Popular Posts

Friday, April 29, 2011

KITA TIDAK MILIKI APA APA. - " DUNIA ANA YANG PUNYA "


" Khalil , kau abah belikan khalil basikal, basikal itu jadi siapa  punya .? "   aku  bertanya pada anak aku yang berumur 7 tahun.
 " Khalil punyalah, abah " jawabnya ringkas dan pantas.
" Tidak, Basikal itu bukan milik  khalil." aku membetulkan fahamannya. " Habis, siapa punya.? " dia bertanya.
" Allah "  Aku memberi jawapan. " Ingat, setiap kali khalil, naik basikal ini, ingat " basikal " ini milik Allah, khalil hanya pinjam je, maka kena jaga baik baik. Allah sentiasa melihat kita. "
 Pelajaran sebegini mesti di terapkan pada anak anak kita diwaktu seawal mungkin.
 Prinsip asas ini sangat   penting.  " kita tidak memiliki apa apa. Semua milik Allah ", hatta 
 diri kita sendiri pun milik Allah.
        Seorang Ulama Rabbani lagi sholeh, Al- shaiikh ul- Hadith  Muhammad Zakaria rah. menulis dalam biografi hidupnya " Aap beeti ", ada menceritakan , bagaimana ayahnya yang juga seorang Alim dan soleh, mendidik diri anaknya untuk memahami konsep " kita tidak memiliki apa apa. " Beliau menulis :
" Ketika aku berumur 3 atau 4 tahun dan agak masih belum berupaya berjalan dengan tegap lagi.Aku masih ingat lagi dengan jelas akan peristiwa ini. Ibuku seperti seorang wanita lain , mempunyai kasih sayang yang mendalam terhadap anak anak mereka, dan ibu tidak ketinggalan dalam bab ini.Ibu menjahit untuk aku sebiji bantal yang sangat cantik, berhias dengan sulaman warna keemasan dan perak. Cukup cantik dan menarik hatiku. Aku terlalu sayang , sehingga aku tidak  meletakkannya di kepadaku ,tapi daku  dakap erat didadaku. Pada suatu hari, bapaku memanggil aku : " Zakaria bawa abah sebiji bantal " Pada waktu itu, atas perasaan sayang aku pada seorang ayah, aku dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan hati menjawab.  " Abah nak saya bawa bantal SAYA ? "  Ayah hanya menjawab " Mari kesini. " . Aku dengan segera meluru kearahnya dengan membawa bantal tersebut. Apabila saya sampai dihadapan nya, Ayah memegang tangan saya dengan tangan kirinya , manakala tangan kanannya menyinggahkan sebuah tamparan yang mana rasa nya terasa hingga ke hari ini." Bantal saya? Adakah kamu memiliki sesuatu hingga kamu kata " saya punya ?'. " ayah  menyanggah perkataan saya tadi .Kini  saya tersangat bersyukur kepada Allah swt  kerana sejak hari itu hingga sekarang,pelajaran ini sentiasa segar dalam jiwa saya. Hakikat . bahawa kita sebenarnya tidak memiliki apa apa dalam dunia ini.
*Nota "  { Mualana Muhammad Zakaria adalah seorang guru Thariqah dan Guru hadis yang masyur di Madinah, India  dan di kebumikan di kuburan Baqi' di Madinah, berdekatan dengan kuburan  Ahli ahli  bait Nabi saw. }
Memang benar.Kita sebagai hamba Allah, pada hakikatnya tidak memiliki apa apa.Hidup yang kita rasai ini bukan kita punya. " Hayat"  atau ' nyawa' ini bersifat idhofi. Sandaran sahaja..Asal kita adalah ' mati'.. Kemahuan kita pun bukan kita punya, asal kita adalah 'bebal', Bijak kita bukan hasil kita pandai, kerana asal kita adalah bodoh..Malah semua apa yang kita rasa kita miliki adalah hak mutlak  Allah belaka. Kudrat tenaga, kebolehan mendengar, kebolehan melihat, keupayaan bertutur dan perasaan mengetahui dan pandai, semua bukan kita punyai. Mutlak hak Allah. Yang ada pada kita adalah ' amanah' dan ' tanggungjawab'.Semua akan di hisab  dan di ambil 'audit' kelak. Oleh kerana semua itu bukan kita punya, maka haram bunuh diri. Haram dengar umpat, haram lihat film lucah, haram buat bohong dan fitnah dan haram mengguna akal fikiran untuk perkara perkara yang tidak lansung menguntungi kesejahteraan umat manusia. Kenapa tak boleh ? Kerana bukan milik kita. Kita tidak mempunyai apa apa hak untuk guna ikut sukahati kita..Siapa yang melihat ?
Nabi Muhammad berpesan: " Barangsiapa mengenal dirinya maka     kenallah Tuhannya.".
                    Allah berfirman :
" Sesungguhnya pernah ku tawarkan amanah rahsia diriku kepada langit, bumi dan gunung-ganang tetapi semuanya mereka tidak mahu menerima nya kerana takut mengabaikan lalu yang sanggup menerima nya adalah manusia. "
   Akibat tidak mengenal diri.
               
    1.Jadi macam Firaun   Firaun akibat tidak mengenali siapa diri sebenar, telah melakukan kesilapan yang paling durjana. Mengaku tuhan. Tujuh bakat yang ada pada manusia ini, kalau kita tidak mengenali empunya milik, akan menukarkan diri kita menjadi  seolah olah  tuhan. Tujuh sifat ini adalah amanah  tuhan pada diri roh kita. Tujuh sifat  itu ialah :  Kuasa ( qudrat) - kemahuan ( Iradat ) -Kepandaian ( ilmu ) - kehidupan ( Hayat ) - Pendengaran ( sama' ) -Penglihatan ( bashar ) - Kebolehan bertutur ( kalam ).

    2.Kita menjadi " monster " dijalanraya, sejenis  dengan  Mat rempit : Nyawa dan kebolehan bukan untuk di jadikan untuk menunjuk nunjuk tak tentu pasal.. Orang melayu ada ego yang besar.Hanya perangai itu tersembunyi pada sifat " malu alah " pada orang lain dan sifat lemah lembutnya. Takut apa orang akan kata.Sifat ini telah menjadikan melayu, bangsa yang paling ' hipokratik'. Manusia pura-pura.Depan bapa mertua, ke main lagi  berhalus sopan santun i, tapi seketika  mana dia berada dalam kereta, dirinya berubah menjadi ' tuhan', raja bertahta di hati.Orang tak boleh potong dia, terguris hatinya. Dah biasa  anak cucu membongkok sambil hulur tangan minta izin untuk lalu depan dia.Kalau ada anak buah yang lalu malah hampir melangari dia, ego nya melenting. Diri nafsu nya melonjak marah.. " budak kurang ajar ".  Bila orang lalu di sebelah jalan kita, kita hon kuat kuat tanda marah " hoi itu jalan aku lah " Aku punya sana, aku punyai itu lalu  lupa semua itu  hak Allah. Apa salah dan rugi, jika kita' lepas'kan orang lain pergi dulu. Kita tidak akan rugi apa apa pun malah kita menyenangkan orang lain. Contoh , kalau kita terlihat sebuah kereta berada di simpang jalan, dah tunggu lama. apa salahnya kita " lepas "kan dia bila kita ada kesempatan. Kita hanya perlu tunggu beberapa saat je, tapi dia telah menanti beberapa minit lama nya. Jadi senangkan orang lain. Gembirakan orang lain, kita akan gembira jua.
 Sikit lagi sifat pura pura orang melayu.:  Orang melayu buat baik bersebab. Sangat sedikit buat untuk mafaat orang lain, kebanyakkan adalah tersembunyi kepentingan diri sendiri.Tegur sapa dengan jiran kerana takut dikatakan sombong dan nak minta tolong nanti senang.. bergotong royong, pasal takut di'boikot' apabila anak nak kahwin nanti.Pergi ke masjid pasal ada pasal.
Hinggalah dalam tentera, apabila ' orang besar ' nak buat lawatan, semua perkakas tukar baru, projek hiasan di keluarkan untuk pamer dan semua anak buah disuruh berpakaian kemas. Dah jadi permainan kehidupan pura pura.Yang susah ,orang bawahan.


Akhir sekali akibat kejahilan ini ( rasa kita memiliki ) , jadilah  jiwa kita seperti ini " DUNIA INI ANA YANG PUNYA". 


 

No comments:

Post a Comment

SAY WHAT YOU THINK OF THIS ARTICLE.