Popular Posts

Sunday, May 1, 2011

LAWAK SANTAI BULAN MEI.

"LAWAK BULAN   MEI"
Mereka kata aku terlalu 'serious'. " tulisan kau telalu berat" kata mereka " you gave a killing facts, can't really swallow it ".   Jadi kalau bulan april ada ' aprilfool' maka, bulan Mei ini, aku nak jadikan nya   bulan ' Lawak bulan mei- Maylaugh ', bunyi semacam 'maylove' Yalah .Bulan santai....

 Aku ada seorang  anak lelaki sulung bernama Zubair.Aku panggil dia, ' Along' Dia belajar di pasentren Al-Fatah, di Pulau Jawa, Indonesia.Satu hari tahun lepas, pada bulan Ramadhan, dia balik bercuti. Semasa waktu bersantai santai , sambil menanti waktu hampir berbuka, kami anak beranak duduk bersembang. Along mula bercerita. 
" Abah, along ada cerita kelakar punya."  dia memulakan perbualan. Aku secara melawak berkata " Lawak ke, jangan tak lawak " .  " Abah mesti gelak punya." along menyambung lagi. Aku hanya kata  " ok mulakan."
" Di sebuah  padang bukit   ada sekor emak lembu , bersama dengan 3 ekor anaknya, sedang meragut rumput.Dalam masa meragut itu, datang anak lembu yang pertama,kepada emaknya. " mak !..mak..!, kenapa saya di panggil,'melor,'? "    Ibu lembu memberitahu " sebabnya, semasa kau dilahirkan, bunga melor melayang dan hinggap di kepala mu,nak "
ALONG PADA UMUR 11 TAHUN ,
Datang anak lembu yang kedua," mak..! mak.!, kenapa cik dipanggil"kemboja'          " kerana , sewaktu kau dilahirkan, kapala kau di hinggap sekuntum bunga kemboja,nak "    Ibunya menjawab.     Datang anak lembu yang ketiga.      
                    "Maok.ghoppaa,ceokkdiiioopanghilkaaeoyouew "

"Dan kau, pula, sebabnya, semasa kau dilahirkan,sebatang kayu terpelanting dan  hinggap atas kepala kau,  nak ku " kata ibu lembu pada kayu.."
 Sampai di sini, along diam. Aku menyampuk. " hah, dah habis ke ?Along mengangguk kepala. " Dah habis "
 Aku diam sebentar agak lama dan kemudian aku gelak sambil mengeletek tulang serangka aku. " Kah..! Kah..! Kah..! " Aku mengusik dia " Kelakar..kelakar..kah..kah..kah.. Anak aku yang lain , tergelak sungguh, bukan pasal cerita along tapi perbuatan aku mengenakan si along.
Along diam lama selamba. Kemudian dia sambung lagi. " hahh, abah , along cerita lagi satu cerita. " ok.. abah dengar.." kata sambil tersenyum.
"Dalam sebuah hutan , terdapat raja rimba, si singa." along sambung cerita " Pada suatu hari, Si singa mengumpulkan semua binatang binatang dihadapannya untuk bersantai santai.Rusa, gajah, sang harimau, ular, burung burung dan tidak ketinggalan sang keldai. Si keldai dengan telinga lebarnya, duduk paling hampir dengan si raja itu. Siraja berkata " Dengar semua ,rakyak beta, hari ini beta nak kongsi sebuah cerita lawak dengan kamu semua.Maka siraja pun mulai lah cerita lawaknya.Cerita punya cerita , sampailah penamatnya. Cerita itu sungguh lucu sehingga semua binatang binatang terbahak bahak ketawa. Tetapi sikaldai yang duduk depan sekali tidak sedikit pun gelak. Raja merasa hairan tetapi raja buat " dont know' je.  Keesokan harinya,semasa waktu bersidang bersama  semua binatang dan sang raja,   tiba tiba si kaldai tertawa terbahak bahak bersendirian. .Ini menghairankan sang raja, lalu raja menanyakan sikaldai. " hi si kaldai, apa yang sangat lucu sehingga kamu terbahak bahak ketawa  ? "  Sambil menahan ketawa, sikaldai pun menjawab . " Maaf, tuanku, hamba ketawa kerana cerita tuanku yang tuanku ceritakan semalam. Baru sekarang hamba faham.  Hampir semalam malam hamba berfikir tentang cerita tuanku,baru sekarang hamba fahaminya. Memdengar alasan kaldai, kali ini , semua binatang binatang bersama sama raja tergelak." Along mengakhiri ceritanya sambil tersenyum. Aku terdiam. Kemudian aku tergelak. " Ooohhh, rupa rupanya along kenakan abah ya..!!1, kah kah kah.." " Jadi kaldai tu abah lah ya. " kata aku
         " Along tak kata, abah yang terasa, kah..kah..kah.." kata along sambil ketawa.
       Rupa nya Si along ," is holding the last card "

My Along last year 2010

   Bulan Ramadhan ini, along akan balik.Kali ini kami akan sembang lagi. Entah apakah perubahan dirinya. Bersua setahun sekali dari umurnya 13 tahun.Sekarang sudah berumur 19 tahun.Sudah berkumis,kata orang indon.




   
 

     

No comments:

Post a Comment

SAY WHAT YOU THINK OF THIS ARTICLE.