Popular Posts

Friday, April 12, 2013

MENAKLUKI DANAU TOWUTI , SULAWESI SELATAN.


         " Air berkocak  tenang ...  Awan memutih..... Matahari 
            Mengalah ...... Aku pula lupa......                                                  
            Tuhan  dan................. Takjub....
           Oleh aqal kebodohan........Ini juga pelajaran........
           Danau  hidup.........yang bicara ..........bahasa    Alam.  "                        
GOOD MORNING LAKE TOWUTI.!!! WOWWWW.....

              DANAU  TOWUTI.....................................!!!
                                                      

PANDANGAN DARI  BATILANG


                     Tarikh : 28 Mac 2013. Hari: Khamis.     Sasaran : DANAU TOWUTI

Pejalanan dari Masamba ke Danau Towuti lebih kurang 100km. Kami berangkat dengan dua buah kenderaan.Cuaca agak baik , hanya tengah malam semalam hujan turun berderai.Aku mulai khuatir tentang malam kami di danau nanti.Harap harap, cuaca cerah.Setelah siap segala peralatan dan bekalan, kami  bergegas  pecut ke Danau Towuti. 

Arah jalan melalui Masamba- Malili. Perjalanan melalui jalan raya yang dua hala sebesar jalan raya lama di Malaysia. Bentuk landscap yang berbukit bukit dipenuhi  dengan pepohon hutan  seolah olah nya  rasa seakan  kita menuju ke Cameron Highland,Malaysia. Pandangan memang menarik. Sesekali mata anda akan di sajikan dengan aliran air sungai yang jernih. Cuaca agak memanas. Dalam perjalanan ,kami singgah di sebuah pasar untuk mencari bahan mentah. Di danau  , anda tidak akan menjumpai apa apa.. Rencana awal ke danau adalah untuk memburu. Siap dengan peluru dan senapang.Dua laras.  Dua lagi jenis senapang angin. Kerap juga  mereka ,orang tempatan ketemu rusa melintas kebun mereka..Itu mengikut kata mereka. Bagi aku , aku tak kisah, aku hanya ingin merantau dan melihat lihat. Danau Towuti tidak pernah aku dengar sebelum ini. . Semua baru dan asing .Hanya peta dari google dan sedikit maklumat mulut ke mulut Kami singgah berhenti untuk basahkan muka di tepi jalan. Ada sebuah warung kecil. Kami tidak membeli apa apa di situ kerana Maros sudah ' booking' warung jagung pulut untuk kami.  Di warung jagung, aku dapati jagung nya memang enak.Lembut macam pulut.
JEMBATAN BALIASE
RUMAH TEMPATAN DI DAERAH KEREBBE, MALILI.


PANDANGAN KAMI DARI MASAMBA KE LAKE TOWUTI


 KAMI sampai di pergigian Danau hampir jam 2 ptg. Pak Maros dan isterinya, membawa masuk barang barang yang sememangnya kami bawa dari Masamba terutama sekali, Ikan laut untuk dijadikan makanan disana nanti.. Setelah bersantai sebentar, kami di jamu dengan hidangan masakan kampung. Apa lagi..kami pun buka langkah dan jurus...bismillah.....nyap..nyap  serap!!..Cuba bayangkan, perutyang tersangat lapar, dihidang dengan ikan kayu dibakar dan di cicah dengan sambal yang betul betul pedas....!!!!!!
DI BELAKANG TU RUMAH PAK MOKHTAR

TERIMA KASIH DAUN KELADI LAH PAK MOKTAR,HOI...ADA TAHUN KAMI MAI LAGI..
Keberangkatan kami ke seberang danau, terlewat sedikit kerana boat yang pada mulanya hendak membawa kami telah mengalami kerosakan enjin.Terpaksa lah kami menukar dengan
yang lain, kecil sedikit.  Begini lah rupanya. Bila semua muatan  serta penumpang nya yang seramai 12 orang telah masuk mengambil posisi masing masing,  paras mulut bot dengan air adalah sejengkal saja. Perjalanan melintas keseberang 'sana'  memakan masa lebih kurang satu jam setengah. Kami bersantai diatas 'bumbung ' bot.  Anehnya , anda tidak merasai kehangatan matahari. Benar benar damai.
Oleh kerana masa yang panjang, ada yang terlena dan ada yang termenung jauh....Apa yang di hayalkan ,Allah swt yang mengetahui.
Aku mengisi masa dengan menembak botol atau buah hutan liar yang terapong di pemukaan air. 'Suup!!. kena air je.........
SUNGGUH BEST



Dikeliling air tawar

Waktu malam menjelma,..ustaz Kamal melaungkan azan lalu  kami berjemaah, di imami oleh al-Hafiz Sapri.@ Paksu. Suaranya masih merdu walaupun mulutnya di sumbat sireh setiap 3 jam...he..hee..hee. Malam itu ,kami bernasib baik kerana Allah swt menyirami kegelapan malam kami dengan cahaya bulan limabelas.Terang bulan sungguh.Setelah makan malam, berlampukan lampu gasoline yang dibawa, kami yang lelaki membentang kanvas dan nyalakan unggun api.
 Malam itu kesunyian malam telah diulit  dengan berahi oleh  sentuhan i manja dari jemari yang memetik tali  tali  gabus. Irama  petikan gitar Gabus melontarkan irama lagu Qashidah Arab yang  telah bangkitkan nostagia bulan Ramadhan seperti irama yang terdapat di celorong radio  di Malaysia pada bulan Ramadhan. Lagu irama arab dan lagu ciptaan sendiri.....Kami semua terhibur.
PANDANGAN RUMAH KAMI BERMALAM DAN LADANG LADA SULAH.
MALAM DI DANAU TOWUTI.
Ibu mertua Maros dan keluarga mereka, meneroka tanah dipinggir Danau ini. Mereka menanam pokok Lada sulah atau Lada putih. Daunnya seakan akan  daun sireh. dan ditanam menggunakan tiang kayu untuk pohon itu memanjat. Hasil buruan ikan malam itu tidak begitu lumayan kerana bulan terang. Kami berjaya menembak 2 ekor ayam hutan dan 3 ekor burung. Nasib kami baik    seekor pelanduk menyerah diri.. Makan daging panggang lah.........
Kami pulang ke Masamba keesokan harinya. Oleh kerana berkejar dengan waktu, kami menyewa sebuah kereta Avanza untuk membawa kami ke lapangan Terbang di Makkassar.

LADANG LADA SULAH DI DANAU TOWUTI
KALAU ADA SUMUR DILADANG,          BOLEH KAMU MENUMPANG MANDI,
KALAU ADA UMUR KAMI YANG PANJANG,  INSYALLAH KAMI AKAN KEMBALI.

T ERIMA KASIH DAN SAYANG  MASAMBA & TOWUTI.

Thursday, April 11, 2013

JAULAH KE - DANAU TOWUTI : MASAMBA

  DANAU TOWUTI  -  DANAU YANG MASIH  ' VIRGIN '  AND     'UNTOUCHABLE'...INDAH DAN DAMAI..
                      ( A LARGE LAKE  IN  SOUTH OF SULAWESI , still unexplored and virgin as 
                          a naive village girl. Pure and clean - nature beauty )
DANAU TOWUTI - LAKE TOWUTI
CLEAR WATER CRYSTAL.
THE DEPTH IS UNKNOWN 
KOLEK/  PERAHU  INI BANYAK DI GUNA OLEH ORANG TEMPATAN.
SEBUAH SUNGAI DI MASAMBA.

  WISATA kali ini ialah  Makassar @ Ujung Padang.    Tarikh :26 Mac,2013 - 30 Mac 2013.
  Ahli rombongan dari Malaysia : 4 orang.       Amir: Ustaz KamalNawawi, 
                                                                              Dalil : Aku 
                                                                              Big Boss @ Juru bicara : Paksu. Sapri
                                                                              Makmum : Anak aku, Muhammad A'tho-illah.
USTAZ KAMALNAWAWI DAN M.ATOILLAH @ ANDAK.
HARI PERTAMA/ SELASA : KETIBAAN DI MAKASSAR.

Kami selamat menjejak kaki di bumi Bandara Sultan Hasanuddin pada jam :1:00 tengahari. Diluar bangunan airport ini agak lengang.Tak ada orang yang berpusu pusu seperti di Medan. Ketibaan kami telah di tunggu untuk dijemput  oleh dua orang pria yang baik budi bahasanya, merupakan anak siswa yang belajar di Universiti di Makassar,   Irfan dan Iqbal. Mereka terus membawa kami ke surau berhampiran untuk solat, kerana waktu dzohor  telah  lama
berlalu...Kami mendirikan solat jamak takdim dan terus dibawa ke sebuah rumah sewaan  rakan sekampong,  irfan. Ada ikatan kekampongan yang erat diantara mereka yang berasal dari daerah  Masamba,  Luwu. Mereka saling bantu membantu macam orang kelantan di Malaysia..Pak Maros adalah rakan Paksu yang mengundang kami ke Makassar ini.   ( MASAMBA  hampir 400+ km dari kota Makassar ).  Melalui irfan,   Maros, dapat menyusun ketibaan kami dengan pertolongan mereka itu.. 
"COTO" enak dan mesti cuba.
Berkunjung ke Makassar jadi tidak lengkap ,jika anda  tidak menjamah " coto' , sejenis makanan ala sup mamak kalau dibuat bandingan di Malaysia. Kami mengisi perut kami dengan secukupnya. Aku tambah lagi dengan gadoh gadoh..Ustaz Kamal yang sememangnya peminat  lagu- lagu keroncong yang ke udara di radio Johor, tidak habis habis menyanyikan lagu
 " Gadoh! gadoh! ... "
Pada waktu selepas solat jamak maghrib, kami bertolak ke Masamba dangan bus yang cukup selesa.

Bagi  anda yang suka mengembara tanpa menggunakan kenderaan sewaan , yang mana di Sulawesi Selatan ini agak mahal ( Tarif lingkungan Rp.1juta++ keatas.Manakala  kalau di kepulauan JAWA- bandung, surabaya, Jakarta , sekitar  lingkungan Rp.400,000), anda naik saja bas. Perjalanan  ke tempat tempat menarik untuk pelancong adalah tempat tempat yang jaraknya sememangnya jauh jauh. Perjalanan  memakan masa tidak kurang semalaman.Jarak 100km ,200 km 300 km ada jarak yang biasa. Kalau ramai pelancong luar dari Sulawesi ini merunggut tentang jalan raya yang berlubang, ini sememangnya benar. Tidak ada lawak tentangnya.Jalan yang tidak 'baik' ini ,
MAHASISWA- IQBQL DN ARFAN

BANDAR MASAMBA
menjangkau  hingga berbatu batu

panjangnya.. Kalau anda ke TORAJA, hampir jalan raya nya  pecah pecah serta mendaki dengan lubang dan selekoh yang tidak selamat. Jadi, naiki bas adalah lebih selesa.Bas selesa dan lebih selamat. Hampir kesemuanya  model Mercedes-Benz. Tempat duduk cukup selesa untuk tidor, malah lebih baik dari bas di Malaysia. Andak, dia tidak merasa  bosan kerana di dalam bas ini, dia dapat  "akses "  WiFi yang disediakan ...
Bas kami berhenti di sebuah   tempat untuk solat subuh.  Aku sangat bersyukur dan lega, kerana tidak seperti pemandu bas di Malaysia, mereka tidak berhenti waktu subur. Kejahilan terhadap perintah Allah swt oleh generasi muda di Malaysia perlu ditangani...Kami tiba di Masamba lebih kurang satu jam selepas solat subuh.
MASJID YANG KAMI MULA MULA TIBA.

                                               MASAMBA & PAK MAROS.
AKU & MAROS
MAROS AND WIFE


HARI KEDUA / RABU  :  27 / 4 / 2013

Bas berhenti berbetul dengan Masjid Agung Masamba. Kami dijemput  dengan sebuah kereta  lalu dibawa ke rumah Pak Maros.Kami  bersarapan, mandi dan rehat. Rancangan untuk  ke towuti adalah hari esok pagi. Kesempatan sehari di masamba aku manafaatkan dengan meronda di sekeliling pekan yang sederhana ini. Hasil nya adalah seperti di dalam  foto  di bawah.ini. :
JAMUAN SARAPAN.SENAPANG UNTUK MEMBURU ESOK

SILSILAH KELUARGA YANG MENYAMBUT KAMI DI MASAMBA.

Bandar Masamba sebesar bandar Pontian Besar di Johor,Malaysia.. Ada bank,  pejabat kerajaan dan hotel hotel kecil. Kebanyakkan bandar di Sulawesi selatan agak ketinggalan jika dibandingkan dengan bandar bandar di kepulauan Jawa. Air sungai masih mengalir sihat dan menyegarkan.

Aku tidak  kesempatan  untuk meninjau hati budi dan  perasaan orang nya disini. Mereka adalah orang Luwu.Pada sehari dua bersama mereka, aku anggap mereka  amat mesra dan ada aura keberanian. Sensitif tetap sensitif. Orang di Indonesia agat perasa jika di bandingkan dengan orang Malaysia yang agak kasar.

BEGINILAH GELAGAT KAMI DI MASAMBA...AIR SUNGAI MASIH TERASA DINGIN WALAUPUN KAMI MANDI WAKTU HAMPIR MASUK WAKTU DZUHUR.

ESOK KAMI  INSYALLAH, AKAN  MENAWAN   DANAU TOWUTI.............



Thursday, April 4, 2013

APA KAH MATLAMAT PENDIDIKAN PERSEKOLAHAN KITA DI MALAYSIA ?

KE BARAT KE????
           

ATAU KE TIMUR KE????
TIME TO RESET! KEMANA ARAH TUJU PENDIDIKAN PERSEKOLAHAN RENDAH ANAK ANAK MALAYSIA  ?

ATAU ACUAN KITA SENDIRI ?????- BAGAIMANA ACUAN BEGITULAH KUIHNYE.!!!!!
 HARI hari anak kita bangun pagi, terjah ke kamar mandi, gosok gigi, sarapan ala kadar dan bergesa ke sekolah.Bebanan tas yang dikendung seberat makcik balik 'shopping sale -jualan murah'. anak kecil terbongkok bongkok mengherit muat yang padat dengan buku buku.Begitulah senerio kebanyakan anak anak  murid di persekitaran persekolah di malaysia.

Persoalan nya, adakah anak generasi kita dengan pendidikan yang padat dan asakkan yang bertubi untuk kecemerlangan peperiksaan ini, telah berjaya mrngeluarkan insan  pelapis yang mulia dan murni hati? Adakah mereka dalam masa 10 tahun kehadapan dapat mencorakkan warna kehidupan yang menyejukkan mata hati, kita yang akan menjadi warga emas nanti?
Adakah kita berbangga hanya dengan percapaian bentuk fisikal saja. Bangunan yang cantik dan tinggi. Jalan raya yng telah menjadi lebih lebuh dan sesak, sarat dengan beraneka macam model terkini? Tanah paya telah bertukar menjadi tapak perkilangan, tanda pesatnya ekonomi ? Dan waktu yang sama,setiap rumah sudah ada 'home teater' dan ' amah import", anak tempatan yang lelakinye lebih gemar bersantai di tengah tengah jalanra merempit. Adakah kita senang dengan hasil terkini kita?

Entri kali ini sekadar , ingin aku kongsikan bersama kalian akan satu bangsa yang telah berjaya hidup dalam 'model' mereka sendiri hasil dari budaya hidup yang unik.Sekurang kurangnye mereka ini tidak menjadikan diri mereka seperti lembu dicucuk hidung oleh agen agen barat atau timur .Mereka corakkan diri mengikut kebaikan mereka sendiri.
Bangsa yang di maksudkan ialah bangsa penjajah JEPUN.Dan tidak lah bermaksud kita perlu berkiblat ke jepun lak...




baca dan teliti entri ini yang di kutip dari FB.


GOOD OBJEKTIF...
10 SEBAB JEPUN MENCAPAI KEMAJUAN ::

(Kredit Kpd Hj Khairol Amin Mohd Salleh yg menterjemah catatan ini, Jazahullahu Khaira)

1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”

9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.


(Kredit Kpd Hj Khairol Amin Mohd Salleh yg menterjemah catatan ini, Jazahullahu Khaira )

Sumber Asal: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=521265741257650&set=a.140501556000739.30439.140501459334082&type=1&theater
ANAK ANAK JEPUN