Popular Posts

Showing posts with label HIJRAH OH HIJRAH. Show all posts
Showing posts with label HIJRAH OH HIJRAH. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

Part 2::~Pathoni~Siam - secawan teh......

                                            التد بير      نصف    المعيشة                 

 Altadbiiru  nishful ma ii syati : "
Tadbir ialah setengah dari  penghidupan "
                                                 * al- Hadis *
Anda  boleh memasuki ke Thailand melalui jalan darat di dua pintu masuk.Jika anda
berkenderaan, anda masuk melalui Kayu Hitam - Danok .Atau anda ingin bersantai dalam buaian keretapi, anda akan sampai pintu masuk di padang besar - pekan Siam.Tukar wang di sempadan lebih menguntungkan dan jangan lupa untuk tukar secukup untuk diguna disana.
Dan anda kena "standby" rm 2
sebagai " duit kopi" pada pegawai imegresen siam selepas anda cop passport. Jangan tanya untuk apa, kerana payah nak terangkan.Anggaplah jawapan seperti lagu oh bangau oh bangau
- ".Memang sudah menjadi makanan ku".Sebenarnya duit-duit itu akan di kumpul dari pagi hingga petang,Kemudian akan di agih-agihkan pada pegawai-pegawai yang bertugas atau mereka akan habiskan dengan makan minum serta  bersantai selepas berkerja di waktu  petang.. cukai Ali baba 40 penyamun.
Kali ini aku masuk melalui pintu Bukit Kayu Hitam.Tiga hari yang lalu,  aku masuk melalui Padang Besar bersama ustaz Firdaus dengan menaiki  keretapi.Kali ini aku bersama" 4 penyamun tarbus , geng makjun sangkut." _ Paksu sapri, mat semyum,mat pi'ee dan budak sungai petani. Mereka  mempunyai minat yang sama diantara mereka iaitu barang- barang antique.Kami menaiki kereta proton saga, milik Mat Pi" eei  dari Penanti. .Setelah bertungkus lumus dengan hal  ehwal passport, akhirnya kami berada di sebelah sana, Pekan Danok.Dari danok ,kami ke bandar Pattani menaiki van putih dengan bayaran bath:150.Dalam perjalanan yang pertama bersama ustaz Firdaus,kami berhenti di Masjid Tengah Pattani( central Mosque ) dan kemudian di jemput dengan sebuah van oleh rakan Pattani.Kami dihantar ke Masjid kresik

Unik nya kehihupan di Pattani ialah  anda dapat merasai kehidupan "original "melayu kelantan.Teh di warong akan di hidang pekat dan susu 3 cm tebal  .Sebuah teko kecil berisi air putih panas akan menemani secawan teh anda.Sembang lah,minum lah,dan tambah air putih panas kedalam cawan anda. Teh masih terasa ' strong ' ... Kuih muih semua nya manis , semanis pelayan warong TMereka sopan dan mudah mesra.tapi ..awas jangan cuba - cuba nak .....!" Takut tak kelik nanti.."Kaum wanita mereka kuat berkerja dan orang lelaki nya..aku kata  " kuat buat Dakwah " Kalau orang Trengganu, kuat main dam dan naik haji.
Ya..orang Pattani sangat tinggi semangat islam mereka.Hanya sekarang tinggal semangat saja.Tewas dek asakan " siamisasi" oleh kerajaan Siam.Dalam tahun 70an, kerajaan memaksa mereka mengunakan namaa siam..Dan aku kesana hanya untuk meniup harapan mereka untuk hidup dalam Islam.Sebenar nya banyak yang boleh kita dapati dari kehidupan mereka.Adat persaudaraan diantara mereka cukup akrap.Layanan tetamu mereka sungguh dipujiSehingga kami sering merunggut kerana " tak sempat lapar",Kehidupan yang sederhana dalam makan minum dan pakaian adalah menarik untuk di perhatikan.Mungkin inilah hikmah rahsia illahi..Hanya sanya bahasa pertuturan melayu hampir-hampir pupus. Aku sempat menyuarakan kebimbang aku atas perkara ini dalam ucapan -ucapan aku di beberapa surau dan masjid di Yala , pattani dan santul.Harga barang tidaklah begitu murah, tapi kreatif.Kentang " spring" yang sedang "hangat" di Malaysia besar kemungkin asal dari sini.                                                                             
Sebenarnya secara senyap-senyap , usaha dakwah serta  tabligh, telah banyak menyelamatkan agama orang  melayu Pattani..Aku sendiri telah berpeluang bersama angkatan Awalin Mubaligh-mubaligh Dakwah membuat usaha di Istiqma' Yala pada tahun 1982 ( ? / 83 ) Ramai ulama'-ulama' pondok bangun  dan langsung mengalas" beg dan bedding" keluar "khuruj fi sabillillah." Memang tak di sangkalkan, keadaan mereka ketika itu sangat daif dalam banyak segi. .terutama sekali dari segi wang ringgit dan alat komunikasi ,tapi berbekalkan satu keyakinan,mereka merendah lurah dan lorong, bukit dan hutan ,laut dan darat. Dengan  berbekal  satu keyakinan iaitu  cara kerja Dakwah Nabi Muhammad sallahu alai wa sallam akan membuahkan ' harapan ' untuk umat  Islam seluruh alam.

  ..Berbekalkan dengan satu keyakinan terhadap cara Dakwah Nabi Muhammad saw, usaha ini telah berjaya me"transform"kan orang-orang islam biasa menjadi seorang mubaligh.Setiap orang Islam tidak kira apa bangsa nya, bahasa pertuturanya dan ideologi parti politiknya,mereka dibangkit agar sanggup untuk berkorban di jalan dakwah.Tiada nama, tiada  pangkat untuk di rebutkan dan tiada parti politik untuk di gulingkan.Hanya memenuhi tuntutan Allah swt  dan cari kegembiraan Nya .Nabi yang mulia telah buktikan pada dunia yang lampau dan insyaAllah akan terbukti masa mendatang.Sejarah di Nusantara telah membuktkan bahawa Islam masuk dalam kehidupan orang sini tanpa peperangan .Hanya melalui kerja - kerja dakwah  mubalighin .Islam..           
                     
 .Aku merasa bertuah kerana dapat beriktikaf selama 
  2 malam di masjid Kresik.Masjid yang berusia lebih
  dari 500 tahun ini banyak menyimpan rahsia dan peristiwa        suka duka. Hang Tuah pernah tinggal beberapa lama di sini
dan mesjid ini di panggil masjid Hang Tuah.atau Masjid Pintu Gerbang.Di khabarkan bahawa Panglima Hang Tuah kerap berada di sini untuk urusan negara Melaka.Dikatakan ,sultan Melak membeli meriam kuning dari kerajaan Pattani.Kuning kerana meriam ini di buat dengan menggunakan tembaga campuran.Telaga Hang Tuah masih di guna pakai oleh orang tempatan.di sini. { Gambar menunjuk perigi Hang Tuah. dan Masjid Kresik }
Semangat serta nostalgia pada kedaulatan kesultanan Pattani dulu masih membara dalam jiwa orang tempatan .Kerajaan kesultanan Pattani tumbang ditakluki oleh Siam pada tahun 1765..dan pada 1816 negeri Pattani telah di pecahkan menjadi tujuh wilayah kecil.. Kemudian pada tahun 1902 Raja Rama v  telah menjadikan ketujuh-tujuh wilayah ini milik penuh Siam.Bantahan secara resmi telah di laku oleh tokoh - tokoh  tempatan seperti Haji Sulung.Sayangnya beliau telah di penjarakan pada tahun 1948. Akhirnya pada tahun 1960 lahir puak pemisah pattani yang di panggil PULO.Usaha pemerintah Siam untuk menukarkan  budaya orang Pattani kedalam  budaya Siam telah membangkitkan  lebih banyak penentangan daripada  rakyat.Apa kesudahan pejuangan ini? ,sama -sama lah kita saksi sejarah masa mendatang.
.Masjid Kresik  secara senyap menanam akar umbi bangsa Melayu Pattani. Dibina oleh Sultan Ismail Shah pada tahun 1557. .Sheikh Said  sebagai juru seni bina  telah menjadikan masjid ini 
Masjid pertama di Tanah Semenanjung Melayu.Dibina dari batu bata merah dan mimbarnya dihiasi dengan ukiran emas dan permata. menjadikan ianya kebanggaan bangsa Pattani.satu ketika dulu..
Masjid ini terletak dihadapan istana Nilam.  Kerajaan Siam telah gagal dalam usaha untuk menghilangkan identiti  keislaman disini..Lebuhraya hendak  di buat atas tapak masjid ini.Tak cukup lagi malah tanah masjid  disebelah hujung,telah  di bangunkan sebuah Kuil Cina- kuil peringatan kematian kaum Cina.Kerajaan Siam telah menperalatankan kaum  minoriti Cina untuk dilaga-lagakan dengan orang Melayu Pattani.Kaum Cina dari seluruh pelusuk  tempat melakukan  upacara keagamaan  di sebelah Masjid ini.Akhirnya kesabaran hilang , maka tercetus tindakkan  nekad beberapa orang islam yang   tak terkawal. semangat seta emosi  mereka..Sekali lagi pada tahun 2004, darah orang islam melumuri tangan Taksin durjana.                     Jasa Ulama'-ulama'Melayu Pattani tak boleh di lupai. Jasa dalam memperkayakan keilmuan Islam di negara  kita,Malaysia. Siapa yang tidak kenal Ulama' Agong Syaikh Daud al- fathoni ( 1769 - 1847 ) Tok Guru Wan Ahmad Pathoni, dan ratusan genarasi ulama' kitab,cerdik pandai dan pemuka - pemuka gerakan yang sangat berjasa.Mereka ini telah berjaya  membangunka pengajian                                                                                                                                                                                     
pondok di serata Tanah Alam  Melayu.Memang sudah menjadi adat orang Pattani,mereka merantau jauh -jauh dalam membina kehidupan disebabkan tekanan penjajahan Siam..
Maka sebagai hikmah illahi,banyak lah ulama' Pattani menabur jasa dan bakti di Malaysia Sumatera dan sebagainya.
Islam datang sebagai gagasan tamaddun.Islam adalah ugama 
tertib hidup.Nabi Muhammad saw datang bawa " adab 'Islam bukan budaya atau adat datuk nenek. Nabi bawa cara tertib kehidupan.Nabi bawa al-quran dan as-sunnah. Amalan islam tidak akan masuk ke dalam kehidupan  sesiapa yang tidak bolih hidup beradab.. Kaum penjajah barat hingga kini tidak henti-henti memecahkan benteng adab islam. Maka anak-anak islam roboh tersungkur dalam kehidupan tanpa adab.Dulu Nabi yang suci murni datang ke tengah-tehgah kaum arab dan mengajari mereka  adab tatasila..Nabi mengajari mereka dari pada ' adab tandas , adap makan dan berpakaian hingga adab- adab beribadah dan  adab tadbir negara.Pendek kata ,mereka mula berubah dalam semua sudut tata cara kehidupan.Akhirnya seluruh kaum arab berubah.Dari jahiliah menjadi "Ahasanul Khaliqin."Sebaik-baik kejadian.Dunia ketika itu mula berubah.Mereka pandang kemajuan dan kemodenan ada pada kehidupan Islam.Mana -mana negara yang tidak ambil islam akan ketinggalan zaman.Apa yang rasa ada pada islam ketika itu.? Ya.! Waktu itu
kelompok islam terdiri daripada golongan yang telah di tarbiah untuk tidak pandai berdusta dalam percakapan, tidak mahu mmenyusahkan orang lain,tidak tahu tipu dacing ketika berniaga.Isteri tidak mengerti untuk membelanja harta suami secara membazir,suami tidak tahu untuk bercakap hendik dan kasar pada isteri, suami membantu dalam perkerjaan rumah dan mereka menyembah Allah dengan sebenar-benarnya.Dalam masa yang singkat saja dua pertiga dunia menerima amalan islam.

Kemudian  Islam mengelami kemerosotan. Kenapa ? Ya ! kenapa.Banyak faktor-faktor yang bolih kita kaitkan tapi punca
sebenar adalah " CINTA DUNIA".Nabi dan para sahabat  telah lari daripada  kecintaan "dunia,"tapi umat hari ini telah mengejar nya..Akibat nya terjadi lah puak yang sembahyang lima waktu membunuh puak yang juga solat lima waktu. Mereka bertemu  diantara mereka dengan perasaan hati  yang penuh kebencian.Mereka buang cara hidup beradab sunnah dan mula menipu dalam mengumpul harta dunia.Nilaian panghormatan  mereka berpandukan kepada banyaknya wang ringgit.Hati mereka keras.Lidah-lidah mereka mula mencerca kehidupan beragama.Generasi mereka terasa malu untuk mengamalkan sunnah Nabi mereka.Akhirnya mereka di musnahkan oleh musuh-musuh mereka dengan penuh kehinaan.Aduh hai.iiii...!!!
                                     Sekadar sebuah renungan. Sebuah episod.Sebuah kisah.  Empat ekor anjing. dan satu ketul tulang.: Empat ekor anging.sekeluarga.sebaya.Kehidupan mereka tenang.Bersantai bersama.Bergurau  tampar menampar , gigit mengigit dan  kejar mengejar..Semua dalam suasana riang dan mesra.Dan pada satu hari ,melewatilah sesaorang dengan berkenderaan.lalu mencampakkan seketul tulang bersalut  sedikit sisa-sisa daging.Salah seeekor dari mereka bangkit lalu meluru kearah ketul daging tersebut.Tiga ekor lagi pun bangkit lalu meluru kearah yang sama..Dimulut anging yang pertama itu sekarang  ada seketul tulang bersaluti cebisan daging.Kali ini  kejar mereka  dengan perasaan merampas.Kali ini gigit  mereka untuk menyakiti. Kali ini mereka  menampar untuk mempertahankan hak milik.Akhinya  berlakulah  pergelutan yang bersungguh- sungguh  dan sengit serta trajis.Terjadilah korban ..Darah mula mengalir dan terus mengalir...selagi tulang berada di bibir mulut.! selagi perasaan tambak mendada .selagi jiwa menguning.!..



Monday, December 6, 2010

HIJRAH OH MA'AL HIJRAH DAH JADI ' MAL'HIJRAH.


7 hb.Disember,2010.Berakhir Hijrah1431 dan ".Ahlan wa sahlan wa marhaban " Hijrah 1432.. Apa perasaan anda?. Bagi saya semuanya  bercampur baur, perasaan sinis  di antara berpura pura dan kenyataan .Tahun demi tahun,kita menyambut " maal hijrah".Dan setiap tahun ke tahun keadaan orang melayu islam tak berubah, begitu bersahaja.Teringin aku nak bertanya anda, sedalam manakah  erti hijrah dalam hidup anda?.Apa yang kita mencari dengan hijrah sehingga kita mengadakan sambutan setiap tahun? 
Apa yang kita telah lakukan selama ini.
Yang ketaranya ,negarawan kita hanya mencelup gaya dan budaya barat dan tempek ke hidupan melayu dengan label islam. Lihat saja pada beranika macam 'celeberation' yang memakai label Islam.? Orang barat mengadakan TAHUN BARU kita pun adakan " MA'AL HIJRAH' Barat adakan  " American Idol " , kita pun mengadakan " malaysian idol " Barat buat pencarian ' gadis cantik' kita pun buat pencarian  ' gadis melayu'Barat adakan 'fesyen show' ,kita pun adakan ' busana islam' . Dan lebih memalukan , kita mengadakan ' juara imam - imam muda' Astagfirullah...beristigfarlah...Gila gila paderi kristian dalam 'mem-promote-'kan 'ajaran  kristian', mereka tak segila kita, dengan mengadakan ' pertandingan ' the best priests' kot..Bertambah khusyuk kah kita dengan berimamkan 'juara imam muda'? Atau bertambah sopan santun anak-anak gadis melayu dengan ada nya ramai juara-juara 'Gadis Melayu?.Aduhaaiiii hai Ooo TV3....Maal hijrah akan terus menjadi Mal hijrah. jika kita biar trend hidup kita dikuasai oleh ma'laun-ma'laun yang sendat otak ini.....(MA'AL ertinya Bersama/berserta. manakala MAL ertinya Harta benda )
                                  " Anak Cina bertimbang madat,
                                           Dari Makasar langsung ke Deli,
                                    Hidup di Dunia,biar beradat,
                                             Bahasa tidak di jual beli .

                                     Biar mundek sumur di Cini,
                                          Asal kapal tunjang berkarat,
                                     Biar pendek umur di sini,
                                          Asalkan Amal panjang ke Akhirat.
Apakah signifikasi [ "significance"] dari Hijrah Nabi Muhammad. sallallahu alaihi wa sallam.? Ada setengah-setengah kaum,mengatakah adalah hijrah Nabi Muhammad [ selawat dan salam Allah keatasnya] untuk tegakkan sebuah  kerajaan Islam..Ini pun ada betulnya   tapi bukan sebab utama.Pembentukkan daulah islam terbina dalam proses yang lama ,setelah melalui pengisian yang mantap. Pada kajian saya, asas perjuangan Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam adalah mengujudkan serumpun umat yang berjiwa ' dakwah' Membentuk sekumpulan manusia yang kental dengan ujian fisikal dan mental untuk mendukung kerja Nabi mereka yak itu menDAKWAH kan perintah-perintah Allah.  Berlakunya Hijrah adalah diatas perintah Allah Subhanahu wataa'la. Tujuan Hijrah ke Madinah adalah kerana penduduk Madinah telah memberi janji setia dan kesediaan untuk memberi tapak dakwah secara sepenuhnya  pada Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam Adalah menjadi satu fakta yang tidak dapat dinafikan,.Islam tersebar dan di terima ramai adalah melalui kerja yang kuat serta bersungguh dalam dakwah bukan dengan pedang seperti apa yang dituduh oleh kaum yang benci islam..Setiap muslim di galak memberi dakwah keimanan.Dakwah pada kekuasaan Allah,Allah lah Sang pencipta dan Pentadbir semesta Alam tanpa berkongsi dalam pentadbiran nya. Dan percaya penuh pada nasihat Nabi.Muhammad sallallahu alaihi wa sallam.Dan hasil dari sebuah keyakinan ini ialah janji kehidupan yang baik di akhirat.
                                       
     Apakah kepentingan DAKWAH dalam kehidupan muslim? Dengan amalan dakwah sesaorang muslim akan di cucuri dengan HIDAYAH ( petunjuk kebenaran ,terbit dari hati nurani),Keyakinan pada kekuasaan Allah bertambah dan dapat pertolongan dari Allah secara langsung. Malang sekali dimasa kini,semuanya dah menjadi peristiwa nostagia saje.INI adala kesan dari amalan 'sekularism' yang kita pratikkan dalam kehidupan seharian.secara fanatik .[ insyaallah , akan saya tulis dihalaman mendatang] ..Anda dan saya tidak akan merasa kehebatan islam jikalau hati kita kosong dan jauh dari Allah.....
..Aduiihai Hijrah Aduii hai  Pemimpin yang Buta Perut..Anda terus meratah jiwa umat yang telah letak amanah mrerka pada anda..


   Read a story from Rumi...
   " It's a well known fact that a fox is noted for its cowardice ".However the fox which has a lion as a support  behind its back saying to him."Have no fear,my hand is upon  your back",in spite of lacking courage,become  very brave indeed.His new found bravery is of such a nature that he will not hesitate to attack a leopard.The support of the lion had transformed him into no fear.
    In this regard, a story of Jaffar Al- Tayyar.a companion of Prophet Muhammad.( May Peace Upon Him.)
  He ,once a time attacked a fort fortress all my himself. His attack was so fierce that it seemed that the fortress would soon become a prey to the hoofs of his horse.Every single soul in the fortress were so struck by awe that they close the gate and dared not to come out to engage him in battle.
         " A man is all by himself, but his heart which he has in his breast is not like the heart of ordinary men. One man alone, but appears like hundreds of thousands.Do not rely upon numbers.The main thing is the unity of the heart.This is the gift from Allah, which is attained through the acquisition of contact with Him and through rigorous spiritual exercise.This connection,you will not be able to attain while you are in the state of kufr and hiprocrate.[ disbeliever and munafiqin ]..
 
       Million of stars are shining and produce light, but at the rising of the sun,their light become    non-existent. 
TIPS: Tahun Hijrah adalah tahunyang  bepandukan pada  kiraan peredaran bulan  dan di panggil ' tahun Qamariah' ,Malakala tahun yang kita guna pakai harian adalah tahun Masehi atau di panggil tahun Syamsiah dan  ia dikira mengikut kiraan putaran matahari..Ada perbezaan jarak masa dalam kiraan setahun diantara kiraan Qamariah dan 'Samsiah' .Perbezaan ini perlu di ambil berat dalam menentukan masih masuk awal baligh. 
Bila baligh , maka telah di pertanggungjawab menjunjung perintah perintah  Allah.
       Alamat Baligh.ada tiga: Dua alamat untuk kaum lelaki dan tiga alamat untuk kaum perempuan .
       Lelaki :
sicomel ini..dididik atas fahaman apa?
           1 Seawal awalnya .Keluar air mani setelah umur  9 tahun.  
           2 Selewat lewatnya .Telah sampai umur 15 tahun.
       Perempuan :
           1 Seawal awalnya :Keluar darah Haid setelah umur 9 tahun atau kurang sedikit tidak          sampai 16 hari
           2.Keluar air mani setelah umur 9 tahun atau kurang.(Keluar mani sebelum umur 9 tahun
              tidak di kira baligh.)
           3. Selewat lewatnya :Telah sampai umur 15 tahun.

              Masa                            Tahun Hijrah                        Tahun Masehi             Beza    
              Satu Tahun                    354 hari 8 jam 8 minit             365 hari                      11 hari

              Sembilan Tahun             3188 hari 1 jam 12 minit          3285 hari                    99 hari
              Ini bermakna dalam umur 9 tahun masehi ada 3 bulan 9 hari perbezaan masa.
              Seorang anak  gadis  perlu di beri perhatian oleh ibu pada perubahan  umur anak gadis mereka apabila sampai  pada umur 8 tahun  8 bulan 7 hari 19 jam 13 minit. Dan umur 15 tahun masehi pula ialah 14 tahun 6 bulan 19 hari 9 jam 13 minit.

Anak-anak kita di university Malaya,jurusan Islam.
             Kenapa ini mustahak ?
              Anak gadis kita telah dan sedang memasuki alam ' ke wanitaan' Dah mula bercambah perasaan halus untuk di kasihi, dah mula berubah bentuk fisikal dan mula rasa teransang kearah biologikal' drive'.sex.Tempat tidur nya kena di asingkan dari abang abang nya, Perlu pada tempat yang ada 'privasi' .Dan paling penting sekali ialah pertanda bahawa dia tidak di benarkan bergaul bebas dengan bukan muhrimnya dan kena tutup aurat dan solat lima waktu tanpa uzur .
            Okay laa sebelum beredar ,saya mengucapan selamat berusaha di masa mendatang...bersemangat... dan jauhi laa amalan bidaah yang tiada dalil dari Nabi saw atau amalan yang di sandarkan pada Nabi sallahu alai wasallam...




   

    





           
                                                                                                                                              

                                                                                                                                               

 
                                          
                                






    .