Popular Posts

Tuesday, July 31, 2012

RAMADHAN :ACUAN DAN CELUPAN ALLAH. - WARNAI UMMATUT TAQWA -.

         
                   صِبْغَةَ الله , وَ مَنْ أحْسَنُ مِنَ اللهِ صِبْغَةً , وَ نَحْنُ لَهُ عاَبِدُوْنَ

 Katakanlah Wahai orang-orang yang beriman : "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah : Celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam ; dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah Kami beribadat".        ( Baqarah  2:138 )


                                              الصَّوْمُ ليِ وَ اَنَا اَجْزِى بِهِ


                              “ Puasa itu untukku dan Akulah yang akan membalasnya “

SEBULAN yang lepas,bulan Rejab, kita bangun tidor, solah subuh, sarapan dan pergi kerja. Bulan hadapan,  dalam bulan syawal, kita bangun tidor, solah, sarapan dan pergi kerja. Semua aktiviti kehidupan, kita  menjalani secara tetap dalam rutin kehidupan, berulang ulang hingga malaikat maut datang menjemput kita untuk kembali. Hari ini dalam bulan Ramadhan ini, sedarkah kita, hari hari yang kita bangun adalah hari yang tidak sama dengan hari hari sebelum ini atau selepas bulan ini ? 


Tuhan yang memiliki kuasa mutlak yang mencipta hari hari. Kepunyaan DIA lah semua masa .Sebagai keagungan Dirinya, Dia bersumpah dengan masa : " Demi Masa..." Dan di tangan nya lah segala kebaikkan.  Dia, Allah SWT menberitahu kita dengan tepat :
                                     
                                               بِيَدِكَ الْخَيْرُ
                            " Di dalam gengaman tangan lah segala kebaikkan.
Maka , dijadikan setiap saat hembusan masa didalam bulan ramadhan ini tersangat berharga serta bermutu tinggi. Bulan lepas, kita solah subuh dan bulan depan kita tetap solah subuh, tapi nilainya tidak akan sama. Sekarang, dalam Ramadhan, solah subuh kita senilai dengan 70 nilaian fardhu di bulan bulan lain, manakala amalan sunat, diganjari dengan nilaian fardhu. Bukankah ini satu kelaianan ?


SAYYIDINA Abdullah bin Umar ra berkata  bahawa saya bersama jemaah sepuluh orang telah datang berjumpa Nabi saw . Seorang sahabat Ansar telah bangun lalu bertanya, “ Wahai Nabi Allah, siapakah orang yang bijak dan paling teliti kerjanya.?. Baginda saw bersabda. “ Sesaorang yang paling banyak mengingati maut, dan yang paling banyak membuat persediaan untuk maut sebelum datangnya maut.( orang yang melakukan yang demikian ) adalah orang yang bijak. Mereka inilah orang orang yang telah mendapat kemuliaan dunia dan ketinggian akhirat .” ( Tobarani : Majma’ uz Zawaid )



RAMADHAN AL-MUBARAK  akan bergerak terus. Sama ada manusia mengambil manafaatnya atau tidak, yang pastinya ‘ia’ telah datang  membawa detik detik masa,  saat ke saat yang penuh sarat dengan keberkatan, keampunan dan akan mengakhiri nya dengan ‘pelepasan‘ dari ancaman api neraka. Beruntunglah bagi sesiapa saja yang berusaha sepenuh tenaga untuk mendapatkannya. Satu usaha yang pasti memberi pulangan yang teramat lumayan.Bak kata orang “ Usaha yang berbaloi “

Nabi Muhammad sallahu alai wa salam tidak pernah melekakan tumpuan umat diatas perkara yang besar ini. Di kumpulnya para sahabat diakhir syaban, lalu di nasihati mereka tentang kedatangan ramadhan.

Sebenarnya Allah subhanahuwataala membentuk umat ini dengan acuan nya.Di berikannya Ramadhan agar umat dapat di bentuk kearah taqwa.

Allah swt berfirman :
 Wahai orang-orang yang beriman! Kamu telah diwajibkan berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. ( Baqarah 183 )

DarjahTaqwa adalah darjah tertinggi yang dijadikan sebagai matlamat setiap kaum muslimin sekaliannya. Walaupun, matlamat ini agak sukar, tetapi hasilnya sungguh berbaloi. Cuba lihat apa yang dijanjikan dengan bersifat Taqwa  :

Dijanjikan dengan  syurga .    
  1. 1. Sesungguhnya orang-orang Yang bertaqwa, disediakan bagi mereka taman-taman      syurga Yang penuh nikmat, di sisi Tuhan mereka.( Al –Qalam. 34 )
  1.  
  2. 2.Dapat keampunan dari Tuhan.Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal Yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga Yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, Yang disediakan bagi orang-orang Yang bertaqwa;"  (Ali Imran 133 )

  1. 3.DiCurahi dengan petunjuk-al Hidayah.   


  2.   "  1. Alif, Laam, Miim.  2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak   padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;"
    ( Baqarah 1-2 )


     4. Dapat pertolongan ghaib daripada Allah swt .

    " Dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya),"
     " Serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. " ( At-talaq 2-3 )

    Imam Al-Ghazali  menulis dalam kitabnya, bahawa ada tiga katogeri amalan berpuasa dikalangan manusia.

    Pertama:  Puasa orang Awam.  
    Kedua : Puasa orang khusus dan 
    Ketigan: Puasa orang khusus atas khusus.

    Ketiga tiga taraf puasa adalah mengikut sifat mujahadah seseorang yang berpuasa. Taraf pertama: Dia yang berpuasa yang hanya memfokuskan tenaga untuk menahan diri daripada makan, minum dan tuntutan syahawat seks. Taraf kedua. seorang yang berpuasa yang mana disamping menahan dari makan dan minum, dia juga mengawal tujuh anggota badannya dari maksiat yang ditegah, seumpama jaga mulut dari berbohong, mengumpat dan fitnah, mata dari melihat perkara haram atau perkara lagha telinga dari mendengar umpatan dan seterusnya diusahakan pada,  tangan , kaki dan kemaluannya. Manakala orang taraf ketiga ini, dia berpuasa sepanjang waktu, agar hatinya tidak sedetik pun berpaling dari ingatan kepada zat Allah swt dan mencintai Allah swt.

    Puasa sebegini lah yang akan menghasilkan taqwa.

    Oleh itu, taqwa adalah darjat yang begitu tinggi, yang melayakkan seseorang menjadi orang paling mulia, dijanji syurga, diberi hidayah dan keampunan serta nusrah Allah swt didunia lagi.

    Kini peluangnya terbuka luas dengan tawaran istimewa dari Allah SWT. 
    Berusahalah dan berdoalah agar Ramadhan ini mampu melonjakkan kita ke darjat taqwa. Amin. 













Sunday, July 22, 2012

OLYMPICS LONDON DI BULAN RAMADHAN.


       OLYMPICS  LONDON 1202......DIADAKAN DALAM BULAN RAMADHAN..
                   TEMASYA KEAGAMAAN  YUNANI TUA KINI  DI  JULANG,
                   AMALAN RAMADHAN  di  INJAK dan  di HINAKAN..
                   
TEMASYA YANG DI RAI 4 TAHUN SEKALI.
The Summer Olympics begins Friday27 July 2012, and ends Sunday,12 August 2012.
 (7th Ramadhan  till  23rd Ramadhan )
" JIKA puasa Ramadhan tahun ini jatuh pada hari Jumaat dan hari raya jatuh pada hari Jumaat, atau terjadi dua gerhana iaitu gehana matahari dan bulan Ramadhan, saudara Muslim semua, di ingati untuk bertaubat Nasuha."                                           [ Petikkan daripada satu risalah yang diedarkan  di Masjid ]
Ramadhan diMalaysia bermula pada hari Sabtu, manakala diLondon bermula pada hari Jumaat.  Pemerintah Malaysia sejak zaman  Tun Mahathir, TIDAK habis habis, merintis penghakisan nilai sensitiviti  agama  Islam. Dari dulu, semua semangat keislaman di sukat dan dinilaikan dari aspek untung rugi kebendaan. Lihat saja, cuti atau 'hari suci'  ( holy day) hari Jumaat di tukar kehari Ahad, walhal Allah muliakan Nabi Muhammad saw dengan kurniaan hari Jumaat, Nabi Musa as diberi hari sabtu dan manakala Nabi Isa as diberi, hari Ahad. Alasannya, agar selari dengan cuti  negara negara kafir dan mudah hasil dagangan.
Sebelum Tun Mahathir, pemimpin sekular, Mat khir Johari, melenyapkan tulisan Jawi, lalu diganti  dengan tulisan rumi.  Nawaitunya hanya demi  kepentingan kebendaan. . Dan hari ini, amalan berpuasa di korbankan semata mata untuk menyertai temasya Olimpik London, yang jatuh dalam bulan Ramadhan.
Dalam senerio ini,  nilai hari hari Allah menjadi bahan  korban.


Kemarin, pada malam awal Ramadhan, malam dimulakan solat tarawih,  pasukan bola sepak   Kelantan dan penyokongnya terpaksa  bertarawih di stadium Shah Alam,  agar boleh menyertai pertandingan bolasepak diantara  Queen Park Rangers - QPR   menentang Juara Liga Super kelantan. Keputusannya,  Kelantan di hina dengan dibelasah 5 : 0. 
  
JAMUAN SEBELUM  SOLAT TARAWIH - GAMBAR HIASAN 
                                                                      
TV 3, { Diantara  TV di Malaysia yang sangat kuat menyuburkan kekeliruan dan budaya Hedonisme },  Hari hari menguar uarkan  detik detik ketibaan hari  ' precedent' Olympic 2012 di kota London pada hari Jumaat ( 7 Ramadhan - 23 Ramadhan )
Pesta  temasya sukan terbesar abad ini. Semua negara dunia, menyertainya, tanpa  kira bangsa  dan agama, termasuklah negara yang penduduknya majoriti Islam. Terhegeh hegeh melutut dengan kehinaan,  menyertai sambutan  temasya kebathilan ini.  Negara Islam, tidak pernah menjuarai apa apa pun dalam temasya bathil itu. Penyertaan Negara Islam hanya sekadar untuk membayar yuran dan menjadi penyumbang wang bagi mengisi dana penganjur . Ini semua dibuat  agar jangan sampai dikata orang ' negara kolot'. Walhasilnya maruah Agama di gadai. Sukan seumpama ini tidak sedikit pun boleh dikaitkan dengan takrif " ibadah'. Tujuan ibadah ada lah untuk melakukan amalan yang menyukakan Allah,Tuhan pemilik      
kehidupan manusia sejagat. Dengan berniat agar kelakuan kita ini akan menghampirkan diri kepada Allah swt.
Sepatutnya , negara negara membuat bantahan terhadap tarikh nya di langsungkan. Bukan jadi pak turut. Apa hendak di kata, kejahilan kita sungguh menjijikkan.
KELANTAN VS QPR ( 5-0 )

SEJARAH OLYMPICS
Sukan ini mula menjadi penting dalam kehidupan Yunani Purba ( Greece ) dan mencapai kegemilangannya pada abad ke-6 dan ke-5 sebelum Masihi. Olimpik juga mempunyai kepentingan  agama iaitu sebagai penghormatan kepada Zeus (patung besarnya ada di bandar  Olympia). Pemenang sukan ini akan dihormati dan dimasukkan ke dalam puisi dan dijadikan patung. Di kemudian hari akan dipuja.
Sukan ini semakin hilang kepentingannya dengan penaklukan Rom ke atas Yunani ( sekarang dikenali sebagai Greece). Apabila Kristian menjadi agama rasmi Empayar Rom, Sukan Olimpik dilihat festival orang tidak beragama ( amalan orang kafir / pagan) dan pada tahun 393 masehi, Maharaja Theodosius mengharamkan Olimpik, dan ini menandakan berhentinya sukan Olimpik selama ribuan tahun sehinggalah diadakan semula pada abad ke-19. Dihidupkan semula oleh seorang bangsawan Perancis bernama Pierre de Coubertin pada akhir abad ke-19.  Sukan ini yang turut dikenali sebagai Olimpik Musim Panas telah diadakan setiap empat tahun sekali. -[Sumber  daripada :Wikipedia.]    


OLYMPIC DAN AQIDAH  YUNANI.

Temasya ini dimulakan di kota Athens.Ianya ada kaitan dengan pemujaan dua belas para dewa - dewi orang yunani. Tuhan segala dewa dan dewi ini ialah tuhan Zeus. Disamping itu ada dewa yang bernama Olympus dan Venus. Olympus adalah  dewa kepada kekuatan dan ketahanan tubuh badan, manakala Venus adalah dewi kecantikan. Aqidah sebegini sangat mempengaruhi aqal budi kehidupan orang Yunani.

Keyakinan kepada dewa Olympus telah mendorong kepada mengadakan temasya Olympik 
pada zaman dulukala. Kegilaan sukan ini berterusan sehingga kini.
Manakala pemujaan kepada dewi Venus pula menyebabkan masyarakat Yunani, kemudian diikuti oleh bangsa Roman, begitu ghairah kepada persoalan seks.Ini dapat dikaji, terselah dalam budaya kebudayaan mereka, terutama dalam kesenian ukiran, perlambangan , tarian dan lukisan. Hingga kini, pertandingan ratu cantik dalam berbagai bagai cara dan bentuk diadakan. Wanita diperalatkan sebagai bahan tontonan umum. Semua diperbolehkan atas nama seni.

PERLAKSANAAN NYA DI ERA KINI.

Era yang di istilahkan oleh kaum kafir barat dan Amerika sebagai era kemajuan dan kecanggihan, sebenarnya adalah era keruntuhan niali kemaknusiaan.. Semua manusia diikat dengan satu cinta rasa yang dikuasai oleh satu puak manusia yang sedang menguasai dunia. 
Pepatah Melayu ada menyebut " Ikut nafsu lesu, ikut rasa binasa, ikut hati, mati ".Nah, sekarang bayangkan lah apa akan terjadi kepada kehidupan manusia yang sekarang telah terbelit oleh ikatan  nafsu serakah, hidup ikut sedap hati dan rasa?. Masihkah kita teruskan permainan  kepuraan kehidupan  ini hanya sekadar hendak mengikut 'trend' semasa.?
Hari ini manusia terlena dan asik penuh ghairah dengan sukan dan permainan hingga ke peringkat melampai batas normal. Ironinya semua dianggap baik dan 'okey '.  Hooliganisme, mencetuskan pergaduhan, Hedonisme menghasilkan perzinaan dan Nasionalisme mewujudkan sifat fanatisme kebanggsaan yang keterlaluan. Ini adalah hasil assimilasi kebudayaan barat.  Banyak tenaga, wang, masa, nilai agama dan perhatian diberikan untuk menjayakan temasya sukan iniSesungguhnya gaya hidup kemodenan yang kini mencabar manusia sejagat adalah hasil kebudayaan Barat yang tempang.




APA PANDANGAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SALLAHU ALAI WASALAM.
TERHADAP PERBUATAN MENINGGALKAN DAN MERENDAHKAN MARTABAT AMALAN RAMADHAN DAN PUASA DIDALAMNYA ?


Puasa dibulan Ramadhan adalah hadiah Allah swt kepada ummat Muhammad sallahu a'lai wa salam. Bagi mengatasi pahala dan ganjaran amalan umat umat sebelum umat Muhammad sallahu a'lai wa salam, Allah swt menganugerahi kita dengan ramadhan dan dalamnya ada malam Lailatul Qadar, yang mana beramal dengannya dimalam itu, akan diganjari dengan pahala 1000 bulan ibadah.


Sabda Nabi Muhammad : " Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan BERKAT, Allah telah mewajidkan keatas kamu berpuasa, dibukakan pintu pintu syurga,ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan, Pada bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan, Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan kebaikannya sesungguhnya dia  RUGI." ( Hadis Riwayat Ahmad dan An-Nasai ).


Nabi sallahu a'lai wa salam menegaskan bahawa adalah RUGI kepada siapa yang terlepas beramal dalam Ramadhan.


Rasullullah  sallahu a'lai wa salam menegaskan bahawa Ramadhan bukan sahaja bulan kita berpuasa tapi ia datang dengan penuh keberkatan, yang mana jalan untuk beramal begitu luas terbentang, jalan untuk meraih pahala ( bukan pingat olimpik ) berlipat ganda dipermudahkan, jalan ke arah dosa dipersempitkan. Ini merupakan pemberian Allah swt yang tiada tolok bandingnya.

Sabdanya lagi : "  Sesiapa yang berbuka sehari dari Ramadhan , tanpa sebarang keuzuran atau sakit, dia tidak akan dapat mengqadha'nya walaupun dia berpuasa seumur hidup,walaupin sekiranya dia dapat melakukannya."


Menurut Hadis di atas, dapat di simpulkan bahawa walaupun berpuasa qadha' seumur hayat, itu pun kalau mampu. dia siMalang tersebut, tidak akan dapat ' keberkatan' yang ditawarkan pada bulan ramadhan. Lebih malangnya lagi kalau di tinggalkan kerana perasaan remeh terhadap rukan islam ini, kerana mengejek dan memperolok olokan perkara agama yang sekecil kecil pun adalah mencampak diri sendiri kepada menjadi  sebab kekafiran..


Bangkit dan sedar lah wahai orang Islam, terutamanya semua atlet negara yang Islam.  Fahami lah penyebab kemuliaan dan kehinaan disisi hukum Allah swt.  Sepatutnya anda dengan tegas menolak penyertaan tersebut sebagai satu bantahan kerana kebiadapan penganjur mengadakan sukan tersebut di bulan Ramadhan. Sikap kesefahaman antarabangsa mesti adil  dengan keperluan seorang, tiada 'double standard'. Pengajur mestilah peka dengan semua bangsa.
                                                    
      Kata seorang atlet muslim yang mewalili GB dalam acara lontar 'discus' :

       ""It was a really difficult decision because I've fasted all my life for Ramadan – it's incredibly important to me. But if I fast, it will be impossible to stay in peak condition and perform at my highest level in the Games," he says. "I believe God is forgiving, and I'll make up for every single day I've missed." He plans to fast later on in the year."

RAMADHAN ADALAH BULAN DOA.



  

Thursday, June 28, 2012

DOA HADRAT ABU DARDA' ( Radhiallahu A'nhu ) KESELAMATAN DARI MALAPETAKA ,

                                           DOA SELAMAT DARI MALAPETAKA ALAM 
Doa boleh hindar petaka

                                           PRAYER FOR SAFETY FROM CALAMITIES.

                                          DOA ABU DARDA’ Radhiallahu an’hu
Hadrat  Abu Darda’ ra adalah seorang sahabat yang sangat dalam ilmu dan Alim.

 [ Doa untuk menyelamatkan diri dan harta dari malapetala.] 


   Dibaca setiap selepas subuh dan maghrib:

 اللّهُمَّ  أَنْتَ رَبِّ لاَإِلَهَ إِلاَّ اَنْتَ عَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَ اَنْتَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيْمِ ,      
مَا شَآءَ اللهُ كَانَ وَ مَالَمْ يَشَاْ لَمْ يَكُنْ ,
 وَ لاَحَوْلَ وَ لاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ ,
اَعْلَمُ أَنَّ اللهَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ .
وَ اَنَّ اللهَ قَدْ اَحَاطَ بِكُلِّ شَىْءٍ عِلْمًا .
اللّهُمَّ إِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِىْ وَ مِنْ شَرِّ كُلِّ دَآبَّةٍ اَنْتَ اَخِذُ بِنَاصِيَتِهَا ,
إِنَّ رَبِّىْ عَلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيْمٍ .


“   Ya Allah, Engkau lah Rab kami,Tidak ada tuhan yang  disembah dengan sebenar benarnya melainkan Engkau,  Kepada  Engkau saja,  kami berserah diri dan Engkau adalah pemilik, penjaga dan pengurus yang memiliki Arash yang Maha Agong.”

“ Barang apa saja yang Engkau kehendak pasti terjadi dan barang apa yang Engkau tidak berkehendak pasti tidak akan berlaku sama sekali.”

“ Dan tiada daya dan upaya pada diri aku kecuali dengan kekuasaan MU yang Maha Tinggi dan Maha Agong.”

“ Aku  sedar dengan pasti, bahawa Engkau,Ya Allah sangat berkuasa diatas setiap sesuatu.”

“ Dan sesungguhnya  Pengetahuan Allah swt Maha meliputi setiap sesuatu dengan sebenar benar tahu.”

“ YaAllah , Sesungguhnya aku berlindung  kepada Mu daripada segala kejahatan diri ku sendiri dan segala kejahatan dari setiap yang hidup melata dibumi yang mana Engkau mengemggam ubun ubunnya.( dalam kuasa Allah )”.
“ Benarlah, sesumgguhnya Allah, Tuhan Ku sememangnya sentiasa berada diJalan yang Lurus,”. 

Doa dan amalan sesuci bayi : jamin qalbul doa.

Riwayat didalam Ibnus Sunni, daripada Talq Ibn Habib ra  dari (Hadrat Talha  (Radhiallahu an’hu ) : “ Seorang telah datang kepada Abu Darda’ ra  dan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar. Abu Darda’ menjawab : “ Tidak, rumah saya tidak terbakar “. Kemudian datang seorang yang lain lagi dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar, manakala Abu Darda’ ra memberi jawapan yang sama .
Pada kali yang keempat, seorang lagi datang dan memberitahu Abu Darda’ :   “Tuan,  Api telah naik tinggi tetapi apabila sampai hampir ke rumah tuan, api tersebut  telah terpadam.”
Abu Darda’ menjawab : “ Saya YAKIN bahawa Allah swt tidak akan membakar rumah saya. Ini kerana Rasulluh saw telah mengajar saya suatu doa yang mana jika dibaca selepas subuh sipembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga petang . ( saya telah membaca selepas subuh tadi ).Oleh itu saya yakin bahawa rumah saya tidak akan terbakar.

Hari ini yakinkah  tidak,  kita kepada Allah swt  sebagai  RAB kita ? Terangsang kah kita dengan janji Rasullullah saw dan amalan sahabat ra yang terbukti berkesan. Atau hidup kita bergantung selesa dengan jaminan dari " Insurence Policies" yang kita miliki ?

Beliau kemudian bersama orang ramai pergi untuk melihat rumahnya. Nyata terlihat, rumah Abu Darda’ masih tegak terselamat, manakala rumah di sekelilingnya habis hangus terbakar.   ( Al-Azkar ).

Orang Arif billah berpendapat : " Nilai harga 'ganti tukar'sesuatu "Polisi  Insuran " adalah  sifat Tawakkal;diri kita. REnung renung lah......

Sunday, June 17, 2012

DOA : MUKHTASAR AL-HIZBUL A'ZAM ( PART TWO )

                                                             {  PART TWO }
                              مختصر حزب الأعظم 
                              MUKH TA SHAR   AL-HIZBUL  A'ZAM                                                                
                                                                     
KITAB KECIL HIZBUL A'ZHAM

SAMBUNGAN DARI ENTRI  10/6/2012
                                                                          
بسم الله الرّحمَن الرّحيم
الحزب الأول – يوم الجمعة
                                                          SELAWAT    HARI JUMAAT                                                         


                                                                           ( 11 )

إِنَّ اللهَ وَمَلآئِكتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِىِّ يَأَيَّهَا الَّذِيْنَ آمَتُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّموْا تَسْلِيْمًَا,  لَبَّيْكَ  اللَّهُمَّ رَبِّى وَ سَعْدَيْكَ صَلَوَاتُ اللهِ الْبَرِّ الرَّحِيْمِ وَالْمَلآئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ وَالنَّبِيِّيْنَ وَالصِّدِّيْقِيْنَ وَالشُّهَدآءِ وَالصَّلِحِيْنَ وَ مَا سَبَّحَ لَكَ مِنْ شَىْءٍ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ عَلَى سَيِِّدِنَا  مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِاللهِ خَاتَمِ النَّبِيِّيْنَ وَسَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ وَإِمَامِ الْمُتَّقِيْنَ وَرَسُوْلِ ؤَبِّ الْعَالَمِيْنَ الشَّاهِدِ الْبَشِيْرِ الدَّاعِى إِلَيْكَ بِإِذْنِكَ السِّرَاجِ الْمُنِيْرِ وَعَلَيْهِ السَّلاَمُ .

 “ Sesungguhnya Allah swt dan Para MalaikatNya bersalawat keatas Nabi. Wahai orang orang yang beriman hendaklah kamu bersalawat ( dalam bentuk doa ) ke atas nya. Wahai Allah, Rabb, disini daku bersedia mengkhidmati Mu, Semoga Rahmat Allah yang Maha Pengasih dilimpahkan ke  atas Nabi kami Muhammad  sallallahu  alaihi wasalam dan begitu jualah selawat selawat daripada kalangan Malaikat yang pilihan, Nabi nabi, Siddiqin, Syuhada dan orang orang Solihin dan daripada segala sesuatu yang tidak diketahui yang memuji Allah, dilimpakan keatas Nabi kami  Muhammad  sallallahu  alaihi wasalam, anak Abdullah, Nabi yang akhir danketua kepada Nabi nabi, Imam bagi orang orang taqwa, Rasul bagi Robb seluruh Alam,Penyaksi, Penyampai berita gembira, Penyeru ketaatan kepada Allah dengan izinnya, justeru itu menyinarkan cahaya , maka sejahtera ke atasnya


FAEDAH:
Diriwayat dari Ali Radhiallahu anhu bahawa beliau pernah membaca selawat sebegini dan membacanya ketika solatut Janazah Rasulullah sallallahu  alaihi wasalam dan bila orang ramai bertanya mengenainya, beliau pun mengajarkannya kepada mereka.  ( MA’ARIFUL HADIS )

( 12)

اَللَّهُمَّ تَقَبَّلْ شَفَاعَةَ سَيِِّدِنَا  مُحَمَّدٍ  الْكُبْرَى وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ الْعُلْيَا وَاَعْطِهِ سُؤْلَهُ فِي الآْخِرَةِ وَ الاُوْلَىَ كَمَا أَتَيْتَ إِبْرَاهِيْمَ وَ مُوْسَى.

‘ Ya Allah , terimalah syafaat  Nabi kami  Muhammad  sallallahu  alaihi wasalam
 yang terberat sekali. Kurniakan lah Baginda  dengan pangkat yang tertinggi dan apa sahaja yang pintanya di dunia ini dan di Akhirat sebagaimana yang telah Dikau kurniakan ke atas Ibrahim a’laihisalam dan Musa a’laihi salam.

FAEDAH :
Swlawat ini diriwayatkan daripada Abdullah bin Abas radhiallahu anhu. ( Al-Qaulul Badi’ ).


( 13 ) 
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى  سَيِِّدِنَا  مُحَمَّدٍ وَّعَلَى اَلِ  سَيِِّدِنَا  مُحَمَّدٍ وَأَصْحَابِهِ وَأَوْلاَدِهِ وَأَهْلِ بَيْتِهِ وَذُرِّيَّتِهِ وَمُحِبِّيْهِ وَأَتبَْاَعِهِ وَأَشْيَاعِهِ وَعَلَيْنَا مَعَهُمْ أَجْمَعِيْنَ يَا أَرْحَمَ الرَّّاحِمِيْنَ .


‘ Ya Allah  , Limpahilah RahmatMu yang khas keatas  Muhammad  sallallahu  alaihi wasalam , keluarganya, sahabat sahabatnya, anak anaknya, ahli ahli rumahnya, zuriatnya ( yang dekat mahu pun yang jauh ), rakan rakannya, pengikut pengikutnya, penganut penganutnya dan keatas kami berserta mereka. Wahai yang Maha Rahim lagi menyayangi.

FAEDAH:
Selawat ini daripada Hassan Basri radhiallahu anhu . Beliau pernah membaca doa yang demikian.

  
( 14)

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى  سَيِِّدِنَا  مُحَمَّدٍ وَّعَلَى اَلِ  سَيِِّدِنَا  مُحَمَّدٍ وَهَبْ لَنَا .
اَللَّهُمّ وَارْزُقْناَ مِنْ رِزْقِكَ الْلاَلِ الطَّيِّبِ الْمُباَرَكِ ماَ تَصُوْنُ بِهِ وُجُوْهَناَ
عَنِ التَّعَرُّضِ إِلَى أَحَدٍ مِنْ خَلْقِكَ .َ

“ Ya Allah, Limpahilah RahmatMu yang khas keatas  Muhammad  sallallahu  alaihi wasalam  dan keturunannya. Ya Allah berikanlah kami rezeki yang halal, baik dan berkat yang dapat menjauhkan diri kami mendekati makhluk makhlukMU dengan wajah yang kepinginan.( mengharap)

FAEDAH:
Abu Abdullah Qastalani rahmatullah a’laihi bermimpi bertemu dengan
Rasulullah  sallallahu alaihi wasalam . Beliau mengadu mengenai kemiskinannya. Maka Rasulullah  sallallahu alaihi wasalam mengajar akan bacaan selawat ini.
( Al-Qalulul Badi’)

( 15 )

اَللَّهُمَّ اغْفِْر لِىْ وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ والْمُسْلِمِيْنَ والْمُسْلِمَاتِ الْاَحْيَاءِ مِنْهُمْ والْأَمْوَاتِ وَلِإ ِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِنَا غِلاَّلِلِّذِيْنَ اَمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوْفٌ الرَّحِيْمُ . 
“ Ya Allah,ampunilah daku dan orang orang beriman lelaki dan perempuan, orang orang Islam lelaki dan perempuan termasuk yang hidup dan yang telah meninggal sebelum kami dan Ya Allah janganlah ada busuk hati kami terhadap orang orang beriman. Robbana Dikaulah Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.

FAEDAH:
Doa diatas ( selepas membaca selawat doa akan di makbulkan ). Ini adalah doa untuk keampunan diri sendiri dan seluruh ummat dan juga doa menghilangkan dendam kesumat didalam hati.


(16)

اَللَّهُمَّ احْشُرْنَا فِيْ زُمْرَتِهِ وَاسْتَعْمِلْنَا بِسُنَّتِهِ وَتَوَفَّنَا عَلَى مِلَّتِهِ وَاجْعَلْنَا مِنْ حِزْبِهِ

“ Ya Allah, bangkitkan kami ( hari Qiamat ) dikalangan rombongannya, kemampuan menuruti sunnatnya, mati ketika berpegang teguh kepada agamanya dan jadi kanlah kami salah seorang yang termasuk didalam kumpulannya.


( 17 )

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى  سَيِِّدِنَا  مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَنَبِيِّكَ وَرَسُوْلِكَ النَّبِىِّ الْاُمِّىِّ وَ عَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ .

‘ Ya Allah  , Limpahilah RahmatMu yang khas keatas Nabi kami, Muhammad  sallallahu  alaihi wasalam, hambaMu,Rasul lagi Nabi yang ummi dan keatas keluarganya serta sahabat sahabatnya dan sejahtera ke atas semua.

FAEDAH :
Rasulullah  sallallahu  alaihi wasalam telah menyatakan di dalam hadis  bahawa : “ Barangsiapa membaca sebanyak 80 kali selawat ini keatasku pada hari Jumaat, maka dosanya selama 80 tahun akan diampunkan. Seorang pun bertanya “ Ya Rasulullah  sallallahu  alaihi wasalam  bagaimana selawat itu perlu dibaca ?. Rasulullah  sallallahu  alaihi wasalam menjawab : Kata kan lah………….. “ sehingga akhir  (seperti diatas.)


( 18)

َللَّهُمَّ إِنِّىْ أَسْئَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَئَلَكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ  مُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَاَلِهِ وَسَلَّمَ, وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا اسْتَعَاذَ مِنْهُ نَبِيُّكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَاَلِهِ وَسَلَّمَ , اَنْتَ الْمُسْتَعَانُ وَعَلَيْكَ الْبَلاَغُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ. وَسَلاَمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
  
‘Ya Allah, Daku pinta pada Mu segala yang baik sebagaimana yang dipinta oleh NabiMU Muhammad  sallallahu  alaihi wasalam,  dan memohon perlindunganMu daripada segala yang jelik sebagaimana yang dipinta oleh Muhammad  sallallahu  alaihi wasalam,. Hanya Dikau sahaja Penawar dan tugasMu hanyalah menyampaikan kebenaranMu dan kami tidak mempunyai apa apa daya atau kekuatan untuk berbuat amalan baik atau menolak keburukan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Sejahtera keatas para Rasul dan segala puji bagi Robbul A’lamin.
FAEDAH:
Abu Umamah Radhiallahu anhu berkata kepada Rasulullah  sallallahu  alaihi wasalam, : “ Rasulullah  sallallahu  alaihi wasalam,. Tuan telah mengajar kami dengan begitu banyak doa tetapi kami tidak dapat menghafal kesemuanya.Tunjukkan lah kami dengan satu doa yang pendek tetapi mencukupi segala doa”.Sebagai jawapannya terhadap permintaan ini, Rasulullah  sallallahu  alaihi wasalam  mengajar doa ini.  
                            TAMAT BACAAN DOA SELAWAT UNTUK HARI JUMAAT.

BUAH ' KANA'
                                                                                                   
Sedikit Catitan :
                         Al- Hizbul A'zam  adalah himpunan doa yang di susun oleh ahli ahli Hadis dari buku buku Al-Hadis Rasullulah sallallahu  alaihi wasalam. Semuga Allah mengurniakan ganjaran yang terbaik kepada mereka. Mukhtasar Hizbul A'zam pula adalah ringkasan dari kitab yang tebal Al-Hizbul A'zam. Kitab Al - Mukhtasar ini telah di sunting oleh  Al Syeikh Sufi Muhammad Iqbal , Madinah Munawwarah. Beliau telah menyusunkan kitabnya dalam setiap bahagian ( mengikut  Hari hari bacaan ),beberapa  bentuk permohonan doa yang berasingan. Terdapat Al-Hamdu ( pujian kepada Allah ) dan selawat pada awal dan akhir doa, Di ikuti dengan 14 doa doa yang jami' dan lengkap, dua doa Isti'aaza ( doa perlindung ) dan dua doa taubat dan istighfar.. Mukhatasar ini adalah 1/4 dari kitab asal ia itu Al- Hizbul A'zam Asli.


Diharap dan didoakan semuga sesiapa yang terjumpa mukhatasar ini, hendaklah dibaca dan menghafal dan di amal  sebagai wirid harian. Terutama pada remaja remaja yang banyak menghadapi dugaan dan cabaran yang tersangat dahsyat pada zaman kini. Sekurang kurang doa ini dijadikan pendiding dari hembusan sihir Al- Dajjal.


 SELAMAT BERAMAL.
                                                                             

Sunday, June 10, 2012

DOA MASNUN : MUKH TA SHAR HIZBUL A'ZHAM [ ONE }

                                                                               
                                                                      PART ONE
مختصر حزب الأعظم

                    MUKH TA SHAR   AL-HIZBUL  A'ZAM
ISLAM BERTAPAK DISINI MELALUI KEKUATAN IMAN DAN DAKWAH
                                                               مختصر حزب الأعظم
                                                                   MUKH TA SHAR
AL- HIZBUL "AZAM
………………………………….*******^^^^^*******....................................

Ini risalah mengandungi doa masnun yang di ambil dari pada buku :  ‘ Mukhtashar Al Hizbul A’zham. Doa doa yang terpilih dari doa  doa yang banyak dari buku Al Hizbul A’zham. Doa doa ini tersangat baik untuk meningkatkan kerohanian sesaorang.

Cara beramal  ialah  hendak lah beristiqamah setiap hari. Waktu yang baik sebelum subuh. Semua amalan wirid  dan tilawah Al –Quran ,di habiskan sebelum tiba waktu subuh. Lepas subuh hanya amalan yang khusus dalam waktu subuh diamalkan seperti zikir 300 pagi dan petang.

وَ ِانَّ اَحَبَّ الاَعْماَلِ اِلَى الله مَادَامَ وَ اِنْ قَلَّ .
‘Amalan yang paling disukai oleh Allah Taala ialah yang istiqamah walaupun sedikit

Amalan doa ini di baca  dengan   hati yang‘ tawwajuh serta benar benar mengharap seperti seorang fakir dihadapan Allah swt. Dan doa doa ini dibaca mengikut hari hari nya masing..


  • Peringatan : Jika anda ‘ copy’ , pastikan anda mengambil berat tentang kesucian ayat ayat nya, Jangan buang merata rata seolah olah ianya seperti sampah.


Ini doanya:
بسم الله الرّحمَن الرّحيم
الحزب الأول – يوم الجمعة

BAHAGIAN PERTAMA – HARI JUMAAT

( 1 )
Di mulaikan dengan baca surah Al-Fatihah.
باخ : الفاتحه....
FAEDAH:
Disini surah Al_Hamad hendaklah dibaca dengan niat DOA dan kepada wanita wanita yang didalam haid atau orang yang berjunud – wajib membacanya dengan niat DOA.

FADHILAT
Hadis memberitahu : Fatihah adalah penyembuh kepada setiap penyakit .
Ganjaran surah ini adalah sama dengan ganjaran 2/3 daripada Al-Quran..
Masyaikh telah menulis bahawa jikalau sesaorang itu membaca surah Fatihah dengan penuh keimanan dan keyakinan,ia dapat menyembuhkan segala penyakit sama ada rohani atau jasmani.

( 2 )

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ
وَعَلَى الِ إِبْرَاهِيْمَ . اِِنَّكَ حَمِيْدٌ مَّجِيْدٌ .
اَللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَّعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ
وَعَلَى الِ إِبْرَاهِيْمَ,  اِنَّكَ حَمِيْدٌ مَّجِيْدٌ .

Ya Allah limpahilah rahmat yang khas keatas Nabi Muhammad saw dan keatas keluarga Muhammad saw sebagaimana Dikau telah kurniakan rahmat keatas  Ibrahin as dan keluarganya,
Ya Allah limpahilah berkat  yang khas keatas Nabi Muhammad saw dan keatas keluarga Muhammad saw sebagaimana Dikau telah kurniakan berkat keatas  Ibrahin as dan keluarganya

FAEDAH :
Selawat ini  adalah selawat yang paling sahih dan paling tinggi fadhilatnya daripada segala selawat.( Bukhari ).Selawat ini hendaklah dibaca selalu didalam salat dan diluar sholatRsalullah saw sendiri yang mengajar selawat ini dan Jibrail alaihi wa salam sendiri menyampaikannya dari Allah Taala  kepada Rasulullah saw..Diriwayatkan bahawa  اَللَّهُمَّ  mewakili semua nama nama  Allah yang indah dan  حَمِيْدٌ مَّجِيْدٌ  adalah dua nama Allah ( Asmaul Husna ) yang mencerminkan semua sifat sifat Allah yang Maha Agung dan Lemah lembut.

( 3 )

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِىِّ الأُمِّىِّ وَأََزْوَاجِهِ أُمَّهَاتِ المُؤْمِنِيْنَ وَذُرِّيَّتِهِ
وَأَهْلِ بَيْتِهِ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إبْرَاهِيْمَ .
وَ بارَكْ عَلَى مُحَمَّدِ نِِ النَّبِىِّ الأُمِّىِّ وَ عَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ وَأََزْوَاجِهِ وَأَهْلِ بَيْتِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا بَارِكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إبْرَاهِيْمَ
 فِيْ  العَالَمِيْنَ  إِنَّّكَ حَمِيْدٌ مَّجِيْدٌ .
 “ Ya Allah Limpahilah RahmatMu yang khas kepada Muhammad, Nabi yang ummi,( isteri isteri) Ibu bagi orang orang beriman, zuriatnya, ahli keluarganya sebagaimana Engkau telah limbahkan kurnia Mu keatas Ibrahim alaihis salam dan keturunannya.
Dan  berkatilah Muhammad, Nabi yang ummi, isteri isteri, ahli keluarganya dan zuriatnya sebagaimana Engkau telah berkati keatas Ibrahim dan keturunannya diseluruh alam. Sesungguhnya Engkaulah Maha Terpuji lagi Maha Mulia. “

Faedah :
Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wa salam bersabda : “ Barangsiapa berkehendakkan ganjaran yang banyak dengan mensalawati ke atas ahli keluargaku maka berselawatlah dengan kalimat selawat ini “

(4 )

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَنْزِلْهُ الْمَقْعَدَ الْمُقَرَّبَ عِنْدَكَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

“ Ya Allah Limpahilah Rahmat Mu keatas Muhammad saw dan kurniakanlah ke atasnya tempat yang paling hampIr dengan Mu di hari Qiamat.”
FAEDAH :
Ruwaifah RA. Meriwayatkan bahawa  Rasulullah sallallahu alaihi wa salam  bersabda : “ Barangsiapa bersalawat secara ini,maka pastilah syafaatku diberkan kepadanya.” –               [Fadhilat Salawat ].

(5)


اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى ( سَيِِّدِنَا ) مُحَمَّدٍ وَّعَلَى اَلِ ( سَيِِّدِنَا ) مُحَمَّدٍ كَمَا
تُحِبُّ وَتَرْضَى لَهُ.

“ Ya Allah Limpahilah Rahmat Mu yang khas yang Dikau pilih dan disukai keatas Muhammad sallallahu alaihi wasalam.”

FAEDAH :
Rasulullah sallallahu alaihi wa salam memberikan penghormatan yang istimewa kepada pembaca selawat ini. Baginda mendudukkan sipembaca salawat itu hamper kepadanya. Apabila sahabat sahabat hairan dengan perkara tersebut, Babinda pun bersabda :                                                                “ Orang ini membaca selawat ini (  selawat diatas )


(6)

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى ( سَيِِّدِنَا ) مُحَمَّدٍ وَاَبْلِغْهُ الْوَسِيْلَةَ  وَالدَّرَجَةَ الرَّفِيْعَةَ
مِنَ الْجَنَّةِ . اَللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي الْمُصْطَفَيْنَ مَحَبَّتَهُ وَفِيْ الْمُقَرَّبِيْنَ مَوَدَّتَهُ وَفِي
الأَعْلَيْنَ ذِكْرَهُ وَالسَّلاَمُ عَلَيْهِ  وَرََحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.

Ya Allah, Rahmatilah  Muhammad sallallahu alaihi wasalam dan kurniakanlah Baginda dengan           ( taraf) perantaraan ( terhadapMU) dan syurga yang tertinggi
“ Ya Allah berikanlah kurniaan Mu yang terpilih akan cinta dan persahabatannya dan jadikanlah nama baginda sebagai sebutan dibibir oranag orang yang berpeningkatan tinggi ( Muqarrabin ). Salam sejahtera dan rahmat Allah serta berkatnya ke atasnya.”

Faedah :
Selawat ini diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud Ra dengan jalan Marfu”.
“ Sesiapa berdoa wasilah untuk ku, maka syafaatku akan diturunkan keatasnya.                                              Yakni dia akan dijamin. 



(7)

اَللَّهُمَّ صَلِِّّ عَلَى  رُوْحِ  سَيِِّدِنَا  مُحَمَّدٍ فِي الأَرْوَاحِ وَصَلِّ عَلَى جَسَدِ ّ
 سَيِِّدِنَا  مُحَمَّدٍ فِي الأَجْسَادِ وَصَلِّ عَلَى قَبْرِ  سَيِِّدِنَا  مُحَمَّدٍ فِي الْقُبُوْرِ .  

" Ya Allah Limpahilah Rahmat Mu yang khas keatas roh Muhammad sallahu alaihi wasalam 
dikalangan roh roh, keatas jasad Muhammad sallahu alaihi wasalam dikalangan jasad jasad
 dan keatas kubur Muhammad sallahu alaihi wasalam dikalangan kubur kubur.

FAEDAH :
Didalam kitab Al- Qaulul Badi’  Rasulullah  sallallahu alaihi wasalam telah bersabda : “ Barangsiapa membaca selawat ini akan dapat melihatku didalam mimpinya dan barangsiapa melihatku didalam mimpinya  akan dapat melihatku di Hari Qiamat dan barangsiapa dapat melihatku di Hari Qiamat, daku akan mensyafaatinya dan barangsiapa disyafaati olehku akan dapat minum di telagaku ( Haud ) dan Allah Taala akan mengharamkan jasadnya terhadap Api Jahanam .”

Kaifiat : Apabila dibaca sebanyak 70 kali dengan berwuduk dan terus pergi tidur,  sangatlah berkesan untuk bertemu dengan Rasulullah  sallallahu alaihi wasalam didalam mimpi. Bersama sama  dengan selawat ini, selawat berikut # (8), hendaklah juga dibaca .
  
  
( 8 )

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِِّدِنَا  مُحَمَّدٍ كُلَّمَا ذَكَرَهُ الذَاكِرُوْنَ وَصَلِّ عَلَى
سَيِِّدِنَا  مُحَمَّد كُلَّمَا غَفَلَ عَنْ ذِكْرِهِ الْغَافِلُوْنِ .


“ Ya Allah, Limpahilah RahmatMu yang khas keatas  Muhammad  sallallahu  alaihi wasalam , bila bila sahaja orang orang mengingati dan menyebutnya dan
“ Ya Allah, Limpahilah RahmatMu yang khas keatas  Muhammad  sallallahu  alaihi wasalam , bila bila sahaja orang orang  yang alpa gagal mengingati dan menyebut namanya.”


FAEDAH :
Imam Syafie rahmatullah alaihi pernah mengamalkan selawat ini. Seorang melihat beliau didalam mimpi. Beliau berkata : “ Syafaat untukku telah diterima sebab daripada kelebihan selawat ini.”

( 9)

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى  سَيِِّدِنَا  مُحَمَّدٍ وَّعَلَى اَلِ  سَيِِّدِنَا  مُحَمَّدٍ صَلاَةً تَكُوْنُ لَكَ
رِضًا وَّلِحَقِّهِ أَدَاءً وَّاَعْطِهِ الْوَسِيْلَةَ وَالْمَقَامَ الْمَحْمُوْدَ الَّذِىْ وَعَدْتَّهُ وَاجْزِهِ عَنَّا أَفْضَلَ مَا جَزَيْتَ نَبِيًّا عَنْ أُمَّتِهِ وَصَلِّ عَلَى جَمِيْعِ مِنَ النَّبِيّيْنَ وَ الصَّالِحِيْنَ
يَا أَرْحَمَ الؤَّاحِمِيْنَ .


 “ Ya Allah, Limpahilah RahmatMu yang khas keatas  Muhammad  sallallahu  alaihi wasalam  dan keturunannya. Rahmat yang akan membawanya kepada keredhaanMu dan melaksanakan kewajibannya keatas Mud an kurnialah keatasnya sebagai wasilah untukkami dan maqam Terpuji yang telah Engkau janjikan. Dan anugerahilah Baginda dengan balasan ganjaran yang terbaik kepada Nabi bagi pihak umatnya. Dan kurniakanlah RahmatMu yang khas keatas semua saudara saudaranya yakni Nabi nabi dan orang orang yang soleh, wahai Yang Maha Rahim lagi Maha Pengasih. “

FAEDAH:
Rasulullah  sallallahu alaihi wasalam telah bersabda : “ Barangsiapa yang membaca salawat ini selama tujuh ( 7 )   Jumaat, syafaatku diwajibkan keatasnya.
( Al-Qaulul Badi” )



( 10 )

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى  سَيِِّدِنَا  مُحَمَّدٍ  عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ وَصَلِّ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ
 وَالْمُؤْمِنَاتِ  وَالْمُسْلِمِيْنَ وَ الْمُسْلِمَاتِ.

‘ Ya Allah  , Limpahilah RahmatMu yang khas keatas  Muhammad  sallallahu  alaihi wasalam, HambaMu dan RasulMu dan juga keatas orang orang beriman daripada lelaki dan perempuan dan orang orang Islam lelaki dan perempuan .”

FAEDAH :

Rasulullah  sallallahu alaihi wasalam telah bersabda : “Seseorang  yang  tidak ada sesuatu untuk disedeqahkan, hendaklah membaca selawat ini di dalan doanya. Selawat ini akan menjadi sebab penyucian terhadap dirinya.

Perhatian : Doa selawat ini mengandungi sebanyak 17 selawat. Sila himpunkan hingga cukup.
Entri akan bersambung. 
PART TWO