DANAU TOWUTI - DANAU YANG MASIH ' VIRGIN ' AND 'UNTOUCHABLE'...INDAH DAN DAMAI..( A LARGE LAKE IN SOUTH OF SULAWESI , still unexplored and virgin as
a naive village girl. Pure and clean - nature beauty )
DANAU TOWUTI - LAKE TOWUTI CLEAR WATER CRYSTAL. THE DEPTH IS UNKNOWN |
KOLEK/ PERAHU INI BANYAK DI GUNA OLEH ORANG TEMPATAN. |
SEBUAH SUNGAI DI MASAMBA. |
WISATA kali ini ialah Makassar @ Ujung Padang. Tarikh :26 Mac,2013 - 30 Mac 2013.
Ahli rombongan dari Malaysia : 4 orang. Amir: Ustaz KamalNawawi,
Dalil : Aku
Big Boss @ Juru bicara : Paksu. Sapri
Makmum : Anak aku, Muhammad A'tho-illah.
USTAZ KAMALNAWAWI DAN M.ATOILLAH @ ANDAK. |
Kami selamat menjejak kaki di bumi Bandara Sultan Hasanuddin pada jam :1:00 tengahari. Diluar bangunan airport ini agak lengang.Tak ada orang yang berpusu pusu seperti di Medan. Ketibaan kami telah di tunggu untuk dijemput oleh dua orang pria yang baik budi bahasanya, merupakan anak siswa yang belajar di Universiti di Makassar, Irfan dan Iqbal. Mereka terus membawa kami ke surau berhampiran untuk solat, kerana waktu dzohor telah lama
"COTO" enak dan mesti cuba. |
" Gadoh! gadoh! ... "
Pada waktu selepas solat jamak maghrib, kami bertolak ke Masamba dangan bus yang cukup selesa.
Bagi anda yang suka mengembara tanpa menggunakan kenderaan sewaan , yang mana di Sulawesi Selatan ini agak mahal ( Tarif lingkungan Rp.1juta++ keatas.Manakala kalau di kepulauan JAWA- bandung, surabaya, Jakarta , sekitar lingkungan Rp.400,000), anda naik saja bas. Perjalanan ke tempat tempat menarik untuk pelancong adalah tempat tempat yang jaraknya sememangnya jauh jauh. Perjalanan memakan masa tidak kurang semalaman.Jarak 100km ,200 km 300 km ada jarak yang biasa. Kalau ramai pelancong luar dari Sulawesi ini merunggut tentang jalan raya yang berlubang, ini sememangnya benar. Tidak ada lawak tentangnya.Jalan yang tidak 'baik' ini ,
MAHASISWA- IQBQL DN ARFAN |
BANDAR MASAMBA |
panjangnya.. Kalau anda ke TORAJA, hampir jalan raya nya pecah pecah serta mendaki dengan lubang dan selekoh yang tidak selamat. Jadi, naiki bas adalah lebih selesa.Bas selesa dan lebih selamat. Hampir kesemuanya model Mercedes-Benz. Tempat duduk cukup selesa untuk tidor, malah lebih baik dari bas di Malaysia. Andak, dia tidak merasa bosan kerana di dalam bas ini, dia dapat "akses " WiFi yang disediakan ...
Bas kami berhenti di sebuah tempat untuk solat subuh. Aku sangat bersyukur dan lega, kerana tidak seperti pemandu bas di Malaysia, mereka tidak berhenti waktu subur. Kejahilan terhadap perintah Allah swt oleh generasi muda di Malaysia perlu ditangani...Kami tiba di Masamba lebih kurang satu jam selepas solat subuh.
MASJID YANG KAMI MULA MULA TIBA. |
MASAMBA & PAK MAROS.
AKU & MAROS |
MAROS AND WIFE |
HARI KEDUA / RABU : 27 / 4 / 2013
JAMUAN SARAPAN.SENAPANG UNTUK MEMBURU ESOK |
SILSILAH KELUARGA YANG MENYAMBUT KAMI DI MASAMBA. |
Bandar Masamba sebesar bandar Pontian Besar di Johor,Malaysia.. Ada bank, pejabat kerajaan dan hotel hotel kecil. Kebanyakkan bandar di Sulawesi selatan agak ketinggalan jika dibandingkan dengan bandar bandar di kepulauan Jawa. Air sungai masih mengalir sihat dan menyegarkan.
Aku tidak kesempatan untuk meninjau hati budi dan perasaan orang nya disini. Mereka adalah orang Luwu.Pada sehari dua bersama mereka, aku anggap mereka amat mesra dan ada aura keberanian. Sensitif tetap sensitif. Orang di Indonesia agat perasa jika di bandingkan dengan orang Malaysia yang agak kasar.
BEGINILAH GELAGAT KAMI DI MASAMBA...AIR SUNGAI MASIH TERASA DINGIN WALAUPUN KAMI MANDI WAKTU HAMPIR MASUK WAKTU DZUHUR. |
ESOK KAMI INSYALLAH, AKAN MENAWAN DANAU TOWUTI.............
No comments:
Post a Comment
SAY WHAT YOU THINK OF THIS ARTICLE.