( Rampas harta orang kaya, beri orang miskin )
" TUJUAN TIADA SEKALI KALI MENGHALALKAN CARA"
SEKADAR RENUNGAN :
KETIKA DARAH SEDANG MEMBUAK BUAK
KETIKA NAFSU MEMUNCAK. MANAKALA AKAL TERKELIRU.
berzikir tenang hati |
BERSIH 9/7/2011 - KUNING
APABILA........
BERSIH2.0 dengan Ambiga,Ambiga dengan pluralismanya, Kes Liwat dengan DSAI, Wanita Mongolia dengan Razak Baginda, Rosmah dengan Permata dan pembaziran wang rakyat, Najib dengan Kapal Selam dan...... , Ibrahim Ali dengan Perkasa,Dr.Asri dengan fahaman Wahaabinya, gerakan kristian dengan Al-kitab dan kalimah Allah, Haraqah islam dengan ancaman syiahnya.....dan....bla...bla...
Semua perkara yang meresahkan jiwa.Suasana perhubungan antara islam sudah tidak harmoni lagi. Keadaan pergerakan manusia dan tindakan nya membimbangkan. Terlintas di fikiran, masih ada akal berfikir kah kita. Masih ada lagikah sedikit rasa pertimbangan dan kewarasan. .Apa yang aku maksudkan adalah sikap terburu buru kita melakukan tindakan atau membalas tindakan lawan.Kita rela membelakangi keutamaan kehendak Allah swt. Malah kita peralatkan tata tertib agama Allah untuk keperluan diri.
Nabi yang mulia bersabda :" Barangsiapa yang membaca ' Subhanallah, Alhamdulillah, Walaa illaha illalah, Allahuakbar, maka setiap huruf akan dibalas dengan sepuluh kebaikan baginya.Barangsiapa menolong orang yang bersalah,maka Allah akan murka sebelum ia bertaubat atas dosa tersebut.Dan barangsiapa membantu orang yang melanggar batas batas agama, maka ia telah menentang Allah. Barangsiapa memfitnah seorang muslim laki-laki atau wanita, maka ia akan di penjara dalam 'Radghatul_ khabaali ' pada hari qiamat sehingga ia berhenti dari ucapannya. Dan ia tidak mungkin keluar. " ( H.R.Thabrani )Trend yang melanda kaum Melayu sekarang adalah mereka hanya berpegang pada kata kata pemimpin pemimpin partai masing masing. Semaada perkara itu di pihak haq atau bathil , tidak di ambil kira. Tiada di tapis dan di timbang nilai lagi.Al-Quran dan nasihat hadith di belakangi. Tidak dijadi neraca timbangan.Bukan di sengajakan tapi oleh kerana kejahilan agama.Kebanyakkan mereka, tidak mendalam kefahaman ilmu agamanya. Mereka adalah anak anak didikan sekularisma.Mereka belajar agama daripada ceramah ceramah dari internet dan kaset..Mereka melihat agama daripada sudut politik kepartian. Ahli ahli yang berpendidikan agama pula, oleh kerana kepentingan partai masing masing, mentakwil dan tafsir untuk maksud yang diri nurani sendiri sedar dan mengetahui akan penyelewengan nya. Sahabat sahabatku, kaum muslimin.Berpolitik ala berpartai ini ada batas batasnya Dan anda memang sedar bahawa ia adalah bukan tariqah wahyu.
.Rasulullahbersabda : " Ada sebabagian orang yang lidahnya mengatakan suatu ucapan dan mereka tidak mempedulikan ucapannya, sehingga kerana ucapannya , mereka dimasukkan ke neraka."
Takuti Allah wahai para ustaz ustaz, Aku tak peduli jika si jahil yang mengotori keadaan, tapi anda , kaum yang di amanahkan oleh Allah swt. untuk meluruskan keadaan, maka luruskanlah.Ingat.kini anda mudah berbicarakan kelemahan dan keburukan orang lain, tapi kelak seluruh pembicaraan lisan harus dipertanggungjawabkan dan kelak hanya ucapan yang sah dan bertepatan dengan syarak saja di terima. Seluruh pembohongan, umpatan dan fitnah akan di adili Kesal ketika itu tiada nilainya. Bulan Isra' Mikraj masih segar lagi. Syarahan pak ustaz tentang rentetan peristiwa berkaitan amalan manusia masih terngiang ngiang di cuping telinga. Bagaiman dahsyat akibat bagi pemidato- pemidato yang menabur fitnah dalam umat. Bibir dan lidah mereka di potong potong, tiada penghabisnya.
Ibnu Munkadir adalah seorang muhaddits dan tabi'in yang masyhur,. Menjelang wafatnya, ia menanggis sehingga orang bertanya, " Mengapa engkau menanggis? "Jawabnya, " Aku tidak menanggis kerana dosa yang telah aku lakukan,tetapi aku menanggis kerana mungkin ada sesuatu yang ku anggap remeh, padahal mungkin hal itu berat disisi Allah swt.
WARGA PEPOHON RIMBA YG AMAN |
Apa harus dilakukan ?Apa kita harus lakukan ? Ya, apa harus dilakukan............Akhirnya sepohon pokok yang paling tua bersuara,: " Dengar semua...hanya satu jalan selamat bagi kita semua. Jangan ada siapa pun diantara anak cucu kita yang akan jadi pak sanggup untuk dijadi ULU pada kepala kapak itu.Biarkan dia disitu. Ingat..Jangan ada siapa pun yang sanggup untuk menjadi ULUwalaupun untuk apa apa alasan jua.........."
http://www.fotopages.com
No comments:
Post a Comment
SAY WHAT YOU THINK OF THIS ARTICLE.