Popular Posts

Tuesday, May 12, 2015

WIRA KENTAL KAUM TAUSUG- PANGLIMA HASSAN

                                                    SEMANGAT KALIS SUNDANG

                                 Panglima kental Tausug –Panglima Hassan
                                                             
PANGLIMA HASSAN

Pada Ogos 1904, Panglima Hassan telah mencabar Major Hugh Scott dari 14th cavalry supaya menyediakan 50 askar terbaiknya untuk bertempur di padang cara berdepan dengan 50 pejuang terbaik pimpinan Panglima Hassan.
Dengan tambahan syarat Major Hugh Scott sendiri mesti berada di barisan depan dan berlawan satu sama satu dengan Panglima Hassan..
Cabaran itu tidak disahut oleh Major Hugh Scott...

Panglima Hassan  adalah commander Daerah dan  pengawal  diRaja  di istana Sultan Muhammad Jamalul Kiram II. Beliau menjadi pengiring bahagian hadapan ketika menemani Raja Muda  menemui  wakil  Amerika  di Maimbung sebelum perjanjian Beats Kiram 1898...
Selepas   Amerika,  mengenakan cukai kepala dan memaksa  rakyat Sulu menerima penguasaan Amerika di  semua kepulauan Sulu  secara mutlak,  Panglima Hassan naik berang dengan tindakan  Istana  bersekongkol  dengan  menyerah kuasa  kepada  PENJAJAHAN Amerika. Beliau adalah Panglima tausug yang pertama membantah keatas Sultan sulu.

Panglima Hassan bersama  berpuluh puluh  Datu dan  Syarif membawa  pendokong mereka   seramai  lebih 4000 orang mengikut jejak  Ashabu l Kahf  naik  atas gunung Bud Bagsak ,  
sebagai langkah menyelamatkan  iman mereka    Mereka  bertahan  di atas gunung at Bud Bagsak ... hinggalah pada    4hb Mac 1904, mereka diserang oleh  penjajah  Amerika.
Panglima Hassan melawan  penjajah Amerika   di bahagian hadapan seperti singa lapar.... menebas tentera  Amerika  dengan keris nya... lebih 30 peluru terbenam dalam tubuh kurusnya namun tidak mampu menghentikan dirinya dari terus menebas tentera  kafir laknat...
Sehingga tembakan terakhir...dengan kudrat pahlawan yang jitu, keris di gengam  dengan giginya, dia merangkak dan membenamkan tikaman terakhir sebelum gugur sebagai seorang  syahid.  Peluru  musuh singgah mengenai i kepalanya  ,... beliau gugur akhirnya...
Pada awal  November 1903, Panglima Hassan  bersama kira kira   3,000  hingga  4,000 pahlawa Tausug yang kental, telah mengempur Kem tentera Amerika di Jolo. Berbekalkan keimanan dan keris dan senapang lama, mereka mengepung penjajah amerika selama seminggu yang akhirnya terpaksa berundur, Susulan dari serang iu, tenera kafir Amerika kemudian Berjaya menangkap Panglima Hassan hidup hidup semasa beliau sedang mandi saik  Seit. Panglima Hassan kemudian Berjaya meloloskan diri.
Akhirnya sekali lagi , Panglima Hassan bersama Datu Laksamana  dan Datu Usup  menyerang angkatan tentera Sultan Kiram yang telah mengkhianati  bangsa dan  agama dengan bersekongkol   bersama  penjajah  Amerika  . Beliau gugur syahid di   peperangan . di Pampang  
Dalam tahun 1915,Jamlul Kiram II, akhirnya terpaksa menyerah kuasa politiknya kepada Amerika dibawah perjanjian Carpenter Agreement. jamalul Kiram Meninggal pada Ju 7,1936 tanpa meninggalkan seorang zuriat waris.
 
Gen. Hugh Scott

ISLAM telah datang terlebih dahulu ke wilayah kepulauan Sulu berbanding pulau-pulau lain di Filipina , mungkin disebabkan kedudukannya  yang  tersorok antara Pulau Mindanao dan Borneo yang menjadi tempat laluan perdagangan atau juga disebabkan kepulauannya yang indah dan cantik. Pembawa ajaran Islam di Kepulauan Sulu adalah para ulamak yang kebanyakannya adalah orang-orang Arab di kalangan Ulamak Ahlul-Bait   (Keturunan Rasulullah s.a.w) yang datang samada dari Makkah/Madinah atau dari Yaman.
Para pendakwah terdiri dari kalangan pengamal tasawwuf seperti juga pendakwah-pendakwah di seluruh Nusantara.   Ulamak Sufi telah cepat diterima oleh para penduduk sekitar Nusantara disebabkan sikap dan teknik dakwahnya lemah lembut panuh dengan kesantunan.

Islam & Tausug

Mengapa perlunya kita membicarakan kedatangan Islam ke Sulu terlebih dahulu? Apakah relevannya dan apakah kepentingannya terhadap masyarakat Tausug dan kepulauan Sulu? Hanya satu jawapan yang boleh diberi terhadap semua persoalan di atas. Tanpa Islam maka tiadalah apa-apanya orang-orang Moro itu.   Tanpa pancaran nur (ajaran) Muhammad s.a.w   yang menyinari hati-hati orang-orang Tausug itu .  maka,   tiadalah  kegemilangan mereka it  tercatat dalam lipatan sejarah seperti yang kita ketahui hari ini. 

No comments:

Post a Comment

SAY WHAT YOU THINK OF THIS ARTICLE.