PART ONE
مختصر حزب الأعظم
MUKH TA SHAR AL-HIZBUL A'ZAM
|
ISLAM BERTAPAK DISINI MELALUI KEKUATAN IMAN DAN DAKWAH |
مختصر حزب الأعظم
MUKH TA SHAR
AL- HIZBUL "AZAM
………………………………….*******^^^^^*******....................................
Ini risalah
mengandungi doa masnun yang di ambil dari pada buku : ‘ Mukhtashar Al Hizbul A’zham. Doa doa
yang terpilih dari doa doa yang banyak
dari buku Al Hizbul A’zham. Doa doa ini tersangat baik untuk meningkatkan
kerohanian sesaorang.
Cara
beramal ialah hendak lah beristiqamah setiap hari. Waktu
yang baik sebelum subuh. Semua amalan wirid
dan tilawah Al –Quran ,di habiskan sebelum tiba waktu subuh. Lepas subuh
hanya amalan yang khusus dalam waktu subuh diamalkan seperti zikir 300 pagi dan
petang.
وَ ِانَّ اَحَبَّ
الاَعْماَلِ اِلَى الله مَادَامَ وَ اِنْ قَلَّ .
‘Amalan yang paling disukai oleh
Allah Taala ialah yang istiqamah walaupun sedikit “
Amalan
doa ini di baca dengan hati
yang‘ tawwajuh serta benar benar mengharap seperti seorang fakir dihadapan
Allah swt. Dan doa doa ini dibaca mengikut hari hari nya masing..
- Peringatan : Jika anda ‘
copy’ , pastikan anda mengambil berat tentang kesucian ayat ayat nya,
Jangan buang merata rata seolah olah ianya seperti sampah.
Ini
doanya:
بسم الله الرّحمَن
الرّحيم
الحزب الأول – يوم
الجمعة
BAHAGIAN PERTAMA – HARI JUMAAT
|
( 1 )
Di mulaikan dengan baca surah Al-Fatihah.
باخ : الفاتحه....
FAEDAH:
Disini surah Al_Hamad hendaklah
dibaca dengan niat DOA dan kepada wanita wanita yang didalam haid atau orang
yang berjunud – wajib membacanya dengan niat DOA.
FADHILAT
Hadis memberitahu : Fatihah
adalah penyembuh kepada setiap penyakit .
Ganjaran surah ini adalah sama
dengan ganjaran 2/3 daripada Al-Quran..
Masyaikh telah menulis bahawa
jikalau sesaorang itu membaca surah Fatihah dengan penuh keimanan dan
keyakinan,ia dapat menyembuhkan segala penyakit sama ada rohani atau jasmani.
( 2 )
اَللَّهُمَّ صَلِّ
عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ
وَعَلَى الِ
إِبْرَاهِيْمَ . اِِنَّكَ حَمِيْدٌ مَّجِيْدٌ .
اَللَّهُمَّ بَارِكْ
عَلَى مُحَمَّدٍ وَّعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ
وَعَلَى الِ
إِبْرَاهِيْمَ, اِنَّكَ حَمِيْدٌ
مَّجِيْدٌ .
Ya Allah limpahilah rahmat yang khas keatas Nabi
Muhammad saw dan keatas keluarga Muhammad saw sebagaimana Dikau telah kurniakan
rahmat keatas Ibrahin as dan
keluarganya,
Ya Allah limpahilah berkat yang khas keatas Nabi Muhammad saw dan keatas
keluarga Muhammad saw sebagaimana Dikau telah kurniakan berkat keatas Ibrahin as dan keluarganya
FAEDAH :
Selawat ini adalah selawat yang paling sahih dan paling
tinggi fadhilatnya daripada segala selawat.( Bukhari ).Selawat ini hendaklah
dibaca selalu didalam salat dan diluar sholatRsalullah saw sendiri yang
mengajar selawat ini dan Jibrail alaihi wa salam sendiri menyampaikannya dari
Allah Taala kepada Rasulullah
saw..Diriwayatkan bahawa اَللَّهُمَّ mewakili semua nama nama Allah yang indah dan حَمِيْدٌ مَّجِيْدٌ adalah dua nama Allah ( Asmaul Husna ) yang mencerminkan semua sifat
sifat Allah yang Maha Agung dan Lemah lembut.
( 3 )
اَللَّهُمَّ صَلِّ
عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِىِّ الأُمِّىِّ وَأََزْوَاجِهِ أُمَّهَاتِ المُؤْمِنِيْنَ
وَذُرِّيَّتِهِ
وَأَهْلِ بَيْتِهِ
كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إبْرَاهِيْمَ .
وَ بارَكْ عَلَى
مُحَمَّدِ نِِ
النَّبِىِّ الأُمِّىِّ وَ عَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ وَأََزْوَاجِهِ وَأَهْلِ بَيْتِهِ
وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا بَارِكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إبْرَاهِيْمَ
فِيْ
العَالَمِيْنَ إِنَّّكَ حَمِيْدٌ
مَّجِيْدٌ .
“ Ya Allah Limpahilah RahmatMu yang khas kepada
Muhammad, Nabi yang ummi,( isteri isteri) Ibu bagi orang orang beriman,
zuriatnya, ahli keluarganya sebagaimana Engkau telah limbahkan kurnia Mu keatas
Ibrahim alaihis salam dan keturunannya.
Dan berkatilah
Muhammad, Nabi yang ummi, isteri isteri, ahli keluarganya dan zuriatnya
sebagaimana Engkau telah berkati keatas Ibrahim dan keturunannya diseluruh
alam. Sesungguhnya Engkaulah Maha Terpuji lagi Maha Mulia. “
Faedah :
Abu Hurairah RA meriwayatkan
bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wa salam bersabda : “ Barangsiapa
berkehendakkan ganjaran yang banyak dengan mensalawati ke atas ahli keluargaku
maka berselawatlah dengan kalimat selawat ini “
(4 )
اَللَّهُمَّ صَلِّ
عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَنْزِلْهُ الْمَقْعَدَ الْمُقَرَّبَ عِنْدَكَ يَوْمَ
الْقِيَامَةِ.
“ Ya Allah Limpahilah Rahmat Mu keatas Muhammad saw
dan kurniakanlah ke atasnya tempat yang paling hampIr dengan Mu di hari Qiamat.”
FAEDAH :
Ruwaifah RA. Meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wa salam bersabda : “ Barangsiapa bersalawat secara
ini,maka pastilah syafaatku diberkan kepadanya.” – [Fadhilat Salawat ].
(5)
اَللَّهُمَّ صَلِّ
عَلَى ( سَيِِّدِنَا ) مُحَمَّدٍ وَّعَلَى اَلِ ( سَيِِّدِنَا ) مُحَمَّدٍ كَمَا
تُحِبُّ وَتَرْضَى لَهُ.
“ Ya Allah Limpahilah Rahmat Mu yang khas yang Dikau
pilih dan disukai keatas Muhammad sallallahu alaihi wasalam.”
FAEDAH :
Rasulullah sallallahu alaihi wa
salam memberikan penghormatan yang istimewa kepada pembaca selawat ini. Baginda
mendudukkan sipembaca salawat itu hamper kepadanya. Apabila sahabat sahabat
hairan dengan perkara tersebut, Babinda pun bersabda : “ Orang ini membaca
selawat ini ( selawat diatas )
(6)
اَللَّهُمَّ صَلِّ
عَلَى ( سَيِِّدِنَا ) مُحَمَّدٍ وَاَبْلِغْهُ الْوَسِيْلَةَ وَالدَّرَجَةَ الرَّفِيْعَةَ
مِنَ الْجَنَّةِ .
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي الْمُصْطَفَيْنَ مَحَبَّتَهُ وَفِيْ الْمُقَرَّبِيْنَ
مَوَدَّتَهُ وَفِي
الأَعْلَيْنَ ذِكْرَهُ
وَالسَّلاَمُ عَلَيْهِ وَرََحْمَةُ اللهِ
وَبَرَكَاتُهُ.
Ya Allah,
Rahmatilah Muhammad sallallahu alaihi wasalam dan kurniakanlah Baginda dengan (
taraf) perantaraan ( terhadapMU) dan syurga yang tertinggi “
“ Ya Allah berikanlah kurniaan Mu yang terpilih akan
cinta dan persahabatannya dan jadikanlah nama baginda sebagai sebutan dibibir
oranag orang yang berpeningkatan tinggi ( Muqarrabin ). Salam sejahtera dan
rahmat Allah serta berkatnya ke atasnya.”
Faedah
:
Selawat ini diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud Ra dengan jalan
Marfu”.
“ Sesiapa berdoa wasilah untuk ku, maka syafaatku akan diturunkan
keatasnya. Yakni dia akan dijamin.
(7)
اَللَّهُمَّ صَلِِّّ
عَلَى رُوْحِ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِي الأَرْوَاحِ وَصَلِّ عَلَى جَسَدِ
ّ
سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِي الأَجْسَادِ وَصَلِّ عَلَى قَبْرِ
سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِي الْقُبُوْرِ .
" Ya Allah Limpahilah Rahmat Mu yang khas keatas roh Muhammad sallahu alaihi wasalam
dikalangan roh roh, keatas jasad Muhammad sallahu alaihi wasalam dikalangan jasad jasad
dan keatas kubur Muhammad sallahu alaihi wasalam dikalangan kubur kubur.
FAEDAH :
Didalam kitab Al- Qaulul Badi’ Rasulullah sallallahu alaihi wasalam telah bersabda : “
Barangsiapa membaca selawat ini akan dapat melihatku didalam mimpinya dan
barangsiapa melihatku didalam mimpinya
akan dapat melihatku di Hari Qiamat dan barangsiapa dapat melihatku di
Hari Qiamat, daku akan mensyafaatinya dan barangsiapa disyafaati olehku akan
dapat minum di telagaku ( Haud ) dan Allah Taala akan mengharamkan jasadnya
terhadap Api Jahanam .”
Kaifiat : Apabila dibaca sebanyak 70 kali dengan
berwuduk dan terus pergi tidur, sangatlah berkesan untuk bertemu dengan
Rasulullah sallallahu alaihi wasalam didalam mimpi. Bersama sama dengan selawat ini, selawat berikut # (8),
hendaklah juga dibaca .
( 8 )
اَللَّهُمَّ صَلِّ
عَلَى سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ كُلَّمَا
ذَكَرَهُ الذَاكِرُوْنَ وَصَلِّ عَلَى
سَيِِّدِنَا مُحَمَّد كُلَّمَا غَفَلَ عَنْ ذِكْرِهِ
الْغَافِلُوْنِ .
“ Ya Allah, Limpahilah RahmatMu
yang khas keatas Muhammad sallallahu alaihi wasalam
, bila bila sahaja orang orang mengingati dan menyebutnya dan
“ Ya Allah, Limpahilah RahmatMu
yang khas keatas Muhammad sallallahu alaihi wasalam
, bila bila sahaja orang orang yang alpa gagal mengingati dan menyebut
namanya.”
FAEDAH :
Imam Syafie rahmatullah alaihi
pernah mengamalkan selawat ini. Seorang melihat beliau didalam mimpi. Beliau
berkata : “ Syafaat untukku telah diterima sebab daripada kelebihan selawat
ini.”
( 9)
اَللَّهُمَّ صَلِّ
عَلَى سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَّعَلَى اَلِ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تَكُوْنُ لَكَ
رِضًا وَّلِحَقِّهِ
أَدَاءً وَّاَعْطِهِ الْوَسِيْلَةَ وَالْمَقَامَ الْمَحْمُوْدَ الَّذِىْ
وَعَدْتَّهُ وَاجْزِهِ عَنَّا أَفْضَلَ مَا جَزَيْتَ نَبِيًّا عَنْ أُمَّتِهِ
وَصَلِّ عَلَى جَمِيْعِ مِنَ النَّبِيّيْنَ وَ الصَّالِحِيْنَ
يَا أَرْحَمَ
الؤَّاحِمِيْنَ .
“ Ya Allah, Limpahilah RahmatMu yang khas
keatas Muhammad sallallahu alaihi wasalam
dan keturunannya. Rahmat yang akan membawanya kepada keredhaanMu dan
melaksanakan kewajibannya keatas Mud an kurnialah keatasnya sebagai wasilah untukkami
dan maqam Terpuji yang telah Engkau janjikan. Dan anugerahilah Baginda dengan
balasan ganjaran yang terbaik kepada Nabi bagi pihak umatnya. Dan kurniakanlah
RahmatMu yang khas keatas semua saudara saudaranya yakni Nabi nabi dan orang
orang yang soleh, wahai Yang Maha Rahim lagi Maha Pengasih. “
FAEDAH:
Rasulullah sallallahu alaihi wasalam telah bersabda : “
Barangsiapa yang membaca salawat ini selama tujuh ( 7 ) Jumaat, syafaatku diwajibkan keatasnya.
( Al-Qaulul Badi” )
( 10 )
اَللَّهُمَّ صَلِّ
عَلَى سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ وَصَلِّ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ
وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَ الْمُسْلِمَاتِ.
‘ Ya Allah ,
Limpahilah RahmatMu yang khas keatas Muhammad sallallahu alaihi wasalam, HambaMu dan RasulMu dan juga
keatas orang orang beriman daripada lelaki dan perempuan dan orang orang Islam
lelaki dan perempuan .”
FAEDAH :
Rasulullah sallallahu alaihi wasalam telah bersabda : “Seseorang
yang
tidak ada sesuatu untuk disedeqahkan, hendaklah membaca selawat ini di
dalan doanya. Selawat ini akan menjadi sebab penyucian terhadap dirinya.
Perhatian : Doa selawat ini mengandungi sebanyak 17 selawat. Sila himpunkan hingga cukup.
Entri akan bersambung.
PART TWO