Popular Posts

Wednesday, January 19, 2011

Part 2::~Pathoni~Siam - secawan teh......

                                            التد بير      نصف    المعيشة                 

 Altadbiiru  nishful ma ii syati : "
Tadbir ialah setengah dari  penghidupan "
                                                 * al- Hadis *
Anda  boleh memasuki ke Thailand melalui jalan darat di dua pintu masuk.Jika anda
berkenderaan, anda masuk melalui Kayu Hitam - Danok .Atau anda ingin bersantai dalam buaian keretapi, anda akan sampai pintu masuk di padang besar - pekan Siam.Tukar wang di sempadan lebih menguntungkan dan jangan lupa untuk tukar secukup untuk diguna disana.
Dan anda kena "standby" rm 2
sebagai " duit kopi" pada pegawai imegresen siam selepas anda cop passport. Jangan tanya untuk apa, kerana payah nak terangkan.Anggaplah jawapan seperti lagu oh bangau oh bangau
- ".Memang sudah menjadi makanan ku".Sebenarnya duit-duit itu akan di kumpul dari pagi hingga petang,Kemudian akan di agih-agihkan pada pegawai-pegawai yang bertugas atau mereka akan habiskan dengan makan minum serta  bersantai selepas berkerja di waktu  petang.. cukai Ali baba 40 penyamun.
Kali ini aku masuk melalui pintu Bukit Kayu Hitam.Tiga hari yang lalu,  aku masuk melalui Padang Besar bersama ustaz Firdaus dengan menaiki  keretapi.Kali ini aku bersama" 4 penyamun tarbus , geng makjun sangkut." _ Paksu sapri, mat semyum,mat pi'ee dan budak sungai petani. Mereka  mempunyai minat yang sama diantara mereka iaitu barang- barang antique.Kami menaiki kereta proton saga, milik Mat Pi" eei  dari Penanti. .Setelah bertungkus lumus dengan hal  ehwal passport, akhirnya kami berada di sebelah sana, Pekan Danok.Dari danok ,kami ke bandar Pattani menaiki van putih dengan bayaran bath:150.Dalam perjalanan yang pertama bersama ustaz Firdaus,kami berhenti di Masjid Tengah Pattani( central Mosque ) dan kemudian di jemput dengan sebuah van oleh rakan Pattani.Kami dihantar ke Masjid kresik

Unik nya kehihupan di Pattani ialah  anda dapat merasai kehidupan "original "melayu kelantan.Teh di warong akan di hidang pekat dan susu 3 cm tebal  .Sebuah teko kecil berisi air putih panas akan menemani secawan teh anda.Sembang lah,minum lah,dan tambah air putih panas kedalam cawan anda. Teh masih terasa ' strong ' ... Kuih muih semua nya manis , semanis pelayan warong TMereka sopan dan mudah mesra.tapi ..awas jangan cuba - cuba nak .....!" Takut tak kelik nanti.."Kaum wanita mereka kuat berkerja dan orang lelaki nya..aku kata  " kuat buat Dakwah " Kalau orang Trengganu, kuat main dam dan naik haji.
Ya..orang Pattani sangat tinggi semangat islam mereka.Hanya sekarang tinggal semangat saja.Tewas dek asakan " siamisasi" oleh kerajaan Siam.Dalam tahun 70an, kerajaan memaksa mereka mengunakan namaa siam..Dan aku kesana hanya untuk meniup harapan mereka untuk hidup dalam Islam.Sebenar nya banyak yang boleh kita dapati dari kehidupan mereka.Adat persaudaraan diantara mereka cukup akrap.Layanan tetamu mereka sungguh dipujiSehingga kami sering merunggut kerana " tak sempat lapar",Kehidupan yang sederhana dalam makan minum dan pakaian adalah menarik untuk di perhatikan.Mungkin inilah hikmah rahsia illahi..Hanya sanya bahasa pertuturan melayu hampir-hampir pupus. Aku sempat menyuarakan kebimbang aku atas perkara ini dalam ucapan -ucapan aku di beberapa surau dan masjid di Yala , pattani dan santul.Harga barang tidaklah begitu murah, tapi kreatif.Kentang " spring" yang sedang "hangat" di Malaysia besar kemungkin asal dari sini.                                                                             
Sebenarnya secara senyap-senyap , usaha dakwah serta  tabligh, telah banyak menyelamatkan agama orang  melayu Pattani..Aku sendiri telah berpeluang bersama angkatan Awalin Mubaligh-mubaligh Dakwah membuat usaha di Istiqma' Yala pada tahun 1982 ( ? / 83 ) Ramai ulama'-ulama' pondok bangun  dan langsung mengalas" beg dan bedding" keluar "khuruj fi sabillillah." Memang tak di sangkalkan, keadaan mereka ketika itu sangat daif dalam banyak segi. .terutama sekali dari segi wang ringgit dan alat komunikasi ,tapi berbekalkan satu keyakinan,mereka merendah lurah dan lorong, bukit dan hutan ,laut dan darat. Dengan  berbekal  satu keyakinan iaitu  cara kerja Dakwah Nabi Muhammad sallahu alai wa sallam akan membuahkan ' harapan ' untuk umat  Islam seluruh alam.

  ..Berbekalkan dengan satu keyakinan terhadap cara Dakwah Nabi Muhammad saw, usaha ini telah berjaya me"transform"kan orang-orang islam biasa menjadi seorang mubaligh.Setiap orang Islam tidak kira apa bangsa nya, bahasa pertuturanya dan ideologi parti politiknya,mereka dibangkit agar sanggup untuk berkorban di jalan dakwah.Tiada nama, tiada  pangkat untuk di rebutkan dan tiada parti politik untuk di gulingkan.Hanya memenuhi tuntutan Allah swt  dan cari kegembiraan Nya .Nabi yang mulia telah buktikan pada dunia yang lampau dan insyaAllah akan terbukti masa mendatang.Sejarah di Nusantara telah membuktkan bahawa Islam masuk dalam kehidupan orang sini tanpa peperangan .Hanya melalui kerja - kerja dakwah  mubalighin .Islam..           
                     
 .Aku merasa bertuah kerana dapat beriktikaf selama 
  2 malam di masjid Kresik.Masjid yang berusia lebih
  dari 500 tahun ini banyak menyimpan rahsia dan peristiwa        suka duka. Hang Tuah pernah tinggal beberapa lama di sini
dan mesjid ini di panggil masjid Hang Tuah.atau Masjid Pintu Gerbang.Di khabarkan bahawa Panglima Hang Tuah kerap berada di sini untuk urusan negara Melaka.Dikatakan ,sultan Melak membeli meriam kuning dari kerajaan Pattani.Kuning kerana meriam ini di buat dengan menggunakan tembaga campuran.Telaga Hang Tuah masih di guna pakai oleh orang tempatan.di sini. { Gambar menunjuk perigi Hang Tuah. dan Masjid Kresik }
Semangat serta nostalgia pada kedaulatan kesultanan Pattani dulu masih membara dalam jiwa orang tempatan .Kerajaan kesultanan Pattani tumbang ditakluki oleh Siam pada tahun 1765..dan pada 1816 negeri Pattani telah di pecahkan menjadi tujuh wilayah kecil.. Kemudian pada tahun 1902 Raja Rama v  telah menjadikan ketujuh-tujuh wilayah ini milik penuh Siam.Bantahan secara resmi telah di laku oleh tokoh - tokoh  tempatan seperti Haji Sulung.Sayangnya beliau telah di penjarakan pada tahun 1948. Akhirnya pada tahun 1960 lahir puak pemisah pattani yang di panggil PULO.Usaha pemerintah Siam untuk menukarkan  budaya orang Pattani kedalam  budaya Siam telah membangkitkan  lebih banyak penentangan daripada  rakyat.Apa kesudahan pejuangan ini? ,sama -sama lah kita saksi sejarah masa mendatang.
.Masjid Kresik  secara senyap menanam akar umbi bangsa Melayu Pattani. Dibina oleh Sultan Ismail Shah pada tahun 1557. .Sheikh Said  sebagai juru seni bina  telah menjadikan masjid ini 
Masjid pertama di Tanah Semenanjung Melayu.Dibina dari batu bata merah dan mimbarnya dihiasi dengan ukiran emas dan permata. menjadikan ianya kebanggaan bangsa Pattani.satu ketika dulu..
Masjid ini terletak dihadapan istana Nilam.  Kerajaan Siam telah gagal dalam usaha untuk menghilangkan identiti  keislaman disini..Lebuhraya hendak  di buat atas tapak masjid ini.Tak cukup lagi malah tanah masjid  disebelah hujung,telah  di bangunkan sebuah Kuil Cina- kuil peringatan kematian kaum Cina.Kerajaan Siam telah menperalatankan kaum  minoriti Cina untuk dilaga-lagakan dengan orang Melayu Pattani.Kaum Cina dari seluruh pelusuk  tempat melakukan  upacara keagamaan  di sebelah Masjid ini.Akhirnya kesabaran hilang , maka tercetus tindakkan  nekad beberapa orang islam yang   tak terkawal. semangat seta emosi  mereka..Sekali lagi pada tahun 2004, darah orang islam melumuri tangan Taksin durjana.                     Jasa Ulama'-ulama'Melayu Pattani tak boleh di lupai. Jasa dalam memperkayakan keilmuan Islam di negara  kita,Malaysia. Siapa yang tidak kenal Ulama' Agong Syaikh Daud al- fathoni ( 1769 - 1847 ) Tok Guru Wan Ahmad Pathoni, dan ratusan genarasi ulama' kitab,cerdik pandai dan pemuka - pemuka gerakan yang sangat berjasa.Mereka ini telah berjaya  membangunka pengajian                                                                                                                                                                                     
pondok di serata Tanah Alam  Melayu.Memang sudah menjadi adat orang Pattani,mereka merantau jauh -jauh dalam membina kehidupan disebabkan tekanan penjajahan Siam..
Maka sebagai hikmah illahi,banyak lah ulama' Pattani menabur jasa dan bakti di Malaysia Sumatera dan sebagainya.
Islam datang sebagai gagasan tamaddun.Islam adalah ugama 
tertib hidup.Nabi Muhammad saw datang bawa " adab 'Islam bukan budaya atau adat datuk nenek. Nabi bawa cara tertib kehidupan.Nabi bawa al-quran dan as-sunnah. Amalan islam tidak akan masuk ke dalam kehidupan  sesiapa yang tidak bolih hidup beradab.. Kaum penjajah barat hingga kini tidak henti-henti memecahkan benteng adab islam. Maka anak-anak islam roboh tersungkur dalam kehidupan tanpa adab.Dulu Nabi yang suci murni datang ke tengah-tehgah kaum arab dan mengajari mereka  adab tatasila..Nabi mengajari mereka dari pada ' adab tandas , adap makan dan berpakaian hingga adab- adab beribadah dan  adab tadbir negara.Pendek kata ,mereka mula berubah dalam semua sudut tata cara kehidupan.Akhirnya seluruh kaum arab berubah.Dari jahiliah menjadi "Ahasanul Khaliqin."Sebaik-baik kejadian.Dunia ketika itu mula berubah.Mereka pandang kemajuan dan kemodenan ada pada kehidupan Islam.Mana -mana negara yang tidak ambil islam akan ketinggalan zaman.Apa yang rasa ada pada islam ketika itu.? Ya.! Waktu itu
kelompok islam terdiri daripada golongan yang telah di tarbiah untuk tidak pandai berdusta dalam percakapan, tidak mahu mmenyusahkan orang lain,tidak tahu tipu dacing ketika berniaga.Isteri tidak mengerti untuk membelanja harta suami secara membazir,suami tidak tahu untuk bercakap hendik dan kasar pada isteri, suami membantu dalam perkerjaan rumah dan mereka menyembah Allah dengan sebenar-benarnya.Dalam masa yang singkat saja dua pertiga dunia menerima amalan islam.

Kemudian  Islam mengelami kemerosotan. Kenapa ? Ya ! kenapa.Banyak faktor-faktor yang bolih kita kaitkan tapi punca
sebenar adalah " CINTA DUNIA".Nabi dan para sahabat  telah lari daripada  kecintaan "dunia,"tapi umat hari ini telah mengejar nya..Akibat nya terjadi lah puak yang sembahyang lima waktu membunuh puak yang juga solat lima waktu. Mereka bertemu  diantara mereka dengan perasaan hati  yang penuh kebencian.Mereka buang cara hidup beradab sunnah dan mula menipu dalam mengumpul harta dunia.Nilaian panghormatan  mereka berpandukan kepada banyaknya wang ringgit.Hati mereka keras.Lidah-lidah mereka mula mencerca kehidupan beragama.Generasi mereka terasa malu untuk mengamalkan sunnah Nabi mereka.Akhirnya mereka di musnahkan oleh musuh-musuh mereka dengan penuh kehinaan.Aduh hai.iiii...!!!
                                     Sekadar sebuah renungan. Sebuah episod.Sebuah kisah.  Empat ekor anjing. dan satu ketul tulang.: Empat ekor anging.sekeluarga.sebaya.Kehidupan mereka tenang.Bersantai bersama.Bergurau  tampar menampar , gigit mengigit dan  kejar mengejar..Semua dalam suasana riang dan mesra.Dan pada satu hari ,melewatilah sesaorang dengan berkenderaan.lalu mencampakkan seketul tulang bersalut  sedikit sisa-sisa daging.Salah seeekor dari mereka bangkit lalu meluru kearah ketul daging tersebut.Tiga ekor lagi pun bangkit lalu meluru kearah yang sama..Dimulut anging yang pertama itu sekarang  ada seketul tulang bersaluti cebisan daging.Kali ini  kejar mereka  dengan perasaan merampas.Kali ini gigit  mereka untuk menyakiti. Kali ini mereka  menampar untuk mempertahankan hak milik.Akhinya  berlakulah  pergelutan yang bersungguh- sungguh  dan sengit serta trajis.Terjadilah korban ..Darah mula mengalir dan terus mengalir...selagi tulang berada di bibir mulut.! selagi perasaan tambak mendada .selagi jiwa menguning.!..



Thursday, January 13, 2011

Part 1:Tom Yam~Pathoni~Siam - semangkuk kehidupan


 SEJARAH JIKA BERPANDU PADA " MATAN " PENJAJAH, MAKA AKAN BUTA  DAN PUTUSLAH  AKAR  UMBI  BANGSA  INI..........
                                                       .
  TOM YAM - a BOWL of LIFE.......
Keretapi tanah melayu bergoncang menuju ke sempadan Malaysia.Dalam kesejukan embun subuh, keretapi melintas bandar Sungai Petani lalu berhenti sebentar. Aku mulai takbir solat subuh kerana goncangan gerabak terlalu berkocak  ketika bergerak.Seorang saudara seislam yang baru selesai solat, mempelawa tempat solat yang beralaskan plastik sebagai sajadah.Kami gunakan ruang pintu tangga untuk solat.
Dua gerabak penuh di isi  dengan pekerja-pekerja restaurant Tom Yam..Semuanya lepak lena berbantaikan kursen hadapan sebagai sandaran.Aku dapati  kebanyakan mereka mengenakan fesyen tudung  lilitan kepala ala  Yuna.Sungguh lena mereka di ulit mimpi tanpa terasa perit payah datuk nenek mereka berkorban untuk  kekal merdeka dari cengkaman Siam.Ustaz Firdaus melaksanakan solat nya di ruang tempat duduk.Terdapat sedikit ruang muat untuk seorang.Dah hampir 54 tahun  Malaysia menjerit merdeka , tapi masih payah bagi anak bangsa hendak solat.

          
Dalam Hikayat Merong Mahawangsa ada menceritakan bahawa Puteri Raja Merong Mahawangsa Maha Pudiati telah memberi nama 'Patani' ini  sempena nama sebilah keris ' Lela Misani "Manakala dalam Kitab Tarikh Patani ,mendakwa salah seorang anak raja Langkasuka yang telah membuka ' Petani'. Manakala seorang ulama Patani yang bernama Asy-syaikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa al- Fatani telah mengubah nama Fa taa ni kepada Fa tho ni mengikut umbi kata bahasa arab.Fa tho ni  bererti  pandai dan bijaksana.Manakala ' fataani' membawa erti fitnah ,huru hara dan kacau bilau.Mengikut cakap mulut pula, aku diberitahu asal ' petani ' ialah ' pantai ini '.Walau apapun ,sejarah 'survival' bangsa melayu ini sungguh hebat dan kini menyedihkan.Banyak pahit maung mereka lalui yang mereka simpan dalam lipatan sejarah yang tak bertulis.Nasib  mereka bela bersendirian.Dulu Pattani adalah kerajaan separuh daulat.Kerajaan kesultanan Pattani Darul Ma'arif./ Darus Salam .Mereka bayar ufti pada Kerajaan Sukhothai dan Ayutthya.Setelah jatuhnya kerajaan Ayutthaya pada Burma dalam tahun 1767,Kesultanan Pattani mula bebas penuh.Tapi takdir tidak tersurat lama, mereka tumbang pada Raja Rama ,lalu di jajah oleh Siam.Bak di tuang air garam pada luka yang masih berdarah, pada 1909   nasib mereka telah
dijajah secara rasmi oleh  satu Pakatan perjanjian antara pihak British dan Siam dibawah tandatangan-  'Anglo - Siamese Treaty ". Wilayah Yala dan Narathiwat di 'siam'kan sepenuh nya.Kini mereka pasrah dan menelan pahit penjajahan.Kedaulatan mereka berkubur.Bahasa Siam  disuburkan  di lidah-lidah anak-anak zuriat muda mereka.Marah dan dendam dah tak terpendam lagi, akhirnya  terpercik keluar   jua.Timbul semangat pembebasan  dan pemberontakan dan terjadilah  korban berdarah.

TAK BAI : Peristiwa pembunuhan kejam terhadap penduduk melayu Pattani. Kejadian ini adalah hasil propaganda Anti-Pengganas yang dijalankan oleh Bush dan sekutu-sekutu nya.Dan Taksin adalah seorang dalangnya.
Peristiwa berlaku pada bulan ramadhan tahun 2004.Seratus lebih  korban.Kematian yang menyayat hati.Sebelum peristiwa Tak Bai terjadi,beberapa penduduk telah di tahan di balai polis atas tuduhan memiliki senjata berat.Bagi penduduk setempat,mereka-mereka yang di tahan adalah penduduk biasa yang tidak terlibat dalam gerakan pemisahan.Tetapi tak dinafi keesokan hari ada individu yang membuat rancangan sulit untuk mengumpul orang ramai agar membuat protesdi balai polis tersebut.Orang ramai di kumpul pada keesokan hari secara helah tanpa mereka sedari apa-apa motif.Mereka di hebah bahawa ada prmberi zakat di sesuatu tempat.Ramai yang hadir.Setiba ditempat yang di janjikan, mereka di khabarkan bahawa tempat agihan zakat telah di pindah di lokasi yang berhampiran dengan balai polis.Sesampai di sana,mereka terperangkap.Barang zakat entah kemana dan yang menanti mereka adalah pasukan tentera yang bengis.Maka terjadilah sejarah Hitam.
Mereka di sirami air pemedih mata dan tembakan.Tujuh rebah di tempat himpunan.Ratusan pemuda dan wanita di paksa meniarap dan di tanggalkan baju, lalu tangan di ikat kebelakang.Mereka di humban dalan trak yang kecil bertindih beberapa lapisan.Ada yang memberitahu setinggi lapan lapis.Dalam keadaan begitu mereka di bawa ke pusat tahanan tentera Ingkayutthboriharn.Masa perjalanan selama 6 jam.Akibatnya 80 orang mati kerana panas dan sesak nafas Mati kelemasan...Si Jahanam,Taksin kemudian berkata " mereka mati kerana  lemah akibat berpuasa.".Tentera yang melakukan kekejaman dilepaskan tanpa apa-apa hukuman.Begitu lah sejarah nya.Mungkin di lupai oleh negara dunia tapi tidak di hati penduduk pattani yang di jajah itu.
                  Bendera Harapan Melayu Patthoni
   Keretapi Tanah Melayu sampai di Padang Besar pada pukul 8:00 pagi.Penumpang  penumpangnya yang kebanyakkan penduduk Pattani bergesa-gesa menuju ke pondok kastam dan immigresen. Aku bersama ustaz Firdaus terus ke pondok " money changer" Duit RM.100 dapat Bath 95+saja...Ekononi dah pulih kata Utusan(?) Atau indah khabar dari rupa.Pada datuk-datuk Menteri teruskan songlap duit rakyak biarkan perut kamu borui dan muka kamu lebam, tak bercahaya hidayat.Adakah harapan untuk bangsa yang menyuburkan serta membesarkan perut dengan minum darah,peluh dan air mata orang lain ? Ayuh! Sedarlah...
            mengapa kau tak bercerita lagi?

                  maafkan aku,
                              pendengar,
                              kerana yang bercerita
                              itu suara bebas
                              berkata dengan layang peristiwa.
          
                  derita tidak memiliki bahasa,
                  yang dirasakannya hanyalah
                  seksa.

                               tukang sihir sudah meninggal,
                               mangkuk manteranya
                               gugur dari meja tulis, 
                               suaranya ditelan lumpur bisu.
                               aku tak mungkin bercerita lagi.
                                 muhammad Haji Salleh.