Popular Posts

Saturday, November 10, 2012

PILIHANRAYA 2 : KEPIMPINAN ADALAH AMANAH TUHAN.

LANGKAN MUBALIGHIN.
 MUQADDIMAH  : SEBUAH RENUNGAN 

 Sebelum anda membuat pemilihan, sangat wajar bagi semua muslim memahami dengan penuh yaqin bahawa Nabi Muhammad  SAW adalah utusan Allah, sebagai pembawa petunjuk dan cara hidup yang 100% berpandukan wahyu Allah swt.
 Allah swt berfirman :

“  dan ia  SAW tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam)  menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.  Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadaNya.”        ( Surah An-Najm 3-4 )

Jikalau lah sekadar  ‘lafaz’  pun tidak dibenarkan untuk keluar  dari mulut baginda SAW yang mulia,yang bukan wahyu,  adakah boleh baginda S AW  melakukan apa apa uslub untuk membina ugama dengan perbuatan nya sendiri seperti tiru sedikit cara orang sebelum dia ? Jawabnya, tidak di benarkan.  Jangankan nak ikut dan tiru,  membaca dan meneliti kitab taurat yang asli pun,  beliau  tidak  suka atau meredhai perkara tersebut berlaku keatas sahabat sahabatnya, seperti yang berlaku kepada Saidina Omar  r.a. yang pada suatu ketika pernah meneliti  kitab Taurat yang  didalam bahasa arab. Apabila Rasullullah  SAW terpandang pada perbuatan Saidina Omar ra itu, merah padam wajah yang mulia  itu.  Beliau   menegur sahabatnya , Omar ra dengan berabda : “ Seandainya Nabi Musa AS ada pada waktu aku ini,sudah pasti beliau akan mengikuti syariat yang aku bawa ( AlQuran ) .( Mafhum Hadis ). Setiap urusan baginda SAW  adalah wahyu dari Allah swt.   Allah swt adalah pentadbir alam semesta. DIA lah perancang.dan kita sebagai hamba, mestilah menurut acuan yang telah dilakar oleh  Nabi dan Rasulnya. SAW.

Apa pun ikhtiar  yang kita, sebagai orang islam hendak lakukan, pastikan  tiga perkara ada di dalam nya. Pertama , niat dan matlamatnya semesti ini berlandaskan untuk mengtauhidkan Allah swt dan hanya untuknya. Kedua , cara perlaksanaannya semestilah diutamakan cara yang telah di tunjuki oleh Rasulullah SAW dan ketiganya, mesti lah untuk membena kehidupan di hari Akhirat jua. Kalau kita asaskan perbuatan kita pada landas ini, baru lah amal itu menjelma menjadi amalan sholih yang mendapat keredhaan Allah swt.

Adalah suatu yang tabi’I bahawa masyarakat ramai akan menerima,menyokong dan membantu perlaksanan syariah Islam keatas  diri mereka setelah mereka memahami, mengimani dan merasai kewajibannya.  Sebaliknya, masyarakat yang jahil mengenai Islam dan Tauhid, serta tidak mencintainya  akan  terwujud pelbagai salahfaham terhadap Islam , lantas  mereka tidak akan menyokong perlaksanaan syariat Islam. 

BEGINI LAH POHON IMAN YG TIDAK DIJAGA DANDIPERDULIKAN
Maka amalan dan sifat Dakwah dan Tabligh wajib ada didalam diri setiap individu yang mengakui dirinya  muslim. Persedian dan persiapan diri peribadi  muslim yang memiliki siasah  diri seorang  Dai dan  khalifah,  perlu di pupuk oleh semua badan halaqah Islamiah secara global. Perselisihan pendapat antara pejuang Islam dalam isu pembinaan organisasi, pendekatan dan keutamaan, semestilah  di selesai dengan kembali pada AlQuran dan Sunnah  Nabi SAW  serta panduan perilaku kehidupan para sahabat Nabi SAW..

PERINGATAN KEPADA  SESIAPA YANG INGINKAN JAWATAN WAKIL RAKYAT.

Sebelum kita buat pemilihan, di wajarkan pada semua calon calon yang berkempen sakan untuk menjual diri  untuk dipilih jadi calon wakil rakyat, berhenti sejenak dan renungkan diri sendiri dan perdengarkankan lah suara hati pada sabdaan Nabi SAW mengenai tanggungjawab ‘ Amir “.

Dikeluarkan oleh At Thabrani dari  Abu Wail shaqiq bin Salamah bahawa Saidina Umar r.a. telah melantik  Bashar bin Asim ra untuk memungut zakat penduduk Hawazin. Bashar menunda nunda kepergiannya lalu dia di temui oleh Umar rad an Umar ra bertanya kepadanya, “ Apa yang menyebabkan kamu terlambat ? Apakah kamu tidak mendengar dan taat kepada arahan kami? Bashar berkata : “ Tidak melainkan aku telah mendengar Rasulullah  SAW bersabda :
“ Barangsiapa  yang menjadi ketua bagi suatu urusan kaum muslimin, maka ia akan datang pada hari Qiamat, ,dia akan  berdiri diatas sebuah  jambatan Neraka.  Jika  ia telah melakukan  kebaikan, ia akan selamat.. Jika telah melakukan kejahatan, jambatan itu akan runtuh lalu dia akan terjatuh ke dalam api neraka selama 70 tahun.

 Abu Dzar berkata  kepada Saidina Omar bin Al khaththab ra : Apakah engkau telah mendengar sesuatu dari Rasulullah SAW ?  Umar ra pun menjawab : ‘ Tidak ‘. Abu dzar berkata : Sesungguhnya aku telah mendengar  Rasulullah SAW bersabda : “ Barangsiapa  yang  bertanggung jawab keatas  urusan kaum muslimin, dia akan datang pada hari qiamat sehingga dia akan berdiri di atas jambatan neraka. .  Jika  ia telah melakukan  kebaikan didalam pelayanannya,  dia akan selamat.. Jika sebaliknya,dia telah melakukan kejahatan, jambatan itu akan runtuh lalu dia akan terjatuh ke dalam api neraka selama 70 tahun dan neraka itu sangat gelap dan hitam. Maka  hadis yang manakah lebih mengetarkan hatimu ? “

Saidina Umar ra menjawab : “ Kedua duanya .Kerana itu adakah sesiapa yang mahu mengambil alih jabatan khalifah in dari aku ?

Abu Dzar ra berkata : Hanya orang yang hidungnya telah terpotong dan pipinya telah dilekatkan diatas tanah yang akan mengambil alih jabatan ini.Aku tidak mengetahui melainkan jabatan khalifah tu baik untuk engkau. Kerana jika engkau memberikan jabatan itu kepada  sesaorang yang tidak akan berlaku adil, engkau juga akan menanggung dosa bersama dengan nya.”
Ath Thabrani meriwayatkan dari  seorang lelaki katanya : “ Rasulullah  saw  melantik seorang lelaki menjadi ketua dalam satu sariyyah. Ketika dia kembali, Rasulullah saw .   Bertanya : ” Bagaimana dengan tugas kamu sebagai ketua ?Dia menjawab : “ seakan akan aku seperti orang lain dalam Jemaah itu. Kearah mana saja aku pergi, mereka akan mengikutiku dan dimana saja aku singgah mereka akan ikut serta.”
Kerana itu Nabi saw  besabda : “ Seorang penguasa itu berada di ambang pintu kemarahan Rabbnya, kecuali yang dipelihara leh Allah swt.” Lelaki itu pun berkata “ Aku tidak akan menjadi amir lagi untukmu dan tidak juga untuk orang lain .” Lalu Rasulullah saw  tersenyum sehingga jelas kelihatan gigi gerahamnya.
Sabda Nabi : Sesungguhnya Allah swt akan menanyakan kepada setiap penggembala tentang apa yang telah di gembalakannya, apakah dia memeliharanya atau kah menyia nyiakannya, hingga seorang lelaki ditanyakan tentang keluarganya. ( Ibnu Hibban )

KEUTAMAAN DALAM MEMILIH KETUA.

Ada dua  nizam yang berlaku diantara rakyat dan pemimpin. Pertama, dari pemimpin kesan turun ke rakyat. Kedua kesan dari amalan orang ramai naik keputusan terhadap pemimpin. Amalan pemimpin dan keputusan nya akan mengesan nizam duniawiah rakyat.

Sabda Nabi : “ Apabila Allah swt menghendaki keburukan atas suatu kaum, maka Dia menjadikan utusan mereka berada ditangan orang orang yang hidup mewah “

Ada sebuah cerita yang di tulis dalam kitab , pada satu zaman, ada seorang solih yang berkerja di sebuah kebun pokok limau , milik  seorang yang kaya.Pada sautu hari, kebun  itu di kunjungi oleh penguasa negeri bersama pemilik kebun. Pemilik  kebun pun menyuruh si solih itu untuk memilih beberapa buah yang sudah masak, untuk diperas menjadi jus. Maka di petik beberapa biji lalu di perah sebiji limau dan cukup sebiji itu memenuhi segelas jus limau. Maka  jus tersebut diminum dan dirasai oleh penguasa , didapati rasa jus tersebut tersangat lazat dan manis.Tidak berhenti henti penguasa itu memuji muji kebagusan kebun tersebut.   Pada waktu yang lain pula, pemilik itu sendiri datang ke kebunnya, lalu di minta didatangkan beberapa biji limau untuk diperah  menjadi jus. Apabila diperah, maka di minum oleh pemilik tersebut. Alangkah terkejut apabila didapati rasa jus tersebut rasa masam dan tak sedap lansung. Pemilik itu bertanya si soleh itu kenapa rasa buah itu masam ?. Dijawab oleh si soleh itu : “ Tuan, buah yang saya pilih adalah sama dari pokok yang di minum oleh Si Penguasa hari itu,” Pemilik itu bertanya ;” Kenapa hari ini rasanya masam?” SiSoleh menjawab : “ Rasa  buah ini bertukar masam kerana  kesan dari  niat dan azam penguasa untuk merampas kebun ini secara zholim .”

Waktu masa Nabi , Orang yang dipilih oleh Nabi adalah orang yang beriman dan memiliki kelebehan Agama.

Di keluarkan oleh At Tirmidzi dan dihasankannya, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan lafaznya oleh AlBukhari dari Abu Hurairah ra katanya. Raulullah telah mengutus satu Jemaah yang terdiri dari beberapa orang. Sebelum mengutus mereka keluar,Raulullah mendengarkan bacaan Al-Quran dari setiap orang itu. Baginda  mendekati seoranglelaki yang paling muda diantara mereka lalu bertanya, “ Apakah kamu menghafal al-Quran? Lelaki itu menjawab, “ Ya aku hafal beberapa surah dan surah al-Baqarah .”Rasulullah bertanya lagi, “ Apakah kamu hafal surah al-Baqarah.” Pemuda itu menjawab. “ Ya “.Rasulullah pun bersabda, “ Pergilah, kamu  adalah ketua mereka.” Seorang  lelaki diantara mereka berkata : “ Demi Allah ! Kami takut untuk menghafalnya sekiranya kami terpaksa mengamalkannya.” Rasulullah bersabda : “Belajarlah al-Quran dan bacalah ia, kerana sesungguhnya perumpamaa al-Quranitu bagi sipa yang mempelajarinya dan membacanya adalah seperti kasturi yang tersebar baunya disetiap tempat.Barangsiapa yang mempelajarinya dan menyimpannya adalahseumpama wadah tertutup yang berisi kasturi “ ( targhib ) 

Jangan memilih orang yang jelas GILA hendak jadi calon wakil.
Abu Dzar berkata kepada Raulullah : ‘ Wahai Rasulullah, tidakkan boleh Rasulullah melantikku ke suatu jawatan.? “ Lalu Rasulullah menepuk bahu  Abu Dzar dan bersabda : “ Wahai Abu Dzar, kamu lemah.  Jawatan itu adalah suatu amanah, ia dihari qiamat adalah suatu kehinaan dan penyesalan kecuali  orang  menerimanya  kerana  berhak dan menunaikan tugasnya  dengan betul “.    

 ORANG YANG HARAM DI PILIH DAN DI UNDI .

Orang Islam wajib berhati hati dalam  soal memilih pemimpin. Kesilapan memilih  kepimpinan  boleh mendatangkan malapetaka sepanjang masa.Jika kita ambil mudah saja tentang peribadi orang yang di lantik , walaupun kita sedar dan tahu , bahawa dia adalah seorang yang ingkar  hukum Allah dan ingkar sunnah, maka kita adalah seorang yang zholim. Kita di larang mengangkat mana individu yang jelas :

1. keMUNAFIQkan .

 Allah berfirman : 

“. Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. dan Engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka. “ – AnNia’145 .
KELUARGA YANG BANYAK MEMUSNAHKAN SISTEM ISLAM

2  .ke YAHUDI an dan  ke NASRANI an

Allah Berfirman :
“  Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, keray menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. “– Al maidah 51

3. Orang yang melebihi atau utamakan kekafiran daripada keimanan.

Firman Allah :

“  Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim.” At Taubah 23

4. Orang yang diluar Jemaah kaum  muslimin  dan banyak zahir sifat kemunafiqkan.

Firman Allah :

“  Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai).  mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.118

 Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.- 119 -(“  Ali Imran 118 -119)



PEJUANG ISLAM DIKATAKAN 'PENGANAS'?
5. Orang yang jelas mengingkari Al-Quran dan hukumnya.

Firman Allah :

“  Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu? – Nisa’ 144 

Demikianlah secebis pandangan kita kongsi bersama. Entri ini, jangan lah pula di kaitkan dengan mana mana parti politik yang rancang bertanding. Sekadar renungan. Anda buat keputusan yang seimbang dengan IMAN dan ILmu anda.  Akuilah , kita sama sama hidup di era kekafiran menguasai dunia islam. Jadi pandai pandailah bawa diri.






[







Thursday, October 18, 2012

PILIHANRAYA - SIAPA YANG HENDAK DI PILIH? MUQADIMAH 1

               
 MELAYU  serta Tanah Airnya telah melalui evolusi perubahan cara  pemerintahan yang agak panjang. Dari  pemerintahan beraja  yang berasaskan aqidah Hindu-Buddha   ( sistem pemerintahan  waktu itu, manusia ditadbir secara beraja  selama lebih kurang 3000 tahun), orang melayu terus menjalani sistem beraja berasaskan aqidah tauhid setelah menganut Islam. Waktu itu , dunia diperkenalkan dengan corak pemerintahan berkhalifah yang memegang amanah tuhan agar perundangan al-Quran dijadikan pedoman kesejahteraan hidup manusia sejagat. Namun, ketua ketua  orang melayu mengekalkan sistem beraja diseluruh nusantara. Islam tidak menghalang kerana diizin dalam islam.  
    Hadith ada bermaksud :
    " Orang ramai ( rakyat ) ialah mengkut agama Raja mereka " 
Khalifah khalifah Islam adalah penerus misi Rasulullah   bagi urusan dunia dan ukhrawi serta menjadi tonggak bangsa bangsa yang dipeganginya. Daulah daulah Islam yang beraja diseluruh pelusuk dunia ini, adalah mata rantai dalam rantaian sistem yang bernaung di bawah Khalifah Islamiah yang berfungsi sebagai ketua kesatuan, kekuatan dan perpaduan umat sejagat. Sistem ini telah melahirkan dan memungkinkan terbentuknya  semangat persaudaraan Islam yang ampuh,padu dan bersifat universal ( sejagat).

MERENUNG NASIB- MERDEKA ATAU TIDAK?
                  Akhirnya, dengan keizinan Allah jua, kesatuan ini telah tewas dirobek oleh satu penjajahan secara rakus oleh pendatang yang kafir dari benua Barat, maka terwujud lah satu sistem yang mementingkan kesejahteraan ' kenegaraan'  yang menjunjung tinggi  'kenegaraan'.                           ' Perlembagaan'  sebagai kitab suci mereka yang wajib diikuti oleh rakyak jelata.  Sistem perlembagaan ini diberi nama ' kitab   suci SEKULARISME.  Aqidahnya ialah wajib dipisahkan hal ehwal keduniaan termasuk pemerintahan, pendidikan, ketenteraan dan sosial gaya hidup dari pengaruhi ugama terutamanya ajaran Islam. Falasah kenegaraan yang berpaksi dan berpusat pada semangat nasionalisme ini, langsung mengenepikan corak pemerintah Islam yang tulen iaitu sistem khalifah. Natijahnya,  apabila penjajah melahirkan klon klon mereka yang berkulit sawo matang( melayu) dan mewariskan pemerintahan dalam acuan mereka ini, umat Islam bertempiaran ibarat anak ayam kehilangan ibunya. Negara islam yang wujud, terpisah pisah dengan semangat nasionalisme -  taksub pada diri jati sendiri dan binasa jiwa serta roh persaudaraan islamiahnya .Inilah masaalah yang menjadi kemelut orang melayu dan umat islam sejagat.

                 Konsep pengsekularaan dalam urusan pemerintahan manusia ini telah melahirkan ' agama baru - kenegaraan'.   Kitab suci Al-Quran dan Hadith di campak jauh jauh di belakang. Kata kata nasihat hakiki dari lidah rasul sebagai utusan Allah di sangsikan dan disamakan dengan kata pujangga pujangga sastera.  Anak anak warisan tanah melayu di ajari dengan 'kitab' baru yang mengandungi racun minda yang sangat bahaya. Racun racun tersebut dimenterakan d setiap masa dan diguna pakai secara ' gaya hidup orang yang terpelajar'. Maka , anak melayu islam moden menghayati mazhab 'demokrasi', sosialism,  komunisme, kapitalisme, .fasisme,  liberalisme dan berangkai rangkai tali  ' isme isme' baru ini membelit aqal anak generasi melayu..
big bos ' KETUA NEGARA '

                 Maka bangsa melayu sekali lagi mengelami evolusi 'bentuk' dan ' jiwa 'yang sangat parah..  Lahirlah afrat afrat yang mengikut telunjuk, disuruh angguk, angguk, disuruh geleng, dia geleng, namun nak tanya kenapa tidak sesekali. Agama dan aqidah 'kenegaraan' ini meletakkan dirinya melebihi Allah, sang pencipta dan Al-Quran sebagai panduan hidup. Ia menjadikan rakyat melayu menyerahkan diri, harta dan nyawa mereka untuk penyembahan  kepada  ' Demi negara'.  Generasi Moden ini di asuh agar menghayati sedalam dalam nya 'kitab suci 'ini. Setiap perkataan di tafsir ,ditakrf dan dibahas semula mengkut kehendak masa oleh ketua ketua negara. Kepimpinan yang menerajui agama kenegaraan ini akan momokkan rakyak jelata bahawa ' negara' lah yang menentukan rezeki mereka, menjaga keselamatan mereka hingga dalam soal hidup dan mati mereka. Paderi paderi ( atau tok imam  tok imam )mereka yang sentiasa berkhutbah diserata tempat dipanggil ' ahli politik'., manakala ketua negara yang dianggap sebagai payung negara dipanggil 'Duli yang maha Agong '.Ironinya ' Duli yang Maha Agong' ini tidak mempunyai kuasa dalam menentukan hala tuju penjalanan pentadbiran. Ketua negara ini hanya berfungsi sebagai ' pengiktirafan majlis dan penganugerahan'  pingat.' Imam imam mereka lah  orang yang sebenarnya sangat ber' kuasa' sehingga boleh menghalalkan' apa apa yang telah diharamkan oleh Allah swt atau mengharamkan apa yang di halalkan oleh Allah swt.
KEKUATAN POLIS 'NEGARA'- TENTERA BONEKA AD-DAJAL

              Tok Imam tok  iman ini bukanlah jawatan tetap, tapi boleh di tukar ganti oleh keputusan rakyat. Satu proses yang di tentukan oleh perundangan mereka yang dipanggil 'PEMILIHAN RAYA UMUM' .(PRU ) .Tok  Imam / paderi paderi  yang digelar politikus ini,  boleh mencari pengikut dan pengaruhi ' rakyat' agar memilih diri diri mereka.Laungan ' pilihlah saya'- Undilah saya....".  Mereka dibenarkan menfitnah, berbohong, menipu, merasuah dan mejanjikan apa apa yang sesuai dengan kehendak majoriti..Semua ini wajib dilakukan dalam bentuk ' bijaksana' agar yang bohong nampak macam benar, yang rasuah nampak macam sumbangan,yang fitnah nampak sebagai pembongkaran penyelewengan dan janji janji sebagai ' harapan masa hadapan'..

           Rakyat ditipu dengan ' berperasaan' memiliki 'kuasa'  dalam menentukan nasib mereka, walhal, hampas dan kosong belaka.  Rakyat sebenarnya hanyalah  ' hamba abdi'  yang di beri kebebasan untuk merasa 'bebas' dari tuan tuan mereka dari segi bebas  menggunakan 'upah' dan memiliki ' benda'. Pada hakikatnya mereka dijerut leher oleh sistem yang sememangnya menjerat mereka dengan tali yang dipanggil ' hutang bank'. dan cukai. Mereka di ikat  dalam tempoh bertahun tahun. Sistem rezeki mereka diubah agar mereka menyerah tengkok mereka dengan rela hati. Mereka di ajar  dengan  ilmu kitab suci bahawa rezeki ditangan ' negara', bukan ditangan Allah. Ilmu rezeki di panggil ' ilmu Ekonomi'. Asas ekonomi berasaskan ' riba'.dan penindasan. Mereka diajarkan bahawa 'riba' perkara yang harus ada dalam ekonomi. Riba  adalah nadi rezeki. Hal ehwal ekonomi ini lah yang menentukan 'kaya miskin ' sesebuah negara. Mereka kena berkerja demi menjadikan  'negara' kaya. Tukar cara berkerja dari bebas berladang dan bebas memiliki rumah tanpa hutang kepada kehidupan perindustrian dan perkilangan. Kerja ada duit.  Duit adalah kehidupan.  Hendak berharta mesti berhutang. Hutang beriba diikat bertahun tahun. Dalam tempoh masa itu, harta mereka adalah sebenarnya harta ' bank'.  Allah swt tidak ada urusan campur tangan dalam kehidupan ini.Rakyat ditipu dengn angan angan yang panjang melalui iklan iklan yang mengobarkan nafsu serakah mereka, sehingga manusia  menjadi  tamak dan pembazir.  Perkara ini menyebabkan rakyat berlumba lumba kearah mencapai matlamat kebendaan yang sangak kronik.tanpa pertimbangan aqal yang waras dan kesucian halal atau haram bagi mendapatnya.
HAMBA PROFESSIONAL
             Dalam pemerintah moden masa kini, sesiapa yang ingin bangkit dan  berdiri tegak dan lantang bersuara, bahawa mereka mahukan satu sistem yang mengagongkan Allah swt sebagai puncak tertinggi dalam sistem kehidupan ini,  akan dianggap kolot dan anti kemajuan. Walhasilnya, mereka ini akan di tentang dan dianggap sebagai 'pendehaka' dan ' peruntuh kemajuan.Jika mereka tidak berada dalam sistem mereka, orang orang akan dilabel, dicemuh dan dicap hina dan tidak berguna. Sistem ' negara' ini akan mengerakkan setiap jenteranya seperti media letronik dan kertas untuk menaburkan fitnah mereka. Alah swt memberi isyarat tentang gerakkan mereka ini dalam surah al-Quran :
             Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang  Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian itu).” - surah as-saff ayat :8
           Persoalannya timbul hari ini, ditanah melayu ini, siapa yang kita hendak di pilih? 
Semua yang terlibat, telah berada didalam tong tahi sistem 'negara' ini. Setakat ini belum ada mana parti politik yang menawarkan sistem 'khalifah'.Sstem kepartian' dalam sistem sekular ini bukan jawapan dan jalan keluar. Syarat  sistem kekhalifahan islamiyyah, tersangat perlu di asaskan dengan uslub dakwah, kemudian akan terwujud ' daulah'  dan jihad. Setakat hendak pangkah , menang dan kembali kejerat  sistem ' negara' tajaan ad dajjah, rasa rasa kita hanya menghabis umur dan merugikan akhirat. { Kenyataan ini sangat tidak disenangi oleh geng geng dan konco konco pak pak iman yang berparti parti.Bagi pejuang pejuang jihad, bersabarlah..........Teruskan pengislahan iman, dakwah dan uslah. Umat perlu untuk di perbaiki. Kita perlu menyediakan generasi yang 'merdeka' dari sistem dan hanya hidup dengan cara ' muhammad ' . Umati dae.

Bersambung dengan entri kedua.' bagaimana sistem pemilihan dizaman Nabi.. dan adakah ia masih boleh ditegakkan ?"

              


Tuesday, October 9, 2012

" INNOCENCE of MUSLIM " - SATU PROVOKASI AGEN DAJJAL.

REAKSI UMAT ISLAM TERHADAP  ' INNOCENCE of MUSLIM'
 Bila orang menghina Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم  yang mulia, orang Islam patut merasa marah. Perasaan peka dan sensitif terhadap maruah Agama Allah dan Rasulnya adalah tanda darah jihad masih membara didada umat islam tetapi untuk melepaskan kemarahan di luar adab kesusilaan dan kewarasan aqal, adalah satu yang bukan dari ajaran islam tetapi terbit dari pemikiran syaithan dan pengaruhnya.
                       
 Video " Innocence of Muslim" adalah provokasi dari bulaci bulaci Ad-Dajjal terhadap umat Islam yang sememangnya ada penyakit latah. Bila di cuit sikit saja, terus melatah. Sebenarnya , ad-Dajjal sedang menyukat taraf semangat ' jihad' didada orang islam dan keupayaan mereka dalam bertindak balas.
Tidak dinafikan bahawa filem " innocence of Muslim " adalah .sebuah filem yang keji, terbit dari ilham seorang manusia yang terlalu rendah taraf mentaliti dan  moralnya.  Dengan menggunakan nama samaran " Sam Bacille" , Nakoula Basseley  seorang yang beraqidah kristian Mesir, mencetuskan kemarahan orang islam  diseluruh dunia. Hanya dia saja yang tahu apa motif yang sebenarnya. Bagi kami ,  provokasi itu  adalah arahan dari big boss mata satu -addajjal laknatullah. Sam Bacille adalah salah satu agen boneka Dajjal itu. Sememangnya orang yang rendah dan berpenyakit, suka menyakitkan hati orang lain. Tindakkan  Si Laknat, Nakoula Basseley ( semoga Allah melaknatinya atau memberi dia hidayah ) tidaklah mewakil keseluruhan orang kristian. Dipercayai bahawa masih ramai orang kristian di Amerika yang menghormati orang Islam dan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم  (Selawat dan salam keatasnya ).Tapi yang sedih dan malangnya tindakan bantahan yang dilakukan oleh orang islam tidak kurang  ' huduh' dan tidak mencerminkan peribadi mulia yang sepatutnya diwarisi daripada  sebaik baik  manusia yang berakhlak iaitu MUHAMMAD BIN ABDULLAH.  صلى الله عليه وسلم         ( Selawat dan salam keatasnya.)
Kemarahan.

 APA MOTIF AD-DAJJAL ?

Mudah saja, mencetuskan perasaan sentimen permusahan dan kebencian di antara penganut islam dan kristian secara global. Perkara ini sangat penting kerana dua golongan ini  mempunyai pengaruh  didunia yang sangat besar. Kenapa islam dan kristian ? Kerana dalam  ajaran ugama kedua dua ini ada memberitahu tentang kemunculan Sipenipu ini.. Orang kristian panggil 'dia' sebagai ' Anti- christ', manakala orang islam memanggil  'dia' sebagai ' ad-dajjal', sipendusta. Proksi proksi 'dajjal adalah kebanyakkannya orang zionis yahudi yang mengakui darah Nabi nabi bani Israel tetapi adalah sebenarnya berdarah campuran dari yahudi dan bangsa kaum yang jahat seperti yahudi Ashkenazi. Mereka adalah yahudi palsu yang mengakui yahudi dengan tujuan yang Allah swt saja yang tahu.. Mereka sudah berjumlah ramai dan mempunyai rangkaian sistem yang mengawal kehidupan seluruh manusia. .Sistem ad-Dajjal telah 95% siap. tunggu ' touch up big boss mereka- addajjal. Di tanah melayu, penempatan yahudi adalah kacukkan cina, india dan melayu.mereka memilih 'pulau' sebagai 'base' mereka.( sama seperti dajjal yang diikat di sebuah ' pulau'.) Kemuncak sentimen  membenci terhadap islam ini akan sampai kepada pembunuhan semua orang Arab di benua Eropah pada masa akan datang.Sekarang ini api kembencian sudah membara.

 SIAPA ' MUHAMMAD BIN ABDULLAH (   صلى الله عليه وسلم       )

 Muhammad صلى الله عليه وسلم    adalah seorang yang dilantik oleh tuhan sebagai utusannya.
 Manusia yang membawa keamanan segajat.Ini menakutkan Yahudi dan Dajjal.

Ada berbagai bagai pendapatan dari orang non muslim. Bagi pengkaji yang jujur, mereka tidak dapat menafi kehebatan peribadi Muhammad  (صلى الله عليه وسلم). Diantaranya seperti apa yang dikata oleh
1. Michael H Hart dalam bukunya  " The 100 : A Ranking of the most Iinfluential Persons in History, telah memilih Muhammad  ( صلى الله عليه  وسلم    )   sebagai manusia pertama dalam senarai orang yang paling berpengaruh dalam kehidupan manusia. Katanya  : "Muhammad was "supremely successful" in both the religious and secular realms.( Muhammad adalah seorang yang " berjaya taraf yang tertinggi sekali " di kedua bidang keagamaan dan kehidupan sekular ini .


2. Boulainvilliers melakarkan Muhammad صلى الله عليه وسلم    sebagai  seorang ketua politik yang sangat berbakat dan seorang pengubal undang undang yang sangat adil. 

3. Manalkala  seorang penulis India, :Annie Besant  dalam bukunya – The Life and teachings of Muhammad ( 1932) menulis : Ianya adalah sesuatu yang mustahil untuk sesiapa saja yang mengkaji kehidupan dan keperibadian Nabi  Arab yang agong  ini, yang tahu bagaimana dia mengajar dan  bagaimana dia hidup, merasa apa apa melainkan rasa penghormatan  terhadap utusan daripada sang maha Agong….”  

4.Thomas Carlyle dalam bukunya "Heroes and hero worship and heroes in history(1840)" mentakrifkan Muhammad صلى الله عليه وسلم  sebagai " Seorang berjiwa besar yang senyap, salah satu yang tidak boleh tetapi sangat tekun dan bersungguh-sungguh". [On wira dan ibadat wira oleh Thomas Carlyle]

Begitulah ramai orang yang memuji Nabi Muhammad .صلى الله عليه وسلم  semaada kawan atau lawan.  termasuk Simon Ockley  menulis dalam bukunya Sejarah empayar Saracen (1718); Mathama Ghandi dalam ' Young India ( 1924), Gottfried Leibniz dalam Encyclopedia of Islam,      Benjamin Bosworth Smith dalam bukunya " Muhammadism ( 1874)  dan banyak lagi senarai nama yang secara jujur, mengakui keelokkan akhlaq Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم . 

Umat Islam, wajarlah mengikuti nasihat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم  dengan rela hati dan ikhlas serta  "istiklas". ( Istiklas ertinya menerima HANYA cara apa yang dibawa oleh Muhammad saja secara penuh hati dan tidak pada yang lain ). Cuba kita renungi " Dalam masa  selama 63 tahun, dalam masa  756 bulan, dalam masa 3024 minggu,  dalam masa  21168 hari, dalam masa 508032 jam, dalam masa 30481920 minit, dalam masa 18289152 saat, Tidak PERNAH sesaat pun beliau yang mulia ,صلى الله عليه وسلم , Nabi yang menjadi utusan tuhan bercakap dusta. Tidak berbohong walaupun dalam gurauan. Masihkan lagi kita penganut Islam zaman ini hendak menolak dan mempersendakan ajakkan beliau?.
Apakah  nasihat baginda? :Baginda صلى الله عليه وسلم menashati agar  mengawasi  kelicikan kaum Yahudi. Jangan kau ambil mereka sebagai  'Penasihat ": Urusan kehidupan kamu. Adakah kita ikut amaran ini ?.

Yahudi


PERANGAI  YAHUDI


Sikap dan perangai yahudi yang ketara ialah tamak  dan mata duitan. Mencari kekayaan diatas penderitaan orang lain.Makan bunga macam lintah dipaya.Melaga lagakan orang lain supaya dia boleh kaut untung.Buat makar dan kerosakkan tapi sembunyi tangan, malah meletakkan tuduh diatas bahu orang lain. Dalam al-quran ada menceritakan sikap yahudi seperti surah Al-Baqarah.

Mereka adalah punca segala peperangan dalam dunia ini.Bagi menyebut sebahagian yang besar seperti perang dunia pertama dan kedua, semua revolusi di Eropah dan Asia. Seperti biasa , semua kerja jahatnya akan di tunjing kearah orang lain.Begitu licik kerja mereka , hingga dapat mengaburi mata dunia. Sekarang ini kerjanya lebih senang. Mereka sudah ada ' lembu hitam' mereka , iaitu orang Islam yang mahu bangkit menentang mereka. .Akta anti- pengganas adalah rancangan dajjal. 

Mereka perlu cetuskan peperangan kerana peperangan bermakna duit bagi mereka.Alat peperangan yang berharga berbillion billion akan masuk kedalam kantong yahudi. Mereka adalah pembekal senjata perang dunia. Perang Afghanistan, perang russia ke Afghanistan, revolusi Mesir,Libyan, Yemen dan Syria.
Dizaman Nabi dahulu, mereka menjual alat perang kepada orang Arab madinah iaitu pada kaum Aus dan lawan puak itu, puak kharaj.Pihak yahudi akan cetuskan konflik dan perang terjadi. Mereka akan membantu dengan pinjaman bekalan alat perang secara utang. Selepas perang puak yang berperang, akan cari duit untuk membayar utang tersebut. Perangai ini di teruskan hingga kehari ini.
SIAPA MEREKA PANJI PANJI HITAM ITU?

Saturday, August 18, 2012

RESIPI RAYA - NASI BUKHARI JOHOR dan NASI EMPET JAWA.

UNTUK SEMUA MAAF ZAHIR BATIN 
                           
                 
                            "   SELAMAT HARI RAYA  AI'DIL FITRI " 
                            " DUIT RAYA TAKDAK...TAPI DIGANTI DENGAN RESIPI
              RAYA ADA UNTUK SEMUA KONGSI BERSAMA ."
    
  19hb.Ogos 2012.  bersamaan dengan 1hb. syawal, 1432 bermakna   berakhirlah tawaran hari hari  yang penuh rahmah, keampunan dan pelepasaan dari api neraka. Sesiapa yang sudah berusaha dengan giat, mudah mudah di terima oleh Allah swt. Bagi sesiapa yang terleka dan lambat sedar, jangan putus asa, tahun hadapan mudah mudah  diberi kesempatan untuk berusaha lagi .
      Maka, ramailah yang akan sibuk dengan persiapan raya, yang sudah menjadi satu kemeriahan yang luar biasa di Tanah Air  Melayu ini. Dodol,dan ketupat mendahului dalam  carta ' paling top' sekali dan diikuti  dengan lemang, rendang, sambal kacang dan kuih muih....
      
        Dalam suasana raya ini, aku terpanggil untuk  menambahkan lagi kegilaan adat orang melayu beraya.  Maka aku kongsi resipi nasi empit, yang di sediakan secara orang kampong dulu dulu dalam tahun 60 an. Dan aku  nak kongsi  nasi bukhari,  yang telah aku pilih dari buku catatan aku semasa belajar ' kursus catering' masa dulu dulu.
Harap harap , ada manafaat untuk setengah tehgah orang yang nak mencubanya.

                NASI EMPIT .

 ( Nasi Empet   ini dah tidak dibuat oleh orang muda sekarang. Masa aku kecil kecil dulu, setiap tahun , aku dapat melihat ibu membuat nasi empat dengan dibalut dengan kain putih, yang selalunya kain napkin dan dihimpit semalaman dengan papan batu giling.)

 CARA CARAnya: 

    a. Pilih jenis beras yang baik, kemudian dikosik hingga bersih. Beras di masukkan kedalam periuk lalu di isi air sebanyak 5 kali ganda beras. Sukatannya jika beras 1kg, airnya hendaklah 4.5 atau 5 kg. Didihkan hingga hancur Semasa merebus. nasi hendaklah selalu di kacau dan api hendaklah perlahan saja. Apabila dah cukup pekat, kecilkan api dan biarkan hingga cukup kental sekira kira  boleh di kepal  kepal barulah diangkat dan di lecik dengan senduk sehingga nampak sebati. Sejukkan dulu.

   b.  Setelah sejuk, letakkan nasi di atas kain yang jarang warna putih, berukuran anggaran 1 ela,  dibungkus kemas kemas dan digelek nasi itu menjadi seperti bantal, lalu dilipat hujung dan pangkal kainnya.  Kemudian di letak didalam besin atau papan, lalu ditindih dengan  batu giling atau apa apa benda yang berat selama 10 atau 12 jam.

   c. Potonglah nasi itu dengan pisau yang tajam sebesar yang dikehendaki.

 ***
1. Nasi Empit ini sedap dimakan dengan sambal tumis kacang atau dijadikan ganti ketupat, dimakan dengan soto atau sayur lodeh atau sambal satay.
 2. Satu  mangkuk lodeh dengan  7, 8 ketul nasi empit dan satu camca teh sambal kacang dan satu  camca sambal kelapa.

NASI EMPIT YG PERLU DITINDIH DGN BATU GILING
                     NASI BUKHARI AYAM
                     MASAKAN JOHOR.

  Bahan bahannya:

  Bahan 1 : 
  1. Ayam betina                            1 ekor berat 1 kg+
  2. Beras buryani/ basmathi        700gm
  3. Mentega yang baik.

  4. Buah tomato yang masak     6 biji / setengah tin tomato.
  5.Susu cair                                  1 tin
  6.Air mawar                                 1botol kecil

  7. Garam                                      secukup rasa
  8. serbuk perasa                         Jika perlu dan halal.

  Bahan 2 :
  Perlu dimayang / 'blendered'..

  1. Halia sebesar ibu jari                        5 cm dihiris hiris .
  2. Bawang besar                                    1  biji  di mayang
  3. bawang merah                                    6 biji  di mayang
  4.bawang putih                                        6 biji dimayang

 Bahan 3 :

  1.Daun ketumbar                                    1 ikat
  2.cengkih                                                  6 biji
  3.Pelaga                                                   8 biji
  4.Kulit kayu manis                                   7 cm
  5. Serbuk lada putih                               0.5 sudu teh

Cara memasaknya.

1.  Ayam sesudah dibasuh dan dibersihkan hendaklah dibelah 4.

2.  Bahan 2 hendaklah dibungkus dengan kain jarang ( macam yg dilakukan pada sup punjut )
      bersama  Bahan 3 .

3.   Kemudian, masukkan ayam bersama bahan 2 dan bahan3 kedalam periuk dan dituang 
      air sebanyak 1 kg. Masukkan garam dan serbuk lada putih.

 4. Masukkan air tomato, susu cair, serbuk perasa dan air mawar dalam rebusan ayam tadi sehingga air itu medidih. Setelah ayam itu empuk, baru diangkat. Air rebusan hendaklah ditapis dan di simpan dulu dalam mangkuk asing.

5. Selepas itu,  jerang semula periukitu dengan  2 camca besar minyak sapi asli dan panaskan hingga pijar. Masukkan baki bawang besar yang sudah dimayang dan dikacau hingga warna kuning . Masukkan 400gm mentega dan kacau kacau hingga rata.

6.Masukkan air rebusan ayam bersama dengan susu cair dan tambah air sejuk sehingga cukup 700gm. Masaklah hingga mendidih, kemudian masukkan daun saldri dan beras.
 Kacau perlahan lahan sehingga hampir kering. Kemudian karih rata rata dan tutup rapat rapat. Jika pakai kayu, guna hanya bara api. Dan jika anda guna api gas, kecilkan api dan jika hendak 'selamat' dari jadi kerak dan hangus, anda dinasihat, supaya gunakan alas tin/ aluminum. 

7. Ayam yang direbus itu hendaklah digoreng semula  sampai kuning .dengan mengunakan baki mentega dan ditambah dengan minyak sapi. Ayam kemudian di siat siat hakus hakus. Baki minyak diguna untuk goreng telur dadar dan dimayang halus halus.

9. Akhirnya semasa menyenduk nas dalam pingan, taburkan diatasnya dengan ayam dan telur dadar tersebut.

Hidangkan nasi bukhari dengan lauk yang lain seperti dalca, acar limau dan semur kambing.

Selamat mencuba. 


Gambar hiasan- contoh.
Pastinya menjilat jari jemari......


            

Sunday, August 5, 2012

NUZUL AL-QURAN UL KARIM & MALAM LAILATUL QADR.


AL-QURAN SUMBER HIDAYAH


NUZUL AL – QURAN.


Kalam Allah adalah bersifat Qodim.  Al-Quran adalah perkataan  Allah SWT.
Maka Ianya adalah qodim. Ianya adalah kalam perintah yang mana dengan titahNya tercipta alam maya ini. Iradah Nya  berserta  kudratNya terlaksana hanya dengan perintah “ kun” maka terciptalah . Kau dan aku tercipta atas kalam qodim ini. Kalam Qodim yang tertulis di Luh Mahfuz, sebuah papan tulis yang terpelihara rapi. kemudian di’nuzul;kan ke Baitul Izzah, sebuah rumah yang penuh kemuliaan, di langit dunia. Terpelihara dengan rapi dari sebarang pencerobohan, sambil menanti untuk di’nuzul’kan secara beransur ansur ke papan hati murni seorang Rasullullah yang Agong, Muhammad sallahu alaihi wasalam.

PERISTIWA NUZUL.


Perintah awal " IQRA' " .
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke- 40 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.  Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Nuzul Al-Quran ada kaitan yang amat rapat dengan  Lailatul Qadr. Ianya adalah peristiwa yang mulia.Lailatul Qadr merupakan lagi satu hadiah Allah SWT kepada kita. Didalamnya adalah ganjaran 1000 bulan. Berlaku setiap tahun, dibulan Ramadhan.   Al-Quran juga adalah mukjizat terbesar Nabi SAW  dan  Ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Allah swt berfirman :

“ Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”  - (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu riwayat dari Ali bin Aurah R.A.,  surah ini telah diturunkan, berdasarkan, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka adalah Nabi Allah  Ayub A.S, Hadrat Zakaria A.S, Hadrat Hizqil A.S dan Hadrat Yusha’ A.S.  Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril A.S  datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril A.S. pun membaca surah al-Qadar dan Jibril A.S. berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan Kurniaan menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira


Al-Quran adalah senjata yang kuat untuk para dai dai Allah swt.  Al-Quran adalah mukjizat Agong. Al-Quran dapat mematahkan keyakinan  manusia yang terasuk dengan kehebatan sihir  kecanggihan teknologi. Dengan berbekalkan Iman dan Amal terhadap isi kandungan Al-Quran, ia dapat mengalahkan nya.  Keyakinan  Iman berserta amal  akan dapat Nusratullah. Nusratullah adalah penzahiran kudrat Allah secara 'direct ' ( langsung ), maka tiada  ada sesuatu kekuatan pun yang dapat mengalahkannya.

Malangnya, keyakinan atas hal ini sudah lama sirna dari hati hati kaum muslimim. Hal ini disebabkan lemahnya usaha untuk memperbaiki iman dan amal solih. Sehingga taraf iman dan amal solih kita, kian hari kian merosot, manakala ilmu keduniaan dan teknologi kebendaan   meningkat cepat dari hari ke hari kerana usaha yang bersungguhan dlakukan. Sebenarnya Iman dan amalan solih  ada kehebatannya jika terwujud dalam diri maknusia. Mukjizat Nabi saw  adalah model yang menyakinkan terhadap perkara ini.
AL-QURAN ADALAH KALAM QODIM

Malaikat berkerumun turun mendengar bacaan Al-Quran.  Diriwayatkan dalam kisah para sahabat Rasulullah saw,   Hadrat Abu Sa'id khudri R.A     meriwayatkan bahawa " pada suatu malam Hadrat Usaid bin Hudair R.A. sedang membaca al- Quran dikandang kudanya,tiba tiba kuda betinanya berlompat lompat. Beliau terus membaca lagi dan kudanya berlompat lompat lagi. Semakin beliau membaca, kuda tersebut semakin melompat dan berpusing .Hadrat Usaid R.A berkata bahawa saya bimbang kuda betina saya akan memijak anak saya Yahya, yang ada disitu. Lantas saya pergi berdiri berhampiran dengan kuda tersebut, lalu saya ternampak sesuatu seumpama awan putih   berada dibahagian atas kepala saya,  terdapat benda bercahaya didalamnya seperti pelita.  Benda bercahaya kemudian naik keatas lalu menghilang . Keesokan harinya, beliau pergi memberitahu hal tersebut kepada Rasulullah saw. Diringkas cerita,  Baginda bersabda : ' Itu ialah para malaikat yang datang untuk mendengar bacaanmu.Jika engkau membaca sehingga ke pagi maka orang ramai akan dapat melihatnya.Para malaikat itu tidak akan menyembunyikan diri daripada mereka "               ( Riwayat ini disalin secara ringkas, sila rujuk pada matan sebenar.)   


  Rasulullah saw bersabda:  Sesaorang yang tidak ada sebahagian pun al-Quran dalam hatinya adalah seumpama rumah yang telah ditinggalkan kosong.  Sahabat Nabi saw, Hadrat Abu Hurairah R.A. berkata : " Rumah rumah yang hidup dengan amalan pembacaan al-quran maka ahli rumah itu akan bertambah ramai, dipenuhi dengan kebaikan dan rahmat, para malaikat akan turun ke dalam rumah itu dan syaithan akan meninggalkan rumah itu. Manakala sebaliknya, rumah rumah yang al-quran tidak dibaca didalamnya, kehidupan ahli rumah akan menjadi sempit dan hilang keberkatan, para malaikat meninggalkan rumah itu dan syaithan akan masuki berdiam dirumah itu.


Tuntutan Al-Quran adalah Ia perlu dibaca dan dikhatamkan sebanyak sekurang kurangnya 2 kali dalam setahun.    Hadrat Imam As Shafie Rah membaca dan mengkhatamkan dua kali dalam satu hari dibulan ramadhan.Sekali diwaktu siang dan sekali diwaktu malam. Anda jangan pertikaikan keupayaan ini kerana ini semua termasuk dalan hal ehwal keramah dan keberkatan.  Adalah menjadi sunnah di bulan ramadhan untuk menbaca seluruh al-Quran di dalan solah Tarawih dan makmum mendengarnya. Diakhir malam hari raya Aidul fitri, dikhatamkan seluruh al-Quran dalan satu malam. Saya bersyukur kepada Allah swt kerana berkesempatan melakukan nya di Masjid Banglawali di Basti Nizamudin, New Delhi dulu, bersama sama empat imam al-hafiz , 4 beradik,  anak kepada maulana yang sangat Alim lagi warak iaitu hadrat Maulana Ubaidullah Rah.   Semoga kita di Malaysia pun akan wujud pencinta Al-Quran yang warak dan alim, insyallah. Amin.