Popular Posts

Thursday, October 18, 2012

PILIHANRAYA - SIAPA YANG HENDAK DI PILIH? MUQADIMAH 1

               
 MELAYU  serta Tanah Airnya telah melalui evolusi perubahan cara  pemerintahan yang agak panjang. Dari  pemerintahan beraja  yang berasaskan aqidah Hindu-Buddha   ( sistem pemerintahan  waktu itu, manusia ditadbir secara beraja  selama lebih kurang 3000 tahun), orang melayu terus menjalani sistem beraja berasaskan aqidah tauhid setelah menganut Islam. Waktu itu , dunia diperkenalkan dengan corak pemerintahan berkhalifah yang memegang amanah tuhan agar perundangan al-Quran dijadikan pedoman kesejahteraan hidup manusia sejagat. Namun, ketua ketua  orang melayu mengekalkan sistem beraja diseluruh nusantara. Islam tidak menghalang kerana diizin dalam islam.  
    Hadith ada bermaksud :
    " Orang ramai ( rakyat ) ialah mengkut agama Raja mereka " 
Khalifah khalifah Islam adalah penerus misi Rasulullah   bagi urusan dunia dan ukhrawi serta menjadi tonggak bangsa bangsa yang dipeganginya. Daulah daulah Islam yang beraja diseluruh pelusuk dunia ini, adalah mata rantai dalam rantaian sistem yang bernaung di bawah Khalifah Islamiah yang berfungsi sebagai ketua kesatuan, kekuatan dan perpaduan umat sejagat. Sistem ini telah melahirkan dan memungkinkan terbentuknya  semangat persaudaraan Islam yang ampuh,padu dan bersifat universal ( sejagat).

MERENUNG NASIB- MERDEKA ATAU TIDAK?
                  Akhirnya, dengan keizinan Allah jua, kesatuan ini telah tewas dirobek oleh satu penjajahan secara rakus oleh pendatang yang kafir dari benua Barat, maka terwujud lah satu sistem yang mementingkan kesejahteraan ' kenegaraan'  yang menjunjung tinggi  'kenegaraan'.                           ' Perlembagaan'  sebagai kitab suci mereka yang wajib diikuti oleh rakyak jelata.  Sistem perlembagaan ini diberi nama ' kitab   suci SEKULARISME.  Aqidahnya ialah wajib dipisahkan hal ehwal keduniaan termasuk pemerintahan, pendidikan, ketenteraan dan sosial gaya hidup dari pengaruhi ugama terutamanya ajaran Islam. Falasah kenegaraan yang berpaksi dan berpusat pada semangat nasionalisme ini, langsung mengenepikan corak pemerintah Islam yang tulen iaitu sistem khalifah. Natijahnya,  apabila penjajah melahirkan klon klon mereka yang berkulit sawo matang( melayu) dan mewariskan pemerintahan dalam acuan mereka ini, umat Islam bertempiaran ibarat anak ayam kehilangan ibunya. Negara islam yang wujud, terpisah pisah dengan semangat nasionalisme -  taksub pada diri jati sendiri dan binasa jiwa serta roh persaudaraan islamiahnya .Inilah masaalah yang menjadi kemelut orang melayu dan umat islam sejagat.

                 Konsep pengsekularaan dalam urusan pemerintahan manusia ini telah melahirkan ' agama baru - kenegaraan'.   Kitab suci Al-Quran dan Hadith di campak jauh jauh di belakang. Kata kata nasihat hakiki dari lidah rasul sebagai utusan Allah di sangsikan dan disamakan dengan kata pujangga pujangga sastera.  Anak anak warisan tanah melayu di ajari dengan 'kitab' baru yang mengandungi racun minda yang sangat bahaya. Racun racun tersebut dimenterakan d setiap masa dan diguna pakai secara ' gaya hidup orang yang terpelajar'. Maka , anak melayu islam moden menghayati mazhab 'demokrasi', sosialism,  komunisme, kapitalisme, .fasisme,  liberalisme dan berangkai rangkai tali  ' isme isme' baru ini membelit aqal anak generasi melayu..
big bos ' KETUA NEGARA '

                 Maka bangsa melayu sekali lagi mengelami evolusi 'bentuk' dan ' jiwa 'yang sangat parah..  Lahirlah afrat afrat yang mengikut telunjuk, disuruh angguk, angguk, disuruh geleng, dia geleng, namun nak tanya kenapa tidak sesekali. Agama dan aqidah 'kenegaraan' ini meletakkan dirinya melebihi Allah, sang pencipta dan Al-Quran sebagai panduan hidup. Ia menjadikan rakyat melayu menyerahkan diri, harta dan nyawa mereka untuk penyembahan  kepada  ' Demi negara'.  Generasi Moden ini di asuh agar menghayati sedalam dalam nya 'kitab suci 'ini. Setiap perkataan di tafsir ,ditakrf dan dibahas semula mengkut kehendak masa oleh ketua ketua negara. Kepimpinan yang menerajui agama kenegaraan ini akan momokkan rakyak jelata bahawa ' negara' lah yang menentukan rezeki mereka, menjaga keselamatan mereka hingga dalam soal hidup dan mati mereka. Paderi paderi ( atau tok imam  tok imam )mereka yang sentiasa berkhutbah diserata tempat dipanggil ' ahli politik'., manakala ketua negara yang dianggap sebagai payung negara dipanggil 'Duli yang maha Agong '.Ironinya ' Duli yang Maha Agong' ini tidak mempunyai kuasa dalam menentukan hala tuju penjalanan pentadbiran. Ketua negara ini hanya berfungsi sebagai ' pengiktirafan majlis dan penganugerahan'  pingat.' Imam imam mereka lah  orang yang sebenarnya sangat ber' kuasa' sehingga boleh menghalalkan' apa apa yang telah diharamkan oleh Allah swt atau mengharamkan apa yang di halalkan oleh Allah swt.
KEKUATAN POLIS 'NEGARA'- TENTERA BONEKA AD-DAJAL

              Tok Imam tok  iman ini bukanlah jawatan tetap, tapi boleh di tukar ganti oleh keputusan rakyat. Satu proses yang di tentukan oleh perundangan mereka yang dipanggil 'PEMILIHAN RAYA UMUM' .(PRU ) .Tok  Imam / paderi paderi  yang digelar politikus ini,  boleh mencari pengikut dan pengaruhi ' rakyat' agar memilih diri diri mereka.Laungan ' pilihlah saya'- Undilah saya....".  Mereka dibenarkan menfitnah, berbohong, menipu, merasuah dan mejanjikan apa apa yang sesuai dengan kehendak majoriti..Semua ini wajib dilakukan dalam bentuk ' bijaksana' agar yang bohong nampak macam benar, yang rasuah nampak macam sumbangan,yang fitnah nampak sebagai pembongkaran penyelewengan dan janji janji sebagai ' harapan masa hadapan'..

           Rakyat ditipu dengan ' berperasaan' memiliki 'kuasa'  dalam menentukan nasib mereka, walhal, hampas dan kosong belaka.  Rakyat sebenarnya hanyalah  ' hamba abdi'  yang di beri kebebasan untuk merasa 'bebas' dari tuan tuan mereka dari segi bebas  menggunakan 'upah' dan memiliki ' benda'. Pada hakikatnya mereka dijerut leher oleh sistem yang sememangnya menjerat mereka dengan tali yang dipanggil ' hutang bank'. dan cukai. Mereka di ikat  dalam tempoh bertahun tahun. Sistem rezeki mereka diubah agar mereka menyerah tengkok mereka dengan rela hati. Mereka di ajar  dengan  ilmu kitab suci bahawa rezeki ditangan ' negara', bukan ditangan Allah. Ilmu rezeki di panggil ' ilmu Ekonomi'. Asas ekonomi berasaskan ' riba'.dan penindasan. Mereka diajarkan bahawa 'riba' perkara yang harus ada dalam ekonomi. Riba  adalah nadi rezeki. Hal ehwal ekonomi ini lah yang menentukan 'kaya miskin ' sesebuah negara. Mereka kena berkerja demi menjadikan  'negara' kaya. Tukar cara berkerja dari bebas berladang dan bebas memiliki rumah tanpa hutang kepada kehidupan perindustrian dan perkilangan. Kerja ada duit.  Duit adalah kehidupan.  Hendak berharta mesti berhutang. Hutang beriba diikat bertahun tahun. Dalam tempoh masa itu, harta mereka adalah sebenarnya harta ' bank'.  Allah swt tidak ada urusan campur tangan dalam kehidupan ini.Rakyat ditipu dengn angan angan yang panjang melalui iklan iklan yang mengobarkan nafsu serakah mereka, sehingga manusia  menjadi  tamak dan pembazir.  Perkara ini menyebabkan rakyat berlumba lumba kearah mencapai matlamat kebendaan yang sangak kronik.tanpa pertimbangan aqal yang waras dan kesucian halal atau haram bagi mendapatnya.
HAMBA PROFESSIONAL
             Dalam pemerintah moden masa kini, sesiapa yang ingin bangkit dan  berdiri tegak dan lantang bersuara, bahawa mereka mahukan satu sistem yang mengagongkan Allah swt sebagai puncak tertinggi dalam sistem kehidupan ini,  akan dianggap kolot dan anti kemajuan. Walhasilnya, mereka ini akan di tentang dan dianggap sebagai 'pendehaka' dan ' peruntuh kemajuan.Jika mereka tidak berada dalam sistem mereka, orang orang akan dilabel, dicemuh dan dicap hina dan tidak berguna. Sistem ' negara' ini akan mengerakkan setiap jenteranya seperti media letronik dan kertas untuk menaburkan fitnah mereka. Alah swt memberi isyarat tentang gerakkan mereka ini dalam surah al-Quran :
             Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang  Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian itu).” - surah as-saff ayat :8
           Persoalannya timbul hari ini, ditanah melayu ini, siapa yang kita hendak di pilih? 
Semua yang terlibat, telah berada didalam tong tahi sistem 'negara' ini. Setakat ini belum ada mana parti politik yang menawarkan sistem 'khalifah'.Sstem kepartian' dalam sistem sekular ini bukan jawapan dan jalan keluar. Syarat  sistem kekhalifahan islamiyyah, tersangat perlu di asaskan dengan uslub dakwah, kemudian akan terwujud ' daulah'  dan jihad. Setakat hendak pangkah , menang dan kembali kejerat  sistem ' negara' tajaan ad dajjah, rasa rasa kita hanya menghabis umur dan merugikan akhirat. { Kenyataan ini sangat tidak disenangi oleh geng geng dan konco konco pak pak iman yang berparti parti.Bagi pejuang pejuang jihad, bersabarlah..........Teruskan pengislahan iman, dakwah dan uslah. Umat perlu untuk di perbaiki. Kita perlu menyediakan generasi yang 'merdeka' dari sistem dan hanya hidup dengan cara ' muhammad ' . Umati dae.

Bersambung dengan entri kedua.' bagaimana sistem pemilihan dizaman Nabi.. dan adakah ia masih boleh ditegakkan ?"

              


No comments:

Post a Comment

SAY WHAT YOU THINK OF THIS ARTICLE.