Popular Posts

Saturday, July 23, 2011

SYURGA ADALAH DIBAWAH TAPAK KAKI IBU.

               " WHAT is a wife worth to a husband  in term of companionship and services ?.     "APAKAH   nilai harga  seorang isteri kepada suami  dalam bentuk  menjadi teman hidup dan  layanan perkhidmatan?  Pada diri aku, tak ternilai. Tidak dengan timbangan harga benda di dunia ini. Selayaknya bagi isteri yang solehah, aku doakan nilaian sebuah  SYURGA.

Terkilan di hati aku apabila melihat  di mahkamah syariah,  sang isteri dibayar  pampasan  dari bekas suami  dengan seciput nilaian ringgit yang mana kemudian hari dia  mungkiri  pembayaran tersebut.

Birth thru' operation
Isteri ku baru lepas bersalin anak yang kesembilan. Kali ini, cobaan nya berat untuk dirinya. Dia terpaksa menjalani pembedahan. Anak dalam kandungan di katakan  berada dalam situasi "  jantung anak lemah, ada resiko" .Kejadian pembedahan ini sangat mengeciwakan hati aku. Banyak ketidak setujuan aku dengan 'prosedur' hospital kerajaan ini. Seolah olah ada ketidak tulusan berlaku.Dalam seminggu ini saja ( dari  15/7 hingga  21/7 ) di Hospital Seberang Jaya, Penang, tidak kurang dari 30 ibu terpaksa melalui proses pembedahan untuk kelahiran. Ada masaalah yang sedikit saja, terus buat pembedahan.Aku rasa ada ' something really wrong" dengan minda doktor yang membuat keputusan. Kebanyakan doktor doktor ini masih  lagi dalam latihan. Tok Guru pada  doktor doktor ini, aku fikir  mesti  dari  jenis ' loose nut'  dalam  otaknya aku  agak..
Seorang sahabat aku yang isteri dia pun kena bedah, begitu tidak senang hati.Anak sulung.pula.
 Abang Mubarak dengan adik baby
Mengikut kata isteri dia, doktor di klinik, tidak menerima tarikh akhir haid dia, tapi lebih percaya pada tarikh  dari bacaan ' film scan'  akibatnya isteri dia terpaksa di bedah kerana dah TERLEWAT dari tarikh " DUE '.. Dengan nada kesal dan marah,kawan aku menuduh ' misi misi ( jururawat) sebagai bertuhankan " alat scan'. Sikit sikit kena scan. . Scan ini akan menentukan, tarikh due, air tuban kurang atau tidak dan jantung lemah atau kuat, Ini semuanya, kerja dajjal..Walhasil, sebenarnya, mereka berkerja untuk kepentingan diri merekasendiri. Cepat cepat habiskan kerja, hujung minggu, 'tutup kedai', kita rehat makan angin.Aku andaikan begini kerana semasa aku hantar isteri untuk di masukkan dalam wad pada hari rabu, ramai ibu yang di bariskan di dewan bersalin, tidak kurang dari 20 orang.Begitu juga pada hari khamis,ramai seperti hari sebelumnya, tetapi tersangat sunyi sepi pada hari sabtu  malah wad 9  hampir 90% katilnya kosong. Ini adalah kenyataan yang aku saksi sendiri kerana aku terpaksa mengambil handphone isteri aku pada hari sabtu.Walau apa jua alasan, perut isteri ku telah di bedah dan dia terpaksa menanggung lebih sebulan untuk rasa sembuh.Aku terpaksa pasrah. Aku tidak ada pilihan. Ini adalah dunia untuk orang berduit. Aku tewas.

KHAS UNTUK ISTERI AKU  :  TERIMA KASIH   UNTUK SEGALA GALA NYA.


Pada semua kaum ibu dan  isteri isteri, jaga lah amanah  Allah baik baik, ANAK ada amanah Allah  maka  jadi lah wanita yang solehah, insyallah SYURGA menanti anda.Pengorbanan anda tidak akan di rasai oleh kebanyakkan orang tapi yakinlah, tidak sedikit pun di lupai oleh Allah swt.
 Disini  ada kata kata semangat yang aku simpan dalam dairy aku sejak  tahun 1982 lagi....


                     Never admit the pain  Bury it deep, Only the weak complain , Complain is cheap.
                     Cover your wound,  It's curtained place, 
Silence is still a crown, ....Courage a Grace.
 
.

        

No comments:

Post a Comment

SAY WHAT YOU THINK OF THIS ARTICLE.