Popular Posts

Friday, December 30, 2011

2012 - TERSINGKAP LAH LEMBARAN BARU - & BERLABUHLAH CATITAN - 2011.

BLESS TO ALL BELIEVERS  OF ' LAA ILAHA ILLALLAH' .
 2012 - Ini bermakna mukasurat  baru di lembaran  buku catitan 'amal telah tersingkap buka..  Lantas tercurahlah deritan  jutaan  harapan serta angan angan  yang tidak putus putus, menanti diambang 2012.
Manakala  entah berapa saat lagi masa yang masih  tersisa  untuk aku di bumi ini.......
BIAR lah aku akhiri tahun 2011 dengan sebuah sajak yang aku kutip entah di lembaran mana, aku tidak mengingatinya lagi. Hanya yang tinggal adalah catitan ini. Makna perkataan nya sungguh merangsang sekali.hayatilah............
 " NEVER ADMIT THE PAIN ,   BURY IT DEEP,                                                  ONLY THE WEAK COMPLAIN,  COMPLAIN IS CHEAP,  
  COVER YOUR WOUND,  IT'S CURTAINED PLACE                                     SILENCE IS STILL A CROWN,  COURAGE A GRACE. "

      " JANGAN SESEKALI MENGAKUI KEPERITAN,
        TANAMILAH SEDALAM DALAMNYA,
        HANYA SI LEMAH  MENGADU MENGELUH,
        KELUHAN HARGANYA  MURAH ,
        TUTUPILAH   LUKAMU,
        IANYA ADALAH LABUHAN TIRAI,     
        BERDIAM  MASIH SEBUAH MAHKOTA
        KEBERANIAN ADALAH RAHMAT ."

TAHUN 2011.....
       Sebulan penuh dalam bulan Disember ini, aku labuhkan tirai tahun 2011  dengan ber'uzlah selama 40hari diJalan Dakwah. Dalam masa sesingkat itu, banyaklah  imbasan gambaran waktu silam sepanjang setahun,  menerpa kedalam benak  ingatan aku. Aku terasa malu diatas tingkah laku buruk yang telah ' berlaku'.Lantas tersungkur aku  dalam keaiban dan kekesalan.Terlalu perit dan payah untuk bertarung dengan hawa nafsu serta tabiat yang telah sekian lama rosak.Tahun 2011. Kepada Allah swt jua aku pohon jutaan kemaafan serta taubat. Kehadrat Allah swt jua di pohon jutaan taufiq hidayatnya yang berterusan.

Tahun 2012....
Masa hadapan. Ini kalau salah faham, akan jadi masa sia sia dan angan angan semata mata.
Tahun baru, ramai akan tergila gila membuat azam  dan cita cita baru.DJ radio pun bersemangat menjadikan topik ini sebagai satu 'tema' slot hari itu.Begitu hangat di uar uarkan hingga menjadi satu kemabukkan.
PEJALANAN KU

Apakah yang mesti kita jadikan ' cita cita' ?

Cita cita yang sebenar adalah cita cita yang telah di khabarkan oleh Nabi Muhammad saw. Apa kah cita cita beliau ?. Baginda Muhammad saw bercita cita besar agar umat ini menerima kalimah yang dibawa. Umat ini memghayati agama yang telah di sempurnakan oleh Allah. 

Umat ini telah di hantar untuk persediaan kehidupan Akhirat.
Umat Islam adalah umat yang beruntung. Ditangannya telah ada  ANAK KUNCI yang sangat bernilai. . Anak kunci untuk membuka pintu kebahagian, kesejahteraan dan keselamatan kehidupan  Akhirat. Kehidupan yang sebenar benarnya.Kehidupan yang pasti. Untuk sampai bila ? Sampai bila bila bila bila bila ...........Tapi sayang sekali, kemabukan telah membuat segelintir umat terkeliru, mereka pilih untuk membuang anak kunci itu. Mereka  menjadi ' buta'. Buta mata hati.Mereka tidak lagi dapat menilai harga kalimat suci yang berpaut didalam qalbu mereka. Mereka telah mabuk, tidak dapat membeza antara halal dan haram. Mereka telah  di mabukkan dengan dua kemabukkan.
                  Pertama....Kemabukkan Dunia.  Hati di sibukkan melayan kehendak hawa nafsu..pakaian paling cantik, rumah paling besar, kenderaan yang paling gengsi, perabut rumah yang paling selesa dan ini semua milik saya..saya..saya..saya...
                  Kedua......Kemabukkan kejahilan. Kejahilan ini bukan kebodohan otak, tetapi terhijabnya ilmu nurullah dalam mata hati. Maka dia jadi
                    a. tidak tahu menahu tentang hakikat dan kepalsuan..
                    b. salah tahu, maka salah faham kerana salah berguru.
Mabuk jahil ini akan menyebabkan , sijahil itu bertindak salah dalam hidupnya.Dia salah tafsir. Dia penuh yakin, duit, tanah, isteri dan anak cucu, itu semua dia punya. Dia berkata " Allah beri sepenuh kepada dia ". Orang ini sedar dan tahu apa yang telah berlaku, yang sedang berlaku dan akan berlaku semua dalam qudrat Allah dan milik Allah. Dia tahu apa yang telah berlaku pasti tercatit dalam buku a'malan nya dan akhirnya semua yang di kumpulnya akan di tinggalkan serta akan di tanya, namum di sebabakan kemabukkan itu, dia terus yakin pada duit, bila ada duit semua akan terlaksana. Hati yakinnya tergantung pada duit.Mereka mula yakin benda benda yang dia kumpul boleh memberi dia manafaat serta boleh mendatangkan mudarat. Dia yakin apa yang berlaku  BUKAN diatas kuasa dan kehendak Allah. Ini dipanggil " Mabuk Jahil "
 Apa pula azam kita?
 Azam yang sebenar adalah azam para para sahabat Nabi Muhammad dan bagi sesiapa saja yang menjadi pengikut  mereka.
Azam mereka agar seluruh kehidupan manusia bercuaca dengan cuaca kalimah ' Laa ilaha illah.' Manusia hidup dalam pelukkan iman.Untuk ini mereka berkerja kuat untuk merealisasikan perkara ini.Kehidupan yang macam mana?. Kehidupan yang bercorak  dengan segala gerak geri sunnah Nabi yang mulia, Nabi Muhammad (.semoga rahmat Allah bercurah curah keatas baginda. )

BUTA MATA TAK SEMESTINYA BUTA HATI
Maka, buat lah azam dan cita cita kita untuk berkerja untuk Allah dan usaha ugama Allah. Hidupkan  amalan dakwah di seluruh tempat. Pergilah dengan harta sendiri berserta sikap pengorbanan ketempat tempat manusia gersang keimanan, berusaha untuk hidupkan amalan dakwah, solat, tilawah dan berkasih sayang antara saudara seislam dan hubungkan manusia sejagat kepada Allah yang maha berkuasa.

Nabi Muhammad saw berdoa " sangat beruntunglah, sangat beruntunglah hamba Allah swt yang menjadikan dirinya  ' kunci ' untuk membuka pintu kebaikkan dan menjadi kunci menutup pintu kejahatan" dan " celaka lah orang yang mana diri, harta dia menjadi kunci kejahatan dan kunci menutup pintu kebaikkan ".
Amin. Semoga Allah swt pilih anda dan saya untuk Agamanya.








     

Wednesday, December 28, 2011

PERKATAAN ALLAH ADALAH TERLALU HEBAT.

Diantara kehebatan Allah ada lah ciptaan nya.
         
  KALAM ALLAH SWT  adalah terlalu hebat. Para sahabat Nabi Muhammad dapat merasai kesan perkataan Allah. Mereka menyakini bahawa perkataan yang disampaikan  oleh utusan Allah yang  bernama Muhammad saw  adalah benar  benar daripada Allah. Ayat ayat wahyu yang dibaca oleh Muhammad benar benar mengesankan hati mereka.Lantas air mata bercucuran. Hati menjadi lembut dan sebak.
             Allah sendiri berfirman tentang kesan ayat ayat  Al-Quran terhadap para sahabat Rasullullah saw.Allah berfirman : ,,,,,,,,
                             " dan apabila mereka mendengar apa yang di turunkan kepada Rasul ( Muhammad ) kamu dapat melihat mata mereka berlinangan air mata di sebabkan kebenaran yang telah mereka ketahui . ( Al- Maidah 83. )
Manakala para malaikat pula bertindak berlainan tatakala mendengar firman Allah swt. Oleh kerana begitu hebat perkataan Allah swt, para malaikat saling memukul sayap sayap mereka.
Nabi bersabda : Apabila Allah menetapkan sesuatu di langit, para Malaikat akan memukulkan sayap sayap mereka kerana ketakutan dan kepatuhan kepada perkataan Allah Swt. Ketetapan Rabb ( tuhan) mereka mengeluarkan bunyi kepada mereka  seperti bunyi ( gemerincing ) rantai di atas batu yang licin.Apabila hati mereka agak berkurangan rasa takut, mereka bertanya  satu sama lain, apa yang di firmankan oleh Rabbmu.? Mereka menjawab bahawa  apa saja yang Dia perkatakan, adalah  kebenaran. dan Allah swt, Dia lah maha tinggi lagi maha Benar. ( Hr. Bukhari ) 

MASJID JAMEK DELHI SEKARANG 2011
             Dulu. dimasa zaman kerohanian, terdapat seorang sufi  di satu sudut pintu masuk  masjid delhi . Dia di anggap gila kerana setiap waktu kedengaran kalam merapu terpancut dari mulutnya.Perkataannya kedengaran dengan jelas begini : 
" Engkau bukan tuhan ku dan aku bukan hamba mu . Oleh itu kenapa aku harus patuh kepada mu ? "
Perkataan ini di wirid berulang ulang setiap hari.Tiada seorang  pun yang datang bersolat berhenti dan bertanya akan makna dan maksud perkataannya itu. Mereka sekali pandang dan dengar, terus menghukum, dia sebagai orang gila. Kalamnya di anggap kalam yang tidak masuk akal. Hingga lah pada suatu hari,datanglah seorang pemuda lalu bertanya apa erti perkataannya itu.
MUNGKIN DISINILAH SISUFI ITU BERMUJADAH
Terlihat wajah yang gembira, apabila sudah sekian lama, baru ada seorang pemuda yang peduli untuk bertanya.
" Aku beranggapan sudah tiada orang yang berakal di seluruh delhi lagi.Rupa rupa masih ada seorang pemuda cerdik di Delhi.Kebanyakkan yang lalu lalang disitu, adalah orang orang yang suka membuat keputusan sebelum bertanya dan mengerti keadaan yang sebenar.Mereka menghukum tanpa mengerti.Bertanya lah." kata ahli sufi itu. "  Maksud perkataan aku adalah kalam celaan kepada nafsu aku yang tidak henti henti menyerangi . Aku lawan setiap kali aku di serang. Aku katakan kepada nafsu bahawa dia bukan tuhanku yang selayaknya aku patuhi.Manakala diri aku bukan hamba nafsu.Justeru itu kenapa aku harus mentaati nya.?
 Kebodohan pertama manusia banyak ialah membuat keputusan sebelum bertanya.

Sunday, November 13, 2011

BICARA CINTA & SEMBELIHAN KORBAN

Air Kijang
                         SEMBELIHAN KORBAN  TANDA PEMUTUSAN  CINTA & KASIH SAYANG
                                       HANYA UNTUK  ALLAH TAALA YANG MAHA ESA.
                                                   TIADA RUANG UNTUK YANG LAIN.
SEMBELIHAN KORBAN
                                                                           
ALLAH SUBHANAHU  WA TA'ALA  memberi isyarah tentang  cinta hamba kepada nya dalam firmanya  " Sekali kali tidak akan sampai kepada Allah SWT daging daging dan darahnya, tetapi yang sampai hanyalah ketakwaan  dari kamu sekalian " Al- Hajj 37. Puncak takwa adalah perasaan cinta. Rasa cinta  adalah penolong terbaik untuk patuh dan tunduk kepada Nya.

               " Sesungguhnya orang yang mencintai akan mentaati yang dicintainya."


 ALLAH SWT yang Maha Kuasa, Maha Suci lagi Maha Mulia  adalah Maha Cantik dari segala kecantikkan. Maha Indah dari segala keindahan.  Sesungguhnya Dialah yang Maha Pecinta, yang memiliki kuasa cinta yang tiada batasan dan memiliki kesempurnaan yang tiada  pengakhiran. Maha Agongnya. Dia meminta pengorbanan cinta sebagai bukti sebuah ' cinta'.
PENYATAN KECANTIKAN ALLAH SWT.
       Qais Amiri adalah kekasih Laila.Sekali mata memandang akan diri si-Laila, terlahir sebuah bibit cinta di dalam hati.Dalam laman hati ada taman bunga .  Maka tiada sangkar hati yang mampu untuk membendung limpahan rasa api cintanya terhadap Laila. Lidah di basahi dengan sebutan nama Laila siang dan malam .Akhirnya  dia di gelar 'si majnun' atau si Gila  Apabila Si Laila istiharkan pemintaan  darah dan daging semangkuk pada siapa yang mencintai dirinya,  segera disambut dengan pertanyaan ,  bahagian daging yang manakah yang di minta secara  khusus oleh Laila.,  walhal  pendakwa pecinta palsu yang lain,  lari bertempiaran.
ADAKAH INI LAILA ?
       Begitu jua akan Nabi Ibrahim, yang mendapat jolokkan sebagai ' Khalilullah ' atau kekasih Allah. Di tuntut bukti cinta yang  khusus  hanya untuknya saja. Tiada dua atau tiganya.Cinta Nabi Ibrahim akan anaknya Nabi Ismail, adalah cinta seorang ayah yang penyayang terhadap anaknya yang sangat berbudi dan santun. Dalam rasa rindu dan sayang Nabi Ibrahim  terhadap anaknya,  Nabi Ismail,  anak yang  telah  telah ditinggalkan selama 12 tahun di tanah tandus yang kering kontang,  telah di tuntut oleh Allah swt akan  tambahan pengorbanan. Kali ini,  bukti cintanya bukan sekadar  berpisah jauh antara jasad, tapi di minta korban nyawa.Bukan nyawa seekor  sapi, tetapi nyawa seorang manusia. Bukan  nyawa sebarang manusia, tapi nyawa manusia yang menjadi nyawa anaknya sendiri. Bukan nyawa anaknya, tetapi nyawa satu satu nya nyawa anaknya ketika itu.
SAUDARA MARA DI HARABAN.
       Allah swt menguji hati dan perasaan Nabi Ibrahim.a,s.   Allah secara khusus memilih cara ' sembelihan' daripada cara yang lain. Kalau sekadar mematikan, cukup di bayar upah kepada sesiapa untuk menjalankan kerja yang menyayatkan hati itu. Atau boleh saja di panah dari jarak yang jauh. Tidak berlaku demikian, malah  diperintahi nya Nabi Ibrahim sendiri untuk menyembelih dengan pisau yang tajam. .Anak yang soleh, lantas siap bersedia untuk di sembelih, tiada rasa takut , malah penuh takwa dan pasrah. Ini bukti cinta. Sembelihilah  semua perasaan cinta terhadap segala yang lain daripada Allah swt. Khususkan rasa cinta hanya untuk Allah.
       Allah hanya mahu melihat kesedian hamba dalam menuruti perintah di  atas dasar ' cinta'. Jika kita umat hari ini ada persediaan rasa ' cinta' tertanam, tacap menjunam kedalam lubuk hati, nescaya tidak akan terlihat keengkaran  dan kemungkaran  dilakukan terhadap Allah swt.
Tatkala pisau tajam  menghiris ke batang leher anaknya, pisau itu tiada upaya  memotongnya. Lantas di tanya oleh Nabi Ibrahim kepada pisau tersebut. Terdengarlah dialog antara dua makhluk  Allah yang  taat  itu. . 
Berkata Nabi Ibrahim : . " Wahai Pisau, kenapa engkau tidak menghiris  putus ? "  Di jawab oleh si Pisau  atas  kudrat Allah swt  "  Wahai, Ibrahim, jalankan tugas kamu dan aku jalankan  tugasan aku,    dan perkara selebihnya akan di sempurnakan oleh Allah swt..
 Maka diterima tanda cinta itu dan di hadiahkan dengan gantian seekor kibas.Hari ini, kalau kita bersedia untuk taati  Allah swt,  nescaya semua perkara yang dirasai ' berat' dalam menjalankan hukum hukum Tuhan, akan terasa ringan, di bantu dan di permudahkan oleh Allah swt.


Praktikal korban :-   Adalah dianjurkan, agar sesiapa yang ingin merasai nikmat melakukan ' korban ' untuk Allah swt, beberapa ulama' ada mengamalkan cara  sebegini. Di beli binatang korbannya awal beberapa bulan,  lantas di belanya  sendiri. Di mandikan, di beri makan, di bawa ke padang, sehingga antara dia dengan binatang itu, berputik rasa kasih dan sayang.  Antara mereka berdua, saling bisa berbicara dan saling memahami. Justeru sampai hari korbannya, dia dengan tangannya sendiri menyembelih binatang tersebut. Baru lah dirasai nikmat mengorbankan  milik yang disayangi semata mata untuk sesembahan cinta kepada  Allah swt.
 NOTA 1  ::JIKA  Anda berdalih susah dan tak reti nak buat ?.Perkataan .mana mungkin nya.,  sedangkn untuk meraihi  cinta makluk saja, anda telah sanggup 'memcerdikkan' diri anda dalam banyak perkara                    Renung renungkan lah.
GUNUNG MERAPI. DARI DARATAN JAM GADANG
                    

Saturday, November 12, 2011

KORBAN - IKATAN ANTARA HATI DAN PERASAAN.

                                        ANTARA HATI DAN PERASAAN 
                                       -KG.HARABAN
RUMAH NENEK KU YANG DISAYANGI-NENEK BULAN
                                              
                              SESIMPULAN  JALINAN. 
            APABILA  aku menjejak kaki ku ke tanah minang ini, aku tidak tahu bagaimana nak menghuraikan perasaan ku.Bumi yang pernah  melahirkan  seorang  ulama' agong, Bung Hamka dan pejuang Bung Hatta. Rasa teruja  serta  gembira tentu lah ada,  rasa berterima kasih pun ada jua, bahkan  bercampur baur  diantara perasaan sebegitu dan perasaan lebih ingin tahu, kerana aku tidak pernah kesini.Lagi pun, semuanya masih asing pada diriku. Tiada kisah lucu,  tiada suka atau duka  yang pernah dialami  bersama untuk di ceritakan kembali bagi menceriakan suasana. Antara aku dengan mereka, tiada pengalaman bersama,  hanya bertaut dengan titisan  ikatan darah yang mengalir dalam tubuhku  ini.
Harapan ku terletak pada kebijaksaan  dan kewibawaan Abdul Latif, sepupu aku yang aku lebih selesa memanggilnya sejak kecil dulu dengan panggilan " aboy " . Abdul Latif telah  di 'baptiskan' sebagai anak Minang asli  sejak 10 tahun yang lalu.Dia kerap kesini.
            Hati dan perasaan  mampu  memberi kesan pada hati pihak  yang kita berkomunikasi.
Jalan curam tak bertangga, begitu lah adanya.
Ia mampu mengheret  badan dan jasad  sesaorang , berjalan beribu batu, semata mata untuk memenuhi naluri yang mendesak itu. Aku ke sini, hanya untuk menunaikan ' rasa ' itu.Ibarat kisah seorang orang kampong di India, pergi berkunjung seorang ulama' terkenal iaitu Maolana Ashraf Ali Thanwi.Sikap orang dusun atau kampong, adalah bersahaja dan tiada beradab.. Tiada kata kata penghias dalam pertuturan. Apabila dia berjumpa Maulana, dia langsung bertanya ' kamu kah ashraf ali thanwi ? ' Di jawab ' Ya , saya.'  Orang kampong itu tak percaya kerana dia mempunyai   alasan bahawa  Maulana yang pernah dia lihat adalah seorang yang kacak, tidak seperti sekarang. Maulana bertanya  bila  dia  berjumpa dengan maulana itu ? .Kata  orang kampong itu  lebih kurang 20 tahun yang lalu. Lantas maulana berkata ' dulu saya muda, mestilah kacak, tapi sekarang dah 20 tahun tentu sudah tua' .Kalau  kamu masih tidak percaya, kamu pergi bertanya kepada orang orang  di sekeliling  tempat itu.. Setelah di tanya dan semua orang menegaskan bahawa dia adalah   maulana  Ashraf Ali, maka dia pun menangis serta minta maaf. Dia meminta untuk  mencium tangan  maulana  tetapi Maulana  berkata tak payah lah. Selanjutnya dia ditanya untuk apa dia datang begitu jauh, adakah dia berhajat untuk sebuah doa agar perniagaan nya maju atau  ada sakit yang ingin  dipinta untuk air penawar ke?. Dia jawab  bahawa dia tidak ada sebarang hajat, hanya  hatinya tergerak dan rasa rindu untuk berjumpa maulana. Mendengar ini, maulana lansung memeluk orang kampong  tersebut  dengan penuh terharu dan kasih sayang. Begitu lah gelora yang terbendung dalam kalbu  serangka tubuh aku ini, hanya seperti biasa, ia nya terpendam dalam senyap, tidak di zahirkan.
BERTAUT IKATAN ANTARA MUDA DAN TUA.


Bersama Pak Tua
 Sebenarnya bumi seberang ini, sentiasa menghimbau rasa nostagik dalam perasaan batin aku. Pertama, bentuk  geografik sekitarnya sentiasa memantulkan  keluar kenangan nostagia   masa kecil aku. Kedua, perasaan persaudaraan seagama yang  sentiasa menggoda kesedaran diri untuk  ,bersama sama  pencinta agama di bumi ini melakukan sebaik baik kerja pengislahan.. Ketiga, ikatan darah keturunan yang jika mungkin di persambungkan.  Aku tersangat terguris dengan wujudnya perkataan' Indonesia ' , seperti mana bencinya aku dengan nama ' malaysia'. Aku ada perasaan tersendiri terhadap keduanya. Dua nama ini adalah pengiktirafan kepada kedua dua bumi tercinta sebagai tanah jajahan mutlak penjajah..Perpecahan dan kejatuhan bangsa bumi ini , banyak bertunjang pada paksi ini.Adakah akan  berubah tidak lama lagi? . Insyallah.
KEHIJAU NAN KALBU HENING DALAM SIRNA.
                                                             
                                               

Tuesday, November 1, 2011

DUBIOUS STRUGGLE.-" THE SEKSUALITI MERDEKA."


THEY CONTINUE THE GAME - A DANGEROUS GAME.
                                              
VOICE  loudly shouted and echoed into far distant. I was perturbed by what  I  heard and  I do not pretend to be a disinterested bystander or  silence observer neither The voice softly lurking and attacking the teaching of Islam They  targeted Islam in Malay's life.. They started saying  verbal ocean of nonsense. full of hatred and disrespects.

 Questioning  every  aspect of  the teaching  code of  Islam, from individualism, liberalism, constitutionalism, human rights, equality, liberty, role of law, democracy, and supremacy of Malay rulers. They talked, insulted and provoked the feeling of thousands  of  the  Malays  in this country. The Malays as usual  in their nature, kept silent but at the same time   absorbed its humiliation, bitterly.  An ability to listen to criticism,  I am  afraid,  is  no one of the traits of the Malays. Thus  if  this state of disgust and humiliation  prolong, the Malays will explodes into ugly ' amok' , a state of no return, bujur lalu melintamg patah.
The racist politician continued   shouted about ' equal right '.They painted a  distorted colour of situations . They shamelessly claimed that  the Malays  and Muslims  are an oppressive inherent  while the Chinese and Indian  as the minority were been  bullied. Discriminated unfairly.
Is it true ?.  In fact, in reality, it happened on the other side. It is the Malays that is in the sad situation.

And today - 2nd Nov,2011...they continue their dubious struggle, this time ' SEKSUALITY MERDEKA'   What is this? Is it not  a moves to pretends men and women  are  indistinguishable and    they  want  women to be man and vice verse ?  And in the end  its  aims to promote division and animosity between the sexes, causing society to disintegrate  at same time,  simultaneously destroying masculinity and femininity. 

 LET SEE WHAT THEY HAVE TO SAY 

                   "SEKSUALITI MERDEKA 2011"
        Queer Without Fear
1 Nov – 13 Nov, 2011
The Annexe Gallery, KL
  "Malaysians have been fearless these past few years.  {This due to the Malays are politically and spiritually weaken and disarrayed } We have demanded for fair elections, for justice, for democracy. Let us then remember that democracy does not only belong to the majority, or the powerful, or the loudest. Democracy belongs to all. Let’s demand for equal rights and human dignity not just for ourselves, but also for those who are different, whether straight, gay, lesbian, bisexual, intersex, transgender, asexual, unsure or simply fabulous. Let’s be queer without fear.
Seksualiti Merdeka, meaning Sexuality Independence, is Malaysia’s only festival celebrating the human rights of people of diverse sexual orientations and gender identities. It is organised by a loose coalition of NGOs, artists, activists and individuals and has been held annually since 2008. The festival programme includes forums, talks, workshops, book launches, art exhibition and performances.
This year, our theme – Queer Without Fear highlights how homophobia and transphobia have negatively affected and continues to affect the lives of untold numbers of Malaysians who are discriminated against and persecuted because of their sexual orientations and gender identities. It is our firm belief that all Malaysians have the right to live and love without fear 

SPONSORS & SUPPORTERS of Seksualiti Merdeka 2011:

Amnesty International Malaysia - Bar Council Malaysia Human Rights Committee
EMPOWER- KL Word- KRYSS -Justice For Sisters- MyConstitution Campaign
MyNetra- Precious Old China Restaurant-PT Foundation- Pusat Rakyat LoyarBurok
Rev Yap Kim Hao- Quek Sue Yian- SUARAM- Tenaganita- Women's Aid Organisation


Another issue, recently that hit hard on the nose of many concerned muslim :     MOHD ASHRAF HAFIZ...sudah tukar jantina
      KUALA TERENGGANU: “Walaupun pemohon sudah menjalani pembedahan tukar jantina, perkara itu tidak boleh dijadikan hujah untuk mendapatkan kebenaran mahkamah. "   Demikian kata Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya ketika menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz, semalam. 
                                Hopefully, this innocent muslim childrens  will not be jeopardize by this crazy movement. By living with full understanding of  islamic  ways of life, every ones  will   be well protected and  satisfied.
 GADIS ISLAM YANG BAHAGIA.
                         

Well, my muslim brothers and sisters, what have you to say.  In my  personal assumption  , there is a dirty hand, manipulated few bunch of insane or  desperados  up there into their game. They wanted to paint  a vision of Islamic women as silent, passive victims to seek to their' adil and brave ' saviours..You, all bapoks, pondans, kunsa dan semua mats  lembut, if you think and felt  that you are being  a victims of deliberate human cruelty,  carried out by  Shariat Courts and muftis  under  UMNOs, who seek to intimidate and  stay in control, you are actually in great confusion. So " MERDEKA and fight " are absolutely dubious and insane indeed. It's a mere dubious and harmful.
THE ONLY FIGHT FOR GENDER JUSTICE WILL STAND THE BEST CHANCE OF SUCCESS WHEN IT COMES FROM WITHIN AN ISLAMIC FRAMEWORK.





Sunday, September 4, 2011

MERDEKA DAN LAHIRNYA ANAK ANAK McDONALD dan KFC.

           SELAMAT AIDIL FITRI DAN HARI MERDEKA.
        Aku seperti orang lain di musim raya, sibuk membawa anak anak berkunjung sanak saudara beraya. Kereta Proton lama aku masih gagah untuk meneruskan khidmatnya.Anda bayangkanlah, kereta proton aku boleh memuatkan seramai  lima orang dewasa dan enam orang kanak kanak.Di susun dengan sistematik dan bersendat macam sardin, akhirnya muat juga..
ANAK ADALAH HARTA. SEPERTI TANAH
            Aku ada banyak anak dan tidak semua ' orang muda dari  generasi moden mu'takhir ini senang dengan angka yang aku miliki. Malah ada yang tidak dapat menerima keadaan aku begitu. Mereka menyangah aku dengan kata kata  yang dengan penuh keyakinan  bahawa banyak anak ini kolot dan menyusahkan. Low class.. Ada yang menegur aku dengan berkata .. "  biar sedikit anak  tapi boleh beri 'quality in life' . Slash. sebiji kena muka aku. Dan di lokasi yang lain, dalam suasana raya ini juga  aku diterjah dengan sindir penuh sinis katanya  " Hai, dukung anak nampak macam tok Wan dukung cucu je."  Berdebuk..sekali lagi . aku di letakkan dalam keadaan 'bodoh' dan 'bersalah'. Diam diam aku merenung wajah wajah mereka dan terfikir " apakah nilai seorang wanita berminhaj moden disisi Allah swt?  Bersalahkah aku bila mempunyai ramai anak hanya kerana aku menolak kaedah 'perancang keluarga' ? Adakah benar pegangan moden tentang kelahiran ini ?  Semua ini berbentuk subjektif. Banyak pendapat dan panjang hujah masing masing Aku bersyukur ada banyak anak dan ini adalah  aset umat islam masa depan. Hanya tanggungjawab aku ialah memastikan, mereka menjadi pewaris kitabul Al-Quran dan Assunnah.
 Kenapa orang agama ada banyak anak? Tak tahukah mereka faedah ' merancang?.Kan susah membela dan kemudian mendidik dan memberi peluang yang terbaik untuk mereka? Ini semua jika kita andaikan ,mereka berpendapatan rendah, tapi bagaimana pula pendirian mereka yang berpendapatan yang duit simpanan nya saja, mati dan hidup kembali, tak habis makan tapi  masih mempunyai  dua atau tiga orang saja tanpa sebarang alasan.?
            Aku dipanggil oleh puan doktor ketika isteri ku akan dibedah untuk kelahiranbaru baru ini. Puan doktor nya ,orang melayu dan bertudung. Di malaysia, bertudung  di kaitkan dengan kuat lah sikit pegangan agamanya manakala yang  menzahirkan rambut dan kepala di pandang sebagai seorang wanita yang sama ada jahil dalam mendapat asuhan  agama oleh emak bapa atau telah ter'bius' oleh falasafah barat.Pertemuan yang  diluar jangkaan aku itu  sungguh mengeciwakan aku. Puan doktor itu  bukan memanggil aku untuk mendapat keizinan pembedahan  tetapi sebaliknya mendesak akusupaya  memberi mereka keizinan untuk melakukan ' ikat' peranakan. Aku memberi jawapan dengan tegas. " TIDAK ".Jawapan ini telah memberangkan hatinya. Dengan nada marah serta mendesak  dia  berkata, " Jadi kamu hendak anak lagi ke?".  Darah aku melambung kepuncaknya tapi tidak terzahir diwajahku. Aku menjawab " Puan tanya saya tentang kerja Allah, saya tak tahu." Allah lah yang memberi zuriat, saya hanya menerima." Dia bertambah berang lalu berkata,  ' terserah lah pada encik.' , lalu mehempas fail di atas meja lalu berlalu. Saya diam, tak kuasa nak melayan.Aku bertawakkal pada Allah saja.Seorang doktor muda, aku kira doktor pelatih, datang memujuk aku.Dia berkata," Sabar,Encik. encik ada hak dalam perkara ini. Tadi, kesemua doktor yang merawat isteri encik bercadang agar isteri encik di beri 30 minit lagi untuk ' labour',tapi doktor itu suruh di lakukan pembedahan segera."  Sekarang baru aku tahu jawapan bagi persoalan  tentang kenapa dalam masa 7 hari saja ,lebih 30 orang  ibu ibu terbaring bersusun dalam wad  akibat bersalin secara 'pembedahan'.Ini gara gara,puan doktor yang ' kemaruk' 'operation'.
            Apa hukum asal 'perancang keluarga' ?. Di maksudkan ' perancang keluarga' ialah  mempergunakan obat untuk mencegah kehamilan'. Disini hukum bolih di bahagikan pada dua sudut. Pertama : Dibatalkan  kemungkinan untuk kebolehan  berhamil sama sekali yakni tidak akan boleh hamil sampai bila bila atau dalam perkataan lain, memandulkan. 
Kedua: Perbuatan menghalang kelahiran anak daripada berlaku atau  menghadkan bilangan anak secara mutlak.
Hukumnya kedua duanya adalah   HARAM dalam keadaan ikhtiari. bukan dalam keadaan dlarurat.
Qaidah dlarurat ialah " Dlarurat dlarurat itu membolehkan segala yang dilarangkan.
 Hukum MAKRUH   pergunakan obat,hanya sekadar mencegah jangan terlalu produktif atau agak melambatkan terjadi kehamilan. . 
Dan  hukum HARUS  merancang dan menyusun keluarga dari segi kesihatan, pelajaran dan kebahagian dengan cara selain dari yang tersebut diatas.
{ Sila rujuk pada keputusan Muzakarah Jawatan Fatwa Kebangsaan pada tahun 1991.Dan  rujuk Kitab I'anatutthalibin,juz II.halaman 256 dan juz IV,halaman 130,bab Jinayat.Dan pada kiatb  Nihayatul Muhtaj,juz VIII,halaman 418 pada kitabul Ummahatil Aulad. }
     Aku berhentikan kereta, lalu memuatkannya  di ruang parkir sebelah restoran Mc Donald. dan KFC. Aku duduk sejenak didalam kereta lalu melontar pandangan aku kearah talian arus ibubapa berserta anak anak mereka,berpusu pusu masuk ke ruang dalam restoran.Semua bergembira ria maklumlah masih dalam suasana raya.Setengah ibu ibu keluar berpakaian fesyen yang tidak menepati syara'.Bertudung tapi berseluar jean ketat. Bertudung tapi berbaju T berlengan pendek.Muka tebal bermake up.Ada ibu dan anak gadis berkilaf. Ibu penuh sopan berpakaian manakala anak gadis mendedah sededahnya aurat. Sang ibu dan bapa boleh redha dan bersahaja.Sang bapa muda membuntut seperti amah Indon, dibelakang sang isteri yang nampak ' dominan'.Anak anak berimej moden.Anak anak  moden. Anak anak yang berselera KFC dan Mc Donald. Anak anak yang sudah lama meninggalkan sambal belacan. Pedah dan busuk, kata mereka. Minah minah kilang dari  kampong pun, tidak ketinggalan.Berseluar dan berfesyen dengan blue berry tidak renggang dari telinga  lagak  seorang  artis.
Mereka semua rasa begitu teruja.           
Rasa  moden.
Rasa begitu terbijak dan terkini
.Rasa hebat.
Rasa berjaya. 
Rasa amerikan.
Rasa serba tahu.
Kami lah anak alaf baru.
Kamilah anak KFC dan Mc Donald.
Kami bukan anak anak nasi lemak.........
Pakcik, ini zaman IT. zaman tanpa sempadan....
Begitu lah dulu aku pernah berbangga pada generasi tua ...
Pakcik , ini zaman Apollo.Zaman orang naik ke bulan lah....
Mungkin masa bapa aku dulu, mereka berkata..
Pakcik, ini zaman merdekalah...zaman baru...
Memang tidak salah.......
Melayu telah merdeka....merdeka ! merdeka !....
Ya ini zaman merdeka...zaman masuk kezaman kejahilan total.
Zaman yang meninggalkan zaman keunggulan.
Meninggalkan zaman kehebatan sunnah dan islam.
Zaman jahiliah moden.
MERDEKA! MERDEKA! 
Lahirlah anak anak Mc Donald dan KFC.
Anak anak berjiwa seperti ayam suntik.
Anak anak yang menanti untuk di sembelih.










Friday, August 26, 2011

MARKAZ TABLIGH :MASJID BANGLA WALI, BASTI NIZAMUDDIN. - SUMBER HIDAYAT UMAT

             BANGLAWALI MASJID , BASTI NIZAMUDDIN YANG BERADA DI DALAM LINGKUNGAN KOTA NEW DELHI ADALAH MASJID YANG BERFUNGSI SEBAGAI PENJANA SUMBER  HIDAYAT SELURUH ALAM. USAHA DAKWAH DAN TABLIGH YANG BERGERAK DARI SITU TELAH MERENTASI SEMPADAN  KENEGARAAN, FAHAMAN POLITIK KEPARTIAN, RAS PERKAUMAN DAN PERBEZAAN MAZHAB MAZHAB.
INI ADALAH ANUGERAH TUHAN YANG BERSIFAT PENYAYANG DAN PEMURAH TERHADAP  UMAT ISLAM MASA KINI..
 y
MASJID BANGLAWALI,  BASTI NIZAMUDDIN

 Tersembunyi dalam rupabentuk kesederhanaan serta di selaputi oleh kemunduran bumi  India,justeru telah menimbulkan  perasaan prajudis dan rasa hina pada pandangan setengah kaum muslim yang egoistik terhadap panggilan dakwah ini,manakala  Allah swt yang maha berkuasa pula dalam rencananya, memelihara usaha agama yang menjadi sumber hidayat seluruh umat di sini. 
Jika anda ke sini, anda akan dapati hampir kesemua orang islam dari seluruh perusuk dunia sedang  bangkit dan menyumbang tenaga untuk  usaha dakwah ini.Dari negara negara Arab, Turki, negara Balkan, China , Mongolia,kepulauan Indies, America, seluruh Eropah dan seluruh kepulauan nusantara, semuanya  bergelut, berlumba memberi masa yang panjang untuk kerja dakwah ini.. Hidayat Allah sudah mula bercucuran.Alangkah malang bagi setengah manusia yang masih lena di ulit mimpi  kepalsuan barat, semata mata diatas nama kemodenan..Ayoh, jangan dibiarkan  diri dalam kerugian lalu  dimamah oleh  beraneka ragam kepalsuan gaya hidup sekular yang dihasilkan oleh  penjajahan Amerika dan sekutunya  Sila berkunjung ke basti Nizamuddin,, anda akan mengenali apa itu 'sunnah ' dan ' dakwah '
BAZZAR DIHADAPAN MARKAZ.




Diceritakan melalui lisan yang aku pernah dengar, bahawa ,tapak banglawali masjid ini, asalnya hutan kecil di pinggir kota new Delhi pada tahun awal penjajahan British di India.Ia dimiliki oleh seorang kerabat raja moghul yang dikenali dengan panggilan ' Nawab' [ Nawab adalah raja untuk raja islam. Di zaman itu, ' raja' adalah panggilan bagi kerabat raja raja hindu ]  Nawab ini ketika itu sedang didakwa oleh mahkamah British dengan taruhan nyawa dan hartanya.Waktu itu adalah waktu susah bagi bekas bekas  pembesar Islam.Orang Hindu menggunakan fitnah dan hasutan pada kerajaan British terhadap orang Islam. Allah gerakkan rencananya dengan penuh kebijaksanaan..Pada waktu yang sama, terdapat seorang alim sufi yang warak,dari keturunan Syaidina Abu Bakar bernama  Mualana Ismail, di Saharanpur.Nama beliau sedang masyhur  sebagai alim dan wali yang menyebabkan, orang mula meminta hajat yang berbagai bagai kepadanya.Keadaan ini telah menganggui jiwa dan hati beliau.Maka beliau pun  menyembunyikan  diri di sebuah hutan di New Delhi.
     Pada suatu hari,Nawab pergi memburu di sekitar hutan miliknya.Dalam pemburuan beliau itu, beliau terkejut apabila menjumpai sebuah bangsal buruk dan seorang berjanggut dalam hutannya.Dengan sikap besar diri sebagai pemilik tanah, si Nawab  telah memanggil si janggut itu padanya.Dengan sikap merendah diri, sijanggut meminta maaf kerana mendiami tanah si Nawab dan lantas meminta izin untuk tinggal di situ.Akhirnya si janggut itu pun di benarkan mendiami tempat tersebut dengan syarat si janggut itu bersedia menjadi ' gulam ' atau budak suruhan menjaga hutan itu. Syarat ini di terima.Tanpa disedari oleh Si Nawab bahawa Si janggut itu adalah si alim Maulana Ismail.
     Diwaktu yang tidak lama kemudian, SiNawab di kehendaki naiki mahkamah untuk di dakwa di atas tuduhan berkomplot untuk mengulingkan kerajaan British.Jika sabit kesalahan ini,beliau akan di hukum mati dan hartanya dirampas.SiNawab berada dalam kerisauan dan kegelisaan.
TEMPAT TEKSI,TOOTUT DAN RICKSHAW: SIAP UNTUK KEMANA SAJA.
 Beliau dinasihati oleh rakan dan sanak saudara agar mencari seseorang yang mana mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah dan doa yang makbul.Itu saja jalan yang bolih selamatkan. Hanya Allah swt saja tempat berpaut.Maka beliau pun bertanya orang di serata tempat akan orang yang mempunyai kebolehan sedemikian.Kebanyakkan orang menyebut nama ' Mualana Ismail, Saharanpur.SiNawab pun mencari di Saharanpur tapi malangnya orang yang dicari telah lama menghilangkan diri.Tanpa berputus asa, SiNawab berusaha keras untuk mencari Maulana Ismail.Alangkah terperanjatnya apabila diberitahu bahawa orang yang dicari cari ,rupanya adalah si 'gulam' di hutan nya.Dengan tergesa gesa dia menuju kehutannya, lalu mencampak dirinya di bawah kaki Mualana Ismail, si gulam itu.
PANDANGAN KEDAI KEDAI DI TEPI MASJID
      " Sekarang ini, saya adalah 'gulam' dan anda adalah 'tuan' saya." begitulah kata kata yang tersembul keluar dari mulut SiNawab itu. Lantas dibangkitkan diri Nawab itu oleh  Maulana Ismail dan dengan penuh simpati mendengar rayu siNawab itu. Maulana usulkan cara bagaimana untuk selesaikan masaalah itu. Diminta siNawab untuk berwudhuk lantas di ajaknya Nawab untuk bersolat hajat bersama samanya.kemudian di pinta si Nawab mengaminkan doa  dan Mualana Ismail sendiri  berdoa.Beginilah cara seorang dae dan wali mendidik umat supaya berupaya menggunakan sendiri kekuatan solat dan doa.Mengharap dan meminta hanya pada Allah swt.
       SiNawab pun pada tarikh yang ditetapkan, naiklah ke  mahkamah untuk di bicarakan.Setelah pembicaraan selesai, siNawab bergesa mencari Maulana Ismail lalu memberi khabar gembira,
       " Maulana, Allah telah kabulkan pemintaan kita. Sekarang nyawa saya telah selamat.tapi harta saya dirampas." Maulana Ismail kemudiannya mencadangkan  supaya membuat rayuan lagi,dan si Nawab melakukan seperti diusulkan..Seperti sebelumnya,si Nawab bersolat bersama Maulana Ismail tetapi kali ini siNawab sendiri berdoa dan maulana  mengaminkan.Akhirnya keputusan mahkamah berpihak kepada si Nawab.Nyawa dan harta di kembalikan pada nya dan kerajaan British sendiri memberi jaminan pelindungan pada si Nawab dan keluarganya,malah memberi amaran keras terhadap sesiapa yang berani buat fitnah akan di hukum.
          SiNawab berkata " Maulana sab, dulu nyawa dan harta saya telah hampir hilang, kini semuanya telah saya miliki kembali.Maka saya dah buat keputusan untuk mewakafkan nyawa dan harta saya untuk Maulana." Maka dari sejak hari itu siNawab berkhimat dan berguru dengan Maulana Ismail hingga akhir hayatnya. Aku berpeluang menziarahi kedua dua kubur mereka  serta  berdoa untuk kebahagia mereka  disana. Al _Fatihah.
        Ringkasnya, dari anak Maulana Ismail ini lah lahirnya Maulana Elyas rah, ishan yang di pilih oleh Allah swt untuk hidupkan kembali kerja kerja dakwah illa Allah.

Tuesday, July 26, 2011

BACAAN AL-QURAN UNTUK ARWAH DI BULAN RAMADHAN ?

                                                                                
                       
KERTAS INI SEBAGAI HADIAH TAHLIL ARWAH.
       BULAN RAMADHAN sudah hampir tiba. Sekarang ini aku tengah  tawajuh kepada Allah swt  untuk  visa ke India,  di luluskan. 
Aku ke India untuk menziarahi ulama ulama di Basti Nizamudin, New Dehli.Sudah hampir 11 tahun tidak ada kesempatan untuk kesana. India High Com.kuala Lumpur  mengamalkan diskriminasi  terhadap orang islam Ketara sangat.Asal berjanggut dan hendak tinggal lama saja, pasti kena" reject "Malas nak cakap pasal ini,nanti di cap sebagai ' racist " pula.
 Sudah menjadi amalan aku,  membaca surah Yasin setiap  hari,  selepas wirid solat subuh. Aku  kemudian akan  sedeqahkan pahala bacaan kepada ibu dan bapa aku.
      Semalam aku seperti biasa membaca surah Yasin dan kemudian berdoa.Tiba tiba aku di datangi oleh seorang pemuda yang misai masih halus tumbuh di bibirnya. Dia setelah  minta maaf terlebih dulu, terus menegur dan  bersyarah kepada aku, bahawa amalan yang aku buat ini adalah bidaah.Amalan membaca surah Yasin dan kemudian bersedeqah pahala amalan pada arwah adalah BIDAAH. .Aku diam sahaja.Dah biasa dengan puak puak wahabi dan anak didik ustaz Asri ini.
Kemudian aku balik kerumah. Pada waktu petang, aku di datangi oleh beberapa pak lebai. Aku mengelar  pelajar pelajar pondok Agama sebagai pak lebai..Di hulurnya kertas " Bacaan Al- Quran untuk arwah di bulan Ramadhan. Harga Rm 5.00. Aku ambil satu  untuk sedeqah bagi arwah ibu dan bapa.Setelah membelek belek kertas tahlil itu, terlintas dalam fikiran aku tentang hujah hujah pemuda wahabiah pagi tadi.Lama aku merenung masaalah ini.Apakah faedah puak puak wahabi ini buat? Bidaah ke amalan datuk nenek kita ? Aku tak suka nak berbalah atas perkara ini tapi oleh kerana ,perkara ini boleh mengelirukan orang awam maka aku ingin kongsi rencana  sahabat aku untuk dikongsi  bersama agar tidak mudah keliru dan  terpedaya.:

 SILA BACA HUJJAH INI ; DARI SEORANG ALIM DAN SAHABAT KU.
 USTAZ  KAMAL  PENOLONG MUDIR MADRASAH AL TAHFIZ AL-QURAN.
 MENGKUANG TITI, B.M.

TENTANG  PAHALA BACAAN AL QURAN

Saya pernah melihat satu CD kuliah agama yang di adakah di surau Taman Semilang Seberang Perai. Penyampainya bertegas mendakwa bahawa  pendapat di dalam mazhab Imam Syafie adalah bahawa " tidak sampai pahala bacaan Al Quran kepada orang yang telah meninggal dunia" . Ustaz yang menggelarkan dirinya sebagai ‘mamak kelam kabut’ itu telah memetik daripada beberapa kitab yang dianggap hebat dalam dunia Islam. Antaranya ialah Tafsir Ibnu Kathir, Al Majmu’ syarah Al Muhazzab karya Imam Nawawi, Bahrul Mazi karya Syaikh Idris Al Marbawi (Lubuk Merbau, Perak).

Menurut ustaz itu, di dalam kitab tersebut dinyatakan bahawa pendapat yang masyhur di dalam mazhab Imam Syafie ialah " tidak sampai pahala Al Quran kepada si mati " Dia selanjutnya mendakwa  bahawa ini adalah pendapat yang  " mutlak "  BENARKAH ?.



Saya kurang faham  maksud sebenar " mutlak"  dalam katanya itu. Tetapi berdasarkan kesungguhannya mempertahankan pendapat tersebut, saya dapati maksudnya ialah" pendapat muktamad " .

Ustaz berkenan sama dengan bekas mufti Perlis Asri Zainul Abidin yang berfatwa begitu. Mereka menggunakan qaul Imam Syafie sendiri untuk menolak amalan yang telah dibuat oleh umat Islam Malaysia yang bermazhab Syafie. 


TUDUHAN AHLI  WAHAABIl  / SALAFIAH YANG LICIK  SERTA KELIRU


Dalil yang dikemukakan oleh mereka untuk mengatakan bahawa tahlil dan bacaan Al Quran tidak sampai kepada si mati ialah ayat Al quran surah An Najm.  Ertinya

: “apakah dia tidak diberitahu dengan apa yang ada di dalam suhuf Musa, dan Ibrahim yang menyempurnakan (tugas kenabian), (iaitu) bahawa satu orang yang berdosa tidak berdosa dengan dosa orang lain (tidak menanggung dosa orang lain), dan tidak adalah (pahala) untuk manusia selain apa yang ia amalkan.

Dari sinilah mereka mempertahankan pendapat tersebut dan bersungguh-sungguh nampaknya.

Para pembaca boleh lihat sendiri di dalam kitab Mukhtasar (ringkasan) Tafsir Ibni Kathir ditulis selepas mentafsirkan ayat ini: dari ayat yang mulia ini  As Syafie telah istinbat ( mengeluarkan hukum darinya ) bahawa bacaan al Quran tidak sampai pahalanya kepada orang yang telah mati kerana ia (bacaan) itu bukan amalannya. Kerana Nabi (sallahu alaihi wa sallam) tidak menggalakkan umatnya melakukannya, dan tidak pernah dinukil (amalan ini) dari seorang sahabat Nabi pun. Jika perbuatan ini baik tentulah mereka akan mendahului kita melakukannya…Adapun doa dan sedekah maka ijmak berlaku pada sampai pahala kedua-dua dan ada nas mengenainya. (jld 3, ms 404)

Terjemahan isi kitab ini pernah saya lihat ditampal di masjid Sungai Karangan, Kedah atas maksud untuk menghentikan perbuatan ‘bidaah’ yang telah berpuluh tahun dilakukan oleh pengikut Imam Syafie yang telah berfatwa bahwa tidak sampai bacaan yang dihadiahkan kepada mayat.

Di alam kitab Majmu’ tertulis: “dan para ulama telah berbeza pendapat pada sampainya pahala bacaan Al Quran kepada orang yang telah mati. Maka pendapat yang masyhur dalam mazhab Imam Syafie ialah tidak sampai pahala. Ahmad bin Hanbal dan sekumpulan ulama, dan sekumpulan sahabat-sahabat Imam Syafie berkata sampai pahala Al Quran. Dan pendapat yang dipilih daripada Ashab ialah pembaca hendaklah berdoa selepas membacanya: ya Allah sampaikan pahala bacaanku” (Al Majmu’, jld 16, ms 509)

Di dalam kitab Tuhfatul Muhtaj tulisan Syaikh Ibnu Hajar juga menyebutkan perkara yang sama, bahawa pendapat yang masyhur dalam Mazhab Syafie ialah tidak sampai pahala bacaan Al Quran.

Berdasarkan perkara tersebut maka ertinya kita para pengikut Imam Syafie telah membuat perkara yang sia-sia dengan mengahadiahkan bacaan tahlil dan bacaan al Quran kepada si mayat. Inilah tuduhan Puak Wahhabi kepada kita.( wahabi ini macam sumpah sumpah, dia suka bertukar warna . Takut orang kata dia  wahaabi, dia  gelar diri ' salafi' .)

KEDUDUKAN SEBENAR AMALAN BACAAN TAHLIL.


TAPI  sebenarnya puak Wahhabi itu telah melakukan PEMBOHONGAN kepada orang-orang awam yang hanya tahu angguk sahaja dan terbukti mereka sebenarnya tidak faham fiqah mazhab Imam Syafie tapi berlagak pandai.( Taksub nak salahkan orang lain )

Sebenarnya bila disebut qaul masyhur dalam syafie, itu bermaksud Imam Syafie mempunyai banyak pendapat dalam hukum bacaan Al Quran ini. Hanya pendapat yang masyhur ialah pendapat yang lebih kuat hujahnya daripada pendapat yang tidak masyhur. Pendapat yang berlawanan dengan qaul masyhur itu pula daif. Ini ialah istilah yang digunakan oleh Imam An Nawawi.

Mereka menjaja ke sana sini qaul masyhur Imam Syafie itu supaya orang-orang jahil terpedaya dan mengikut kata-kata mereka yang sebenarnya mengandungi kepalsuan dan niat jahat.

Bukti kepalsuan ialah kerana qaul/pendapat yang muktamad dalam ulama mazhab Syafie ialah  " sampai pahala bacaan Al Quran " dan  Qaul  Masyhur Imam Syafie yang mereka heboh-hebohkan itu adalah pendapat yang lemah.  Perkara ini dinyatakan oleh Syaikh Al Bujairimi dalam hasyiah Fathul Wahhab. (Hasyiah Bujairimi Ala Syarhi Manhajit Tullab, jld 3, ms 287). Tetapi perkara ini tidak disentuh sedikit pun oleh ustaz-ustaz Wahhabi.  Inilah bukti kepalsuan kata-kata mereka: menyembunyikan kebenaran. Kalau betul nak mengajar aqwal aimmah dalam mazahib sila baca semua.

Perkara ini juga menunjukkan bahawa mereka tidak mengerti susur galur perjalanan mazhab Imam Syafie, hanya pandai buka kitab tebuk sana dan sini kemudia baca depan orang-orang awam, dan mendakwa itulah mazhab Imam Syafie. Barangkali ustaz-ustaz yang lagak lebih daripada ilmu ini tidak pernah dengar nama Al Bujairimi .

Mengenai ayat 39, surah An Najm pula, maka ayat itu ialah ialah syariat Nabi Ibrahim dan Nabi Musa, bukannnya syariat umat Nabi Muhammad. Kerana sebelum itu dinyatakan: “ apakah kamu tidak lihat orang yang berpaling (dari iman)(33) yakni murtad. dia memberi sedikit dan menahan (yang baki)(34) ; apakah ia mempunyai ilmu ghaib maka ia melihat (mengetahui)(35) apakah dia tidak diberitahu dengan apa yang ada di dalam suhuf Musa, dan Ibrahim yang menyempurnakan”

Di dalam syariat Muhammadiyyah, pahala boleh didapati dari orang lain, seperti hadis: orang yang menunjukkan kebaikan (mendapat pahala) seperti pembuatnya.

Ibnu Taimiyyah- Ulama yang dipuja oleh puak Wahhabi sendiri,  telah berkata: "  sesiapa yang mengatakan bahawa manusia hanya dapat manfaat daripada amalan sendiri sahaja maka ia telah menentang Ijmak ". (sila rujuk kitab As Sowi, 4, 183 untuk keterangan lebih lanjut, juga kitab Hasyia Jamal Jalalain, jld 7, 342))

Ditulis di dalam kitab Nahjut Taisir, karangan As Sayyid Muhsin, halaman174: Faedah yang kelapan mengenai sampainya pahala bacaan Al Quran kepada si mati:

Dalam Mazhab Malikiyyah: (ulama pengikut mazhab Malik bin Anas)

Telah berkata Al Qadhi Iyad dalam kitab Syarah Muslim, pada menghuraikan hadis pelepah tamar yang diletakka oleh nabi di atas dua kubur yang penghuninya diazab. Para ulama telah mengambil dari hadis ini hukum sunat dibacakan al Quran ke atas mayat, kerana apabila tasbih pelepah tamar yang merupakan benda mati boleh menyebabkan diringankan azab kepada ahli kubur, maka membaca al Quran lebih aula (utama). Dalam kitab  Mi’yar, disebutkan bahawa mazhab Ahmad bin Hanbal dan Abu Hanifah bahawa pahala bacaan al Quran sampai kepada si mati, apabila dibaca dikuburnya, akan berhasil pahala mendengar al Quran kepada si mayat… begitu juga tahlil yang biasa diadakan oleh orang ramai sepatutnya diamalkan dan berharap kepada limpah kurnia Allah…Berkata Ibnu Al Hajj dalam kitab Al Madkhal: sesiapa yang ingin menyampaikan pahala bacaan al Quraannya hendaklah ia berdoa seperti ini : " Ya Allah sampaikanlah pahala bacaanku kepada si fulan".  Seperti berkata Imam Nawawi dalam kitab Azkar.

Al Hafiz As Suyuti mengisbahkan hukum sampai pahala bacaan Al Quran kepada mazahib tiga: Malik, Abu Hanifah, dan Ahmad bin Hanbal.

Ibnu Rusyd ditanya mengenai ayat al Quran bahawa tidaklah mendapat manusia selain pahala apa yang ia lakukan. Ia berkata: jika seorang lelaki membaca dan menghadiahkan pahala bacaan Al Qurannya kepada mayat, itu adalah harus dan sampai pahalanya.

Mazhab Hanabilah (ulama pengikut mazhab Imam Ahmad ibn Hanbal)

Berkata Imam Ibnu Qudamah dalam kitab Mughni: dan tidak mengapa membaca al Quran di kubur, kerana diriwayatkan daripada Ahmad ibnu Hanbal, dia berkata: apabila kamu masuk ke dalam kubur, bacalah Ayat Kursi, dan tiga kali Qul huwallahu ahad, kemudian berkatalah wahai Allah kelebihannya adalah (dihadiahkan) untuk ahli kubur.

Berkata Al Bazzar: aku telah melihat Ahmad ibnu Hanbal solat di belakang dharir dan membaca Al Quran di atas kubur.

Dan apa saja amalan baik yang seseorang lakukan dan ia jadikan (hadiahkan) pahalanya untuk si mati, nescaya memberi manfaat kepadanya. In sya Allahu taala. Adapun doa, istighfar, dan sedekah dan menunaikan kewajipan maka aku (Ibnu Qudamah) tidak mengetahui adanya perbezaan pendapat, sekiranya kewajipan tersebut adalah yang boleh digantikan….

Itu adalah ijmak Muslimin, kerana mereka pada setiap waktu dan tempat berkumpul membaca Al Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada orang-orang yang telah mati dari kalangan mereka tanpa ada bantahan.

Mazhab Syafi’iyyah

Berkata Syaikh Zakariyya Al Ansori dalam kitab syarah Raudh: Upah membaca Al Quran untuk orang lain pada suatu tempoh yang ditetapkan atau kadar ayat tertentu adalah harus, kerana manfaat yang hasil daripada turun rahmat ketika dibacakan Al Quran, hukumnya seperti mengupah orang melakukan azan dan mengajar Al Quran, dan adalah mayat sama seperti orang yang hidup yang hadhiri majlis bacaan Al Quran itu. (mendapat manfaat). Samada pembaca berdoa selepasnya atau mengahadiahkan pahala bacaan kepada mayat ataupun tidak. Maka manfaat bacaan sampai kepada mayat. Kerana doa dari orang lain adalah bermanfaat untuk mayat, dan doa selepas bacaan Quran adalah lebih diterima dan lebih banyak keberkatan. Dan kerana bahawa pembaca apabila ia menghadiahkan pahala bacaan Al Quran kepada si mati maka itu adalah doa dengan berhasil pahala , maka sebab itu si mati mendapat manfaat daripadanya.

Maka pendapat Imam Syafie bahawa pahala bacaan Quran tidak sampai kepada mayat (seperti yang disebutkan dalam Tafsir Ibni Kathir) adalah dianggap bila tidak dilakukan seperti ini (contohnya tidak didoakan sebagai hadiah kepada mayat, bukannya tidak sampai secara mutlak) (ms 177)

Dari sini ada dua kemungkinan:

Pertama  Para ustaz-ustaz Wahhabi sengaja berbohong dengan menyembunyikan qaul/pendapat muktamad dalam Mazhab Syafie dan pendapat-pendapat ulama mazhab lain.
Kedua, ilmu mereka amat cetek. Kedua-dua orang yang bersifat begini memang wajib dijauhi.

Niat jahat puak Wahabi boleh dilihat juga pada bantahan mereka terhadap amalan orang Malaysia membaca doa qunut dalam solat subuh. Mereka mengatakan itu bidaah. Tetapi di Pakistan mereka baca doa qunut pula. Ramai kawan-kawan saya yang belajar di sana berkata begitu. Mereka sentiasa mencari khilaf dengan mazhab di mana mereka tinggal. Kalau di Malaysia, Imam Syafie manakala di Pakistan dengan Imam Hanafi.

Kesimpulannya pendapat yang muktamad dalam mazhab Imam Syafie ialah sampai pahala bacaan Al Quran kepada orang yang telah mati. Pendapat masyhur Imam Syafie yang mengatakan tidak sampai pahala dianggap jika si pembaca tidak berdoa supaya pahala dihadiahkan kepada si mati.

 ( Petikan dari : http://anakgeriksoleh.blogspot.com/  Sila layari web tersebut )