" Air berkocak tenang ... Awan memutih..... Matahari
Mengalah ...... Aku pula lupa......
Tuhan dan................. Takjub....
Oleh aqal kebodohan........Ini juga pelajaran........
Danau hidup.........yang bicara ..........bahasa Alam. "
GOOD MORNING LAKE TOWUTI.!!! WOWWWW..... |
DANAU TOWUTI.....................................!!!
PANDANGAN DARI BATILANG |
Tarikh : 28 Mac 2013. Hari: Khamis. Sasaran : DANAU TOWUTI
Pejalanan dari Masamba ke Danau Towuti lebih kurang 100km. Kami berangkat dengan dua buah kenderaan.Cuaca agak baik , hanya tengah malam semalam hujan turun berderai.Aku mulai khuatir tentang malam kami di danau nanti.Harap harap, cuaca cerah.Setelah siap segala peralatan dan bekalan, kami bergegas pecut ke Danau Towuti.
Arah jalan melalui Masamba- Malili. Perjalanan melalui jalan raya yang dua hala sebesar jalan raya lama di Malaysia. Bentuk landscap yang berbukit bukit dipenuhi dengan pepohon hutan seolah olah nya rasa seakan kita menuju ke Cameron Highland,Malaysia. Pandangan memang menarik. Sesekali mata anda akan di sajikan dengan aliran air sungai yang jernih. Cuaca agak memanas. Dalam perjalanan ,kami singgah di sebuah pasar untuk mencari bahan mentah. Di danau , anda tidak akan menjumpai apa apa.. Rencana awal ke danau adalah untuk memburu. Siap dengan peluru dan senapang.Dua laras. Dua lagi jenis senapang angin. Kerap juga mereka ,orang tempatan ketemu rusa melintas kebun mereka..Itu mengikut kata mereka. Bagi aku , aku tak kisah, aku hanya ingin merantau dan melihat lihat. Danau Towuti tidak pernah aku dengar sebelum ini. . Semua baru dan asing .Hanya peta dari google dan sedikit maklumat mulut ke mulut Kami singgah berhenti untuk basahkan muka di tepi jalan. Ada sebuah warung kecil. Kami tidak membeli apa apa di situ kerana Maros sudah ' booking' warung jagung pulut untuk kami. Di warung jagung, aku dapati jagung nya memang enak.Lembut macam pulut.
JEMBATAN BALIASE |
RUMAH TEMPATAN DI DAERAH KEREBBE, MALILI. |
PANDANGAN KAMI DARI MASAMBA KE LAKE TOWUTI |
DI BELAKANG TU RUMAH PAK MOKHTAR |
TERIMA KASIH DAUN KELADI LAH PAK MOKTAR,HOI...ADA TAHUN KAMI MAI LAGI.. |
yang lain, kecil sedikit. Begini lah rupanya. Bila semua muatan serta penumpang nya yang seramai 12 orang telah masuk mengambil posisi masing masing, paras mulut bot dengan air adalah sejengkal saja. Perjalanan melintas keseberang 'sana' memakan masa lebih kurang satu jam setengah. Kami bersantai diatas 'bumbung ' bot. Anehnya , anda tidak merasai kehangatan matahari. Benar benar damai.
Oleh kerana masa yang panjang, ada yang terlena dan ada yang termenung jauh....Apa yang di hayalkan ,Allah swt yang mengetahui.
Aku mengisi masa dengan menembak botol atau buah hutan liar yang terapong di pemukaan air. 'Suup!!. kena air je.........
SUNGGUH BEST |
Waktu malam menjelma,..ustaz Kamal melaungkan azan lalu kami berjemaah, di imami oleh al-Hafiz Sapri.@ Paksu. Suaranya masih merdu walaupun mulutnya di sumbat sireh setiap 3 jam...he..hee..hee. Malam itu ,kami bernasib baik kerana Allah swt menyirami kegelapan malam kami dengan cahaya bulan limabelas.Terang bulan sungguh.Setelah makan malam, berlampukan lampu gasoline yang dibawa, kami yang lelaki membentang kanvas dan nyalakan unggun api.
Malam itu kesunyian malam telah diulit dengan berahi oleh sentuhan i manja dari jemari yang memetik tali tali gabus. Irama petikan gitar Gabus melontarkan irama lagu Qashidah Arab yang telah bangkitkan nostagia bulan Ramadhan seperti irama yang terdapat di celorong radio di Malaysia pada bulan Ramadhan. Lagu irama arab dan lagu ciptaan sendiri.....Kami semua terhibur.
Malam itu kesunyian malam telah diulit dengan berahi oleh sentuhan i manja dari jemari yang memetik tali tali gabus. Irama petikan gitar Gabus melontarkan irama lagu Qashidah Arab yang telah bangkitkan nostagia bulan Ramadhan seperti irama yang terdapat di celorong radio di Malaysia pada bulan Ramadhan. Lagu irama arab dan lagu ciptaan sendiri.....Kami semua terhibur.
PANDANGAN RUMAH KAMI BERMALAM DAN LADANG LADA SULAH. |
MALAM DI DANAU TOWUTI. |
Ibu mertua Maros dan keluarga mereka, meneroka tanah dipinggir Danau ini. Mereka menanam pokok Lada sulah atau Lada putih. Daunnya seakan akan daun sireh. dan ditanam menggunakan tiang kayu untuk pohon itu memanjat. Hasil buruan ikan malam itu tidak begitu lumayan kerana bulan terang. Kami berjaya menembak 2 ekor ayam hutan dan 3 ekor burung. Nasib kami baik seekor pelanduk menyerah diri.. Makan daging panggang lah.........
Kami pulang ke Masamba keesokan harinya. Oleh kerana berkejar dengan waktu, kami menyewa sebuah kereta Avanza untuk membawa kami ke lapangan Terbang di Makkassar.
LADANG LADA SULAH DI DANAU TOWUTI |
KALAU ADA SUMUR DILADANG, BOLEH KAMU MENUMPANG MANDI,
KALAU ADA UMUR KAMI YANG PANJANG, INSYALLAH KAMI AKAN KEMBALI.
T ERIMA KASIH DAN SAYANG MASAMBA & TOWUTI.