" - Laksamana Hang Tuah
Aku melayu.yang cukup prejudis. Aku kuat cemburu tentang Haq bangsa .dan menyebabkan aku dicapkan sebagai ' fanatik melayu' . Itu peribadi aku dan tak kena mengena dengan melayu lain.Yang jelasnya aku berkata sebagai pewaris tanah air nenek moyang aku.
Sebenarnya, aku dan kau adalah seorang Melayu. Tak kira sama ada kau seorang minang ke, Jawa ke, Boyan ke, Iban ke, Pathoni ke , Bajau darat atau Bajau laut tanpa kira ras dan warna kulit, anda semua adalah bangsa melayu. Apabila kaum penjajah barat datang, mereka campur tangan lalu melaga lagakan., pecah belahkan dan akhirnya mereka takluk .Kita jadi lemah bila kita cuba cari indentiti secara berpuak puak dan fanatik pada suku kaum, Maka jangan anda perkenalkan diri anda sebagai "aku anak minang ",atau aku geng banjar " kula an" atau ' aku anak mamak dan mami '.dan jangan anda begitu fanatik sehingga memasang pelekat slogan suku di kereta kereta anda. Anda dan saya hanya satu. MELAYU ~ .Kita adalah Melayu Dan kita adalah seorang ISLAM..Jangan kau pisahkan kedua ini..Kita perlu berani mewujudkan kekuatan bangsa.
ANAK ANAK MELAYU ERA 2000+ |
Rumah tangga mereka lebih bersih tak ada bekas bekas najis "mughalazah "di lantai Suasana persekitaran kampong melayu sentiasa nostagia.Di kelilingi oleh pepohon nan hijau dan belaian angin mesra yang mengoda kalbu sudah menjadi kebiasaan. .Makanan mereka lebih bersih dan sentiasa bersih , tak ada biawak goreng atau ular sawa bakar. dalam hidangan tengah hari atau otak monyet segar dimakan bersama samsu seperti yang terdapat di jepun dan Hong Kong. Sambal belacan bukan saja pedas, malah mengakibatkan ketagih sehingga kalau lama tak kena , air liur meleleh..Belum lagi ketupat dan rendangnya Orang di perantauan sangat sangat mengerti erti ' rindu' pada makanan melayu.
ketupat kalau tak ada di Hari Raya di kira tak raya lah. |
Dulu semasa saya berada di tingkatan lima, ada seorang abang senior di tingkatan enam bawah.Dia berketayap.Dia salah seorang anggota ABIM.Semangat kemelayuan dan keislamannya sungguh menonjul. Pada satu hari, semasa berjalan ke makmal sains,. seorang gadis cina yang baru berpindah ke sekolah kami dari sekolah Convernt , bertanya secara sindiran, kenapakah dia berketayap? Dengan secara sepontan dia menjawab " i was born with it." [ maknanya , sesaorang tidak akan rasa hina untuk apa yang dia telah lahir dengan nya].
Dan di satu ketika yang lain,dia di tanya kenapa dia tidak membaca "bible ".Sekali lagi dia menjawab secara sepontan " well, i 've already read it all , that 's why i am muslim ".Jadi usah lah malu menjadi apa yang Allah telah jadikan. . Kita adalah kita.Perkasakan jiwa dan jatidiri kita. Tidak hina jadi melayu. Jangan berfikiran seperti " Si Tenggang".takut nanti mati di sumpah jadi batu...
Batu karang.
Keberkatan beragama islam telah membentuk sahsiahnya sebagai insan yang mengikuti jalan kesederhanaan dan kesusilaan.Dalam kelembutan tersirat kedegilan.
DI mana kekuatan diri melayu ,? Di keris dan kesatriaannya atau pada bahasa dan sifat tolak ansurnya ? .Itu semua benar jua akan tetapi.kekuatan bangsa melayu terletak sepenuhnya pada kekuatan pegangan mereka pada ajaran islam Dan .Islam lah yang telah membezakan mereka daripada kehidupan yang kotor ,penuh dengan kesyirikan sebelumnya kepada sebuah kehidupan yang suci murni serta beradab.Kita kena berasa bersyukur diatas nikmat ini.Jangan anda pisahkan MELAYU dan ISLAM.kerana kekuatan mereka bertaut rapat tanpa boleh dipisahkan antara keduanya.
Adakah Melayu sekarang telah menolak Islam ?
Melayu dari dulu hingga sekarang tidak menolak islam secara sedar tapi menolak tanpa sedar....
Perhatikan :
*Apabila kita tidak solat lima waktu sebenarnya kita tidak terima Allah sebagai
" sesembahan " kita.[ Ilah']
*Apabila kita makan rasuah,kita sebenarnya tidak yakin bahawa Allah lah pemberi rezeki .Kita tidak menerima Allah sebagai ' RAB ' kita *[ Erti 'rab' ialah penjaga, pengurus dan pentadbir. ]
*Apabila kita ' terima dan bergantung hati 'pada imbuhan ' insurans ' [ insurance ] sebenar nya kita telah meninggal hakikat ' tawakkal'
*Apabila kita hanya datang ke masjid sebulan sekali atau seminggu sekali sebenarnya kita telah sama tarafkan masjid dengan kuil dan gereja
*.Apabila kita merayai hari keagamaan orang kafir sebagai konsep satu malaysia
sebenarnya kita telah menafikan perintah Allah swt dalam surah Al- Kafirun
{ Ertinya kita adalah mazhab ' Pluralism "}
*Apabila ahli ahli ugama, pelajar pelajar dan menteri menteri kita lebih membanggakan
'kot dan tali leher' daripada ' kupiah dan jubah' sebenarnya kita telah membenci cara
dan gaya hidup nabi kita.
*Apabila bila kita menerima hukuman mahkamah 'civil dan ' common law ' sebagai hukum negara, sebenarnya kita telah membelakangkan undang undang Allah swt.
*Apabila kita menghabiskan waktu berjam jam dan wang beringgit ringgit untuk surat khabar majalah dan television ,sebenarnya kita telah melemparkan buku Al-quran sebagai sumber berita.
*Apabila kita biarkan isteri dan anak gadis kita membuka aurat aurat mereka tanpa susila serta segan silu ,sebenarya kita telah melacurkan harga sebuah maruah diri dan bangsa.
*Apabila kita mengadakan kenduri dengan adat bersanding dan hantaran puluhan ribu, sebenarnya kita telah kembali ke budayaan Hindu purba seperti Malayu kunu di pulau Bali.
Begitu banyak lagi hingga tak terlarat nak tulis , setiap suruhan Allah swt , kita lakukan yang sebaliknya,
Anda jawab sendiri - " ada kah orang melayu sebenarnya menerima islam atau menolaknya?"
MELAYU
[ 1 ]
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Baju perang Raja Haji, Pahlawan Melayu. |
[2]
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
[3]
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka.
oleh: penyair besar.Usman Awang.
" I will not have a son who cannot hold his head in the gathering of the clan. I would sooner strangle him with my own hands. " kata kat dari ketua 'tribe' dalam novel 'Things Fall Apart. - CHINA ACHEBE. Nigerian
No comments:
Post a Comment
SAY WHAT YOU THINK OF THIS ARTICLE.