Popular Posts

Tuesday, February 28, 2012

DIMANA HILANGNYA KEKUATAN SOLAT KITA ?

               KONDISI ORANG YANG MENGAKU DIRI NYA SEBAGAI ' MUSLIM'.
TENTERA AMERIKA BAKAR AL-QURQN : MARAH
       
               Anak murid ku bertanya , kenapa barisan pejuangan Islam seolah olahnya tidak mencapai kemenangan. Orang Islam nampak semakin lemah.Aku diam tidak melayan persoalan itu. Memang orang islam sedang dalam kemelut yang rumit. Saban hari dipaparkan keberanian  puak yang bencikan Islam  melacur kehormatan dan maruah Islam. Di bumi Afghanistan, Al-Quran di bakar. Di Pakistan, rumah Osama bin Ladeen  ( yang dijadikan wayang Amerika ) diruntuhkan.  Di Iraq, wanita dirogol dan ditayangkan dalam media massa.  Palitan serta contengan arang tidak berhenti henti ke muka orang islam. Saban hari terjadi, sehinggakan orang islam sudah mangli, sudah kebas dan sudah tidak sensitif lagi.

                  DI MANA SALAHNYA  DAN APA  UBATNYA ?

                Allah swt tidak  menyalahi janjinya apabila dia berfirman :
" Allah menjanjikan orang orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu [ Wahai  umat Muhammad ], bahawa Allah akan menjadikan mereka sebagai khalifah khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang orang sebelum mereka : khalifah khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan ugama islam yang telah diredhainya untuk mereka : dan dia  juga akan mengantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan [ dari ancaman musuh ]: mereka terus beribadah kepada ku dengan tidak  mempersekutukan sesuatu yang lain denganku dan ( ingat )sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang orang yang derhaka."  " Dan dirikanlah kamu akan solat serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul Allah: supaya kamu beroleh rahmat."
 Nah !, Renungkan lah janji dan tawaran ini. Ini adalah janji pasti. Janji  Allah swt pada kita  tapi 
 janji bersyarat. Mari kita teliti janjinya.
        1.  BERIMAN. - Sudah benarkah IMAN kita ? Atau   keimanan kita setaraf  penyataan orang badwi dizaman Nabi Sallahu alaihi wa salam seperti dalam firman Nya dalam  al-hujarat 14  yang berbunyi :
 " Orang orang Arab Badwi itu berkata " Kami telah beriman " .Katakan lah  " kamu  belum beriman, tetapi katakanlah sekian kamu " Kami telah tunduk " kerana iman belum masuk  kedalam hati kamu ".
Keimanan ada tandanya. Nabi ada memberi isyarat tanda iman dengan sabda : 
"  Apabila amal baik kamu menyukakan kamu dan amal buruk kamu menyedihkan kamu: maka kamu adalah seorang mukmin. ( Hr: Mustadrak Hakim )
 Lagi tanda orang mempunyai iman, dia tidak meminta dan mengadu pada selain Allah. Walaupun waktu susah atau senang. Dalam hati dia hanya ada Allah swt.  Dia berkeyakinan penuh bahawa Allah swt adalah ' rab' nya yang mutlak. Semua makhluk yang ada di atas langit atau dibawah  langit, semua berada dalam genggaman Allah swt sahaja.Allah swt Maha pentadbir alam ini. Hati orang beriman sakit melihat para pemimpin yang berkuasa, mengemis
dan merayu rayu kepada ketua ketua kafir di jajahan tanah Europah dan Amerika dan dalam waktu yang sama tidak peduli untuk langgut ke langit untuk menyebut " Ya Allah, Ya Rabku"
 
    2. BERA'MAL SOLEH.
Amalan soleh yang banyak berisi janji Allah adalah solat.Dalam solat ada janji kemenangan, pelindungan, ketenangan dan penyelesai masaalah.Ada hajat, solat boleh menjadi pengantarannya. Dalam solat ada zikir dan doa.Dalam zikir ada ketenangan dan dalam doa ada kabuliat ( penerimaan ) Dalam solat ada kudratullah. Tetapi kenapa solat yang kita lakukan kosong daripada  sifat dan kebolehan yang di sebut itu ?

Mari kita' post mortem ' solat kita. 
Solat dikira gagal jika
 1. Jumlah solat fardhu kita kurang daripada bilangan lima..
Ada  sebahagian orang yang merasa puas hati dan rasa lega dengan bilangan dua kali solat, tiga kali solat dan empat kali solat tapi tidak genap lima.Sangat menyedihkan, ada seumur hidup tidak pernah bersujud kehadrat tuhan yang maha penyayang.

 2. Jumlah solat cukup lima waktu fardhu, tapi solat dilakukan  tidak tepat waktunya. Solat ini juga di kira ' gagal '. Dia bersolat ikut waktu  sendiri,  bukan waktu tuhan  yang empunya solat.
Nabi menasihatkan umat agar solat di utamakan dan solatlah pada waktunya yang awal. Sabdanya : " Amal yang paling dicintai Allah Taala adalah solat ( tepat ) waktunya.

3. Solat cukup waktu fardhunya , tepat dalam waktunya, awal waktu, tapi didirikan solat bersendirian, tidak berjemaah. Solat ini pun dikira ' gagal '. 


4. Solat cukup waktu fardhunya, awal dan tepat waktunya  dan didirikan secara berjemaah, tapi dilakukan berjemaah di rumah. Solat ini pun ' gagal '. Dia berhujah bahawa dia perlu mendidik anak isteri di rumah. Alasan ini adalah alasan orang malas dan berpenyakit jiwa.Pertama sekali adalah kurang bijak untuk mengajar solat dengan mengorban solat fardhu yang sangat bernilai.Orang yang bijak tidak akan mengajar anaknya belajar memandu dengan mengunakan kereta mahal serta baru  dibeli. Hendak belajar dan mendidik diluar waktu solat. Waktu solat fardhu, kena laksana dengan betul. Kedua ada sebuah hadis yang berbunyi 
" Berikan khabar gembira kepada orang orang yang banyak berjalan dalam kegelapan menuju ke masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat " [ Hr: Abu Daud, At- Termidzi dan Ibnu Majah ].
' Orang yang banyak berjalan ' bermaksud adalah mereka yang membiasakan diri ke masjid.
Dan dua ungkapan ini  ' menuju ke masjid' dan ' banyak berjalan' merupakan bantahan bagi setengah orang yang memandai solat berjemaah di rumah sendiri dan bukan di rumah Allah.
        
        SOLAT   SUBUH  ADALAH PEMISAH DIANTARA  MUSLIM  TULIN DAN MUSLIM OLOK OLOK  ( MUNAFIQ ) .
        Solat subuh adalah solat yang paling berat kepada hati muslim palsu.Allah menjadikan amalan pergi ke masjid sebagai penyaksian keimanan.Allah berfirman " Sesungguhnya hanya senya, orang orang yang memakmurkan masjid masjid Allah, beriman kepada Allah dan Hari akhirat."


 3. MENEGAK AMALAN MENGESAKAN ALLAH SWT  DENGAN MENGHIDUPKAN AKTIVITI DAKWAH KALIMAH LAA ILAHA ILLA ALLAH.

 Perhatikan betul betul janji Allah diatas. Umat Islam tidak boleh bercita cita untuk memiliki kekalifahan dengan lari terpesong  daripada tujuan diberi amanah kalifah itu.Tujuan nya hanya satu:  Pasti manusia selamat daripada api neraka yang di ancam oleh Allah swt terhadap manusia.Jalan selamat hanya  lari jauh dari syirik, dan murnikan jiwa dengan tauhid.  Bagi maksud ini dakwah perlu di jalankan. Kekuatan orang islam adalah dalam amalan dakwah. Adakah keyakinan anda masih pada kekuatan material?. Adakah anda rasa berjaya dengan urusan masyarakat yang mempunyai pejabat, kemenangan partai politik, harta saham dan kekuatan ekonomi.? Adakah anda bangga dan rasa hebat dengan barisan artis yang berjaya mencipta lagu  lagu  yang diiktiraf oleh puak barat dan diberi penghargaan  antarabangsa? .         Tidak begitu. Kejayaan orang islam bergantung pada keyakinan yang jitu dan amalan solat yang tepat pada waktunya. Perkara ini semua dibena dengan semangat dakwah sebagai teras wasilahnya.
RENUNG renungkan lah....
 

.

              


Wednesday, February 1, 2012

MARHABAN YA RASULULLAH SHALAALLAHU ALAIHI WA SALAM.

             MARHABAN YA RASULULLAH. MARHABAN.
               
                                                  
                          ياَ رَبِّ  صَلِّ وَ سَلِّم دَئِمًا أَبَدًا

                          عَلَى حَبِيبِكَ خَيْرِ الخَلْقِ كُلِّهِمْ .
                            
 GURUN PASIR INILAH HIDUP AGAMA.
SELAMAT DATANG YA RASULULLAH. Jasa mu sentiasa di hargai dan di syukuri . Keberkatan diri mu, kami umat mu di akhir zaman, memohon hidayah daripada Allah swt agar mampu menjejaki langkah perrjalanan mu.  Semoga sholawat dan salam tercurah diatasmu wahai Rasullullah.

Allah memerintah : " Sesungguhnya Allah dan malaikat malaikatnya berselawat keatas Nabi ; wahai orang orang yang beriman, berselawat lah kamu keatas Nabi dan ucapkanlah salam dengan penghurmatan kepadanya." [ surah Al-Ahzab 56 ]


SIAPA DIA MUHAMMAD ?
 

Siapa dia manusia yang  agong ini yang di gelar MUHAMMAD ?
Muhammad (s.a.w ) adalah  seorang Nabi dan Rasullullah.  Pangkat yang paling tinggi untuk manusia ialah mejadi Nabi. dan rasul.
ALLAH swt sendiri mengelar beliau sebagai  Nabi.
"' Wahai Nabi, Sesungguhnya kami mengutusmu  untuk jadi saksi, pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan." [ Al-Ahzab 45 ].
ALLAH swt  berfirman lagi :
"Muhammadur Rasulullah " iaitu  Muhammad itu utusan Tuhan.[ Al- Fath 29 )
Ada beberapa ulama' yang bijaksana dan berpandangan jauh menulis " Di dalam ayat ayat Al-Quran, Nabi yang mulia ( s.a.w ) telah di panggil dengan panggilan " Nabi" dan bukannya " Muhammad ", tidak seperti yang berlaku pada Nabi nabi yang lain yang kerap dipanggil dengan nama mereka . INI adalah kerana kebagusan, kemuliaan dan kehurmatan Allah swt,  yang paling tinggi terhadap baginda.
Di ayat yang lain Allah menyebut perihal Nabi Muhammad ( s.a.w ) bersama Nabi Ibrahim ( a.s.) dengan panggilan " Nabi " juga.
Allah berfirman :  " Sesungguhnya orang yang paling dekat dengan Ibrahim ialah orang orang yang mengikutinya dan Nabi ini."
Ini adalah sebagai kemuliaan.
Imam Bukhari rah meriwayatkan daripada Abu Aliah : maksud  " rahmat Allah swt keatas Nabi (s.a.w.) " ialah puji pujian  Allah dan syafaat Nya untuk Nabi (s.a.w ) dihadapan para malaikat dan " rahmat daripada malaikat " pula, bermakna :   doa dan permohonan  mereka untuk Nabi (s.a.w.)  Ibnu Abbas ( r.a ) berkata : " Yusholluna alan Nabi " bermakna " yubarrikuna " iaitu " malaikat malaikat berdoa untuk kemuliaan dan kesolihan yang berlimpahan ke atas Nabi ( s.a.w.). Manakala bagi pihak kita pula, ialah memuliakan disebabkan kebagusan sifat sifatnya dan mengikut caranya dengan penuh cinta dan ikhlas.

 Kemuliaan yang di kurniakan NYa  kepada Nabi Muhammad ( s.a.w ) melebihi Nabi Adam as. bilamana malaikat diperintahkan untuk sujud hurmat pada Nabi Adam ( a.s ) .sementara kepada Nabi ( s.a.w )  Allah sendiri memuliakan baginda ( s.a.w ).

Muhammad juga seorang Hamba Allah. Menjadi hamba Allah ada kesempurnaan diri seorang insan. Insan kamil terletak pada sifat ubudiyahnya.

Nabi (s.a.w ) bersabda :' INNI A'BDULLAH WA KHATAMUNNABIYIN " : Sesungguhnya aku adalah hamba Allah dan penutup para Nabi. 
Nabi s.a.w. bersabda lagi :  "INNI LA AKHWAFUKOM MINALLAH "   : " Sesungguhnya aku adalah yang paling takut diantara kamu kepada Allah ".  Maka lafaz ini adalah maqom ubudiyahnya ( kedudukannya sebagai hamba ) dalam hal pengagongannya kepada Allah swt.
Menjadi Nabi dan Rasul adalah kedudukan yang paling layak sekali , jika kita ingin mengagongkan dia Kedudukan yang tiada perbandingan.


Ada setengah orang yang buta mata hatinya, cuba mengagongkan beliau sebagai panglima perang yang terunggul sekali. Dia berhujjah dengan mencontohkan Nabi saw berperang di Badar. Memang pada hakikatnya Nabi saw sememangnya panglima yang terbaik, tapi ini tidak menjadi bukti terhadap orang kafir yang tidak menerima Nabi sebagai utusan tuhan.. Hujjah ini dengan mudah dipatahkan oleh orang barat. Barat akan berkata" Boleh kah  dibandingkan  perang badar dengan Napolean dalam peperangnya yang beribu ribu tentera dan takluknya yang meluas?

BUAH KURMA MAKANAN SAHABAT NABI saw.
Ada yang cuba menjadikan Nabi sebagai pedagang yang hebat. Sememangnya Nabi saw yang terbaik, tapi ini pun masih ada perbandingan. Orang kafir akan bertanya; " berapakah keuntungan yang di perolehinya? Boleh kah dibandingkan dengan keuntungan BillGate- (microsoft ) yang keuntungannya beribu ribu dollar US dalam masa sejam saja? 


 Ada pula sejak mutakhir ini, sekumpulan pergerakkan Islam, yang seolah olahnya terdesak, kononnya hendak melawan serang yahudi, tapi sebenarnya, " ada udang sebalik batu',
melabelkan Nabi Muhammad sebagai " contoh sex' yang terbaik.  Akibatnya Nabi saw dan amalan nya di jadikan  bahan cemuhan orang kafir. [ Rujuk kepada ' Persatuan Isteri Taat." - Semuga Allah mengampuni kesalahan kita dan memberi islah yang betul ].



SIAPA KITA?
SIAPA DIRI KITA ?            

Kita mesti sedar dan fahami diri kita sebenar.Kita adalah UMAT Nabi Muahammad. Umat ini telah di bentuk untuk menjadi Ummat Dakwah.  Nabi Muhammad telah membentuk satu kesatuan yang diberi gelaran ' umat '.  Nabi Muhammad tidak sesekali  mewujudkan ' kebangsaan' , ' kenegaraan ', ' kaum' dan ' suku suku ' Kita bukan orang islam Malaysia, islam singapura, islam Arab, islam Turki  atau islam India. Kita adalah semata mata UMAT ISLAM. Oleh itu, jangan kita sembelih 'umat ' dengan isme isme kita.


KENAPA KITA BERPECAH?

Kita sudah tidak mengenali diri kita. Kita sudah tidak mengikuti Nabi (saw.) Kita tidak mengikuti sunnah NYa. Kita sudah jadi buta mata dan hati.Larangannya dan suruhannya sudah tidak di ikuti. Malah kita membuangnya jauh jauh dari bidang kehidupan yang kita terlalu sayang.. Kita sebaliknya telah melangkah jauh dengan mengikuti  jejak langkah musuh musuh Allah dan Rasulnya.
Walhal, kita dilarang keras agar jangan sekali kali  mengikuti cara yahudi.dan kafir. 
Allah berfirman " Dan barang siapa mencari satu agama lain daripada Islam,maka tidak akan diterima daripadanya." ( Ali Imran )
Allah berfirman lagi : "Ikutilah apa yang telah diturunkan keatas kamu dari Tuhan kamu , tiada tuhan yang berhaq disembah melainkan Allah dan  berpalinglah dari orang orang musyrik. ( cara kehidupan mereka ) ."( An'am- 106)
Kita akan mendapat kekuatan,  jika kita memiliki  kekuatan Allah.  Untuk dapat kekuatan Allah, kita kenalah  mengamalkan perintah Allah. Dalam perintah Allah, ada janji Allah. Dalam janji Allah, ada kudratul Allah.  Orang Islam dari dulu,[ zaman Nabi (s.a.w) dan para sahabat.ra.], berjaya dengan pertolongan Allah. Pertolongan Allah tidak bersama dengan Agama yang tidak sempurna. Adalah  dikatakan tidak sempurna amalan ugama,  jika didalam amalan  itu tidak mengikuti contoh dari  sunnah Nabi s.a.w. Nusrah Allah atau pertolongan Allah , tidak sekali kali datang dalam amalan agama yang bercampur baur dengan amalan dari cara kafir dan jahiliah.

INGATlah : Umat Islam sangat berbeza dengan bangsa bangsa lain, jika di tinjau dari segi faktor penyebab  kenaikan dan kejatuhan dirinya. Pengabdian 100% kepada ' sunnsh sunnah' Rasulullah saw akan mendatangkan kejayaan dalam semua bidang kehidupan dan menyebabkan mereka dapat mengatasi bangsa bangsa lain.
 " Kamulah orang orang yang paling tinggi kedudukan, jika kamu benar benar beriman." (Ali Imran 139.)
INI adalah janji Allah swt.