KE BARAT KE???? |
ATAU KE TIMUR KE???? |
TIME TO RESET! KEMANA ARAH TUJU PENDIDIKAN PERSEKOLAHAN RENDAH ANAK ANAK MALAYSIA ?
ATAU ACUAN KITA SENDIRI ?????- BAGAIMANA ACUAN BEGITULAH KUIHNYE.!!!!! |
Persoalan nya, adakah anak generasi kita dengan pendidikan yang padat dan asakkan yang bertubi untuk kecemerlangan peperiksaan ini, telah berjaya mrngeluarkan insan pelapis yang mulia dan murni hati? Adakah mereka dalam masa 10 tahun kehadapan dapat mencorakkan warna kehidupan yang menyejukkan mata hati, kita yang akan menjadi warga emas nanti?
Adakah kita berbangga hanya dengan percapaian bentuk fisikal saja. Bangunan yang cantik dan tinggi. Jalan raya yng telah menjadi lebih lebuh dan sesak, sarat dengan beraneka macam model terkini? Tanah paya telah bertukar menjadi tapak perkilangan, tanda pesatnya ekonomi ? Dan waktu yang sama,setiap rumah sudah ada 'home teater' dan ' amah import", anak tempatan yang lelakinye lebih gemar bersantai di tengah tengah jalanra merempit. Adakah kita senang dengan hasil terkini kita?
Entri kali ini sekadar , ingin aku kongsikan bersama kalian akan satu bangsa yang telah berjaya hidup dalam 'model' mereka sendiri hasil dari budaya hidup yang unik.Sekurang kurangnye mereka ini tidak menjadikan diri mereka seperti lembu dicucuk hidung oleh agen agen barat atau timur .Mereka corakkan diri mengikut kebaikan mereka sendiri.
Bangsa yang di maksudkan ialah bangsa penjajah JEPUN.Dan tidak lah bermaksud kita perlu berkiblat ke jepun lak...
baca dan teliti entri ini yang di kutip dari FB.
GOOD OBJEKTIF...
10 SEBAB JEPUN MENCAPAI KEMAJUAN ::
(Kredit Kpd Hj Khairol Amin Mohd Salleh yg menterjemah catatan
ini, Jazahullahu Khaira)
1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah
enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana
pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.
2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah
sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan
menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan
indoktrinasi(dictation).
3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka
tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah
dan keatas anak-anak mereka.
4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari
selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan
generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.
5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di
“disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap
kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.
6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama
setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap
pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.
7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera
Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada
ujian bertulis dan lisan.
8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi,
restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di
handphone sebagai “akhlak/etika”
9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan
dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan
sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.
10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat
sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai
masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.
(Kredit Kpd Hj Khairol Amin Mohd Salleh yg menterjemah catatan
ini, Jazahullahu Khaira )
Sumber Asal: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=521265741257650&set=a.140501556000739.30439.140501459334082&type=1&theater
ANAK ANAK JEPUN |
No comments:
Post a Comment
SAY WHAT YOU THINK OF THIS ARTICLE.