Popular Posts

Sunday, March 27, 2011

UCAPAN SALAM , BERJABAT TANGAN DAN ADAT MELAYU

HULURKAN LAH TANGANMU SAHABAT
 UCAPKAN LAH SALAM :


                                  



 
      اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُم
  HULURKAN TANGANMU......  
             
  AKU seperti biasa akan berulang alik ke masjid lima kali dalam satu hari
 Di masjid  kerap kali saya bertemu dengan muka muka  baru. Maklumlah masjid ini berdekatan dengan pasar malam.Perkara yang ingin saya timbulkan disini adalah sikap sesetengah ahli jemaah yang sangat  'kelat' untuk melemparkan senyuman dan salam. Sering kali saya ketemu orang orang tua yang telah pencen. Mereka ini sangat payah nak menegur orang dahulu.Lebih lebih lagi jikalau mereka adalah bekas pegawai kerajaan atau pegawai di swasta.Sering kali bila saya cuba  menegur dengan memberi salam kemudian menghulur tangan pada mereka, mereka akan menyambutnya dengan ' longgar ' dan dingin. serta  menoleh dengan raup wajah yang pelik ke arah muka saya, seolah olah nya beliau  ingin mengetahui dulu sama ada dia kenal kita atau tidak.Beginilah sikap orang kita sebangsa dan agama.Semakin menjarak. Ikatan ukhwah islam seolah olah telah terlerai.Maka terlintas di benak fikiran akan sebuah Hadith Nabi saw berkaitan dengan fenomena ini
           Ibnu Mas'ud ra meriwayatkan, Nabi saw bersabda : " Salah satu tanda dari tanda tanda hari qiamat ialah orang yang memberi salam kepada orang  dengan dasar kenalan saja.(bukan atas dasar persaudaraan islam. ) "
Maka ingin saya mencoret dan menyentuh serba sedikit  akan amalan budaya kita ini : iaitu  amalan : Memberi salam. berjabat tangan dan budaya salam di Malaysia.
                                                                                                                         
   Allah swt telah  memerintah kita dengan  berfirman :                                                           
وَلا تُصَعّرِْ خَدّّكَ لِلنّّاسِ وَ لاَ نَمْشِ فِى الارْضِ مَرَحًا.....هيغك اخير اية سورة لقمان 18-19
18. "Dan janganlah kamu memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah kamu berjalan di bumi dengan berlagak sombong; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
19. "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".
Di dalam firmannya yang lain , Allah berfirman :
                                                                                                                                                
وَ إِذَا حُيِّيْتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّواْ بِأَحْسَنَ مِنْهَآ اَوْ رُدُّهَا * إِنَّ الله كَانَ عَلَىّ كُلِّ شَىْءٍ حَسِيْبًا *
86. Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.  
                                                                                                                                An-nisa' 86         

Kedua-dua firman tuhan ini menganjurkan kita supaya bersosial dengan penuh kasih sayang diantara satu sama lain, sesama orang muslim. Nabi Muhammad saw ada berpesan  supaya beriman dan berkasih sayang jika kita benar benar ada keinginan untuk memasuki syurga kerana syurga itu tidak dapat diraih hanya dengan beribadah khusus saja bahkan telah menjadi tilikan Allah swt pada  amalan batin dan hati yang salim.  
Nabi bersabda : " Sesungguhnya orang orang yang terutama [ abdaala ummati] dari umatku tidak akan masuk syurga kerana banyak sembahyang,atau banyak puasa. Akan tetapi ( mereka masuk syurga ) kerana bersih hati, murahhati dan berbelas kasihan terhadap setiap muslim. " 
Ini amalan asas.Perlu hari ini kita buang sikap 'individualistik " keakuan dari hati takbur kita.Perkara ini perlu ditilik pada diri kita masing masing.Jangan asyik selongkar hati budi orang lain saja.Tenguk dan tilik juga kedalam diri empuanya diri.
 Nabi saw bersabda :' Demi nyawaku dalam tangannya, kamu tidak akan masuk syurga hingga kamu beriman dan kamu tidak akan beriman hingga kamu ada sifat kasih sayang, Sungguh ingatlah, Aku tunjukkan kepada kamu satu perkara jika kamu lakukannya nescaya kamu akan ada sifat kasih sayang, yaitu hendaklah kamu sebarkan salam diantara sesama kamu."  { Riwayat Musli, Abu Daud dan Termizi }
Abu Darda' ra meriwayatkan Nabi bersabda : "  Sebarkan lah salam sebanyak banyaknya, kerana kamu akan ditinggikan,{ Hr. Tabrani dan Majma' uz Zawaid }
Abu Umamah ra meriwayatkan, Nabi saw bersabda ":Orang yang mendahului yang lain dalam memberi salam adalah yang lebih layak untuk menjadi lebih dekat kepada Allah swt. "  { Hr.Abu Daud }
Abdullah ra meriwayatkan, Nabi saw bersabda : " Orang yang mengucapkan salam lebih dahulu terlepas dari sifat Kibr ( sombong )  { Hr. Baihaqi }
*Qotadah ra meriwayatkan, Nabi saw bersabda : " Apabila kamu memasuki suatu rumah, maka ucapkanlah salam kepada penghuninya dan apabila kamu keluar lambailah dengan ucapan salam kepada mereka " { Hr. Musannaf Abd. Razzaq }
*Abu Hurairah ra meriwayatkan, Nabi bersabda : "  Seorang yang lebih muda  hendaklah mengucapkan salam kepada yang lebih         tua,         orang yang berlalu hendaklah mengucapkan salam kepada yang duduk dan orang yang sedikit, hendaklah mengucapkan salam kepada mereka yang dalam jumlah yang besar . { Hr. Bukhari }
*Ibnu Mas'ud ra meriwayatkan Nabi saw bersabda : Sempurna  salam adalah  dengan melakukan  Musafaha.( jabat tangan ) { Hr. Termizi }
* Bara' ra meriwayatkan Nabi saw bersabda :"Tidaklah kedua orang muslim bertemu dan ber-musafaha kecuali dosa dosa kedua belah diampuni sebelum mereka berpisah . { Abu Daud }
         Orang dahulu dikalangan sahabat Nabi saw.,mereka benar benar cintakan Allah dan Rasulnya. Apabila di perintah untuk mencintai saudara islam, mereka terus membuang pra sangka jahat terhadap saudara islam dan sentiasa memberi alasan yang baik pada perkara perkara yang mereka tidak rasa senang yang terbit daripada tingkah laku orang lain. Lihat dan renungilah pada amalan para sahabat Nabi saw, semuga kita perolehi manafaat.

 Amalan Para sahabat sahabat Nabi saw dalam memberi salam :

1.MEMBERI UCAPAN SALAM DARI JAUH.
 Kisah1 : Dari  Aghar Muzainah.katanya “ Rasulullah saw memerintah aku untuk mengambil buah kurma satu jarib ( sejenis takaran ).dari seorang lelaki ansar.{ Ini adalah kutipan zakat }Tapi lelaki itu menundakan pemberian tersebut.Aku mengadu pada Nabi saw. Nabi saw kemudian menyuruh Abu Bakar ra membantu aku. Keesokan  subuh hari nya, aku menemui Abu Bakar di masjid seperti yang kami telah janjikan.Kami pun pergi menemui lelaki tersebut. Apabila Abu Bakar melihat lelaki itu dari jauh, Abu Bakar memberi salam.Kemudian Abu Bakar berkata pada nya “ Apakah engkau tidak nampak bahawa orang orang menghormati mu ? Aku mendahulukan engkau dari orang lain dlm memberi salam.

Kisah 2 : Ibnu Syaibah dari Zahrah bin Hamisah ,katanya “ Aku dibonceng oleh Abu Bakar
dlm tunggangan nya Apabila kami lewati sesatu kaum , kami memberi salam kepada mereka. Dan mereka membalas salam. dengan lebih baik dari kami.  Abu Bakar berkata : “ orang orang telah melebihi kita dengan kebaikan yg banyak sekali pada hari ini.”

2.Member salam berpisah dan berjumpa.
 Dari Anas bin Malik : “ Kami hidup bersama Nabi saw. Apabila kami berpisah dan di pisahkan oleh sebatang pokok maka kami akan memberi salam apabila kami saling bertemu kembali.
.
3 Memberi salam di pasar pada siapa saja.
Kisah 3 :Tufail bin Ubai bin Kaab katanya : Suatu hari aku bertemu Abdullah bin Umar ra dan pergi bersama2nya  ke pasar Ketika di pasar,Ibnu Umar memberi salam pada semua orang  tanpa memandang apakah mereka itu orang2 yg sedang berjual atau pembeli,miskin atau kaya..
Di ketika yg lain, Ibnu Umar mengajak aku ke pasar.Maka aku bertanya apa yg kamu nak lakukan di sana walhal kamu tidak ada apa nak beli. Ibnu Umar menjawab “ Wahai si perut besar,: Kita ke pasar semata mata untuk beri salam.

4. Mendahului salam .
Dalamm kitab Imam Bukhari  dlm bab Adab. Dari Basyir bin Yasar katanya : “ tidak seorang pun mendahului salam atau bersegera dalam memberi salam selain dari Ibnu Umar.
ADAT ORANG MELAYU DALAM MEMBERI SALAM 

BERSALAM difahami oleh orang melayu ialah berjabat tangan..Disini perlu diperjelaskan bahawa dalam memberi salam, ada dua perkara : Pertama ucapan salam dan kedua ialah berjabat tangan. Apa yang tidak begitu kena dalam amalan seharian orang melayu, kita sering melakukan sesuatu amalan tanpa mempelajarinya secara mendalam.Kita lebih senang mengikut saja. 
Batas batas berjabat tangan *1. .Adalah elok berjabat tangan dengan memandang wajah orang yang disalami serta lontarkan lah sebuah senyuman.Ini akan menyerikan hati orang yang bersalaman.
*2 Jangan menundukkan kepala apabila bersalaman. Nabi saw melarang.kita dari menunduk sembah kepada selain ALLAH SWT Maka bagaimana bersalaman kepada Raja seperti Pertuan Agong Malaysia.?  Saya bukan nak mendehaka tapi cuma nak memberi fakta yang betul. 'Sembah Ampun Tuanku 'dengan membongkok dan mengangkat tangan diatas kepala adalah dilarang. Ini amalan fuedal yang berusurkan adat Hindu kunu. Hukumnya  syirik. Adalah wajar, amalan ini di tinggalkan.Ini tidak pula bermakna kita tidak menghurmati raja raja kita. Adalah pelik, kita marah atas cadangan ini walhal pada waktu yang lain kita redhai dan tidak terasa marah kepada orang negara lain atau bangsa asing  yang hanya berjabat tangan  saja dengan raja raja kita. Saya fikir raja raja pun dah bosan dengan upacara dalam istana yang banyak unsur unsur syirik.Kalau lah tidak didesak oleh adat dan nasihat puak puak menteri, pasti mereka akan setuju buat perubahan.
HARAM BERJABAT TANGAN LELAKI-PEREMPUAN
*3. Dan  yang ini seluruh rakyat tak rasa nak berubah :Bersalaman dengan perempuan atau lelaki yang bukan  mahram.  Daripada  Yang Di Pertuan Agong,  PM, Bapabapa menteri, Datuk dan Datin, cikgu  dan cikgi, ibu bapa, tok wan dan tok nek, semua terlibat.Seolah olah lidah Tok Mufti semua kelu untuk berfatwa, termasuk  Mufti Perlis ke, bekas mufti ke, mufti Perak ke, dan ustazah ustaz, semua membisu. Hukumnya terang terang haram.  Kenapa membisu.?   Mungkin kerana mereka belum layak diiktiraf sebagai ulama' yang sebenarnya. DENGAN APA SAYA BERDALIL ? Saya berdalilkan sebuah firman Allah swt :"INNAMA YAKH SYA ALLAH MIN IBAADIHI ILU'LAMAA U AU "  
DARI NEGARA MEREKA INILAH TOK MUFTI DAPAT ' PHD'
Bermaksud : " Sesungguhnya yang takut kepada Allah SWT dari hamba hamba nya adalah hanya U'lama' "Ulama' adalah bentuk jamak daripada ' alim ' yang bermakna ' orang yang berilmu '.Berdasarkan pada ayat ini ,orang yang berilmu mesti lah takut hanya pada Allah. Dan sesaorang yang bijak atas kapisiti kuat menghafaz dan milik pengatahuan ugama tetapi tidak takut ( takwa) pada Allah swt,, maka orang tersebut tidak diiktiraf sebagai orang yang berilmu.Ini lah pokok perbezaan tarif dari Al-Quran dan dari apa yang dikemukaankan oleh manusia , lebih lebih dari kaca mata Barat.Kalau dirujuk pada ta'rif yang diutarakan oleh Dr. Mahathir pada satu ketika dulu,  maka kita telah menyimpang begitu jauh.
*4  Amalan ini pun menjadi khilaf   didalam masyarakat melayu . yaitu ' CIUM TANGAN ".Tangan di cium sebagai tanda hurmat dan kasih.Kalau inilah maksudnya,maka adalah wajar di benarkan pada ibubapa,suami isteri,tokwan tok nek dan tangan orang yang sholeh.Adalah makruh jika mencium tangan orang yang disanjung semata mata kerana pangkat dan harta dunianya saja.Rujuk disini :
Dia ni takpa lah,pasal dia jenis  leher terikat...
Hukum mencium tangan
Imam Al-Nawawi mengatakan bahawa dianjurkan agar mencium tangan orang yang kemuliaannya disebabkan oleh perkara yang bersangkut paut dengan agama. Seperti seorang yang zuhud, alim/ulamak, soleh, warak dan sebagainya. Ini termasuklah kedua ibubapa kita yang muslim.
Dimakruhkah mencium tangan seseorang yang dipandang mulia dengan sebab-sebab keduniaan, seperti orang kaya, orang yang berpangkat, berkedudukan tinggi dan sebagainya. Perbuatan ini amat tidak disukai.
Syaikh al-Albani berpendapat dalam mencium tangan orang alim itu perlu mematuhi beberapa adab:
a. tidak boleh mencium tangan orang alim jika dia menghulurkan dengan sombong
b. tidak berniat untuk mendapat tabarruk (berkah)
c. tidak menjadikan sebagai adat kebiasaan (sering dilakukan)
d. dia tidak mengingkari lebih utama berjabat salam
e. tidak boleh meletakkan tangan ke dahi

SALAM  KELILING
*Ini satu lagi amalan yang tidak pratikal bagi sebahagian orang, iaitu 'Salam Keliling.' Amalan ini dilakukan selepas selesai doa dalam solat berjemaah.Mereka  akan berasalaman berbaris dari hujung  saf hingga penghabis saf. Dan ada yang menyerikan lagi dengan selawat atas Nabi saw. Pada hemat saya tak perlu buat.lah .Ini kerana, mungkin menggangu orang lain yang ingin  bertafakur serta berzikir dengan zikir zikir tertentu.Lagipun tidak ada anjuran 'sunnah' dalam amalan ini.



*6 Akhir sekali diharap,Jangan pula kerana ghairah hendak beri salam, anda memberi atau jawab salam dari dalam tandas.Jika ada orang medatangi ke rumah anda dan kebetulannya anda berada dalam tandas, maka tak perlu jawab salam. Cukup sekadar ber"dehem" tiga kali saja.
SELAMAT beramal dan senyum senyum selalu.Semuga kita bahagia. Assalamulaikum.
                                                                  

                                                 




 
            
      
                                                                                                                                    


 







         

Thursday, March 3, 2011

MELAYU ~ BUDI BAHASA ~ SURVIVAL



                                  TAKKAN  MELAYU HILANG DI DUNIA 
                                    " - Laksamana Hang Tuah                                                                                                   
  Aku  melayu.yang cukup prejudis. Aku kuat cemburu tentang Haq bangsa .dan  menyebabkan aku  dicapkan sebagai ' fanatik melayu' . Itu peribadi aku dan tak kena mengena dengan melayu lain.Yang jelasnya aku berkata sebagai pewaris tanah air nenek moyang aku.
  Sebenarnya, aku dan kau adalah  seorang Melayu.  Tak kira sama ada kau seorang minang ke, Jawa ke, Boyan ke, Iban ke, Pathoni ke ,  Bajau darat atau Bajau laut  tanpa  kira ras dan warna kulit,  anda semua adalah bangsa melayu.  Apabila kaum penjajah barat  datang, mereka campur tangan lalu melaga lagakan., pecah belahkan  dan akhirnya mereka takluk .Kita jadi lemah bila kita cuba cari indentiti secara  berpuak puak dan fanatik pada suku kaum,  Maka   jangan anda perkenalkan  diri anda sebagai "aku anak minang ",atau  aku geng banjar " kula an"  atau ' aku anak mamak dan mami '.dan jangan anda begitu fanatik sehingga memasang  pelekat slogan suku  di kereta kereta anda.  Anda dan saya hanya satu. MELAYU ~ .Kita adalah Melayu Dan kita adalah seorang ISLAM..Jangan kau pisahkan kedua ini..Kita  perlu berani mewujudkan kekuatan bangsa.

.  Aku bangga menjadi bangsa Melayu. Memang tidak dinafi, ada kelemahan pada melayu tapi itu bukan persoalannya yang besar kerana bangsa lain pun ada kelemahannya sendiri. Aku rasa tak perlu aku berselindung pada nama yang di Inggeriskan hanya kerana ada perasaan " inferiority complex" -  rasa 'tak hebat'  pada nama melayu . Tak perlu tukar Khatijah jadi khathy,  Bakar tukar jadi burn, itam diglamerkan menjadi  'black'.Kenapa  perlu  berpura-pura.Tak usah rasa kecil diri . Tak payah lah berduka cita di lahirkan  seorang Melayu. Kita dah sampai pada satu jarak masa yang panjang yang sepatutnya telah mendewasakan kita. Dah  masa kita memaruahkan diri melayu kita.

ANAK ANAK MELAYU ERA 2000+
   Aku rasa jadi melayu tidak lah teruk sangat.. MELAYU  ini ada banyak keistimewaan. .Bila di sebut Melayu ,secara langsung orang akan tahu dia beragama islam. Kita ada satu perkara yang sangat berharga, iaitu beriman  pada Allah Subhaanahu wa taala.Ini dikira sangat istimewa.Setidak-tidaknya , orang tahu kita islam dengan hanya sebut  bangsa melayu. Kalau kita kata "saya seorang iban",orang akan tanya islam ke bukan. Orang melayu kehidupannya bersih..Mereka basuh berak  guna air, tidaklah main main sapu sapu dengan kertas tisu saja. walaupun boleh gunakan tisu.. Dan  apabila  mereka  mandi, mereka mandi  betul-betul ,bukan mandi koboi atau mandi kerbau.Mereka mandi junub  ketika berhadas besar.
Rumah tangga  mereka lebih bersih tak ada bekas bekas najis "mughalazah "di lantai Suasana persekitaran  kampong melayu sentiasa nostagia.Di kelilingi oleh pepohon nan hijau dan belaian angin mesra yang  mengoda kalbu sudah menjadi kebiasaan. .Makanan mereka lebih bersih dan sentiasa bersih ,  tak ada biawak goreng atau ular sawa bakar. dalam hidangan tengah hari atau otak monyet segar dimakan bersama samsu  seperti yang terdapat di jepun dan Hong Kong. Sambal belacan bukan saja pedas, malah mengakibatkan ketagih sehingga kalau lama tak kena , air liur meleleh..Belum lagi ketupat dan rendangnya Orang di perantauan sangat sangat mengerti erti ' rindu' pada makanan melayu.                    
ketupat kalau tak ada di Hari Raya di kira tak raya lah.
    Ada orang melayu kini yang sangat suka serta cepat mengutuk dan salahkan"melayu " Tidak putus putus di bibirnya mengutuk bangsa sendiri. Pada perhatian saya pada masa kini,tidak ada satu bangsa yang cerca bangsa sendiri melebihi bangsa melayu*.[ kenyataan ini pun bolih di jadikan contoh.].Pada mereka apa sahaja yang buruk, mereka akan letak di atas bahu melayu dan yang baik semua hak milik orang ' asing' . Kenapa  begitu  bercelaru hingga susah  mencari identiti diri sendiri ?  Atau anda lebih di hurmati kerana anda adalah orang yang selalu mengutuk bangsa sendiri..
Sudah.punah kah jatidiri sehingga masih  berillusi setiap kali berdiri dihadapan cermin  dan  terjelma. imej seorang asing yang di banggakan ,bukan diri sendiri ?.Bukan imej sebagai  seorang melayu tapi bayang khayalan ' john' atau  'khan'.Terus menerus mereka ber illusi.,bertutur pun sikit sikit " so" ,"i' , 'you', ' yes ',hi' ,' hello'..
Dulu semasa saya berada di tingkatan lima, ada seorang abang senior di tingkatan enam bawah.Dia berketayap.Dia salah seorang anggota ABIM.Semangat kemelayuan dan keislamannya sungguh menonjul.  Pada satu hari, semasa berjalan ke makmal sains,. seorang gadis cina yang baru berpindah ke sekolah kami dari sekolah Convernt , bertanya secara sindiran, kenapakah  dia berketayap?  Dengan secara sepontan dia menjawab " i was born with it." [ maknanya , sesaorang tidak akan rasa hina untuk apa yang dia telah lahir dengan nya].
Dan di satu ketika yang lain,dia di tanya kenapa dia tidak membaca  "bible ".Sekali lagi dia menjawab secara sepontan " well, i 've already read it all , that 's why i am muslim ".Jadi usah     lah malu menjadi apa yang Allah telah jadikan. . Kita adalah kita.Perkasakan jiwa dan jatidiri kita. Tidak hina jadi melayu. Jangan berfikiran seperti " Si Tenggang".takut nanti mati  di sumpah jadi batu...
Batu karang.
                                                          



Siapa dia melayu ?. Yang dikatakan melayu ialah seorang yang merasa selesa mengamalkan amalan islam ,berketurunan dari datuk nenek moyang  mereka yang  berakar umbi hidup dimana mana kepulauan melayu atau titisan baka dari mana mana sebelah bapa atau ibu dapat dikesan  berketurunan melayu dan kini bermastautin di Tanah Melayu . .Mereka bertutur dengan bahasa melayu ,mempunyai tulisan sendiri yang berteraskan tulisan Al-Quran ia itu tulisan jawi.Tiada di kisah sama ada anda tahu jawi atau tidak. Bangsa Melayu masih bersultan  dan kerajaan, mempunyai kesasteraan yang unik, mempunyai jenis makanan yang mereka suka mengikut selera sendiri. dan mempunyai budaya seni dan pakaian tersendiri.Akidah mereka secara menyeluruh adalah bertauhid pada Allah dan Rasulullah.Islam paksi hidup mereka.Bila di tuduh " kafir " tersangat tersinggung." Amok " jalan penyesaian terakhir.Jika sampai taraf ini, tiada undur melainkan darah menyimbah bumi atau nyawa melayang ke alam baqa.
Keberkatan beragama islam telah membentuk sahsiahnya  sebagai insan yang mengikuti jalan kesederhanaan dan kesusilaan.Dalam kelembutan tersirat kedegilan.

DI mana kekuatan diri melayu ,? Di keris dan kesatriaannya atau pada bahasa dan sifat tolak ansurnya  ?  .Itu semua benar jua akan tetapi.kekuatan bangsa melayu terletak sepenuhnya pada kekuatan pegangan mereka pada ajaran islam  Dan .Islam lah yang  telah membezakan mereka daripada kehidupan yang kotor ,penuh dengan kesyirikan sebelumnya kepada sebuah kehidupan yang suci murni serta beradab.Kita kena berasa bersyukur diatas nikmat ini.Jangan anda pisahkan MELAYU dan ISLAM.kerana kekuatan mereka bertaut rapat tanpa boleh dipisahkan antara keduanya.

Adakah Melayu sekarang telah menolak Islam ?
Melayu dari dulu hingga sekarang tidak menolak islam secara sedar tapi menolak tanpa sedar....
Perhatikan :
*Apabila kita tidak solat lima waktu sebenarnya kita tidak terima Allah sebagai
" sesembahan " kita.[ Ilah']
*Apabila kita makan rasuah,kita sebenarnya tidak yakin bahawa Allah  lah pemberi rezeki .Kita  tidak menerima Allah sebagai ' RAB ' kita    *[ Erti  'rab' ialah penjaga, pengurus dan pentadbir. ]
*Apabila kita ' terima dan bergantung hati 'pada imbuhan ' insurans ' [ insurance ] sebenar nya kita telah meninggal hakikat ' tawakkal'
*Apabila kita hanya datang ke masjid sebulan sekali atau seminggu sekali sebenarnya kita telah sama tarafkan masjid  dengan kuil dan gereja
*.Apabila kita  merayai hari keagamaan orang kafir sebagai konsep satu malaysia
sebenarnya kita telah menafikan perintah Allah swt dalam surah Al- Kafirun 
{ Ertinya kita adalah mazhab ' Pluralism "}
*Apabila  ahli ahli ugama, pelajar pelajar dan menteri menteri  kita lebih membanggakan
'kot dan tali leher'  daripada ' kupiah dan jubah' sebenarnya kita telah membenci cara 
dan gaya hidup nabi kita. 
*Apabila bila kita menerima hukuman mahkamah 'civil dan ' common law ' sebagai hukum negara, sebenarnya kita telah membelakangkan undang undang Allah swt.
*Apabila kita menghabiskan waktu berjam jam  dan wang  beringgit ringgit untuk surat khabar majalah dan television ,sebenarnya kita telah melemparkan buku Al-quran sebagai sumber berita.
 *Apabila kita biarkan isteri dan anak gadis kita membuka aurat aurat mereka tanpa susila serta segan silu ,sebenarya kita telah melacurkan harga sebuah maruah diri dan bangsa.
*Apabila kita mengadakan kenduri dengan adat bersanding dan hantaran puluhan ribu, sebenarnya kita telah kembali ke budayaan Hindu purba seperti Malayu kunu di pulau Bali.
Begitu  banyak lagi hingga  tak terlarat nak tulis , setiap suruhan Allah swt , kita lakukan yang sebaliknya, 
Anda jawab  sendiri - "  ada kah orang melayu sebenarnya menerima islam atau menolaknya?"
                                                                    
                                                   MELAYU
                                 [ 1 ] 
                                        Melayu itu orang yang bijaksana
                                         Nakalnya bersulam jenaka

                                          Budi bahasanya tidak terkira
                                         Kurang ajarnya tetap santun
  Jika menipu pun masih bersopan
  Bila mengampu bijak beralas tangan.

 Baju perang Raja Haji, Pahlawan Melayu.
    










                 [2]                                                          
Melayu itu berani jika bersalah                

Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut                                             
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat

Jangan mati anak.                                                                  


                                                                  
                                                                                             
 [3]
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai                
Sawah sejalur tinggal sejengkal                                              
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan                    
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba                      
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka.

                            oleh: penyair besar.Usman Awang.
        
             " I will not have a son who cannot hold his head in the gathering of the clan. I would sooner strangle him with my own hands. " kata kat dari ketua 'tribe' dalam novel 'Things Fall Apart. - CHINA ACHEBE. Nigerian