MASJID AL FATIH -. JATUH KONSTANTINOPLE SEPERTI DIJANJIKAN. |
ALLAH SWT TELAH BERFIRMAN :
Setelah datang ahli-ahli sihir itu, Nabi Musa
berkata kepada mereka:
" Campakkanlah kamu dahulu apa yang kamu hendak campakkan (diri benda-benda yang kamu jadikan sihir itu)!"
. Setelah mereka campakkan
(benda-benda itu), Nabi Musa berkata:
Abdullah bin Umar ra mengkhabarkan :" Apa yang kamu datangkan itu, itulah SIHIR; Sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); Sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan."Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, Walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa". { Yunus : 80-82 }
Nabi Muhammad ( Semoga rahmat dan salam Allahswt dicurahi keatasnya ) berdiri
dan bersabda kepada umatnya, setelah memuji Allah yang Maha Agung dan Maha Terpuji, beliau bersabda mengenai Dajjal :
" Aku memperingatkan kamu sekalian dari dia, tak seorang Nabi pun yang tidak memperingatkan umatnya dari dia. Bahkan Nabi Nuh as telah memperingatkan( Diriwayatkan oleh Muslim )
umatnya dari dia. Tapi aku akan khabarkan sesuatu yang belum pernah disampaikan oleh Nabi mana pun sebelum aku. Hendaklah kamu sekalian mengenal bahawa Dajjal itu bermata satu manakala Allah swt tidak bermata satu "
ANNUIT COEPTIS |
"RAMAI ORANG SEDANG MENANTI KEDATANGAN IMAM MAHDI
DAN NABI ISA ALAIHISALAM. KEDATANGAN MEREKA ADALAH
PASTI. HANYA WAKTU MUNCULNYA ADALAH RAHSIA.
KITA UMAT JANGAN LAH BERPELUK TUBUH DAN MENANTI SAHAJA.
KERANA BILA MASA KEDATANGAN NYA, IA MENUNTUT DARI
KITA KESEMPURNAAN DAN KEMURNIAN IMAM. HANYA MEREKA
YANG SHOLEH SAJA AKAN SETIA BERTAHAN KE SAAT TERAKHIR.
ASAKAN TENTERA DAJJAL AKAN MEMGONCANGKAN MINDA
DAN KALBU., JIWA MENJADI BERKECAMUK. BUMI AKAN TERASA
SEMPIT.
JADI, JANGAN DUDUK BERANGAN DAN BERMIMPI DI SIANG HARI.
KEDATANGAN TIDAK DITUNTUT PERMAIDANI MERAH,
TAPI IA MENAGIH DARAH MERAH..........
USAHALAH UNTUK MENDAPAT KEKUATAN IMAN MELALUI USAHA
DAKWAH ILLA HAQ. "
SULTAM ABDUL HAMED MOSQUE |
Allah swt adalah perancang yang mutlak. Orang soleh dari umat ini sedang berusaha dengan segenap tenaga. Tiada waktu suka dan rehat. Mereka berkerja keras, siang dan malam.Waktu rehat mereka telah lama terpadam dalam catitan diari mereka. Hati mereka remuk melihat keadaan umat islam, semakin hari semakin parah.KEIMAMAN Umat dalam nazak , tapi umat tidak sedar akan bahaya penyakit yang di hidapi. Ribuaan tangisan dari aimata para sholehin telah tercurah untuk mereka, tapi umat masih lena dibuai keseronakan dunia palsu ini.
Umat menjadi manusia jahil dan degil.
اللَّهَُمَّ ارْحَمْ أُمَّةَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
اللّهُمَّ انْصُرَْ أُمَّةَ
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
اللّهُمَّ اصْلِحْ أُمَّةَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
اللّهُمَّ اَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِ
أُمَّةَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
اللّهُمَّ ابْعَثْ فِيْهِمْ
سُلْطَانًا نَصِيْرًا.
يَا قَوِىُّ , يَا مَتِيْنُ , اَكْفِنَا شَرَّ الظَّالِمِيْنَ
AHLI FREEMASONARY YANG MENGHERIT DAULAH KEDALAM PERANG DUNIA PERTAMA. ENVER PASHA. |
Nasib malang yang menimpa umat Islam seluruh dunia, bermula apabila
pandangan terhadap dunia Islam telah berjaya diputarbelitkan oleh kuasa
penjajahan kristian Eropah.Pelbagai cara telah diusahakan. Fitnah media,
ideologi baru terhadap pelajar pelajar muda muslim serta menanam bibit bibit perpecahan
dilaksanakan untuk ' pecah' dan ' takluk'. Akhirnya tumbanglah Daulah Islamiah
Uthmaniyah. Setelah tumbangnya kekhalifahan Islam, maka berebut rebut lah
puak puak penjajah Eropah yang rakus, meratah tanah peninggalan daulah Islamiyah,
sehingga ke hari ini.
KHALIFAH TERAKHIR
Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamid ii dan daulahnya telah di fitnah oleh koncu- koncu
Dajjal - ( Eropah dan Arab yang bersekongkol ) Sultan Abdul Hamid II adalah seorang
yang wara'.
Berguru dibawah bimbingan Mursid Al- Sheikh Mahmud Afandi Abu Syaamaat Ulama'
SULTAN ABDUL HAMID II. |
Sheikh Abdul Wahab dari Najd. Manakala tentangan dalaman adalah dari Persatuan Rahsia Yahudi
yang dinamainya " Young Turk ".
Khalifah Islamiyah Uthmaniyah terbentuk selepas tamatnya Daulah Abbasiyah di Baghdad.
Serangan bangsa Tartar dan Mongol telah meranapkan daulah islamiyah, Musuh musuh Islam menanti saat yang sesuai untuk melakukan serangan dan menjajah negara umat islam. Rahmat Allah swt datang menyelamatkan umat Islam. Allah swt bangkitkan kerajaan Turki Uthmaniyah.
Bersama dengan kekuatan Sultan Kerajaan Saljuk Rumi,
Datuk nenek nya dari Qabilah Turki, berjaya mengusir kaum Tartar dan Mongol.
Asal usul ' Turki
Nama 'Turki' berasal daripada nama satu qabilah dalam Negara Turki yang dikenali sebagai 'Qabilah Turki " Pada zaman itu, Turkistan lebih dikenali sebagai Mahan.
Mulai naiki tahta selepas kemangkatan Sultan Alaudin Kaiqubas, sultan terakhir kerajaan Saljuk Rumi. Sultan Uthman I menduduki tahta pada tahun 687 H / 1288 Masehi.Nama ' Uthmaniayyah diambil sempena nama Sultan Othman bin Sauji bin Artughul bin Sulaiman Syah bin Kia Alp. Dari keturanan ini lah lahir nya Sultan Muhammad Al- Fatih, Penakluk
Kota Constantinople pada tahun 1453. Daulah Uthmaniyyah telah melirik sejarah atas jasanya mempertahankan Islam dan menyekat kemaraan tentera Salib selama 600 tahun [ 7M - 15 M ]
DETIK DETIK TERSUNGKURNYA KHALIFAH ISLAMIYYAH
Kata kata Lord Qiruzon ketika memberi kemerdekaan pada Turki.pada tahun 12
oktober 1923.:
" Misi kita telah berjaya di Turki, Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah pergi dan tidak mungkin datang kembali, kerana punca kekuatan sebenar sudah kita hapuskan iaitu khalifah Islamiyyah. "
* Tahun 1853 - 1856 : Peperangan Crimea. Wakil kerajaan Rusia, Putera Mechnikov
mengugut khalifah Islam supaya Rusia diberi hak untuk mengurus Kristian ortodok yang berjumlah 12 juta.yang menaung dalam daulah islamiah. Khalifah diatas permintaan kaum kristian yang tidak mahu Rusia memerintah mereka,engkar ugutan itu. Perang berlaku dan berakhir dengan perjanjian Paris
PENJUMPAAN PERTAMA ' YUOUN TURK. |
** Tahun 1860. Yahudi Freemasonry telah menubuh " Pemuda Turki "
** Tahun 1876- Sultan Abdul hamid II dilantik Khalifah Uthmaniyyah yang ke 34.
** Tahun 1898 - Melalui kerajaan Inggeris, yahudi berjaya melahirkan satu lagi Nabi Palsu, Si Mirza Ghulam Ahmad. SiGulam ini lahir di pekan miskin di Qadian, Punjab, India. Beliau mengumumkan bahawa menerima wahyu dari Allah swt.. Diantara ajarannya adalah melarang Jihad.
*** Tahun 1898 - Yahudi Zionis mengadakan Kongres Zionis ke -2 di Basel. Diantara perkara yang dibincang adalah bagaimana hendak hancurkan Khilafah dan tubuhkan daulah Yahudi yang bertapak di bumi Pelastin.
MUHAMMAD ABDUH-REFORMIS |
*** Tahun 1899 - Kongres Zionis ketiga di Basel. Mendesak kuat diwujudkan negara israel di Pelastin.
** Tahun 1900 - Qasim Amin,penulis Mesir yang terpesona dengan pemikiran barat, telah menulis sebuah buku bertajuk " Al- Mar'ah al- Jadidah " ( Wanita Moden ) dan sebuah lagi buku " Tahrir al- Mar'ah " ( Pembebasan Wanita ) : Dua buku ini menyeru agar wanita Islam menukar cara hidup kepada cara hidup barat.
*** Tahun 1901 - Pemilik Bank Yahudi, Mizray Qrasow dan Tiodore Hertzel ( ketua Pertubuhan Zionis Antarabangsa ) membuat tawaran sebagai ganti membenarkan penubuhan sebuah syarikat Yahudi di Pelastin yang bertanggungjawab membeli tanah tanah terbiar di sekitar Palestin. Tawarannya ialah :
1. Melunaskan hutang piutang kerajaan Turki Uthmaniyah.
2. Membangunkan kerajaan Turki Uthmaniyyah dengan aktiviti perdagangan
dan perindustrian. Sumber kewangan dari Bank bank Yahudi.3. Mengekploitasikan 100% akhbar untuk pertahankan sultan
4. Hadiah wang bernilai 100 juta nilai emas pada sultan.
Sultan Abdul Hamid II dengan tegas menjawab :
*** Tahun 1902 : Yahudi mengadakan Pakatan sulit untuk menguling khalifah. Mereka yang terlibat ialah Madhat Basya," Bapa kebebasan Turki "" Pelastin bukan milikku, bukan bangsa Turki tetapi milik bangsa Arab. Baitul Maqdis pula bukan milik bangsa Arab tetapi milik umat Islam seluruhnya. Aku tidak akan sesekali menyerah bumi Pelastin walaupun sejengkal setelah bangsaku berjihad bermatian mempertahankan dan menyuburkan tanahnya dengan darah darah mereka. Simpanlah wang kamu yang berjuta ringgit itu kerana sekiranya suatu hari nanti Khilafah Islamiyyah ini tumbang, kamu boleh mengambilnya tanpa sebarang wang tukaran. Adapun , sekiranya aku masih hidup, aku lebih rela diriku dicincang daripada melihat bumi Pelastin dikeluarkan dari Daulah Islamiyyah dan perkara ini selama lamanya tidak akan berlaku. Adakah kami akan membenarkan diri kami ini semua dipisah pisahkan sedangkan kami masih hidup? "
Angkatan Turki Muda mengadakan kongres Turki muda di Paris. Mereka adalah kumpulan yang pro -barat dan menuntut agar diamalkan Liberalism dan Demokrasi berpalimen.
*** Tahun 1908 - Pertubuhan Ittihad wat Taraqqi yang ketuai oleh Tol'at Basya, mencetuskan pemberontakkan tentera pada bulan Julai. Gerakkan ini berniat untuk membunuh Syamsi Basya, Ketua Tentera kerajaan Turki uthmaniyyah. Mereka menuntut perundangan Islam ditukar dan diberi kebebasan kepada rakyat.
*** Tentera dari Salunik menawan Istanbul setelah membunuh Marir dan mengulingkan Sultan Abdul Hamid II.
Persatuan Ittihad wat Taraqqi menghantar 4 orang wakil iaitu Imanuel Qarh Sou, Aram,
As'ad Tubtoni dan 'Arif Nikmat untuk mengguling khalifah dan membuangnya ke Salunik. Pemberontak menukarkan pertubuhan mereka yang bersifat rahsia kepada Parti Politik pada bulan April 1909.
USAHA TERAKHIR AGAR DAULAH ISLAMIYYAH BENAR BENAR TERKUBUR.
MUSTAFA KAMAL. |
** Tahun 1910 : Istana Ciragan terbakar/ dibakar.
** Tahun 1910 - Itali menyerang Tripoli, Libya. Khalifah kalah. Mustafa Kamal berpangkat Kepten Staf.
BALKAN WAR- BOSNIAN MUSLIM AT HILLSIDE |
** Tahun 1912 : Peperangan Balkan. Ribuan orang Islam berlindung di Istanbul dan Anatolia.
** Tahun 1913 - Ketua Syarikat Minyak Britain - Iran ( Apoc ) menawarkan kepada Sir Frederick Black jualan minyak Khilafah sebanyak 6 juta tan minyak dari kawasan Iran dan Mesopotamia ( Iraq ) Matlamat untuk menguasai minyak telah tercapai.
Perang Dunia Pertama :.
** Tahun 1914 [ November 2 ]- Rusia mengistiharkan perang ke atas khilafah Islamiyyah Turki.
** Tahun 1914 [ November 5 ] - Perancis dan British mengistiharkan perang keatas khilafah.
** Tahun 1915 Gabungan Tentera Salib [ Britain, Perancis, Australia dan New Zealand ] menyerang Daulah Islamiyyah Turki.
SYKES - PICOT . BEREBUT REBUT SIPELAHAP |
** Tahun 1916 - Perjanjian SYKES - PICOT- Pakatan Rahsia antara Britain, Perancis dan Rusia untuk memecahbelahkan wilayah Khilafah Islamiyyah. Termasuk pengkhianat yang menjadi tali barut iaitu Husain Ibn Ali, Syarif Mekkah.
LORD ALLENBY TAKLUK BANDAR AL- QUD, PELASTINE |
MEJA KERAMAT- MEJA BALFOUR DECLARATION |
** Tahun 1917. Detik Hitam dalam sejarah Islam : The Balfour Declaration : Keizinan Yahudi menegakkan negara di Pelastin.
** Tahun 3hb Mac 1924. Mustafa Kamal Attatuk secara rasminya menghapuskan Khilafah Islamiyyah dan mewartakan pengasingan agama daripada pemerintahan negara.
BOSPHORUS BRIDGE CONNECTING ISTANBUL WITH EUROPE AND ASIA. |
+*+ Bahan Rujukan :
1. GERAKAN FREEMASONRY -Musuh dalam menghancurkan Islam :
Oleh : Hj.Nik Azran Muhamed dan Hj. Mohd Mahadi Hj. Isa.
2. DAULAH UTHMANIYYAH DAN ALAM MELAYU.
Di sunting oleh : Farid Mat zain
3. ALBUM KHILAFAH -2
Oleh : Dr. MMuhammad Sulaiman ' Abdullah. ( Tidak dibukukan )
4. History of the Ottaman Empire and modern Turkey Vol 1.
5. Encyclopeadia Britannica on-line
kalau nyatakan bahan rujukan lagi baguih.
ReplyDelete