LANGKAN MUBALIGHIN. |
Sebelum anda membuat pemilihan, sangat wajar bagi semua muslim memahami dengan penuh yaqin bahawa Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah, sebagai pembawa petunjuk dan cara hidup yang 100% berpandukan wahyu Allah swt.
Allah swt berfirman :
“
dan ia SAW tidak
memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada
Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadaNya.” ( Surah
An-Najm 3-4 )
Jikalau lah sekadar ‘lafaz’ pun tidak dibenarkan untuk keluar dari mulut baginda SAW yang mulia,yang bukan wahyu, adakah boleh baginda S AW melakukan
apa apa uslub untuk membina ugama dengan perbuatan nya sendiri seperti tiru
sedikit cara orang sebelum dia ? Jawabnya, tidak di benarkan. Jangankan nak ikut dan tiru, membaca dan meneliti kitab taurat yang asli
pun, beliau tidak suka atau meredhai perkara tersebut berlaku
keatas sahabat sahabatnya, seperti yang berlaku kepada Saidina Omar r.a. yang pada suatu ketika pernah meneliti kitab Taurat yang didalam bahasa arab. Apabila Rasullullah SAW terpandang pada perbuatan Saidina Omar ra itu, merah
padam wajah yang mulia itu. Beliau menegur sahabatnya , Omar ra dengan berabda :
“ Seandainya Nabi Musa AS ada pada waktu aku ini,sudah pasti beliau akan
mengikuti syariat yang aku bawa ( AlQuran ) .( Mafhum Hadis ). Setiap urusan
baginda SAW adalah wahyu dari Allah swt. Allah swt adalah pentadbir alam semesta. DIA
lah perancang.dan kita sebagai hamba, mestilah menurut acuan yang telah dilakar
oleh Nabi dan Rasulnya. SAW.
Apa pun ikhtiar yang kita, sebagai orang islam hendak lakukan,
pastikan tiga perkara ada di dalam nya.
Pertama , niat dan matlamatnya semesti ini berlandaskan untuk mengtauhidkan
Allah swt dan hanya untuknya. Kedua , cara perlaksanaannya semestilah
diutamakan cara yang telah di tunjuki oleh Rasulullah SAW dan ketiganya, mesti lah untuk membena kehidupan di
hari Akhirat jua. Kalau kita asaskan perbuatan kita pada landas ini, baru lah
amal itu menjelma menjadi amalan sholih yang mendapat keredhaan Allah swt.
Adalah suatu yang tabi’I bahawa
masyarakat ramai akan menerima,menyokong dan membantu perlaksanan syariah Islam
keatas diri mereka setelah mereka
memahami, mengimani dan merasai kewajibannya.
Sebaliknya, masyarakat yang jahil mengenai Islam dan Tauhid, serta tidak
mencintainya akan terwujud pelbagai salahfaham terhadap Islam ,
lantas mereka tidak akan menyokong
perlaksanaan syariat Islam.
BEGINI LAH POHON IMAN YG TIDAK DIJAGA DANDIPERDULIKAN |
Maka amalan dan sifat Dakwah dan
Tabligh wajib ada didalam diri setiap individu yang mengakui dirinya muslim. Persedian dan persiapan diri
peribadi muslim yang memiliki
siasah diri seorang Dai dan khalifah,
perlu di pupuk oleh semua badan halaqah Islamiah secara global. Perselisihan
pendapat antara pejuang Islam dalam isu pembinaan organisasi, pendekatan dan
keutamaan, semestilah di selesai dengan
kembali pada AlQuran dan Sunnah Nabi SAW serta panduan perilaku kehidupan para sahabat
Nabi SAW..
PERINGATAN KEPADA SESIAPA YANG INGINKAN JAWATAN WAKIL RAKYAT.
Sebelum kita buat pemilihan, di
wajarkan pada semua calon calon yang berkempen sakan untuk menjual diri untuk dipilih jadi calon wakil rakyat, berhenti
sejenak dan renungkan diri sendiri dan perdengarkankan lah suara hati pada
sabdaan Nabi SAW mengenai tanggungjawab ‘ Amir “.
Dikeluarkan oleh At Thabrani dari
Abu Wail shaqiq bin Salamah bahawa
Saidina Umar r.a. telah melantik Bashar
bin Asim ra untuk memungut zakat penduduk Hawazin. Bashar menunda nunda
kepergiannya lalu dia di temui oleh Umar rad an Umar ra bertanya kepadanya, “
Apa yang menyebabkan kamu terlambat ? Apakah kamu tidak mendengar dan taat
kepada arahan kami? Bashar berkata : “ Tidak melainkan aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda :
“ Barangsiapa yang menjadi ketua bagi suatu urusan kaum
muslimin, maka ia akan datang pada hari Qiamat, ,dia akan berdiri diatas sebuah jambatan Neraka. Jika
ia telah melakukan kebaikan, ia
akan selamat.. Jika telah melakukan kejahatan, jambatan itu akan runtuh lalu
dia akan terjatuh ke dalam api neraka selama 70 tahun.
Abu Dzar berkata kepada Saidina Omar bin Al khaththab ra :
Apakah engkau telah mendengar sesuatu dari Rasulullah SAW ? Umar ra pun
menjawab : ‘ Tidak ‘. Abu dzar berkata : Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “ Barangsiapa yang
bertanggung jawab keatas urusan kaum muslimin, dia akan datang pada hari
qiamat sehingga dia akan berdiri di atas jambatan neraka. . Jika
ia telah melakukan kebaikan
didalam pelayanannya, dia akan selamat..
Jika sebaliknya,dia telah melakukan kejahatan, jambatan itu akan runtuh lalu
dia akan terjatuh ke dalam api neraka selama 70 tahun dan neraka itu sangat
gelap dan hitam. Maka hadis yang manakah
lebih mengetarkan hatimu ? “
Saidina Umar ra menjawab : “
Kedua duanya .Kerana itu adakah sesiapa yang mahu mengambil alih jabatan
khalifah in dari aku ?
Abu Dzar ra berkata : Hanya orang
yang hidungnya telah terpotong dan pipinya telah dilekatkan diatas tanah yang
akan mengambil alih jabatan ini.Aku tidak mengetahui melainkan jabatan khalifah
tu baik untuk engkau. Kerana jika engkau memberikan jabatan itu kepada sesaorang yang tidak akan berlaku adil, engkau
juga akan menanggung dosa bersama dengan nya.”
Ath Thabrani meriwayatkan
dari seorang lelaki katanya : “
Rasulullah saw melantik
seorang lelaki menjadi ketua dalam satu sariyyah. Ketika dia kembali,
Rasulullah saw . Bertanya : ”
Bagaimana dengan tugas kamu sebagai ketua ?Dia menjawab : “ seakan akan aku
seperti orang lain dalam Jemaah itu. Kearah mana saja aku pergi, mereka akan
mengikutiku dan dimana saja aku singgah mereka akan ikut serta.”
Kerana itu Nabi saw besabda : “
Seorang penguasa itu berada di ambang pintu kemarahan Rabbnya, kecuali yang
dipelihara leh Allah swt.” Lelaki itu pun berkata “ Aku tidak akan menjadi amir
lagi untukmu dan tidak juga untuk orang lain .” Lalu Rasulullah saw tersenyum sehingga jelas kelihatan gigi
gerahamnya.
Sabda Nabi : Sesungguhnya Allah
swt akan menanyakan kepada setiap penggembala tentang apa yang telah di
gembalakannya, apakah dia memeliharanya atau kah menyia nyiakannya, hingga
seorang lelaki ditanyakan tentang keluarganya. ( Ibnu Hibban )
KEUTAMAAN DALAM
MEMILIH KETUA.
Ada dua nizam yang berlaku diantara rakyat dan
pemimpin. Pertama, dari pemimpin kesan turun ke rakyat. Kedua kesan dari amalan
orang ramai naik keputusan terhadap pemimpin. Amalan pemimpin dan keputusan nya
akan mengesan nizam duniawiah rakyat.
Sabda Nabi : “ Apabila Allah swt
menghendaki keburukan atas suatu kaum, maka Dia menjadikan utusan mereka berada
ditangan orang orang yang hidup mewah “
Waktu masa Nabi , Orang yang
dipilih oleh Nabi adalah orang yang beriman dan memiliki kelebehan Agama.
Di keluarkan oleh At Tirmidzi dan
dihasankannya, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan lafaznya oleh AlBukhari dari Abu
Hurairah ra katanya. Raulullah telah mengutus satu Jemaah yang terdiri dari
beberapa orang. Sebelum mengutus mereka keluar,Raulullah mendengarkan bacaan
Al-Quran dari setiap orang itu. Baginda
mendekati seoranglelaki yang paling muda diantara mereka lalu bertanya,
“ Apakah kamu menghafal al-Quran? Lelaki itu menjawab, “ Ya aku hafal beberapa
surah dan surah al-Baqarah .”Rasulullah bertanya lagi, “ Apakah kamu hafal
surah al-Baqarah.” Pemuda itu menjawab. “ Ya “.Rasulullah pun bersabda, “
Pergilah, kamu adalah ketua mereka.”
Seorang lelaki diantara mereka berkata :
“ Demi Allah ! Kami takut untuk menghafalnya sekiranya kami terpaksa mengamalkannya.”
Rasulullah bersabda : “Belajarlah al-Quran dan bacalah ia, kerana sesungguhnya
perumpamaa al-Quranitu bagi sipa yang mempelajarinya dan membacanya adalah
seperti kasturi yang tersebar baunya disetiap tempat.Barangsiapa yang
mempelajarinya dan menyimpannya adalahseumpama wadah tertutup yang berisi
kasturi “ ( targhib )
Jangan memilih orang yang jelas GILA hendak jadi calon wakil.
Abu Dzar berkata kepada Raulullah
: ‘ Wahai Rasulullah, tidakkan boleh Rasulullah melantikku ke suatu jawatan.? “
Lalu Rasulullah menepuk bahu Abu Dzar
dan bersabda : “ Wahai Abu Dzar, kamu lemah.
Jawatan itu adalah suatu amanah, ia dihari qiamat adalah suatu kehinaan
dan penyesalan kecuali orang menerimanya
kerana berhak dan menunaikan
tugasnya dengan betul “.
ORANG YANG HARAM DI PILIH DAN DI UNDI .
Orang Islam wajib berhati hati
dalam soal memilih pemimpin. Kesilapan
memilih kepimpinan boleh mendatangkan malapetaka sepanjang masa.Jika
kita ambil mudah saja tentang peribadi orang yang di lantik , walaupun kita
sedar dan tahu , bahawa dia adalah seorang yang ingkar hukum Allah dan ingkar sunnah, maka kita
adalah seorang yang zholim. Kita di larang mengangkat mana individu yang jelas
:
1. keMUNAFIQkan .
Allah berfirman :
“.
Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah
sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. dan Engkau tidak sekali-kali akan
mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka. “ – AnNia’145 .
KELUARGA YANG BANYAK MEMUSNAHKAN SISTEM ISLAM |
2 .ke
YAHUDI an dan ke NASRANI an
Allah
Berfirman :
“ Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu
mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, keray
menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan
mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum
yang berlaku zalim. “– Al maidah 51
3. Orang
yang melebihi atau utamakan kekafiran daripada keimanan.
Firman
Allah :
“ Wahai orang-orang yang beriman! janganlah
kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang
yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman; dan sesiapa
di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah
orang-orang yang zalim.” At Taubah 23
4.
Orang yang diluar Jemaah kaum muslimin dan banyak zahir sifat kemunafiqkan.
Firman
Allah :
“ Wahai orang-orang yang beriman! janganlah
kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang
dalam" (yang dipercayai). mereka
tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka
sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada
pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar
lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu
jika kamu (mahu) memahaminya.118
Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang
melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang
mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah
(sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan
kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul
sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu),
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu
itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang
ada di dalam dada.- 119 -(“ Ali Imran 118 -119)
PEJUANG ISLAM DIKATAKAN 'PENGANAS'? |
5.
Orang yang jelas mengingkari Al-Quran dan hukumnya.
Firman
Allah :
“ Wahai orang-orang yang beriman, janganlah
kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan
orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang
nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu? – Nisa’ 144
Demikianlah secebis pandangan kita kongsi bersama. Entri ini, jangan lah pula di kaitkan dengan mana mana parti politik yang rancang bertanding. Sekadar renungan. Anda buat keputusan yang seimbang dengan IMAN dan ILmu anda. Akuilah , kita sama sama hidup di era kekafiran menguasai dunia islam. Jadi pandai pandailah bawa diri.
No comments:
Post a Comment
SAY WHAT YOU THINK OF THIS ARTICLE.