Popular Posts

Monday, May 28, 2012

APABILA TUANKU- TUANKU BERCANDA DI LONDON.......


 SABDA NABI MUHAMMAD SALLAHU ALAIHI WASALAM :


      " BERTUAHLAH BAGI ORANG YANG AKALNYA BERFUNGSI SEBAGAI PEMIMPIN                           ( pemandu)  DAN NAFSUNYA PULA MENJADI TAWANAN.  DAN  BINASALAH BAGI ORANG YANG NAFSUNYA MENJADI PEMIMPIN   DAN  AKALNYA PULA SEBAGAI TAWANAN (  yang dikalahkan ).
        " Tidak akan datang hari kiamat kecuali setelah umatku ( kaum muslimin )                        mencontohi  perbuatan yang dilakukan oleh orang orang pada kurun waktu terdahulu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta dan sedepa demi sedepa.  Para sahabat bertanya : ' wahai Rasulullah, apakah seperti orang orang Parsi dan Rum ?         Rasullullah bersabda : " Siapa lagi kalau bukan mereka " . [ Hr. Muslim ].                                                            
MELAYU TERIKAT DENGAN LONDON { Gambar hiasan }
    
   Apabila J.W.W Birch dibunuh di Sungai Pasir Salak, mayatnya terapung  selama tiga hari.  Si Puntum telah berjaya merobek perut Resident  Inggeris dengan lembingnya. J.W.W.Birch sememangnya  patut di bunuh. Dia telah bersikap kurang ajar dan biadab apabila  menjadikan anak gadis melayu sebagai gundiknya, amalan yang dilanjutkan dari kelakuannya semasa berkuasa di Sri Langka ( Ceylon ). Menambah burukkan  lagi keadaan, kebanyakkan askarnya yang terdiri dari regimen" Indian Sepoy" sering menganggu  anak anak gadis kampong. Perjanjian Pangkor pula umpama mencampak garam ke mata Pembesar  Melayu, di susuli dengan peristiwa pembakaran rumah milik Sultan Ismail, yang dilakukan sebagai amaran supaya jangan kutip cukai lagi daripada  pelombong Cina. Saudagar Cina yang licik, seperti taukeh  Lee Cheng Tee, mengunakan kuasa baru British untuk  kepentingan mereka.  Di Pulau Pinang, ketua ketua kongsi gelap Cina, mengunakan pihak British untuk menekan kuasa Raja di lombong lombong timah di Larut, Perak.  Perkara ini  semakin  menjadi bara kemarahan dihati orang  istana. Akhirnya J.W.W. Birch di ' mayat 'kan didalam  sungai. Natijahnya, Si Puntum, Dato' Sagor dan Dato' Maharaja Lela ke tali gantung.
Berakhirlah fasa penentangan di Perak dan hampir di seluruh Tanah  Melayu. Kini tibalah masa sultan sultan dan anak cucunya berbaik baik dengan Inggeris dan bercanda manja  di kota London. Anak orang Melayu mula merasa sejuknya  salji.   Kalau dulu, berpagi dengan kesejukan air sumur di kali, kini  mulai berhangat badan di ketiak ' mem mem ' orang putih.  Perjuangan Dato' Sagor dan Dato' Maharaja lela berlalu seolah olahnya ia tidak pernah meninggalkan parut yang memedihkan kepada anak zamannya. Sebagai tanda berdamai, sebuah batu peringatan untuk J.W.W. Birch di dirikan. Batu ini dikenali sebagai " Jam Besar Ipoh ", manakala kubur Dato' Sagor hanya  bertanda ' Sagor ' saja.
BATU TANDA untk JWW BIRCH 
korban di tangan  DATO MAHARAJALELA.
                                                     
Sekali bah, sekali pantai berubah.


LAGAK Malay Officers. ( Apprentices, pegawai tentera dan bakal bakal pentadbir  )
Alpaca 's face
        (1870 - 1970)   APABILA pejuangan menentang penjajahan telah mulai kendur, hampir bolih dikata tidak ada lagi  semangat bencikan   ' orang putih' .  Malah mulalah  berputik perasaan  kasih, kagum dan bangga terhadap penjajah.  Mereka di anggap  sebagai  " Penyelamat' ,    'Tentera Tuhan ' dan ' Mat Salleh '.  Akibatnya,  perangai  pemuda melayu mula umpama " kaduk naik junjung ".  Anak anak muda Melayu yang menjalani pelbagai latihan ' apprentices ' yang diusahakan oleh british ini, ( Pegawai polis, tentera dan pegawai atasan dalam Government servants ) mula tunjuk belang. Ada yang berbangga berpakaian ala orang putih. Di hari hari minggu,  mereka bersadai di sekitar kuala Lumpur berlagak sebagai seorang 'gentleman'. Songkok diganti dengan topi ala helmet berjenama  ' Ellword ' atau topi polo berjenama " Prince of Wales.  Dia berbaju dan berseluar daripada kain  'English white drill'  atau  'English alpaca' dan memakai tali leher ' Made in England'.  Kasut daripada  'Abbots Barrats".  Selera makan makan pula, sudah bertukar dari kedai Mamak Maidin ke  John's hotel  atau  'cafe'.   Sudah  pandai panggil pelayan dengan panggilan 'boy'. Ramai sudah mula kenal  'Hennessey - half '  dan 'Ginger Ale' . makan pula   'Beef steak', 'cutlets',  'toast', tidak lagi nasi dan gulai ikan serta sepinggan rojak mamak.


MALAY COLLEGE
Ramai orang melayu menghadapi dilema. Nak hantar anak belajar agama di pondok ke atau ke sekolah Inggeris ? Kebanyakan guru ugama, merasa curiga terhadap situasi baru ini. Sekolah Inggeris  di samakan dengan sekolah  Kristian.  Sekolah Agama Pondok tiada dalam agenda British. British dari pengelaman di tanah jajahan di benua India, mengenal hakikat produk keluaran  pengajian Pondok ia itu penentang yang  berjiwa kental dalam menentang kehadiran mereka. Kepandaian dari Pondok tidak di ikhtiraf walaupun untuk berkerja sebagai 'pion'.( selepas merdeka, Sijil Pondok  setaraf kelulusan sijil darjah Enam, layak untuk jawatan askar prebet ).  Anak Melayu yang ingin memasuki  ke sekolah Inggeris terpaksa melalui ' Special Malay Class' yakni terpaksa belajar di sekolah melayu dulu. Anak bangsa lain, bolih terus ke darjah satu Inggeris. Ini menyebabkan anak melayu tertinggal kebelakang dari kaum lain. Di sekolah Inggeris, tiada  pelajaran bahasa Melayu. Dari sekolah Inggeris, anak melayu berpeluang ke sekolah yang istimewa dan ada '  masa hadapan',  iaitu ke ' Malay College : di Kuala kangsar dan beberapa lagi sekolah jenis serupa itu..


Sekolah berasrama penuh ini di dirikan oleh Pihak Inggeris  semata mata untuk  anak anak
Raja melayu, anak anak dato', kerabat diraja dan sedikit sekali untuk  anak orang kebanyakan di Negeri Sembilan dan Pahang. Bagi negeri Perak, calon hendaklah daripada keturunan anak Perak jati dan jangan berbau pulau Jawa atau pulau Sumatera. Malay college adalah sebuah sekolah untuk anak bangsawan ( aristocracy ) Melayu dan melalui merekalah penjajah British berharap memerintah Malaya buat selama lamanya.
Pemberian biasiswa :  mengikut kedudukan mereka dalam masyarakat.
Kelas 1:  $ 20.00 sebulan - untuk anak anak  Raja yang memerintah.
Kelas 2 : $12.00 sebulan  - untuk anak Raja yang tidak memerintah negeri, anak  datuk kecil. 
Kelas 2:    $ 7.00 sebulan   -  anak orang kebanyakan.( bilangan minoriti )
Ada pernah pihak Inggeris bercadang untuk disamaratakan pemberian biasiswa  sebanyak $25.00. sebulan, tapi malangnya cadangan ini dibantah oleh  Pembesar Melayu dengan berkata : "Buat apa diberi banyak sangat tuan, orang melayu makan sambal belacan, sikit pun cukuplah."


KELULUSAN DAN JAWATAN :
Junior Cambridge  : Jawatan kerajaan -  Inspektor Kesihatan, polis, inspektor sanitary settlement officer, kerani.
Senior Cambridge  sertai kelulusan yang lebih tinggi 
                           : Jawatan Kerajaan  yang dipanggil ' Malay Administrative Service ( M.A.S)
                             { majistret, Timbalan Penolong Pegawai daerah ( D.A.D.O.), ADO dan DO.1


SUASANA MELAYU DI  PEKAN KECIL
 DI SEKITAR LINKUNGAN KAMPUNG  : 

   Hobi orang melayu kampong ialah melepak di kedai kopi Cina. Bukan tak ada kopi dirumah, malah lebih sedap lagi.  Kopi di rumah dibuat sendiri. Menjadi rahsia kopi keluarga.  Resipi ini di warisi  ke anak cucu.  Bahan bahannya terdiri daripada kopi sekati, gula banyak itu, gambir banyak tu dan mentega banyak tu. Bagaimana sedap pun, tidak di 'komersilkan'. Simpan berkulat.  Kedai kopi yang sedap di  Pekan adalah kedai kopi Cina Hailam. Masuk saja dipintu luar, semerbak lubang  hidung disajikan dengan aroma harum kopi yang sedang di panggang ' live'. Minta pesanan  secangkir kopi disertakan dengan  dua keping roti bakar disapu roti sebelah dengan kaya tebal dan  roti yang satu lagi dengan mertega 'Planta'. Sungguh enak. 
Deretan kedai menghimpit kedua belah jalan raya. Semua dimiliki oleh orang Cina. Orang Cina makan beramai di meja bulat. Makan bubuh nasi, sayur sawi dan ikan tawchue .Setahun sekali buat opera yang kami panggil wayang 'pekji ",  untuk memuja dan sembahyang tokong. Orang  Cina kampong semacam ini lah yang memahami budaya Melayu. Bahasa pertuturan mereka pun manis dan pandai ambil hati, yang secara beransur kelak,  mereka miliki tanah tanah orang kampong.


EHWAL SULTAN DAN ANAK PINAKNYA.
      Sultan dan anak pinaknya pun mengalami perubahan. Mereka mulai ber'kerabat' dengan      kerabat Queen Elizabeth II di London. Sultan yang terawal berkampong ke London adalah Sultan Johor , Sultan Abu Bakar the Great. Kemudian diikut oleh anaknya, Sultan Ibrahim. Sultan Johor sekarang adalah berketurunan sebelah ibunya" orang putih ".
HMS MALAYA- Hadiah wang melayu.
     Perang Dunia Pertama adalah peperangan di antara kuasa baru dunia, iaitu British dan sekutunya dengan saki baki daulah Islamiah Turki. Dalam perangan ini, Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul A'zam Syah ( 1887 - 1916 ) iaitu  sepupu kepada Sultan Abdullah yang di buang negeri ke Pulau Seychelles, berserta sembilan rakan dari Negeri negeri Melayu bersekutu dan tidak bersekutu, telah berjaya mengutip  dan menyumbang wang sebanyak  22 juta pound British, untuk membantu dalam Peperangan menentang daulah Islamiah Turki.
Meriam dari HMS Malaya.
    Sumbangan tersebut telah di gunakan oleh  pihak Penjajah British untuk membeli sebuah kapal perang yang dinamakan " H.M.S. Malaya. Kapal HMS Malaya ini, telah berjasa besar dalam peperangan dunia pertama itu. Dalam tahun 1922, kapal HMS Malaya telah digunakan  sebagai kapal pengangkutan bagi membawa Sultan terakhir daulah Uthmaniah Turki, Sultan Muhammad vI  ke  sebagai orang buangan negeri. Begitu juga pada bulan ogos - September 1938, kapal ini digunakan untuk membawa tentera dan bekalan perang untuk mematikan pemberontakan Arab di Haifa.


JASA DI KENANG.


Queen dan kerajaan British termakan budi. Sebagai balasan budi baik ini, apabila Sultan Perak, berhasrat untuk membina sebuah masjid, pihak British  terus meluluskan budget yang besar  sebagai hadiah kepada  rakyak Perak.Masjid yang sekarang di panggil Masjid Ubudiah, di Bukit Chandan, Kuala kangsar.


MALAYA CUP 
PIALA MALAYA


HMS MALAYA  kembali berkunjung ke Tanah Melayu pada 11 Nov 1919, sebagai kunjungan hormat. Sebagai tanda ingatan dan membalas budi baik raja raja Melayu, anak anak kapal HMS MALAYA, telah menghadiahkan sebuah Piala Pusingan untuk pertandingan bola sepak yang dinamakan Piala HMS Malaya. Piala ini pada mulanya dalam tahun 1921, dikenali sebagai Malaya Cup. Diatas kunjungan kapal HMS MALAYA pada 1933, di ubah nama Piala HMS Malaya dan pada tahun 1967, ditukar dengan piala baru  serta dinamakan kini sebagai Piala Malaysia.




VICTORIA iNSTITUTION,KL 
Loceng kapal HMS MALAYA telah di hadiahkan kepada Sekolah Victoria Institution, Kuala Lumpur.Ucapan terima kasih telah diberikan kepada  Mr.Ivor Thomas dan Sir Geoffrey diatas jasa baik mereka berdua didalam menyerahkan loceng itu untuk dijaga oleh Victoria Institition.
Loceng itu kini telah di simpan didalam muzuim Tentera Laut Di Raja Malaysia pada tahun 2006


Ini lah satu dikotomi yang sangat menyayatkan hati dalam perjalanan sejarah orang Melayu di akhir abad ke-19.Para pembesar atau pemimpin tempatan tidak langsung peka terhadap nasib yang menimpa  anak bangsa mereka. Akhirnya perkara ini telah menjadi satu keresahan yang mendalam dalam jiwa pemuda pemuda yang berfikiran dan berpelajaran. Maka muncullah anak watan yang anti-pemerintah.








1. : Lagak ala orang Putih & kolej Melayu . { ms 94 & 109} MEMOIR MUSTAPHA HUSSAIN.





























































































































































































































































Saturday, May 12, 2012

BONEKA BONEKA DAJJAL MULAI TUNJUK TARINGNYA..........

           
     Peringatan untuk penguasa :            

                                                    اِتَّقِ اللهَ اَبَا الْوَليْدِ .  لاَ تَأْتِىَ الْقِيَامَةِ بِبَعِيْرٍ "   
    تَحمِلُهُ لَهُ رُغَاءٌ اَوْ بَقَرَةٌ لَهَا خُوَارُ اَوْ شَاةٍ  لَهَا  ثُؤَاجٌ
                         
Erti: "Takutlah kamu kepada Allah swt, Wahai Abu Walid, supaya  kamu                                    tidak datang pada hari Qiamat nanti dengan membawa unta yang merintih atau lembu betina yang melenguh dan kambing yang mengembik "                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               Diriwayatkan oleh : At Thabrani dalam " Al_Kabiir" oleh Ibnu Asakir }   dalam At-Tarikh .                                          Kata Al_ Hatsami : " orang orang yang meriwayatkannya adalah 'shahih ".  }                                                                                                                 
 PENGISYTIHARAN PERANG OLEH BRITISH,telah  memaksa  kerajaan daulah Islamiah Turki, mengistiharkan Jihad terhadap British  pada 11 Nov.1914 dengan Jihad-i-Akbar Fard-i-Aynon,
HIASAN
Fatwa itu mengistiharkan  jihad terhadap Britain, Perancis, Russia dan sekutunya.  Ia menyeru  umat Islam  diseluruh dunia yang tertindas oleh kuasa penjajahan itu bangkit untuk berjihad bersama Daulah Turki Uthmaniah dengan harta dan nyawa.


Perkembangan di Tanah  Melayu di awasi dengan ketat oleh pihak Britain. Semua akhbar tempatan dilarang dan  diharamkan dari menyiarkan berita perang di sana. Salah satu akhbar yang pro Turki ialah akhbar ' neraca' yang akhirnya di sitakan.  Manakala raja raja Melayu dan pegawai pegawainya di paksa berikrar agar  berpihak kepada british dan setia kepada mahkota British. Raja raja juga di paksa agar mengadakan doa selamat di masjid masjid   untuk  kejayaan pihak British. Pihak British mengeluarkan undang undang melarang orang Melayu menyokong Daulah Turki. Hukuman berat akan di jatuhkan kepada yang melanggar perintah.


USAHA JIHAD YANG DAPAT DIPATAHKAN OLEH PIHAK PENJAJAH.


 Terjadi juga menentang  awal  seperti yang di lakukan oleh Al-Syahid Nur Alam Shah1 dalam pemberontakan tentera 5th Light Infantry atau dikenali juga sebagai " Pemberontakan Sepoy " yang terjadi  di Singapura.(1915 Sepoy Mutiny / Mutiny 5th Native Light Infantry -850 soldiers )
Hukuman Tembak. Muslim India.
 Pemberontakan itu dapat dipatahkan dan seramai 36 pejuang  jihad dijatuhkan hukuman tembak  didapan  'firing squad'.i. 
Kemudian terjadi Jihad di Pasir Puteh, kelantan  yang di lakukan oleh Al-Syahid Haji Mat Hassan bin Panglima Munas atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut. Beliau adalah anak murid kepada Tuan Guru Zainal Ahmad Fatani dan rakan seperjuangan dengan  Mat Kilau dan Dato' Bahaman. Keadaan ini menakutkan Sultan dan pihak British.  British menghatar kapal Perang H.M.S. Calmus (H.M.S. Cadmus ?)   lalu mengepung Pasir puteh. Semua harta dan ahli keluarga  Tok janggut  di rampas. Tok Janggut akhirnya gugur syahid di Kampong Dalam Pupoh,  jenazahnya dibawa usung seluruh bandar Kota Bahru dan di gantung  kaki keatas dan kepala kebawah sebagai amaran terhadap " penderhaka ". [ Daulah Uthmaniyah dan Alam Melayu m.s. : 94-95 
 Ulama' ulama' Melayu yang berpendidikan di Mekah , melibatkan diri dalam bidang penulisan dan penerbitan  pula seperti Muhammad Arshad al-Banjari, Sheikh Daud al-Fatani, Abdul Malik bin Abdullah dan Sheikh Nawawi al bantani. Bimbang dengan kebangkitan jihad, pihak British  mengawasi kegiatan guru guru ugama. Kitab kitab yang berunsur jihad diharamkan. Madrasah madrasah ugama islam dicurigai.( Ini mudah untuk difahami. ketika berlaku kebangkitan rakyat menentang  Dr.Mahathir mohammad . Langkah yang dilakukan oleh PM Malaysia itu ialah  menarik balik bantuan 'perkapita' terhadap sekolah Agama.)  Apabila guru guru agama di madrasah Maahad Assharif di Gunung Semanggol, Perak menubuh Hisbul Muslimin pada 1948 untuk menuntut kemerdekaan, pihak British mengharamkannya.


Setelah tumpasnya daulah Islam Turki dan hilang kekhalifahan, maka  British segera berebut serta memiliki tanah tanah  negara islam yang sudah lemah tak berdaya itu, lalu mengambil alih tugas dan peranan yang ditinggal kosong oleh  pihak Turki . British mulai membentuk  'Empire' di luar Eropah dengan ' empire' yang dipanggil Negara negara komenwell..Sekarang, British menunjuk sifat ' gentleman', seolah olahnya konon, mereka bangsa yang  benci 'kezaliman', lalu sering  menuduh orang yang ingin bangkit untuk kebebasan sebagai' bangsa suka perang dan penganas'.
Penyair Dr. Muhammad Iqbal berkata : " Penjajah penjah baru ini,adalah perkumpulan penganas dan pencuri  yang didirikan untuk membahagi bahagikan kain kafan ( harta islam yang di bunuhi) "


 3 - TIGA SEBAB MELAYU LEMAH:
 Ada  tiga  faktor yang menyebabakan kemunduran bangsa Melayu dari segi fikiran, semangat dan pembangunan.


PERTAMA  :  DI BULI DAN DI ABAI OLEH PENGUASA FEUDAL


 Pertama telah tersedia wujud  sikap jumud dan pasif, dalam minda  orang  Melayu .  Ini  adalah  kesan daripada sikap layanan  golongan elite feudal yang mengamalkan amalan buas, buli, kejam serta  mendahulukan  kepentingan hawa nafsu peribadi sendiri  dan kroni kroni mereka.  Golongan feudal ini tidak pernah mengambil tahu tentang apa erti politik, bagaimana keadaan bangsa dan sebab sebab kemunduran  rakyat jelata. Rakyat di abaikan serta dibiar dalam arus perdana  dan ditarafkan sekadar  'hamba' mereka. Sikap tradisi ini boleh dilihat secara ketara dalam kenyatan yang di buat oleh  Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan.        ( Elite Negori Sembilan , yang merupakan kuncu kuncu kolonial ) semasa membantah keras kemasukkan anak anak kampong ke dalam  Malay College, Kuala kangsar.:
" I do not like the idea of the children of Rajas and Chiefs in school side by side with the children of people who were once our slave " { saya tidak suka dengan idea , bahawa anak anak raja raja dan anak anak pembesar raja, belajar sebelah menyebelahi dangan anak anak orang biasa yang dulunya pernah menjadi hamba hamba kita."} - ZA"BA -Patriot dan  Pendeta Melayu m.s.:5
P.RAMLEE : 2 DARJAT.
 Pandangan ini juga di kongsi oleh Tan Sri P.Ramlee, sehingga beliau menerbitkan filem 
  "Antara Dua Darjat ",  ' Ibu Mertua ku "  dan difilem filemnya , disentuh secara halus, disana sini. Begitu juga seperti diulas oleh Adnan Haji Nawang, Pengaji dan Penulis Sejarah, seperti berikut:
" Falsafah pendidikan kolonial British di sepanjang pemerintahannya di Tanah Melayu, anak anak Melayu hanya dibekalkan dengan pendidikan sekadar untuk " menjadi " nelaya dan petani , yang kepandaian mereka cuma lebih sedikit daripada ibubapa mereka yang sememangnya rendah pendidikan atau langsung tak pernah bersekolah.". Beliau mengulas lagi tentang sikap golongan bangsawan Melayu, : " Keganjilan ini menjadi lebih dahsyat lagi jika dilihat pula kepada lagak 'konco konco' kolonial,yang  terdiri daripada manusia Melayu yang sememangnya sudah dipertuankan oleh bangsa Melayu, sejak berabad abad., bertindak bukan untuk membela maruah anak bangsa melalui pendidikan, tetapi menghalang bibit bibit kemajuan yang mungkin bercambah melaluinya.Ini lah nasib malang yang menimpa bangsa Melayu, selain didiskriminasikan oleh penjajah. mereka turut pula dinista oleh " penaung" mereka sendiri.") 1916 - 1926)
                    
 Ehwal yang mencengkam Orang Melayu,  terjadi dalam jangka masa yang agak lama sebelum penjajahan Barat. Ini telah menjadikan 'jiwa' orang  Melayu  sangat lemah untuk bersaing cabaran hidup di dunia. Kesan  psikologi ini memerlukan masa yang lama bagi mengikis kesan kesan negatif  warisan tradisi ini.


 KEDUA :
Faktor kedua  : Kecuaian  sebahagian daripada guru guru agama, yang lebih gemar memomokkan   ' mitos mitos kesaktian. dalam pelajaran mereka. ' Cerita cerita kehebatan  tokoh tokoh agama dan wira bangsa  seperti Wali songo, di kaitkan secara berlebih lebih dalam kebolehan sakti dan perkara yang menyalahi adat. Maka ini telah mewujudkan jiwa ' takut' , 'patuh' dan mendewa dewakan orang besar besar mereka. Orang melayu berkhayal 'magic' setiap kali menghadapi cabaran dalam hidup. Mereka bersikap ' terbergantungan pada idividiu yang  'disaktikan' dalam menyelesaikan masaalah hidup mereka. Lantas mereka sering gunakan faktor " hantu', 'kena sampok'. 'kena sumpah' sebagai satu ' escapism'- ( jalan lari keluar ) . Makakala  sebahagian pelajar pelajar lebih gemar mempelajari 'ilmu' sakti ' daripada lafaz lafaz mentera yang bersifat 'bidaah' dan ' khurafat', yang akhirnya jadikan mereka,  pak ustaz  bomoh di daerah masing masing. 


ORIENTALIS
Pendidikan sasaran utama.
Keadaan  ini di parahkan lagi oleh usaha yang terancang dari pihak yahudi dengan penyerapan mereka didalam " selimut ' para ulama' dengan  bertopengkan " ORIENTALIS". Kehadiran puak puak Orientalis ini adalah untuk membuat pengkajian secara halus dan terperinci mengenai segala yang berkaitan dengan ugama dan tabiat serta cara hidup bangsa bangsa umat Islam. Pengkajian ini bukan untuk menghayati tauhid dan Islam , tetapi dengan bermatlamatkan ' mencari dan membongkar ' jalan untuk menyelitkan unsur unsur subversif dalam ajaran  Islam. 
Ini dilakukan dengan :
1.Memesongkan ajaran Islam yang sebenar secara sulit . Mereka  menanamkan 'racun' kedalam jiwa pelajar pelajar muda Islam yang kemudian harinya, belajar di universiti mereka di barat, agar menolak fahaman  dan metodologi yang muktabar.  Metodologi ini   telah di sepakati asas nya oleh ulama' salafus soleh  serta  diguna pakai  oleh pengikuti Imam Imam Mujtahidin  dari golongan  ahli sunnah wal jamaah. Puak Orientalis  sengaja memprogramkan bahawa Islam mempunyai banyak tafsiran, yang semua nya bersifat relatif. Natijahnya, apabila asas ajaran menjadi tafsiran tafsiran yang bersifat relatif dan tidak muktamad, ianya akan menyebabkan  hukum hukumnya menjadi samar, mudah tercemar dan terpesong. Trend  sebegini,   membuka ruang kepada pendapat pendapat dari golongan  yang bukan ahlinya. Secara tradisinya, segala permasaalah dalam perkara furu' atau dasar, hanya di tentu oleh    ulama' yang muktabar sahaja. Memberi galakan yang bebas untuk membuat  tafsiran kepada orang yang tidak sepatutnya, akan membinasakan struktur struktur Islam dari dalam. Malangnya, perkara ini telah berlaku.


2.Membentuk serta melakukan  assimilasi  dalam fahaman  umat Islam bahawa Agama Islam  adalah  SAMA  seperti agama agama yang lain.  Langkah langkah  yang dilakukan adalah seperti  :            
 *  menyamakan taraf dan matlamat sultan sultan Islam dengan raja raja kafir.
 *  masaalah  dan  jalan penyelesaian masaalah ummah islam, sama dengan masaalah orang Kristian di Eropah.
*  alat bagi melakukan sukatan penilaian  nilai,  neraca, dan  tafsiran terhadap Islam adalah sama dengan apa yang di tafsir, dinilai dan  alat neraca orang Kristian. 


 Diantara cendiakawan orientalis yang banyak merosakkan umat islam ialah :  Snouck Hurgronje. Beliau  adalah seorang Profesor Christian yang sangat fasih  berbahasa Arab. Berpura pura  masuk Islam dengan mengunakan nama " Abdul Ghaffar." Beliau berotak licik dan menjadi dalang nomber satu dalam meruntuhkan kekuatan daulah islam di Indonesia. Semasa zaman Belanda, beliau telah dilantik menjadi pengajar di Bahagian pendidikan Khusus Calon Pegawai di Indonesia ( Indologie ) di Leiden. Faktor ini lah penyebabkan utama,  pegawai pegawai Melayu tidak begitu " sayang' dengan orang awam yang  sebangsa  dan rela menjadi konco konco penjajah yang kejam.


Secara beransur ansur  istilah istilah dan konsep konsep  Islam disamakan dengan istilah dan konsep Barat.  Konsep 'kejayaan',  'kemajuan',  'kebebasan', 'haq asasi',  'keadilan',  'persamaan', 'ilmu', 'pemerintahan' dan yang lain lain lagi.

 Sebagai contoh, telah terjadi satu kebingungan pada seorang pelajar yang mendapat didikan di Barat. Beliau berkhidmat kepada seorang ulama' sebagai usaha belajar ugama. Pada satu hari, beliau telah diminta untuk menyediakan dan melayan tetamu yang berkunjung ke kediaman ulama tersebut.  Ada dua golongan tetamu yang berkunjung pada hari itu. Rombongan pertama terdiri daripada kaum petani miskin dari sesuatu daerah yang sememangnya sudah terjalin hubungan mesra dengan keluarga ulama tersebut. Mereka di hidangkan dengan buah buahan dari pisang, betik, apple tempatan dan sedikit kacang kuda. Makan ini di hidang di atas safrah yang di perbuat dari kulit yang dihampar memanjang dihadapan tetamu yang agak ramai. Tiada pinggan dan cawan di sediakan.   Ulama' itu melayan dengan hormat sambil  memberi dakwah dan nasihat. Kumpulan ini melahirkan rasa puas dengan layan yang diberi serta balik dengan azam yang kuat untuk mengamalkan amalan ugama dalam kehidupan mereka.
Masjid yang dahulunya sumber ilmu.

KINI MURID DIHALANG  MENDEKATI GURU: PENULIS YANG DIGERUNI MATA PENANYA.
    Diwaktu yang lain pun, pelajar itu terpaksa melayan dan menyediakan hidangan kepada sekumpulan kecil daripada kaum orang kaya dan berpangkat dalam masyarakat. Pada kali ini,  hidangannya  ada sedikit  istimewa. Minuman di saji dengan cawan dan piring. Makanan pun tidak sama dengan apa yang telah di hidang pada para petani tadi. Kuih kek dan biskut  seta buah apple disajikan dalam pinggan .Ulama' itu melayan dengan hormat  sambil memberi dakwah dan nasihat. Kumpulan ini pun pulang  dengan azam yang kuat untuk mengamalkan amalan ugama dalam kehidupan mereka.
    Tiba diwaktu malam semasa menyediakan tempat tidor ulama' tersebut, si pelajar pun bertanya kepada ulama' tersebut :
     " Tuan Guru, saya kebinggungan. Hari ini berlaku perkara yang tidak saya fahami. Bukankah   kita sebagai orang islam mesti melakukan keadilan? " Tuan Guru berkata : " Ya, pasti"  Pelajar itu menyambung lagi : " Tapi, tuan guru, hari ini saya melihat, tuan melakukan sebaliknya. Tuan tidak melayankan manusia secara saksama."   Ulama' tersebut menoleh dan secara tepat memandang kemuka pelajar tersebut sambil berkata: " Ini lah kesan racun penjajah didalam otak kepala kamu. Apabila barat menjajah, mereka  menjaja  ' istilah istilah'  dan ' konsep konsep' yang bersifat sejagat, yang disaluti  manisan serta hiasan indah, tetapi mengandungi racun di dalamnya."   Ulama' itu terus memberi pelajaran:              " Beritahu saya, apa yang akan berlaku sekiranya saya satukan tetamu  dan disajikan  hidangan yang sama.? Orang miskin dari golongan petani akan makan dengan enak, tetapi cara makanan itu di hidangi,  akan menimbulkan rasa jijik pada orang orang kaya tersebut. Bila orang kaya engan makan kerana rasa tidak selesa, maka perasaan orang miskin akan terguris, lalu berhenti makan. Akhirnya , kaum kaya merasa berat untuk berkunjung lagi kesini dan kaum petani akan juga merasa terhina dan malu untuk datang lagi di lain waktu. Jadi tujuan dakwah saya akan gagal."    Dia mengakhiri nasihatnya : 
 " Dalam islam, tidak dianjurkan sama rata tetapi di beri penekanan  kepada menunaikan hak.  Isteri menunaikan hak suami dan sebaliknya, guru kepada murid, pemerintah kepada rakyak dan sebaliknya. Semua juzuk juzuk  agama  ada hak hak masing masing "


Seorang cendiakawan Orientalis berkata : " Pada ketika rakyat melihat raja raja diatas tahta mereka sebagai suatu  takdir Tuhan, mereka tunduk kepada kuasa raja raja mutlak tersebut tanpa bantahan  dan rungutan, tetapi selepas kita menanamkan didalam pemikiran mereka dengan suatu konsep hak hak mereka, mereka akan menganggap orang yang menduduki tahta tersebut sebagai manusia biasa juga dan apabila kita juga merampas kepercayaan mereka kepada Tuhan, maka kuasa akan tercampak dijalanan kepada PEMILIKAN AWAM dan akan DIRAMPAS oleh KITA."


 Cendiakawan yang lain berkata tentang konsep sama rata ini : " Orang orang  yang kononnya bijak pandai dari kalangan intelek moden ini,  tidak boleh memikirkan apakah makna sebenar di sebalik kalimat kalimat yang didampakkan ini,  kerana kaburnya konsep konsep ini dan kaitan antaranya : mereka  gagal memerhatikan bahawa sedangkan Alam Tabii sekalipun tidak wujud persamaan dan tidak ada kebebasan ; demikianlah Alam Tabii telah mengaturkan di mana  manusia tidak mempunyai kekuatan mental yang sama,  fitrah ( fe'el) yang sama dan kebolehan yang sama,  selamjutnya  begitulah undang undang tabii yang diikuti oleh semua orang."
1( .Petikan dari buku : HAKIKAT mencari
 landasan akhir zaman.: Hj.Muzafar.)


 KETIGAUSAHA PENJAJAH BARAT.
Faktor ketiga ialah  penjajahan kuasa British. Keberadaan pihak British tidak pernah melakukan perkara untuk kepentingan anak bangsa  pribumi. Setiap perkara  yang mereka lakukan  adalah  dengan helah 'ada udang sebalik batu' . Mesti ada keuntungan pada pihak mereka.  Bagi meneruskan kuasa penjajahan  dan kehancuran islam , selepas kemerdekaan,
mereka jelmakan dua konsep yang tidak ditentang oleh orang islam seluruh dunia, iaitu Sekularisme dan Liberalisme. Dan ini adalah penjelasan yang panjang, insyallah akan dimuat dalam entri yang akan datang.
Bersambung...........

Tuesday, May 1, 2012

MELAYU DAN PEMIKIRAN FEUDALISME.

  IDENTITI   MELAYU   BERKUBUR
    " AKU TINGGALKAN PADA KAMU SEKALIAN  AS SAQALAIN  (ath-Thaqalain - Dua perkara yang berat ) : 
KITABULLAH dan  'ITRAH - KU ( kerabat ku), KEDUANYA TIDAK AKAN BERPISAH  HINGGA  MENDATANGKU DI TELAGA.  MAKA LIHATLAH BAGAIMANA KAMU KALIAN TINGGALKAN AKU MENGENAI KEDUANYA. " - Hadith.  
             
                     " Sekali bah, sekali pantai berubah". 
Begitulah  berlakunya  perubahan  dalam landskap mukabentuk geografi  dan roh semangat   di  Alam Melayu  ketika  dihentak oleh  kuasa penjajahan berlaku. .Berdekad dekad lamanya, hingga membentuk menjadi abad berabad,  asakkan pengaruh dan campur tangan kuasa asing terhadap warcana Alam Melayu, tidak ada titik noktahnya..Dan setiap kali ianya berlaku, setiap kali juga  Melayu berubah wajahnya, hingga sekarang . Adakalanya perubahan itu baik lalu mendatangkan untung dan ada kalanya menyakitkan mata dan hati. 


ISTANA SULTAN NEGORI   MINANGKABAU
Begitulah yang berlaku kepada Raja raja Melayu. Tiada tahu hikmah disebalik takdir Illahi. Raja raja berhenti melawan .Malah musuh dijadikan  kawan, dari  menerima sembah  bertaulat,  terpaksa tanda tangani  perjanjian keparat. Raja raja Melayu menyerah kuasa, bersetuju bertuankan  Ratu Penjajah. Kini, berdiri lah,  anak bangsanya terpingga pingga dalam mengenal diri sendiri dan tuhannya..telah hilang semangat juang. Keliru  dalam mengatur langkah . Lalu berdirilah anak anak bangsa Melayu ibarat  batu batu nisan yang tegak bercondong.


         Feudalism adalah  sebuah  bentuk sistem  pengamalannya,  paut berpaut dalam rangkai berangkai dari Raja  membawa kepada pembesar besar istana dan ketua ketua daerah, melurut turun ke bawah sehingga ke orang ' kebanyakkan'. .Dimana sang raja  memberi kurniaan berupa tanah, pangkat dan kuasa,  kepada para para pembesar dan seterusnya sang pembesar memberi 'ikhsan' kepada  orang kebanyakkan dan sebagai imbalan penghargaan itu, si rakyak mesti lah sentiasa memberi ' khidmat' yang tidak berbelah bagi kepada orang atasan nya dan  mesti sedia berkorban untuk mereka. Ini lah amalan turun temurun, dari dulu hingga kini dan selama lamanya. Takrifan ini berpandu kepada istilah  orang di Eropah. 


           Alam Melayu  ialah  sebagai kawasan geografi yang meliputi seluruh   wilayah kependudukan manusia  berbahasa rumpun Melayu di seluruh Asia  Tenggara terutama di kawasan kepulauan yang kini menjadi unit-unit geopolitik  iaitu seluruh kepulauan  negara Indonesia, Malaysia, Filipina, selatan Thailand, kelompok-kelompok  di Kampuchea dan Vietnam serta Taiwan. Alam Melayu mempunyai kebudayaan dan bahasa induk yang di amali secara bersama. Faktor bahasa  ini adalah satu-satunya  tinggalan sejarah kuno  yang masih kekal menjadi petanda sahih dan benar akan kewujudan kawasan  petempatan pelbagai kelompok rumpun Melayu. Assimilasi budaya dari Hindu buddha  serta islam berlaku secara mesra , menerima dan hidup berkembang secara natural.Tiada pertembungan yang mewujudkan  kekerasan dan peperangan, kecuali  apabila Barat menjajah dan memaksa agama dan budaya mereka kedalam kehidupan Melaya Islam. Sebenarnya  manusia di Alam Melayu adalah manusia yang mempunyai sifat 'mesra dan terbuka', sifat yang mana senang serta sanggup menerima apa jua pengaruh yang datang daripada luar tanpa mengambil kira falsafah dan bentuknya. 

            Perkataan ' sembah patik, sembah dijunjung', ' hamba' dan ' tuan hamba' adalah kod istilah yang diguna pakai dalam sistem feudal ini. Menyalahi etika ini, di anggap derhaka dan boleh dihukum mati. Ironiknya, 'junjung ' dan ' sembah' ini telah beralih 'tuan' apabila  raja raja  Melayu terpaksa tunduk kepada ' tuan baru ' dari England. Maka '' orang  Melayu kebanyakan ''  mulailah mempunyai tuan yang bermata biru yang dipanggil ' Sir ' dan sedihnya mereka bangga hinggalah sekarang.  


            Di Alam Melayu, takrif  Feudalisme ,  dipandang dari sudut yang lain. Feudalisme  termasuk didalamnya,  prinsip yang mengakurkan kuasa pemimpin begitu menebal sekali dalam ethos bangsa  Melayu. Secara mitosnya,antara Raja raja Melayu dengan rakyat berbangsa Melayu , sudah ada perjanjian taat setia dan sumpah binasa. Perjanjian dan sumpah  ini telah di lakukan oleh  Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat jelata dengan  Sri Tri Buana  (sang Sapurba ) yang mewakili Raja raja Melayu.  Oleh kerana itu, maka tertanam sifat taat kepada Sultan sultan walaupun terpaksa korban nyawa dan rakan saudara .
         Tidak sedikit korban telah terjadi angkara taat setia perjuang pejuang  Melayu kepada  Sultan sultan yang mementingkan hawa nafsu sendiri.. Contoh yang jelas ialah ketaatan Hang Tuah yang pernah di fitnah  dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh  Sultan, tapi tampil sembah dan  relakan diri  pula bertaruh nyawa terhadap  sahabat karib, yang memperjuangkan dirinya demi keadilan. Hang Jebat  menjadi korban. Hang  Tuah terpaksa akur dengan sumpah setia. Sultan tak ambil ikhibar. 
Pandak Lam -Dato' Maharaja Lela al- Syahid
         Dato' Majalela pun terkorban atas nama taat setia. Beliau adalah seorang Mufti yang mempunyai kuasa untuk  menjatuhkan hukum pancung  tanpa bertanya. Beliau di anugerahi pangkat “ Dato’ Maharaja Lela Tan Lela. Berketurunan  Daeng Selili, anak Raja Bugis, merupakan penentang  kuasa British dan Malayan Union. Dalam pakatan sulit bersama Sultan Abdullah dan orang orang kaya Perak seperti Dato Sagor dan Ngah Kadin, di Durian Sebatang,  sepakat mefatwakan  jihad terhadap British kerana  menentang 'sistem Residen' ( 1870) dan akhirnya berjaya membunuh silaknat  James Wheller  Woodfird  Birch,
Resident Inggeris pertama di Perak. Pihak British mendapati sukar untuk menangkapnya dan  akhirnya mengunakan sultan agar memujuk beliau  menyerah diri dan diadili oleh musuh.  Atas nama taat setia, akhirnya beliau, gugur syahid  ditali gantung di penjara Taiping, pada 20hb Jan, 1877.{ Ada cerita dikatakan, beliau  di gantung di Matang bersama Dato Sagor, Si Putum. ) . Manakala JWW Birch dijulang dan dikenang.
DATO' BAHAMAN,PEJUANG PAHANG.
        Begitu juga nasib pahlawan pahlawan  Pahang,  Dato' Bahaman, Tok Gajah, Panglima Mat Salleh dan Mat Kilau  yang menentang kekuasaan Resident Pahang, J.P.Rodger,,  dianggap oleh  pemerintah penjajah  bersama sama  talibarut  talibarut  Inggeris sebagai pendehaka. Mereka terpaksa hidup sebagai ' the Most Wanted ' dalam negara sendiri. Sultan diugut agar menangkap Dato Bahaman ketka di Lubuk Terua. Orang orang Sultan, melakukan  khianat dengan mungkir perjanjian sulit agar tidak menembak sesama sendiri. Akibatnya anak Dato' Bahaman Ahmad,Panglima Perang Weh  danTuk Muda Bidin terbunuh .  Penjajah Inggeris meluputkan kuasa Dato' Bahaman lalu  dijadikan beliau pendehaka pada Sultan.  Inggeris  mengangkat diri sendiri sebagai Pemungut  hasil negeri. [ Pahlawan Pulau Tawar ]
        Kuasa Eropah mula menganas ke daerah Timur, selepas tumpangnya kota  Contantinople pada tahun 1453 kepada Tentera Islam. Semangat Perang Salib ditiup kembali oleh Raja  Henry dari Portugis.  Beliau membangunkan kemahiran perkapalan dan mula mengelilingi dunia untuk bersatu dengan puak puak yang telah berjaya menakluki benua Amerika dari tangan tangan orang Moor. Pada tahun 1492 Kristian dapat tewaskan Iberia, Sepanyol ( Andalusia).  Kuasa Islam di India terdiri dari kerajaan  Kesultanan Gujerat  dan Bijapur di Utara manakala di persisiran Barat India hingga ke  Kerala, di tadbir oleh  Chola atau Zamorin. Sekitar laut hingga ke China, tidak pernah berlaku pertempuran bersenjata atau peperangan di antara kapal kapal dagangan.. Jadi kemunculan kapal kapal Portugis bersama senjata adalah benar benar perkara baru di Alam Melayu. Pelayar  pelayar  dari China hampir hilang setelah kematian laksamana Cheng Ho.  Serangan dan campur tangan pihak  Portugis yang menjadi 'LANUN" sebenar pada abad itu,  telah berjaya menumbangkan kerajaan  Islam, satu persatu bermula dari  Sepanyol  menurun ke hujung benua Afrika, membelah laut menuju  ke benua India, lintas ke Aceh dan akhirnya  tumbang kerajaan Melayu melaka pada 1511.[Daulah Uthmaniyah dan Alam Melayu ]


KUBUR RAJA HAJI DI RIAU-dah jadi tempat kurafat.
        Sebenarnya, penentangan terhadap penjajah Barat, beransur ansur mengendor dan ' melembut' setelah beberapa penentangan yang dilancarkan dapat di tumpaskan oleh pihak penjajah. Penentang terakhir secara hebat telah dilancarkan terhadap penjajah Belanda tapi dapat di patahkan, adalah dari seorang anak raja Bugis  ( 1784 ) yang wara' ia itu Raja  Haji. Beliau tumbang sebagai syuhada Islam di Teluk Ketapang [ Tanjung Palas ], Melaka apabila cuba untuk menawan kota  Melaka. Mayatnya telah dibawa kedalam kota A Famosa  dan di kuburkan di tempat kandang babi. Setelah Inggeris mengambil alih kerajaan Melaka dari Portugis,  jenazah Raja  Haji di pindahkan ke  Riau , setelah sekian lama bersemandi disitu.[ Hikayat Abdullah Munsyi ] [ Tuhfah an Nafis ]
HSIAN TUNG-RAJA TERAKHIR CHINA
        Sememangnya, Belanda, Portugis  atau  British, adalah bangsa yang sangat menebal perasaan prejudis dan dendam kesumat terhadap ugama Islam, tidak pernah merasa simpati dan kasih terhadap anak bangsa pribumi yang dijajah.Sama saja di jajahan Belanda di Indonesia atau  Inggeris di Tanah Melayu. Percaturan politik yang di jayakan semata mata untuk kepentingan  kekayaan mereka dan penghapusan  pengaruh Islam.  Semasa menakluk Melaka,( 1511)  Albuqueque , silaknat  Portugis,   tergamak merobohkan Masjid Di Raja, lalu digunakan batu bata masjid untuk membena Kota Besar A-Famosa. 
[ Munshi Abdullah ]Dan sekarang dibanggakan oleh anak bangsa Melayu Melaka. 
       Penjajah begitu sedar dan arif bahawa penghalang terbesar dalam menakluki Alam Melayu secara total adalah Ugama Islam dan kuasa Raja raja. Melalui islam akan muncul Jihad,  manakala sultan pula adalah lambang setia dan kuasa politik. Penghapusan dua sumber ini akan meranapkan seluruh Alam Melayu. DImulai dengan ' Serang dan takluk', diikuti dengan 
 ' Pisah' dan ' Perintah' dan terakhir hingga kini ialah ' didik' dan ' perubahan '. Selepas Perang Dunia Kedua, setelah  Daulah Islam tumbang, Penjajah mula menyusun 'orde' baru , dengan menjadikan kuasa Eropah dan Amerika sebagai POLIS DUNIA  , bagi mengisi ruang yang dikosongkan oleh daulah Islam. Dan nasib semua raja raja  dan sultan  di seluruh  negara negara  timur hingga ke tanah besar China, ditentukan sama ada di lupuskan atau di bonekakan


 Bersambung pada Entri : Bila sultan Melayu bercandar di London..........