Popular Posts

Tuesday, July 26, 2011

BACAAN AL-QURAN UNTUK ARWAH DI BULAN RAMADHAN ?

                                                                                
                       
KERTAS INI SEBAGAI HADIAH TAHLIL ARWAH.
       BULAN RAMADHAN sudah hampir tiba. Sekarang ini aku tengah  tawajuh kepada Allah swt  untuk  visa ke India,  di luluskan. 
Aku ke India untuk menziarahi ulama ulama di Basti Nizamudin, New Dehli.Sudah hampir 11 tahun tidak ada kesempatan untuk kesana. India High Com.kuala Lumpur  mengamalkan diskriminasi  terhadap orang islam Ketara sangat.Asal berjanggut dan hendak tinggal lama saja, pasti kena" reject "Malas nak cakap pasal ini,nanti di cap sebagai ' racist " pula.
 Sudah menjadi amalan aku,  membaca surah Yasin setiap  hari,  selepas wirid solat subuh. Aku  kemudian akan  sedeqahkan pahala bacaan kepada ibu dan bapa aku.
      Semalam aku seperti biasa membaca surah Yasin dan kemudian berdoa.Tiba tiba aku di datangi oleh seorang pemuda yang misai masih halus tumbuh di bibirnya. Dia setelah  minta maaf terlebih dulu, terus menegur dan  bersyarah kepada aku, bahawa amalan yang aku buat ini adalah bidaah.Amalan membaca surah Yasin dan kemudian bersedeqah pahala amalan pada arwah adalah BIDAAH. .Aku diam sahaja.Dah biasa dengan puak puak wahabi dan anak didik ustaz Asri ini.
Kemudian aku balik kerumah. Pada waktu petang, aku di datangi oleh beberapa pak lebai. Aku mengelar  pelajar pelajar pondok Agama sebagai pak lebai..Di hulurnya kertas " Bacaan Al- Quran untuk arwah di bulan Ramadhan. Harga Rm 5.00. Aku ambil satu  untuk sedeqah bagi arwah ibu dan bapa.Setelah membelek belek kertas tahlil itu, terlintas dalam fikiran aku tentang hujah hujah pemuda wahabiah pagi tadi.Lama aku merenung masaalah ini.Apakah faedah puak puak wahabi ini buat? Bidaah ke amalan datuk nenek kita ? Aku tak suka nak berbalah atas perkara ini tapi oleh kerana ,perkara ini boleh mengelirukan orang awam maka aku ingin kongsi rencana  sahabat aku untuk dikongsi  bersama agar tidak mudah keliru dan  terpedaya.:

 SILA BACA HUJJAH INI ; DARI SEORANG ALIM DAN SAHABAT KU.
 USTAZ  KAMAL  PENOLONG MUDIR MADRASAH AL TAHFIZ AL-QURAN.
 MENGKUANG TITI, B.M.

TENTANG  PAHALA BACAAN AL QURAN

Saya pernah melihat satu CD kuliah agama yang di adakah di surau Taman Semilang Seberang Perai. Penyampainya bertegas mendakwa bahawa  pendapat di dalam mazhab Imam Syafie adalah bahawa " tidak sampai pahala bacaan Al Quran kepada orang yang telah meninggal dunia" . Ustaz yang menggelarkan dirinya sebagai ‘mamak kelam kabut’ itu telah memetik daripada beberapa kitab yang dianggap hebat dalam dunia Islam. Antaranya ialah Tafsir Ibnu Kathir, Al Majmu’ syarah Al Muhazzab karya Imam Nawawi, Bahrul Mazi karya Syaikh Idris Al Marbawi (Lubuk Merbau, Perak).

Menurut ustaz itu, di dalam kitab tersebut dinyatakan bahawa pendapat yang masyhur di dalam mazhab Imam Syafie ialah " tidak sampai pahala Al Quran kepada si mati " Dia selanjutnya mendakwa  bahawa ini adalah pendapat yang  " mutlak "  BENARKAH ?.



Saya kurang faham  maksud sebenar " mutlak"  dalam katanya itu. Tetapi berdasarkan kesungguhannya mempertahankan pendapat tersebut, saya dapati maksudnya ialah" pendapat muktamad " .

Ustaz berkenan sama dengan bekas mufti Perlis Asri Zainul Abidin yang berfatwa begitu. Mereka menggunakan qaul Imam Syafie sendiri untuk menolak amalan yang telah dibuat oleh umat Islam Malaysia yang bermazhab Syafie. 


TUDUHAN AHLI  WAHAABIl  / SALAFIAH YANG LICIK  SERTA KELIRU


Dalil yang dikemukakan oleh mereka untuk mengatakan bahawa tahlil dan bacaan Al Quran tidak sampai kepada si mati ialah ayat Al quran surah An Najm.  Ertinya

: “apakah dia tidak diberitahu dengan apa yang ada di dalam suhuf Musa, dan Ibrahim yang menyempurnakan (tugas kenabian), (iaitu) bahawa satu orang yang berdosa tidak berdosa dengan dosa orang lain (tidak menanggung dosa orang lain), dan tidak adalah (pahala) untuk manusia selain apa yang ia amalkan.

Dari sinilah mereka mempertahankan pendapat tersebut dan bersungguh-sungguh nampaknya.

Para pembaca boleh lihat sendiri di dalam kitab Mukhtasar (ringkasan) Tafsir Ibni Kathir ditulis selepas mentafsirkan ayat ini: dari ayat yang mulia ini  As Syafie telah istinbat ( mengeluarkan hukum darinya ) bahawa bacaan al Quran tidak sampai pahalanya kepada orang yang telah mati kerana ia (bacaan) itu bukan amalannya. Kerana Nabi (sallahu alaihi wa sallam) tidak menggalakkan umatnya melakukannya, dan tidak pernah dinukil (amalan ini) dari seorang sahabat Nabi pun. Jika perbuatan ini baik tentulah mereka akan mendahului kita melakukannya…Adapun doa dan sedekah maka ijmak berlaku pada sampai pahala kedua-dua dan ada nas mengenainya. (jld 3, ms 404)

Terjemahan isi kitab ini pernah saya lihat ditampal di masjid Sungai Karangan, Kedah atas maksud untuk menghentikan perbuatan ‘bidaah’ yang telah berpuluh tahun dilakukan oleh pengikut Imam Syafie yang telah berfatwa bahwa tidak sampai bacaan yang dihadiahkan kepada mayat.

Di alam kitab Majmu’ tertulis: “dan para ulama telah berbeza pendapat pada sampainya pahala bacaan Al Quran kepada orang yang telah mati. Maka pendapat yang masyhur dalam mazhab Imam Syafie ialah tidak sampai pahala. Ahmad bin Hanbal dan sekumpulan ulama, dan sekumpulan sahabat-sahabat Imam Syafie berkata sampai pahala Al Quran. Dan pendapat yang dipilih daripada Ashab ialah pembaca hendaklah berdoa selepas membacanya: ya Allah sampaikan pahala bacaanku” (Al Majmu’, jld 16, ms 509)

Di dalam kitab Tuhfatul Muhtaj tulisan Syaikh Ibnu Hajar juga menyebutkan perkara yang sama, bahawa pendapat yang masyhur dalam Mazhab Syafie ialah tidak sampai pahala bacaan Al Quran.

Berdasarkan perkara tersebut maka ertinya kita para pengikut Imam Syafie telah membuat perkara yang sia-sia dengan mengahadiahkan bacaan tahlil dan bacaan al Quran kepada si mayat. Inilah tuduhan Puak Wahhabi kepada kita.( wahabi ini macam sumpah sumpah, dia suka bertukar warna . Takut orang kata dia  wahaabi, dia  gelar diri ' salafi' .)

KEDUDUKAN SEBENAR AMALAN BACAAN TAHLIL.


TAPI  sebenarnya puak Wahhabi itu telah melakukan PEMBOHONGAN kepada orang-orang awam yang hanya tahu angguk sahaja dan terbukti mereka sebenarnya tidak faham fiqah mazhab Imam Syafie tapi berlagak pandai.( Taksub nak salahkan orang lain )

Sebenarnya bila disebut qaul masyhur dalam syafie, itu bermaksud Imam Syafie mempunyai banyak pendapat dalam hukum bacaan Al Quran ini. Hanya pendapat yang masyhur ialah pendapat yang lebih kuat hujahnya daripada pendapat yang tidak masyhur. Pendapat yang berlawanan dengan qaul masyhur itu pula daif. Ini ialah istilah yang digunakan oleh Imam An Nawawi.

Mereka menjaja ke sana sini qaul masyhur Imam Syafie itu supaya orang-orang jahil terpedaya dan mengikut kata-kata mereka yang sebenarnya mengandungi kepalsuan dan niat jahat.

Bukti kepalsuan ialah kerana qaul/pendapat yang muktamad dalam ulama mazhab Syafie ialah  " sampai pahala bacaan Al Quran " dan  Qaul  Masyhur Imam Syafie yang mereka heboh-hebohkan itu adalah pendapat yang lemah.  Perkara ini dinyatakan oleh Syaikh Al Bujairimi dalam hasyiah Fathul Wahhab. (Hasyiah Bujairimi Ala Syarhi Manhajit Tullab, jld 3, ms 287). Tetapi perkara ini tidak disentuh sedikit pun oleh ustaz-ustaz Wahhabi.  Inilah bukti kepalsuan kata-kata mereka: menyembunyikan kebenaran. Kalau betul nak mengajar aqwal aimmah dalam mazahib sila baca semua.

Perkara ini juga menunjukkan bahawa mereka tidak mengerti susur galur perjalanan mazhab Imam Syafie, hanya pandai buka kitab tebuk sana dan sini kemudia baca depan orang-orang awam, dan mendakwa itulah mazhab Imam Syafie. Barangkali ustaz-ustaz yang lagak lebih daripada ilmu ini tidak pernah dengar nama Al Bujairimi .

Mengenai ayat 39, surah An Najm pula, maka ayat itu ialah ialah syariat Nabi Ibrahim dan Nabi Musa, bukannnya syariat umat Nabi Muhammad. Kerana sebelum itu dinyatakan: “ apakah kamu tidak lihat orang yang berpaling (dari iman)(33) yakni murtad. dia memberi sedikit dan menahan (yang baki)(34) ; apakah ia mempunyai ilmu ghaib maka ia melihat (mengetahui)(35) apakah dia tidak diberitahu dengan apa yang ada di dalam suhuf Musa, dan Ibrahim yang menyempurnakan”

Di dalam syariat Muhammadiyyah, pahala boleh didapati dari orang lain, seperti hadis: orang yang menunjukkan kebaikan (mendapat pahala) seperti pembuatnya.

Ibnu Taimiyyah- Ulama yang dipuja oleh puak Wahhabi sendiri,  telah berkata: "  sesiapa yang mengatakan bahawa manusia hanya dapat manfaat daripada amalan sendiri sahaja maka ia telah menentang Ijmak ". (sila rujuk kitab As Sowi, 4, 183 untuk keterangan lebih lanjut, juga kitab Hasyia Jamal Jalalain, jld 7, 342))

Ditulis di dalam kitab Nahjut Taisir, karangan As Sayyid Muhsin, halaman174: Faedah yang kelapan mengenai sampainya pahala bacaan Al Quran kepada si mati:

Dalam Mazhab Malikiyyah: (ulama pengikut mazhab Malik bin Anas)

Telah berkata Al Qadhi Iyad dalam kitab Syarah Muslim, pada menghuraikan hadis pelepah tamar yang diletakka oleh nabi di atas dua kubur yang penghuninya diazab. Para ulama telah mengambil dari hadis ini hukum sunat dibacakan al Quran ke atas mayat, kerana apabila tasbih pelepah tamar yang merupakan benda mati boleh menyebabkan diringankan azab kepada ahli kubur, maka membaca al Quran lebih aula (utama). Dalam kitab  Mi’yar, disebutkan bahawa mazhab Ahmad bin Hanbal dan Abu Hanifah bahawa pahala bacaan al Quran sampai kepada si mati, apabila dibaca dikuburnya, akan berhasil pahala mendengar al Quran kepada si mayat… begitu juga tahlil yang biasa diadakan oleh orang ramai sepatutnya diamalkan dan berharap kepada limpah kurnia Allah…Berkata Ibnu Al Hajj dalam kitab Al Madkhal: sesiapa yang ingin menyampaikan pahala bacaan al Quraannya hendaklah ia berdoa seperti ini : " Ya Allah sampaikanlah pahala bacaanku kepada si fulan".  Seperti berkata Imam Nawawi dalam kitab Azkar.

Al Hafiz As Suyuti mengisbahkan hukum sampai pahala bacaan Al Quran kepada mazahib tiga: Malik, Abu Hanifah, dan Ahmad bin Hanbal.

Ibnu Rusyd ditanya mengenai ayat al Quran bahawa tidaklah mendapat manusia selain pahala apa yang ia lakukan. Ia berkata: jika seorang lelaki membaca dan menghadiahkan pahala bacaan Al Qurannya kepada mayat, itu adalah harus dan sampai pahalanya.

Mazhab Hanabilah (ulama pengikut mazhab Imam Ahmad ibn Hanbal)

Berkata Imam Ibnu Qudamah dalam kitab Mughni: dan tidak mengapa membaca al Quran di kubur, kerana diriwayatkan daripada Ahmad ibnu Hanbal, dia berkata: apabila kamu masuk ke dalam kubur, bacalah Ayat Kursi, dan tiga kali Qul huwallahu ahad, kemudian berkatalah wahai Allah kelebihannya adalah (dihadiahkan) untuk ahli kubur.

Berkata Al Bazzar: aku telah melihat Ahmad ibnu Hanbal solat di belakang dharir dan membaca Al Quran di atas kubur.

Dan apa saja amalan baik yang seseorang lakukan dan ia jadikan (hadiahkan) pahalanya untuk si mati, nescaya memberi manfaat kepadanya. In sya Allahu taala. Adapun doa, istighfar, dan sedekah dan menunaikan kewajipan maka aku (Ibnu Qudamah) tidak mengetahui adanya perbezaan pendapat, sekiranya kewajipan tersebut adalah yang boleh digantikan….

Itu adalah ijmak Muslimin, kerana mereka pada setiap waktu dan tempat berkumpul membaca Al Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada orang-orang yang telah mati dari kalangan mereka tanpa ada bantahan.

Mazhab Syafi’iyyah

Berkata Syaikh Zakariyya Al Ansori dalam kitab syarah Raudh: Upah membaca Al Quran untuk orang lain pada suatu tempoh yang ditetapkan atau kadar ayat tertentu adalah harus, kerana manfaat yang hasil daripada turun rahmat ketika dibacakan Al Quran, hukumnya seperti mengupah orang melakukan azan dan mengajar Al Quran, dan adalah mayat sama seperti orang yang hidup yang hadhiri majlis bacaan Al Quran itu. (mendapat manfaat). Samada pembaca berdoa selepasnya atau mengahadiahkan pahala bacaan kepada mayat ataupun tidak. Maka manfaat bacaan sampai kepada mayat. Kerana doa dari orang lain adalah bermanfaat untuk mayat, dan doa selepas bacaan Quran adalah lebih diterima dan lebih banyak keberkatan. Dan kerana bahawa pembaca apabila ia menghadiahkan pahala bacaan Al Quran kepada si mati maka itu adalah doa dengan berhasil pahala , maka sebab itu si mati mendapat manfaat daripadanya.

Maka pendapat Imam Syafie bahawa pahala bacaan Quran tidak sampai kepada mayat (seperti yang disebutkan dalam Tafsir Ibni Kathir) adalah dianggap bila tidak dilakukan seperti ini (contohnya tidak didoakan sebagai hadiah kepada mayat, bukannya tidak sampai secara mutlak) (ms 177)

Dari sini ada dua kemungkinan:

Pertama  Para ustaz-ustaz Wahhabi sengaja berbohong dengan menyembunyikan qaul/pendapat muktamad dalam Mazhab Syafie dan pendapat-pendapat ulama mazhab lain.
Kedua, ilmu mereka amat cetek. Kedua-dua orang yang bersifat begini memang wajib dijauhi.

Niat jahat puak Wahabi boleh dilihat juga pada bantahan mereka terhadap amalan orang Malaysia membaca doa qunut dalam solat subuh. Mereka mengatakan itu bidaah. Tetapi di Pakistan mereka baca doa qunut pula. Ramai kawan-kawan saya yang belajar di sana berkata begitu. Mereka sentiasa mencari khilaf dengan mazhab di mana mereka tinggal. Kalau di Malaysia, Imam Syafie manakala di Pakistan dengan Imam Hanafi.

Kesimpulannya pendapat yang muktamad dalam mazhab Imam Syafie ialah sampai pahala bacaan Al Quran kepada orang yang telah mati. Pendapat masyhur Imam Syafie yang mengatakan tidak sampai pahala dianggap jika si pembaca tidak berdoa supaya pahala dihadiahkan kepada si mati.

 ( Petikan dari : http://anakgeriksoleh.blogspot.com/  Sila layari web tersebut )
     
            

Saturday, July 23, 2011

SYURGA ADALAH DIBAWAH TAPAK KAKI IBU.

               " WHAT is a wife worth to a husband  in term of companionship and services ?.     "APAKAH   nilai harga  seorang isteri kepada suami  dalam bentuk  menjadi teman hidup dan  layanan perkhidmatan?  Pada diri aku, tak ternilai. Tidak dengan timbangan harga benda di dunia ini. Selayaknya bagi isteri yang solehah, aku doakan nilaian sebuah  SYURGA.

Terkilan di hati aku apabila melihat  di mahkamah syariah,  sang isteri dibayar  pampasan  dari bekas suami  dengan seciput nilaian ringgit yang mana kemudian hari dia  mungkiri  pembayaran tersebut.

Birth thru' operation
Isteri ku baru lepas bersalin anak yang kesembilan. Kali ini, cobaan nya berat untuk dirinya. Dia terpaksa menjalani pembedahan. Anak dalam kandungan di katakan  berada dalam situasi "  jantung anak lemah, ada resiko" .Kejadian pembedahan ini sangat mengeciwakan hati aku. Banyak ketidak setujuan aku dengan 'prosedur' hospital kerajaan ini. Seolah olah ada ketidak tulusan berlaku.Dalam seminggu ini saja ( dari  15/7 hingga  21/7 ) di Hospital Seberang Jaya, Penang, tidak kurang dari 30 ibu terpaksa melalui proses pembedahan untuk kelahiran. Ada masaalah yang sedikit saja, terus buat pembedahan.Aku rasa ada ' something really wrong" dengan minda doktor yang membuat keputusan. Kebanyakan doktor doktor ini masih  lagi dalam latihan. Tok Guru pada  doktor doktor ini, aku fikir  mesti  dari  jenis ' loose nut'  dalam  otaknya aku  agak..
Seorang sahabat aku yang isteri dia pun kena bedah, begitu tidak senang hati.Anak sulung.pula.
 Abang Mubarak dengan adik baby
Mengikut kata isteri dia, doktor di klinik, tidak menerima tarikh akhir haid dia, tapi lebih percaya pada tarikh  dari bacaan ' film scan'  akibatnya isteri dia terpaksa di bedah kerana dah TERLEWAT dari tarikh " DUE '.. Dengan nada kesal dan marah,kawan aku menuduh ' misi misi ( jururawat) sebagai bertuhankan " alat scan'. Sikit sikit kena scan. . Scan ini akan menentukan, tarikh due, air tuban kurang atau tidak dan jantung lemah atau kuat, Ini semuanya, kerja dajjal..Walhasil, sebenarnya, mereka berkerja untuk kepentingan diri merekasendiri. Cepat cepat habiskan kerja, hujung minggu, 'tutup kedai', kita rehat makan angin.Aku andaikan begini kerana semasa aku hantar isteri untuk di masukkan dalam wad pada hari rabu, ramai ibu yang di bariskan di dewan bersalin, tidak kurang dari 20 orang.Begitu juga pada hari khamis,ramai seperti hari sebelumnya, tetapi tersangat sunyi sepi pada hari sabtu  malah wad 9  hampir 90% katilnya kosong. Ini adalah kenyataan yang aku saksi sendiri kerana aku terpaksa mengambil handphone isteri aku pada hari sabtu.Walau apa jua alasan, perut isteri ku telah di bedah dan dia terpaksa menanggung lebih sebulan untuk rasa sembuh.Aku terpaksa pasrah. Aku tidak ada pilihan. Ini adalah dunia untuk orang berduit. Aku tewas.

KHAS UNTUK ISTERI AKU  :  TERIMA KASIH   UNTUK SEGALA GALA NYA.


Pada semua kaum ibu dan  isteri isteri, jaga lah amanah  Allah baik baik, ANAK ada amanah Allah  maka  jadi lah wanita yang solehah, insyallah SYURGA menanti anda.Pengorbanan anda tidak akan di rasai oleh kebanyakkan orang tapi yakinlah, tidak sedikit pun di lupai oleh Allah swt.
 Disini  ada kata kata semangat yang aku simpan dalam dairy aku sejak  tahun 1982 lagi....


                     Never admit the pain  Bury it deep, Only the weak complain , Complain is cheap.
                     Cover your wound,  It's curtained place, 
Silence is still a crown, ....Courage a Grace.
 
.

        

Friday, July 15, 2011

KEBUN PISANGKU- aktiviti hujung minggu.

            KEBUN PISANG DAN PISANGNYA..

ADA satu pepatah lawak orang Melayu,
" Kalau nak beli kebun, jangan beli kebun Melayu, Kalau nak beli kelambu, jangan beli kelambu orang Cina dan kalau nak beli kereta, jangan beli kereta orang Keling."  Kenapa begitu ?.. Berkenaan  kelambu  Cina dan kereta Keling itu, aku tak nak beri komen, tapi tentang kebun Melayu, aku rasa aku tahu sebabnya....
Kebun orang Melayu
 Orang Melayu, membersihkan kebun, apabila musim buah saja.Dan jenis kebun yang paling sesuai adalah kebun  / dusun durian saja. Tanam sekali, kemudian tunggu hasil.Dalam kebun itu, ada bermacam macam jenis durian. Ada D..., ada durian tembaga, ada durian ganja dan macam macam laa...tapi semua sepokok dua saja.Akibatnya, apabila ada permintaan yang tinggi terhadap  sesuatu jenis duriannya, dia tidak dapat memenuhi ' demand' tersebut.Lagi satu, buah durian tak payah susah susah nak pergi petik, dia gugur sendiri.Ini sesuai dengan resam perangai Melayu.
              Aku membangsat ke Bukit Mertajam ini, tak ada sebidang tanah pun. Aku menyewa rumah berserta tanahnya.Bapa aku ada tanah di Johor Bahru, tapi  entah lah, ada banyak masaalah keluarga  maka aku tak minat nak usahakan.Tanah itu tunggu untuk dI jual saja.OP, terkeluar topik, ...Rumah sewa aku, mempunyai tanah lapang yang agak luas, tapi terbiar berbelukar,hanya tak jadi rimba. Maka setelah mendapat keizinan  Tuan tanah, aku pun memulai lah operasi " bersih two point zero dot dot "
                     BEGINI LAH WAJAH TANAH TERBIAR ITU  SETELAH DI TEBAS DENGAN KUDRAT EMPAT KERAT, BERSENJATAKAN ..PARANG JE.....

Memang benar perhatian orang tua tua dulu, tidak sia sia berbudi dengan tanah........
Buatlah apa yang patut pada dia( ,cangkul dia ke, campak tahi ayam ke tapi jangan di biarkan dia,)  dia  tetap akan membalas dengan sesuatu yang mengembirakan hati......

DAN GANJARAN TITIK PELUH ITU ..Begini lah hasilnya......                                                                                                                         




INI  LAH HASIL NYA. HAYUNAN PARANG DAN SABIT MEMERLUKAN KESENIAN DAN KEPEKAAN  SAMA SEPERTI  HAYUNAN BATANG GOLF DI BERTAM GOLF RESORT JUA

. [ banyak gambar selanjutnya di :        http://washaplu.fotopages.com/  ]




PEKANBARU CITY - A TOUR ROUND-

LAST DAY - TOUR AROUND.
5/6/2011- SUNDAY.
PUTAR PUTAR - DENGAN  SEPEDA HONDA
                              PEKANBARU.
RAMAYANA +  NADI KOTA / THE HEART BEAT OF PEKANBARU
 RAMAYANA- the centre shopping area in Pekan Baru.They said, here you can buy ' batik Riau.
  As i strolled through the corridor of shop houses, i could not find any thing interesting. The price is relatively quite high.Later i was told there is another shopping place that  they called" Pasar Basah". Since time was limited, i forgone the visit.
PASAR PUSAT. - WET MARKET BESIDE RAMAYANA COMPLEX
It look tasty .It was sold on the street alley. I didn't  have the appetite to taste one at that time.
DELICIOUS .FRIED PRAWN WITH FLOUR
Street on the way back to the airport.
SOMEWHERE WAY TO AIRPORT
 ROH PEKANBARU. Masjid  ARRAHMAN ,one of the masjid that i saw on the way to Ramayana.
AL-RAHMAN MOSQUE SITUATED ON JLN SUDIRMAN

MASJID AGONG.-A GREAT   MOSQUE FOR PROVASI RIAU

MASJID AGONG
THR ROOF
STAIRS
OUR GROUP WITH MASJID IMAM.












SIAK RIVER
SIAK RIVER
SIAK RIVE
SIAK RIVER- the main water  transportation for Pekanbaru.
MARKAZ TABLIGH.MASJID AL- FALAH





I rented sepeda in my tour around pekanbaru. On our way to the Airport, the bike was punctured.



STREET HAWKER SELLING  'JAMU & AKAR KAYU '
It was a quick tour and i've  only a little happening to share. 




Friday, July 8, 2011

SYUKURLAH ---MILIKILAH "SENSE OF VALUE " -- .

                   وَاشْكُرُواْ نِعْمَتَ الله إِن كُنتُمْ  إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
“…Dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata. “[ Al- Nahl 114 ]
HARGAILAH APA YANG ANDA SUDAH MILIKI


SYUKUR – Makna yang ingin dibawa disini ialah sifat dan sikap orang yang ada dalam dirinya ‘ perasaan memghargai nilai sesuatu anugerah “ justeru itu terbit rasa yang sebenar, yang mana  akan menerbitkan satu perasaan  berterima kasih pada pemberi dan dia sendiri merasa bertuah kerana memilikinya..Dalam bahasa inggeris ialah “ sense of value      SYUKUR juga diberi tarif sebegini :




" ASY SYUKRU MA'RIFATUN BILJINAANI WA DZIKRUN BIL LISAANI WA 'AMALUN BIL ARKAANI "
 - " Syukur adalah mengetahui Allah dalam hati  [ sedar ] dan berzikir [ ingat] 
      dengan lisan serta  melaksankan dengan semua anggotanya "
Adakah  kita seorang yang benar benar bersyukur ?. Kebanyakkan sifat orang melayu,barulah menyedari NILAI nikmat yang dimiliki, apabila nikmat itu sudah hilang.Kita akan lebih menghargai mata atau kaki, apabila mata telah buta atau kaki akan di potong.Selagi sihat, semua nasihat kesihatan di pandang enteng.
 “ Jangan makan manis manis, nanti kena kencing manis  “ bila  dinasihati oleh sesaorang .
 Biasa nya kita akan menjawab : “ Aaahh..!!!, kalau nak mati, mati juga, Semut makan gula, tak kena pun diabetes ?  ujar loya buruk kita.  Tapi apabila doctor kata akan potong kaki, kita meraung macam  orang mati bini . Itu lah kita. Kurang benar nak menghargai apa yang kita SUDAH ada, tapi kita sering dan  lebih gemar merungut dan menjerit pada apa yang tidak kita miliki.
          Aku nak kongsi bersama anda tentang perkara ini. Dengarlah perbualan  aku bersama seorang doktor bedah di sebuah hospital kerajaan di Pulau Muntiara Pandangan ini mungkin betul dan ada kemungkin hanya setengah betul. Lain sudut tafsiran dan pandangan.. ............  
                   
  *  AKU membuat pembedahan kecil di hospital XXX tempoh hari.Perbedahan yang dalam bahasa perubatan bunyi begini - " Excision biopsy of sebaceous cust of scalp " Aku dibedah oleh seorang doktor yang bernama Dr.Imran.Orangnya agak tinggi, berkulit cerah dan  agak terbuka atau lebih tepat sebagai " frank" .Apa yang ingin aku tulis adalah hasil daripada perbualan kami berdua semasa menanti giliran aku untuk dibedah.
" You tengok lah sikap orang melayu kita, senang mungkir janji . Orang bangsa lain yang tidak kenal Allah, sekurang kurangnya mereka lebih tahu nak tunai janji." Dr.Imran merungut tentang seorang pesakit yang tidak ambil peduli untuk memberitahu tentang ketidak hadirannya untuk pembedahan.
" Mungkin dia ada hal kot, doktor "  aku mencelah untuk membela pesakit seperti aku.
" Orang Cina kebanyakkannya tidak buat perangai seperti ini Semua ini perangai orang melayu kita tak kira berkupiah atau tidak , selalunya sama."   Kali  ini aku diam ,tidak menjawab. Aku hanya angguk kepala saja. 
"Sekurang kurangnya, mereka datang memberitahu kami untuk tukar tarikh temu janji. Perkhidmatan ini percuma, pasal itulah mereka tidak menghargainya. Pasal sikap ini lah orang lain terpaksa menunggu minggu depan."     Dr.Imran memberi syarahannya. Terpancar  perasaan kecewa dalam diri Dr.Imran.Orang seperti Dr.Imran adalah contoh sebahagian melayu yang sayang bangsanya dan memilih cara mengkritik bangsanya sebagai jalan keluar. Bukan sahaja Dr.Imran, aku telah ketemu ramai bilangan orang orang melayu yang amat kecewa dengan sikap buruk yang dilakukan berulang ulang oleh segelintir Melayu.
" Saya belajar  di UK. Orang disana memandang  tinggi pada nilai  diri. Harga diri sesaorang  adalah  dalam  " tunai janji",  kalau dia tidak boleh di pegang pada perkataannya,( his words) dimana harga dirinya,?
Aku teringat akan perkataan seorang kawan. Di satu masa yang lalu, seorang sahabat yang berkerja di Jabatan Ukur ,Johor Bahru,merungut dengan sikap orang melayu yang kurang menghargai nilai tanah yang mereka miliki.
" Hang tengok,nal " runggut Abd.Samad. Slang ' hang " agak kedengaran janggal pada telinga aku. " tanah harga beribu ribu ringgit tapi bila kita minta geran tanah daripada dia, dengan susah payah dikeluarkan dari poket seluarnya dalam keadaan geran berlipat sepuluh, macam kertas belacan. Itu geran tanah, nilainya puluhan ribu, tau tak ?
Selanjutnya beliau memberi hujah perbandingan, bahawa berlainan dengan orang Cina, mereka amat menghargai harta benda mereka.Selalunya geran mereka terpelihara dalam beg yang sempurna dan mereka amat mengambil berat untuk membayar cukai tahunan.
          Benar. Kita mesti berubah. Hargailah  pada apa yang kita miliki. Ada anak, didik mereka, jangan sia siakan harga diri mereka begitu saja . Mati katak kerana rempit,  terbiar merayau tak tentu arah,kerana giat dadah, lari rumah kerana melancur jadi bohsia.  Buang anak pasal tagih cinta dan kasih sayang. Luang kan masa untuk mereka. Duit,  harta benda, tidak boleh  membeli sebuah harga diri yang telah musnah.
Fikiran ku berligar ligar. Aku membantah atas sikap orang melayu yang banyak mengutuk bangsa sendiri, tapi Dr.Imran meluahkan kekecewaannya lagi.
" Macam mana i tak kutuk melayu ,telalu teruk.Mereka hidup macam tak bertuhan.Mereka kata " kita ada Allah " tapi hidup harian tak ingat Allah. Kata orang kafir jahat pasal minum arak, lakukan zina,..itu semua pasal mereka ( orang kafir ) menggangap  perkara itu ( zina ,arak )  adalah tidak  salah pada mereka.Dalam kehidupan mereka tak salah. Judi tak salah dalam masyarakat orang cina, jadi mereka berjudi. Bukan perkara besar.Orang barat melakukan zina suka sama suka, itu tak salah pada mereka. Undang undang mereka membenarkan.Macam bakal Raja Engand, Prince Edward dan Kate Middleton, mereka  bersekedudukan macam suami isteri selama setahun , kemudian baru baru nak khawin ,dan itu tak salah pada mereka.Orang melayu , jangan nak ikut yang ni pulak,,..melayu kalau pasal sex, menangkap je." Kata beliau panjang lebar." Tak salah? " ujar aku. " Ya laa, at least pada undang undang negara mereka ". balas doktor Imran.
" Yang sedihnya orang kita melayu,mereka tahu Allah  sebenar benar tuhan yang mentadbir semesta alam, tapi melakukan perkara perkara yang terlarang .Mana Allah ? Dan sang ustaz -ustaz pula merangkak ,mengendap, selepas'syok' melayan aksi panas, barulah  tangkap "" kata Dr.Imran.
Fikiran aku berputar pada satu ketika yang berlaku di sebuah sekolah menengah.Seorang pelajar cina telah didapati melakukan aktiviti berjudi didalam kawasan sekolah dalam waktu sekolah.Dia dibawa kehadapan guru displin.Setelah soal siasat,dia didapati bersalah dan hukuman susulan dikenakan. Bapanya dikehendaki datang ke sekolah. Pada keesokan harinya, datanglah bapa pelajar tersebut kebilik Guru besar.Terjadilah dialog begini :
" Encik Tan, anak encik telah melakukan satu kesalahan yang besar." kata Guru besar.
" Soli lah cikgu, saya mintak maaflaa, .lagipun ini perkala  kecil,maa, apa mau busat busat" kata Encik Tan.
" Apa En,Tan, perkara kecil?. En.Tan tahu ke, undang undang sekolah menggangap perkara ini besar.! " kata Guru Besar.
         " Apa busat ,cikgu, dia punya mak pun hah main majung  hali hali di rumah  maa."  hujjah 
           yang konkrik oleh En.Tan.
 Begitulah perbezaan nilaian dalam kehidupan  bermasyarakat di Malaysia.Encik Tan mungkin main judi, langgan pelacur dan tipu dacing , tapi mereka lakukan atas dasar satu kepercayaan bahawa mereka buat perkara yang tidak salah. Contoh lagi, tipu dacing.Mereka berkata,   tipu sikit sikit tak apalah .Apa salahnya dia tipu kita dalam timbangan dacing ? Tuhan mereka pun mereka tipu. Dalam upacara ,peringatan hari kubur atau hari Hantu Lapar.Mereka hidangkan buah dan makanan  pastik dan duit palsu dengan alasan bahawa " tuhan " duduk jauh diatas, ' tuhan'  tidak berapa nampak. Jadi tipu sikit tak apa.maa....
          Melayu bagaimana ? Hampas. Nak kata tak bertuhan mengaku beriman.Nak kata  ada tuhan, hidup  macam binatang.Semua mereka lakukan.  Semua boleh..
           
 
        Ingin aku nak peringat pada diri sendiri dan sahabat handai semua, lebih lebih     lagi,  mereka mereka yang hidup selesa tapi masih tidak rasa nak bertaubat, atau terasa dah banyak amal dan atau dah  terasa  sudah  dijamin syurga. Ingat dua hal ini: 

            1. " Takutlah kamu dari wujudnya kebaikan yang diberikan oleh Allah kepada mu, padahal kamu tetep dalam mengerjakan kemaksiatan kepadanya, dimana semua itu akan menjadi ISTIDROJ kepada kamu . Allah pesan :"Nanti kami akan menarik mereka dgn berangsur angsur kearah kebinasaan, dgn cara yang tidak mereka ketahui "[ al-a'rof]

              2. Nabi Muhammad saw { rahmat Allah dicucuri keatas nya.] pernah ditanya oleh isterinya A"esah ra. berkenaan bengkak bengkak kaki  baginda yang mulia kerana telalu lama berdiri dalam solat malam.Nabi bersabda : " Yang saya risau dan khuatirkan ialah bahawa  saya belum melakukan perbuatan sebagaimana semestinya seorang hamba yang bersyukur " .
 Jadi marilah kita berubah. Hargai lah apa yang kita sudah miliki. Harta yang paling mahal adalah kehidupan kita. Perguna lah untuk sehari yang lebih bermakna,..... 

....



 

Saturday, July 2, 2011

BERSIH KAN TUJUAN DAN CARA.

                          TIADA  ROBIN HOOD DALAM ISLAM
                 ( Rampas harta orang kaya, beri orang miskin )
       " TUJUAN TIADA SEKALI KALI MENGHALALKAN CARA"
                                  SEKADAR RENUNGAN :
                                   KETIKA DARAH SEDANG MEMBUAK BUAK
                                   KETIKA NAFSU MEMUNCAK. MANAKALA  AKAL TERKELIRU.
berzikir tenang hati
                                      
BERSIH 9/7/2011 - KUNING

APABILA........                                                                          
BERSIH2.0 dengan  Ambiga,Ambiga dengan  pluralismanya, Kes Liwat  dengan  DSAI,  Wanita Mongolia dengan Razak Baginda, Rosmah dengan Permata dan pembaziran wang rakyat, Najib dengan Kapal Selam dan...... , Ibrahim Ali dengan Perkasa,Dr.Asri dengan  fahaman Wahaabinya, gerakan kristian dengan Al-kitab dan kalimah Allah, Haraqah islam dengan ancaman syiahnya.....dan....bla...bla...
Semua  perkara  yang meresahkan jiwa.Suasana perhubungan antara islam sudah  tidak harmoni lagi. Keadaan pergerakan manusia dan tindakan nya membimbangkan. Terlintas di fikiran, masih ada akal berfikir kah kita. Masih ada lagikah sedikit rasa pertimbangan dan kewarasan. .Apa yang aku maksudkan  adalah sikap terburu buru kita melakukan tindakan atau membalas tindakan lawan.Kita rela membelakangi keutamaan kehendak Allah swt. Malah kita peralatkan tata tertib agama Allah untuk keperluan diri.
Nabi yang mulia bersabda :" Barangsiapa yang membaca ' Subhanallah, Alhamdulillah, Walaa illaha illalah,  Allahuakbar, maka setiap huruf akan dibalas dengan sepuluh kebaikan baginya.Barangsiapa menolong orang yang bersalah,maka Allah akan murka sebelum ia bertaubat atas dosa tersebut.Dan barangsiapa membantu orang yang melanggar batas batas agama, maka ia telah menentang Allah. Barangsiapa memfitnah seorang muslim laki-laki atau wanita, maka ia akan di penjara dalam 'Radghatul_ khabaali ' pada hari qiamat sehingga ia berhenti dari ucapannya. Dan ia tidak mungkin keluar. " ( H.R.Thabrani )
 Trend yang melanda kaum Melayu sekarang  adalah mereka hanya berpegang pada kata kata pemimpin pemimpin partai masing masing. Semaada perkara itu di  pihak haq atau bathil , tidak  di ambil kira.  Tiada di tapis dan di timbang nilai lagi.Al-Quran dan nasihat hadith di belakangi. Tidak dijadi neraca timbangan.Bukan di sengajakan tapi oleh kerana  kejahilan agama.Kebanyakkan mereka, tidak mendalam kefahaman ilmu agamanya. Mereka adalah anak anak didikan sekularisma.Mereka belajar agama daripada ceramah ceramah dari internet dan kaset..Mereka melihat agama daripada sudut politik kepartian. Ahli ahli yang berpendidikan agama pula, oleh kerana kepentingan partai masing masing,  mentakwil dan tafsir untuk maksud yang diri nurani sendiri sedar dan mengetahui akan penyelewengan nya. Sahabat sahabatku, kaum muslimin.Berpolitik ala berpartai ini ada batas batasnya  Dan anda memang sedar bahawa ia adalah bukan tariqah wahyu.
.Rasulullahbersabda : " Ada sebabagian orang yang lidahnya mengatakan suatu ucapan dan mereka tidak mempedulikan ucapannya, sehingga kerana ucapannya , mereka dimasukkan ke neraka."
Takuti Allah wahai para ustaz ustaz, Aku tak peduli jika si jahil yang mengotori keadaan, tapi anda , kaum yang di amanahkan  oleh Allah swt. untuk  meluruskan keadaan, maka luruskanlah.Ingat.kini anda mudah berbicarakan kelemahan dan keburukan orang lain, tapi kelak seluruh pembicaraan lisan harus dipertanggungjawabkan dan kelak hanya ucapan yang sah dan bertepatan dengan syarak saja  di terima. Seluruh pembohongan, umpatan dan fitnah akan di adili  Kesal ketika itu tiada nilainya. Bulan Isra' Mikraj masih segar lagi.  Syarahan pak ustaz   tentang  rentetan peristiwa berkaitan amalan manusia masih terngiang ngiang di cuping telinga. Bagaiman dahsyat akibat bagi pemidato- pemidato yang menabur fitnah dalam umat. Bibir dan lidah mereka  di potong potong, tiada penghabisnya.

            
Ibnu Munkadir adalah seorang muhaddits dan tabi'in yang masyhur,. Menjelang wafatnya, ia menanggis sehingga orang bertanya, " Mengapa engkau menanggis? "Jawabnya, " Aku tidak menanggis kerana dosa yang telah aku lakukan,tetapi aku menanggis kerana mungkin ada sesuatu yang ku anggap remeh, padahal mungkin  hal itu berat disisi Allah swt.

KEPALA KAPAK
KENALI LAH MUSUH ANDA....KENALI LAH MUSUH ANDA............

WARGA PEPOHON RIMBA YG AMAN
Hikayat : Ada sebuah taman rimba yang dipenuhi dengan  pepohonan yang segar dan subur. Semua warga pepohon dalam  rimba tersebut hidup tenteram dan selamat. Sehinggalah  keadaan berubah pada suatu hari,  menjadi menakutkan apabila sebuah kepala kapak yang bersinar tanpa ulu, jatuh di tengah tengah rimba itu.Semua pokok pokok terdiam.Kaget. takut dan mulai resah..Mereka saling  memerhati serta  berfikir dan  mengenang nasib  diri .Kemudian  suasana riuh pikuk suara kebimbangan  memenuhi  taman  rimba tersebut.
Apa harus dilakukan ?Apa kita harus lakukan ? Ya, apa harus dilakukan............Akhirnya sepohon pokok yang paling tua bersuara,: " Dengar semua...hanya satu jalan selamat bagi kita semua. Jangan ada siapa pun diantara anak cucu kita yang  akan jadi pak sanggup untuk dijadi ULU pada kepala kapak itu.Biarkan dia disitu. Ingat..Jangan ada siapa pun yang sanggup untuk menjadi ULUwalaupun untuk apa apa alasan jua.........."

http://www.fotopages.com