Popular Posts

Saturday, November 12, 2011

KORBAN - IKATAN ANTARA HATI DAN PERASAAN.

                                        ANTARA HATI DAN PERASAAN 
                                       -KG.HARABAN
RUMAH NENEK KU YANG DISAYANGI-NENEK BULAN
                                              
                              SESIMPULAN  JALINAN. 
            APABILA  aku menjejak kaki ku ke tanah minang ini, aku tidak tahu bagaimana nak menghuraikan perasaan ku.Bumi yang pernah  melahirkan  seorang  ulama' agong, Bung Hamka dan pejuang Bung Hatta. Rasa teruja  serta  gembira tentu lah ada,  rasa berterima kasih pun ada jua, bahkan  bercampur baur  diantara perasaan sebegitu dan perasaan lebih ingin tahu, kerana aku tidak pernah kesini.Lagi pun, semuanya masih asing pada diriku. Tiada kisah lucu,  tiada suka atau duka  yang pernah dialami  bersama untuk di ceritakan kembali bagi menceriakan suasana. Antara aku dengan mereka, tiada pengalaman bersama,  hanya bertaut dengan titisan  ikatan darah yang mengalir dalam tubuhku  ini.
Harapan ku terletak pada kebijaksaan  dan kewibawaan Abdul Latif, sepupu aku yang aku lebih selesa memanggilnya sejak kecil dulu dengan panggilan " aboy " . Abdul Latif telah  di 'baptiskan' sebagai anak Minang asli  sejak 10 tahun yang lalu.Dia kerap kesini.
            Hati dan perasaan  mampu  memberi kesan pada hati pihak  yang kita berkomunikasi.
Jalan curam tak bertangga, begitu lah adanya.
Ia mampu mengheret  badan dan jasad  sesaorang , berjalan beribu batu, semata mata untuk memenuhi naluri yang mendesak itu. Aku ke sini, hanya untuk menunaikan ' rasa ' itu.Ibarat kisah seorang orang kampong di India, pergi berkunjung seorang ulama' terkenal iaitu Maolana Ashraf Ali Thanwi.Sikap orang dusun atau kampong, adalah bersahaja dan tiada beradab.. Tiada kata kata penghias dalam pertuturan. Apabila dia berjumpa Maulana, dia langsung bertanya ' kamu kah ashraf ali thanwi ? ' Di jawab ' Ya , saya.'  Orang kampong itu tak percaya kerana dia mempunyai   alasan bahawa  Maulana yang pernah dia lihat adalah seorang yang kacak, tidak seperti sekarang. Maulana bertanya  bila  dia  berjumpa dengan maulana itu ? .Kata  orang kampong itu  lebih kurang 20 tahun yang lalu. Lantas maulana berkata ' dulu saya muda, mestilah kacak, tapi sekarang dah 20 tahun tentu sudah tua' .Kalau  kamu masih tidak percaya, kamu pergi bertanya kepada orang orang  di sekeliling  tempat itu.. Setelah di tanya dan semua orang menegaskan bahawa dia adalah   maulana  Ashraf Ali, maka dia pun menangis serta minta maaf. Dia meminta untuk  mencium tangan  maulana  tetapi Maulana  berkata tak payah lah. Selanjutnya dia ditanya untuk apa dia datang begitu jauh, adakah dia berhajat untuk sebuah doa agar perniagaan nya maju atau  ada sakit yang ingin  dipinta untuk air penawar ke?. Dia jawab  bahawa dia tidak ada sebarang hajat, hanya  hatinya tergerak dan rasa rindu untuk berjumpa maulana. Mendengar ini, maulana lansung memeluk orang kampong  tersebut  dengan penuh terharu dan kasih sayang. Begitu lah gelora yang terbendung dalam kalbu  serangka tubuh aku ini, hanya seperti biasa, ia nya terpendam dalam senyap, tidak di zahirkan.
BERTAUT IKATAN ANTARA MUDA DAN TUA.


Bersama Pak Tua
 Sebenarnya bumi seberang ini, sentiasa menghimbau rasa nostagik dalam perasaan batin aku. Pertama, bentuk  geografik sekitarnya sentiasa memantulkan  keluar kenangan nostagia   masa kecil aku. Kedua, perasaan persaudaraan seagama yang  sentiasa menggoda kesedaran diri untuk  ,bersama sama  pencinta agama di bumi ini melakukan sebaik baik kerja pengislahan.. Ketiga, ikatan darah keturunan yang jika mungkin di persambungkan.  Aku tersangat terguris dengan wujudnya perkataan' Indonesia ' , seperti mana bencinya aku dengan nama ' malaysia'. Aku ada perasaan tersendiri terhadap keduanya. Dua nama ini adalah pengiktirafan kepada kedua dua bumi tercinta sebagai tanah jajahan mutlak penjajah..Perpecahan dan kejatuhan bangsa bumi ini , banyak bertunjang pada paksi ini.Adakah akan  berubah tidak lama lagi? . Insyallah.
KEHIJAU NAN KALBU HENING DALAM SIRNA.
                                                             
                                               

No comments:

Post a Comment

SAY WHAT YOU THINK OF THIS ARTICLE.