" Khalil , kau abah belikan khalil basikal, basikal itu jadi siapa punya .? " aku bertanya pada anak aku yang berumur 7 tahun.
" Khalil punyalah, abah " jawabnya ringkas dan pantas.
" Tidak, Basikal itu bukan milik khalil." aku membetulkan fahamannya. " Habis, siapa punya.? " dia bertanya.
Pelajaran sebegini mesti di terapkan pada anak anak kita diwaktu seawal mungkin." Allah " Aku memberi jawapan. " Ingat, setiap kali khalil, naik basikal ini, ingat " basikal " ini milik Allah, khalil hanya pinjam je, maka kena jaga baik baik. Allah sentiasa melihat kita. "
Prinsip asas ini sangat penting. " kita tidak memiliki apa apa. Semua milik Allah ", hatta
diri kita sendiri pun milik Allah.
Seorang Ulama Rabbani lagi sholeh, Al- shaiikh ul- Hadith Muhammad Zakaria rah. menulis dalam biografi hidupnya " Aap beeti ", ada menceritakan , bagaimana ayahnya yang juga seorang Alim dan soleh, mendidik diri anaknya untuk memahami konsep " kita tidak memiliki apa apa. " Beliau menulis :
" Ketika aku berumur 3 atau 4 tahun dan agak masih belum berupaya berjalan dengan tegap lagi.Aku masih ingat lagi dengan jelas akan peristiwa ini. Ibuku seperti seorang wanita lain , mempunyai kasih sayang yang mendalam terhadap anak anak mereka, dan ibu tidak ketinggalan dalam bab ini.Ibu menjahit untuk aku sebiji bantal yang sangat cantik, berhias dengan sulaman warna keemasan dan perak. Cukup cantik dan menarik hatiku. Aku terlalu sayang , sehingga aku tidak meletakkannya di kepadaku ,tapi daku dakap erat didadaku. Pada suatu hari, bapaku memanggil aku : " Zakaria bawa abah sebiji bantal " Pada waktu itu, atas perasaan sayang aku pada seorang ayah, aku dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan hati menjawab. " Abah nak saya bawa bantal SAYA ? " Ayah hanya menjawab " Mari kesini. " . Aku dengan segera meluru kearahnya dengan membawa bantal tersebut. Apabila saya sampai dihadapan nya, Ayah memegang tangan saya dengan tangan kirinya , manakala tangan kanannya menyinggahkan sebuah tamparan yang mana rasa nya terasa hingga ke hari ini." Bantal saya? Adakah kamu memiliki sesuatu hingga kamu kata " saya punya ?'. " ayah menyanggah perkataan saya tadi .Kini saya tersangat bersyukur kepada Allah swt kerana sejak hari itu hingga sekarang,pelajaran ini sentiasa segar dalam jiwa saya. Hakikat . bahawa kita sebenarnya tidak memiliki apa apa dalam dunia ini.
Memang benar.Kita sebagai hamba Allah, pada hakikatnya tidak memiliki apa apa.Hidup yang kita rasai ini bukan kita punya. " Hayat" atau ' nyawa' ini bersifat idhofi. Sandaran sahaja..Asal kita adalah ' mati'.. Kemahuan kita pun bukan kita punya, asal kita adalah 'bebal', Bijak kita bukan hasil kita pandai, kerana asal kita adalah bodoh..Malah semua apa yang kita rasa kita miliki adalah hak mutlak Allah belaka. Kudrat tenaga, kebolehan mendengar, kebolehan melihat, keupayaan bertutur dan perasaan mengetahui dan pandai, semua bukan kita punyai. Mutlak hak Allah. Yang ada pada kita adalah ' amanah' dan ' tanggungjawab'.Semua akan di hisab dan di ambil 'audit' kelak. Oleh kerana semua itu bukan kita punya, maka haram bunuh diri. Haram dengar umpat, haram lihat film lucah, haram buat bohong dan fitnah dan haram mengguna akal fikiran untuk perkara perkara yang tidak lansung menguntungi kesejahteraan umat manusia. Kenapa tak boleh ? Kerana bukan milik kita. Kita tidak mempunyai apa apa hak untuk guna ikut sukahati kita..Siapa yang melihat ?*Nota " { Mualana Muhammad Zakaria adalah seorang guru Thariqah dan Guru hadis yang masyur di Madinah, India dan di kebumikan di kuburan Baqi' di Madinah, berdekatan dengan kuburan Ahli ahli bait Nabi saw. }
Allah berfirman :Nabi Muhammad berpesan: " Barangsiapa mengenal dirinya maka kenallah Tuhannya.".
Akibat tidak mengenal diri." Sesungguhnya pernah ku tawarkan amanah rahsia diriku kepada langit, bumi dan gunung-ganang tetapi semuanya mereka tidak mahu menerima nya kerana takut mengabaikan lalu yang sanggup menerima nya adalah manusia. "
1.Jadi macam Firaun Firaun akibat tidak mengenali siapa diri sebenar, telah melakukan kesilapan yang paling durjana. Mengaku tuhan. Tujuh bakat yang ada pada manusia ini, kalau kita tidak mengenali empunya milik, akan menukarkan diri kita menjadi seolah olah tuhan. Tujuh sifat ini adalah amanah tuhan pada diri roh kita. Tujuh sifat itu ialah : Kuasa ( qudrat) - kemahuan ( Iradat ) -Kepandaian ( ilmu ) - kehidupan ( Hayat ) - Pendengaran ( sama' ) -Penglihatan ( bashar ) - Kebolehan bertutur ( kalam ).
Sikit lagi sifat pura pura orang melayu.: Orang melayu buat baik bersebab. Sangat sedikit buat untuk mafaat orang lain, kebanyakkan adalah tersembunyi kepentingan diri sendiri.Tegur sapa dengan jiran kerana takut dikatakan sombong dan nak minta tolong nanti senang.. bergotong royong, pasal takut di'boikot' apabila anak nak kahwin nanti.Pergi ke masjid pasal ada pasal.
Hinggalah dalam tentera, apabila ' orang besar ' nak buat lawatan, semua perkakas tukar baru, projek hiasan di keluarkan untuk pamer dan semua anak buah disuruh berpakaian kemas. Dah jadi permainan kehidupan pura pura.Yang susah ,orang bawahan.
Akhir sekali akibat kejahilan ini ( rasa kita memiliki ) , jadilah jiwa kita seperti ini " DUNIA INI ANA YANG PUNYA".