'keadilan', 'persamaan', 'ilmu', 'pemerintahan' dan yang lain lain lagi.
.
Sebagai contoh, telah terjadi satu kebingungan pada seorang pelajar yang mendapat didikan di Barat. Beliau berkhidmat kepada seorang ulama' sebagai usaha belajar ugama. Pada satu hari, beliau telah diminta untuk menyediakan dan melayan tetamu yang berkunjung ke kediaman ulama tersebut. Ada dua golongan tetamu yang berkunjung pada hari itu. Rombongan pertama terdiri daripada kaum petani miskin dari sesuatu daerah yang sememangnya sudah terjalin hubungan mesra dengan keluarga ulama tersebut. Mereka di hidangkan dengan buah buahan dari pisang, betik, apple tempatan dan sedikit kacang kuda. Makan ini di hidang di atas safrah yang di perbuat dari kulit yang dihampar memanjang dihadapan tetamu yang agak ramai. Tiada pinggan dan cawan di sediakan. Ulama' itu melayan dengan hormat sambil memberi dakwah dan nasihat. Kumpulan ini melahirkan rasa puas dengan layan yang diberi serta balik dengan azam yang kuat untuk mengamalkan amalan ugama dalam kehidupan mereka.
Masjid yang dahulunya sumber ilmu. |
KINI MURID DIHALANG MENDEKATI GURU: PENULIS YANG DIGERUNI MATA PENANYA. |
Tiba diwaktu malam semasa menyediakan tempat tidor ulama' tersebut, si pelajar pun bertanya kepada ulama' tersebut :
" Tuan Guru, saya kebinggungan. Hari ini berlaku perkara yang tidak saya fahami. Bukankah kita sebagai orang islam mesti melakukan keadilan? " Tuan Guru berkata : " Ya, pasti" Pelajar itu menyambung lagi : " Tapi, tuan guru, hari ini saya melihat, tuan melakukan sebaliknya. Tuan tidak melayankan manusia secara saksama." Ulama' tersebut menoleh dan secara tepat memandang kemuka pelajar tersebut sambil berkata: " Ini lah kesan racun penjajah didalam otak kepala kamu. Apabila barat menjajah, mereka menjaja ' istilah istilah' dan ' konsep konsep' yang bersifat sejagat, yang disaluti manisan serta hiasan indah, tetapi mengandungi racun di dalamnya." Ulama' itu terus memberi pelajaran: " Beritahu saya, apa yang akan berlaku sekiranya saya satukan tetamu dan disajikan hidangan yang sama.? Orang miskin dari golongan petani akan makan dengan enak, tetapi cara makanan itu di hidangi, akan menimbulkan rasa jijik pada orang orang kaya tersebut. Bila orang kaya engan makan kerana rasa tidak selesa, maka perasaan orang miskin akan terguris, lalu berhenti makan. Akhirnya , kaum kaya merasa berat untuk berkunjung lagi kesini dan kaum petani akan juga merasa terhina dan malu untuk datang lagi di lain waktu. Jadi tujuan dakwah saya akan gagal." Dia mengakhiri nasihatnya :
" Dalam islam, tidak dianjurkan sama rata tetapi di beri penekanan kepada menunaikan hak. Isteri menunaikan hak suami dan sebaliknya, guru kepada murid, pemerintah kepada rakyak dan sebaliknya. Semua juzuk juzuk agama ada hak hak masing masing "
Seorang cendiakawan Orientalis berkata : " Pada ketika rakyat melihat raja raja diatas tahta mereka sebagai suatu takdir Tuhan, mereka tunduk kepada kuasa raja raja mutlak tersebut tanpa bantahan dan rungutan, tetapi selepas kita menanamkan didalam pemikiran mereka dengan suatu konsep hak hak mereka, mereka akan menganggap orang yang menduduki tahta tersebut sebagai manusia biasa juga dan apabila kita juga merampas kepercayaan mereka kepada Tuhan, maka kuasa akan tercampak dijalanan kepada PEMILIKAN AWAM dan akan DIRAMPAS oleh KITA."
Cendiakawan yang lain berkata tentang konsep sama rata ini : " Orang orang yang kononnya bijak pandai dari kalangan intelek moden ini, tidak boleh memikirkan apakah makna sebenar di sebalik kalimat kalimat yang didampakkan ini, kerana kaburnya konsep konsep ini dan kaitan antaranya : mereka gagal memerhatikan bahawa sedangkan Alam Tabii sekalipun tidak wujud persamaan dan tidak ada kebebasan ; demikianlah Alam Tabii telah mengaturkan di mana manusia tidak mempunyai kekuatan mental yang sama, fitrah ( fe'el) yang sama dan kebolehan yang sama, selamjutnya begitulah undang undang tabii yang diikuti oleh semua orang."
1( .Petikan dari buku : HAKIKAT mencari
landasan akhir zaman.: Hj.Muzafar.)
KETIGA : USAHA PENJAJAH BARAT.
Faktor ketiga ialah penjajahan kuasa British. Keberadaan pihak British tidak pernah melakukan perkara untuk kepentingan anak bangsa pribumi. Setiap perkara yang mereka lakukan adalah dengan helah 'ada udang sebalik batu' . Mesti ada keuntungan pada pihak mereka. Bagi meneruskan kuasa penjajahan dan kehancuran islam , selepas kemerdekaan,
mereka jelmakan dua konsep yang tidak ditentang oleh orang islam seluruh dunia, iaitu Sekularisme dan Liberalisme. Dan ini adalah penjelasan yang panjang, insyallah akan dimuat dalam entri yang akan datang.
Bersambung...........
No comments:
Post a Comment
SAY WHAT YOU THINK OF THIS ARTICLE.