Popular Posts

Sunday, June 14, 2015

HANG TUAH ADALAH PAHLAWAN BERASAL DARI a ANAK RAJA DAERAH BAJENG,GOWA,MAKASSAR.






                       Sejarah Laksamana Hang Tuah dan Para Sahabatnya
 
INI GAMBAR PAHLAWAN MELAYU
Riwayat Hidup:

1. Nama sebenar  Hang Tuah adalah Daeng Merupawah atau  Daeng Mempawah, iaitu anak kepada Raja yang pernah memerintah Daerah Bajung (ejaan sebenarnya adalah Daerah Bajeng, Gowa, Makassar). 
 Hikayat Sulatus Al Salitin bertulisan jawi dengan ejaan ‘Ba Alif Jim Nga’ menyebabkan sebutannya menjadi Bajung. Tidak pernah wujud Daerah Bajung di Makassar atau Gowa tetapi yang ada hanyalah Daerah Bajeng, di Gowa, Makassar.

2. Hang Tuah telah dilahirkan pada tahun 1388 Masehi. Ini kerana mengikut riwayat, usia Hang Tuah pada tahun 1400 Masehi adalah 12 tahun. Pada usia tersebut beliau telah berjaya membunuh 2 orang yang mengamuk di Bajeng.

3. Kesultanan Gowa:
3.1 Tumanurunga (1300 Masehi)
3.2 Tumassalangga Baraya
3.3 Puang Loe Lembang
3.4 Tuniatabanri
3.5 Karampang ri Gowa
3.6 Tunatangka Lopi (1400 Masehi)
3.7 Batara Gowa Tuminanga ri Paralakkenna
3.8 Pakere Tau Tunijallo ri Passukki
3.9 Daeng Matanre Karaeng Tumapa'risi' Kallonna  (1500 Masehi) 

4. Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja, dari Melaka telah datang ke Makassar dan berjumpa dengan Raja Gowa (Batara Gowa Tuminanga Ri Paralakkenna).  Raja Gowa menyambut baik kedatangan Seri Bija Pikrama dan ingin mengirim sesuatu kepada Sultan Mansur Syah sebagai balasan dari kunjungan tersebut. Seri Bija Pikrama menyatakan bahawa Sultan Mansur gemar mengumpul anak anak muda yang memenuhi syarat syarat tertentu untuk dijadikan pahlawan negeri Melaka. Mendengarkan hal itu, Raja Gowa telah menyuruh orangnya mencari anak muda seperti yang dikehendaki dan menepati syarat syarat yang telah ditetapkan untuk dibawa dan dijadikan pahlawan Melaka.
HANG TUAH

5. Kisah Hang Tuah membunuh 2 orang yang mengamuk di Bajeng sewaktu berusia 12 tahun telah mendapat perhatian Raja Gowa. Hang Tuah telah terpilih untuk menyertai rombongan ke negeri Melaka.

6. Sultan Mansur Syah, sebelum pemilihan Hang Tuah, telah ada 8 orang anak anak muda yang menepati dan memenuhi syarat syarat yang telah ditetapkan untuk dijadikan pahlawan pahlawan Melaka. Mereka adalah;

6.1 Hang Jebat
6.2 Hang Kasturi
6.3 Hang Lekir
6.4 Hang Lekiu
6.5 Hang Ali ( Tun Bija Sura@Tun Ali@Tok Bongkok)
6.6 Hang Iskandar
6.7 Hang Hassan
6.8 Hang Hussin

7. Ketua kepada mereka bersembilan ini adalah Hang Ali@Tun Bija Sura. Hang Ali diberikan jawatan Bendahara Tun Ali sewaktu pemerintahan Sultan Mansur Shah.

8. Hang Tuah dikatakan melebihi kesemua yang lain didalam ilmu dan kepandaian persilatan. Hang Tuah telah diberikan oleh Sultan Melaka sebilah keris bernama Terupa Melaka semasa sampai di Melaka. Beliau telah banyak berguru kepada hulubalang hulubalang di Melaka.

9. Dalam lingkungan usia antara 25 dan 26 tahun, Hang Tuah telah mengahwini Raja Maznun Mazni binti Raja Azman Shah yang merupakan sepupu kepada isteri Raja Long Alwi. Raja Long Alwi adalah anak saudara kepada Raja Bersiong dan merupakan putera sulung kepada adinda Raja Bersiong iaitu Raja Zulkarnain ibni Almarhum Raja Syahibul Khalid Abdullah. Tujuan pernikahan ini adalah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan Hang Tuah dengan kerabat diraja Kedah ketika itu.

10. Perkahwinan kedua Hang Tuah adalah dengan Raja Intan Maimunah binti Raja Ibrahim Malik yang merupakan anak saudara kepada Wan Malini. Keturunan isteri keduanya juga berasal dari Kedah tetapi sudah lama menetap di negeri Kelantan serta ada yang telah berkahwin dengan kerabat diraja Kelantan.

11. Keturunan Hang Tuah:
 Anak dari isteri pertama Tun Sendari (Adik Tun Bija Sura @ Tok Bongkok):
1. Tun Sirah (perempuan) kahwin dengan Maulana Sayyid Fadillah Khan bin Maulana Patakan Ismail bin Maulana Sayyid Barkat Nurul Alam bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra. Nama lain nya Laksamana Temenggung Khoja Hassan atau Tubagus Pasai atau Falalten atau Raden Hidayat
Cucu dari isteri pertama

1. Tun Abdullah (Lelaki)
2. Tun Biajid (Lelaki)
3. Tun Daerah (Perempuan) - Berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah

Cicit dari isteri pertama
1. Raja Dewi binti Sultan Mahmud Syah
 Anak dari Isteri Kedua Tun Ratna, adik Tun Perak Dari keluarga Bendahara Paduka Raja:
1. Tun Guna (Lelaki)
2. Tun Emas Jiwa@ Tun Mas Dewi (Perempuan) - Berkahwin dengan Hang Nadim bin Hang Jebat melahir kan Tun Hamzah , beranak kan Tun Mat Ali yang bergelar Datuk Seri Bertam.

Cucu dari isteri kedua
1. Tun Mat Ali Hang Nadim
Cicit dari isteri kedua
1. Tun Hamzah Tun Mat Ali
Piut dari isteri kedua
1. Tun Ali Tun Hamzah - Tun Ali bergelar Datuk Seri Bertam

12. Hang Tuah meninggal dunia setelah sekembalinya Hang Nadim dari perjalanan ke Benua Keling. Hang Tuah telah dimakamkan di Tanjung Keling, diMelaka. Pengganti jawatan Laksamana adalah menantunya sendiri, Temenggung Khoja Hassan.


 Sumber Rujukan:
1. Hikayat Sulatus Al –Salatin karangan Tun Muhammad atau Tun Seri Lanang pada tahun 1612 Muka surat 104. Pada masa kini terdapat beberapa versi antaranya versi Winstedt dan versi Shellabear.
2. Naskah Raffles Malay 18 masih tersimpan di Royal Asiatic Society, London atau Sulatus al-Salatin Cod. Or. 1704 yang tersimpan di Universiti Leiden, Belanda
3. Buku "Amando Cortesao - The Suma Oriental of Tome' Pires", Pires adalah seorang Portugis yang berada di Melaka semasa Portugal menyerang Melaka pada 1511, beliau menyatakan "Kalaulah Hang Tuah masih ada di Melaka,  Portugis tidak akan berani menyerang".
4. Buku "A. Kobata and M. Matsuda - Ryukyu relations with Korea and south sea countries" A.  Kobata telah merujuk kepada kepada catatan bernama "Rekidai Hoan" yang telah ditulis dan disusun pada 1697 oleh Raja kepulauan Ryukyus  yang mana didalam catatan tersebut ada menyebut mengenai keberanian  Hang Tuah  yang  telah  masuk ke pelabuhan  di Kemboja  semasa  perang saudara  sedang berlangsung diketika itu untuk mengambil air minuman dengan menggunakan perahu layar kecilnya.
Sumber diambil daripada:   FaceBook: Ustaz Wan Kamarulzaman (PSSGSM), himpunan oleh Penglipur LaRa

Wednesday, June 3, 2015

NIKMAT AKHIRAT BERKURANGAN BILA DI AMBIL BERLAZAT DIDUNIA




        SETITIK NIKMAT DUNIA DARI  SEPENUH LAUTAN

Hakikat mengecapi  keseronokan dan kenikmatan dan kelazatan dunia.

Kita sekadar mengambil kenikmatan didunia secara sah iaitu duit gaji bersih dari titik peluh sendiri, tidak makan rasuah, tidak tipu dalam berniaga atau tipu secara halus haq orang lain. Makan pakai  semula  halal, akan tetapi  apabila kita  mengecapinya  semata mata untuk kepuasan diri sendiri, akibat dari dunia ini, kenikmatan kita di akhirat  akan  berkurangan.

Kisah hikayat Syaidina Omar Al-Farouq.
Hadrat Khalid Al-Walid menjamu Syaidina Omar Al-Khattab pada suatu hari.Khalid menyediakan makanan yang enak dan sedap.Melihat hidangan Syaidina Omar berkata : " Makanan yg sedap sekarang ini akan kita makan, tetapi bagaimana kah nasib orang orang fakir dari para sahabat muhajirin yg meninggal kerana belum pernah merasai kenyang walaupun dari rasa roti sa'ir.( roti yg tersangat kurang mutunya-buruk )?
Maka jawab Khalid Al-Walid :
" Oh, ya Amirul Mukminin, bagi mereka sudah ada syurga.Mereka sudah dapat ganjarannya ".
Omar berkata :
" Oh, kalau begitu,kalau mereka sudah dapat syurga dan kita hanya dapat makan makanan yg sedap sedap ini saja?, Wah.....alangkah celakanya kita, kerana makanan yg sedap ini,adalah sangat jauh bezanya antara kita dengan mereka."
Syaidina Omar memiliki pemahaman bahawa kalau kita bermewah mewahan didunia,  nanti dikehidupan Akhirat akan kurang ganjarannya.
Maknanya kita telah mengurangi ganjaran dalam syurga nanti.
Tak salah nak makan sedap sedap, tapi di sana nanti jangan cemburi pada orang yang dapat lebih.
DULUKAN AKHIRAT MU

 Dimana mereka yang mulia disisi Allah swt ?


Di zaman dulu pada zaman datuk nenek kita dari ulama yang luhur murni, seolah olah yang menjadi raja dapat  berkuasa sepenuhnya, tetapi sekarang kita kehilangan kekuasaan itu, dulu kita menjadi pahlawan berkuda, namun sekarang kita berjalan seperti pengemis dan merayu  ikhsan dari manusia kafir.
Perasaan kita gerun dangan nama AMERIKA, lutut kita mengeletar bila di ancam perang. Nama jihad sungguh mengerikan sanubari ( jiwa sanubari ini setaraf jiwa binatang )

Jika ada yang bertanya : “ Kita tidak mesti mengambil dunia kerana perlu untuk makan dan lain lain, bagaimana boleh bersikap zuhud.”
Jawab : “ Hendaklah diketahui bahwa adanya hukum zuhud ialah berkaitan dengan  barang barang yang berlebih lebihan dari keperluan yang digunakan untuk kesihatan dan kesegaranadan dengan tujuan agar dapat .mengerjakan ibadah kepada Allah swt   dan bukan tujuan untuk berpoya poya atau bermewah mewahan.

Jalan keluar selamat ?
Hanya pakaian TAQWA DAN  MAKRIFAT. Mengenali rohani diri.. 

Tuesday, June 2, 2015

NASI ARAB RAMADHAN UNTUK GENG BUJANG

                                        BALIGHNAA RAMADHAN

                                             AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

       Akhirnya bertemu kembali kita ke bulan Ramadhan. Ya lah ramadhan belum sampai lagi, ada berbaki beberapa hari lagi, tapi apa salahnya kita 'warm up ' dulu dengan semangat ramadhan.

Kali ini aku nak kongsi resepi Nasi Arab Simple ( tak lah simple bagi orang bujang yang tak pernah pegang periuk ).

Resepi ini aku kutip dari halaman FB Hawa Resepi.
Jadi aku try dan hasilnya agak sedap. Nasi jadi sedap banyak bergantung pada kualiti beras. Mahallah sikit tapi berbaloi.

                NASI ARAB   SIMPELATE AL-YAMANI 

NASI ARAB BESTOO




Resepi Nasi Arab    SIMPELATE AL- YAMANI
Bahan-Bahan untuk Ayam dan Nasi
1 kg beras basmati (, kalau nak best lagi beras Mungol ) dan toskan
1.5 liter air (untuk air rebusan ayam)
2 ekor ayam (potong kepada 2 atau 4 sahaja)
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
3 sudu besar minyak
5 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih ( bancuh dengan sedikit air )
Pewarna merah  ( yang aslinya Pati bunga Ros Asli )
Bawang goreng
Garam dan gula secukup rasa
2 biji labu bawang besar saiz kecil (potong bulat)                                                2 biji tomato saiz kecil yang masak ( potong dadu )
1 biji lada hijau (potong besar, tambahkan lagi kalau nak pedas)
Bahan-Bahan Tumis
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih (dimayang)
3 cm halia
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 pokok daun sadri (daun sup) hiris
1 pokok daun ketumbar
Bahan-Bahan untuk Sos Salatoh
Buah tomato masak
Cili hijau (ikut kepedasan masing-masing)
Bawah putih
Bahan-Bahan untuk Sos Zabadi
Yogurt
Timun
Lobak merah
Timun
Bawang besar
Tomato
Limau nipis
Cara-Cara untuk Menyediakan Air Rebusan Ayam
1) Air disukat dalam periuk dan direbus terlebih dahulu. Sukatan air bergantung kepada jenis beras yang digunakan.
2) Masukkan ayam dengan segera sementara mendidih. Ayam yang banyak direbus boleh dijadikan air rebusan yang lain.
3) Masukkan labu bawang besar dan buah tomato ke dalam periuk ayam.
4) Masukkan bahan-bahan tumisan ke dalam periuk ayam juga.
5) Kacau sedikit rempah yang telah dicampurkan dalam air rebusan. Tutup periuk dengan tudung. Rebuskan ayam tersebut dalam ½ jam dengan api yg sederhana kuat.
6) Selepas ½ jam, keluarkan ayam tesebut dari periuk dan susun ayam dalam bekas.   Ketepikan dahulu.
Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi
1) Masukkan bahan-bahan yang ditumis ke dalam kuali atau periuk yang lain.
2) Kemudian barulah diisikan minyak masak dalam kuali dan goreng bahan-bahan tumis sehingga naik bau dan garing.
3) Masukkan bahan-bahan yang ditumis dalam periuk air rebusan ayam yang disediakan terlebih dahulu dan masukkan garam secukupnya.
4) Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sedikit air.                Kacau dengan rata.
5) Masukkan cili merah, cili hijau, air, gula dan garam.                                Biarkan mendidih.
6) Cucikan beras sampai bersih (beras ini adalah warna kekuningan).
7) Masukkan beras dalam periuk air rebusan ayam tersebut dan masak seperti nasi biasa.
8) Taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis semasa nasi telah masak.
9) Masukkan sedikit pewarna merah dan kacau dengan rata sekejap. Biarkan mendidih.
10) Tutupkan periuk dengan tudung dan perlahankan api. Nasi dimasak dengan api yang sederhana sahaja sampai hampir masak.
11) Kacau sekali lagi nasi semasa nasi hampir kering.
12) Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh dihidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori.
Cara-Cara untuk Memasak Ayam
1) Ayam disusun dalam dulang untuk dibakar. Percikkan atas ayam dengan sedikit air sejuk, panaskan oven/ grill kepada suhu 200°C.
2) Lumurkan ayam dengan sedikit garam yang telah bercampur dengan perwarna merah. Lumurkan keseluruhanya dan juga bahagian bawah ayam.
3) Ayam yang sudah siap diletakkan dengan garam secukup rasa.
4) Masukkan ayam ke dalam oven/ grill dengan sekejap lagi kerana hendak membalikkan ayam tersebut supaya bahagian bawah juga dapat dipanaskan.
Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Salatoh
1) Campurkan semua bahan untuk salatoh.
2) Tambahkan air dan garam secukupnya.
3) Semua bahan dikisar sekali dan akhirnya disediakan untuk campurkan dalam nasi dan ayam.
Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Zabadi
1) Campurkan yogurt dengan timun yang dicincang halus.
2) Campurkan dengan potongan lobak merah.
3) Akhirnya, sos ini dihidangkan bersama dengan potongan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis. 

Cara masak bagi Nasi Arab adalah lebih kurang sama dengan nasi ayam, tetapi ayam akan direbus dengan bahan-bahan rempah, air rebusan dan kemudian digunakan untuk memasak nasi. Ayam tersebut pula akan dibakar
Keistimewaan Resepi Nasi Arab telah menarik perhatian pelbagai bangsa untuk mengisi perut di restoran-restoran atau cafe yang terkenal dengan makanan tersebut, samada Orang Melayu, Orang Cina dan Orang India, kadangkala termasuk juga Orang-orang Arab.

                                         * SELAMAT MENCUBA *