Popular Posts

Wednesday, January 18, 2012

KEKUATAN MASJID DAN JANJI JANJI ALLAH KEPADA AHLI MASJID.

       ALLAH swt menghantar manusia ke dunia ini  untuk di uji . Ujian mereka adalah ujian    mengesakan  Allah  dalam hal  ' rabbubiah dan illahiyah "Nya.  Allah swt telah jadikan BUMI  sebagai medan ujianNYA  dan  Allah swt telah menetapkan  ketaatan  kepada perintah perintahnya sebagai keperluan yang paling asas untuk kehidupan manusia di bumi ini. Manusia terdiri daripada roh dan jasad. Keperluan badan  adalah dari sumber air,tanah, angin dan api, manakala keperluan roh adalah dari perintah perintah Allah swt.  Justeru itu,  Allah swt  membantu manusia dengan menghantar rasul rasul  dengan  berbekalkan kitabullah sebagai wadah penyelamatNya.
Allah swt berfirman :
                             " Kami berfirman lagi : " Turunlah kamu semuanya dari syurga itu. Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk daripada Ku ( melalui rasul rasul dan kitab kitab yang di turunkan kepada mereka ), maka sesiapa yang mengikuti petunjuk Ku itu, pasti tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. { surah Al-Baqarah 38 }
    ALLAH  yang maha suci dan maha tinggi, telah menjadikan masjid di bumi ini  pula sebagai  
rumah Nya. Malah Allah swt telah menjadikan tanah bumi yang mula mula sekali, sebelum  tanah itu mengembang   menjadi bumi, adalah tanah kaabah.  Kemudian , kaabah dibina  dan dijadikan  rumah ibadah yang pertama sekali di bumi ini.Disini semua keperluan manusia akan terpenuhi.

RUMAH IBADAH YANG PERTAMA DI BUMI.
             Allah swt berfirman :
 " Sesungguhnya rumah ibadat yang mula mula dibina untuk manusia [ beribadah kepada Allah swt ] ialah  Baitullah, di Makkah, yang berkat dan [ dijadikan]  hidayah bagi umat manusia. "   Ali IMran ayat 96.
             Dalam ayat ini,  Allah  swt  memberitahu kita bahawa rumah NYA ada lah sumber HIDAYAH dan BERKAT,   untuk semua manusia.  Masjid masjid yang bertaburan di muka bumi ini pula, telah di jadikan rumah rumah Nya. .Begitulah  yang telah dikhabarkan oleh Rasullullah saw dalam sabdanya :
" Masjid adalah rumah Allah swt diatas dunia ini. Ianya bercahaya kepada penduduk langit, seperti bintang bintang bercahaya kepada penghuni bumi ini." [ Ibnu Abbas-Hr.Tabrani ]
Allah swt menawarkan berbagai bagai habuan yang tersangat lumayan, untuk kita umat Islam 
Di antaranya seperti sabdaan Baginda saw :
" Masjid adalah rumah setiap orang orang sholeh yang takut kepada Allah swt. Bagi sesiapa yang menjadikan masjid rumahnya, Allah swt menjamin kesenangan baginya, dikurniakan baginya rahmat, dimudahkan baginya melewati shirot  kepada tujuan keridhoan Nya  ke syurganya." {Hr.Tabrani, Bazzar dan Majma uz Zawaid }
dan lagi,     " Tempat yang paling disukai oleh Allah swt adalah masjid masjid dan tempat yang paling di benci adalah pasar pasar."
Banyakkan masa di masjid.
Anas ra. meriwayatkan bahawa ada seorang wanita yang mengumpulkan sampah dari masjid-masjid. Ketika dia meninggal , Nabi tidak diberitahu tentang penguburannya .Rasullullah saw. bersabda : Jikalau seorang diantara kamu mati, hendaklah dengan suka hati memberitahukan kepada ku. Baginda kemudian mengerjakan sholat jenazah keatasnya dan bersabda : Sesungguhnya aku melihatnya diganjari dengan syurga kerana menyingkirkan sampah sampah di masjid .{ Hr.Tabrani }.

Dari Abu Hurairah ra , Nabi S.a.w bersabda : Orang orang yang sering berulang alik ke masjid adalah ibaratkan tiang pasak masjid, Malaikat menjadi sahabat mereka, jikalau mereka tidak hadir, maka malaikat akan mencari cari mereka dan jikalau mereka sakit, malaikat akan mengunjungi mereka, jikalau mereka berada dalam kesulitan, para malaikat akan membantu mereka. Baginda Nabi yang mulia bersabda : Barang siapa duduk dalam masjid, memperolehi paling kurang satu manfaat dari tiga perkara berikut : Bertemu dengan saudara saudara ( dalam islam ) yang daripadanya dia mendapat manfaat ( dalam agamanya), atau dia mendengar perkataan hikmah, atau dia memperolehi rahmat daripada Allah, yang mana setiap orang islam menginginkannya. { Hr.Musnad Ahmad }
 
MASJID NABI SWT DI MADINAH PADA TAHUN  AWAL 1800
Persoalannya  sekarang, kenapa masjid masjid di Malaysia kini kosong ?. Tidak ramai daripada kita untuk memakmurkan masjid tapi sebalik ramai anak anak melayu, melepak di pasar pasar.Tidak kira peringkat umur .  Orang desa gemar ke pasar pasar malamnya, orang bandar melepak di Mega dan super markets nya. Tidak ketinggalan,Pak pak Haji dan Lebai, bertandang di  kedai kedai kopi lebih lama daripada di masjid.
Pihak  JAKIM pernah membuat kajian, berkenaan dengan bilang  orang orang Islam yang bersolat berjemaah di masjid masjid di seluruh negara. Keputusannya, tersangat aib sekali kerana peratus yang di miliki ialah sekitar 05% sahaja yang memakmurkan masjid dengan sholat fardhu berjemaah. Kenapa jadi begini ? Di mana salahnya.
          Masjid, sebenarnya memiliki kekuatan untuk menarik hati hati manusia kepadanya. Hati
BAN HOE MASJID THAILAND
dan jiwa orang  beriman tertakluk kepada masjid. Mereka rindu dan ghairah untuk ke masjid. Telinga mereka sentiasa awas kepada bunyi suara muazin.  Apabila mereka mendengar seruan azan, jiwa mereka gementar. Wajah  mereka menjadi pucat. Mereka bersegera menuju ke masjid. Perkara seperti ini telah berlaku kepada Salim Haddad seorang pedagang yang soleh, Hasan r.a., Abdullah bin Abbas r. a huma. dan banyak lagi.Hati dan jiwa mereka telah tertanam kebesaran Allah swt. serta menyakini segala firman nya dan berkah mahu pun pahala yang di janjikan. Masjid memiliki kuasa seperti besi berani [ magnet ] dan hati hati orang islam seperti besi.Ia saling tarik menarik.Kini. kedua dua perkara tersebut telah hilang sifat masing masing, masjid hilang kuasanya dan manusia sudah hilang sifat imannya.Kedua duanya telah hilang rohnya.
         Sebenarnya  apa yang dikatakan ' dirikan' masjid, adalah bukan dirikan bangunan dan perhiasannya, tetapi dirikan masjid adalah ' dirikan ' AMAL-AMALAN 'dalam masjid masjid.
Asas pembinaannya ialah TAQWA. Dalam masjid mesti diadakan majlis yang mendatangkan taqwa. Natijah dari sifat taqwa ialah  hadirin akan timbul perasaan yang mendalam takut serta taat kepada Allah swt.   Cinta Allah swt akan datang kedalam hati sanubari mereka.
         Apakah  amalan yang hidup didalam  masjid Nabi saw di zaman nya ?
Nabi saw bina empat amalan asas masjid. Pertama diadakan halaqah Dakwah. Nabi saw sibukkan para sahabat sahabatnya dalam usaha usaha dakwah. Jemaah jemaah telah dibentuk lalu  diberi ransangan lalu ditaskil  untuk keluar buat kerja kerja dakwah.Dalam masa 10 tahun tinggal di kota madinah, sebanyak 150 jemaah yang bilangannya ramai, telah  di keluarkan untuk maksud dakwah yang mana daripada jumlah tersebut, sebanyak 25 kali, Nabi Muhammad sendiri menyertainya. Dan dalam masa tersebut, puluhan jemaah yang kecil kecil bilangan, telah dihantar keseluruh ceruk pelusuk tanah Arab.
       Amalan kedua, amalan taalim wal ta'alum.Halaqah belajar dan mengajar.Mereka habiskan masa berjam jam belajar depan Nabi dan kemudian mengajarkan kepada orang lain yang tidak berkesempatan untuk berada bersama Nabi saw. Semasa di Mekah, taalim di adakan di rumah Arqam ibni Arqam, di sebelah malam. Di waktu siang, mereka sibuk dengan dakwah taskili.
Amalan ketiga, amalan ibadah serta zikir. Di dalam halaqah ini, para sahabat sibukkan diri diri mereka dalam beribadah kepada Allah swt.Para sahabat di ibaratkan seperti singa diwaktu pagi dan seperti tikus di waktu malam. Siang hari mereka berani dan garang seperti singa di atas kuda kuda perang mereka, manakala di waktu hening malam, mereka menikus di hadapan  penciptanya iaitu Allah swt.Waktu pagi sebelum dhuha, mereka ibarat seperti pohon kayu yang bergoyang dalam asyik berzikir.
 Amalan keempat ialah amalan khidmat  serta  amalan akhalaq baginda saw.Para sahabat memberi masa untuk berkhidmat di masjid. Banyak rombongan dari luar madinah, datang berkunjung dan berjumpa Nabi saw untuk perkara agama.Semua keperluan makan dan tempat rehat, diuruskan oleh para sahabat sahabat Nabi saw.
 Hari ini jika kita berusaha untuk menghidupkan kembalikan amalan ini,iaitu amalan DAKWAH, tAKLIM, iBADAH ZIKIR DAN KHIDMAT SERTA ZAHIRKAN AKHALAQ RASULULLAH,  insyallah, kita akan dapat lihat, suasana iman dan masjid akan penuh serta  hidayah akan turun. Apabila perkara ini berlaku, kita akan menyaksikan, berbondong bondong manusia kafir akan mula memasuki  ke pintu gerbang tauhid dan Islam.



       

Monday, January 2, 2012

HALAQAH IMAN. DIANTARA A'MAL YANG TELAH PUPUS DI MASJID MASJID.

MASJID ADALAH TEMPAT HALAQAH IMAN
     
     HALAQAH IMAN. 
 Pada zaman Nabi saw, masjid telah dijadikan keperluan yang paling utama sekali dalam kehidupan masyarakat umum.Semua para sahabat memberi masa untuk memakmurkan masjid sehingga masjid hidup 24jam.Halaqah iman hidup 24jam.
            Apa dia halaqah iman.?
           Halaqah Iman adalah salah satu halaqah atau majlis yang wujud dalam masjid Nabi shalallahu alaihi wasalam. Dalam halaqah Iman, para sahabat akan menghabiskan berjam jam mendengar, melihat, bercakap dan berfikir tentang kehebatan dan keagongan Allah.Dalam halaqah iman juga , para sahabat menyakini 100%, tanpa syak kebenaran sabdaan Nabi yang mulia, Muhammad ( salam dan selawat Allah dilimpahi kepada nya.)  Disamping itu, mereka mendengar sabdaan Nabi Muhammad, tentang keadaan kehidupan Akhirat. Hasilnya Iman mereka meningkat hari demi hari.
masjid keperluan asas.
           Perkataan Allah dan Rasullullah tersangat mengesan hati sanubari mereka.Air mata mereka berlinangi di pipi mereka ketika mereka mendengar sesuatu berita dari tuhan mereka.Ada sebuah kisah yang sudah masyhur tentang seorang sahabat bernama Hanzalah ra.
Di satu ketika, dia telah berada dalam majlis Nabi di masjid. Khutbah Nabi saw begitu mengesankan hatinya hingga dia merasai bahawa syurga dan neraka berada dihadapan mata. Keyakinan ini begitu terasa dalam jiwanya. Walaubagaimana pun kesan ini semakin berkurangan apabila dia  berada disamping keluarga dan  anak cucunya.Kesan berita akhirat  telah mulai berkurangan sedikit.Keadaan ini sungguh menakutkan dirinya, lantas dia berlari keluar dari rumah, sambil melaung perkataan ini. " Hanzalah sudah menjadi munafiq...hanzalah telah menjadi munafiq..!"
  Dia telah ditahan oleh Abu Bakar ra lalu ditanya sebab perkataannya itu. Dia memberitahu keadaan dirinya semasa berada bersama keluarganya.Abu Bakar pun merasai begitu, lantas kedua duanya telah pergi berjumpa dengan Nabi SAW. Setelah mendengar kekuatiran kedua sahabat tersebut, Nabi bersabda 
" Jika kamu dapat mengekalkan perasaan keimanan kamu seperti mana kamu berada bersama ku, maka para malaikat akan datang berjabat tangan dengan mu, tapi keadaan itu sangat jarang berlaku."
wudhu' a'malan  bersuci.
 Halaqah iman begitu berkesan sehingga kanak kanak dewasa itu pun timbul fikir akhirat. Pada zaman saidina Umar ra,pada  satu ketika sedang dia berjalan di sebuah padang tempat kanak kanak bermain, terlihat oleh nya seorang kanak kanak duduk ditepi padang dan tidak ikut serta bersama rakan rakannya bermain.Saidina Umar menghampiri kanak kanak tersebut,lalu bertanya. :
S.UMAR : " kenapa kamu bersendirian, wahai anak? Adakah kamu sakit ?"                                            KANAK2 : ' Tidak,pakcik.                                                      S.UMAR :     " Kenapa kamu muram dan tidak ikut bermain .?"                                      KANAK2 :  " Pakcik khabarkan pada saya, apakah bahan untuk menyalakan api neraka? 
S.UMAR :  " Allah berfirman , bahawa bahan bakar api neraka adalah dari manusia dan batu                                                                                                                KANAK2:   " Aduh!..binasalah saya ,pakcik..semasa saya di rumah tadi, saya melihat ibu saya menyalakan api didapur dengan meletakkan kayu yang kecil kecil dulu sebelum memasukkan kayu yang besar. Saya khuatir, Allah akan mencampakkan kanak kanak dulu untuk menyemarakkan api neraka "

Begitulah kesannya suasana keimanan yang ada di sekitar madinah. Nilai Iman dibicarakan dengan banyak sekali dalam zaman itu sehingga terwujud percakapan iman dimana mana, tanpa merasai satu keganjilan. Percakapan Iman telah menjadi satu keperluaan bagi orang islam waktu itu. Mereka tersangat takut pada sifat kemunafiqan akan wujud dalam diri mereka.

Kembali pada masa kita sekarang ini, masjid kita telah kosong daripada halaqah iman. Kuliah kuliah yang ada kebanyakkan majlis taalim wal ta'alum berkaitan dengan masaalah feqah.Walaupun ini adalah satu keperluan, tapi hendaknya pada waktu yang sama halaqah iman mesti diadakan juga. Disamping itu, majlis taalim fadhail a'mal hendaklah diadakan dan didengari oleh setiap ahli qariah kita hari hari.Dalam taalim fadhilat a'mal, hadith hadith kelebihan a'mal akan dibaca. Kesan daripada taalim ini ialah akan timbul " keinginan' dalam hati kita untuk beramal. Akan terwujud ' sense of value' atau perasaan menghargai nilai'  dalam diri. Dari keinginan ini akan timbul tindakkan kearah amal. Ini sebagai motivasi diri.

Pada masa kini, rata rata masyarakat kita tersalah faham dengan anggapan,  bahawa mereka telah islam dan beriman, kenapa perlu usaha pada iman lagi.  Dakwah pada iman ini hanya dijalankan pada orang kafir saja, bukan pada kami orang yang sudah islam.
Cuba renungkan ayat ini.
  "   Wahai orang orang yang telah beriman, beriman lah ( tetapkan iman kamu)  kepada Allah dan Rasul " Surah annisa 136.
 Orang dah beriman , disuruh beriman lagi..ini dalil bahawa dakwah iman mesti diteruskan dikalangan orang islam. Dan dalil dari sabdaan nabi Muhammad saw :
         " Perbaharui lah iman kamu!. "  Sahabat bertanya " Wahai Rasulullah, bagaimana kami memperbaharui iman kami ? Baginda bersabda " Perbanyakkan lah mengucapkan kalimah La illaha ilallah ".
HALAQAH DAKWAH ADALAH HALAQAH IMAN.
 Iman kena diusahakan dan di perbaharui. Masaalah iman bukan perkara yang kecil. Akibatnya sangat dashyat dan merugikan.
Nilai keimanan adalah sebuah            syurga.Seorang yang sedang lakukan zina, iman dia  dicabut keluar dan dia tidak beriman ketika berzina. Begitulah semasa sesaorang minum arak, membunuh , buka aurat dan sebagainya.Sikap acuh tak acuh  terhadap nilai Iman adalah disebabkan kerana sudah tidak ada lagi keghairahan pada amal. Punca fenomena ini kerana dalam masjid dan tempat tempat kuliah di Malaysia tidak ada halaqah Iman. Tidak hairanlah jika fail tuntutan murtad bertambah hari demi hari. Para sahabat Nabi Muhammad sangat ambil berat terhadat sikap tidak peduli keatas perkataan Nabi. Mereka memandang satu keingkaran yang nyata kepada sesiapa yang perkecilkan perkataan Nabi saw.
          Amatilah peristiwa yang pernah terjadi pada anak saudara Abdullah bin Mughafal.  Anak saudara Ibnu Mughafal adalah seorang kanak kanak yang sangat suka bermain dengan ' lastik'. Pada satu hari anak saudaranya ini di tegur oleh Ibnu Mughafal. Katanya : " Wahai anak saudara ku, Rasulullah saw  bersabda bahawa bermain ' lastik' tidak bermanafaat sedikit pun, tidak dapat memburu, tidak dapat mengalahkan musuh, bahkan boleh membutakan mata atau gigi.  Maka tinggalkanlah perbuatan itu."
Anak saudaranya itu berhenti buat sementara waktu tetapi mulai bermain lagi setelah disangkanya Ibnu Mughafal tidak ketahui. Dengan perasaan marah Ibnu Mughafal ra berkata 
 " Mengapa engkau berani melakukan suatu perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah saw ? Demi Allah, mulai sekarang saya tidak ingin lagi berbicara denganmu dan tidak akan menyertai jenazahmu seandainya engkau meninggal lebih dulu "
 Begitulah semangat dan perasaan para sahabat Nabi saw terhadat perkataan baginda.
 Mereka dapat hasilkan ini dengan menghabiskan masa berjam jam lamanya mendengar sabdaan Nabi yang mereka cintai dan yakini.Para sahabat belajar untuk datangkan YAKIN pada perkataan Nabi saw.
 Semoga kita dapat mengikut jejak mereka barang sedikit pun. AMIN.