وَاشْكُرُواْ نِعْمَتَ الله إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ“…Dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata. “[ Al- Nahl 114 ]
HARGAILAH APA YANG ANDA SUDAH MILIKI |
SYUKUR – Makna yang ingin dibawa disini ialah sifat dan sikap orang yang ada dalam dirinya ‘ perasaan memghargai nilai sesuatu anugerah “ justeru itu terbit rasa yang sebenar, yang mana akan menerbitkan satu perasaan berterima kasih pada pemberi dan dia sendiri merasa bertuah kerana memilikinya..Dalam bahasa inggeris ialah “ sense of value “ SYUKUR juga diberi tarif sebegini :
" ASY SYUKRU MA'RIFATUN BILJINAANI WA DZIKRUN BIL LISAANI WA 'AMALUN BIL ARKAANI "
- " Syukur adalah mengetahui Allah dalam hati [ sedar ] dan berzikir [ ingat]
dengan lisan serta melaksankan dengan semua anggotanya "
Aku nak kongsi bersama anda tentang perkara ini. Dengarlah perbualan aku bersama seorang doktor bedah di sebuah hospital kerajaan di Pulau Muntiara Pandangan ini mungkin betul dan ada kemungkin hanya setengah betul. Lain sudut tafsiran dan pandangan.. ............Adakah kita seorang yang benar benar bersyukur ?. Kebanyakkan sifat orang melayu,barulah menyedari NILAI nikmat yang dimiliki, apabila nikmat itu sudah hilang.Kita akan lebih menghargai mata atau kaki, apabila mata telah buta atau kaki akan di potong.Selagi sihat, semua nasihat kesihatan di pandang enteng.“ Jangan makan manis manis, nanti kena kencing manis “ bila dinasihati oleh sesaorang .Biasa nya kita akan menjawab : “ Aaahh..!!!, kalau nak mati, mati juga, Semut makan gula, tak kena pun diabetes ? ujar loya buruk kita. Tapi apabila doctor kata akan potong kaki, kita meraung macam orang mati bini . Itu lah kita. Kurang benar nak menghargai apa yang kita SUDAH ada, tapi kita sering dan lebih gemar merungut dan menjerit pada apa yang tidak kita miliki.
* AKU membuat pembedahan kecil di hospital XXX tempoh hari.Perbedahan yang dalam bahasa perubatan bunyi begini - " Excision biopsy of sebaceous cust of scalp " Aku dibedah oleh seorang doktor yang bernama Dr.Imran.Orangnya agak tinggi, berkulit cerah dan agak terbuka atau lebih tepat sebagai " frank" .Apa yang ingin aku tulis adalah hasil daripada perbualan kami berdua semasa menanti giliran aku untuk dibedah.
" You tengok lah sikap orang melayu kita, senang mungkir janji . Orang bangsa lain yang tidak kenal Allah, sekurang kurangnya mereka lebih tahu nak tunai janji." Dr.Imran merungut tentang seorang pesakit yang tidak ambil peduli untuk memberitahu tentang ketidak hadirannya untuk pembedahan.
" Mungkin dia ada hal kot, doktor " aku mencelah untuk membela pesakit seperti aku.
" Orang Cina kebanyakkannya tidak buat perangai seperti ini Semua ini perangai orang melayu kita tak kira berkupiah atau tidak , selalunya sama." Kali ini aku diam ,tidak menjawab. Aku hanya angguk kepala saja.
"Sekurang kurangnya, mereka datang memberitahu kami untuk tukar tarikh temu janji. Perkhidmatan ini percuma, pasal itulah mereka tidak menghargainya. Pasal sikap ini lah orang lain terpaksa menunggu minggu depan." Dr.Imran memberi syarahannya. Terpancar perasaan kecewa dalam diri Dr.Imran.Orang seperti Dr.Imran adalah contoh sebahagian melayu yang sayang bangsanya dan memilih cara mengkritik bangsanya sebagai jalan keluar. Bukan sahaja Dr.Imran, aku telah ketemu ramai bilangan orang orang melayu yang amat kecewa dengan sikap buruk yang dilakukan berulang ulang oleh segelintir Melayu.
" Saya belajar di UK. Orang disana memandang tinggi pada nilai diri. Harga diri sesaorang adalah dalam " tunai janji", kalau dia tidak boleh di pegang pada perkataannya,( his words) dimana harga dirinya,?
Aku teringat akan perkataan seorang kawan. Di satu masa yang lalu, seorang sahabat yang berkerja di Jabatan Ukur ,Johor Bahru,merungut dengan sikap orang melayu yang kurang menghargai nilai tanah yang mereka miliki.
" Hang tengok,nal " runggut Abd.Samad. Slang ' hang " agak kedengaran janggal pada telinga aku. " tanah harga beribu ribu ringgit tapi bila kita minta geran tanah daripada dia, dengan susah payah dikeluarkan dari poket seluarnya dalam keadaan geran berlipat sepuluh, macam kertas belacan. Itu geran tanah, nilainya puluhan ribu, tau tak ?
Selanjutnya beliau memberi hujah perbandingan, bahawa berlainan dengan orang Cina, mereka amat menghargai harta benda mereka.Selalunya geran mereka terpelihara dalam beg yang sempurna dan mereka amat mengambil berat untuk membayar cukai tahunan.
Benar. Kita mesti berubah. Hargailah pada apa yang kita miliki. Ada anak, didik mereka, jangan sia siakan harga diri mereka begitu saja . Mati katak kerana rempit, terbiar merayau tak tentu arah,kerana giat dadah, lari rumah kerana melancur jadi bohsia. Buang anak pasal tagih cinta dan kasih sayang. Luang kan masa untuk mereka. Duit, harta benda, tidak boleh membeli sebuah harga diri yang telah musnah.
Fikiran ku berligar ligar. Aku membantah atas sikap orang melayu yang banyak mengutuk bangsa sendiri, tapi Dr.Imran meluahkan kekecewaannya lagi.
" Macam mana i tak kutuk melayu ,telalu teruk.Mereka hidup macam tak bertuhan.Mereka kata " kita ada Allah " tapi hidup harian tak ingat Allah. Kata orang kafir jahat pasal minum arak, lakukan zina,..itu semua pasal mereka ( orang kafir ) menggangap perkara itu ( zina ,arak ) adalah tidak salah pada mereka.Dalam kehidupan mereka tak salah. Judi tak salah dalam masyarakat orang cina, jadi mereka berjudi. Bukan perkara besar.Orang barat melakukan zina suka sama suka, itu tak salah pada mereka. Undang undang mereka membenarkan.Macam bakal Raja Engand, Prince Edward dan Kate Middleton, mereka bersekedudukan macam suami isteri selama setahun , kemudian baru baru nak khawin ,dan itu tak salah pada mereka.Orang melayu , jangan nak ikut yang ni pulak,,..melayu kalau pasal sex, menangkap je." Kata beliau panjang lebar." Tak salah? " ujar aku. " Ya laa, at least pada undang undang negara mereka ". balas doktor Imran.
" Yang sedihnya orang kita melayu,mereka tahu Allah sebenar benar tuhan yang mentadbir semesta alam, tapi melakukan perkara perkara yang terlarang .Mana Allah ? Dan sang ustaz -ustaz pula merangkak ,mengendap, selepas'syok' melayan aksi panas, barulah tangkap "" kata Dr.Imran.
Fikiran aku berputar pada satu ketika yang berlaku di sebuah sekolah menengah.Seorang pelajar cina telah didapati melakukan aktiviti berjudi didalam kawasan sekolah dalam waktu sekolah.Dia dibawa kehadapan guru displin.Setelah soal siasat,dia didapati bersalah dan hukuman susulan dikenakan. Bapanya dikehendaki datang ke sekolah. Pada keesokan harinya, datanglah bapa pelajar tersebut kebilik Guru besar.Terjadilah dialog begini :
" Encik Tan, anak encik telah melakukan satu kesalahan yang besar." kata Guru besar.
" Soli lah cikgu, saya mintak maaflaa, .lagipun ini perkala kecil,maa, apa mau busat busat" kata Encik Tan.
" Apa En,Tan, perkara kecil?. En.Tan tahu ke, undang undang sekolah menggangap perkara ini besar.! " kata Guru Besar." Apa busat ,cikgu, dia punya mak pun hah main majung hali hali di rumah maa." hujjah
yang konkrik oleh En.Tan.
Begitulah perbezaan nilaian dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia.Encik Tan mungkin main judi, langgan pelacur dan tipu dacing , tapi mereka lakukan atas dasar satu kepercayaan bahawa mereka buat perkara yang tidak salah. Contoh lagi, tipu dacing.Mereka berkata, tipu sikit sikit tak apalah .Apa salahnya dia tipu kita dalam timbangan dacing ? Tuhan mereka pun mereka tipu. Dalam upacara ,peringatan hari kubur atau hari Hantu Lapar.Mereka hidangkan buah dan makanan pastik dan duit palsu dengan alasan bahawa " tuhan " duduk jauh diatas, ' tuhan' tidak berapa nampak. Jadi tipu sikit tak apa.maa....
Melayu bagaimana ? Hampas. Nak kata tak bertuhan mengaku beriman.Nak kata ada tuhan, hidup macam binatang.Semua mereka lakukan. Semua boleh..
Ingin aku nak peringat pada diri sendiri dan sahabat handai semua, lebih lebih lagi, mereka mereka yang hidup selesa tapi masih tidak rasa nak bertaubat, atau terasa dah banyak amal dan atau dah terasa sudah dijamin syurga. Ingat dua hal ini:
1. " Takutlah kamu dari wujudnya kebaikan yang diberikan oleh Allah kepada mu, padahal kamu tetep dalam mengerjakan kemaksiatan kepadanya, dimana semua itu akan menjadi ISTIDROJ kepada kamu . Allah pesan :"Nanti kami akan menarik mereka dgn berangsur angsur kearah kebinasaan, dgn cara yang tidak mereka ketahui "[ al-a'rof]
2. Nabi Muhammad saw { rahmat Allah dicucuri keatas nya.] pernah ditanya oleh isterinya A"esah ra. berkenaan bengkak bengkak kaki baginda yang mulia kerana telalu lama berdiri dalam solat malam.Nabi bersabda : " Yang saya risau dan khuatirkan ialah bahawa saya belum melakukan perbuatan sebagaimana semestinya seorang hamba yang bersyukur " .
Jadi marilah kita berubah. Hargai lah apa yang kita sudah miliki. Harta yang paling mahal adalah kehidupan kita. Perguna lah untuk sehari yang lebih bermakna,.....
....
Wah, bernas, right to the point.
ReplyDeleteSatu sifat orang yg bersyukur adalah qanaah - redha dengan pemberian Allah tanpa sebarang rungutan.
ReplyDelete